Adsense

Ahad, 21 November 2010

Sensasi

Sensasi


Anjoulie Lavocah seram dengar gossip dia takkan seksi lagi

Posted: 21 Nov 2010 10:32 PM PST



Minggu lepas sensasi bercuti daripada berblogging sebab rumah mak internet connection sgtlah slow...Tapi sensasi tetap mengikuti perkembangan gossip..
Dan gossip tentang penghijrahan Anjoilie Lavocah juga dikenali sebagai Zarina Ann Julie,anak pontianak yang mengatakan dia takmau seksi lagi..

Sensasi pun rasa ,baguslah mcm tuel,.lagipun gambar dia pakai tudung tue nampak lebih sweet dan seswai dengan wajahnya...

Tapi rupanya gossip bahawa dia takkan seksi lagi menyeramkan empunya badan Anjouli Lavocah,oleh itu dia cuba membetulkan gossip yang berterbangan kini dan menafikan yang dia takkan seksi lagi....Maknanya tiada perubahan pun..

Apa yang anda lihat tentang perubahan itu hanyalah satu tuntutan kerja dimana dia menggayakan pakaian yang sopan dan busana muslim..

Apa yang membuat dia naik seram apabila melihatkan tajuk 'Anjou Enggan Seksi Lagi'. Katanya, dia cakup takut membaca tajuk tersebut memandangkan itu bukan yang dimaksudkan olehnya.

"Saya tak bermaksud begitu. Apa yang saya lakukan hanyalah sebagai satu tuntutan kerja semata-mata. Bukan tak mahu berubah ke arah kebaikan tetapi biarlah ia datang pelan-pelan.

"Saya risau juga kalau ada yang menyerang saya lepas ni. Cakap dah tak nak seksi tapi masih pakai seksi lagi. Saya tak pernah cakap yang saya tak mahu seksi lagi.

"Itu yang saya mahu buat pembetulan. Saya tak mahu dihimpit kontroversi lagi. Esok orang kata saya macam-macam bila lihat saya seksi. Dah letihlah abang," kata Zarina lagi.

Cinta dua Darjat Mizz Nina dan Noh Hujan,dan gambar pertunangan

Posted: 21 Nov 2010 09:59 PM PST

Sensasi suka sangat pasangan nie,nampak cool,tak melebih lebih,tak berpeluk atau berpegang2 sakan,sopan je perhubungan mereka...
Noh seorang yang gila-gila,Mizz nina pula pemalu,seorang anak hartawan ,Org yang ke-12 paling kaya di Malaysia iaitu Tan Sri Azman yang merupakan Pengerusi kumpulan Ambank...ha bank feveret sensasi la..

Noh, 26, dan Nina, 30, sudah selamat mengikat tali pertunangan dalam satu majlis tertutup di teratak keluarga Mizz Nina di Ampang pada 6 November lalu. Permintaan keluarga menjadi alasan kepada Noh dan Nina untuk merahsiakan majlis itu kepada media.

Noh didakwa tidak tahu mengukur baju di badan sendiri kerana memilih keluarga tokoh korporat terkemuka terkenal iaitu Pengerusi Kumpulan AmBank Berhad, Tan Sri Azman Hashim sebagai mertua.

Noh mengaku sedih mengenangkan isu tersebut bagaimanapun dia semakin optimis berikutan hubungan mereka direstui keluarga Mizz Nina.


"Saya sayang Nina sebagai Shazrina Azman dan bukan Mizz Nina. Ada orang tidak faham benda ini. Namun, selepas bertemu keluarga Mizz Nina pada Hari Raya Aidilfitri lalu, saya akui keluarganya merupakan seorang yang hebat dan cukup menghormati sikap rendah dirinya (Azman).

"Awal-awal lagi, saya beritahu beliau, saya bukan anak orang kenamaan. Sebagai anak seni dan suami, saya akan menjalankan tanggungjawab asas seperti menyediakan tempat tinggal, makan minum dan pakaian buat anaknya. Itu janji saya."

Komen apabila Mizz Nina dikatakan mula mengongkong hidup Noh?

NOH (N): Merepeklah. Apa yang saya lakukan sekarang datang daripada diri sendiri tanpa ada paksaan oleh sesiapa termasuk Nina. Cuma, Nina sedikit garang kepada saya.

Mizz Nina (MN): Sejujurnya, saya tidak pernah sesekali mengawal Noh baik dalam karier atau corak kehidupan. Tanggungjawab saya sekadar menasihati dia jika perlu. Saya tidak pernah cakap apa Noh perlu lakukan. Saya nampak perubahan dirinya sejak kebelakangan ini. Mungkin Noh mahu membahagiakan saya sehingga dia mengambil keputusan melakukan perubahan tertentu.

Apakah jarak umur berbeza bakal memberi masalah?

N: Umur bukan penghalang. Bahkan, umur saya meningkat dari semasa ke semasa. Lagipun, tiada salahnya kalau saya kutip pengalaman terlebih dahulu tambahan pula proses pembelajaran akan berterusan sehingga kita meninggal dunia.

MN: Umur sekadar angka. Saya tidak kisah tentang jarak usia kerana ada waktunya saya rasa lebih muda daripada Noh. Ada waktunya, saya juga berperangai kebudak-budakan.

N: Kami sebenarnya bercinta selepas lagu ini (Kurnia) disiapkan. Sewaktu menjalani proses rakaman, saya dan Nina tidak menjangkakan sama sekali hubungan kami akan sejauh ini. Beberapa hari selepas Kurnia dihasilkan, baru hubungan ini mencapai tahap serius.

MN: Kalau orang cakap bahawa Kurnia sebagai lagu lambang cinta kami, saya katakan ia benar.

Sisi buruk yang diketahui selepas menjalin cinta?

N: Nina suka sepah barang terutama dalam kenderaan. Lihat saja keretanya yang dipenuhi itu dan ini. Tetapi, saya belajar banyak perkara positif daripada dia selama ini. Justeru, saya tidak nampak kekurangan pada diri Nina selepas kami menjalin hubungan serius.

MN: Noh gemar melepaskan perangai marahnya terutama dalam laman sosial, Twitter. Saya akan menasihati dia agar lebih tenang dan sentiasa bersabar apabila berdepan sebarang masalah.