Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Naluri ibu mendalam
- Cari kepuasan diri
- Harus pandai urus diri
- Daphne Iking pasrah
- ‘Produk’ Tadika Islam MAIWP
- Haram, berdosa bela toyol
- Bengkel latihan saudara Muslim
- Dobi Point bantu Rohaya
- 195 sertai program khatan Masjid Negara
- Stik ayam Belanda
- Rahsia sebiji epal
- Nostalgia nasi lemak Tanglin
- Hikmah setiap ujian
- Gubahan untuk pelamin
- Adi 'riuhkan' majlis kahwin
- Didik anak bawa bekal
- Erra hiburkan kanak-kanak
- Hias rumah secara kreatif
- Hilang gelap timbul terang
- Kehangatan Pencarian Citra Wanita
- Kisah kebaya Nyonya
- Renda Perancis penampilan mewah
- Annita obses dengan rambut
- Gaya ke pelbagai acara
- Pusat kelengkapan perkahwinan
Posted: 04 Dec 2010 10:42 PM PST LAMA tidak ketemu bintang jelita ini. Sesekali waktu terluang, banyak cerita terungkai. Petang hujung minggu lalu Rozita Che Wan menyusun kata, meluah rasa dan menterjemah rajuk dalam sulaman bicaranya yang tidak henti. Kononnya, artis popular yang banyak mewarnai drama dan filem termasuk Gentayangan, Kantoi, Jangan Tegur, Sifu & Tongga dan Sepi ini kecewa kerana sering dianggap serong. Tidak cukup dengan pelbagai spekulasi, ada kalanya kisah negatif yang datang bagai langsung tidak berasas. Pujuk hati sendiri, lumrah menjadi anak seni dan dianugerahkan wajah jelita, tidak lekang dipalit kontroversi. Namun stigma itu tetap mengundang luluh dan berbekas luka jauh di lubuk jiwa.
| ||||
Posted: 04 Dec 2010 10:40 PM PST Shira KUALA LUMPUR: Tidak sekadar mengadakan pelbagai parti liar di kelab malam mahupun rumah, golongan lesbian kini semakin aktif mencari dan menambah kenalan baru menerusi laman sosial popular, Facebook. Ini berikutan laman maya itu memudahkan golongan bernafsu songsang berkenaan mencari kenalan dan bertukar-tukar pasangan dalam tempoh singkat.
Menurut Ling, dia menyertai kelab berkenaan atas ajakan rakannya bagi membolehkan mereka menerima layanan mesra dan manja daripada komuniti laman itu.
Ling berkata, dia kini memiliki ratusan kenalan lesbian yang diperoleh daripada Facebook dan berasakan tidak rugi berkenalan dengan mereka, malah ramai sudi menghulurkan tangan untuk membantu jika dia dalam kesusahan.
| ||||
Posted: 04 Dec 2010 10:37 PM PST KUAT SEMANGAT... atlet OKU berentap pada Paralimpik Malaysia ke-15, bulan lalu. "SAYANGI dan hargai badan sendiri, tidak kira berapa teruk pun keadaan atau kecacatan anda. Kalau anda tidak sayang badan sendiri, siapa lagi?" kata pakar perunding perubatan pemulihan, Dr Tunku Nor Taayah Tunku Zubir berulang kali kepada semua pesakitnya yang mengalami masalah ketidakupayaan. Berdasarkan pemerhatian dan pengalamannya, kebanyakan pesakit hanya berserah kepada takdir dan kurang memberi tumpuan kepada penjagaan kesihatan kerana beranggapan apa pun yang dilakukan tidak akan mengembalikan keupayaan mereka untuk berjalan. Memang tidak dapat dinafikan siapa yang tidak berasa sedih apabila hilang keupayaan untuk berjalan. Ramai patah semangat untuk meneruskan kehidupan, murung, tertekan dan berasa diri tidak berguna kerana sudah menjadi beban pada keluarga.
Kemalangan lain yang boleh menyebabkan kecederaan saraf tunjang ialah terjun dalam air cetek, kepala terhantuk ke dasar dan tengkuk terhentak ke lantai; jatuh dari tempat tinggi, ditikam, bersukan dan pembedahan. Sehingga kini belum ada rawatan yang boleh memulihkan kecederaan saraf tunjang. Namun pesakit masih boleh menjalani kehidupan baik dan kembali bekerja selepas menjalani fisioterapi. Semua ini boleh dilakukan dengan mudah jika pesakit dapat menerima hakikat dan berasa selesa serta sayang pada diri sendiri. Menurut Dr Nor Taayah, banyak cabaran dihadapi OKU dalam aspek kesihatan, komplikasi, pergerakan dan pekerjaan. Ini sebabnya mereka perlu memberi lebih tumpuan kepada penjagaan kesihatan. Secara umumnya, OKU lebih terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan berbanding orang normal kerana mereka kurang bergerak. Pada individu normal, masalah kesihatan biasanya bermula apabila usia mencecah 70-an tetapi bagi OKU, ia bermula 20 hingga 25 tahun lebih awal. OKU juga mempunyai kebarangkalian tiga hingga empat kali lebih tinggi mendapat masalah kesihatan susulan daripada ketidakupayaan mereka berbanding individu normal. Antara masalah yang boleh dihadapi: Apa perlu dilakukan? "Perkara pertama dan paling penting ialah mengetahui keadaan tubuh anda. Setiap pesakit perlu belajar dan tahu penyakit yang dialami atau masalah yang boleh dihadapi akibat ketidakupayaan mereka. "Jangan serahkan semuanya kepada doktor kerana hanya sesekali anda berjumpa doktor. Tidak boleh mengharapkan bantuan keluarga sepenuhnya kerana mereka ada tanggungjawab masing-masing; lagi pun sampai bila anda mahu bergantung kepada orang lain? "Jadi, perlulah cuba berdikari, hanya anda yang boleh sayang diri sendiri sepenuhnya. Anda akan berasa lebih sedih jika menjadi beban keluarga sedangkan ramai orang lumpuh atau OKU lain boleh berdikari, malah ada yang menanggung keluarga," katanya. Antara soalan yang pesakit perlu tanya pada diri sendiri ialah: Hidronefrosis ialah pengembungan dan pengembangan buah pinggang yang berlaku apabila aliran air kencing dari buah pinggang tersekat. Akibatnya air kencing berkumpul dalam buah pinggang dan menyebabkan hidronefrosis. Aliran ini mungkin tidak tersekat sepenuhnya, jadi air kencing masih boleh mengalir tetapi perlahan. Jika anda ada masalah berkenaan, usah malu untuk memberitahu doktor kerana ia perkara biasa pada individu OKU. Doktor akan mencadangkan penggunaan tiub khas yang bukan saja memudahkan pesakit buang air kecil secara selamat, malah dapat mengelak masalah kebocoran. Pada masa sama, pesakit dinasihatkan buang air kecil setiap empat jam. Oleh kerana ia dianggap 'leceh', ada pesakit mengurangkan kekerapan kencing dengan minum sedikit tetapi ia bukan langkah sihat kerana badan boleh mengalami masalah kekurangan air. Pesakit disaran minum banyak air dan air kencing yang baik seharusnya berwarna kuning cair dan jernih. Jika masih ada masalah, minta doktor jalankan pemeriksaan kerana perkara ini boleh merosakkan buah pinggang. "Pesakit perlu buang air besar sekurang-kurangnya sekali dalam masa dua hari. Jika lebih, maklumkan pada doktor kerana masalah ini boleh diatasi dengan mudah melalui pengambilan ubat atau mengamalkan teknik rangsangan rektum," katanya. lAdakah anda mengalami masalah ulser atau luka tekanan? Ini adalah masalah kulit yang paling kerap berlaku dan menjadi punca utama kematian pada individu lumpuh. Ia berlaku akibat pesakit terlantar atau duduk terlalu lama sehingga kulit yang ditindih tidak mendapat bekalan darah. Akibatnya sel pada bahagian berkenaan mati dan mudah mendapat jangkitan hingga menjadi kudis. "Jika satu hari pesakit tidak lakukan aktiviti mengurangkan tekanan pada satu-satu bahagian, dia akan dapat ulser atau luka tekanan. "Punca lain yang biasa menyebabkan luka pada individu OKU ialah penggunaan alat pemanas sehingga kulit melecur atau meletakkan makanan panas di atas paha, terutama apabila ke pasar malam. "Bahagian yang kerap alami luka tekanan ialah siku, belikat, atas dan bawah punggung, lutut, buku lali, belakang tumit dan jari kaki," katanya. Cara mengelak luka tekanan: A.Angkat punggung selama 10 minit setiap 15 minit. Oleh kerana sensitiviti pada kesakitan berkurang, ramai pesakit tidak mengubah kedudukan badan dan tidak sedar ada luka pada punggung mereka. B.Bersihkan diri dan mandi setiap hari C.Cermin dan periksa kulit dua kali sehari. Tengok bahagian punggung, kawasan yang ada tekanan. Periksa jika ada kawasan merah dan jika tidak hilang dalam tempoh 20 minit, ia adalah petanda tidak baik. D.Dua jam sekali pusingkan badannya (untuk pesakit yang terlantar) E.Senaman setiap hari. Untuk pesakit yang terlantar, penjaga boleh membantu dengan menggerakkan anggota badan pesakit F. Fikiran tenang G. Gunakan kusyen dan tilam yang sesuai H. Hati-hati apabila lakukan pemindahan (dari satu kedudukan atau tempat duduk ke kedudukan lain) I. Imbangan makanan yang sesuai Jika ya, lakukan senaman regangan, duduk dalam posisi selesa, ambil ubat (seperti baclofan, diazepam, botulinum), memakai alat sokongan anggota (ortosis) dan menjalani terapi hidro (untuk mengurangkan pengecutan otot yang tidak terkawal). Pada masa sama, pesakit juga akan diajar menggunakan kerusi roda berkenaan sebaik-baiknya dan mereka juga perlu tahu melakukan teknik 'wheelie' (pusing dan 'mengangkat' supaya kerusi roda berada di atas dua roda besar saja) kerana kemudahan yang kurang baik di negara kita membuatkan pengguna kerusi roda senang terjatuh, terutama di atas jalan raya. Cara paling mudah untuk mengatasinya ialah bercampur dengan menyertai aktiviti masyarakat setempat. Jika masih malu, individu OKU boleh mendapatkan bantuan dan nasihat daripada pelbagai kumpulan sokongan seperti Perkhidmatan Keluarga Interaksi Orang-orang Kurang Upaya (Kioku), Persatuan Kecederaan Saraf Tunjang Malaysia (Masia), Beautiful Gate, Persatuan Warga Istimewa & Rehabilitasi Anggota K9 (PERWIRA K9), Persatuan Damai Orang-orang Kurang Upaya Selangor & Wilayah Persekutuan (Damai), Pusat Spastik dan Tasputra (sekadar menyebut beberapa nama). lBagaimanakah hubungan anda dengan pasangan? Hubungan suami isteri juga penting untuk kesejahteraan diri, keharmonian rumah tangga dan keluarga. Ramai pesakit tidak mengendahkan keperluan ini kerana malu untuk bertanya. Kebanyakan lelaki mengalami masalah ereksi yang secara tidak langsung menjejaskan kesuburan mereka. Kebolehan untuk ereksi bergantung kepada ciri fizikal seseorang, namun ia boleh dicapai melalui dua cara iaitu ereksi psikogenik (melalui berfikir) atau ereksi refleksogenik (sentuhan). Jika masih tidak berupaya, pesakit boleh menggunakan pil perangsang atau teknik ereksi lain. Sebaliknya pula, pada wanita, disebabkan masalah kekeringan yang menjadikan hubungan seks menyakitkan tetapi ia boleh diatasi dengan menggunakan jeli atau bahan pelincir lain. Walaupun pesakit wanita akan mengalami masalah kitaran haid, ia akan kembali normal selepas setahun dan mereka masih boleh mengandung. Bagaimanapun, wanita OKU yang mahu hamil dinasihatkan berbincang dulu dengan doktor kerana banyak perkara perlu dipertimbangkan dan dirancang sebaik-baiknya. Bilakah hubungan seks boleh dimulakan? Ia boleh dilakukan bila-bila masa; yang penting individu berkenaan mesti selesa dengan dirinya supaya hubungan seks dapat dinikmati. Bahkan individu OKU juga digalakkan membuat eksperimen sendiri bagi mendapat rangsangan dan mendapatkan posisi terbaik. "Akhir sekali, amalkan gaya hidup sihat dengan menjalani pemeriksaan kesihatan yang tetap, kekalkan berat badan seimbang, berhenti merokok, tingkatkan kecergasan dan belajar mengurangkan tekanan. "Individu OKU bukan mahu dikasihani tetapi peluang untuk menjadi lebih baik. Mereka berhak dilayan dan dihormati seperti orang normal tetapi untuk mendapat rasa hormat ini, individu OKU mestilah hormat dan sayang pada diri sendiri terlebih dulu," katanya. | ||||
Posted: 04 Dec 2010 10:34 PM PST PERNAH dulu hidupnya resah dan sarat perasaan benci. Daphne Iking sentiasa diburu kebingungan. Tatkala disentuh, dia bingkas membela diri lantaran bimbang persepsi masyarakat yang mudah menjatuhkan hukuman apabila dijerat isu kontroversi. Tatkala maruah diri dipermainkan, satu persatu episod hidupnya ditelanjangkan kepada khalayak, mana mungkin Daphne mahu membisu dan membiarkan harga dirinya ditertawakan."Saya cuma fikirkan untuk menyelamatkan maruah diri. Tidak mahu keluarga malu. Semakin diasak, bertambah hebat saya mempertahankan diri. Lama kelamaan saya jadi penat. Saya pasrahkan diri kepada Tuhan untuk menentukan keadilan. Perlahan-lahan Dia akan membuka jalan dan hari ini, saya jadi lebih tenang. "Saya lepaskan segala masalah itu kerana tidak mahu lagi ia memberi tekanan dan terus mempengaruhi hidup ini," kata pemilik nama lengkap, Daphne Eleanor Iking ini positif. Cukup sudah segala hujah yang pernah dilontarkannya suatu ketika dulu. Hari ini, wanita keturunan Kadazan-Dusun dan Murut itu enggan lagi menoleh kembali kepada luka semalam. Daphne, 31, cuma mahu mengenang segala yang manis sepanjang dua tahun berkongsi hidup dengan Ryan Chong. Mengenang semua yang manis, kata Daphne, memberi kebahagiaan kepadanya. Masakan kemanisan itu akan sirna kerana sehingga hari ini, Daphne masih menjalin hubungan yang baik dengan keluarga bekas suaminya. Malah akui pengacara The Breakfast Show siaran ntv7 itu, anak perempuan tunggalnya, Isobel Daniella atau Bel, 3, turut mewarisi sifat positif yang diterapkan keluarga bekas suaminya. "Bel membesar menjadi anak yang sangat berdisiplin. Saya harus berterima kasih kepada keluarga bekas mentua yang menerapkan semua elemen positif itu kepadanya. "Saya tidak mahu membohongi hati yang masih bersedih kerana semuanya bermula baik, tetapi kemudian bertukar menjadi sebaliknya. "Barangkali Tuhan menjanjikan sesuatu yang lebih baik kepada saya dan Bel, lalu kami terpaksa lalui kesedihan itu dulu. Tidak mengapa kerana saya tahu bekas suami juga sedang bahagia dengan jalan hidup yang dipilihnya," kata Daphne mengenai lelaki yang kini bermastautin di China itu. Khalayak sudah lunak dengan kes tuntutan bekas suami Daphne yang mengemukakan saman peribadi terhadap dakwaan ahli perniagaan, Darren Choy, 45, kerana memikat wanita itu ketika masih bergelar isterinya dengan niat membolehkannya melakukan persetubuhan. Perbuatan itu didakwa dilakukan Choy antara Julai 2007 hingga September 2008 dan kes berkenaan masih dibicarakan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. Meniti hidup sebagai ibu tunggal, dilengkapi seraut paras jelita dan petah berbicara, tidak sulit untuk Daphne memenangi hati lelaki yang ingin mendekatinya. Bagaimanapun, wanita dari Keningau, Sabah itu berkata, tidak semudah itu untuk dia kembali menyerahkan hatinya kepada lelaki selepas melayari gelora hidup yang menguji. Memilih untuk mengabdikan diri sebagai anak seni juga membuatkan Daphne memperincikan kehadiran lelaki yang cuba membuka pintu hatinya. "Di luar sana terlalu sukar untuk menemui lelaki sejati yang ikhlas menerima saya. Ada yang menarik diri apabila mengetahui saya tidak hidup keseorangan, sebaliknya ditemani seorang anak. Susahnya mencari lelaki yang jujur menyayangi saya dan pada masa turut mencurahkan kasih sayangnya kepada Bel. Sulit bagaimanapun, saya masih ingin kembali berumah tangga. "Saya percaya akan ada lelaki terbaik yang bakal datang dalam hidup kami berdua," kata Daphne memberitahu dia cuba menolak untuk menjalin percintaan jarak jauh. Memancing semakin dalam ke dasar hatinya, Daphne tidak mampu lagi mengelak dan agak malu-malu memberitahu dia sebenarnya sedang menjalin cinta dengan jejaka Melayu. Enggan mendedahkan nama jejaka yang berjaya mengetuk kembali pintu hatinya, Daphne berkata, lelaki itu sentiasa berada di sisinya tatkala dirinya memerlukan sokongan. Kembali melewati kemanisan bercinta pada usia matang mengujakan Daphne kerana perbincangan mereka sering menyentuh isu serius dan dewasa. "Dia bukan hanya kekasih tetapi teman yang sentiasa bertolak ansur dan memahami diri saya. Kami sedang melalui fasa percintaan yang matang, bukan lagi didorong nafsu atau keinginan semata-mata. Lelaki berkualiti sepertinya tidak ramai namun saya tidak mahu terlalu memberikan tekanan. Saya cuma mengikut arus waktu. Dia juga tidak pernah memaksa, membuatkan saya bertuah kerana dipertemukan dengannya," kata Daphne. Bayaran tak berbaloi PERTAMA kali diberi kepercayaan memegang watak utama dalam filem cereka, Belukar, tanpa disangka mengangkat Daphne sebagai Pelakon Wanita Harapan pada Festival Filem Malaysia Ke-23 (FFM23), Oktober lalu. Sebuah penghargaan yang disifatkan Daphne, jauh daripada jangkauannya kerana ketika bersetuju membintangi Belukar, niatnya cuma mahu membantu temannya. Kebetulan ketika penggambaran, Daphne sedang bergelut dengan kekalutan dalam rumah tangganya lalu segala emosi yang dituntut untuk menghidupkan lapisan watak dalam diri Eva pantas dicernanya. "Saya bertuah kerana diberikan skrip dan pasukan produksi yang bagus. Namun untuk serius berlakon mungkin tidak kerana lakonan tidak menjanjikan pendapatan yang selesa. Bayarannya tidak berbaloi, berbanding tenaga dan masa yang dicurahkan untuk menyempurnakan sesebuah penggambaran. "Tetapi saya tidak menolak untuk kembali berlakon jika diberikan watak dan skrip yang memberikan impak. Cuma ketika ini, saya sibuk mengacara di samping menguruskan perniagaan," katanya. Menolak persepsi negatif terhadap seseorang pelakon yang memenangi anugerah, Daphne berkata, dia keliru apabila terlalu banyak kontroversi menyelubungi penganjuran FFM23 lalu dan mempertikai kemenangannya. Masih belum memahami bagaimana sistem dalam penganjuran festival perfileman tempatan beroperasi, pernah terdetik di hatinya apakah kemenangannya itu satu penghargaan atau sebaliknya. "Saya cuma melihat kemenangan ini sebagai rezeki. Jika ditakdirkan tidak menang pun, saya tidak akan berasa apa-apa. "Belukar bukan filem pilihan tetapi apabila menerima beberapa pencalonan, saya dapat rasakan akan ada sesuatu yang menanti untuk produksi ini. "Cuma saya berharap segala ketidakpuasan hati diluahkan secara matang dan dewasa. Daripada bertelagah dan menghentam sana sini, mengapa tidak semua pihak duduk mencari jalan penyelesaian menjadikan FFM lebih hebat dan dihormati," katanya. INFO: Daphne Nama Lengkap: Daphne Eleanor Iking Tarikh Lahir: 6 Julai 1979 Asal: Keningau, Sabah Bangsa: Kadazan-Dusun dan Murut Pendidikan: Sarjana Komunikasi dari Universiti Sains Malaysia (USM) Profesion: Pengacara televisyen, majlis dan pelakon Program: The Breakfast Show, Explorace, Ringgit Sense dan My Australian Adventure. Filem: My Spy, Belukar | ||||
Posted: 04 Dec 2010 10:33 PM PST SAAT ini, anak-anak kita sedang menikmati percutian sekolah sebelum kembali menempuh sesi persekolahan 2011 yang akan bermula awal Januari depan. Walaupun dalam mood cuti sekolah, tidak salah untuk kita memperkatakan soal pendidikan kanak-kanak. Sebabnya, kita tidak mahu musim cuti menyebabkan kita alpa terhadap kepentingan pelajaran. Tambahan pula, menuntut ilmu merupakan satu komitmen yang tiada penghujungnya. Daripada dalam buaian sehingga ke liang lahad. Maka cuti persekolahan tidak boleh dijadikan alasan untuk break memperkatakan soal pendidikan. Terutama pendidikan prasekolah Dalam dekad ini, pendidikan awal iaitu di peringkat prasekolah atau tadika menjadi wajib kepada anak-anak sebelum melangkah ke alam persekolahan sebenar pada usia tujuh tahun. Inilah yang diberi perhatian oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) apabila melaksanakan sistem Tadika Islam MAIWP di 78 tadika di bawah pentadbiran mereka. Daripada jumlah itu, 74 beroperasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan empat lagi di Wilayah Persekutuan Labuan. Usaha tarbiah awal itu baru-baru ini dituai hasilnya apabila 2,259 murid Tadika Islam MAIWP sesi 2009/2010 menamatkan pengajian masing-masing. Kesemua mereka diraikan dalam satu majlis di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Mereka terdiri daripada murid-murid di enam zon iaitu Zon Titiwangsa, Zon Setapak, Zon Bangsar, Zon Batu, Zon Bandar Tun Razak dan Zon Labuan. Untuk mentadbir tadika sebanyak itu, bukanlah satu tugas yang mudah. Namun MAIWP berjaya mempamerkan pelbagai keunikan malah setanding dengan keluaran tadika-tadika yang dikendalikan oleh pihak swasta. Dengan bayaran RM20 sebulan, para pelajar Tadika Islam MAIWP mengikuti satu sistem pendidikan prasekolah yang bersepadu atau berintegrasi antara Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dengan komponen al-Quran, Bahasa Arab serta tulisan Jawi dalam usaha melahirkan generasi ulul albab. Menurut tokoh pendidik, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba, generasi ulul albab tidak sekadar mengajak manusia memerhati, berfikir dan mengambil hikmah terhadap kejadian Allah tetapi melihat bagaimana faktor makrokosmos atau alam itu mempunyai hubungan dengan kehidupan manusia di muka bumi. Ini kerana alam adalah 'buku terbuka' yang paling besar dan luas untuk dikaji oleh manusia. Justeru, menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Anan C. Mohd., pendidikan prasekolah kanak-kanak Islam yang berusia lima dan enam tahun di Wilayah Persekutuan mendapat perhatian utama pihaknya. Kata beliau, golongan kanak-kanak bakal menjadi pemimpin di masa akan datang. "Lalu membekalkan mereka ilmu dan membentuk sahsiah diri mesti bermula dari usia kecil kerana anak-anak merupakan anugerah Allah kepada kita semua yang dilahirkan dalam keadaan suci bersih ibarat kain putih lembut lagi suci. "Malah Imam Al Ghazali r.a pernah menyebut, Sesungguhnya anak-anak kita adalah umpama permata," katanya. | ||||
