Utusan Online - Hiburan |
Posted: Noh, Mizz Nina bertunang
WAH, bukan main berseri-seri lagi wajah vokalis kumpulan Hujan saat bercerita tentang perihal dirinya yang sudahpun bertunang dengan Mizz Nina. Kalau selama ini mereka sedikit tertutup mengenai soal hati dan perasaan, akhirnya semua itu bukan lagi rahsia.Siap buat sidang akhbar lagi nak mengumumkan yang mereka dah bertunang. Bukan semua orang mampu buat macam tu. Itu yang Joyah tabik spring pada Noh mahupun Nina. Aduh, memang untunglah Noh Salleh yang bakal menjadi menantu pengerusi sebuah bank terkemuka negara ni. Bukan calang-calang orang mampu jadi macam Noh okey. Bukan apa, bakal jadi menantu orang ternama ni bukan mudah. Banyak pantang larang yang Noh kena ikut. Maknanya kena belajar banyak benda baru terutama melibatkan protokol. Joyah tak kata Noh tak baik. Tapi kalau duduk dalam bidang muzik ni, ramai yang baik dah jadi tak baik. Ikut kepala sendiri dan mahu hidup cara sendiri. Itu yang Joyah nampak sebelum ini. Apa yang penting jagalah maruah keluarga baik-baik. Nanti orang kata pemuzik tak ada masa depan dan bla..bla...bla... Setidak-tidaknya Noh dah membuktikan yang orang muzik juga boleh diterima sesiapa sahaja. Kepada artis yang lain, bolehlah buat Noh sebagai contoh. Rasa-rasa ada yang marah tak bila Joyah cakap macam tu? | ||
Posted: Apa perlunya LPFM?
DALAM beberapa perkara Siti mempunyai sudut pandangan yang bertentangan dengan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) terutama definisi ganas dan kurang ganas. Itu soal lainlah. Tapi entah kenapa, tiba-tiba Siti terfikir apakah perlunya filem-filem tempatan dihantar ke LPFM? Kita memerlukan LPFM tapi untuk menapis filem-filem luar yang budaya mereka sama sekali bertentangan dengan kita. Siti fikir filem tempatan tidak perlu ditapis oleh LPFM bab paparan seks, kecualilah definisi ganas. Ini bukan memperkecilkan LPFM tapi semua pengarah-pengarah filem kita tentu ada akal, ada otak, hidup berbudaya tempatan, apa lagi yang Melayu / Islam yang terdidik dalam budaya Melayu dan agama Islam. Apa peliknya apabila pengarah-pengarah Melayu / Islam misalnya membuat self-censorship berpandukan budaya dan agamanya? Macam di Iran, pengarah mereka membuat self-censorship sebelum ke badan penapis.. "Seniman" mestilah mempunyai moral. Moral dalam konteks orang Melayu digariskan oleh batas budaya dan agama. Jadi pengarah-pengarah Melayu semestinya menjadikan batas-batas ini sebagai garis panduan menapis karya di tangan sendiri. Siti fikir kalau semua pengarah-pengarah Melayu / Islam membuat self-censorship, LPFM hanya menapis bab ganas atau tak ganas saja. Malah berpandukan laras budaya dan agama juga, tapisan yang dibuat sendiri oleh pengarah-pengarah Melayu lebih ketat berbanding LPFM. Tapi kenapa pengarah-pengarah Melayu yang mengaku ada otak, ada moral masih memerlukan orang lain menapis hal tak bermoral dalam karya mereka? Mustahil pengarah yang mengharapkan LPFM menapis karya mereka tak ada otak, rendah moral. Tapi ironiknya pengarah-pengarah Melayu yang paling banyak memaparkan adegan seks dan bercium dalam filem. Siti pasti dia orang ini tidak mabuk semasa mengarah filem. Tapi kenapa moral mereka begitu rendah? Ada pengarah Melayu kata, tak ada adegan seks melampau orang tak nak tengok filem mereka. Bagi Siti, ini adalah pengarah tunggul kayu, tak ada otak, tak bermoral dan sepatutnya dihanyutkan ke laut saja. Mereka tidak berguna kepada agama, bangsa dan negara. Dalam etika moral, tidak ada matlamat yang menghalalkan cara. Kononnya paparkan adegan seks untuk memberi pengajaran. Ini pengajaran tahi minyak. Kalau kita hendak pokok yang subur, kenalah dibubuh baja, bukannya racun. Racun sampai bila pun tak akan menjadi baja. Pengarah-pengarah Melayu / Islam patut malu apabila LPFM menegur paparan melampau tentang filem mereka. Sepatutnya mereka menghentak-hentakkan kepala mereka yang tak berotak itu ke batu tanda malu dan insaf. Siti macam nak muntah apabila ada produser atau pengarah Melayu / Islam yang dengan bangga memberitahu LPFM tak potong sikit pun filem mereka yang ada adegan seks. Tanpa rasa malu sikit pun si produser dan pengarah bebal ini begini ditatang dalam industri filem kita. Angkat mereka, tak cukup lagi, longgokan banyak anugerah kepada mereka. Apa moralnya pihak yang memberikan segala macam pengiktirafan kepada si pembuat racun kepada anak cucu kita? Semua ini membuktikan ada sesetengah pengarah Melayu / Islam tak ada otak dan tak bermoral. Tapi tak ada siapa menegur mereka. Mereka pun besar kepala macam belon dan melayang tinggi di awan. SITI JARUM: Kenal rapat dengan orang yang buat censorship. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |