Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Langkah baru lebih bergaya
- Terlanjur di rumah
- Umi mungkin dijel 12 tahun
- Tahi judi menangis
- Urat kaki bersimpul
- Pondok kuning atas kubur
- Ariel Peterpan dibicarakan esok
- Erra tidak terhimpit gosip kosong
- Noh, Nina cinta dua darjat
- Gila-gila Amy
- Pasha bakal menikah lagi
- Aamir Khan dan SRK bergaduh?
- Kekesalan Utada Hikaru
- Suu Kyi tak mahu AS hilang pertimbangan
- Robot bantal cinta
- Mangsa Gunung Merapi pulang beramai-ramai
- Rakyat Malaysia protes Ariel di Bandung
- Minum air najis
- Kate bayangan Puteri Diana
- Jimmy dan isteri ke mahkamah
Posted: 20 Nov 2010 06:35 PM PST BAGAI layang-layang yang terputus talinya, rentak perjalanan bintang ini hilang arah dan hingga pernah sekali, dia tersungkur, mempersoalkan keadaan yang datang menghimpit. Percaturan langkahnya samar dan ada kalanya kabur ditenggelami gaya. Suaranya lantang memukau, pesona penghibur sudah lama melekat pada dirinya, rangkaian lagu pernah diiktiraf di majlis penganugerahan dan wajahnya manis menghidupkan gaya yang tidak sekali tewas. Namun semua yang indah dimiliki tidak membawanya ke tahap lebih atas, Raja Putri Atilia Raja Haron (Atilia) masih tersadai di belakang, bakatnya belum dilihat besar di gelanggang muzik tempatan. Persoalan yang terlintas tatkala menyusuri riak wajah penyanyi yang gigih memperjuangkan muzik jazz ini, apa lagi kurangnya dan mana pula silapnya lagi "Mujur semangat yang ada tidak pernah luntur dan rasa percaya akan bakat saya masih kuat mengiringi percaturan langkah baru. Saya terus teguh berdiri dan yakin suatu hari nanti, muzik ini akan diterima ramai. Hari ini, peminat juga sudah bijak menghargai seni muzik serta sesebuah karya tanpa menyekat selera mereka. Saya lihat, penantian selama ini tidak berakhir dengan satu penyesalan sebaliknya jika mengikut firasat yang menebal, saya bakal kembali dengan koleksi karya yang berkualiti dan sesuatu yang pasti selesa diterima semua peminat industri muzik," katanya. Sangkar adalah usaha enam tahun Atilia sebelum ini. Walaupun pernah menerima pengiktirafan, namun sambutannya hambar. Tolak ke tepi rasa terkilan, penyanyi berusia 36 tahun ini kembali memperkenalkan album terbarunya, Indah. Menerusi Indah, bintang yang pernah mewarnai pentas teater muzikal P. Ramlee dan Always In Wonderland ini membentangkan sebuah lagi produksi yang mesra pendengar. Tidak seperti Sangkar yang menjurus kepada kepuasan diri Atilia, Indah hadir lebih ringkas yang sarat elemen komersial. Istimewanya Indah, Atilia kembali merakamkan lagu popular ibunya yang juga penyanyi terkenal, Salamiah Hassan iaitu Gelombang. Tidak sekali menjadikan tiket menjadi anak kepada Salamiah sebagai laluan mudah untuk populariti, Atilia kini sudah mampu tersenyum apabila melodi sulungnya bagi album ini, Indah sudah mula meniti corong radio tempatan. Meskipun saat ini lagu duetnya bersama Monolog (Butterfingers) berjudul Adinda Kekanda hebat dimainkan, penyanyi kecil molek yang bijak bergaya ini masih gigih mempromosikan lagu lain termasuk Harus Bagaimana dan Silly Little Thing selain lagu kolaborasi bersama Noh (Hujan) menerusi Old Love, serta bersama grup jazz popular Indonesia, Malique & The Essentials dan Sore. "Peminat tempatan kini bijak meninjau jenis muzik dan tidak lagi diskriminasi terhadap sesetengah genre yang mungkin pelik pada selera kita. Najwa, Ana Rafali dan Yuna umpamanya kini sudah selesa menembusi pasaran tempatan dengan memperjuangkan muzik yang sama seperti saya. Alhamdulillah penerimaan itu membuatkan saya makin berani dan bersemangat. "Indah satu naskhah yang menekankan susunan muzik yang teliti. Ia menterjemahkan selera saya dalam muzik serta hasil penat lelah meneliti setiap sudut penciptaannya. "Insya-Allah usaha saya selama ini akan membuahkan hasil. Cukuplah penantian selama ini. Namun saya tidak pula rasa terasing kerana alhamdulillah undangan nyanyian tidak pernah putus setakat ini. Ini membuktikan ada juga sesetengah pihak yang menerima baik perjuangan saya," katanya. Memilih untuk berdiri di pentas komersial bererti Atilia bersedia berkongsi setiap sudut kehidupan peribadi dengan umum. Justeru tatkala disoal mengenai lelaki bertuah yang kini mendampinginya, bingkas wanita yang bijak menyusun kata ini, buat masa ini dia enggan membenarkan kisah peribadinya melangkaui cerita kerjayanya kerana bimbang peminat akan jemu. Kegagalan mem-pertahankan perkahwinan pertama cukup mengajarnya untuk lebih berhati-hati. Tidak mahu terus menangisi ketentuan takdir, kini Atilia mengakui bahagia diulit cinta barunya. "Saya tidak mahu berbohong kepada peminat akan soal cinta. Namun kali ini saya tidak mahu terlalu mendedahkan perkara itu kerana pengalaman lampau cukup memberi pengajaran buat saya. Memang ada kalanya saya cemburu melihat kebahagiaan teman lain, bahagia bersama suami dan anak namun jika difikirkan semula, komitmen sebuah perkahwinan bukan semudah kita melihat. "Saya akui sedang mengenali seseorang dan dia juga bekerja dalam industri yang sama. Kami mula berkenalan sejak dua tahun yang lalu dan kini hubungan itu semakin intim dan ada keserasian. Saya senang dengannya dan keluarga juga merestui hubungan ini namun itu tidak bermakna saya sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga kedua dalam masa terdekat. "Penat saya dalam membina empayar kerjaya bukan mudah dan banyak pengorbanan yang dilakukan. Justeru saya tidak akan persiakan. Saya mahu fokus pada nyanyian dulu. Alhamdulillah dia memahami dan menjadi penyokong paling utama saya. Insya-Allah saya akan perkenalkan si dia suatu hari nanti. Buat masa sekarang, dia sendiri tidak mahu dikenali dan bersedia mengumumkan perkara ini," katanya. | ||||
Posted: 20 Nov 2010 06:33 PM PST AMBIL KESEMPATAN... Adila musnahkan kerpercayaan ibu bapa. KUALA LUMPUR: Ada ibu bapa percaya rakan anak datang ke rumah untuk belajar, tetapi akhirnya padah menimpa apabila alasan belajar diberi berakhir di bilik tidur. Ada pula percaya anak berterus terang meminta izin untuk keluar dengan rakan sama ada lelaki atau perempuan untuk belajar, tetapi melencong ke tempat lain hingga kesudahannya 'mendapat ilmu' hal berkaitan seks. Wartawan Metro Ahad menemui seorang remaja yang terlanjur seawal usia 13 tahun. Malah, seorang pelajar berusia 15 tahun yang ditemui di pusat siber di sini mengakui kerap melakukan seks oral bersama pasangan.
| ||||
Posted: 20 Nov 2010 06:30 PM PST TERSENTUH... Lazim membaca akhbar kisah Umi Azlim. PASIR PUTEH: "Jika benar hukuman penjara seumur hidup yang dikenakan terhadap anak saya dikurangkan kepada hanya 12 tahun, saya sekeluarga sangat bersyukur. "Selama ini saya ingat anak sulung saya akan mati di dalam penjara, namun mimpi ngeri itu nampaknya akan bertukar," kata Mohamad Lazim, 54, ayah kepada Umi Azlim, 26, gadis Malaysia yang dipenjara di Guangzhou, China kerana kesalahan mengedar hampir tiga kilogram heroin.
"Setakat ini saya berharap apa dikhabarkan kepada saya benar belaka. Saya bersyukur kerana rayuan dibuat sebelum ini mungkin mendapat maklum balas daripada mahkamah di China," katanya.
"Pada awalnya kami menjangkakan hukuman penjara seumur hidup itu yang terakhir dikenakan terhadap Umi Azlin dan menganggap mungkin hayatnya akan berakhir di sana.
| ||||
Posted: 20 Nov 2010 06:28 PM PST LAKSANA TUGAS... Razali (kiri) menyoal salah seorang kaki judi yang ditahan. KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tahi judi yang ditahan ketika leka bermain mesin judi menangis teresak-esak sejurus polis menelefon keluarganya. Lelaki berusia lingkungan 30-an yang juga pemandu bas dan mempunyai empat anak itu dikatakan sanggup menghabiskan ribuan ringgit pendapatannya semata-mata kerana ketagihan berjudi sejak beberapa bulan lalu.
Pegawai Turus D7 Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Razali Abu Samah, berkata dalam serbuan itu pihaknya merampas 183 komputer dan wang tunai RM3,013.
Aktiviti mereka bukan hanya pada hari tertentu, malah setiap hari bermula jam 2 sehingga 6 pagi.
| ||||
Posted: 20 Nov 2010 06:23 PM PST MEMANG kasihan melihat sesetengah orang terutama wanita hamil, khususnya yang berbadan besar, mempunyai masalah urat kaki bersimpul kerana ia bukan saja membuatkan kaki nampak 'mengerikan', juga individu berkenaan berasa sakit apabila berjalan atau berdiri lama. Masalah urat kaki bersimpul atau vena varikos boleh dilihat dengan jelas melalui simpulan urat berwarna kebiruan yang ada kalanya timbul pada permukaan kulit kaki, terutama di betis dan buku lali. Biasanya ia tidak serius tetapi kadangkala ia boleh menyebabkan pelbagai masalah sehingga membuatkan seseorang sukar berjalan.
Namun begitu, usah risau kerana tidak semua wanita hamil mengalami masalah ini. Bagi wanita yang mengalami vena varikos ketika mengandung, keadaan salur darah beransur pulih selepas tiga bulan bersalin. Namun, masalah ini berulang pada kehamilan seterusnya; Gejala Masalah vena varikos timbul perlahan-lahan dan proses itu tidak dapat dihentikan. Gejalanya boleh dilihat dengan mudah, sama ada pada paha atau belakang betis; mengikut kedudukan injap bermasalah. Jika injap pada pangkal paha yang bermasalah, urat kaki bersimpul boleh dilihat pada belakang paha dan betis. "Pada peringkat awal, pesakit mungkin mengalami gejala seperti kakinya cepat penat, terasa berat dan sengal otot. Pada peringkat akhir, kulit berubah warna menjadi pucat, kering, ulser, berlaku pendarahan apabila salur darah pecah dan sel darah merah keluar daripada kulit. "Apabila kaki kurang menerima oksigen, kulit menjadi pucat dan kering. Dalam keadaan ini, calar kecil pun boleh menyebabkan ulser. "Yang menyedihkan ialah ada pesakit hanya berjumpa doktor apabila tidak tahan sakit akibat luka dan ulser pada kaki," kata Dr Lee. Antara gejala yang sering dilaporkan ialah: Pengesanan dan rawatan Masalah urat kaki bersimpul mudah dikesan, terutama apabila anda berdiri. Doktor akan memeriksa kaki pada tempat bengkak, sakit, kulit pucat, luka atau ulser. Jika anda menunjukkan gejala urat kaki bersimpul, doktor mungkin perlu menjalankan beberapa ujian untuk mengesahkannya. Ujian yang biasa dilakukan ialah imbasan ultra bunyi pada kaki untuk mengenal pasti kedudukan injap yang bermasalah. Walaupun bukan masalah serius, ia masih memerlukan rawatan awal sebaik anda menyedari kewujudan salur darah begini. Jika dibiarkan, kerosakan injap menyebabkan salur darah menjadi semakin besar, membuat kaki membengkak, sakit dan menjejaskan aktiviti harian. Ada beberapa kaedah mengatasi masalah ini, iaitu melalui pemakaian stokin khas (stokin tekanan), suntikan dan pembedahan. Bagaimanapun, pemakaian stokin khas hanya dapat meredakan gejala urat kaki bersimpul tetapi tidak menghalang proses pembentukannya. Kaedah suntikan pula hanya berkesan jika salur darah tidak terlalu besar bagi fungsi kosmetik tetapi ia tidak menghalang pembentukan urat kaki bersimpul. Pernah, kaedah yang sering dicadangkan kepada pesakit ialah pembedahan tetapi ramai pesakit bimbang dan takut apabila diberitahu mereka perlu dibedah; apatah lagi ia mengambil masa lama (dua minggu) untuk sembuh. Kini ada kaedah baru untuk merawat masalah urat kaki bersimpul iaitu rawatan laser endovenus (EVLT) yang menggunakan tenaga haba. Teknik ini lebih berkesan kerana ia menggunakan kurang tenaga haba berbanding kaedah lain yang kadangkala menyebabkan lebam dan bengkak akibat tenaga haba yang terlalu tinggi. "Tidak seperti pembedahan konvensional yang memerlukan pesakit bermalam di hospital, kaedah laser ini hanya mengambil masa lebih kurang sejam dan pesakit boleh balik pada hari sama. "Dalam rawatan ini, doktor mencucuk jarum pada kaki dan memasukkan satu wayar halus ke dalam salur darah yang bersimpul. "Selepas kedudukan wayar