Posted: 04 Dec 2010 10:32 PM PST Soalan
Jawapan KEBANYAKAN orang Melayu biasa mendengar perkataan toyol yang difahami sebagai sejenis hantu. Ia juga merujuk kepada makhluk seperti kanak-kanak kecil daripada golongan jin, yang dibela oleh manusia, untuk mencuri benda-benda tertentu terutama duit. Makhluk ini akan mencuri sebahagian daripada wang milik seseorang. Mengikut Kamus Dewan definisi toyol adalah: "toyol ialah sejenis hantu yang suka mengganggu orang". (Kamus Dewan, hlm: 1711, Kuala Lumpur, 2005) Misalnya, kalau seseorang itu mempunyai wang 10 keping, dia mungkin mencuri sebahagian, sekeping atau dua keping. Sebab itu kita biasa dengar kalau ada yang hilang duit akan berkata: "Toyol manalah curi duit aku". Maksudnya kehilangan duit akan dikaitkan dengan toyol. Seharusnya kita mengenali toyol yang daripada jenis jin ini dengan lebih terperinci. Menurut apa yang ustaz baca dapat disimpulkan bahawa toyol berperangai seperti anak kecil yang mempunyai susuk tubuh setinggi 50-60 sentimeter sahaja. Kulitnya merah kemerahan dan berwajah bulat dengan mata agak terkeluar sedikit. Dahinya menonjol, mulut lebar dan berkepala botak. Kegemarannya sama seperti anak kecil yang ingin dibelai dan mengikut apa yang dikehendakinya. Memiliki perwatakan sedikit nakal, suka mengomel tetapi licik dan pandai menjerumuskan manusia mengikut telunjuknya. Ia adalah daripada bangsa jin kafir yang kebanyakannya dipergunakan oleh manusia untuk mendapatkan wang dan menjadi kaya dengan cepat. Penggunaan toyol adalah kaedah ghaib bagi memperkayakan diri pemeliharanya yang jauh menyimpang daripada ajaran agama dengan merompak dan mencuri harta benda orang lain secara ghaib. Di sana terdapat syarat-syarat yang dikenakan yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Malahan syarat-syarat itu adalah segala yang bertentangan dengan hukum Allah SWT dan perkara ini amat disukai oleh iblis dan anak buahnya bangsa jin kafir. Antara syarat yang dikenakan ke atas seseorang yang ingin memelihara toyol adalah: nTidak boleh mengamalkan ajaran agama. nTidak boleh membuat kebajikan atau kebaikan. nBersedia menyerahkan isteri untuk disetubuhi toyol atau menghisap susunya. nBersikap cinta kepada harta benda. nMenyediakan sajian untuk makanan toyol. nRumah harus jauh daripada orang ramai dan kegiatan agama. nSuasana rumah harus redup. nSediakan ruang atau bilik khusus yang berbau kemenyan sebagai tempat tinggal toyol. nHarus bersikap lembut dan santun terhadap toyol kerana toyol itu seperti anak kecil. nHarus membawa toyol berjalan-jalan mengikut kehendak toyol. Toyol tidak diperoleh dengan percuma. Malahan orang yang ingin memilikinya perlu membayar sejumlah wang untuk mendapatkannya daripada orang yang memuja jin kafir. Jelas di sini bahawa pemilikan toyol adalah dengan tujuan membolehkan dia mencuri wang jiran tetangga mahupun daripada rumah orang kaya untuk disampaikan kepada tuannya. Perbuatan ini bertentangan dengan Islam, perbuatan memelihara toyol adalah haram dan berdosa di sisi Islam. Sementara, perbuatan menyuruh toyol mencuri duit juga haram dan berdosa. Maksudnya, orang membela toyol melakukan dua dosa besar kepada Allah. Pertama melakukan syirik kepada Allah dengan bergantung kepada makhluk seperti toyol bagi mendapatkan rezeki dengan jalan yang haram. Dosa kedua adalah mengambil harta orang secara haram dengan mencurinya. Allah SWT juga akan menghitung si pembela toyol dengan cukup keras dan azab Allah menantinya atau perbuatan yang bertentangan dengan agama Allah SWT. Ini kerana kebanyakan orang membela toyol tidak boleh mengamalkan ajaran Islam, tidak boleh solat, tidak boleh bersedekah tidak boleh membaca al-Quran dan lain-lain amalan kerohanian. Allah SWT menjadikan Adam a.s dengan penuh penghormatan dengan memerintahkan para malaikat sujud sebagai tanda hormat kepada Adam a.s. Juga memperlihatkan bahawa Adam a.s lebih daripada makhluk-makhluk yang lain ini kerana Allah sendiri yang menjadikan Adam a.s. Ini jelas dalam firman Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaKu? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang Yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu. (al-Kahfi: 50 ). Dalam ayat yang sama Allah menempelak sikap manusia yang akan menjadikan syaitan sebagai pembantu-pembantu mereka, juga menjadikan syaitan yang asalnya daripada jin sebagai sahabat karib. Manusia yang malas berusaha dan berdiri atas kaki sendiri akan sering mencari jalan haram dalam mengumpul kekayaan dengan tidak menghiraukan halal haram dalam sumber pendapatan. Kemuliaan manusia akan terserlah apabila manusia berusaha membanting tulang empat kerat dan berkeringat dalam mencari rezeki yang halal. | ||||
Bengkel latihan saudara Muslim Posted: 04 Dec 2010 10:31 PM PST
DAKWAH adalah ungkapan yang mudah disebut tetapi sukar dilaksanakan. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan usaha dakwah kepada golongan bukan Islam daripada pelbagai kaum yang ada di negara kita. Justeru, Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengadakan bengkel bagi melahirkan pendakwah profesional di kalangan saudara baru. Bengkel Training of Trainers (TOT) itu diadakan selama tiga hari di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi mulai 26 November 2010. Ia disertai oleh seramai 31 peserta yang mewakili lapan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Antaranya, Pertubuhan Kebangsaan Islam Malaysia (Perkim), Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma), Persatuan Tionghua Muslim Melaka (PERTIM), Pertubuhan Ansarul Islam Malaysia (AL-ANSAR) dan Persatuan Darul Saadah. Antara fokus utama TOT kali ini adalah penumpuan kepada pemahaman dan pelaksanaan Sistem dan Modul Pengajaran dan Pembelajaran Saudara Muslim (SMPPSM). Selain itu, peserta turut mendalami kaedah-kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang bersesuaian agar meningkatkan keberkesanan pendidikan kepada golongan sasaran. Antara penceramah yang menjayakan bengkel ialah pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Madya Dr. Abdul Ghafar Don dan Anuar Puteh, Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Fardilah Mustaffa dan wakil Perkim, Amran Ambarassu Abdullah. Perasmian penutupannya dilakukan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim, Abdul Halid Sintol. | ||||
Posted: 04 Dec 2010 10:30 PM PST "Persaingan memang ada. Tapi saya utamakan servis kepada pelanggan. Maklumlah, hari ini kedai dobi makin banyak dibuka di mana-mana". Demikianlah prinsip perniagaan Raja Rohaya Raja Anuar, 51, yang kini mengusahakan kedai Dobi Point di bawah Skim Bantuan Modal Perniagaan, Lembaga Zakat Selangor (LZS). Beliau mengorak langkah menjadi perintis kepada kedai dobi pertama milik asnaf zakat di bawah LZS di Selangor. Kali ini, beliau akan berkongsi kisah kejayaannya untuk iktibar bersama, khususnya kepada kalangan ibu tunggal. Sesungguhnya, status diri tidak menjadi penghalang kemajuan; jika diri sendiri tegar mencorak visi dan misi masa hadapan. "Saya dilahirkan di Singapura. Namun, saya membesar dan menetap di Selangor sudah lebih 30 tahun. "Alhamdulillah, daripada perkahwinan dahulu saya dikurniakan lima anak. Lelaki semuanya. Kini, anak-anak saya pun sudah besar, mereka jugalah yang kini membantu saya dalam menguruskan kedai dobi ini. "Jika boleh, saya enggan mengenang kembali kesusahan hidup saya pada masa dahulu. Biarlah ia berlalu. Susahnya hanya Tuhan yang tahu. Hakikatnya, susah sekali hidup saya masa itu," katanya. Rohaya pernah terpaksa menghantar tiga anaknya ke asrama anak-anak yatim, kerana tidak mampu menyara mereka. Bahkan beliau dan anak-anak pernah menumpang di rumah saudara, kerana rumah sendiri hampir dilelong pihak bank dek tertunggak ansuran bulanannya. "Semasa itu, saya hanya menjaga dua anak yang kecil sahaja. Namun alhamdulillah, kami masih ada makanan untuk mengalas perut. Ini kerana, kala itu, saya mendapat bantuan makanan bulanan daripada LZS. "Jadi, tidaklah sampai anak-anak tidak dapat makan. Cuma, tidaklah kami dapat makan seperti orang lain. Ala kadar sahajalah," katanya mengingatkan peristiwa pahit itu. Demi kelangsungan hidup dan demi masa hadapan anak-anaknya, Rohaya sanggup melakukan apa sahaja kerja asalkan halal. Malah, Rohaya sekeluarga juga sudah menerima bantuan zakat sejak tahun 1998 lagi. Di samping bantuan makanan bulanan, beliau pernah menerima bantuan modal perniagaan. Rohaya pernah cuba berniaga di Plaza Alam Sentral dan kala itu, LZS meluluskan RM5,000 sebagai modal permulaan. Namun, perniagaannya gagal. Alhamdulillah, beliau berkata, pada tahun 2006, LZS menawarkannya peluang perniagaan, iaitu membuka kedai dobi dengan modal RM50,000. "Daripada apa yang saya tahu, saya adalah antara individu yang terpilih dalam projek perintis ini. Semasa itu, di samping kedai dobi ada lagi beberapa perniagaan bermodal besar yang akan dilaksanakan oleh LZS untuk asnaf. "Memang, jika difikirkan saya tiada pengalaman berniaga dalam skala yang besar. Apatah lagi perniagaan kedai dobi. Namun, saya memberanikan diri kerana LZS sentiasa sedia membantu. "Lagi pun, peluang sudah tersedia maka apa ruginya saya mencuba. LZS juga menyasarkan, selepas lima tahun saya akan mampu menguasai 100 peratus perniagaan ini," jelasnya. Buat permulaan, LZS menghantar Rohaya mengikuti beberapa siri kursus. Antaranya, kursus keusahawan, kursus pemasaran dan kursus perakaunan. Cuma beliau tidak dapat mengikuti kursus khas menguruskan kedai dobi, kerana kosnya memang mahal. "Demi menambah ilmu dan keyakinan dalam menguruskan kedai dobi, saya tidak segan bertanya mereka yang sudah lama dalam bisnes kedai dobi. "Saya korek rahsia menguruskan kedai dobi daripada mereka, misalnya sabun dan bahan kimia apa yang sesuai dan sebagainya lagi. Alhamdulillah, akhirnya saya memahami banyak perkara dalam selok-belok menguruskan kedai dobi ini," jelasnya. | ||||
195 sertai program khatan Masjid Negara Posted: 04 Dec 2010 10:29 PM PST
BIARPUN tidak mencapai sasarannya iaitu 200 orang peserta, namun sejumlah 195 penyertaan yang diterima dalam Program Berkhatan Beramai-ramai anjuran Masjid Negara adalah pencapaian yang di luar jangkaan serta satu rekod baru sejak ia mula dilaksanakan, kira-kira tujuh tahun lalu. Demikian luahan Penolong Pengarah Kanan, Unit Pendidikan, Masjid Negara, Ehsan Mohd. Hosni selepas perasmian Program Berkhatan Beramai-Ramai sempena cuti persekolahan bagi tahun 2010 di Masjid Negara, Jalan Perdana, Kuala Lumpur, Sabtu lalu. Program sehari itu adalah anjuran bersama Masjid Negara dan Rumah Khitan Sdn. Bhd. Ia dirasmikan oleh Ehsan yang mewakili Imam Besar Masjid Negara. Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad. Turut hadir ialah Penyelaras Program, Muhammad Shahrin bin Zulkiply serta pegawai-pegawai daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan kakitangan Masjid Negara. Majlis yang diadakan di Bilik Kuliah, Masjid Negara ini bukan sahaja disertai oleh kanak-kanak sekitar Lembah Klang malah pihak masjid turut menerima peserta dari Sabah. Menurut Ehsan, program tahunan ini bermula sejak tahun 1993 yang dianjurkan oleh Unit Perkhidmatan Sosial dan turut melibatkan beberapa unit lain di Masjid Negara sendiri sempena musim cuti persekolahan ketika ini. "Semua kanak-kanak yang terlibat dalam majlis hari ini berusia antara enam hingga 12 tahun. Mereka ini dikhatankan oleh 12 pegawai perubatan swasta yang sememangnya pakar dalam bidang berkenaan. "Kami juga percaya dengan memilih kaedah atau teknik Smart Klamp pula ia sedikit sebanyak menjadi tarikan kepada ibu bapa dan penjaga. "Ini merupakan satu teknik berkhatan yang cepat, mudah dan selamat. "Menerusi teknik ini, seramai lima kanak-kanak dapat dikhatankan setiap jam oleh seorang doktor yang terlatih. Malah prosedur Smart Klamp boleh dijalankan hampir di mana-mana sahaja kerana ia amat ringkas, bersih dan teratur," jelas Ehsan. Tambahnya, pelaksanaan program ini juga adalah untuk membantu mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa serta penjaga. Apatah lagi, kos berkhatan yang kini agak mahal sehingga mencecah RM200 seorang. Namun, pada program kali ini, bayarannya hanya RM150 bagi setiap peserta. Sementara itu menurut Muhammad Shahrin, tujuan program ini diadakan adalah merapatkan hubungan persaudaraan dan perpaduan di kalangan masyarakat luar dengan kakitangan masjid seperti yang dituntut oleh Islam. Katanya, alhamdulillah, sambutan yang diterima tahun ini sangat-sangat menggalakkan daripada segi bilangan penyertaan orang ramai, terutamanya penduduk dari sekitar Lembah Klang. "Penganjuran program ini juga bagi memenuhi tuntutan agama Islam yang mahukan setiap umatnya memilik kualiti kesihatan yang terbaik di kalangan masyarakat. "Selain itu, program ini juga bertujuan meningkatkan kefahaman Islam terhadap anak-anak kecil terutamanya kepentingan berkhatan. "Kanak-kanak yang telah berkhatan akan merasakan diri mereka berbeza daripada kanak-kanak kecil yang lain. Ini kerana amalan berkhatan adalah salah satu agenda penting dalam kehidupan menuju ke alam dewasa," katanya. Mengulas mengapa memilih kaedah Smart Klamp, kata Ehsan, penggunaan Smart Klamp telah diterima pakai oleh lebih 200 klinik di seluruh Malaysia, ia juga merupakan teknik yang mudah dikendalikan oleh doktor, tanpa jahitan dan mudah dijaga. Sehingga kini, lebih 50,000 kanak-kanak telah dikhatan menggunakan teknik ini sejak ia diperkenalkan seawal 2003. Malahan teknik ini merupakan kaedah terbaik untuk pesakit diabetis, hemophilia, kanak-kanak autism dan juga kanak-kanak hiperaktif. | ||||
Posted: 04 Dec 2010 10:27 PM PST
BAGI masyarakat beragama Kristian tidak sempurna sambutan Krismas tanpa pelbagai hidangan yang memenuhi meja. Antara sajian yang wajib ada sudah tentunya ayam Belanda panggang di samping hidangan-hidangan lain seperti pai, salad dan sebagainya. Justeru sempena kedatangan Krismas dan Tahun Baru yang akan disambut tidak lama lagi San Francisco SteakHouse dan Santini Ristorante Italiano menawarkan sajian istimewa stik ayam Belanda yang cukup menyelerakan. Hidangan berkenaan disediakan khas untuk melengkapi dua sambutan itu. Chef Eksekutif San Francisco SteakHouse, Johnny Fua berkata, bagi sambutan perayaan Krismas, kedua-dua restoran itu menyediakan set dilengkapi tiga sajian. Di San Francisco SteakHouse, set tersebut meliputi udang laut merah sebagai pembuka selera, sama ada stik ayam Belanda panggang atau stik salmon mengikut pesanan pelanggan untuk sajian utama dan pencuci mulut iaitu puding. "Restoran Santini pula menawarkan sajian pembuka mulut, spinachi capeletti dengan porcini, ayam Belanda panggang atau stik filet sebagai menu utama serta panna cotta dengan sos beri dan krim segar. "Setiap set dihidangkan dengan sajian tambahan sama ada potongan avocado, telur salmon, salad, campuran epal dan bawang, sos giblet, sos kranberi, kentang lenyek kucai, kentang, kacang hazel serta kacang French," katanya baru-baru ini. Menurut Johnny, sempena sambutan Tahun Baru, San Francisco menawarkan sajian pembuka selera, tat winter, menu utama daging batang pinang atau ikan siakap dan pencuci mulut pisang gula hangus untuk set hidangannya. "Santini pula akan menyajikan pelanggan dengan sajian pembuka seleranya, sup labu panggang, kutlet biri-biri almond atau ikan kod untuk hidangan utama serta sicilian cassata bersama sos coklat panas dan ceri masam sebagai pencuci mulut. "Pada masa sama, bermula 20 Disember, kami turut menawarkan hidangan ayam Turki untuk dibawa balik sempena perayaan berkenaan. "Bagi mereka yang ingin mendapatkan hidangan ayam Turki itu, mereka perlu membuat pesanan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum mengambilnya," ujarnya. Menu Set Sempena Krismas akan ditawarkan pada 24 dan 25 Disember pada harga RM78 ke atas manakala Set Sempena Tahun Baru boleh dinikmati pada 31 Disember serta 1 Januari depan pada nilai RM88 ke atas. | ||||
Posted: 04 Dec 2010 10:26 PM PST
SEBIJI epal sehari menjauhkan anda daripada doktor. Begitulah khasiat buah epal jika anda mengamalkannya dalam diet harian kerana ia kaya dengan sumber antioksida dan vitamin C. Manakala kandungan antioksida seperti flavonoid mampu memerangi penyakit kanser. Kandungan quercitin dalam buah epal mampu mengelakkan kita daripada mendapat penyakit alzheimer. Begitu banyak khasiat buah epal. Kerana khasiatnya inilah yang membuatkan saya ingin berkongsi satu resipi pencuci mulut yang menggunakan epal iaitu Crumble Epal. Pencuci mulut ini sebenarnya adalah epal yang dibakar bersama adunan crumble. Selalunya epal jenis Granny's Smith adalah paling sesuai. Tekstur epal hijau yang sedikit masam dan rangup membuatkan saya menggemari pencuci mulut ini. Namun terpulang kepada anda sekiranya ingin menggunakan epal jenis lain. Tetapi pilihlah buah epal yang segar, keras dan rangup supaya lebih enak dinikmati. Epal perlu dipotong baji (wedges) atau dadu. Pastikan ia tidak terlalu tebal dan besar supaya mudah masak apabila dibakar. Crumble membawa maksud rangup dan rapuh. Campuran bahan-bahan asas untuk membuat crumble adalah seperti mentega, tepung, gula, kacang walnut dan oat. Campuran ini akan digaul sehingga menjadi seperti serbuk roti yang lembap. Ia akan menjadi rangup, rapuh dan keemasan sesudah dibakar bersama epal yang dicincang. Gunakan rolled oat iaitu emping oat. Ia berlainan daripada oat yang biasa kerana ia diemping dan memberikan kerangupan pada crumble anda nanti. Rolled oat boleh dibeli di kedai-kedai menjual bahan-bahan pastri. Jika tiada pilihan anda boleh menggunakan oat yang biasa dijual di pasar raya atau menggantikan dengan Nestum. Terdapat teknik yang perlu diketahui apabila anda menggaul bahan-bahan crumble. Anda boleh menggunakan pemperoses makanan, mesin pengadun kek atau menggunakan tangan. Sekiranya menggunakan tangan bahan-bahannya perlu digaul dengan cepat kerana dikhuatiri suhu tangan yang panas akan menyebabkan mentega cair dan menjadikan tekstur crumble kurang rangup apabila dibakar. Berhenti menggaulnya apabila adunan telah sebati dan membentuk serbuk roti. Suhu mentega yang digunakan juga penting. Mentega perlu didadu kecil supaya ia mudah diadun. Buah epal yang digaul dengan bahan-bahan lain ditabur dahulu dalam bekas pembakar sebelum menabur crumble di atasnya. Pastikan crumble diratakan di atasnya supaya ia masak dengan sekata. Crumble Epal yang sudah masak boleh dipastikan dengan melihat warnanya bertukar menjadi perang dan rangup di samping buah epal mengeluarkan sedikit jusnya. Sekiranya ingin rasa yang lebih enak makanlah bersama aiskrim vanila. | ||||
Posted: 04 Dec 2010 10:25 PM PST
SENARIO orang beratur panjang untuk membeli nasi lemak Tanglin pada setiap pagi menjadi nostalgia manis bagi sebilangan warga Kuala Lumpur. Nama nasi lemak Tanglin diperoleh daripada tempat ia dijual, iaitu Poliklinik Komuniti Tanglin. Terletak tidak jauh dari Bukit Aman, Masjid Negara dan Sekolah Menengah Perempuan Methodist. Ia cukup popular bukan saja di kalangan mereka yang bekerja atau tinggal berdekatan. Malah, ada yang datang sejauh Petaling Jaya, Shah Alam, Selayang dan sebagainya. Sekali pandang nasi lemak Tanglin sama sahaja seperti nasi lemak lain. Tetapi bagi yang mencubanya dapat merasakan kelainan pada sambal tumis yang cukup enak. Sambal tumisnya dimasak lama antara tiga atau empat jam sehingga bawang hancur dan sebati dengan kuah serta warnanya berubah menjadi merah kehitaman. Apa yang pasti, nasi lemak ini merupakan resipi tradisional pengasasnya, Suryati Jawirunnah sejak ia pertama kali dijual sekitar tahun 1948 di Kuala Lumpur. Kini perniagaan tersebut telah diambil oleh anak-anaknya. Nasi lemak Tanglin masih lagi dijual secara tradisional di gerai di Tanglin pada waktu pagi. Oleh kerana ramai yang membeli maka ia cepat habis. Bagaimanapun kini penggemar nasi lemak tersebut boleh menikmatinya pada bila-bila masa selepas pembukaan Restoran Nasi Lemak Tanglin di Bangsar (berhadapan Bangsar Village). Restoran milik Norain Abdul Jalil itu baru dibuka sejak bulan Februari lalu dan merupakan rakan niaga bersama anak Suryati, Zainal Abidin Hassan yang bertujuan untuk mempopularkan lagi nasi lemak Tanglin. Pengurus restoran, Eizham Zulkifli berkata, lauk-pauk nasi lemak yang dijual di restorannya itu masih dimasak sendiri oleh Zainal Abidin dan akan dihantar ke restoran setiap hari. Cuma nasi lemak sahaja yang dimasak di restoran. ''Keistimewaan nasi lemak ini adalah sambal ikan bilisnya. Apabila pelanggan membeli, sambal ini akan dicampurkan sekali dengan kuah hitam daging. Itu yang membuatkannya begitu sedap. ''Rasa sambal ini memang konsisten dan tidak berubah-ubah. Pelanggan memang sukakan sambal tersebut,'' katanya yang menerima pelanggan pelbagai kaum. Selain sambal, terdapat banyak lagi lauk lain seperti sotong, rendang daging, rendang ayam, ayam goreng, limpa berlada, bergedil, sambal kerang dan paru goreng. Selain nasi lemak terdapat juga bermacam jenis makanan lain seperti mi rebus, kuay teow, asam laksa dan pelbagai jenis snek, makanan pencuci mulut, sup dan minuman yang menyelerakan. Restoran yang mula dibuka sejak pukul 8.30 pagi hingga 12 tengah malam itu mengenakan harga yang amat berpatutan. Nasi lemak biasa dijual pada harga RM4.50, nasi lemak paru goreng RM9.45, nasi lemak sambal kerang RM10.45 dan nasi lemak rendang ayam atau daging RM12.45. Jika ditambah dengan lauk-pauk lain, harganya ditambah sedikit lagi dan hidangan ini memang cukup mengenyangkan dan memuaskan hati. Terdapat juga hidangan kombo, iaitu nasi lemak dengan satu lauk dan minuman teh limau cuma berharga RM10. Begitu juga kombo mi dan minuman teh limau yang berharga sama. Bagi kombo roti bakar hainan dengan telur setengah masak dan teh tarik atau kopi berharga RM5. | ||||
Posted: 04 Dec 2010 10:24 PM PST MASALAH yang dihadapi Puan Norsara minggu lalu menarik perhatian saya untuk memberi pandangan. Pengalaman beliau sama seperti apa yang ditempuh oleh ibu saya, hinggakan hidup ibu saya sentiasa merana kerana melalui pelbagai penderitaan setiap hari. ''Bukan semua isteri boleh bersabar dengan kerenah suami yang suka main kayu tiga dari muda sampai tua. Lebih teruk lagi tidak pernah mengaku kesalahan yang dilakukan. Itulah perangai ayah saya. Puas ibu memujuk supaya mengaku, dan bertaubatlah sebelum terlambat. Tetapi ayah berubah baik untuk beberapa bulan dan tahun sahaja, lepas ibu saya kembali buat tabiat lamanya. Menangis ''Akhirnya kami adik-beradik sama menanggung penderitaan ibu. Siapa boleh tahan lihat ibu sentiasa menangis, walaupun ibu menafikan bila kami bertanya, tapi kami faham, sebab kami bukan kecil lagi. Bila keadaan sudah sampai ke kemuncak, ibu memberi kata dua lantas merujuk kesnya ke mahkamah syariah. Sebab kata ibu sampai bila-bila pun ayah tidak akan berubah. ''Kata ibu apa gunanya hidup jika hati terseksa, kita mahukan kedamaian dan kebahagian hidup, tetapi jika suami kita hanya mahukan kebahagiaan untuk dirinya sahaja, untuk apa berumahtangga?, ''Sebenarnya saya seorang anak yang menjadi mangsa penceraian. Ibu saya juga mengalami nasib yang sama seperti Puan Norsara. Tetapi dia meninggalkan ayah kerana ayah terang-terang menjalinkan hubungan dengan isteri orang. ''Walaupun diasak dengan pelbagai soalan dan ditunjukkan pelbagai bukti yang nyata namun ayah tetap berkeras menafikannya. Ayah sanggup tertengkar dengan ibu bermati-matian menafikan hubungan sulitnya. Akhirnya ayah gantung ibu tak bertali selama setahun lebih dan tidak duduk sebumbung dengan kami anak-beranak. ''Ketika itu kehidupan ibu saya dengan ayah banyak meninggalkan kesan luka yang teramat perit. Namun ibu hadapinya dengan penuh tabah dan cekal. Tidak pernah ibu menunjukkan kesedihannya kepada anakanaknya. Pada awalnya ibu cuba menjerihkan keadaan tetapi ibu gagal. ''Ibu sering menghantar mesej dan mengajak ayah untuk berbincang, tetapi sikap ayah sungguh pelik, semakin ibu cuba berbuat baik, dia semakin menjauhkan diri, malah ayah sering tidak mengendahkan permintaan ibu. ''Apabila sudah tidak tertahan lagi dengan perangai ayah yang sering tak pulang ke rumah, sebaliknya semakin kerap membuat hubungan dengan wanita lain, barulah ibu beranikan diri menuntut fasakh ke mahkamah. Proses perceraian bukannya mudah, tetapi ibu tabah semuanya kerana hatinya ketika itu sudah bulat tidak sanggup lagi menanggung penderitaan akibat perbuatan ayah yang bergelumang dengan dosa. ''Akhirnya ibu dilepaskan dengan talak satu. Sebagai anak, saya sokong apa yang ibu lakukan, kerana saya tidak sanggup melihat kesedihan dan penderitaan ibu berlanjutkan selagi ibu hidup bersama ayah. ''Untuk pengetahuan Puan Mona dan pembaca semua, selepas perceraian yang mulanya memang ibu merasa khuatir dan takut, tetapi dengan izin Allah juga kehidupan ibu semakin membahagiakannya. Rezeki ibu semakin mencurah-curah. ''Sebagai anak pasti saya dapat menikmati dan melihat kesenangan yang ibu lalui. Bukan sahaja hidupnya bertambah senang dan mewah, sebaliknya wajahnya semakin ceria dan gembira. Dan lebih penting ibu dapat memberikan kehidupan yang baik kepada kami berempat beradik tanpa merasa sedih dan takut. ''Ayah pula walaupun cuba mengelak, dia terpaksa menjalankan tanggungjawabnya kepada kamisama ada dsuka atau tidak. Saya juga bersyukur di atas kehendak Allah kerana kini ayah telah menjalin hubungan dengan wanita tersebut setelah diceraikan suaminya. Saya gembira kerana ayah tidak terus bergelumang dengan dosa yang memalukan kami juga. ''Kepada pembaca yang senasib dengan ibu saya atau puan Norsara janganlah takut dengan ujian Allah, Dia Maha Mengetahui setiap perkara yang berlaku ke atas hamba-Nya. Dan Dia tidak akan membiarkan hamba-hambaNya berseorangan tatkala menghadapi masalah. Pasti akan ada jalan terbaik untuk dilaluinya kemudian hari. | ||||
Posted: 04 Dec 2010 10:23 PM PST
MEMBELEK semula album perkahwinan lama pasti menampilkan pelamin yang dihias ringkas dengan kain baldu berserta sejambak bunga sambil pengantin berpakaian songket sedondon. Mungkin itu gaya lama yang dikelaskan sebagai klasik. Namun hari ini, rata-rata bakal pengantin memilih konsep moden, kontemporari dan berjiwa Inggeris. Berpegang pada falsafah itu, Mohd. Faizul Abdul Karim yang lebih mesra dengan panggilan Zul Mohd. menghimpun pelbagai idea pelamin. Hiasan yang dipilih diharap terpahat sebagai memori indah yang dikenang sepanjang hayat bukan saja oleh pasangan pengantin bahkan tetamu. Bagi pengasas The Persada ini, hiasan pelamin antara elemen terpenting bagi keseluruhan dekorasi sesuatu majlis perkahwinan. Atas dasar ingin mencari kelainan, kebanyakan pelamin rekaannya bermain dengan daun-daun dan bunga-bunga segar. Biarpun terpaksa berbelanja lebih, The Persada berjaya mengekalkan nilai-nilai eksklusif dalam setiap rekaannya. Uniknya, bunga-bunga segar yang sudah digunakan tidak boleh diulang pakai untuk rekaan lain. The Persada boleh dihubungi di talian 012-2304426 atau berkunjung ke Jalan Excella 1, Taman Ampang Hilir, Ampang, Kuala Lumpur. | ||||
Posted: 04 Dec 2010 10:23 PM PST
Pelbagai cara dan konsep diimpikan setiap pasangan yang melangsungkan perkahwinan supaya hari bersejarah itu dapat dijadikan kenangan seumur hidup. Tambahan pula, majlis tersebut hanya berlaku sekali seumur hidup, pastinya kita mengharapkan ia adalah terbaik dan berjalan lancar. Namun bayangkan apa akan terjadi sekiranya majlis yang diidamkan itu berlangsung dengan hambar dan sunyi tanpa irama yang menghiburkan. Lebih indah majlis yang dihadiri oleh sanak-saudara itu dihiburkan melalui sistem audio yang 'menghidangkan' lagu-lagu tradisional dengan gelak ketawa berselang-seli dengan pengacara majlis yang mencuit hati membuatkan majlis semakin meriah. Sejajar dengan kepentingan itu, sistem penataan bunyi atau audio merupakan elemen penting yang dianggap 'ibu majlis' yang mampu menggamatkan suasana. Bagi pemilik DSayang Fotografi Entertainment, Adinorhisham Aziz, 39, tidak kira majlis tersebut berskala besar, sederhana atau kecil ia akan jadi lebih meriah dengan kehadiran sistem audio. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan ia mampu berfungsi untuk menghidupkan suasana daripada hambar kepada yang gilang-gemilang. "Majlis yang besar pun akan jadi sunyi sepi dan 'tak hidup' kalau tak ada sistem audio. "Jadi walaupun tugas orang seperti kami ini nampak senang tapi ia tidak kurang pentingnya. Kerja-kerja mengendalikan sistem penataan bunyi juga rumit dan memerlukan ketelitian," katanya yang lebih mesra dengan panggilan Adi. Melihat keperluan itu jugalah yang mendorong anak muda ini menubuhkan syarikat DSayang Fotografi Entertainment yang antara aktiviti utamanya menyediakan peralatan sistem audio untuk disewa bagi sebarang bentuk majlis. Bagi diri Adi, biarpun tidak mendapat pendidikan secara formal dalam bidang tersebut, kesungguhan dan minat mendalam membuktikan dia mampu mengendalikannya dengan baik. Begitupun katanya, segala-galanya bermula daripada minat yang mendalam dalam bidang muzik dan persembahan. "Mulanya saya berjinak-jinak sebagai juruacara majlis dan kebetulan saya mempunyai dua buah speaker dan mikrofon yang boleh dikatakan agak canggih. ''Saya gunakan kelebihan itu untuk mengendalikan majlis perkahwinan atau majlis-majlis keraian lain," katanya ditemui ketika sibuk memasang peralatan audio untuk satu majlis perkahwinan di Kampung Pengantin, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Sambung Adi, biasanya selepas selesai hujung dia akan didekati kawan-kawan yang menyewa peralatan yang digunakan. "Dari situ baru terfikir mengapa tidak saya mulakan perniagaan lebih serius dengan menyewakan peralatan memandangkan saya juga mempunyai kebolehan dan pengalaman dalam bidang itu. "Sejak itu saya usahakan sedikit demi sedikit untuk membeli keperluan yang lebih canggih dan lengkap untuk digunakan dalam sesebuah majlis," katanya yang juga seorang juruteknik di sebuah syarikat swasta di Subang, Selangor. Menurut Adi, menyelenggara sistem audio memerlukan ketelitian kerana ia membabitkan peralatan-peralatan yang amat teknikal dan sensitif. Selain menyediakan alat-alat asas untuk sistem audio termasuk set karaoke, DSayang Fotografi Entertainment turut menawarkan perkhidmatan jurugambar dan menyediakan kumpulan tarian tradisional seperti gamelan, joget dan berbagai-bagai lagi untuk memeriahkan majlis perkahwinan. Sebagai perancangan masa depan pula, dia bercita-cita untuk menubuhkan studio muzik yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti. "Insya-Allah, kalau sanggup berkerja keras dan mempunyai keazaman yang tinggi segala-galanya boleh dicapai," katanya. Ketika ini DSayang Fotografi Entertain menrupakan penaja sistem audio bagi Peraduan Gerbang Cinta Mega-Utusan Malaysia Musim Ke-2. Dalam peraduan musim ini, Adi turut menaja pengacara majlis yang akan mengendalikan majlis perkahwinan para pemenang . Sementara itu bagi yang ingin mendapat khidmat sistem audio, boleh menghubungi Adi di talian 012-3689462 atau 019-3726262. | ||||
Posted: 04 Dec 2010 10:22 PM PST
SEBAGAI ibu bapa, kita memainkan peranan yang sangat signifikan dalam memastikan anak-anak mendapat makanan yang berkhasiat, selamat dan seimbang. Anak-anak wajar didedahkan dengan tabiat pemakanan yang sihat selain perlu tahu bahawa setiap hari tubuh badan mereka memerlukan zat-zat makanan tertentu yang cukup untuk menjalani kehidupan yang sihat. Pada masa sama, mereka juga perlu dididik bahawa pengambilan gizi makanan yang tidak seimbang akan memberi kesan negatif dalam jangka masa pendek dan panjang terhadap diri mereka seperti kegemukan, kencing manis, sakit jantung dan sebagainya. Antara amalan terbaik ialah menggalakkan anak-anak membawa bekalan makanan dari rumah ketika ke sekolah. Melalui cara ini juga sebagai ibu bapa, kita dapat memastikan anak-anak mendapat khasiat secukupnya daripada pemakanan mereka kerana kita sendiri yang menyediakan makanan tersebut. Amalan membawa bekalan makanan bukan sekadar mampu mencegah anak-anak daripada kes keracunan makanan bahkan memupuk sikap jimat-cermat. Begitu jugalah yang diamalkan oleh selebriti TV terkenal, Khairunnisak Dzun Nurin, 32, dalam memastikan pemakanan seharian anak-anaknya. Walaupun sibuk, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini akan memastikan anak-anaknya mendapat makanan yang berkhasiat dan seimbang setiap hari. Anak-anaknya, Farha Inayah Sheikh Farhan, 7, Sheikh Umar Farhat, 5, dan Sheikh Suhail Mahdi, dua tahun merupakan kanak-kanak yang berada dalam lingkungan memerlukan khasiat yang seimbang dalam tumbesaran mereka. ''Setiap hari saya akan menyediakan menu seperti nasi, pasta dan susu dan menu-menu ini merupakan makanan harian yang saya berikan serta bekalkan kepada anak-anak saya. ''Walaupun masing-masing mempunyai cita rasa berlainan dan cerewet dalam soal makan, saya akan pastikan mereka memperoleh zat yang secukupnya untuk tumbesaran mereka. ''Di samping itu juga saya turut memberikan susu kepada anak-anak saya mengikut keperluan masing-masing agar mereka memperoleh kalsium yang mencukupi,'' ujarnya. Tambah Khairunnisak lagi atau lebih mesra disapa Anis, pola pemakanan anak-anaknya sudah pasti berbeza kerana masing-masing berbeza umur. Jelasnya lagi, umur turut memainkan peranan dalam pengambilan makanan berkhasiat kerana selain mengekalkan keseimbangan ia turut membantu mencapai berat badan yang ideal, membina dan mengekalkan fungsi tubuh yang sihat. Katanya, bagi kanak-kanak yang berumur satu hingga enam tahun, mereka memerlukan zat-zat seperti magnesium, kalsium, vitamin D serta vitamin A dalam pembentukan tulang, gigi serta tisu-tisu badan. Sementara bagi kanak-kanak yang berumur antara enam hingga 12 tahun pula memerlukan omega 3, omega 6, vitamin B3 dan vitamin B6 dalam memastikan badan sentiasa sihat dan dilindungi daripada penyakit. Khairunnisak juga tidak menafikan bahawa ibu bapa berperanan dalam menjadikan diri sebagai contoh kepada anak-anak. Untuk itu, beliau sendiri turut mengamalkan pemakanan sihat dan berkhasiat selain mengambil pelbagai jenis suplemen untuk memastikan badan sentiasa sihat. ''Walaupun saya sentiasa sibuk, ia bukanlah alasan untuk tidak memantau pemakanan anak-anak dan diri sendiri. ''Selain memastikan anak-anak memperoleh kalsium yang secukupnya melalui pengambilan susu, saya turut memastikan bahawa menu yang disediakan mengandungi buah-buahan dan sayuran serta tidak mengambil terlalu banyak garam dan gula serta membanyakkan ikan dan kekacang untuk pengaliran darah. ''Saya juga tidak menggalakkan anak-anak saya mengambil makanan segera dan kalau ada pun cuma sebulan sekali,'' katanya lagi. | ||||
Posted: 04 Dec 2010 10:21 PM PST SAMBUTAN Hari Kanak-kanak Sedunia baru-baru ini meninggalkan kenangan manis kepada sekumpulan kanak-kanak yang sedang mendapat rawatan di Hospital Pakar DEMC Shah Alam, Selangor (DEMC), apabila mereka menerima kunjungan istimewa daripada selebriti, Erra Fazira. Kehadiran pelakon terkenal itu dibawa khas oleh Wyeth Nutrition yang ingin menyambut hari tersebut dengan cara lebih bermakna. Erra nyata tidak lokek dengan senyuman tatkala beliau menyampaikan hadiah kepada kanak-kanak di DEMC, ditemani oleh maskot kesayangan Wyeth Nutrition - Lex the Lion dan maskot DEMC - Dr. Bunny, yang mencetus hilai tawa kanak-kanak tersebut dengan lawak jenaka dan telatah mereka. Di samping memberi hadiah-hadiah sumbangan Wyeth Nutrition kepada kanak-kanak di wad pediatrik hospital tersebut, Erra juga menyampaikan hadiah kepada 17 orang kanak-kanak yang mengambil bahagian dan memenangi peraduan melukis, menulis dan pertunjukan fesyen. Ketua Pegawai Eksekutif DEMC, Datuk Dr. Omar Abd. Hamid turut melahirkan penghargaan kepada Erra dan Wyeth Nutrition atas komitmen serta sumbangan mereka dalam menjayakan sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia itu. "Saya gembira kerana ada organisasi korporat yang menunjukkan minat terhadap kebajikan kanak-kanak. "Kami juga berbangga dapat menyambut hari yang penting ini bersama Wyeth Nutrition dan Erra Fazira dan berharap agar kerjasama seperti ini dapat diteruskan di masa hadapan," katanya. Dalam pada itu Pengurus Besar Wyeth Nutrition untuk Malaysia, Brunei, Singapura dan Vietnam, Michael Toh, berkata, sebagai peneraju bagi formula kanak-kanak bernutrisi pihaknya berpendapat adalah penting bagi semua pihak mengambil berat tentang perkembangan kanak-kanak. "Sebab itu kami mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan DEMC untuk meraikan kanak-kanak di hospital ini," katanya. Katanya, Wyeth Nutrition akan meneruskan usaha untuk memberikan generasi kanak-kanak masa hadapan itu permulaan yang baik dalam hidup mereka. Sementara itu Erra berkata, sebagai seorang ibu perkara yang paling penting bagi beliau ialah memberikan yang terbaik untuk anaknya. "Saya juga seorang yang sangat cerewet, oleh itu saya memilih formula produk dari Wyeth Nutrition kerana ia kaya dengan nutrien penting untuk kebaikan perkembangan mata anak saya," kata Erra yang menggunakan S-26 Progress Gold untuk anaknya berada pada tahap perkembangan terbaik sesuai dengan usianya. | ||||
Posted: 04 Dec 2010 10:00 PM PST
Memilih perabot yang sesuai untuk menghiasi kediaman kadangkala boleh memeningkan kepala apatah lagi jika berlaku perbezaan cita rasa antara suami dan isteri Kesukaran mencari tempat untuk dijadikan sumber ilham bagi mendekorasi rumah juga membuatkan masalah berkenaan bertambah rumit. Bagi yang belum bertemu aksesori idaman, apa kata bertandang ke hab gaya hidup kreatif, SSF Sdn. Berhad yang terletak di Puchong, Selangor. Ia menawarkan pelbagai koleksi kelengkapan rumah daripada perkara yang kecil sehinggalah yang sebesar-besarnya. Malah, lebih menarik bermula 2 Disember ini ia akan mengadakan tawaran harga runtuh untuk kesemua produk keluarannya. Menurut Pengurus Pemasarannya, Tera Ee, tawaran jualan murah ini merupakan promosi pertama yang diadakan sejak 23 tahun beroperasi di negara ini. Katanya lagi, pada tawaran itu, orang ramai boleh mendapatkan pelbagai produk hiasan dengan tawaran harga yang paling rendah. ''Ini kali pertama kami adakan sejak 23 tahun ditubuhkan, malah tawaran ini juga sebagai penghargaan kepada pelanggan berikutan sambutan baik terhadap produk katanya,'' ujarnya ketika ditemui di Bagi mereka yang baru melangkah ke rumah baru, inilah peluang terbaik untuk menyusun rias kediaman sendiri menjadi cantik dan kelihatan moden dan bergaya. Pelbagai pilihan dan idea hiasan untuk kediaman dengan tema kediaman desa Perancis ke Victoria, gaya Timur, Safari Afrika, gabungan kontemporari dan oriental. Bagi yang meminati pinggan mangkuk, barangkali boleh 'pening' apabila melangkah ke pusat sehenti itu kerana pelbagai jenis rekaan boleh dimiliki. Daripada harga yang murah sehinggalah kepada ribuan ringgit dengan gaya klasik hingga moden. Pusat hab gaya hidup kreatif ini sebenarnya ditubuhkan pada tahun 1987 yang bermula di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur dengan memulakan perniagaan bunga tiruan di kawasan seluas 92.9 meter persegi. Kini syarikat tersebut berkembang dan menjual lebih 100,000 jenis barangan dekorasi di 17 cawangan kedai pameran di seluruh Semenanjung dengan empat daripadanya merupakan kedai dekorasi sehenti. Menurut Ee, hampir 97 peratus produk barangannya diimport dari seluruh dunia termasuk Vietnam, Taiwan, Hong Kong, Sepanyol, Turki, China, Afrika dan India. Malah turut diberi perhatian ialah, koleksi barangan perkahwinan termasuklah dekorasi pelamin dan hantaran. | ||||
Posted: 04 Dec 2010 09:59 PM PST Berhadapan dengan masalah kewangan antara punca sering berlakunya 'perang mulut' di antara suami isteri. Pengurusan dalam perbelanjaan memerlukan strategi yang teliti, seelok-eloknya ia mestilah bermula dengan menabung atau melabur sebagai persediaan menghadapi hari muka yang kemungkinan menghadapi kesempitan. Bagaimanapun tidak semua pasangan suami isteri sedar akan perkara ini sebaliknya berbelanja melebihi kemampuan. Akibatnya kewangan menjadi tenat dan suasana rumah tangga mula goyah akibat masing-masing saling menuding jari ke arah satu sama lain. Kisah ini turut dilalui Sharif (bukan nama sebenar), namun dia bertindak bijak dengan mendahulukan segala hutang piutang setiap bulan sebelum berbelanja untuk perkara lain. Cara Sharif mungkin boleh dijadikan teladan. Kita ikuti pengalaman Sharif untuk panduan bersama. "Setiap bulan apabila dapat gaji saya melangsaikan semua hutang terlebih dulu. Saya bimbang tersalah guna wang gaji akan membebankan diri sendiri. "Isteri saya suri rumah sepenuh masa dan kami tidak mempunyai pendapatan sampingan. Pernah juga saya terfikir untuk melakukan kerja-kerja sambilan tetapi masa tidak mengizinkan. "Saya tidak boleh menyerahkan segalanya kepada takdir yang tersurat, kerana sebagai ketua keluarga sesuatu mesti dilakukan untuk keselesaan, keluarga sangat penting . "Saya kemudian mengambil keputusan mencadangkan isteri saya berniaga secara kecil-kecilan. Modal telah saya berikan, sayangnya apa yang saya harapkan tidak kesampaian disebabkan isteri saya tidak berminat untuk berniaga. "Entah bagaimana harus saya jelaskan, segalanya saya lakukan demi kami sekeluarga. Emak dan ayah saya juga perlu beri perhatian, setiap hujung bulan wang perbelanjaan dikirim untuk mereka walaupun mereka tidak meminta. Sebagai anak saya wajib menyempurnakan tanggungjawab. "Berat mulut saya hendak membuka mulut meminjam wang dari abang dan kakak apabila kesempitan perbelanjaan, maklumlah mereka juga seperti saya yang mempunyai keluarga. "Kerana terdesak saya tebalkan muka dan meminjam juga dari mereka sedangkan hutang yang tertangguh belum lagi dilangsaikan. Walaupun mereka tidak pernah bersungut, terpalit juga rasa malu. "Pernah seorang jiran meminta isteri saya menjaga seorang anaknya kerana mereka suami isteri bekerja dengan bayaran yang agak tinggi tetapi isteri saya menolak dengan alasan sibuk dengan kerja-kerja rumah yang sampai bila-bila pun tidak akan selesai. "Hendak seribu daya dan jika malas seribu alasan itu yang boleh saya katakan kepada isteri. Amat bertuah bagi mereka yang mempunyai isteri yang rajin membantu keluarga. "Orang asing yang datang ke negara kita boleh hidup senang dengan berniaga, mengapa kita merempat di negara sendiri? Ini yang selalu saya fikirkan. "Puas saya berbincang dengan isteri tetapi tidak mendapat apa-apa respon, akhirnya saya mengambil keputusan untuk berkongsi dengan adik saya menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. "Habis waktu kerja saya akan ke gerai menolong adik saya dan itulah rutin saya setiap hari kecuali hujung minggu saya akan bersama keluarga. Jika kita rajin berusaha akan ada ganjarannya, itu prinsip saya. "Tidak pernah saya memaksa isteri untuk membantu saya dan adik dalam menguruskan perniagaan kami. Saya yakin satu hari nanti dia akan sedar apa yang saya buat adalah untuk kebahagiaan kami. "Pada suatu petang, saya ke gerai adik untuk menolongnya dan saya bersyukur kerana isteri saya sedang menolong menguruskan kedai makan kami. Alhamdulillah, hajat saya dimakbulkan Allah. "Setelah hampir beberapa bulan kami berniaga dengan bantuan isteri, akhirnya saya berjaya mengumpul wang dan mampu untuk melangsaikan hutang-hutang. "Sejak semuanya selesai, tidur saya nyenyak dan tidak lagi terganggu dengan mimpi yang menakutkan kerana asyik memikirkan bagaimana hendak melangsaikan hutang atau meminjam wang kerana kesempitan. "Impian saya di suatu ketika kelak, gerai akan saya tukarkan kepada restoran. Saya akan usahakan ke arah itu dan insya-Allah semoga terzahir impian saya. "Kini saya sedar adalah lebih baik menyimpan perasaan sebenar dan lakukan sesuatu yang kita inginkan sehingga berhasil. Pesanan saya, elak daripada menyakiti hati orang lain. "Sesuatu masalah akan lenyap sekiranya kita dapat mengelak daripada berlakunya perbezaan pendapat. Semoga Allah terus memberi saya kekuatan untuk menghadapi hidup ini dengan lebih tabah," demikian Sharif menamatkan ceritanya. Syabas Sharif di atas kesabaran dan semangat anda yang begitu tinggi. Saya kagum kerana anda seorang lelaki, suami dan bapa yang bertanggungjawab. Sukar mencari lelaki yang bertanggungjawab seperti anda. Mudah-mudahan apa yang anda lakukan akan menjadi contoh kepada kaum Adam di luar sana. Sikap baik dan usaha murni anda sebagai ketua keluarga bakal menjadikan anda seorang manusia yang dihargai di dunia dan akhirat. Mereka yang mahu melalui perubahan dalam hidup mereka demi keluarga harus mencontohi apa yang anda lakukan. Pelajaran tinggi, wang banyak bukan tiket untuk berjaya dalam perniagaan. Yang penting usaha, rajin dan sabar. Saya percaya setiap usaha yang baik akan Allah SWT permudahkan. Sikap isteri anda juga harus dipuji. Saya percaya sikap anda menjadi pendorong kepadanya untuk ikut serta membantu berniaga. Doa saya semoga hidup anda sekeluarga sentiasa di dalam perlindungan-Nya jua! Salam | ||||
Kehangatan Pencarian Citra Wanita Posted: 04 Dec 2010 09:58 PM PST Pencarian Citra Wanita yang berakhir pada 27 November lalu membuka lebaran baru kepada sepuluh finalis yang dipilih. Bukan sekadar menampilkan wanita cantik, pengisian yang berbentuk soal-jawab daripada juri ternyata menguji minda.
Pencarian itu bertujuan menampilkan wanita bekerjaya dan berketerampilan yang kemudiannya dinobatkan sebagai contoh golongan wanita masa kini. Pencarian Citra Wanita One Drop Perfumes-Mingguan Malaysia dilihat sebagai platform yang sesuai untuk mencari bakat baru.
Para finalis terdiri daripada Seri Syamsidatul Safrun Mohd. Thani, 29, Siti Raihana Mohd Noor, 24, Fadzilah Ahmad Marzuki, 28 dan Che Amelia Aliana Che Harun, 24 ternyata mempunyai karisma dan perwatakan menarik. Tidak ketinggalan Norsyarehan Ahmad Razali, 23, Norafzan Abdul Rahman, 28, Siti Sumaziana Che Ali Mohamed, 25, Nor Hasliza Hashim, 26, Nurhilani Mohd Hidzir, 25 dan Suhaida Azmi, 26, yakin di atas pentas. Mereka merupakan wanita yang mewakili pelbagai lapisan masyarakat dan bidang kerja yang berbeza. Kerjasama Tanpa kerjasama penaja-penaja, majlis akhir yang berlangsung di Hotel Sri Pasific Kuala Lumpur itu tidak akan berjaya. Selain One Drop Perfumes, majlis itu turut mendapat sokongan Tomei selaku penaja hadiah set barang kemas kepada juara, tempat kedua dan ketiga serta baucer kepada finalis. Semua pemenang turut menerima hadiah pakej pelancongan Poto Travel & Tour di samping baucer untuk finalis. Pada majlis itu, finalis mendapat sentuhan jurusolek jenama antarabangsa, Shu Uemura di samping Redken mendandan rambut finalis. Busana para finalis di majlis akhir tersebut ditaja Dios Astana Bridal berkonsepkan kasual dan pengantin. Antara penaja lain yang terlibat ialah The Persada (penaja bunga tetamu kehormat dan finalis), Azhar by Melaka Batik House (Noor Arfa Batik) dan Kelantan Delights (menaja makanan ketika tugasan khas). Selain kehadiran Datin Seri Normala Shamsudin sebagai tetamu kehormat, majlis diserikan dengan kehadiran artis seperti Tam Spider, Nazim Othman, Imran Ajmain, Atilia, Monoloque, Shila Amzah, Farawahida dan Rozita Che Wan. | ||||
Posted: 04 Dec 2010 09:57 PM PST
MEMBESAR di ibu kota dan sesekali pulang ke kampung untuk meraikan acara tertentu membuatkan Dr. Lee Su Kim begitu bersemangat untuk mengorek latar sejarah keturunannya. "Bapa saya merupakan Baba dari Melaka manakala ibu pula Nyonya Pulau Pinang. Walaupun tinggal di Kuala Lumpur, kami sering pulang mengunjungi saudara bila ada acara tertentu seperti majlis perkahwinan, sambutan hari lahir, kematian dan sebagainya," kata penulis buku Kebaya Tales of Matriarchs, Maiden, Mistresses and Matchmaker itu. Dari situ, perasaan ingin tahu mula menyelinap dalam dirinya. Pelbagai cerita daripada ibu dan Bibik (panggilan untuk orang tua-tua Baba Nyonya) didengar dan ia disimpan kemas dalam kotak pemikirannya. Sebagai generasi keenam Baba Nyonya, Su Kim sedar warisan bernilai masyarakat itu mula pudar. Cara hidup yang menjadi amalan nenek moyang mereka sedikit demi sedikit terhakis disebabkan percampuran budaya dan juga perubahan masa. Justeru bagi meneruskan kesinambungan warisan yang menjadi tunjang masyarakat tersebut, Presiden Persatuan Peranakan Baba Nyonya Kuala Lumpur dan Selangor itu berazam untuk terus memeliharanya agar ia tidak tenggelam. "Mungkin ada yang berasa malu ditertawakan oleh rakan-rakan bila mengetahui mereka berbangsa Cina namun tidak tahu berbahasa Cina. Seharusnya kita berasa bangga kerana keunikan yang dimiliki dan ia tersendiri," kata Professor Madya dari Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sosial Sains dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia itu. Menurutnya, adat budaya unik masyarakat Baba Nyonya terhasil daripada perkahwinan campur antara pedagang dari wilayah Fujian, Tenggara China dengan masyarakat tempatan di Melaka hampir 700 tahun dahulu. Mereka mengamalkan cara hidup orang Melayu dari segi percakapan, pakaian dan juga makanan. Mereka juga sangat menghormati orang yang lebih tua. Dari Melaka, kaum itu berhijrah ke Pulau Pinang dan Singapura. Malah mereka turut berhijrah ke Phuket, Thailand dan Melbourne, Australia. "Masyarakat Baba Nyonya Melaka bertutur dengan bahasa mereka sendiri iaitu campuran Melayu dialek Baba, manakala Pulau Pinang menggunakan dialek Hokkien," katanya. Walaubagaimanapun, wanita yang pernah menetap di Texas, Amerika Syarikat itu agak terkilan kerana kurang mahir menggunakan dialek Baba Nyonya kerana terbiasa menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu standard. Dari segi pakaian pula kata beliau, kaum Nyonya dahulu memakai baju panjang dipadankan dengan kain sarung dari Pekalongan, Indonesia. Mereka turut mengenakan perhiasan seperti kerongsang dan gelang selain pemakaian kasut manik yang sangat unik. Namun bermula generasi keempat dan kelima, wanita Baba Nyonya memilih kebaya pendek yang lebih cantik dengan jahitan kerawang bermotif bunga dan haiwan untuk dipadankan bersama kain sarung. Dalam adat perkahwinan Baba Nyonya kata beliau, kemeriahan cukup terasa di mana mereka juga mempunyai acara bersanding dan juga persembahan seperti dondang sayang, ronggeng, joget lambak dan sebagainya. Kebaya Tales Berbicara dengan peminat kebaya Nyonya itu sememangnya tidak membosankan. Tambahan lagi sesi wawancara dijalankan di kediamannya. Penulis dapat merasai sendiri bagaimana cinta beliau terhadap susur galur Baba Nyonya begitu mendalam sekali. Beberapa gambar lama keluarga berusia lebih 100 tahun menjadi khazanah paling berharga buat dirinya. Begitu juga dengan beberapa koleksi kebaya Nyonya dan kasut manik. Kebaya putih kain kasa dengan motif budak bermotosikal antara yang koleksi yang disayangi. Bagi wanita yang gemar memasak dan melancong itu, kecintaan dalam memelihara warisan Baba Nyonya diterjemahkan melalui penerbitan buku Kebaya Tales of Matriarch, Maidens, Misteresses and Matchmakers. "Ini merupakan satu cara untuk saya menyumbang kepada pemeliharaan warisan Baba Nyonya. Sekurang-kurangnya, pelbagai kisah yang saya dengar daripada ibu dan Bibik dapat dikongsi bersama generasi baru Baba Nyonya selain menjadi tatapan umum masyarakat luar," katanya. Ia menghimpunkan 13 buah cerita pendek yang diinspirasi daripada kisah benar masyarakat Baba Nyonya. Buku yang mengambil masa empat tahun untuk disiapkan itu sudah pun menjengah pasaran tempatan dan boleh didapati di kebanyakan kedai utama. Kebaya Tales merupakan antara terbitan yang paling dinanti oleh beliau kerana ia satu-satunya cerita mengenai Baba Nyonya yang pernah diterbitkan. Lebih menggembirakan, ia mendapat sokongan suaminya, Dr. Stephen J Hall, berasal dari New Zealand dan juga anak lelakinya, Jan Ming. Sebelum ini beliau pernah menghasilkan lapan buah buku antaranya, Malaysian Flavours: Insights Into Things Malaysian (2004) dan Manglish: Malaysian English at its Wackiest (1998) dan A Nyonya in Texas: Insights of a Straits Chinese Woman in the Lone Star State (2007). Ketiga-tiganya merupakan buku paling laris. | ||||
Renda Perancis penampilan mewah Posted: 04 Dec 2010 09:56 PM PST
PERINCIAN manik-manik dan labuci pada kain renda kini menjadi trend di kalangan penggemar fesyen. Tidak hanya dipakai ketika menjadi raja sehari, ia popular untuk majli s makan malam dan karpet merah. Fabrik renda dari Perancis misalnya, terkenal dengan keindahan dan kehalusan tenunannya mampu menyerlahkan gaya mewah dan eksklusif. Keistimewaan kain ini terletak pada kelembutan dan mengikut bentuk badan. Ia membentuk badan dan tidak kejang atau menjadikan pemakainya nampak lebih besar. Kebiasaannya busana daripada kain renda ini dipakai bersama korset agar si pemakai nampak lebih ramping. Rekaan yang dibuat ala kebaya labuh dan terbuka di depan dipakai bersama korset dan kain jenis polos sememangnya menjadi pilihan kebanyakan pereka. Walaupun ringkas namun si pemakai nampak cukup menawan apabila tubuh disarung dengan baju daripada kain renda Perancis. Bagi pemilik butik Eiman Dzullea, Zulkifli Rahmat, dia memilih rekaan seperti kebaya atau kurung moden daripada kain renda memandangkan ia semakin mendapat sambutan di pasaran. Zulkifli menggabungkan rekaan dengan kain polos yang sama warna. Kemewahan busana rekaannya ini terletak pada perincian manik yang dijahit sendiri. Kebanyakan pelanggannya tertarik apabila melihat busana yang disarungkan pada patung di butiknya. Walaupun harga sewa bagi busana itu sedikit tinggi namun ramai yang sanggup berbelanja besar asalkan mereka kelihatan cantik. Tidak ketinggalan, Zulkifli turut menyesuai padankan koleksi kali ini khusus untuk wanita yang bertudung. | ||||
Posted: 04 Dec 2010 09:56 PM PST
MENCARI anak Melayu dalam industri dandanan rambut profesional memang sukar memandangkan industri ini lebih didominasi kaum lain. Annita Hisham merupakan antara anak Melayu yang berjaya menembusi dominasi tersebut untuk dengan mengasaskan Artistik Curlers & Trimmers - salon rambut bertaraf eksklusif. Curlers & Trimmers lahir daripada keinginan Annita untuk membantu wanita yang pada pendapatnya pandai bergaya dengan pakaian tetapi kurang bijak memilih gaya rambut bagi disesuaikan dengan penampilan mereka. ''Jika seseorang wanita itu boleh bersolek cantik dengan baju dan kasut yang mahal, mengapa tidak perhatikan sama ada gaya rambut sesuai atau tidak. "Kalau boleh berbelanja besar untuk alat solek dan pakaian, kenapa tidak rambut yang menjadi mahkota wanita,'' soal Annita, 48, yang ditemui di salonnya di Desa Sri Hartamas, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. Minatnya kepada bidang dandanan rambut berputik sejak usia 16 tahun lagi. Pada usia semuda itu dan dengan usaha sendiri, dia memperoleh pinjaman untuk mempelajari bidang dandanan rambut secara profesional di United Kingdom. Kehidupan di negara orang amat perit lebih-lebih lagi apabila wang di tangan hanya cukup untuk dia bertahan bagi tahun pertama pengajian di London. Untuk itu Annita terpaksa bekerja sambilan bagi mengumpul wang untuk dua tahun pengajian lagi. Selepas tamat pengajian dengan keputusan cemerlang di Alan International School of Hairdressing, dia bekerja sebagai pelatih di Pierre Alexander yang terkenal kerana kerja-kerja kreatifnya. Bagaimanapun atas permintaan bapanya, Annita kembali ke tanah air dan membeli sebuah salon rambut di Wisma Lim Foo Yong, di Kuala lumpur. ''Salon saya dibuka pada pukul 8 pagi. Setiap hari saya berjalan kaki sejauh satu batu daripada rumah bagi mendapatkan teksi atau bas ke bandar,'' kata Annita yang bekerja keras untuk sampai ke tahap sekarang. Annita mempunyai ramai pelanggan tetap dan salon tersebut sudah tidak sesuai lagi bagi keselesaan pelanggan. Dia kemudian berpindah ke salon baru di Desa Sri Hartamas bagi kemudahan pelanggan dan berhampiran dengan rumah bapanya. Kepakarannya mengenai rambut yang sentiasa konsisten dan memenuhi kepuasan pelanggan menyebabkan Annita mempunyai pelanggan tetap sejak 30 tahun lalu. ''Di Curlers & Trimmers, rambut pelanggan menjadi keutamaan. Pelanggan yang datang akan menjalani sesi perundingan terlebih dahulu bagi mengetahui beberapa perkara mengenai personaliti, pekerjaan, produk yang digunakan, jenis rambut, gaya rambut yang disukai, warna rambut, rawatan rambut dan sebagainya. ''Perundingan ini membolehkan seseorang mendapatkan gaya rambut dan penjagaan yang bersesuaian dengan personaliti dan gaya hidup. ''Dengan mengambil sedikit masa untuk mendengar dan bertanya soalan, juru gaya rambut di Curlers & Trimmers membentuk gaya rambut yang diingini dan memenuhi keperluan gaya hidup seseorang pelanggan. ''Setiap pelanggan mempunyai profilnya sendiri. Dalam profil tersebut ada ditulis masa yang diperlukan untuk khidmat dan harga. Jika pelanggan rasa dia tidak mampu dengan harga, saya akan cuba ikut bajetnya. Saya tidak mahu pelanggan rasa tertipu dengan memotong rambut tanpa memberitahu harga,'' kata Annita. Menurut Annita lagi, sebelum memotong rambut pelanggan, dia akan berbincang dan memberitahu pelanggan apa yang akan dilakukan. Dia mengakui ramai yang membuat kesilapan dengan memilih stail rambut seperti yang terdapat dalam majalah tanpa memikirkan kesesuaian daripada segi rupa paras dan tona kulit. ''Gaya rambut adalah sangat versatil. Bermacam gaya boleh dibuat dan boleh berperanan mengubah wajah seseorang," katanya. Kejayaan yang dicapai oleh Annita menjadikannya terpilih sebagai Duta Salon untuk Redken sejak 20 tahun lalu. Dia juga merupakan satu-satunya juru gaya Redken di Malaysia, gelaran yang diberikan kepadanya 10 tahun lalu sebagai pengiktirafan kerana kepakarannya. | ||||
Posted: 04 Dec 2010 09:55 PM PST
WANITA adalah pencinta fesyen. Sama ada wanita berkerjaya tetap, bekerja sambilan, berniaga, suri rumah dan sebagainya, wanita tetap tidak dapat menidakkan keinginan mereka terhadap fesyen. Minat kepada fesyen yang cantik dan bersesuaian turut dimiliki oleh wanita semua golongan baik yang bertudung dan tidak bertudung. Tiada masalah bagi wanita bertudung untuk nampak cantik asalkan pakaian yang dipilih itu menutup aurat, bersopan dan tidak mempunyai potongan yang keterlaluan juga tidak terlalu ketat. Pemilihan fesyen pakaian yang salah dan tidak mengikuti kehendak syariat pasti akan membuatkan seseorang wanita bertudung itu dilihat tidak menepati kehendak agama. Variante memberikan ilham kepada pencinta fesyen bertudung untuk bergaya anggun walaupun di mana anda berada. Pun demikian, ciri-ciri kesopanan dan menutup aurat tetap diutamakan. Pilihan fesyen, potongan pakaian, corak kain dan padanan tudung membuatkan si pemakainya tampak begitu menawan. Kebanyakan jenis fabrik yang digunakan bagi menghasilkan rekaan pakaian adalah syifon kerana kelembutan fabrik ini yang menjadikan pemakainya nampak langsing. Selain itu, fabrik syifon selesa dipakai walau di mana sahaja. Corak dan warna fabrik turut memainkan peranan agar sesuatu rekaan fesyen itu tampak menarik dan menceriakan si pemakai. Ini dapat anda lihat pada fesyen pakaian yang dipaparkan di sini. Corak rama-rama dengan warna ceria dapat dilihat pada fesyen baju dan kain potongan A yang tampak begitu anggun. Rekaan baju labuh yang dipakai bersama palazzo memilih fabrik berwarna merah terang. Rekaan seperti ini selesa, sopan dan boleh digayakan sama ada ke pejabat, ke acara kasual atau majlis tidak rasmi. Begitu juga dengan dua rekaan maxi dan sut sepasang yang memberikan imej wanita muslimah berkerjaya yang bergaya. | ||||
Posted: 04 Dec 2010 09:54 PM PST
WALAUPUN terdapat banyak rekaan antarabangsa di persada fesyen tanah air, Dios Astana Bridal memilih untuk memartabatkan adat.
Mengakui persaingan busana pengantin moden kian bertambah, Dios mempertahankan busana pengantin tradisonal yang disulami perincian moden. Penaja utama pakaian finalis Citra Wanita One Drop Perfumes-Mingguan Malaysia yang berlangsung di hotel Seri Pasific, Kuala Lumpur semalam mahu menaikkan tradisi dan budaya bangsa. Lihat sahaja gaya-gaya finalis Citra Wanita memperagakan pakaian kasual dan pengantin yang menerapkan elemen tradisonal seperti kebaya dan kurung. Gaya fesyen yang diperkenalkan sebenarnya masih relevan kerana pereka-pereka Dios bijak bermain dengan rekaan yang dimodenkan dengan labuci, manik serta potongan gaun dan lengan yang berbeza. Dalam pada itu, Dios ingin menjadi peneraju pasaran produk kraftangan perkahwinan dan kelengkapan andaman yang terbaik. Berpegang kepada prinsip sirih pulang ke gagang, Dios dilihat dapat mengurangkan kuasa dominan bukan bumiputra. Memasuki kedai empat tingkat di ibu pejabat Dios Flowers & Handicrafts Sdn. Bhd., yang menempatkan Dios Astana Bridal di Taman Puchong Prima, Puchong, Selangor, membuatkan pengunjung rambang mata dengan kelengkapan perkahwinan. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |