Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Ahmad Idham Buktikan Kehebatan Digital Mix Stage FINAS Posted: 03 Dec 2010 08:01 AM PST AHMAD IDHAM BUKTIKAN KEHEBATAN DIGITAL MIX STAGE FINAS Hasil dan kualiti studio pos produksi, Digital Mix Stage Finas, yang selama ini dipertikaikan kualiti dan kemahiran dalam menghasilkan produk bermutu, akhirnya terbukti apabila filem pertama di Malaysia yang menggunakan sepenuhnya kemudahan di studio berkenaan, 'Senjakala,' dikatakan mempunyai sistem Dolby setaraf dengan produk perfileman antarabangsa termasuk dari Australia. Filem terbaru arahan Ahmad Idham, dan diterbitkan oleh Excellent Pictures Sdn Bhd, itu telah dijadikan kajian kes oleh pihak Lembaga Perbadanan FINAS setelah ada ura-ura cadangan penswastaan studio berkenaan baru-baru ini. Poster Senjakala Melalui kajian kes ini, membuktikan bahawa studio Digital Mix Stage ini mampu berdaya saing dibawah pengurusan sedia ada selain memperlihatkan kualiti adunan yang dihasilkan mencapai piawaian tertinggi industri. Pengerusi Finas, Datuk Mohammed M. Daud ketika ditemui berkata, "Setelah menonton tayangan filem ini (Senjakala), saya berpuas hati dengan hasil produk yang dihasilkan sepenuhnya di Digital Mix Stage. Ianya membuktikan, kemudahan dan tenaga kerja di sini akan dapat memenuhi keperluan industri perfileman tempatan." Dalam pada itu, beliau juga ditanya mengenai masalah yang dihadapi oleh studio berkenaan hingga Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan memberitahu untuk menerima sebarang cadangan penswastaan dari pihak luar, dalam menguruskan studio yang bernilai RM 53 juta ini. Ahmad Idham
Studio berkeluasan 2, 396 meter persegi ini menyediakan kemudahan adunan bunyi bertaraf Dolby, dengan proses 'audio dubbing,' 'foley,' dan 'optical sound,' setempat yang pertama di Malaysia. Studio ini diiktiraf sebagai ke 13 terbaik di dunia dan pertama di Asia Tenggara. Selain itu, Digital Mix Stage ini dikategorikan dalam kelas 'Premier' yang satu-satunya di rantau ini, selain Australia. Bagi pengarah, Ahmad Idham, juga merupakan Ahli Lembaga Perbadanan Finas berkata, dia cukup berpuas hati dengan hasil kerja dari studio ini. Baginya yang pernah menjalani proses adunan bunyi di luar negara untuk filem terdahulu menambah, selain dapat menjimatkan kos pos produksi secara keseluruhan ianya juga memberikan hasil terbaik.
Idham menambah, "Saya sendiri kagum dengan kemahiran dan kreativiti yang mereka miliki (tenaga kerja studio), sehingga dapat memberikan hasil terbaik." Dalam pada itu, ramai pengiat juga pembikin filem, terutamanya dari studio persendirian sering menjalankan proses adunan bunyi secara dalaman, seperti proses 'foley' yang mengambil contoh bunyi dari dalam cakera padat berbanding menjalankan proses berkenaan secara nyata di studio 'foley' yang ada di studio Digital Mix Stage di Finas. Proses ini dilihat tidak penting kerana beranggapan penonton tidak terlalu mementingkan kualiti bunyi perincian, sehinggakan prosesnya dilakukan secara tidak menepati piawaian industri filem antarabangsa. Azriddin Hamzah, penyelia bunyi dan adunan di studio Digital Mix Stage Finas menambah, dengan kemudahan yang disediakan, pembikin filem seperti Ahmad Idham, contohnya, mampu mengambil peluang yang ada dalam menghasilkan adunan terbaik bagi sesebuah filem.
Pengiat bidang perfileman tempatan, terutamanya penerbit, kini menghasilkan filem dengan sistem audio Dolby Digital. Ianya satu petanda positif buat industri, namun, kebanyakkan penerbit melakukan proses Dolby di Bangkok, Thailand juga Mumbai di India. Dengan adanya portfolio seperti 'Senjakala,' membuktikan tenaga kerja juga kemudahan dari segi jadual dan peralatan yang ada di studio Digital Mix Stage finas, antara yang terbaik di Asia Tenggara, dan pasti mampu menarik penerbit filem tempatan juga antarabangsa. Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |