Adsense

Sabtu, 4 Disember 2010

Celebrity News

Celebrity News


Lirik Kau Ku Temu – Akim Aril Anith Hafiz

Posted: 04 Dec 2010 07:27 AM PST

Lirik Kau Ku Temu – Akim Aril Anith Hafiz

(Hafiz) Tiada ku sangka 
Bertemu dengan dia


(Aril) Bersilanglah cara 
Mengejar cita 
Cita siapa

(Akim) Aku cuma menurut kata

(Akim & Anith) Orang semata-mata 
Jadi saksi segala perilakuannya

(Anith) Biar ternyata kemahuan ku
(Anith & Akim) Segalanya dalam gapaianku



Korus : 
Kau dan aku 
Harus percaya 
Menjalin ikatan irama 
Kau dan aku 
Harus bersama 
Walau lain tak serupa

Ulang korus

(Aril & Hafiz) Kau dan aku 
(Akim) Kau dan aku 
(Hafiz) Sepertimu jua 
(Hafiz & Aril) Aku membawa Cinta dan cita-cita


(Akim & Anith) Demi Esok nan indah 
Untuk kita bersama 
Biar ternyata kemahuanku 
Kini segala dalam genggamku

3X Korus
Kau dan aku

Lirik Gadis Semasa – Yuna

Posted: 04 Dec 2010 07:23 AM PST

Oh begini rasanya cinta 
Bila diagung-agungkan kuasanya 
Dan aku begitu naif untuk dirimu 
Kerna usia 
Oh sekarang bukannya masa 
Untuk kau ungkit lagi salah siapa 
Dan engkau terlalu ego untuk diriku 
Kau memang begitu


* Korus 
Bukalah mata oh 
Yang selama ini kau pejamkan 
Dan lihatlah diriku


Buanglah buanglah 
Buang curiga yang telah lama kau simpan 
Yang mungkin memudaratkan mu


Aku memang begitu 
Tetap seperti dahulu 
Terlalu menyanyangi diri mu


Kau mahukan gadis semasa 
Yang bisa memberikan kau segalanya 
Dan engkau tak mampu melihat 
Apa yang ada di depanmu


Kau mahukan perubahan dunia 
Tetapi pada aku kau sama saja 
Dan engkau terlalu ego untuk diriku 
Kau memang begitu

* Ulang Korus 2x

Aku memang begitu 
Tetap seperti dahulu 
Terlalu menyayangi dirimu


Oh aku memang begitu 
Tetap seperti dahulu 
Terlalu menyayangi diri 
Terlalu menyayangi diri 
Terlalu menyayangi dirimu

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Lawak Pantun : Pantun untuk awek

Posted: 03 Dec 2010 08:56 PM PST

buah ara batang dibantun,
mari dibantun dengan parang,
hai cik adik dengarlah pantun,
bukan pantun ngata orang,

berangan besar didalam padi,
rumpun buluh dibuat pagar,
janganlah saket didalam hati,
ni pantun lucah dan kurang ajar.

buah nangka bukan cempedak,
ambil galah tolong kaitkan,
ni kisah tentang 2 orang cekadak.
sorang betina dan sorang jantan,

nangka jatuh gedebukk kebumi,
naseb baik la tak kena kepala,
berjumpa mereka di kedai kopi,
berputiknya cinta pandang pertama,

sayang selasih dari nangka,
layu tangkai ditiup bayu,
mulanya si jantan bertegur sapa,
si betina nya pula pura pura malu,

dari mana mahulah kemana,
bawalah abang bersama pergi,
dari sini mahulah kesana,
wuuuu..takotnya adik seorang diri,

tangan dihias gelang suasa,
adik manis bernama Mariah,
berjalanlah mereka penuh mesra,
abang hantar adik kerumah,

panjang mengurai rambut puteri,
air banyak aumm melentiknya bodi,
"tinggal dengan siapa??seorang diri??"
bolehkah abang menumpang mandi??

gunung daik bercabang tinggi,
kalau pulun bulehlah mendaki,
ha'ah.adik tinggal sorang diri,
abang kn penat,singgahlah sebentar pekena kopi,

bawa lori penuh muatan,
muatan penuh berguni guni,
bermulah langkah seorang setan,
kisah cinta geli sehari,

tepian tebing penuh keladi,
sungai jauh berliku liku,
dipegangnya sana dipegangnya sini
sigadis malu tapi mahuuu..

hujan gerimis menimpa kayu,'
kayu gaharu bercabang cabang,
mulanya mereka cuma bercumbu,
lalu aksi diteruskan ke ranjang,

bunga melati penuh ditaman,
indah disebut dalam seloka,
tangan dan mulut mula berjalan,
baju dan seluar pula dibuka.

sungguh gagah indera putra,
putera kayangan empunya kisah,
dicium dijilat digegetnya manja,
adik dan akak mula basah,

nasi lemak buah bidara,
sayang selasih hamba lurutkan,
lupa keluarga korbankan dara,
sedapnya rasa bila dihinjut hinjutkan,

pergi melawat di batu berendam,
pulut kuning tetamu dijamu,
luahkan semua nafsu terpendam,
buang semua benih di testis mu,

anak dara mandi diperigi,
diintip gatal sang lelaki,
sekali kena hendak lagi,
berbulan kena perut pun berisi,

serangkap pantun untuk Mariah,
jujur dan iklas dari hatiku,
berbulan sudah kemaluannya tak berdarah,
"kalau mengandung.ahh abang tak tahu".

sambil menangis di suapkan makian,
sampai ke tahap membunuh diri,
semua ini bukan ditakdirkan,
kalau bukan awak yang gila geli,

selangan batu tumbuhan mewah,
tanaman ayah sebagai hobi,
dah jadi camni kenapa nak marah.
awak yang mahu..saya pon bagi

orang besar berlari anak,
dikejarnya lembu gila pak samad,
entahkah benar entahkah tidak,
cabut lari patahkan simkad,

hati saket terlalu marah,
diri dipersenda sedihnya dirasa,
mariah sedar tersalah arah,
ingin kembali menyucikan dosa,

sudah sms,3g,kol dan surat,
tidak tahan lagi hati dibelenggu,
kemana perginya jantan keparat,
time buat pandai tanggungnya tak mahu!

puteh berseri puteri kayangan,
ikal mayang menawan hati,
simpan semua dalam kenangan,
natang haramjadah pelaq babi

Amy Search Pengetua Akademi Fantasia 9 !!

Posted: 03 Dec 2010 08:41 PM PST

Entah betul ke tak sebab gossip ni ZoOm dapat dari laman forum cari, maklumlah salah satu sumber utama ZOoM untuk dikongsi bersama dengan pembaca dan Fans di Zoomartis.


Menurut si penulis abang Amy Search kita berkemungkinan menjadi pengetua Akademi Fantasia Musim ke 9, berikut Zoom sertakan coretan dan luahan si penulis.



Berpengalaman luas, pernah jatuh bangun dalam dunia seni. Tak asing lagi, Amy Search telah diperkatakan akan menduduki kerusi panas sebagai pengetua Akademi Fantasia 9 (AF9). Setiap tahun, ramai yang bersuara mengenai Akademi Fantasia sudah tidak revelan. Tetapi, kami tengok produk-produk yang keluar daripada AF makin lama menguasai pasaran. Tengok sahaja, Aizat, Shahir & Akim kini boleh dikatakan amat popular dengan mempunyai jumlah peminat yang ramai.
Masih relevan, cuma kami sudah bosan dengan gimik yang hampir sama setiap tahun. Boleh dikatakan, remote control ini dengan senang bertukar siaran setiap kali rancangan ulangan AF ditayangkan.
Mungkin Amy Search akan melakukan pembaharuan, pelajar-pelajar perlu lebih rock dan jiwa kental. Yargh! Kami nak tengok gimik gitar pecah, jeritan suara yang lebih rock selepas ini.


ZoOm : Harap-haraplah gimik tahun ni lain daripada yang lain kerana cahaya AF semakin pudar dimata penonton dan peminat diluar sana. 

Bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman Saman Uncel Seekers dan bapa

Posted: 03 Dec 2010 05:20 PM PST

Sekadar berkongsi dengan anda, berita ini ZoOm dapat dari bharian online hari ini yang mengatakan Uncel Seekers ni akan disaman. Ikuti "statement" daripada akhbar online ini yang akan menjadi topik yang sudah pasti dibincangkan dimana-mana. 

Siti Aishah saman Uncle Seekers
Oleh Sophia Ahmad

2010/12/04

KUALA LUMPUR: Bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman mengemukakan writ saman memohon injunksi terhadap Syed Abdullah Hussien Al-Attas dan bapanya, Syed Hussien Al- Attas di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang kelmarin bagi menghalang mereka menyebar atau menerbitkan sebarang bentuk maklumat berkaitan rawatan dijalaninya sama ada dalam bentuk lisan atau bertulis dalam blog, akhbar, buku, majalah, laman web atau risalah.

Peguam beliau, T Gunaseelan dan Anthony Sebastian pada sidang media di sini semalam berkata, Mahkamah Tinggi menetapkan 22 Disember ini bagi perbicaraan kes berkenaan.
Click Here
Dalam pernyataan tuntutannya, Siti Aishah berkata, lebih kurang Jun lalu, beliau meminta bantuan Syed Abdullah untuk membantu merawat masalah tekanan emosi yang dialaminya selepas defendan pertama mendakwa boleh mengubati masalah seperti itu.
Siti Aishah berkata, antara persetujuan di antaranya dan Syed Abdullah ialah beliau (Syed Abdullah) akan dibayar untuk perkhidmatannya dan bersetuju untuk merahsiakan segala maklumat dan komunikasi membabitkan Siti Aishah sepanjang proses rawatan berlangsung dan tidak mengeksploitasi dirinya dalam sebarang bentuk.

Pada November 2010, Syed Abdullah dalam blognya iaitu www.uncleseekers.blogspot.com mendedahkan apa yang dikatakan sebagai komunikasi antara saya dengannya ketika saya menjalani rawatan terbabit.

Antara butir pendedahan itu ialah gambar yang menunjukkan saya dan defendan, gambar rumah dan keluarga saya serta perkara yang diberitahu oleh saya kepada beliau, katanya.

Siti Aishah berkata, sebuah akhbar tabloid pada 27 November lalu menyiarkan artikel mengenai perbualannya dan Syed Abdullah selain memaparkan gambar dirinya dengan defendan pertama dan bapanya serta ahli keluarga masing-masing.
Keratan akhbar itu mendedahkan perkara yang berkaitan dengan hubungan profesional antara saya dan Syed Abdullah sedangkan beliau mengetahui kewajipannya untuk merahsiakan segala komunikasi antara kami berdua dan segala maklumat saya yang diketahui ketika mengubati saya.

Syed Hussien (defendan kedua) juga mengetahui bahawa Syed Abdullah memungkiri tanggungjawabnya apabila mendedahkan semua maklumat berkenaan kepada beliau (Syed Hussien), katanya.

Siti Aishah berkata, Syed Hussien juga memungkiri tanggungjawabnya apabila mendedahkan semua maklumat itu kepada akhbar itu manakala Syed Abdullah di dalam blognya mengugut untuk menerbitkan sebuah buku berkenaan hubungan mereka, menyebabkan beliau rasa dihina dan mengalami gangguan emosi yang teruk akibat pendedahan itu.

Sehubungan itu, Siti Aishah memohon supaya kedua-dua defendan membayar ganti rugi am, teladan dan kos lain yang ditaksirkan oleh mahkamah.

Sementara itu Gunaseelan berkata, Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers mendakwa dirinya sebagai pengkaji aktiviti paranormal dan berkelayakan untuk mengubati mana-mana individu yang mengalami gangguan emosi atau tekanan mental manakala defendan kedua iaitu Syed Hussein pula lebih dikenali sebagai penulis buku genre politik.

Ini ialah kali pertama injunksi seperti ini, iaitu perlanggaran maklumat sulit (breach of confidentiality) difailkan di Malaysia dan ia difailkan atas arahan Siti Aishah sendiri kerana kedua-dua defendan telah mendedahkan maklumat sulit yang seharusnya dirahsiakan.

Tindakan ini dilakukan selepas pihak kami mendapati wujud unsur ugutan di dalam blog defendan pertama iaitu kenyataan beliau bahawa sebuah buku mengenai dirinya dan Siti Aishah akan diterbitkan untuk bacaan umum, katanya.

Beliau berkata, Syed Abdullah menerima writ saman itu pada jam 3.45 petang semalam di kediamannya di Janda Baik, Pahang manakala writ saman ke atas bapanya tidak dapat diserahkan kerana defendan kedua berada di Melaka