ditetapkan, doktor mengaktifkan laser dan tenaga haba disalurkan melalui wayar tadi. Ia secara perlahan-lahan memanaskan salur darah dan menyebabkan ia tertutup. "Apabila salur darah ini tertutup, aliran darah secara automatik beralih ke salur darah lain yang sihat. Maknanya aliran darah kembali normal. "Biasanya selepas rawatan, pesakit disaran memakai stokin tekanan untuk sekurang- kurangnya dua minggu bagi merangsang aliran darah. "Kadangkala kaki pesakit terasa sakit sedikit tetapi ia boleh diatasi dengan mengambil ubat untuk beberapa hari," katanya. Kaedah ini juga boleh dilakukan pada pesakit yang mempunyai ulser dan tidak sembuh walaupun sudah lama dirawat. Berdasarkan pengalamannya, selepas rawatan ulser lebih cepat sembuh kerana aliran darah pada kaki kembali normal. Malah ia juga sesuai untuk pesakit yang ada masalah jantung. Individu yang ada masalah urat kaki bersimpul tidak perlu risau kerana walaupun teknik ini agak baru di Malaysia (sekitar empat atau lima tahun) tetapi ia selamat dan berkesan (95 peratus kejayaan). Bahkan kebimbangan sesetengah pihak terhadap urat yang dirawat menggunakan haba ini terbuka kembali dan menyebabkan masalah itu berulang juga tidak timbul. Kos rawatan untuk kaedah laser ini adalah dua kali ganda berbanding pembedahan konvensional iaitu sekitar RM6,000 hingga RM8,000 sebelah kaki. Bagaimanapun, untuk jangka panjang ia lebih murah jika diambil kira kos hospital, kesakitan dialami dan tempoh pemulihan kerana pesakit yang dirawat dengan kaedah laser cepat 'sembuh' dengan dan boleh berjalan dengan baik pada hari sama. Cara mengelakkan Dr Lee berkata, beberapa kaedah boleh diambil untuk mencegah masalah urat kaki bersimpul iaitu: | ||||
Posted: 20 Nov 2010 06:22 PM PST TUMPAT - Kewujudan sebuah pondok berwarna kuning di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kajang Sebidang bersebelahan sebuah masjid dekat sini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk tempatan sejak dua bulan lalu. Pondok tersebut yang berukuran panjang tiga meter dan lebar dua meter dengan lantai jubin serta beratapkan daun nipah dipercayai digunakan untuk tujuan pemujaan. Penduduk mendakwa pondok tersebut dibina oleh dua lelaki termasuk seorang penduduk tempatan yang mengaku bomoh. Malah seorang bomoh terbabit baru berusia 18 tahun. Tinjauan Kosmo! Ahad semalam mendapati dua payung berwarna kuning dipacak di atas kubur yang ditabur dengan pelbagai jenis bunga. | ||||
Ariel Peterpan dibicarakan esok Posted: 20 Nov 2010 06:21 PM PST BANDUNG - Tidak gentar. Vokalis kumpulan Peterpan, Nazriel Irham atau lebih popular dengan panggilan Ariel yakin akan dapat membuktikan dirinya tidak bersalah apabila kesnya disebut di Mahkamah Negeri Bandung di sini esok. Sebuah akhbar Indonesia semalam melaporkan selepas 120 hari meringkuk di dalam penjara, selebriti berkenaan optimis dia akan dibebaskan daripada segala tuduhan sekali gus membersihkan namanya. Keyakinan tersebut dilahirkan oleh peguamnya, Afrian Bondjol SH dalam satu wawancara pada Rabu lepas. "Dia (Ariel) berulang kali memberitahu saya bahawa dia mahu kesnya segera selesai, bahkan dia sudah tidak sabar untuk membuktikan kebenaran dalam kes tersebut," tambahnya. | ||||
Erra tidak terhimpit gosip kosong Posted: 20 Nov 2010 06:20 PM PST ANDAI hujan itu berisi percikan bara, jatuh ke tanah sekalipun, ia tetap menjadi abu yang menyuburkan kembali laman hatinya. Perumpamaannya begitulah makanan hakiki yang harus dilalui sang primadona bernama Erra Fazira. Adakala, pedih hatinya terbakar dek kata nista orang, namun sedetik kemudian, jiwanya harus kembali bugar. Senyum di wajah harus kembali terukir demi membahagiakan hati insan-insan sekeliling. Ada ketikanya juga, secangkir daripada rasa yang terdalam harus disingkirkan demi kelangsungan hidup atas jalan seni dan populariti yang menyuluhkan hari-harinya. Bohonglah jika hatinya tidak tercuit apabila rumah tangga yang baru dibina tiga tahun itu kembali diperkatakan orang. Didakwa sudah menjalani kaunseling gara-gara krisis sedang melanda. Suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin pula kembali menjadi buah mulut khalayak, kononnya sudah tidak bersama Erra, ibu kepada satu-satunya permata hati mereka, Engku Aleesya, 2. Berbunyi sedikit klise, tetapi bagi bekas Ratu Cantik Malaysia 1992 itu, gelaran bintang yang masih diraihnya sehingga ke hari ini menuntut pengorbanan yang bukan sedikit. "Ya, bayaran menjadi popular itu sangat tinggi nilainya. Sebenarnya, sejak saya melangkah untuk menjadi artis lagi, ibu saya sudah berpesan, bersediakah saya dengan segala macam onar bidang ini. "Untuk berada di tahap sekarang, saya sudah tidak terkejut dengan segala fitnah dan khabar angin yang berlaku. Cuma saya kasihankan orang-orang di sekeliling tidak faham apa itu gosip. Hati merekalah yang harus saya jaga," sedikit lelah untuk Erra berkongsi isu yang dianggapnya sudah selesai. Penulis mahukan sebuah jawapan daripada Erra, separah mana hatinya ketika harmonis rumah tangga berdepan fitnah. Menjawab persoalan yang dianggapnya bukan isu yang harus diulang-ulang, Erra sedikitpun tidak melatah. Dia tertawa kecil membiaskan hatinya langsung tidak terusik. Ditembak fitnah "Sudah saya katakan, khabar angin itu tidak benar, jadi ia tidak memberi apa-apa impak kepada saya. Ada yang mendakwa kami ke mahkamah untuk kaunseling, itu tidak benar. Ada juga yang 'tembak', kononnya Emran tidak hadir menonton teater Muzikal Tun Mahathir di Istana Budaya, pun tidak benar. Tiada satu pun 'tembakan' yang dilepaskan itu benar, jadi untuk apa saya terkesan dengan khabar angin sebegitu," perincian Erra terhadap dakwaan palsu yang harus ditelan sedangkan hubungan bersama Emran masih harmonis bersulam kasih. Dari satu sudut yang lain, aktres berusia 36 tahun itu harus akur. Biarpun tidak terjejas ke atas tubuh sendiri, jelas isu keretakan rumah tangga yang enak diperkatakan ramai itu, tempias impaknya sampai kepada sanak saudaranya sendiri. "Bagi sesetengah mereka, gosip itu sungguh memalukan. Mereka tak salah sebab mereka tidak faham 'permainan' dunia hiburan. Respons mereka itulah yang kadang-kadang menyakitkan dan menyedihkan saya. Mereka lebih percayakan cerita negatif walhal itu sekadar gosip kosong," luah Erra sedikit terkesan. Kata Erra, beroleh kebahagiaan untuk diri sendiri bukan sesuatu perkara sukar sebaliknya membahagiakan orang di sekeliling mendesak sisi-sisi rasanya. "Saya seorang yang praktikal, apa sahaja keputusan hidup saya haruslah dilakukan dengan ikhlas dan membahagiakan saya sepenuhnya. "Tetapi, adakah kita akan bahagia jika kebahagiaan itu dibina atas kesedihan orang lain. Sebab itulah ada masanya kita akan mendapat kebahagiaan sebenar apabila orang-orang di sekeliling kita juga bahagia. Di situlah letakkan pengorbanan," bicaranya terarah mengisi konsep pengorbanan. Melihat Erra di samping Aleesya yang sedang membesar, ternyata ibu yang kekal jelita itu sedang menjalani transformasi yang bukan sedikit. Keibuannya terserlah saat mengajar Aleesya mengira dan membaca. Bertuahnya Aleesya yang beribukan Erra, mainan kegemaran bahkan alat bantu belajarnya bukan lagi bongkah huruf atau kertas bergambar, sebaliknya iPad yang penuh aplikasi khas untuk kanak-kanak seusianya.
"Budak-budak sekarang sudah terlebih emosinya, apa yang kita guna, itulah yang dia mahukan," katanya berselang tawa. Tidak seperti di awal kelahiran, tempoh ini membuatkan sifat keibuan Erra semakin berdetik. "Bila hendak keluar bekerja, wajahnya masam dan bila pulang, bukan main girang lagi dia tengok kita balik. Tetapi ini pilihan saya, seni adalah minat dan karier saya, jadi banyak pengorbanan yang harus dibuat, ada perkara yang perlu dihadkan jika saya mahu segala-galanya seimbang," katanya. Bertitik-tolak daripada Aleesya, Erra bersama teman-teman terutama Richie Rachman menzahirkan penubuhan Erra Fazira Art Club. Mendapat sokongan daripada badan korporat Staedler sebagai penaja utama, Art Club itu sebagai satu program sosial yang boleh dikongsikan ibu bapa bersama anak yang masih kecil memupuk minda kreatif sesuai dengan perkembangan mereka. "Seperti ibu-ibu lain, saya mahukan yang terbaik untuk anak perempuan saya. Untuk hantar anak-anak ke kelas seni, bayarannya sangat mahal dan tidak semua ibu bapa mampu berbuat demikian, dengan Erra Art Club, saya mahu menyumbang sesuatu kepada masyarakat," katanya yang baru sahaja melancarkan Erra Fazira Art Club bertempat di My Favorite Art House di Tropicana City Mall, kelmarin.
Menyentuh sedikit kerja seninya, Erra kini sedang muncul sebagai juri tetap program Mari Menari di Astro Ria serta mengacarakan program kanak-kanak Tiger Foorball Starz musim kedua. Kali terakhir muncul menerusi filem Anak sebagai pelakon utama, primadona filem Melayu itu bakal meluahkan kerinduannya untuk kembali beraksi di layar lebar. "Saya ada ditawarkan satu watak yang menarik. Kali ini bukan jahat-jahat manja lagi, tetapi sebagai pembunuh bersiri, menariknya ia sebuah filem aksi tetapi pembunuh bersiri itu seorang yang pekak dan bisu. Mungkin awal tahun depan tetapi setakat ini ada beberapa jadual sedang bertindih. Kita tengoklah apa yang bakal saya korbankan nanti," katanya yang masih berstatus Bintang Eksklusif milik Astro. | ||||
Posted: 20 Nov 2010 06:19 PM PST HILANG sudah segala ayat klise. Sehari sebelum Hari Raya Aidiladha, penyanyi band indie Hujan, Noh serta bintang baru yang hangat dengan irama hip hop, Mizz Nina membuka ruang personal yang mereka tutup kemas sejak hampir tiga minggu lalu. Faktanya, Noh, 26, dan Nina, 30, sudah selamat mengikat tali pertunangan dalam satu majlis tertutup di teratak keluarga Mizz Nina di Ampang pada 6 November lalu. Permintaan keluarga menjadi alasan kepada Noh dan Nina untuk merahsiakan majlis itu kepada media. Bab pertunangan sudah selesai, tanggal 1 Julai 2011 yang kebetulan jatuh pada hari ulang tahun kelahiran ke-31 Nina dipilih sebagai tarikh akad nikah mereka berdua. Dua majlis resepsi persandingan dijadualkan, pada 3 Julai di Hotel Shangri-La khusus buat keluarga manakala 6 Julai di Hotel Doubletree by Hilton khas untuk teman-teman rapat dan media. Ketika ditemui, Mohammad Noh Salleh dan Shazrina Azman itu masih orang yang sama. Tiada perubahan waima sedikitpun. Noh masih dengan sifat humor manakala Mizz Nina terus pemalu. Begitupun, ketenangan hubungan mereka tercalar dengan khabar angin. Noh didakwa tidak tahu mengukur baju di badan sendiri kerana memilih keluarga tokoh korporat terkemuka terkenal iaitu Pengerusi Kumpulan AmBank Berhad, Tan Sri Azman Hashim sebagai mertua. Noh mengaku sedih mengenangkan isu tersebut bagaimanapun dia semakin optimis berikutan hubungan mereka direstui keluarga Mizz Nina.
"Saya sayang Nina sebagai Shazrina Azman dan bukan Mizz Nina. Ada orang tidak faham benda ini. Namun, selepas bertemu keluarga Mizz Nina pada Hari Raya Aidilfitri lalu, saya akui keluarganya merupakan seorang yang hebat dan cukup menghormati sikap rendah dirinya (Azman). "Awal-awal lagi, saya beritahu beliau, saya bukan anak orang kenamaan. Sebagai anak seni dan suami, saya akan menjalankan tanggungjawab asas seperti menyediakan tempat tinggal, makan minum dan pakaian buat anaknya. Itu janji saya." Komen apabila Mizz Nina dikatakan mula mengongkong hidup Noh? NOH (N): Merepeklah. Apa yang saya lakukan sekarang datang daripada diri sendiri tanpa ada paksaan oleh sesiapa termasuk Nina. Cuma, Nina sedikit garang kepada saya. Mizz Nina (MN): Sejujurnya, saya tidak pernah sesekali mengawal Noh baik dalam karier atau corak kehidupan. Tanggungjawab saya sekadar menasihati dia jika perlu. Saya tidak pernah cakap apa Noh perlu lakukan. Saya nampak perubahan dirinya sejak kebelakangan ini. Mungkin Noh mahu membahagiakan saya sehingga dia mengambil keputusan melakukan perubahan tertentu. Apakah jarak umur berbeza bakal memberi masalah? N: Umur bukan penghalang. Bahkan, umur saya meningkat dari semasa ke semasa. Lagipun, tiada salahnya kalau saya kutip pengalaman terlebih dahulu tambahan pula proses pembelajaran akan berterusan sehingga kita meninggal dunia. MN: Umur sekadar angka. Saya tidak kisah tentang jarak usia kerana ada waktunya saya rasa lebih muda daripada Noh. Ada waktunya, saya juga berperangai kebudak-budakan.
Signifikan Kurnia pada kalian? N: Kami sebenarnya bercinta selepas lagu ini disiapkan. Sewaktu menjalani proses rakaman, saya dan Nina tidak menjangkakan sama sekali hubungan kami akan sejauh ini. Beberapa hari selepas Kurnia dihasilkan, baru hubungan ini mencapai tahap serius. MN: Kalau orang cakap bahawa Kurnia sebagai lagu lambang cinta kami, saya katakan ia benar. Sisi buruk yang diketahui selepas menjalin cinta? N: Nina suka sepah barang terutama dalam kenderaan. Lihat saja keretanya yang dipenuhi itu dan ini. Tetapi, saya belajar banyak perkara positif daripada dia selama ini. Justeru, saya tidak nampak kekurangan pada diri Nina selepas kami menjalin hubungan serius. MN: Noh gemar melepaskan perangai marahnya terutama dalam laman sosial, Twitter. Saya akan menasihati dia agar lebih tenang dan sentiasa bersabar apabila berdepan sebarang masalah. | ||||
Posted: 20 Nov 2010 06:19 PM PST
MASA pantas berubah. Diam tidak diam, sudah 17 tahun Amy Mastura Suhaimi, 39, membanting tulang berlawan setiap sisi permainan dalam gelanggang seni. Biarpun telah lama berjalan, dia masih beraksi sebagai wanita ceria, peramah dan sarat sikap merendah diri. Populariti juara pertandingan Asia Bagus 1993 ini tidak dinafikan masih kekal dalam liga tersendiri. Sepotong nasihat Amy kepada bakat-bakat muda: "Apa yang diperlukan untuk bergelar penghibur adalah niat yang perlu diiringi dengan kerja ikhlas." Sejajar pertambahan umur dari semasa ke semasa, ibu kepada Adriana, 8, dan Adalia, 5, kini lebih banyak ditawarkan peluang memegang watak ibu. Sudah 100 peratus likat dengan karakter tersebut, Amy sedar ia menjadi spektrum lakonan yang harus dilewati setiap pelakon. Selepas Hoopers, wajah Amy sekali lagi menghiasi layar perak menerusi filem Aku Tak Bodoh garapan Boris Boo pada 2 Disember ini. Menerajui watak ibu, dia bergandingan bersama Riezman Khuzaimi, Namron, Adibah Noor, Ariel Zafrel, Rohaizat Hassan dan Wan Noor Aizat. | ||||
Posted: 20 Nov 2010 06:18 PM PST MENJELANG hari-hari penting dalam kehidupan Pasha Ungu, dia pasti didatangi dengan pelbagai spekulasi. Vokalis Ungu tersebut sekali lagi berhadapan dengan gosip liar. Kali ini ia berkenaan dengan ulang tahunnya yang ke-31 pada tanggal 27 November ini. Khabar angin menyatakan bahawa jejaka tersebut bakal menamatkan zaman dudanya pada tarikh tersebut. "Tidak ada. Apa yang ada cuma konsert Ungu yang bertempat di Bondowoso pada tarikh 27 November tersebut," ujar Pasha yang menolak desas-desus bahawa dia akan menikahi kekasihnya, Adelia pada tarikh tersebut. Pasha menegaskan pada tahun ini dia belum berniat melepaskan status dudanya. "Insya-Allah tahun depan mungkin," kata pelantun Tercipta Untukmu itu. Sejak kebelakangan ini, Pasha sering kelihatan bersama wanita cantik bernama Adelia tersebut. Hubungannya dengan wanita yang bekerja sebagai pramugari itu dikatakan cukup serius. Pertengahan Oktober lalu, Pasha sempat bertandang ke rumah kekasihnya untuk berkenalan dengan lebih lanjut. Lawatan tersebut ternyata mendekatkan kedua-dua buah keluarga dan mereka dipercayai mendapat restu untuk berumah tangga. | ||||
Posted: 20 Nov 2010 06:18 PM PST
DUA bintang besar Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) dan Aamir Khan bakal beradu kekuatan pada Disember tahun hadapan. 'Peperangan' itu bagaimanapun hanya melibatkan filem yang dilakonkan mereka. SRK akan muncul dalam filem Don 2 manakala Aamir akan muncul dalam sebuah filem yang masih belum diberi tajuk. Menariknya, kedua-dua filem tersebut diarahkan oleh pengarah yang sama, Farhan Akhtar. Sementara itu, wakil penerbit filem terbaru Aamir, Reema Kagti tidak menolak kemungkinan filem tersebut akan ditayangkan pada Disember 2011. "Mengikut perancangan, filem tersebut memang akan ditayangkan pada penghujung 2011 namun ia masih belum muktamad," kata Reema. Satu sumber lain, melaporkan, kedudukan filem Don 2 tidak akan tergugat saat itu kerana filem lakonan Aamir itu dibikin bukan untuk tujuan komersial. | ||||
