Adsense

Jumaat, 10 Disember 2010

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Lisa surhani dan coli kuning.... layanzzz

Posted: 09 Dec 2010 04:03 PM PST


google: lisa surihani, coli lisa surihani, coli lisa surihani kuning, lisa surihani kuning, coli lisa surihani, buah dada lisa surihani, lisa surihani dan coli, koleksi coli lisa surihani

Linda Onn Sambut 'Birthday' Tiga Malam Berturut-Turut Kerana Siapa?

Posted: 09 Dec 2010 03:32 PM PST


PETALING JAYA: Penyampai radio Suria FM, Linda Onn, (gambar) mengadakan sambutan ulang tahun majlis hari lahirnya yang ke 33, selama tiga malam berturut-turut semata-mata memberi peluang kepada abangnya, meraikan majlis berkenaan.

Kata Linda, mengikut perancangan dia mahu mengadakan majlis berkenaan sehari sahaja iaitu sempena hari lahirnya yang jatuh pada 26 November lalu.

Bagaimanapun majlis itu menjadi seperti besar apabila ada perancangan lain pada saat-saat akhir termasuklah abang keduanya iaitu Sazali dan isteri datang dari Johor Baru yang mahu sama meraikan majlis berkenaan.

"Pada malam pertamanya (25 November), saya sambut bersama-sama kawan-kawan dari Suria FM manakala malam keduanya (26 November) disambut dengan keluarga, rakan-rakan termasuk kawan-kawan artis geng motor kuasa besar.

"Kemudian, pada malam ketiga (27 November), para peminat saya pula membuat kejutan Ketiga-tiga majlis tersebut berlangsung di Ampang," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Tambahnya: "Setiap majlis yang diraikan itu penuh kelainan sebab semasa meraikan bersama-sama kawan Suria FM, kami menjadi lebih santai walaupun membincangkan tentang kerja.

"Berbanding dengan sambutan bersama geng motor, lain pula perbualannya kerana kami lebih bercakap tentang motor."

Menjawab tentang kenyataannya dalam blog yang ditulis "…tahun terakhir Linda sambut birthday solo...", dalam nada gurau Linda berkata ayat itu dipinjam daripada kawannya dan menolak dia akan berkahwin pada tahun hadapan.

Salah seorang rakan Linda memberitahu apa salahnya dia menyambut hari jadi dengan penuh meriah dan bersungguh-sungguh seolah-olah menganggap majlis tersebut yang terakhir baginya memegang status solo.

"Kalau saya kahwin pada tahun depan, mungkin majlis itu lebih berlainan kerana saya menyambut dengan suami. Sama ada saya betul-betul akan menamatkan zaman solo pada tahun depan atau tidak, biarlah saya simpan untuk diri-sendiri.

"Terus-terang, saya memang belum mempunyai sesiapa (kekasih) dan lebih banyak sibuk dengan perniagaan," katanya penuh ceria.

Linda akui tahun 2011 lebih banyak dengan perancangan perniagaan dan jika lamaran perkahwinan tiba pada tahun depan, itu menjadi suatu bonus buat dirinya.

Dalam pada itu, duta produk minuman kolagen NH Colla Plus ini juga berkongsi berita gembira apabila bakal diumumkan sebagai jurucakap produk kosmetik Shiseido pada Jumaat ini.

Zed Zaidi Buka Francais 'Papa Rich'

Posted: 09 Dec 2010 03:31 PM PST


PETALING JAYA: Aktor Zed Zaidi mengukuhkan kedudukannya dalam bidang perniagaannya pada usia 30 tahun apabila membuka sebuah francais restoran Papa Rich di Heritage Row, Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur pada awal November lalu.

Pelakon filem Cuti Cuti Cinta dan drama Awan Dania 3 ini berkata francais tersebut diusahakan di bawah salah sebuah syarikatnya, Bintang Dahlia Sdn Bhd yang menguruskan hartanah.

Selain itu, dia juga mempunyai syarikat pengurusan acara iaitu Dzed Resources Sdn Bhd dan DMB Trading yang membekalkan barangan saintifik untuk pusat pengajian tinggi tempatan.

"Alhamdulillah, perniagaan saya semakin berkembang dan terbaru saya membuka restoran Papa Rich yang boleh memuatkan 250 orang.
Menikmati keindahan pemandangan di tepi Swan River.

"Selain beroperasi pada hari biasa, kami juga menyediakan khidmat kepada sesiapa yang mahu meraikan majlis istimewa di restoran itu," katanya.

Menceritakan tentang perancangan perniagaannya, Zed berhasrat untuk membuka hotel bajet tidak lama lagi.

Jika mengimbau semula kata-kata Zed sebelum ini dengan apa yang dilakukan sekarang, dia begitu optimis dan tidak sekadar memasang angan-angan kosong.

Zed pernah memberitahu untuk mempelbagaikan bisnes sebelum mencapai umur 40 tahun kerana dia tidak mahu menjadi artis yang tidak dipedulikan apabila sudah lanjut usia.

Malah dia turut melihat artis yang terlibat dalam bidang perniagaan turut mudah bekerjasama dengan golongan korporat atau mana-mana ahli perniagaan kerana mereka terlebih dahulu dikenali.

Beralih kepada karier seninya, Zed baru selesai menerbitkan drama Along Gedebe di bawah terbitan A. Aida Production.



Zed dan Scha Al-Yahya ketika menjalani penggambaran di Bell Tower, Perth.

Jelasnya kini dia semakin seronok bergelar pembantu penerbit dan turut melibatkan diri dalam penerbitan drama Dollah Hapak.

Selain itu, dia bakal muncul menerusi drama 13 episod Fatimah Juling dan filem Senjakala akan ditayangkan di pawagam pada tahun hadapan.

Wajah Zed turut boleh ditonton menerusi drama 26 episod Awan Dania 3 yang disiarkan di Astro Ria (saluran 104) pada setiap Isnin, pukul 9 malam.

Sarimah Tetap Jadi Pengacara Selepas Buka Syarikat

Posted: 09 Dec 2010 03:30 PM PST


KUALA LUMPUR: Selepas aktif dalam bidang pengacaraan, Sarimah Ibrahim kini melangkah setapak lagi dalam kerjayanya dengan menubuhkan syarikat produksi sendiri iaitu Sarimah Sdn Bhd.

Menurutnya, ini merupakan masa paling sesuai untuk dia menerbitkan sendiri program-program televisyen selepas lebih 10 tahun terlibat dalam industri ini.

"Saya rasa sudah sampai masanya untuk terlibat secara langsung menerbitkan program televisyen sendiri. Sekarang fokus utama saya ialah kepada syarikat yang sedang dalam proses menerbitkan sebuah dokumentari.

"Matlamat saya bukan untuk program hiburan semata-mata, malah lebih kepada rancangan berbentuk sejarah dan dokumentari tentang Malaysia dan Insya-Allah tentang agama Islam," ujarnya yang menubuhkan syarikat tersebut pada awal tahun ini.

Bagaimanapun, pengacara Akademi Fantasia musim ketujuh ini memberitahu dia tidak akan meninggalkan dunia pengacaraan biarpun sibuk menguruskan syarikatnya itu.

"Saya masih menerima tawaran untuk jadi pengacara, malah kontrak dengan Astro juga sudah disambung selama tiga tahun lagi.

"Saya sangat sayangkan bidang ini, kalau boleh saya ingin jadi pengacara sehingga akhir hayat saya," ujarnya yang bakal mengendalikan sebuah rancangan reality tyerbaru terbitan Astro berjudul 1.2.3 Tukar.

Tambah Sarimah, program 1.2.3 Tukar ini lebih istimewa kerana dia terlibat secara mendalam terutamanya dari segi proses pembikinannya.

"Walaupun sebelum ini saya juga terlibat dalam Tangkap Muat tetapi hanya sebagai pengacara. Bagi rancangan ini saya terlibat dari banyak aspek.

"Mereka beri peluang kepada saya untuk beri idea terhadap program ini. Saya juga sempat pergi ke Jepun bagi membuat kajian terhadap trend program-program televisyen di sana dan fesyen pakaian mereka," katanya.

Program hiburan ini bakal ditayangkan pada setiap Rabu, 10.00 malam bermula 15 Disember ini menerusi saluran 104.

Program 13 episod ini merupakan sebuah program gaya hidup yang mengubah penampilan individu dalam mencapai impian yang mereka idamkan.

"Program ini membuka peluang kepada para peserta dalam mencapai impian mereka dalam soal kerjaya, percintaan dan masa depan.

"Apa yang lebih menarik ia turut disertai oleh artis dan selebriti Malaysia mahu impian mereka dilaksana," ujar Sarimah.

Shila Jadi Jurucakap Safi Balqis

Posted: 09 Dec 2010 03:29 PM PST


KUALA LUMPUR: Penyanyi Shila Amzah menjadikan produk Safi Balqis Perfect 10 sebagai satu langkah untuk dia melakukan transisi melangkah ke alam dewasa.

Jelasnya, selama 10 tahun berada dalam industri seni dengan membawakanperwatakkan keremajaan, dia mahu melangkah ke satu tahap baru terutamanya dari segi perubahan imej.

"Saya sudah lama mencari masa yang sesuai untuk tukar imej menjadi lebih dewasa.

"Justeru tawaran menjadi duta produk Safi Balqis yang datang ini bertepatan dengan masanya. Jika tiada tawaran iklan saya berhajat untuk mengubah imej kewanitaan bermula tahun depan," katanya ketika ditemui di Majlis Perlancaran Duta Terbaru Safi Balqis, di sini, Rabu.


Tambah Shila, selain itu ia bertepatan dengan konsep album solo keduanya yang bakal keluar pada tahun depan.

"Perubahan ini juga adalah kerana konsep album kedua saya yang bakal keluar tahun depan dan album Tiga Suara bersama Ning Baizura dan Jaclyn Victor," katanya.

Penyanyi berusia 20 tahun ini juga memberitahu tidak mahu dikenali sebagai Shila OIAM tetapi Shila Amzah.

"Saya rasa sudah sampai masanya untuk saya bawa nama bapa saya dan tidak dikenali lagi sebagai Shila OIAM.

"Lagi pula dah dua tahun rasanya menggunakan nama itu. Dulu saya tidakberapa dikenali dan terpaksa menggunakan nama tersebut untuk lebih dikenali," ujarnya yang lahir dari sebuah program realiti nyanyian One In A Million.

Jelas Shila, bagi menyambut tahun baru 2011 yang akan datang ini dia mahu kerjayanya lebih berkembang dan tidak hanya dikenali sebagai artis iklan semata-mata.

"Tahun baru nanti banyak perancangan yang telah diatur, selain menjadi duta produk, saya juga tidak sabar menantikan album kedua dan album Tiga Suara.

"Malah saya juga dalam perancangan untuk melanjutkan pelajaran saya di salah sebuah kolej di sini," ujarnya.

google: shila oiam, shila oiam jurucakap safi balqis, shila oiam duta safi balqis

Selebriti Puji Kemunculan Stesen TV AlHijrah

Posted: 09 Dec 2010 03:28 PM PST


KUALA LUMPUR: Biarpun baru sebulan bersiaran, stesen televisyen percuma (FTA) terbaru TV AlHijrah mendapat sambutan baik daripada pelbagai pihak termasuk rakan selebriti.

Menurut pengacara Farrah Adeeba, kemunculan TV AlHijrah mampu memberikan lebih banyak program berinformasi dan bernilai murni untuk tontonan semua lapisan masyarakat.
Farrah Deeba (kiri), Yatt dan Ika Zulkifli hadir memberikan sokongan semasa majlis pelancaran rasmi TV AlHijrah di Pusat Penyiaran Digital TV Al-Hijrah, Pusat Islam, Selasa. - Foto mStar oleh SITI AZIRA

"Alhamdulillah, lahirnya sebuah stesen televisyen terbaru di Malaysia. TV AlHijrah mungkin digambarkan sebagai salah sebuah saluran televisyen yang sesuai untuk orang Islam tetapi sebenarnya pengisiannya sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

"Sebagai ibu, pastinya saya perlu memantau apa yang anak tonton di televisyen. Alhamdulillah, apabila anak tonton saluran ini, saya tidak bimbang untuk melepaskannya menonton seorang diri kerana semua intipatinya selamat untuk ditonton bukan sahaja kepada orang dewasa malah juga kepada kanak-kanak yang sedang membesar.

"Jadi saya rasa lega apabila mempunyai saluran seperti ini," katanya yang turut menerbitkan program realiti kanak-kanak berjudul Sekolah Saya Hebat untuk stesen televisyen itu.


Nizal Mohamad dan Norzie Pak Wan Chik menemubual Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor selepas melancarkan TV AlHijrah.

Sementara pelakon Ika Zulkifli menganggap TV AlHijrah sebagai satu saluran televisyen yang berbeza.

"Saya rasa TV AlHijrah merupakan saluran televisyen baru yang agak bagus kerana setakat ini kita tidak mempunyai banyak saluran televisyen berbentuk islamik. Yang ada pun Astro Oasis. Saluran TV AlHijrah betul-betul menekankan tentang Islam.

"TV AlHijrah bergerak sendiri dan tidak bergantung dengan stesen televisyen lain," ujarnya yang turut berlakon dalam beberapa buah drama terbitan stesen televisyen itu.

Dalam pada itu, wartawan penyiaran TV AlHijrah, Divesh Kumar Danial Kalulal berharap TV AlHijrah mampu memberikan impak yang besar dalam industri penyiaran.

"Saya mengharapkan TV AlHijrah boleh memberi impak besar dengan konsep penuh ciri islamik yang akan mendidik semua golongan lapisan masyarakat tentang konsep Islam yang global.

"Seterusnya ia dapat memberi mesej dan pemahaman yang jelas tentang Islam terutama kepada golongan mualaf dan golongan bukan Islam," komen penyanyi kumpulan Studio Muallaf & Friends ini.
Kumpulan Studio Muallaf & Friends turut mengadakan persembahan di majlis pelancaran TV Al-Hijrah. Dari kiri: Divesh Kumar Danial Kalulal, Muadz Dzulkefly, Ahnaf Jamal, Leia az-zahra Justin Abdullah, Hafeizi, Muhammad Zaid Tandang dan Alex Koh Kee Kiat. - Foto oleh SHAARI CHE MAT

Turut serta memberikan komen tentang TV AlHijrah adalah penyanyi Muadz Dzulkefly dan Leia az-zahra Justin Abdullah.

Bagi Muadz, TV Alhijrah merupakan suatu inisiatif yang amat baik. Jadi, sudah tiba masanya, islamisasi media dalam bentuk yang komprehensif menjadi agenda utama hari ini kerana kekuatan pengaruhnya pada anak muda.

Leia pula berpendapat TV Alhijrah muncul tepat pada masanya yang diharap mampu mensajikan program-program bukan sahaja mendidik jiwa tetapi juga memperlihatkan keindahan sebenar Islam.

Stesen televisyen ini dilancarkan secara rasmi pada Selasa lalu sempena sambutan Awal Muharam di Pusat Penyiaran Digital TV Al-Hijrah, Pusat Islam, di sini.

Stesen tersebut telah bersiaran secara penuh bermula pukul 3 petang hingga 12 tengah malam pada hari Isnin hingga Khamis manakala hari Jumaat hingga Ahad pula bermula pukul 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.

Ia merupakan stesen televisyen pertama di Malaysia yang menawarkan program-program televisyen berdasarkan perspektif Islam yang menyasarkan golongan belia Islam sebagai penonton utamanya.

Saluran televisyen itu juga adalah inisiatif kerajaan untuk mewujudkan sebuah stesen televisyen yang mampu menjadi sumber ilmu bukan sahaja kepada umat Islam, bahkan kepada orang bukan Islam bagi membantu mereka mengenali dengan lebih dekat agama itu.

Studio televisyen berkenaan mengadaptasikan konsep terbuka dengan masyarakat dapat melihat secara langsung bagaimana warga kerja TV AlHijrah menjalankan tugas ketika mereka melawat studio tersebut.

Orang ramai boleh mendapatkan siarannya yang dipancarkan melalui saluran UHF melalui butang kawalan frekuensi pada set televisyen masing-masing. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tvalhijrah.com.

google: stesen tv alhijrah, info stesen tv alhijrah, frekuensi stesen tv alhijrah, website stesen tv alhijrah, laman stesen tv alhijrah, rancangan terkini terbaru stesen tv alhijrah, konsep stesen tv alhijrah 

Ijoy Terkena Demam Denggi

Posted: 09 Dec 2010 03:25 PM PST

PETALING JAYA: Pelakon Ijoy Azahari, 36, dimasukkan ke Hospital Gleanegles, Ampang, Kuala Lumpur, sejak Ahad lalu kerana dijangkiti demam denggi.

Ijoy yang dihubungi mStar Online petang Rabu, di sini, memberitahu dia dibenarkan keluar dari hospital pada Khamis (hari ini).

"Saya dimasukkan ke hospital kerana disahkan mendapat demam denggi setelah menjalani ujian darah pada Ahad lalu.

"Pada mulanya, saya ingatkan hanya demam biasa tetapi setelah mendapat tahu saya dijangkiti denggi, saya agak terkejut. Bagaimanapun, doktor mengesahkan ia hanyalah denggi biasa," kata Ijoy.

Tambahnya: "Saya tidak pasti bagaimana saya dijangkiti denggi. Yang pasti, badan saya mula berasa tidak selesa dan lemah sejak 1 Disember lalu. Selepas itu, saya terus demam."

Namun begitu, doktor menasihatkan Ijoy untuk berehat selama seminggu sebelum memulakan karier seni seperti biasa.

Suami aktres Sharifah Shahira ini turut memberitahu terpaksa menangguhkan penggambaran drama Di Mana Isteriku buat masa ini.

google: ijoy azahari, ijoy azahari facebook, ijoy azahari blog, ijoy azahari myspace, ijoy azahari twitter, ijoy azahari dan keluarga, ijoy azahari dan isteri, gambar ijoy azahari, photo ijoy azahari, foto ijoy azahari, ijoy azahari dan anak, ijoy azahari dan ibu dan mak

Gaun Pendek Saya Tak Seksi Melampau - Siti Nordiana

Posted: 09 Dec 2010 03:23 PM PST


PETALING JAYA: Penyanyi Siti Nordiana Alias, 26, menegaskan penampilan barunya yang memakai gaun pendek di majlis parti Eh! yang diadakan baru-baru ini tidaklah terlalu seksi seperi yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Menurut Siti Nurdiana atau lebih selesa dipanggil Nana, penampilannya yang mengenakan gaun rekaan Hani Suraya itu sebagai tanda pembaharuan diri serta kemunculan baru dalam industri seni setelah lama menyepi.

"Sebenarnya saya tak rasa pun gaun itu seksi. Mungkin orang tidak pernah melihat saya berpakaian begitu, sebab itulah ramai yang terkejut sedangkan saya memakai gaun seperti itu mengikut kesesuaian majlis. Lagipun inilah kali pertama saya memakai gaun pendek di depan khalayak.

"Rasanya, gaun yang saya pakai itu tak seksi melampau. Takkan saya nak berimej yang sama saja, nanti orang bosan pula.

"Penampilan baru ini juga merupakan imej sempena dengan keluaran single lagu terbaru saya yang berjudul 'Tak Tahan'. Apapun, saya tak kisah dengan tanggapan orang kerana mereka mempunyai hak untuk memberikan pandangan dan saya terima itu," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.
Imej Nana sebelum ini.

Beritahu Nana, pembaharuan bukan sahaja dilakukan terhadap imejnya malah muzik yang dibawakan turut berbeza berbanding nyanyiannya dulu yang kini tampil dengan muzik alternatif rock dalam lagu barunya itu.

"Lagu 'Tak Tahan' adalah projek solo pertama saya setelah dua tahun menyepi dan saya tampilkan muzik yang lain kepada peminat-peminat.

"Kalau saya tampilkan lagu baru dengan konsep balada seperti dulu, orang akan tahu lagu tersebut saya yang nyanyi. Jadi saya nak ubah pandangan masayarakat bahawa saya juga mampu membawa muzik berbeza genre," ujar anak kelahiran Negeri Sembilan itu.

Sementara itu, Nana berkata dia telahpun berhenti kerja sebagai Kaunselor Pelajaran di City Universiti Kolej, Petaling Jaya, Selangor, kerana ingin memberi fokus pada karier seninya.

"Sebenarnya bila dah biasa bergelar anak seni, agak sukar untuk saya bekerja mengikut waktu pejabat. Bila ada apa-apa sesi fotografi, susah saya nak ambil cuti.

"Tambah pula sekarang ini saya perlu fokus dengan single baru saya dan kemudiannya album terbaru pula. jadi saya buat keputusan untuk berhenti kerja dan naikkan karier saya semula sebaik mungkin.

"Sekarang ini saya juga menjinakkan diri dalam bidang lakonan. Buat masa ini saya baru sahaja habis sesi penggambaran bagi telefilem Nenas Dan Ikanku dan sebelum ini pula, saya berlakon bagi drama Aku Budak Minang 2.

"Sekarang ini fokus saya ialah saya mahu meniakkan nama saya semula tidak kira dalam apa jua bidang yang berkaitan dengan seni. Maklumlah saya dah tak bekerja lagi. Jadi kena kerja kuat demi anak," akhirinya.

google: siti nordiana, siti nordiana seksi, siti nordiana hot, siti nordiana pakai skirt, terbaru siti nordiana, terkini siti nordiana, kenyataan siti nordiana, isu siti nordiana pakai skirt, skirt pendek siti nordiana, kontroversi skirt siti nordiana, peha siti nordiana gebu, peha siti nordiana putih

Filem Kisah Sosilawati Jalani Penggambaran April 2011

Posted: 09 Dec 2010 03:21 PM PST


PETALING JAYA: Pengarah filem Dr. Mahadi J. Murat dijangka akan memulakan penggambaran filem mengenai kisah hidup jutawan kosmetik, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya pada April tahun hadapan.

Menurut Mahadi, setelah beberapa kali mengadakan perbincangan dengan keluarga Sosilawati, mereka bersetuju untuk memulakan pra-produksi selepas kes pembunuhan membabitkan Allahyarham di mahkamah selesai.

"Nak buat filem sebegini memerlukan penelitian dan perancangan yang terperinci. Jika semuanya berjalan dengan lancar, penggambaran dijangka akan bermula pada April tahun depan.

"Buat masa ini kita tunggu kes selesai dahulu. Saya pun sudah berbincang dengan anak Sosilawati, Erni Erinawati Sofea Bukhari dan beberapa syarat telah diberikan.

"Syarat-syaratnya cuma filem itu tidak boleh mencemarkan nama Sosilawati dan tidak memberikan kesan negatif terhadap keluarga mereka," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Tambah Mahadi, filem yang bakal dihasilkan itu agak berat walaupun ia dibuat khas tentang jutawan kosmetik itu.

Bagaimanapun tidak semua kisah yang berlaku mengenai Sosilawati termasuklah detik-detik pembunuhannya akan di filemkan untuk mengelak daripada timbul isu-isu yang tidak diingini.

"Menghasilkan filem sebegini bukannya mudah. Isu dan persoalan dia (Sosilawati) melibatkan banyak perkara. Kita perlu ambil kira dari pelbagai sudut lebih-lebih lagi melibatkan orang yang masih hidup.

"Kemudian mengenai kes pembunuhan pula, saya perlu berjaga-jaga kerana selain menjaga hati keluarga Sosilawati, kita tak boleh buat sesuatu yang boleh menghina mahkamah.

"Apa yang ingin saya paparkan ialah cabaran dan perjuangan seorang wanita yang berjaya dalam kerjaya tetapi kurang berjaya tentang hal lelaki," ujarnya.

Mengenai pelakon yang akan membintangi filem itu menurut Dr. Mahadi, buat masa ini pihaknya masih belum memutuskan siapa yang akan memegang watak Sosilawati serta watak-watak yang lain.

Sementara itu, Erni berkata, dia sudah bersetuju untuk memfilemkan kisah ibunya itu.

"Sekarang ini kami cuma tunggu kes selesai sahaja dan segala perbincangan bersama Mahadi telahpun dibuat.

"Saya harap dengan pembikinan filem ini, kisah ibu saya dapat dijadikan tauladan selain mampu menaikkan semangat wanita-wanita di luar sana dalam memperjuangkan kerjaya masing-masing.

google: filem sosilawati, pengarah filem sosilawati, jalan cerita filem sosilawati, cadangan filem sosilawati, pelakon filem sosilawati, penerbit filem sosilawati, berita filem sosilawati, kisah filem sosilawati, cerita filem sosilawati

Peserta Sehati Berdansa 3, Sein & Nana Cerai Talak Satu

Posted: 09 Dec 2010 03:19 PM PST


SHAH ALAM: Juara rancangan realiti, Sehati Berdansa Musim Ketiga, Sein dan Nana bercerai dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, pada Rabu.

Sein, 27, yang merupakan anggota kumpulan Ruffedge melafazkan talak pada pukul 2.46 petang, selepas mahkamah membenarkan permohonan Nana, 26, untuk berpisah secara baik.

Nana yang pernah mencuba nasib dalam dunia seni dengan menyertai rancangan realiti, Mentor musim pertama memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Prosiding perceraian tersebut berlangsung di hadapan Hakim Syarie Zainor Rashid Hassin dan Nana diwakili peguam syarie, Zuri Zabudin Budiman.

Sein atau nama sebenarnya Syed Hussein Syed Mustafa tidak diwakili peguam syarie.

Zuri Zabudin memberitahu, permohonan untuk bercerai itu difailkan ekoran pasangan tersebut tidak lagi mempunyai persefahaman dalam rumah tangga yang dibina sejak Julai 2006.

"Pasangan ini tidak dapat lagi menjalani kehidupan sebagai suami isteri dan telah wujud perbalahan yang berpanjangan.

"Mereka masih tinggal serumah tetapi tidak tidur bersama. Pelbagai usaha telah dijalankan tetapi tiada jalan penyelesaian," katanya.

Zainor Rashid selepas mendengar lafaz tersebut, mensabitkan gugur talak satu kali pertama secara rajie terhadap Nana dan memerintahkan dia untuk beredah selama tiga kali suci.

Beliau juga memerintahkan supaya perceraian itu didaftarkan di Pejabat Agama Daerah Petaling dan surat nikah pasangan tersebut dibatalkan.

Pada prosiding sama, mahkamah juga merekodkan persetujuan bersama Nana atau nama sebenarnya, Noor Diyana Muhammad dengan Sein yang timbul daripada perceraian tersebut.

Ia meliputi nafkah edah, mutaah dan harta sepencarian serta hak penjagaan dua anak mereka, iaitu Syed Tamriz Al-Qudsy, 3, dan Sharifah Inaiya Al-Qudsy, 1,

Hak jagaan anak diberikan kepada Nana manakala Sein diberikan hak melawat dan bermalam selama tiga hari bermula pukul 12 tengah hari Jumaat sehingga 12 tengah hari Isnin atau pada masa-masa munasabah yang dipersetujui bersama.

Pasangan itu juga bersetuju agar hak untuk bersama dan bermalam semasa cuti persekolahan dibahagi secara rata manakala giliran berhari raya dibuat secara bergilir-gilir dan bertukar setiap tahun.

Sein juga akan membayar nafkah dua anaknya sebanyak RM1,000 sebulan yang meliputi keperluan harian seperti makan minum, yuran persekolahan dan kelas tambahan.

Dia juga bersetuju untuk menanggung perbelajaan musim persekolahan dan Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM500 setiap satu untuk setiap seorang anak.

Nana pula bersetuju untuk menerima nafkah edah RM500 setiap bulan bagi tiga bulan, RM500 sebagai mutaah dan semua bayaran tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun banknya.

Pasangan itu juga bersetuju tidak akan membuat sebarang tuntutan berhubung harta sepencarian antara satu sama lain.

Zainor Rashid pada penghakimannya memuji penyelesaian yang dibuat oleh Sein dan Nana untuk menyelesaikan isu perceraian itu secara baik.

"Mahkamah berpendapat kedua-dua pihak tidak mementingkan diri dan lebih mengutamakan anak-anak hasil pernikahan.

"Perdamaian ini yang digalakkan oleh Islam dan dapat mendatangkan kebaikan," katanya.

google: sein ruffedge dan nana, sein ruffedge dan nana bercerai, sein ruffedge dan nana berpisah, sebab sein ruffedge dan nana bercerai, sebab sein ruffedge dan nana, punca penceraian sein ruffedge dan nana, berita sein ruffedge dan nana, prosiding mahkamah penceraian sein ruffedge dan nana, sein ruffedge dan nana dan anak, gambar sein ruffedge dan nana, photo sein ruffedge dan nana, foto sein ruffedge dan nana, terkini penceraian sein ruffedge dan nana, terbaru penceraian sein ruffedge dan nana