OHBULAN! |
(Gosip) Artis Wanita Kahwini Abang Saudara Kerana Hamil Luar Nikah Posted: 20 Dec 2010 09:34 PM PST
Nak jadi cerita, selepas akad nikah, abang kepada artis wanita ini segera menyembunyikan mak buyung ini di sebuah rumah jauh dari ibu kota, dikhuatiri rahsia akan terbongkar dan sampai ke pengetahuan media. Paling haru, artis wanita ini sudah tahu jantina baby'nya, kemungkinan besar anak perempuan, siap dah pilih nama tau! Walau pun pernah lakukan hubungan terkutuk, namun artis wanita ini ada jua kesedaran nak kurangkan dosa dengan berkahwin segera mungkin. Jangan jadi sesetengah mat-mat rempit, buang anak merata-rata. Seingat kami, kalau buang anak boleh dikenakan hukuman gantung mandatori. Kita doakan yang terbaik buat artis wanita ini, sebab dia diberi peluang untuk perbaiki kesilapan. Huh, siapa ya artis wanita yang buat majlis kahwin tertutup? Teka'lah cepat-cepat, banyak klu. |
Bekas Suami Daphne Iking Mengaku Pernah Jalin Hubungan Dengan GRO, Isobel Bukan Anaknya Posted: 20 Dec 2010 07:57 PM PST Beberapa hari lepas, bekas suami Daphne Iking, Ryan mendakwa bahawa Isobel bukan anak'nya hasil kajian DNA mendapati darah Isobel ialah jenis A, sedangkan darah Daphne & Ryan ialah jenis O. Sampel spesimen Isobel telah dilakukan di Australia & laporan lengkap mengesahkan'nya. Hari ini, Ryan mengaku bahawa dia pernah menjalinkan hubungan dengan seorang GRO di Shanghai, China semasa Daphne Iking sarat mengandungkan Isobel. Ryan berkata, dia mengenali GRO bernama Serena selama sebulan sebelum memohon maaf kepada Daphne pada Julai 2007, dan Daphne memaafkan'nya. Kemudian, Ryan pergi ke Shanghai untuk meletak jawatan daripada syarikat hartanah China demi menyelamatkan perkahwinan mereka. Tidak beberapa lama kemudian, hubungan sulit antara Daphne Iking & Darren terbongkar dengan kandungan email mengandungi kata-kata romantis seperti "I love you" dan "You are my baby". Sehubungan daripada itu, Darren telah didakwa dalam saman peribadi kerana cuba mengoda Daphne untuk melakukan seks, ketika itu Daphne masih isteri Ryan. Ryan berkata, pada 17 Oktober 2008 dia menuntut sejumlah wang RM5 juta yang kemudiannya dikurangkan kepada RM2.5 juta sebagai penyelesaian di luar mahkamah. Ryan, kemudiannya menghantar notis tuntutan RM1 juta kerana Daphne mengandungkan anak bukan miliknya, malah menyimpan rahsia selepas Isobel dilahirkan. Perbicaraan akan bersambung pada 4 Mac depan. |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |