Adsense

Isnin, 20 Disember 2010

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Ada hajat tak sampai

Posted: 19 Dec 2010 07:01 AM PST

SEBELUM ini kita sering didedahkan dengan cerita kurang sedap didengar apabila ada pasangan selebriti berpisah, timbul isu seperti soal tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak sehingga menimbulkan rasa kurang senang di kedua-dua belah pihak.

Bagaimanapun, ia tidak berlaku kepada penyanyi dan pelakon Siti Nordiana Mohd Alias, 26, atau Nana dan bekas suami juga seorang dramatis, Mohd Faizal Yusup.

Menariknya, Nana mahupun Faizal sama-sama memikul tanggungjawab menjaga anak tunggal mereka Muhammad Rayyan Nakhaie atau Rayyan dan tetap menjaga hubungan baik yang terjalin antara keluarga kedua-dua belah pihak.

Ditemui di sesi fotografi khas bersama Rap baru-baru ini, Nana memberitahu, ketika mengambil keputusan untuk bercerai cara baik, mereka sudah memutuskan untuk memberi hak penjagaan Rayyan sama rata iaitu 10 hari untuk Faizal dan 18 hari buat Nana.


Pasangan ini berkahwin pada April 2006 dan bercerai Ogos 2009. Punca perceraian tidak diketahui dan kedua-duanya lebih senang tidak mendedahkannya demi menjaga hati banyak pihak. Kata Nana, dia senang apabila hubungan baik antara mereka dapat dikekalkan walaupun Faizal sudah berkahwin lain.


Malah, Faizal mahupun dirinya tidak mempunyai sebarang isu dan apa yang lebih penting bagi mereka adalah Rayyan dapat dibesarkan dalam suasana baik. Perkara seperti ini perlu diberikan penekanan pasangan sudah bercerai bagi membolehkan anak mereka membesar seperti kanak-kanak lain.

"Saya juga berterima kasih pada Faizal kerana tidak keberatan menjaga Rayyan apabila saya sibuk bekerja. Seperti hari ini, apabila saya perlu menjalani sesi fotografi dan kemudian menjalani penggambaran drama selama tiga hari di Johor, dia akan menjaga anak kami.

"Rayyan sebenarnya rapat dengan ayah dan ibunya. Bagi saya sendiri lebih baik begini agar anak tidak renggang dengan Faizal mahupun saya. Rayyan sendiri seorang anak yang bijak. Walaupun usianya baru mencecah dua setengah tahun, tetapi dia sudah pandai mengambil hati kami berdua," katanya menceritakan keletah anak tunggalnya itu.

Nana juga menegaskan hubungannya dengan keluarga mentua juga baik. Dia juga sering menghantar Rayyan ke sana. Dia tidak pernah berasa kekok apabila berada di rumah Faizal dan mereka melayannya seperti ahli keluarga sendiri.

"Saya dan bekas ibu mentua juga rapat. Kalau ke rumah mereka, pasti saya dijamu dengan sajian kegemaran. Syukur kerana mereka masih melayan saya dengan baik," katanya.

Menyentuh mengenai pasangan hidup dan jodoh selepas berpisah dengan Faizal, kata Nana, dia tidak pernah memikirkan soal itu sebaliknya menyerahkan ia kepada ketentuan Tuhan.

"Apa yang saya fikirkan sekarang ini adalah Rayyan. Saya baru hendak memulakan hidup baru dan kembali aktif menyanyi. Saya akan muncul dengan single terbaru dan perlu memberikan tumpuan penuh pada karier," katanya enggan mengulas lanjut.

Bagaimanapun, kembalinya Nana ke industri muzik tempatan berserta dengan isu kontroversi apabila gambarnya berimej seksi ketika menghadiri majlis dianjurkan majalah bertemakan gaya hidup tempatan, hangat diperkatakan.

Ramai yang mengakui Nana sudah berubah, tidak kurang ada pihak mendakwa ia sebahagian daripada strategi untuk meraih kembali populariti selepas hampir setahun menyepikan diri.

"Sebenarnya, saya tidak pernah menyepikan diri. Ketika bertugas sebagai kaunselor pendidikan di City Universiti College of Science and Technology, di Petaling Jaya, saya masih memenuhi undangan menyanyi. Cuma apa yang saya lakukan itu tidak dihebohkan kepada pihak media. Sebab itu ada yang beranggapan saya mahu meninggalkan bidang seni.

"Pada masa sama, baju yang digayakan pada majlis itu sesuai dengan temanya. Kalau saya di luar tidak begitu. Apabila memenuhi undangan persembahan, gaya saya masih seperti dulu.

"Peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan saya cukup faham mengenai perkara itu. Saya tidak nafikan selepas ini saya akan lebih berhati-hati. Cuma kalau saya menghadiri majlis, saya perlulah bergaya mengikut tema ditetapkan bagi menghormati majlis berkenaan," katanya.

Menyentuh mengenai karier seni, tambah penyanyi berasal dari Felda Sendayan, Negeri Sembilan ini, dia telah mengambil keputusan meletakkan jawatan sebagai kaunselor pendidikan di City Universiti College of Science and Technology dua bulan lalu. Selain menyanyi, dia turut aktif berlakon drama.

Masih bernaung di bawah syarikat rakaman FMC, Nana berkata, bagi memperkenalkan kembali dirinya kepada peminat beberapa perubahan turut dilakukan termasuklah imej dan konsep muzik.

"Imej saya hari ini juga berkait rapat dengan muzik ditampilkan. Ia lebih moden dan terkini. Mengambil contoh single terbaru yang ditampilkan dalam album kompilasi berjudul Tak Tahan menampilkan konsep alternatif rock.

"Ia sesuatu yang baru bagi saya dan lebih segar. Walaupun konsepnya baru, tetapi saya percaya peminat boleh menerima. Di samping itu, pihak syarikat rakaman cuba meluaskan pengaruh saya dengan cuba memenangi hati peminat baru," katanya.

Namun begitu, kata Nana, dia tidak pernah melupakan peminat asalnya dengan menghadiahkan satu lagu balada yang dicipta Azlan Abu Hassan berjudul Semakin Jelas dan turut dimuatkan dalam album sama.

Bercerita mengenai perancangan kerjayanya untuk lima tahun akan datang, kata Nana, kerana berkahwin dalam usia muda dan kemudian berehat panjang untuk memberikan tumpuan kepada rumah tangga dan anak menyebabkan ada perkara yang hendak dilakukan tidak dapat dipenuhi.

"Sekarang apabila sudah kembali solo, saya punya banyak masa untuk diri sendiri. Justeru, semuanya akan saya tumpukan kepada kerjaya seni.

"Terima kasih juga kepada syarikat rakaman yang memberikan peluang pada saya untuk menghasilkan lagu dengan konsep berbeza. Saya sukakan diri saya yang baru. Selain itu, saya mahu mencuba pelbagai bidang seni termasuklah lakonan.

"Diharapkan tahun hadapan, rezeki akan kembali menyebelahi saya dan perubahan dilakukan ini diterima peminat dengan tangan terbuka," katanya.

PROFIL

NAMA PENUH: Siti Nordiana Mohd Alias
PANGGILAN KIMERSIAL: Siti Nordiana atau Nana
ASAL: Felda Sendayan, Negeri Sembilan
TARIKH LAHIR: 22 November 1984
UMUR: 26 tahun
STATUS: Ibu tunggal
KERJAYA: Penyanyi dan Pelakon
ANAK: Muhammad Rayyan Nakhaie (dua setengah tahun)
ALBUM: Gurindam Rindu Berkasih (1999), Luahan Hati Kekasih (2000), Bingkisan Kasih (2001), Pelangi (2004), Cahaya Kekasih (2007)
Firus (2001- duet bersama Syura), Istimewa Untukmu (2003- duet bersama Achik), Benang Emas (2006 - duet bersama Achik) dan The Best of Siti Nordiana (2002).
DRAMA: Wad 04, Helah, 3 Dara Pingitan dan Aku Budak Minang 2 (13 episod)

  • Solekan dan Dandanan: Barrina Mat (012-3966419)
  • Pakaian: Hazril Hisham (Blok N, Jln Sg Baru, Kg. Baru bbaryna@yahoo.com)
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    ‘Saya pun tak tahu’

    Posted: 19 Dec 2010 06:44 AM PST

    "SEBENARNYA saya bukan sengaja menyorokkan berita majlis pertunangan daripada pihak media, sebaliknya saya tidak ingin menghebohkannya dulu kerana bertunang pun belum pasti kita akan berkahwin lagi.

    "Saya juga belajar dari pengalaman lalu.

    "Tolonglah fahami keadaan saya kerana saya pun tak tahu ia majlis pertunangan kerana pada peringkat awal, keluarganya hanya datang bawa cincin tanda untuk majlis merisik saja.

    "Majlis bertukar menjadi majlis pertunangan apabila Shuib membuat kejutan itu pada majlis yang berlangsung pada 16 November lalu di rumah keluarga saya di Kuala Selangor. Ia hanya dihadiri anggota kawan rapat dan anggota keluarga terdekat saja," kata penyanyi yang popular dengan lagu Kesetiaan, Siti Sarah Raisuddin.


    Sarah mengulas isu dia dikatakan menyorokkan berita pertunangannya dengan Shahmira Muhammad, 26, atau Shuib Sepah (Raja Lawak) daripada pihak media dan peminat.


    Bagaimanapun, kata Sarah yang juga anak kepada pelakon veteran, Raisuddin Hamzah itu, keluarga mereka belum menetapkan tarikh pernikahan lagi.

    "Majlis pernikahan kami dirancang pada tahun depan cuma belum dapat tarikh yang sesuai lagi. Kami akan berbincang soal majlis pernikahan selepas Shuib selesai kerjanya dalam tempoh dua bulan lagi. Insya-Allah, saya akan mengundang pihak media pada hari bersejarah itu nanti. Kami juga lebih suka serahkan soal nikah pada Tuhan," katanya.

    Sarah ditemui pada majlis pelancaran produk kesihatan balung keluaran Balung Natural Herbal Sdn Bhd yang berlangsung di Hotel Concorde Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Ditanya, ciri-ciri yang ada pada Shuib yang berjaya menawan hatinya, kata Sarah, Shuib tidak pernah mengongkongnya.

    "Saya juga tidak perlu memakai alat solek ketika kami keluar bersama dan dia menerima siapa saya dan melayan seperti orang biasa. Saya sangat suka dirinya yang sederhana dalam setiap perkara.

    "Shuib buat saya selesa. Dia melayan saya seperti seorang wanita. Kami sama-sama sibuk, tetapi dia tetap ada masa untuk saya.

    "Kalau orang tanya kriteria lelaki pilihan, saya tak kisah pun dia lelaki mat salih, Melayu atau Jawa, yang penting dia buat saya bahagia," katanya.

    Berkongsi cerita detik perkenalan, kata Sarah, semua bermula ketika mereka menjayakan rakaman program Gelak Khas untuk Astro Warna pada Oktober 2009.

    "Pada mulanya, kami hanya kawan biasa dan selepas itu ia istimewa sehingga kami ingin melangkah ke fasa lebih serius lagi," katanya.

    Lebih bermakna, kata Sarah, hubungan mereka direstui keluarga kedua-dua belah pihak.

    "Ibu bapa tak kisah siapa pilihan saya. Apa yang penting si dia buat saya bahagia. Shuib juga berani menghubungi bapa dan dia juga meminta izin bapa untuk melamar saya. Jarang orang berani menghubungi bapa saya menerusi telefon sepertinya.

    "Shuib juga menghormati keluarga saya. Dia rapat dengan abang dan adik saya," katanya.

    Jika nak diikutkan, Sarah mengakui dia sudah bersedia melangkah ke alam rumah tangga.

    "Saya sudah berusia 26 tahun dan akan melangkah ke usia 27 tahun depan. Saya sudah matang untuk berkahwin," katanya.

    Sebelum ini, Sarah pernah bertunang dengan jejaka berasal dari New Zealand, Mohd Harith Fuad Robinson, tetapi ia putus di tengah jalan.

    Pada masa sama, kata Sarah, dia jarang berhubung dengan bekas tunangnya itu,
    Dalam perkembangan lain, kata Sarah, yang sudah lima tahun tidak muncul dengan album baru, dia merancang untuk tampil dengan single terbarunya selepas berkahwin nanti.

    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.