Posted: 20 Nov 2010 06:17 PM PST
PENYANYI Jepun, Utada Hikaru dilaporkan sangat sedih berikutan kematian neneknya yang berusia 80 tahun. "Saya mesti merelakan pemergiannya dan menerima apa yang terjadi," katanya menerusi laman sosial Twitter miliknya. Utada ada bercerita bahawa neneknya merupakan seorang yang sangat penyayang dan tidak pernah gagal memenuhi keinginannya sewaktu dia masih kecil. "Saya berasa sangat kesal kerana sebagai cucu, saya gagal memenuhi permintaannya," luahnya penuh emosi. Ibu bapa Utada dipercayai mengalami masalah komunikasi serta dilema salah faham yang berpanjangan dengan neneknya. Keadaan itu menyebabkan mereka tidak bersua muka dengan mendiang selama 20 tahun. | ||||
Suu Kyi tak mahu AS hilang pertimbangan Posted: 20 Nov 2010 06:15 PM PST WASHINGTON - Ikon demokrasi, Aung San Suu Kyi menyambut baik hubungan baru Amerika Syarikat (AS) dengan junta tentera Myanmar tetapi memberi amaran supaya Washington tidak bersikap ibarat semuanya nampak cantik di mata dalam hubungannya kerana Myanmar masih ketinggalan dari aspek hak asasi manusia dan kemajuan ekonomi. "Ramai orang menyatakan AS kini meminggirkan kami selepas ia memutuskan untuk menjalin hubungan dengan junta tentera," kata Suu Kyi kepada wartawan saluran berita CNN selepas dibebaskan dari tahanan rumah. "Saya tidak fikir ia begitu. Saya berpendapat hubungan kedua-dua belah pihak adalah sesuatu yang baik," tambahnya. Komen Suu Kyi, 65, itu disiarkan oleh televisyen AS berkenaan kelmarin. Namun, pada masa yang sama, Suu Kyi memberi amaran: "Saya tidak mahu AS bersikap semuanya nampak cantik di mata dalam hubungannya dengan junta tentera. Saya mahu mereka (AS) praktikal mengenainya". Pentadbiran Presiden Barack Obama, memilih untuk berlembut dan memulakan dialog dengan Myanmar pada tahun lalu setelah memutuskan bahawa dasar memulaukan junta tentera yang diamalkan AS selama ini gagal membuahkan hasil. Dalam wawancara sama, Suu Kyi juga menegaskan bahawa beliau akan terus memperjuangkan demokrasi di Myanmar walaupun berdepan risiko ditahan semula oleh junta tentera. "Saya tidak bimbang mengenainya (ditangkap semula oleh junta tentera)," kata Suu kyi. Suu Kyi yang pernah memenangi Hadiah Nobel Keamanan, dibebaskan daripada tahanan rumah oleh junta tentera di Yangon pada Sabtu lepas. | ||||
Posted: 20 Nov 2010 06:15 PM PST BERLIN - Sejenis robot ciptaan terbaru di Jerman boleh jatuh cinta dengan pemiliknya sekali gus mengubati kesepian berjuta-juta orang di seluruh dunia, lapor sebuah akhbar semalam. Menyerupai sebuah bantal besar, robot itu dibuat daripada polimer aktif elektrik dan dilengkapi sensor khas yang bertindak balas terhadap sentuhan manusia untuk menunjukkan ia gembira atau jatuh cinta. Lebih istimewa kata perekanya, Stefan Ulrich, robot yang dikenali sebagai funktionide itu boleh berubah bentuk dan memeluk pemiliknya. Menurut Ulrich, pada masa hadapan, robot boleh menggantikan teman lelaki atau wanita bagi mengisi kekosongan hidup. "Semakin ramai orang mementingkan kebendaan dan mereka menggunakan teknologi untuk lari daripada realiti kehidupan," kata Ulrich. "Justeru, jika robot dan objek dapat memenuhi keperluan emosi mereka, mengapa mereka masih perlukan manusia lain?," tambahnya. | ||||
Mangsa Gunung Merapi pulang beramai-ramai Posted: 20 Nov 2010 06:14 PM PST GUNUNG MERAPI, Indonesia -- Beribu-ribu penduduk kampung kembali semula ke kediaman mereka di kaki Gunung Merapi selepas ia semakin kurang aktif sejak beberapa hari lepas. Agensi Pengurusan Bencana Nasional memberitahu, hampir separuh daripada 400,000 orang sudah pulang selepas pemerintah mengurangkan zon merbahaya dari 20 kilometer kepada sekitar 10 kilometer dari kawah Gunung Merapi kelmarin. Pegawai bencana, Muhammad Anshori semalam berkata, sekitar 270,000 pelarian masih tinggal di kem-kem sementara kerana rumah mereka musnah atau mengalami kekurangan air dan makanan. Agensi bencana berkenaan menambah, angka kematian akibat siri letusan Gunung Merapi sejak 26 Ogos lalu kini meningkat kepada 283 orang, selepas beberapa mangsa meninggal dunia kerana melecur dan lebih banyak mayat ditemui dari dalam timbunan serpihan. Dalam perkembangan berkaitan, Lapangan Terbang Yogyakarta yang terletak sekitar 30 kilometer dari Gunung Merapi dibuka semula semalam selepas ditutup selama dua minggu akibat letusan gunung berapi itu. | ||||
Rakyat Malaysia protes Ariel di Bandung Posted: 20 Nov 2010 06:13 PM PST BANDUNG - Seorang warga Malaysia mengadakan tunjuk perasaan terhadap vokalis kumpulan Peter Pan, Nazriel Irham atau Ariel di depan halaman Pusat Tahanan Kebon Waru, Bandung, semalam. Lelaki dikenali sebagai Mal Putrajaya, 35, itu mengaku dia sengaja datang dari Malaysia ke pusat tahanan di Kebon Waru semata-mata untuk menemui Ariel yang kini ditahan berhubung penyebaran beberapa klip video seks yang menampilkan individu mirip dirinya. "Saya sengaja datang ke sini untuk menyampaikan pesan ini," ujar Mal sambil menunjukkan poster putih bertulis 'Ziarah Cut Tari: Ariel 'Zina - Mani - Merapi + Kartika 'Arak-Todi' Air Bah. Ayah empat anak tersebut memilih membentangkan poster di halaman pusat tahanan itu selepas dia tidak dibenarkan untuk menemui Ariel. "Saya tidak setuju dengan cara dia. Saya hanya ingin menyampaikan pesan bahwa tindakan Ariel jangan ditiru oleh yang lain," katanya. | ||||
Posted: 20 Nov 2010 06:13 PM PST DI laluan pejalan kaki berhampiran sebuah hospital di Port-au-Prince, ibu negara Haiti, seorang wanita terbaring dalam keadaan yang sungguh melarat. Tanpa dibaluti sebarang pakaian, tubuh kurusnya mengerekot sementara tangan kanannya digunakan untuk melindungi dada yang terbuka. Sirna matanya mengharap agar ada manusia yang sudi membawanya ke hospital untuk dirawat namun tiada siapa yang peduli dengan keadaan wanita berkenaan. Orang yang lalu-lalang hanya memandang dan terus pergi tanpa rasa belas. Alasannya, mereka tidak mahu dijangkiti oleh wabak pembunuh yang sedang merebak di negara itu. Senario ini bukan kebiasaan di Port-au-Prince walaupun Haiti digelar negara paling miskin di Amerika Latin. Air najis Namun, sejak dua minggu lalu, wabak taun yang mula merebak menjadi mimpi ngeri kepada seluruh rakyat negara itu. Apa tidaknya, dalam tempoh sebulan, sudah lebih 1,000 nyawa menjadi korban. Deretan bencana yang menimpa Haiti seolah-olah memberi petanda bahawa gelombang maut bakal tiba ke pulau tersebut. Bermula dengan Taufan Tomas yang menyebabkan banjir dan tanah runtuh serta lebih 6,000 keluarga hilang tempat tinggal awal bulan ini. Haiti juga hampir musnah dalam bencana gempa bumi yang meragut 250,000 nyawa dan mengakibatkan jutaan penduduk kehilangan tempat tinggal Januari lalu. Musibah banjir baru-baru ternyata merumitkan lagi keadaan di Haiti. Kawasan pedalaman dikatakan terjejas teruk apabila sawah padi dan kawasan penempatan ditenggelami air sehingga menyukarkan mereka untuk mendapatkan bekalan air bersih. Seorang menteri tempatan, Ruben Petit berkata, penduduk di kawasan luar bandar sangat bergantung kepada sungai sebagai sumber air untuk minuman dan pertanian di samping aktiviti harian seperti memasak, membasuh dan mandi. "Sungai Artibonite memainkan peranan yang sangat besar dalam kehidupan masyarakat di St. Denis. Walaupun sudah dimaklumkan terdapat bakteria daripada najis manusia yang menyebabkan air sungai ini tercemar, mereka masih meminum airnya. "Kami sangat memerlukan bekalan air bersih dan tandas di sini supaya penularan wabak ini dapat dikurangkan sekali gus menyelamatkan lebih ramai nyawa," ujarnya. Menurut laporan akhbar Haiti Libre, jurucakap Kementerian Kesihatan Awam dan Populasi negara itu, Singer Ronald memberitahu, sehingga kini, jumlah mangsa yang meninggal dunia akibat jangkitan wabak taun adalah seramai 1,200 orang, manakala 19,000 lagi masih dirawat. Dianggap sebagai ancaman kesihatan paling teruk dalam tempoh lebih 100 tahun, wabak tersebut ternyata mencetuskan kebimbangan di seluruh Haiti memandangkan rakyat negara itu tidak pernah diberikan pelalian taun sebelum ini. Sementara itu, Koordinator Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Haiti, Nigel Fisher berkata, angka korban terus meningkat terutama di bahagian utara negara itu. Kadar kematian yang dicatatkan ialah 7.5 peratus, iaitu paling tinggi di seluruh negara. "Dijangkakan di antara 2.5 hingga 3 juta rakyat tinggal di Port-au-Prince dan sebahagian besar daripadanya tinggal di khemah perlindungan. "Apa yang membimbangkan, kesesakan lebih 1.3 juta rakyat yang berlindung di khemah tersebut boleh menyebabkan wabak merebak dengan cepat lebih-lebih lagi jika kebersihan diabaikan. Pencemaran Keadaan ini tidak mustahil walaupun sistem sanitasi di situ lebih baik jika dibandingkan dengan kawasan lain seperti Cité Soleil," katanya. Cité Soleil yang merupakan sebuah bandar yang dianggap kotor dan sesak telah merekodkan kematian sebanyak 38 penghidap taun. Menurut Pusat Kawalan Penyakit (CDC) yang berpangkalan di Atlanta, Amerika Syarikat, kes taun yang pertama dilaporkan terjadi berdekatan dengan Sungai Artibonite yang terletak di utara Port-au-Prince manakala kes-kes selepasnya dikaitkan dengan pengambilan makanan dan minuman tercemar. Walaupun sedar akan risiko dan bahaya yang menanti, masyarakat Haiti tidak mempunyai banyak pilihan yang boleh menjamin keselamatan nyawa mereka. Demi kelangsungan hidup, air sungai tercemar terpaksa juga diminum lantaran tidak mampu untuk membeli air bersih yang dijual dalam botol. "Saya tahu air itu tercemar dengan kuman yang menyebabkan taun, tetapi kami semua tidak ada pilihan dan hanya itu yang kami ada. "Jika kami ada Clorox (agen peluntur), kami akan campurkannya sedikit dan meminumnya walaupun rasanya sangat teruk. "Ataupun, andainya kami mampu menggali tanah, kami akan gali sehingga jumpa air dan meminumnya," kata Alienne Cilencrieux, 24, yang ditemui ketika beratur di hadapan pagar sebuah klinik yang masih berkunci di St. Denis beberapa hari lalu. Turut bersamanya ialah Elian, 27, yang turut membawa dua anaknya, Maiderson, 7, dan Ferguson, 3, masing-masing dalam keadaan lemah dan tidak bermaya. Mereka bersama-sama ratusan penduduk lain yang menanti pintu pagar klinik dibuka untuk mendapatkan rawatan walaupun telah dimaklumkan klinik akan dibuka pada keesokan harinya.
Sementara itu, tidak menolak aspek kesesakan, kebersihan dan pencemaran, pengkaji dari Universiti Florida, Amerika Syarikat, Afsar Ali, berkata komuniti yang tinggal di sepanjang perairan Haiti terdedah kepada risiko dijangkiti taun. "Air payau boleh menjadi kawasan pembiakan bakteria. "Seperti yang kita tahu, khemah besar tersebut terletak sangat hampir dengan sungai dan muara. Saya berpendapat ini adalah tempatnya di mana wabak taun membiak, bukannya di bandar. "Saya juga menjangkakan wabak ini membiak di kawasan pedalaman sebelum menular ke bandar utama seperti Port-au-Prince dan Cap-Haitien," ujar Afsar yang pernah menjalankan kajian mengenai wabak taun di Bangladesh. Wabak taun merupakan penyakit yang tertumpu pada saluran penghadaman akibat daripada jangkitan bakteria vibrio cholera. Ia berlaku apabila kuman taun daripada pesakit atau pembawa menjangkiti individu sihat melalui mulut selepas mengambil makanan atau minuman yang tercemar. | ||||
Posted: 20 Nov 2010 06:11 PM PST CATHERINE Elizabeth 'Kate' Middleton, 28, bakal mengulangi sejarah malang mendiang Puteri Diana? Begitulah ramal banyak pihak apabila anak sulung pasangan berdarah orang kebanyakan, Carole Elizabeth dan Michael Francis Middleton, itu diumumkan sebagai tunangan pilihan anak sulung mendiang Puteri Diana, Putera William, 28. Khabar itu semakin rancak dibicarakan terutama tatkala melihatkan cincin berbatu nilam yang dikelilingi 14 butir berlian di jari Kate yang sebelum ini merupakan cincin pertunangan Puteri Diana dengan Putera Charles sendiri pada tahun 1981. Malah, Kate yang tampil ke khalayak pada acara itu dengan berbaju biru yang sepadan dengan cincinnya itu juga dikatakan mengulangi tindakan Puteri Diana. Persamaan itu, tulis wartawan Daily Mail di London, Richard Kay, seolah-olah mengembalikan Puteri Diana dalam pemikiran orang ramai, khususnya mereka yang menyayanginya. Malah, Putera William menjelaskan tindakannya menyarungkan cincin pertunangan itu ke jari Kate ialah sebagai simbol memperingati dan menjadikan mendiang ibunya sebahagian daripada acara penuh makna itu. Ia memanglah menggambarkan kasih sayang seorang anak kepada ibunya, namun adakah ia langkah yang bijak? Menurut Kay, ia umpama petunjuk yang buruk kerana cincin itu juga mengingatkan perkahwinan yang tidak bahagia untuk tempoh yang lama dan hakikatnya ia berakhir dengan perpisahan yang amat menyakitkan. Lebih merunsingkan, baru di peringkat ini sudah begitu banyak perbandingan dibuat antara kedua-dua wanita itu. Dalam sesebuah perkahwinan, petunjuk ialah sesuatu yang penting. Selepas lebih sedekad menerima berita kematian Puteri Diana, siapa sangka keluarga diraja Inggeris itu perlu membiasakan diri untuk hidup dengan seorang lagi 'Diana'? Tambahan pula, mereka berusaha keras untuk membuang ingatan tentang wanita itu daripada ingatan orang ramai. Jika dilihat kembali, memorial untuk mengenang Puteri Diana hanya diwujudkan tujuh tahun selepas pemergiannya. Memorial itu pula tidak dapat dimasuki pengunjung awam. Namun, memetik majalah Echoes, setiap kali Kate mengubah gaya rambutnya, atau dilihat menyarungkan dres baru, bertambah atau berkurang berat badan, membantu orang yang merempat atau menjadi penasihat untuk mana-mana badan kebajikan, beliau terus dibandingkan dengan mendiang Puteri Diana. Sang putera ada berkata tiada tekanan ke atas bakal isterinya itu untuk menggantikan tempat mendiang. Namun, sejauh manakah Kate teruja dengan laluan hidup yang dipilihnya itu apabila dalam satu temu ramah, beliau menggambarkan rasa terujanya dengan perkataan 'gementar' sebagaimana yang pernah disebut Puteri Diana 30 tahun lalu. Cincin Malah, mengatakan mendiang seorang wanita yang mampu memberi inspirasi juga seolah-olah mengalu-alukan lebih banyak spekulasi dan perbandingan antara dirinya dan Puteri Diana. Kewujudan cincin berbatu nilam itu untuk satu lagi tempoh yang lama mempunyai implikasi ke atas seorang lagi wanita diraja dalam keluarga itu, Camilla Parker, kini isteri Putera Charles, bapa William. Buat Duchess of Cornwall itu, cincin itu akan mengingatkannya terhadap rayuan Puteri Diana supaya dia meninggalkan suaminya, Putera Charles yang ketika itu menjalin hubungan sulit dengan Camilla. Keputusan William untuk memberi Kate cincin pertunangan mendiang ibunya sendiri dilihat sebagai tindakan seorang anak yang merindui ibunya. Namun sebahagian lagi menerimanya sebagai peringatan buruk tentang sebuah perkahwinan yang gagal. Editor majalah Psychologies, Louise Chunn, menilai langkah Putera William menyarungkan cincin pertunangan mendiang ibunya ke jari Kate sebagai tindakan yang penuh sensitif, jujur dan penuh rasa hormat.
Malah, kepercayaan bahawa cincin itu bakal membawa malang sebagaimana yang berlaku terhadap Puteri Diana disifatkan Chunn sebagai karut. Chunn menjelaskan bahawa cincin pertunangan ialah sebuah objek yang tidak hidup dan tidak mampu mempengaruhi alam perkahwinan sama seperti seutas rantai yang dibeli seorang pemenang tiket loteri yang tidak akan menjadikan seseorang itu seorang jutawan. Sebaliknya, buat sesiapa saja yang kehilangan ibu pada usia yang muda, mereka tahu bahawa barang milik ibunya mempunyai nilai sentimental yang tinggi kepada William, tidak kiralah berapa pun harganya. Penulis dan pengulas, Karen Krizanovich pula melihat pemilihan cincin itu sebagai satu penyatuan yang penuh tragis. Tidak dinafikan, kata Krizanovich, Kate kini sedang memakai cincin yang paling terkenal di dunia. "Tetapi jika saya menjadi Kate, saya akan mencari jalan untuk mengelak daripada memakainya. Kerana ia menjadi simbol kepada salah satu perkahwinan yang paling tidak bahagia dalam sejarah. "Puteri Diana pernah menjadi salah seorang wanita terkenal dan tercantik di dunia. Tetapi dia menderita dalam perkahwinannya dan mati dalam kemalangan jalan raya yang amat tragik di Paris. "Jadi nasihat saya kepada Kate, pakailah cincin itu di khalayak ramai tetapi simpanlah ia jika anda tidak ke mana-mana," pesan Krizanovich. | ||||
Posted: 20 Nov 2010 04:16 PM PST BARU sahaja beberapa minggu lalu, Diva terima khabar gembira tentang bekas pengacara Trek Selebriti yang terkenal dengan ucapan 'yezzaa'nya, siapa lagi kalau bukan Jimmy Shanley yang baru dapat berita bahawa isterinya, sudah berbadan dua. Macam-macam juga berita si Jimmy yang masuk telinga Diva, belum habis dengan kisah rumah tangganya yang dikatakan bergolak. Isterinya Nursuhaila Shuhaimy pernah lari dari rumah, dua tiga hari lepas keluar pula cerita baru. Kali ini lebih panas. Sama ada sahih atau tidak sahih, itu Diva tak berani komen, dah sumber yang rapat dengan kaki perisik di mahkamah sendiri yang khabarkan, Diva kongsilah pula kepada semua. Kata sumber itu, masalah Jimmy dan Suhaila tak tamat lagi. Memanglah isteri Jimmy sedang mengandung tetapi dalam senyap-senyap, mereka sudah sampai ke mahkamah dan berjumpa pakar kaunseling di sana. Keluarga Shuhaila pula dah naik pening dan khabarnya mereka terbang bercuti ke luar negara. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |