Adsense

Isnin, 20 Disember 2010

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Gambar Perkahwinan Marion Caunter dan SM Nasaruddin

Posted: 19 Dec 2010 12:31 PM PST

marion kahwinTahniah sekali lagi buat Marion Rose Caunter Abdullah dan SM Nasaruddin yang telah selamat meraikan majlis perkahwinan mereka di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur pada hari jumaat yang lalu.. Majlis resepsi Marion Caunter dan SM Nasaruddin yang gilang gemilang tu memang tersangat la grand.. Boleh dikatakan wedding of the year la.. Majlis perkahwinan ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu vvip termasuk Tun Dr Mahathir dan Isteri, Dato' Sri Najib dan ramai lagi menteri-menteri yang turut hadir memeriahkan majlis.

Apa yang lebih menarik, di majlis tersebut, Marion Caunter telah membuat pengakuan yang Nasa adalah teman lelaki pertamanya.. Disebabkan itu la kita jarang dengar gosip-gosip pasal Marion Caunter sebelum ini.. Malah tambah SM Nasaruddin lagi, beliau menyukai Marion kerana Marion seorang gadis yang baik hati, lemah lembut dan serius semasa bekerja.. sepanjang 5 tahun percintaan mereka, tidak pernah Marion meminta Nasa membeli apa-apa atau kereta free! dimana semua orang pun ketawa selepas kenyataan itu…

Jelas sekali kat sini yang perkahwinan mereka atas dasar cinta yang telah disemai selama 5 tahun lamanya.. sebelum SM Nasaruddin bergelar CEO lagi.. Jadi MyGosip rasa tiadalah istilah pisau cukur atau mata duitan disini.. Sama-sama lah kita doakan kebahagian Marion Caunter dan SM Nasaruddin sehingga ke anak cucu hendaknya.. MyGosip juga harap SM Nasaruddin mampu membimbing Marion Caunter yang juga saudara baru kita ke arah yang lebih baik…

Buat sesiapa yang tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan Marion Caunter dan SM Nasaruddin ni.. jom kita ramai-ramai layan gambar kahwin mereka kat bawah ni…

Marion Caunter di bilik persalinan perkahwinan

Marion Caunter kahwin disiapkan oleh rizalman

Marion caunter dan Rizalman sedang bersiap sedia.. Marion mengayakan baju rekaan Rizalman pada malam itu.

Marion Caunter dan rizalman di majlis perkahwinan Marion Caunter dan naza

Marion Caunter dan SM Nasaruddin kahwin

Pengantin baru, Marion Caunter dan SM Nasaruddin nampak sangat sepadan.. Bagai pinang dibelah belah..

Marion Caunter bersanding

Marion Caunter dan SM Nasaruddin berkahwin

majlis perkahwinan Marion Caunter dan SM Nasaruddin

majlis perkahwinan Marion Caunter dan SM Nasaruddin

potong kek kahwin Marion Caunter dan SM Nasaruddin

majlis tari menari di perkahwinan Marion Caunter dan SM Nasaruddin

Marion Caunter dan rakan di majlis perkahwinanya

Marion Caunter dan SM Nasaruddin bersama kawan di majlis perkahwinan

menari di majlis resepsi Marion Caunter dan SM Nasaruddin

joget lambak di majlis perkahwinan Marion Caunter dan SM Nasaruddin
credit pic to: Wong CHun Wai, Farid Ridzuan, YiuLin, AfiraZaira, Rizalman dan ramai lagi…


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Filem Aku Masih Dara

Posted: 19 Dec 2010 03:33 AM PST

Artis Malaysia filem  | 19 December, 2010

aku masih dara posterSinopsis Aku Masih Dara:- Sebuah filem yang menyentuh isu kerosakkan akhlak di kalangan remaja dan mengupas ragam kehidupan gadis-gadis zaman sekarang yang bebas dewasa tanpa bimbingan ibubapa yang terlalu sibuk mencari wang bagi menyara kehidupan. Aleesya, Sofea dan Hani merupakan tiga rakan rapat yang mempunyai latarbelakang keluarga yang berbeza. Masing-masing juga mempunyai pandangan berbeza tentang Islam, berdasarkan cara mereka dibesarkan oleh ibubapa masing-masing. Aleesya mempunyai didikan agama yang asas – boleh mengaji dan tahu sembahyang.

Namun, membesar dalam persekitaran yang serba moden dan sosial menyebabkan beliau leka pada tuntutan agama. Sofea pula dibesarkan tanpa didikan agama, Sofea dibesarkan dalam suasana serba kebaratan, Sofea tidak tahu solat dan tak tahu mengaji. Hidupnya penuh dosa dan noda sehingga dia kurang tenang walaupun mempunyai segalagalanya. Hani pula membesar dalam keluarga yang susah. Beliau kurang didikan agama lantaran ibubapa yang terlalu sibuk mencari sesuap nasi untuk mereka sekeluarga. Hani senantiasa menyalahkan ibubapanya dan adakala salahkan Tuhan kerana tidak mengubah nasib beliau sekeluarga. Untuk hidup senang, beliau mengambil jalan mudah, menjadi pengedar dadah secara kecil-kecilan dan menjerumus dalam hidup penuh noda, dunia yang mana semuanya 'halal'.

Hani mendapat bekalan dadah daripada teman lelakinya, Zachery, yang merupakan ketua pengedar dadah di kawasan flat tempat tinggalnya. Perbezaan pandangan mereka tidak menghalang persahabatan mereka bertiga sehingga kemunculan Firdaus, sepupu Aleesya yang warak. Firdaus pentingkan hukum Tuhan dan beliau sedar, sebagai seorang Islam yang berpendidikan, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mendidik saudara Islam yang terlencong. Firdaus yang berasal dari kampung, datang ke Kuala Lumpur untuk mengikuti kursus keusahawanan, dan menumpang di rumah bapa saudaranya yang juga bapa kepada Aleesya. Menyedari Aleesya hilang arah, Firdaus sering menegur tindak tanduk Aleesya, menyebabkan Aleesya amat membenci Firdaus kerana terlalu 'menjaga tepi kainnya'.

Namun, kehadiran Firdaus mulai mengubah diri Sofea yang mencari ketenangan. Sofea yang sudah puas hidup tanpa agama, menemui ketenangan apabila berkawan dengan Firdaus. Menerusi Firdaus, Sofea belajar tentang Islam dan mulai menyintai agama yang selama ini, sekadar status di kad pengenalannya. Kemesraan antara Firdaus dan Sofea, menyebabkan Sofea mula renggang dari Aleesya dan Hani. Sofea yang mahu Aleesya berubah mulai dimusuhi Aleesya yang menyangka Sofea berlakon untuk meniduri Firdaus. Apabila Sofea mengikut Firdaus ke kampung, bagi mendalami Islam tanpa gangguan, Aleesya semakin liar dan mula hilang pertimbangan sehingga sanggup mengikut Hani ke dalam dunia 'pil khayal dan parti seks bebas'. Semasa mengikuti sebuah parti seks yang dianjurkan oleh Zachery, Aleesya 'hilang dara', menyebabkan beliau tersedar dari kebodohannya.

Hani yang sudah lama 'hilang dara' cuba tenangkan Aleesya dan memberitahunya, pada zaman sekarang, dara tidak penting. Menyedari beliau bukan dara lagi, Aleesya yang hilang maruah, mengambil keputusan untuk bertaubat dan mendekatkan diri dengan Allah. Beliau meminta bantuan Firdaus untuk mendidiknya juga menyelamatkan maruahnya dengan cara menikahinya. Aleesya ditemani Hani, pergi ke kampung Firdaus. Permintaan Aleesya menyebabkan Firdaus berada dalam dilemma, kerana Firdaus yang sudah tertarik pada Sofea, berjanji mahu mengahwini Sofea. Sofea pula memberitahu Firdaus bahawa walaupun dia hidup tanpa agama, dia masih dara kerana dia berpegang pada pegangan bahawa, 'mahkotanya' hanya untuk seorang lelaki yang boleh mendidiknya menjadi isteri yang baik.

Tajuk Filem:
Aku Masih Dara

Pengarah:
Ahmad Idham

Penerbit:
Metrowealth Movies Production Sdn Bhd

Dipawagam:
16 Disember 2010

Pelakon Aku Masih Dara:
Raja Farah
Diana Amir
Raja Farah
Yana Samsudin
Asraf Muslim
Reanna
Farid Kamil
Dian P. Ramlee
Rahim Jailani
Riezman Khuzaimi
Kuna

Trailer Aku Masih Dara:

Anda sudah menonton filem ini? Sila tinggalkan review di bahagian komen untuk panduan penonton yang lain..


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.