Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Farawahida Lahir Single Terbaru Jangan Kau Tanya Aku Lagi Posted: 04 Dec 2010 10:06 PM PST Semasa di Party EH! 20 Yang Anggun lalu, Budiey sempat borak-borak dengan penyanyi Farawahida. Hadir lengkap dengan dress hitam dan merah yang direka oleh Hasfitri Yusof. Nampak elegan. Sesuai dengan jiwa dan citarasa Farawahida. Katanya, sekarang ni, beliau sibuk untuk melahirkan single terbaru berjudul Jangan Kau Tanya Aku Lagi. Bunyi semacam je tajuk ni. Ya, kata Fara, memang lagu ini menceritakan segala isi hatinya yang kini dah letih nak menjawab tentang isu-isu serta segala kisah kontroversi yang pernah dialaminya. Kelahiran lagu yang dicipta sepenuhnya oleh 6ixth Sense ini akan menjawab segala persoalan. Dulu, memang Fara tak berapa suka dengan cerita-cerita yang tak elok disiarkan di internet termasuklah di blog. Setiap kali ada berita baru tentangnya, pasti penulis akan mengungkit segala kisah lalu. Lagu balada yang akan diputarkan di corong radio tak lama lagi, pasti akan menjadikan orang faham dengan kehendak isi hati Fara. Antara bait liriknya… "Jangan kau tanya aku lagi… noktahkanlah semuanya…" Bukan senang nak tutup mulut orang, selagi ada kudrat dan mulut untuk berkata-kata, orang tetap akan soseh soseh bergosip. Jadi, Fara dah penat nak menjawab. Biarlah segala perkara dan sejarah silam jadi teladan. Tak perlu nak ungkit-ungkit lagi. Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Remy Ishak, Sabrina Ali, Rozita Che Wan dalam Masihkah Ada Sinar Posted: 04 Dec 2010 08:54 PM PST TELEMOVIE KHAS MAAL HIJRAH : MASIHKAH ADA SINAR LAKONAN ROZITA CHE WAN DAN REMY ISHAK DI TV2 Maal Hijrah merupakan antara peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Sambutannya diadakan pada setiap tahun menjelang bulan Muharaam dengan pelbagai program atau acara bagi mengingati semula peristiwa agung ini disamping mengambil pengajaran daripadanya. Dalam konteks pada hari ini, hijrah bermaksud berubah daripada sikap-sikap atau perkara-perkara yang negatif ke arah yang positif. Bersempena dengan sambutan Maal Hijrah pada kali ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan membawakan kepada anda sebuah telemovie khas, Masihkah Ada Sinar yang membariskan pelakon terkenal tanah air Rozita Che Wan, Remy Ishak, Sabrina Ali, Rashidah Jaafar, Kismah Johar dan Zaiboo pada 7 Disember, 2010, jam 2 petang di saluran TV 2. Remy Ishak Menyelitkan sifat-sifat kesabaran dan pengorbanan seseorang dalam menghadapi dugaan yang terpaksa dilalui oleh watak-watak yang diketengahkan, telemovie ini mengajak para penonton supaya mengambil pengajaran dan iktibar daripadanya disamping mengisi sambutan Maal Hijrah tahun ini dengan lebih bermakna lagi. Telemovie ini bermula dengan memperkenalkan watak utamanya bernama Hawati seorang guru dan masih bujang yang berumur sekitar akhir 30an. Dia tiba-tiba terpaksa menanggung empat orang anak saudaranya yang masih bersekolah apabila adiknya menemui ajal bersama suami di kemalangan jalanraya. Lebih malang lagi anak saudaranya yang sulung menghidapi penyakit jantung berlubang. Hawati sendiri dibelenggu dengan penyakit kencing manis yang kronik serta tekanan darah rendah. Kekasihnya, Mazlan juga seorang guru berhasrat melamarnya. Ibu Mazlan tidak mahu menerima Hawati kerana tidak mahu bermenantukan gadis yang berpenyakit serta tidak mahu anaknya menanggung beban memelihara anak saudara orang lain. Kegagalan hubungan dengan Mazlan, bebanan memelihara anak-anak saudaranya selain pada masa sama terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai guru telah menjadi beban yang membuatkannya berasa tertekan dan mengganggu kesihatan Hawati. Doktor Suraya yang memantau kesihatan Hawati sering menasihati Hawati agar melakukan sesuatu bagi mengurangkan tekanan yang dilaluinya. Setelah kecewa dengan Hawati, Mazlan berkahwin dengan doktor Suraya, sepupunya. Bila kesihatan Hawati bertambah merosot dia terpaksa melepaskan anak saudaranya yang sulung dan yang nombor dua kepada keluarga angkat. Di samping itu dia selalu mengambil cuti kerana tidak sihat. Hawati dapat tahu dia akan dirujuk kepada Medical Board untuk tindakan lanjutnya. Bagi mengelakkan tindakan itu dari berlaku Hawati memaksa dirinya untuk bekerja dengan lebih keras lagi. Pun begitu dengan Mazlan yang selalu mencari peluang untuk mendekati dia di sekolah juga menghantui dirinya kerana Mazlan adalah kegagalan kisah percintaannya. Rindu pada anak-anak saudaranya yang dianak-angkatkan juga menimbulkan rasa bersalah dia pada diri sendiri. Apakah yang akan terjadi kepada nasib Hawati dan anak-anak saudaranya itu? Untuk mengetahui kesudahannya, usah lupa temu janji anda pada 7 Disember 2010 di TV 2. Sabrina Ali Rozita Che Wan Rashidah Jaafar Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |