macam macam hiburan terkini |
- Astro Tegur Lisa Surihani Kerana 'Gila Babi'
- Pengarah Filem Terkejut 'Ngangkung' Kutip RM3.6 juta
- Anak Bantah Pernikahan Pasha Ungu
- Ana Raffali Tetap Pilih Baju Kurung
- Yana Samsudin Rasa Malu Kerana Berkemban
- Drama 'Hani' Ganti 'Asmara'
- Zizan, Juliana mula serasi
Astro Tegur Lisa Surihani Kerana 'Gila Babi' Posted: 02 Dec 2010 06:46 AM PST Jelasnya, dia tidak bermaksud untuk mengaibkan pasangan tersebut dengan mengeluarkan perkataan yang tidak senonoh. "Situasi itu berlaku ketika pasangan MM Nita memberi persembahan terbaik, jadi niat saya adalah untuk memberi sokongan kepada mereka dengan berkata "persembahan mereka hebat gila babi", "Saya rasa itu adalah perkataan harian dan tidak salah sebab saya bukan melebelkan seseorang dengan perkataan yang tidak senonoh," katanya ketika dihubungi mStar Online. Bagaimanapun, Lisa mengakui perkataan tersebut kurang sesuai untuk digunakan ketika pengacarakan sesebuh program secara langsung seperti Mari Menari. "Selepas selesai program tersebut saya ada ditegur oleh pihak produksi Astro agar lebih berhati-hati selepas ini dalam memilih perkataan. "Saya juga menganggap ia sebagai satu pengajaran kepada saya. Namun Alhamdulilah ramai peminat dan penonton Mari Menari memahami apa yang saya ingin sampaikan sebenarnya," katanya yang semakin selesa mengacarakan rancangan terbitan Astro itu. Selain itu, pelakon Lagenda Budak Setan ini juga berjaya mengumpul seramai lebih satu juta peminat di laman sosial Facebook miliknya. Dia yang menubuhkan laman sosial tersebut sejak tahun 2008 mengakui Facebook itu adalah salah satu cara untuk dia berinteraksi dengan peminat-peminatnya. "Alhamdulilah sejak menjadi anak seni saya sentiasa disokong oleh peminat yang tidak putus-putus beri semangat. Saya jadikan laman sosial tersebut sebagai salah satu cara untuk menghargai dan berterima kasih terhadap sokongan mereka. "Dari situ juga saya boleh berkongsi perasaan suka duka bersama mereka. Namun bagi saya cara ini bergantung kepada individu atau artis bagaimana mereka menghargai pemiant mereka," katanya. google: lisa surihani, lisa surihani ditegur astro, kontroversi lisa surihani, lisa surihani gila babi, terkini lisa surihani, terbaru lisa surihani, lisa surihani nampak coli, lisa surihani nampak bra, buah dada lisa surihani, lisa surihani bogel, lisa surihani separuh bogel, kisah lisa surihani, berita lisa surihani, gosip lisa surihani |
Pengarah Filem Terkejut 'Ngangkung' Kutip RM3.6 juta Posted: 02 Dec 2010 06:44 AM PST Bob yang dihubungi mStar Online, Rabu, berkata dia terkejut sentuhan sulungnya itu mendapat sambutan yang sangat baik daripada penonton berbanding filem Melayu lain yang ditayangkan sejak November lalu. "Saya tidak tahu bagaimana hendak gambarkan perasaan saya apabila dimaklumkan tentang prestasi baik filem ini di pawagam. Sebagai orang baru yang pertama kali mengarah filem sudah tentu saya bangga, teruja dan bersyukur kerana filem ini diterima baik oleh penonton. "Namun, saya juga berdebar dan risau dengan jangkaan daripada orang ramai terhadap produk-produk arahan saya yang akan datang," katanya. Gandingan Azad Jasmin, Shaheizy Sam dan Angah (Raja Lawak) berjaya memancing penonton ke pawagam. Tambah Bob, kutipan yang memberangsangkan itu juga menjadi penanda aras buatnya untuk terus bekerja keras dalam kerja-kerja pengarahan filem atau drama yang akan datang. "Sambutan memberangsangkan ini adalah penanda aras kepada saya secara peribadi untuk menghasilkan mutu kerja yang lebih baik dari masa ke semasa. Ia juga merupakan satu cabaran untuk saya mengekalkan momentum kejayaan ini pada produk-produk yang akan datang. "Apa pun, saya harus berterima kasih di atas peluang dan kepercayaan yang diberikan oleh penerbit David Teo untuk menerajui filem ini. "Kutipan yang baik ini tidak akan menjadi kenyataan jika bukan kerana skrip dan pelakon yang bagus serta jentera promosi MiG yang berkesan," katanya. Bob merupakan pengarah kelima yang diperkenalkan oleh produksi itu di bawah Skim 10 Pengarah Muda MiG. Dia yang kini sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Jangan Pandang Belakang Congkak (JPBC) untuk siaran Astro Warna itu bakal mengarahkan filem seterusnya pada hujung tahun ini. "Selain sibuk di lokasi penggambaran siri JPBC untuk menghabiskan baki 13 episod lagi, saya juga akan mengarahkan filem seterusnya pada hujung tahun ini. Skrip, konsep dan judulnya masih dalam perbincangan tetapi berkemungkinan filem seram juga," katanya. Mengikut rekod Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) sehingga Selasa lalu, filem berkenaan mencecah RM2.36 juta. google: ngangkung, filem ngangkung, kutipan ngangkung, tiket ngangkung, terkini ngangkung, terkini kutipan filem ngangkung, terbaru kutipan tiket ngangkung, pelakon ngangkung, pengarah ngangkung, penerbit ngangkung, poster ngangkung, video ngangkung, promosi ngangkung, ost ngangkung, video klip ngangkung |
Anak Bantah Pernikahan Pasha Ungu Posted: 02 Dec 2010 06:42 AM PST Malah kanak-kanak berusia lapan tahun itu juga membantah perancangan pernikahan tersebut. Ketika sesi bual bicara di sebuah program televisyen Indonesia, Sensasi Artis, Kisya kelihatan murung berada disisi ibunya Okie yang juga bekas isteri kepada Pasha. "Kenapa Kisya seperti sedang bersedih," soal seorang wartawan kepada Okie atau nama sebenar Calerista Agustina. Dengan nada tinggi, Kisya menjawab: "Soalnya papa (Pasha) mahu kahwin lagi." Okie memberitahu anak-anaknya masih belum dapat menerima kenyataan bahawa ayahnya akan bernikah lagi. "Dia masih terlalu kecil untuk menerima kenyataan tersebut. Dia mengetahu hal tersebut di televisyen, malah ketika mengetahuinya dia menangis," katanya. Belum sempat Okie menjelaskan lebih lanjut, Kisya membuka mulut dengan nada tinggi: "Tidak mahu, Kisya tidak mahu papa nikah lagi," katanya. google: pasha ungu, pasha ungu kahwin, pasha ungu nikah, terbaru pasha ungu, terkini pasha ungu, gosip pasha ungu, isteri pasha ungu, bakal isteri pasha ungu |
Ana Raffali Tetap Pilih Baju Kurung Posted: 02 Dec 2010 06:40 AM PST Malah baru-baru ini dalam sebuah acara hiburan yang dianjurkan oleh salah sebuah majalah fesyen, EH, Ana bijak mengayakan busana baju kurung moden rekaan Ariff Shukor. "Baju kurung adalah penanda aras untuk saya berpakaian. Maknanya dari segi berpakaian saya mahu rekaan tersebut menepati ciri-ciri baju kurung iaitu selesa dan tidak seksi. "Tidak kisahlah majlis apa pun, baju kurung masih tetap relevan untuk digayakan. Kini saya lebih selesa menggunakan khidmat pereka fesyen Ariff Shukor kerana dia faham apa yang saya mahukan," ujarnya. Jelas Ana, biarpun nampak mudah dengan mengayakan baju kurung, namun dia akui agak sukar kerana memerlukannya lebih kreatif mengayakannya agar bersesuaian dengan sesebuah majlis. "Saya juga perlu sesuaikan dengan majlis apabila berbaju kurung. Pada malam parti anjuran majalah EH, saya mengayakan baju kurung moden yang disesuaikan dengan tali pinggang supaya nampak sedikit kelainan," ujarnya yang turut layak ke Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL25) akan datang. Dalam pada itu, Ana memberitahu persiapan ke AJL25 masih di peringkat awal. Dia yang layak dengan lagu Tolong Ingatkan Aku masih lagi mencari idea untuk memberikan yang terbaik pada malam tersebut. "Kami sedang memikirkan kelainan dan keistimewaan di pentas AJL nanti. Buat masa ini saya hanya berlatih dari segi vokal manakala dari segi persembahan masih difikirkan lagi," ujarnya. |
Yana Samsudin Rasa Malu Kerana Berkemban Posted: 02 Dec 2010 06:39 AM PST Kata Yana, keputusan itu dibuat selepas memikirkan wataknya sebagai gadis yang bermasalah dalam filem tersebut mempunyai mesej yang kuat dan bukannya untuk mencari publisiti murah atau mahu mengumpan penonton ke pawagam semata-mata. Sebaliknya, keputusan pelakon berusia 26 tahun itu menerima watak 'hitam' dan antagonis bernama Aleeysa itu didorong atas keinginan untuk mencabar kemampuan bakat lakonannya. "Penampilan saya dalam filem terbaru Aku Masih Dara memerlukan saya tampil sebagai gadis tidak bermoral dan seksi. "Ia bukan bertujuan untuk meraih publisiti atau memancing penonton menerusi gadis seksi yang ditampilkan semata-mata. Ia adalah watak yang mencabar, menarik dan paling 'hitam' pernah saya jayakan," katanya yang mengakui puas dengan watak itu. Mengulas lanjut, Yana mengakui tidak menyukai watak itu pada awalnya. Namun, setelah berfikir sedalam-dalamnya mengenai watak dan mesej yang ingin disampaikan kepada penonton, dia akhirnya akur menyahut cabaran tersebut. Barisan bintang muda yang menghiasi filem arahan Ahmad Idham itu. (Dari kiri) Ashraf Muslim, Yana Samsudin, Diana Amir, Raja Farah dan Farid Kamil. Bagaimanapun, pemenang anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke 23 (FFM23) ini berharap agar penampilannya yang seksi dan nakal dalam filem itu tidak akan disalahertikan oleh penonton, sebaliknya mengambil iktibar dan mesej yang cuba disampaikan. "Sejujurnya, saya langsung tidak menyukai watak itu pada awalnya kerana ia menuntut saya untuk tampil jahat, liar dan seksi. "Jika difikirkan untuk jangka masa pendek, saya berasa malu kerana terpaksa mendedahkan tubuh badan termasuk berpakaian seksi dan berkemban. "Namun, setelah berfikir semasak-masaknya saya sahut cabaran itu kerana sebagai pelakon ia adalah kerugian yang besar jika tidak menjayakan watak yang dinamik sebegitu. "Naskhah ini bukanlah manipulasi kosong oleh penerbit atau pengarah yang menampilkan gadis-gadis seksi dan liar semata-mata untuk memikat penonton tetapi ia adalah kritikan sosial yang harus direnungkan oleh masyarakat," katanya. Filem yang berkisar kepada masalah sosial yang membelenggu remaja hari ini itu berfokus kepada kisah tiga sahabat iaitu Sofea (lakonan Raja Farah), Aleesya (Yana Samsudin) dan Hani (Diana Amir). Filem yang turut dibintangi aktor Farid Kamil dan Ashraf Muslim ini mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 16 Disember 2010. google: yana samsudin, yana samsudin blog, yana samsudin twitter, yana samsudin myspace, yana samsudin seksi, yana samsudin hot, yana samsudin blog, yana samsudin buah dada, yana samsudin bogel, yana samsudin wiki, yana samsudin berkemban, video yana samsudin berkemban, yana samsudin profile, yana samsudin biodata, yana samsudin biography, yana samsudin dan kekasih, filem yana samsudin, filem terbaru yana samsudin |
Posted: 02 Dec 2010 06:34 AM PST Siri itu lakonan Nur Fathia, Ryzal Jaafar, Siti Fathiyah, Rozita Che Wan, Esma Daniel, Nurul Elfira Loy, Zarynn Min, Airis Yasmin dan Ngasrizal Ngasri akan bersiaran pada 7 Disember ini, pukul 9.00 malam. Drama 13 episod terbitan Layar Consult Sdn Bhd diarahkan oleh Heykal Hanifah berdasarkan skrip oleh Zabidi Mohamed mengisahkan cabaran hidup seorang remaja yang menjadi buta selepas menjalani pembedahan otak. Ummu Hani lakonan Nur Fathia merupakan seorang pelajar Tingkatan Lima yang riang dan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Salah satu babak dalam drama Hani yang dilakonkan Ryzal Jaafar Hani menyimpan cita-cita untuk menyambung pelajaran di luar negara dan mahu menjadi seorang pensyarah. Irfan lakonan Ryzal Jaafar pula seorang pelajar baru yang berpindah ke sekolah Hani selepas ayahnya, Dr. Adib ditugaskan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur. Irfan menjadi seorang yang pendiam dan gemar menyepikan diri selepas kematian abangnya akibat leukimia. Kawan baik Hani, Aliah lakonan Siti Fathiyah dan Jalilah cuba mendampingi Irfan tetapi hanya mendapat layanan dingin. Hani mendapat tahu Irfan gemar membaca maka dia mula membaca novel kegemarannya bagi menarik perhatiannya. Sikap optimis Hani telah mempengaruhi Irfan, dia telah berubah menjadi seorang yang lebih aktif. Hubungan mereka juga menjadi rapat dan Hani mula menyimpan perasaan terhadap Irfan dalam diam. Hani yang selalu mengalami sakit kepala dan pening telah disahkan mempunyai ketumbuhan dalam otaknya sebelum menghadapi peperiksaaan SPM. Lebih menyedihkan, dia akan menjadi buta selepas menjalani pembedahan otak bagi menyelamatkan nyawanya. Hani tidak dapat menerima hakikat bahawa dia akan menjadi buta pada usia 17 tahun. Baginya, berita tersebut umpama hukuman mati untuk mengejar cita-cita dan cintanya. Emosi Ummu Hani tertekan selepas menjadi orang buta. Mariam lakonan pelakon jelita Rozita Che Wan dan Mokhtar iaitu Esma Daniel sekeluarga sering memberi motivasi dan kata-kata semangat kepada Ummu Hani. Dr. Adib tidak mahu Irfan mengabaikan pelajarannya hanya kerana terlalu ambil berat terhadap Ummu Hani. Dr Adib dan Shafinaz merancang Aliah mendekati Irfan. Selepas keputusan SPM diumumkan, Irfan dan Aliah berjaya melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan di luar negara. Akhirnya, Irfan dan Aliah telah berkahwin dan kedua-duanya berjaya menjadi doktor. Namun dapatkah Ummu Hani menerima hakikat bahawa kawan baiknya, Aliah telah menjadi suri hati Irfan? google: drama hani, drama hani preview, pelakon drama hani, pengarah drama hani, sinopsis drama hani, komen drama hani |
Posted: 02 Dec 2010 06:28 AM PST HAMPIR tiga minggu perancangan diatur untuk menemukan dua Zizan dan Juliana Evans, dua bakat muda yang namanya semakin melonjak dalam dunia seni. Jadual seni mereka sentiasa diisi dengan pelbagai aktiviti. Tiada sedikitpun ruang diberikan kepada penulis untuk mencuri masa mereka walaupun hanya sejam. Namun penulis terpaksa akur dan menghormati jadual kerja mereka yang terpaksa menghabiskan kerja mengikut masa yang sudah ditetapkan. Itulah sebenarnya kerja seni yang harus dibayar mereka selepas mengambil keputusan berada di dalam dunia yang serba pancaroba termasuk membawa diri berhadapan dengan masyarakat. Pengorbanan masa, tenaga, keluarga, kawan-kawan dan sebagainya adalah lumrah yang harus dilalui mereka. Mereka bersetuju untuk ditemubual dan digandingkan dalam satu sesi fotografi yang terpaksa diadakan pada jam 10 malam. Ini kerana itulah saja masa yang mereka ada. Dan, sesi ini berakhir dua jam selepas itu. Kebetulan, keduanya baru saja habis menjalani penggambaran filem Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham yang menemukan mereka buat pertama kali selepas lebih setahun perkenalan. Penerima anugerah pengacara kegemaran dalam kategori Favourite TV Personality Award di Shout! Awards 2010 yang berlangsung baru-baru ini, Zizan tidak pernah menyangka karier seninya semakin jelas. "Syukur alhamdulillah, sejak dua tahun lalu rezeki saya tidak putus-putus, banyak tawaran saya terima baik berlakon, mengacara mahupun persembahan pentas. "Maknanya jalan yang saya lalui kini semakin jelas hala tujunya. Tapi saya kena mengatur setiap kerjaya seni saya agar ia lebih tersusun dan profesional," katanya akur terpaksa berkorban banyak perkara demi memastikan hidupnya dan industri seni menerima dirinya. Jejaka yang lahir menerusi program realiti Raja Lawak musim kedua empat tahun yang lalu juga merasai perubahan kehidupannya selepas kemunculannya mula diterima banyak pihak. "Sejak akhir-akhir ini masa saya dengan keluarga semakin berkurangan, Kalau nak jumpa, merekalah yang terpaksa datang ke Kuala Lumpur. "Bila difikirkan semula, inilah yang harus saya bayar apabila berada di dalam dunia seni ini, saya tidak menyesal dan bersyukur kerana kerja ini akan berhasil apabila dalam diri kita ada tersemat minat yang mendalam apa saja kerja yang kita lakukan itu. "Ini adalah kerjaya yang memang saya pilih, jika dulu saya tidak menjangka hidup saya akan jadi macam ini tetapi apabila merasainya sendiri barulah saya tahu ia bukan seperti yang kita jangka. "Penat memang penat tetapi ini adalah kerjaya yang saya pilih. Mungkin saya lalui sampai akhir hayat," katanya. Senang berkawan dengan Zizan Tidak pernah terlintas untuk dipertemukan bergandingan dalam satu filem bersama gadis berdarah campur Melayu-Inggeris, Juliana Evans walaupun titik perkenalan sudah berlangsung setahun yang lalu. "Sebenarnya kami sudah berkenalan sejak setahun yang lalu dan menerusi filem Hantu Bonceng ini kami dipertemukan. Tidak pernah kami menjangka langsung lebih lagi di dalam cerita hantu. "Pada mulanya saya agak segan maklumlah sebelum ini sekadar kenal dan jarang bersembang, lebih-lebih lagi saya dan dia masing-masing tidak tahu bagaimana cara kami bekerja. "Akhirnya keserasian itu datang sendiri, apabila saya dapat rasakan bahawa pemikiran kami sama, dia boleh menerima lawak saya dan saya boleh menerima kenakalannya mengusik saya," katanya. Juliana pula menganggap keserasian bersama Zizan begitu cepat dirasai atas sebab kelucuan jejaka itu. "Sebenarnya saya dan Zizan sudah lama kenal cuma tak berpeluang kerja bersama. Apabila dapat bekerjasama dengan Zizan membuatkan hubungan kami lebih rapat. "Saya senang berkawan dengannya sebab utamanya dia kelakar dan suka buat saya ketawa. Adakalanya ketika dalam lakonan yang serius pun boleh membuatkan saya ketawa bila dengar lawaknya," katanya yang melakar banyak kenangan bergandingan bersama Zizan. Menurut Juliana lagi, menerusi Hantu Bonceng, dia buat pertama kali mendapat watak yang pernah diimpikan selama ini. "Inilah kali pertama saya membawa watak hantu walaupun selama ini pernah mengimpikan. Namun selepas membawanya barulah saya tahu bahawa bukan senang untuk membawa watak hantu ini, saya harus memakai pelengkap mata, kena solek dengan kesan khas yang berlumuran darah dan tiap kali pakai itu, saya mesti rasa sakit. "Bagaimanapun ini adalah pengalaman baru bagi saya yang harus membawa beberapa karektor seperti watak hantu, budak kampung dan bohsia," katanya yang pertama kali bekerja dengan Ahmad Idham selaku pengarah yang komited. Bangga tersenarai dalam ABPBH2010 KEDUA-duanya bukanlah kali pertama disenaraikan dalam dalam percalonan awal Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH). Biarpun belum merasai kemenangan pada anugerah ini, namun tersenarai sebagai lima pilihan awal dalam senarai akhir ABPBH atau Top 5 adalah pengiktirafan yang tidak ternilai. "Saya tidak mahu mengharap terlalu tinggi untuk memenangi apa-apa anugerah. Dicalon pun sudah cukup baik ini kerana saya tidak pernah rasa yang saya ini layak untuk dicalonkan tetapi itu semua adalah ketentuan. Hanya berserah kepada masyarakat untuk menilai saya dan kalau dapat ia bonus. "Apa yang penting bagi saya adalah mutu kerja saya harus meningkat dari masa ke semasa sebelum saya diiktiraf. "Selain itu juga, ABPBH inilah satu-satunya majlis penganugerahan yang memberi lalui kepada selebriti mendekati peminat dengan lebih dekat menerusi siri jelajah (roud tour ABPBH). "Saya pernah mengikutinya dan terus terang ia adalah pengalaman yang paling best apabila kita bersama-sama artis lain diserbu oleh peminat. Ia juga menguji kebolehan saya berhadapan dengan peminat secara spontan. "Nasihat saya kalau mana-mana artis yang dicalon dalam top 5 supaya ikutlah roud tour ini kerana inilah platform kita untuk bersama peminat yang tidak ada di mana-mana acara seni lain dalam negara kita ini," kata Zizan yang namanya dicalonkan dalam kategori Penyampai TV Lelaki Popular, Pelakon Komedi Lelaki, Pelakon TV Lelaki dan Pelakon Filem Lelaki. Bagi Juliana, perasaan berbangga pasti lahir apabila namanya turut tersenarai dalam pencalonan awal ABPBH2010. "Inilah membuktikan titik peluh kita selama itu dihargai. Semasa saya berusia 19 tahun, saya antara calon top 5 yang paling muda dalam senarai ABPBH dalam kategori pengacara TV Wanita Popular. Begitu juga dengan siri jelajah ABPBH yang menjadi salah satu pengisian majlis berprestij ini adalah wajib diikuti oleh setiap artis. "Saya suka sangat roud tour ABPBH sebab saya pernah mengikutinya dua tahun lepas. Sekiranya saya masih tercalon dalam top 5 ABPBH kali ini, pasti saya akan meluangkan masa untuk turut sama bersama calon yang lain," katanya. Info Zizan akan menjadi pengacara pada Mini Karnival Sukan di Mizi Sport Centre, No 8, Jalan Prima Sri Gombak 1, Taman Prima Sri Gombak, Batu Caves, Selangor, pada 4 Disember ini. Acara yang bermula pada jam 4 petang turut dihadiri Juliana Evans, Fizo Omar, Farahdhiya, Putri Mardiyana, Yana Shamsudin serta Aidil Zafuan dan Aidil Zaquan. google: zizan raja lawak dan juliana evans, gambar zizan raja lawak dan juliana evans, foto zizan raja lawak dan juliana evans, kisah zizan raja lawak dan juliana evans, gosip cinta zizan raja lawak dan juliana evans, foto zizan raja lawak dan juliana evans, photo zizan raja lawak dan juliana evans, kontroversi, zizan raja lawak dan juliana evans, terkini zizan raja lawak dan juliana evans, terbaru zizan raja lawak dan juliana evans, twitter zizan raja lawak dan juliana evans, |
You are subscribed to email updates from macam macam hiburan terkini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |