Adsense

Jumaat, 3 Disember 2010

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Sejuta penonton TV9 waktu perdana

Posted:

Sejuta penonton TV9 waktu perdana

Sejuta penonton TV9 waktu perdana

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar ZAKARIA IDRIS


PIHAK pengurusan TV9 bersama para penerbit dan pelakon yang terbabit dalam rancangan-rancangan siaran stesen TV itu Disember ini.


LEBIH kurang sebulan dari sekarang, sebelum tahun 2010 melabuhkan tirainya untuk beranjak ke 2011, stesen televisyen TV9 telah menyediakan rancangan-rancangan yang menarik buat para penontonnya.

Stesen di bawah naungan Media Prima Berhad itu kali ini lebih memfokuskan kepada tayangan drama dan telemovie menarik bagi mengisi ruang tersebut termasuklah cuti sekolah menerusi rancangan-rancangannya.

Ketua Pengurusan Jenama Kumpulan TV9, Feisal Abd. Malik berkata, stesen itu memilih untuk menyiarkan drama dan telemovie bagi menarik lebih ramai penonton mengikuti siaran saluran itu terutamanya pada waktu perdana.

"Kami menyasarkan sejuta penonton mengikuti siaran TV9 pada sepanjang Disember ini pada waktu perdana iaitu dari pukul 9 malam hingga 11 malam termasuklah melalui kempen Istimewa Disember yang kami rancang ini.

"Kami akan menayangkan lima tayangan termasuk drama dan telemovie bagi mencapai sasaran tersebut," katanya kepada Hits sewaktu ditemui selepas pelancaran Istimewa Disember di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Menerusi kempen itu, sebanyak lima drama dan telemovie dalam genre romantik dan cerita ringan akan ditayangkan.

Drama serta telemovie yang akan ditayangkan itu berjudul Aku, Kau & Dia (1 Disember, 10.30 malam), Teh O Ais Limau (8 Disember, 10.30 malam), Duda Berhias (15 Disember, 10.30 malam), Haruskah Aku Mati (22 Disember, 10.30 malam) dan 5 Disember (29 Disember, 9.30 malam).

Menurut Feisal, setakat ini sudah ada rancangan terbitan TV9 seperti pertandingan nyanyian kanak-kanak Idola Kecil musim ketiga yang berjaya menarik bilangan penonton mencecah sejuta orang sewaktu konsert minggu keduanya baru-baru ini.

"Setakat ini Idola Kecil 3 mencatat rating penonton paling ramai iaitu seramai 1.1 juta orang. Ia mengalahkan siri kartun Upin & Ipin yang hanya mampu mengumpul seramai 800,000 penonton sewaktu tayangannya.

"Malah, kami juga boleh berbangga kerana sehingga kini TV9 berjaya meraih 8 peratus daripada perkongsian rating penonton berbanding stesen-stesen TV lain. Kami yakin jumlah itu akan terus meningkat pada masa depan," ujarnya.

Bagi menjayakan kempen Istimewa Disember itu, TV9 katanya, sanggup mengeluarkan bajet dan kos yang tinggi semata-mata bagi membeli hanya drama dan telemovie yang terbaik untuk disiarkan melalui slot itu.

Sungguhpun enggan mendedahkan kos yang diperuntukkan untuk tujuan tersebut, namun Feisal yakin pendekatan itu mampu untuk memenuhi permintaan para penonton TV9, apatah lagi pada musim cuti sekolah ini.

"Selain itu, sepanjang kempen ini kami juga mengadakan peraduan Tonton dan Menang Yeah Yeah Cuti Sekolah serta Peraduan Tulis dan Menang yang menyediakan hadiah berupa iPod dan permainan video PS3," katanya.

Jelasnya, para penonton hanya perlu menonton rancangan-rancangan seperti Perman, Upin & Ipin dan Kochikame dengan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan bersama slogan bagi memenangi hadiah tersebut.

Lebih menyeronokkan kata Feisal, TV9 juga akan menganjurkan Karnival Cuti Sekolah Upin & Ipin yang akan diadakan di Melaka Wonderland pada 4 hingga 7 Disember ini dari pukul 10 pagi hingga 6 petang dan Pusat Konvensyen Shah Alam dari 24 hingga 28 Disember ini waktu yang sama.

"Pada karnival itu, para ibu bapa bukan sahaja boleh membawa anak-anak mereka bertemu dengan maskot Upin dan Ipin secara lebih dekat tetapi juga membeli pakaian dan peralatan sekolah yang turut dijual di situ," terangnya lagi.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Dedikasi Fiq untuk mangsa perang

Posted:

Dedikasi Fiq untuk mangsa perang

Dedikasi Fiq untuk mangsa perang

Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar FATAH SULAIMAN


Produk terbaru daripada Fiq, album Diagnostik diharap mampu mengubat kerinduan peminat terhadapnya.


DIAMNYA selama setahun tanpa sebarang produk seni yang menguatkan portfolio sebagai seorang penyanyi, bukan bermaksud cintanya terhadap muzik terus berkubur.

Malah, Fiq atau Mohd. Firdaus Abd. Halim, 28, sebenarnya gigih memastikan produk yang dihasilkannya memenuhi citarasa pendengar selain mampu bersaing dengan muzik yang sedang meniti zaman revolusi.

Dalam kunjungan ke Studio Utusan Malaysia baru-baru ini, dia menjelaskan, sejak Oktober tahun lalu, dia sibuk terlibat dengan proses pemilihan lagu, rakaman, penggambaran video klip dan kulit album agar ia merupakan hadiah sempurna untuk peminat.

Maka, lahirlah Diagnostik, sebuah album yang menunjukkan kematangan juara Mentor musim kedua itu setelah berkecimpung selama empat tahun dalam industri muzik tempatan.

"Album ini pasti menepati cita rasa para pengikut muzik rock tanah air," kata Fiq tatkala ditanya mengenai buah tangan terbarunya itu.

Setelah agak lama menyepi, kelahiran album Diagnostik memberikan satu kepuasan yang tidak terhingga kepadanya setelah mencipta populariti menerusi dua buah lagu hit, Tiga Malam Tanpa Bintang dan Bukti yang hingga kini menjadi siulan pencinta muzik tanah air.

Mengambil masa selama lima bulan untuk disiapkan, kelahiran Diagnostik membuktikan bahawa Fiq masih mempunyai pengikut setia dalam industri muzik tanah air.

Ditambah pula dengan elemen-elemen baru gabungan Asia Barat dan rock, Fiq berharap, strateginya kali ini boleh bersaing dengan produk artis-artis sealirannya.

Dalam pada itu, Diagnostik diakui Fiq sebagai hadiah terbaik buat peminatnya kerana mendapat sentuhan daripada komposer-komposer terkenal seperti Kuncidemak menerusi lagu Manifestasi Cinta, Amir (Tragis dan Mas Jongkong), Acap (Mencari Arah) dan Beat The System (Transisi).

Tragis beri keinsafan dan kesedaran Kegagalan menempatkan diri ke Anugerah Juara Lagu 25 (AJL25) buat kali ketiga baru-baru ini sekali lagi menghampakan

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.