Adsense

Isnin, 22 November 2010

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Diana Amir Jawab Gosip Cinta Pelawak

Posted: 22 Nov 2010 01:24 AM PST


MUDAH saja kemesraan kami terjalin biarpun pertama kali bersua. Seringkas identiti dan perwatakan penama Nurdiyana Amir Hashim (Diana Amir) ini cekap membina keserasian bagi melancarkan urusan fotografi Mingguan mStar, baru-baru ini.

Kelincahan yang mewarnai perilaku pelakon yang senang disapa dengan panggilan Diana ini tatkala berbual memang tidak dinafikan mudah menawan kebanyakan lelaki.

Bagi yang lebih mengenali karakter dan keperibadiannya, kriteria itu pasti menarik perhatian mana-mana jejaka.

Terlanjur menyentuh pesona yang dipamerkannya itu, jurnal cinta gadis yang berasal dari Johor Baru ini lantas diselak, sekadar ingin berkongsi tentang status dirinya.

Balas Diana, dia kini tidak menjalin hubungan cinta dengan sesiapa dan selesa bergelar solo demi tuntutan kerja yang menjadi keutamaannya.

"Saya masih solo dan tidak terfikir untuk bercinta kembali. Memang sebelum ini ada seseorang yang istimewa bertakhta di hati tapi hubungan kami sudah berakhir.

"Tumpuan saya pada waktu ini adalah pada karier lakonan yang sedang berkembang. Bukan tidak mahu bercinta lagi cuma kesibukan kerja membatasi waktu untuk berfikir soal itu. Biarlah saya bina karier dulu, cinta menyusul kemudian," katanya.

Dicuit pula tentang cerita hubungannya dengan pengacara dan pelawak Zizan (Raja Lawak) yang rancak diperkatakan, Diana membalas tiada apa yang serius berlaku di antara mereka.

Walaupun gosip itu tersebar luas, gadis berusia 24 tahun ini menyifatkan hubungannya dengan hos program Raja Lawak itu atas nama persahabatan semata-mata.

"Saya akui memang cerita antara saya dan Zizan pernah diperkatakan dan orang mula menganggap saya ada hubungan istimewa dengannya tetapi ia cerita yang tidak betul.

"Saya selesa berkawan dengan Zizan tetapi tiada apa-apa hubungan yang serius terjalin antara kami, hanya sekadar kawan," katanya.

Jawapan ringkas yang dilantunkan dengan gestur selamba itu terus mengundang keraguan adakah si jelita ini cuba menyembunyikan sesuatu. Namun, Diana sedikit pun tidak berganjak daripada jawapannya sambil menunjukkan reaksi untuk beralih subjek.

"Saya memang tiada masalah untuk berkongsi cerita cinta tetapi gosip yang mengaitkan saya dengan Zizan adalah tidak benar.

"Memang kami pernah keluar makan bersama tetapi ia tidak lebih daripada hubungan antara teman saja. Hakikatnya saya dan Zizan memang tiada apa-apa hubungan istimewa," katanya.


Demi watak tomboi

Di awal kemunculannya, gadis berbintang Gemini ini pernah diselar kerana penampilan yang kurang menyenangkan dan seksi sehingga ada yang melabelnya sebagai gadis liar.Apabila subjek itu dibangkitkan, Diana tidak melatah atau menyalahkan mana-mana pihak tentang tanggapan itu.

"Persepsi itu terbina mungkin disebabkan oleh faktor watak lakonan dan imej yang diperagakan di mata umum namun saya tidak menyalahkan mana-mana pihak atas pandangan itu.

"Jika pandangan negatif itu terbina disebabkan oleh karakter yang dijayakan, mungkin tidak adil saya dihakimi sebegitu kerana ia hanyalah lakonan dan bukan refleksi diri yang sebenar.

"Namun, jika persepsi itu hadir kerana kealpaan dan sikap kurang peka terhadap persekitaran dalam menjaga penampilan, saya cuba perbaiki dan lebih berhati-hati kini.

"Sebagai orang baru, saya hargai apa jua teguran dan pandangan orang ramai terhadap kerja dan penampilan saya kerana beradanya saya di sini adalah berkat sokongan dan perhatian orang ramai," katanya.

Tampil pula dengan potongan rambut pendek yang lebih ranggi, Diana menyifatkan perubahan itu bukan gambaran kepada imej seksi atau nakal yang pernah ditujukan kepadanya sebelum ini.

Sebaliknya, ia dilakukan demi komitmen terhadap watak gadis tomboi dalam filem terbarunya, 321 Cinta (arahan Azhari Zain).

"Masa mula-mula potong rambut pendek, memang emak bising dan banyak bertanya tetapi saya menjelaskan ia dilakukan atas tuntutan kerja.

"Saya potong rambut bukan sengaja hendak mengundang persepsi negatif orang lain tetapi untuk menjadikan karakter gadis tomboi itu lebih realistik.

"Ini adalah tawaran pertama sebagai watak utama, jadi sudah tentu saya ingin beri komitmen sebaik mungkin. Saya harap tiada pihak yang salah faham dengan penampilan ini," katanya.


Boleh berlakon komedi

Beralih pula ke soal kerjaya, graduan Ijazah Sarjana Muda, Pengurusan Sumber Manusia, Universiti Sains Malaysia (USM) ini mengakui karier lakonan yang kian bercambah memberikan pengalaman baru dan menarik kepadanya setiap hari.

Jika di awal pembabitan, Diana sering disogokkan dengan watak-watak hitam dan serius sehingga pernah dipalit dengan pelbagai andaian negatif, namun dia mula melihat evolusi dan anjakan dalam kariernya.

"Saya puas dan gembira dengan karier lakonan saya. Bagi saya, perjalanan karier ini menapak dengan baik sedikit demi sedikit.

"Sebelum ini, saya sering diberikan watak-watak hitam dan gadis berimej seksi dan nakal, namun sejak kebelakangan ini saya mula menerima watak yang bervariasi.

"Bagi saya, itu adalah satu perkembangan yang baik bukan saja untuk peningkatan mutu lakonan malah membuka mata penonton akan kebolehan saya," katanya.

Kebelakangan ini, pembabitan Diana dalam drama dan filem berjalur komedi seperti siri Jangan Pandang Belakang Congkak (arahan Ismail Bob Hasim) dan filem 321 Cinta mencorakkan lagi karier lakonannya.

"Saya tidak sangka boleh menjayakan watak-watak lebih ringan dan komedi sehinggalah terbabit dalam beberapa drama dan filem komedi.

"Memang banyak yang perlu saya perbaiki tapi sekurang-kurangnya saya menepati kehendak pengarah dan berharap ia dapat menarik perhatian penonton. Apa pun, setiap tawaran yang saya terima akan cuba dipersembahkan sehabis daya," katanya.

Terbaru, gadis yang membina nama menerusi drama bersiri Impian Sunsilk 1 dan 2 ini bakal muncul pula dengan filem arahan Ahmad Idham berjudul Aku Masih Dara pada 16 Disember ini.

Filem yang berkisar kepada isu kerosakan akhlak dan amalan hidup bebas di kalangan remaja hari ini menampilkan Diana sebagai Hani, seorang gadis yang terjerumus dalam kancah kehidupan penuh noda ekoran kesukaran hidup yang dilaluinya.

Selain Diana, filem tersebut turut menampilkan barisan pelakon pelapis tanah air seperti Yana Samsudin, Raja Farah, Farid Kamil dan Ashraf Muslim.

Foto RAYMOND OOISolekan & tatarias ZULFAZLI SUHADI (019-6106969)

* Artikel ini dipetik dari Mingguan mStar yang disiarkan setiap Ahad bersama Sunday Star, sekitar Lembah Klang.

google: diana amir, diana amir bercinta dengan zizan, diana amir dan zizan, gosip cinta diana amir dan zizan, skandal diana amir dan zizan, kontroversi diana amir dan zizan, gambar diana amir dan zizan, foto diana amir dan zizan, diana amir terkini, terbaru diana amir, diana amir hot, diana amir seksi, diana amir bogel, diana amir rambut pendek, diana amir rambut baru, diana amir terbaru

Gosip Baik Atau Buruk Bantu Zain Popular

Posted: 22 Nov 2010 01:21 AM PST


PETALING JAYA: Pelakon Zain Saidin, 26, mengakui gosip yang disebarkan oleh media atau di internet sama ada baik atau buruk sedikit sebanyak membantu memperkenalkan namanya dalam industri seni.

Bagaimanapun, jelas Zain fokus utamanya ialah mahu meningkatkan mutu lakonan yang diakui masih lagi dalam proses pembelajaran.

"Saya akui gosip ada baik dan buruknya, ia boleh buat kita dikenali tapi kalau boleh biarlah gosip itu tidak keterlaluan sehingga menjejaskan nama.

"Sebagai artis perkara itu tidak boleh dielakkan. Bagi saya kalau yang tidak benar kita tidak perlu ambil berat dan terlalu memikirkannya," ujarnya.

Dia yang digosipkan mempunyai hubungan dengan dua artis jelita iaitu Lana Nordin dan Rozita Che Wan mengakui pengalaman tersebut memberi pengajaran kepadanya agar lebih berhati-hati selepas ini.

"Saya pernah digosipkan dengan Lana sebab kami berpimpingan tangan di karpet merah di sebuah majlis, ketika itu saya anggap perkara tersebut tidak menimbulkan sebarang cerita, namun sebaliknya kami dikatakan bercinta.

"Tapi dari situ sebenarnya saya belajar untuk tidak melalukannya lagi pada lain masa bagi mengelakkan gosip yang sama," katanya.

Zain yang menganggap Rozita sebagai teman rapatnya menafikan dia mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon jelita tersebut.

"Baru-baru ini saya digosipkan pula dengan Rozita, ketika membaca akhbar tentang berita itu saya hanya ketawa sebab ia tidak benar kerana kami rapat sekadar teman baik," ujarnya yang mengenali Rozita melalui drama Kiah Pekasam.

Dalam pada itu, jelas Zain, biarpun gosip mampu menolak namanya untuk dikenali namun mutu lakonannya perlu seiring. Dia akui masih ada yang mengatakan lakonanya masih lagi kaku.

"Saya tidak mahu orang mengenali saya kerana gosip tapi apabila melihat lakonan masih lagi hancur. Memang masih ada yang berkata begitu tapi saya tidak menafikannya kerana saya masih dalam proses pembelajaran.

"Berlakon bukan boleh dipelajari secara teori tetapi ia perlu diasah dan dipraktikkan. Mungkin sekarang tahap lakonan saya masih lemah tapi Insya-Allah lama-kelamaan saya yakin ia akan bertambah baik," katanya yang sudah membintangi lebih 10 buah drama dan telefilem tempatan.

Selain itu, Zian juga memberitahu perancangan kini mencari ruang mengembangkan bakat dalam bidang nyanyian.

"Sebelum berlakon saya sebenarnya sangat berminat untuk menyanyi. Niat jadi penyanyi masih kuat dalam diri saya.

"Sekarang dalam proses untuk buat demo dan hantar ke syarikat rakaman. Insya-Allah tahun depan jika tiada halangan," ujarnya.

Pierre Andre Temui Cinta Kerabat Diraja

Posted: 22 Nov 2010 01:20 AM PST


PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah filem Pierre Andre mengakui sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang kerabat diraja Terengganu.

Menurut Pierre, hubungannya dengan wanita berusia 23 tahun itu terjalin sejak dua tahun lalu tetapi menjadi semakin rapat sejak setahun lepas.

"Saya berkenalan dengan wanita itu tanpa mengetahui latar belakang sebenar dirinya. Ketika itu, dia bekerja dalam sektor perbankan.

"Hubungan kami terjalin atas dasar keserasian dan keikhlasannya menerima saya.

"Menariknya, perwatakan dan sikapnya yang rendah diri dan ringkas itu membuatkan saya langsung tidak sangka latar belakangnya dari keluarga diraja sehinggalah selepas setahun mengenalinya," kata Pierre.

Tambah pengarah filem Hijab ini, pelbagai kontroversi yang menghimpitnya sebelum ini membuatkan dia semakin matang.

Malah jika diizinkan Tuhan dia tidak menolak kemungkinan untuk melangkah ke fasa seterusnya iaitu perkahwinan bersama wanita itu.

"Alhamdulillah, kedua-dua belah keluarga merestui hubungan kami dan semuanya berlangsung dengan baik dan sederhana.

"Saya memang merancang untuk menamatkan zaman bujang secepat mungkin. Jika diizinkan, saya ingin berkahwin dalam masa dua tahun, insya-Allah," katanya yang sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Tiramisu arahan Kabir Bhatia.

Pierre turut menegaskan, kekasihnya itu adalah individu yang berbeza dan langsung tiada kaitan dengan wanita misteri yang pernah mencetuskan kontroversi serta memporak-perandakan hidupnya kira-kira dua tahun lalu.

"Teman saya ini adalah orang yang langsung tidak ada kena-mengena dengan wanita halimunan yang pernah mencetuskan kontroversi dalam hidup saya dua tahun dulu," katanya yang ingin melupakan memori hitam itu.

google: pierre andre, pierre andre facebook, pierre andre blog, pierre andre twitter, pierre andre myspace, pierre andre wiki, pierre andre bio, pierre andre biodata, pierre andre biography, pierre andre 2010, pierre andre dan david teo bergaduh, terkini pierre andre, terbaru pierre andre, kekasih pierre andre, pierre andre dan kerabat di raja terengganu, pierre andre bercinta dengan kerabat di raja, pierre andre profiles, skandal pierre andre, kontroversi pierre andre, gosip pierre andre

Remy Tak Alami Kejutan Budaya

Posted: 22 Nov 2010 01:18 AM PST

 \

PELAKON kacak, Remy Ishak (gambar) menjadi buruan ramai bukan saja kerana lakonan yang diperdagangkannya, malah sisi peribadinya juga tidak terkecuali daripada palitan kontroversi.

Pakej fizikal yang menarik, ketenangan yang terserlah pada wajahnya serta kematangan yang diperagakan menjadi kegilaan gadis-gadis di luar sana dan mengundang kontroversi bersama beberapa aktres jelita.

Profil lakonan jejaka berusia 28 tahun ini mula mencuri tumpuan selepas membintangi filem Anak Halal (2007) arahan Osman Ali.

Namun, penglibatannya dalam drama bersiri popular Nur Kasih merupakan perintis jalan yang benar-benar menyerlahkan anak jati Melaka ini dalam bidang seni.


Remy Ishak boleh berbangga dengan dirinya selepas dilantik menjadi jurucakap produk Dashing.
Pernah dikaitkan dengan dakwaan menjadi kekasih gelap isteri VIP, Remy kemudiannya dikatakan bercinta pula dengan pelakon Ummi Nazeera yang turut sama membintangi drama arahan Kabir Bhatia itu.

Tahun 2009 mungkin mencatat sejarah hitam dalam jurnal hidup aktor ini apabila dipukul oleh sekumpulan lelaki sejurus pementasan teater Natrah di Istana Budaya.

Remy membuka tirai 2010 dengan dakwaan yang mengaitkannya dengan pelakon jelita Maya Karin sehingga menjadi punca keretakan rumah tangga aktres itu.

Tidak bernoktah di situ, baru-baru ini pelakon yang kini bergelar duta produk kecantikan lelaki ini dikatakan intim pula dengan aktres Tiz Zaqyah apabila gambarnya berpimpin tangan dengan gadis muda itu tersebar luas.

Pertemuan dengan bintang yang bakal muncul dalam teater Natrah musim kedua pada 25 November ini, Khamis lalu membuka ruang kepada Mingguan mStar untuk mendekati isi hati dan luahan aktor itu tentang dirinya, kontroversi dan karier.

Pandangan tentang semua kontroversi yang dikaitkan dengan diri Remy Ishak.

Saya tidak mahu ambil tahu dan tidak peduli dengan apa jua cerita-cerita panas yang tersebar.

Reaksi anda apabila dipalit kontroversi yang berterusan dan sejauh mana ia mengganggu fokus terhadap karier?.

Jujurnya, saya tidak lagi membaca sebarang gosip yang disiarkan sama ada di akhbar atau Internet kerana jika terlalu dirunsingkan ia hanya akan memeningkan kepala dan mengganggu kerja saya.

Bagaimana mengawal emosi apabila terbaca atau terdengar kisah kontroversi diri sendiri?

Seperti yang saya katakan, saya tidak perlu baca mana-mana cerita gosip supaya tidak pening kepala.

Jika terdengar juga cerita-cerita itu, saya lebih tenang tanganinya dan tidak mudah melenting. Kebiasaannya saya akan selidik sumber cerita tersebut dan berbincang dengan pihak pengurusan untuk selesaikan masalah.

Respons dan penerimaan keluarga tentang kontroversi yang berlaku?

Mereka lebih bersedia dan biasa saja terhadap apa jua cerita yang timbul.

Mereka tidak lagi terkejut sebagaimana ketika pelbagai kontroversi menghimpit saya awal-awal dulu. Keluarga tahu siapa saya dan kesahihan di sebalik cerita-cerita yang timbul.

Komen tentang cerita hubungan anda dengan Ummi Nazeera, Maya Karin dan terbaru Tiz Zaqyah.

Saya sudah malas untuk mengulas tentang isu tersebut kerana ia tidak berasas.Adakah kontroversi yang timbul disebabkan oleh faktor kejutan budaya selepas bergelar pelakon popular?

Itu tidak benar. Saya tidak fikir saya mengalami kejutan budaya. Saya masih menjalani hidup atas landasan yang betul, waras dan tahu menilai baik buruk serta kesan daripada sesuatu tindakan yang dilakukan.

Jika 10 atau 11 tahun lalu ketika mula-mula berhijrah ke Kuala Lumpur mungkin perkara itu boleh berlaku tetapi bukan sekarang.

Pandangan anda tentang populariti dan karier yang kian melonjak serta pelantikan sebagai duta produk kecantikan.

Alhamdulillah, berkat kerja keras kewujudan saya semakin dihargai dan mendapat perhatian daripada Dashing. Keyakinan saya untuk menerima pelawaan ini adalah kerana kami punya visi dan fokus yang sama iaitu untuk menuju ke fasa baru kehidupan dengan penuh keyakinan. Fokus saya kini adalah kepada kerja dan abaikan sebarang kontroversi yang mengganggu karier.

google: remy ishak, remy ishak seksi, remy ishak kejutan budaya

Maia Kumpul Barangan Jenama Mewah

Posted: 22 Nov 2010 01:16 AM PST


BEKAS anggota kumpulan Ratu, Maia Estianty yang juga bekas isteri kepada vokalis kumpulan Dewa, Ahmad Dhani seringkali menjadi simbol kemewahan dan ikutan remaja Indonesia.

Dia terkenal dengan mengayakan beg tangan berjenama mahal yang sukar untuk dimiliki oleh orang biasa.

Menurut Maia, dia gemar kepada koleksi jenama Hermes dan sudah memiliki empat buah beg jenama tersebut.

"Sebenarnya koleksi beg tangan saya tidak terlalu banyak. Tapi saya lebih suka jenama mewah seperti Hermes. Saya memiliki empat buah beg tangan dari jenama tersebut. Biasanya saya beli jenama tersebut di Hong Kong,".

"Biasanya beg tangan jenama mahal tersebut dibeli jika ada rezeki lebih," ujar ibu kepada tiga cahaya mata ini.

Jenama Hermes bagi pencinta fesyen bukan jenama biasa, ia adalah simbol sosial dan kemewahan dikalangan artis dunia.

Tambah Maia lagi, tabiat mengumpul koleksi beg tangan tersebut menjadikan dia lebih berusaha gigih mencari rezeki.

"Buat masa ini saya sudah memesan sebuah lagi beg bagi menambah koleksi yang ada. Kalau boleh saya mahu dari pelbagai jenis dan warna. Hobi ini juga buat saya lebih kuat mencari rezeki," katanya.

Bukan sahaja beg tangan, Maia juga mengumpul kasut tumit tinggi dari koleksi berjenama seperti Cristion Louboutin, Jimmy Choo, Louis Vuitton, DnG, dan Manolo Blahnik.

google: maia estianty, maia estianty facebook, maia estianty blog, maia estianty twitter, maia estianty myspace, maia estianty wiki, maia estianty biodata, maia estianty profile, maia estianty bio, maia estianty seksi, maia estianty hot, maia estianty bogel, buah dada maia estianty, maia estianty dan family, maia estianty dan keluarga, maia estianty bercerai,

Zizan Mahu Jadi Lebih Baik

Posted: 22 Nov 2010 01:14 AM PST


KUALA LUMPUR: Pertama kali memenangi anugerah sebagai pengacara kegemaran dalam Shout! Award 2010, yang diadakan pada malam Sabtu lalu, Zizan Raja Lawak mengakui penghargaan tersebut menjadi penanda aras bagi dirinya.

Jelas Zizan, sebagai pendatang baru dalam bidang pengacaraan masih banyak yang perlu dipelajarinya untuk menjadi lebih baik.

"Bagi orang seperti saya, sudah tercalon sahaja bagaikan sudah menang, dan bila diumumkan sebagai pemenang saya sangat terkejut. Semua nama-nama yang tercalon adalah mereka yang mempunyai nama besar.

"Bagaimanapun saya bersyukur dan menganggap anugerah ini sebagai semangat dan penanda aras bagi memajukan diri saya pada masa akan datang," katanya.

Zizan yang menewaskan pengacara popular, Aznil Nawawi, Awal Ashaari, Ally Iskandar, Daphne Iking dan Golding juga menganggap dirinya masih lagi hijau dan masih memerlukan nasihat daripada mereka yang sudah lama terlibat dalam industri ini.

Tambahnya, kemenangan tersebut tidak bermakna dia sudah boleh mnedabik dada dan meletakkan diri sebaris dengan nama-nama besar dalam bidang pengacaraan.

"Walaupun menang tidak bermakna saya sudah boleh bangga kerana sebaris dengan mereka. Saya rasa masih lagi jauh untuk jadi seperti mereka terutama Pak Nil (Aznil Nawawi).

"Saya masih memerlukan nasihat dan tunjuk ajar dari mereka yang sudah lama dalam bidang ini," katanya yang ditemui selepas majlis Shout! Award 2010, Sabtu.

Selain itu, ketika ditanya tentang harga bayaran yang akan dikenakan lebih tinggi selepas kemenangan ini, Zizan memberitahu dia tidak pernah memikirkan petkara tersebut.

"Tentang itu, saya tidak terlintas lagi untuk memikirkannya lagi. Saya belum merancang apa-apa lagi, dan saya hanya berharap rezeki selepas ini lebih murah," katanya.

google: zizan raja lawak, zizan raja lawak facebook, zizan raja lawak myspace, zizan raja lawak blog, zizan raja lawak twitter, zizan raja lawak photo, zizan raja lawak gambar, foto zizan raja lawak, zizan raja lawak terkini, zizan raja lawak terbaru, zizan raja lawak bio, zizan raja lawak wiki, zizan raja lawak biography, zizan raja lawak biodata, zizan raja lawak shout awards 2010, zizan raja lawak jozan, zizan raja lawak bercinta, zizan raja lawak putus cinta, zizan raja lawak dan awek, kekasih zizan raja lawak, buah hati zizan raja lawak, the best of zizan raja lawak

(GAMBAR)Mizz Nina DYang Nampak Serba Kuning

Posted: 21 Nov 2010 05:44 PM PST







google: mizz nina, mizz nina shout awards 2010, persembahan mizz nina shout awards 2010, video mizz nina, klip mizz nina, mizz nina kuning, mizz nina baju kuning, mizz nina fesyen, mizz nina hot, mizz nina panas, skandal mizz nina, mizz nina seksi, mizz nina pictures, mizz nina foto, mizz nina photo, mizz nina image

Nora danish dengan abang polis trafik

Posted: 21 Nov 2010 05:41 PM PST


Credit gambar: http://beautifulnara.com

Sungguh bertuah abang traffik nie. Siap boleh bergambar dan bergembira dengan nora danish yang cun melecun tuh. Tapi salah tetap salah dan saman tetap saman. Tak kira celebrity saman tetap saman. Tapi cuba tengok abang traffik tu, gembira sakan na... Jangan sampai ketua polis traffik nampak hang sudah yea.

Nora danish tetap cun melecun dan hot gitu. Gerammmm sungguh kami tengok nora danish nie

google: nora danish, nora danish kena saman, nora danish dan polis trafik, nora danish dan polis, gambar nora danish kena saman, foto nora danish dan polis trafik, abang trafik saman nora danish, terbaru nora danish, gambar lawak, nora danish seksi

Natasha: Berhenti menghina saya!

Posted: 21 Nov 2010 05:24 PM PST


KEBENARAN memang payah untuk diluahkan tetapi tidak buat sang jelitawan . Wanita ini memang lantang bersuara sekiranya terdapat mana-mana perkara yang bertentangan dengan prinsip diri. Frasa 'whatever' sentiasa menghiasi bibir mongel anak kelahiran Perak dan dijadikan perisai utama andai ada pihak menghentam pendiriannya dengan mengungkit kisah silam.

"Falsafah hidup Tasha cukup mudah. Bekerja kuat untuk kesenangan sendiri dan keluarga. Tidak perlu cium punggung atau tidur dengan sesiapa untuk mempercepatkan langkah ke hadapan,'' tingkah awal tatkala bercerita tentang pendiriannya itu.

Disebabkan kelantangan dan sikap keterbukaan itu juga, pemenang kategori Pelakon Harapan pada Festival Filem Malaysia ke-20 (FFM20) ini diduga dengan pelbagai cerita kurang manis.

Kisah kegagalan dua rumahtangganya kerap kali menduga kesabaran Natasha. Di sini dia bertarung dengan pelbagai cemuhan sementelah ada pihak yang menawar diri menjadi 'orang tengah', sibuk menguruskan perihal peribadinya.

'' Tasha bertmbah keliru apabila ada pihak mempersoalkan kehadiran Tasha dalam industri sen. Ada juga yang suruh Tasha berundur sahaja sebab tak guna industri ada insan kaki penipu macam Tasha. Apa ini?

''Kisah kontroversi lebih selesa dikaitkan dengan Tasha berbanding cerita kerjaya Tasha. Sedangkan Tasha punya bakat tersendiri yang boleh dibawa ke hadapan. Susah sangatkah nak terima Tasha ini?,'' soal wanita ini tatkala ditanya tentang kedudukannya sebagai anak seni pada hari ini.

Diakui bahawa perjalanan hidupnya sebagai anak wayang sejak enam tahun lalu penuh ranjau berduri. Tambahan apabila masyarakat sudah melabel dirinya dengan gelaran seperti ratu ciplak, ratu propa atau pembohong besar menyebabkan dia selalu tersentap.

Justeru, anak campuran Melayu dan Anglo-Australia ini merasakan apa sahaja kekhilafan yang terjadi pada masa lampau itu berlaku tatkala dia belum cukup matang lagi. Tidak mengerti apa yang dikehendaki oleh 'pasaran' orang seni ketika itu.

Tammbahan pula kehadiran Natasha secara bersendirian tanpa merujuk kepada mana-pihak pihak lebih berpengalaman dalam bidang seni mengusutkan lagi keadaan. Telahannya, perkara `hitam' itu boleh dielakkan andai ada insan yang sudi memperbetulkan langkah sumbangnya.

''Cukup menyedihkan apabila orang di luar sana bebas mengutuk macam-macam tentang Tasha. Sedangkan Tasha tidak pernah diberi peluang untuk bersuara. Tidak adil bukan?

''Geram dan rasa jelik timbul, rasa mahu berundur saja. Sebab tidak mahu mengalah, Tasha pedulikan apa orang nak kata tentang Tasha, dan biarkan Tasha hidup dalam dunia 'what ever' Tasha sendiri.

''Tasha bukan jenis yang kuat memberontak, melenting tak tentu pasal untuk memperlihatkan rasa tidak puas hati. Tasha anggap apa sahaja dugaan itu daripada Tuhan,'' bongkar rahsia hati wanita ini sedikit demi sedikit.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Grafik dan Pengiklanan dari University of Chicago dan Sarjana Lanjutan dalam Tarian, Muzik dan Lakonan dari Chicago Performing Arts School ini tekad untuk menempuh apa juga cabaran.

Pemegang watak Azrin Aziz dalam filem seram Chermin ini kini semakin bersedia untuk menempuh apa juga cabaran termasuk berdepan dengan apa juga rintangan pada masa depan.

Dihimpit cinta VVIP

Janda muda berusia 28 tahun ini kelihatan cukup tenang tatkala mengupas soal isi hatinya. Luarannya cukup bersedia tatkala persoalan tersebut dibangkit.

''Tasha bukan perempuan yang mudah meraih cinta dari sebarang lelaki. Walaupun ada insan yang menghimpit dekat, Tasha tak tergoda. Belum cukup kuat untuk menggoyahkan iman Tasha. Janjilah apa juga kemewahan, Tasha tak pandang sebab itu bukan sasaran utama.

''Tasha lebih bersikap memilih sebab Tasha tidak mahu terburu-buru. Sebab ada lelaki yang datang, pada mulanya sangat sempurna, tidak cacat cela, tetapi bertukar warna selepas mengenalinya beberapa bulan kemudian.

''Ada yang mula mengajak Tasha berkahwin dan gunakan helah yang macam-macam untuk menawan hati Tasha. Macam ada udang sebalik batu pun ada, sebab itu Tasha tak boleh ambil mudah soal kahwin kali ini,'' dedahnya satu persatu.

Strategi yang bakal dilancarkan dalam misi pencarian suami kali ini adalah mengenakan ujian secara perlahan-lahan kepada mereka. Bagaimanakah proses ujian itu berjalan? Berulang kali Natasha tidak mahu memperincikan kerana ia terlalu sulit.

Jelasnya: ''Saya belum terdesak nak berlaki sangat. Cuma kadang kala agak rimas bila orang mempersoalkan status saya ini. Buat apa saya tergesa-gesa mencari pengganti yang belum diketahui hati budinya lagi.

''Jadi lebih baik Tasha bersendirian buat sementara, fokus kepada keperluan anak, Neesa Helena yang dah masuk umur dua tahun setengah. Sebab dia adalah keutamaan Tasha sekarang ini. Tasha nak pastikan dia dapat kasih sayang secukupnya,'' katanya lagi.

Ditanya siapakah individu yang pernah mendekati heroin filem Tipu Kanan Tipu Kiri terdiri daripada orang kenamaan, wanita ini hanya tersenyum penuh makna.

Katanya, tidak semua bergelar orang terpenting pun, cuma segelintir sahaja. Dia tidak boleh dedahkan siapa kerana ia terlalu peribadi.

Saat ditanya adakah Natasha tergolong dalam kategori wanita materialistik yang gemar mengejar lelaki bergelar Datuk atau berpoket penuh sahaja, pelakon teater muzikal Ibu Zain dan Gamat ini menggelengkan kepala.

''Cukuplah Tasha dihina macam-macam bila soal kahwin dengan orang kenamaan dibangkitkan. Ini semua soal jodoh. Tasha tidak boleh cakap kahwin dengan orang kaya sahaja boleh buat Tasha bahagia sementara kahwin dengan orang biasa, buat Tasha menderita.

''Begitu juga dengan soal keserasian. Mengapa sebelum berkahwin timbul keserasian tetapi tidak terjadi selepas berkahwin. Sekali lagi Tasha cakap perkara itu di luar kawalan pasangan itu kadang kala,'' katanya jujur.

Mengupas tentang soal kesunyian selepas berpisah dengan bekas suami, Datuk Shahrin Zahari pada penghujung tahun 2009, pelakon tele filem Superwoman dan Biar Putih Tulang ini tidak menafikan perasaan itu kadang kala menjelma.

Namun, perasaan hening itu bertukar dengan keriuhan Neesa yang semakin nakal, bijak bercakap dan sering menghiasi harinya itu.

Menyentuh tentang soal nyanyian, model komesial ini dilihat rancak bercerita tentang rancangan untuk bergelar penyanyi secara rasmi selewat-lewatnya awal tahun depan.

Sekarang ini sudah tiga lagu sudah dirakam dan salah satunya lagu duet bersama kumpulan hip-hop, Phlowtron bergenre R&B dan pop.

''Tasha akan terbang semula ke Jakarta, Indonesia selepas keadaan di sana benar-benar selamat. Risau juga dengan situasi Gunung Merapi yang masih aktif itu,'' ujarnya.

Pada masa yang sama, Natasha meminta agar soal single pertamanya berjudul Hanya Tuhan Yang Tahu dikatakan mirip dengan lagu Right or Wrong yang ditulis sendiri oleh Kimberley Chuah tidak diulas semula.

Tambahnya, perkara tersebut sudah berlalu dan tidak perlu diungkit semula kerana dia sudah mendapat pengajaran 'istimewa' di sebalik kejadian tersebut.

google: natasha hudson, natasha hudson kontroversi, natasha hudson kisah, cerita natasha hudson, gosip natasha hudson, natasha hudson dan vvip, natasha hudson dan vip, gosip cinta natasha hudson, skandal natasha hudson, natasha hudson panas, natasha hudson melodi, natasha hudson dan anak, natasha hudson keluarga, cinta terbaru natasha hudson, kekasih natasha hudson terbaru, single natasha hudson, album baru natasha hudson, lagu baru natasha hudson

Itu semua fitnah - Azam Pitt

Posted: 21 Nov 2010 05:21 PM PST


MASALAH utama yang membelenggu kalangan artis lelaki di negara ini apabila memiliki paras rupa yang dikategorikan jambu. Apa lagi, mulalah golongan itu dipandang negatif dengan pelbagai gelaran serong dilemparkan.

Kalau berkawan baik dengan wanita berumur dipanggil anak ikan. Kalau rapat yang muda dikatakan kaki perempuan. Lebih teruk, kalau berkawan pula dengan kaum sejenis tak kira tua atau muda dikatakan 'songsang'.

Begitulah nasib golongan artis lelaki yang sinonim dengan wajah lembut, sedap mata memandang dan berkulit mulus. Tidak terkecuali yang mula terkena tempias ialah hero filem pendek Chukang, Azam Pitt.

Gosip mula bertiup apabila anak kelahiran Kuching, Sarawak itu dikatakan 'berpasangan' dengan seorang lelaki, yang juga seorang pelakon. Wajah pelakon lelaki itu pun apa kurangnya. Mukanya yang semanis gula itu sering kelihatan di kaca televisyen walaupun berkulit sawo matang.

Belum habis cerita 'teman tapi mesra' itu, muncul pula satu lagi gosip apabila jejaka berusia 24 tahun itu dikatakan dibela seorang lelaki berusia awal 40an dan diberikan sebuah kereta serta wang bulanan.

Saat ditanya semua gosip itu, Azam Pitt mengucap panjang namun tenang memberi penjelasan kepada wartawan ARIF NIZAM ABDULLAH. Bekas peserta program realiti, MyStar LG tahun lalu turut menjawab hubungan dinginnya dengan pengarah Chukang, Suhaimi Lua apabila dia kini sudah tidak lagi diuruskan pengarah tersebut.

google: azam pitt, azam pitt facebook, azam pitt blog, azam pitt twitter, azam pitt myspace, azam pitt seksi, azam pitt hot, azam pitt 2010, azam pitt profile, azam pitt biodata, azam pitt wiki, filem azam pitt, drama azam pitt, azam pitt skandal, azam pitt kontroversi, azam pitt dan teman lelaki, azam pitt fitnah, azam pitt gay, azam pitt pasangan, azam pitt berpelukan, azam pitt sosial, azam pitt parti,

Jue: Tabah hidup sendirian

Posted: 21 Nov 2010 05:19 PM PST


AGAK lama juga kita tidak mendengar sebarang cerita terbaru mengenai artis genit yang cukup seksi ini. Satu ketika dahulu, pemilik nama Zuliana Aziz atau lebih mesra disapa Jue Aziz ini boleh dikatakan panas dengan macam-macam gosip dan kontroversi hangat.

Lebih meriah apabila kisah cintanya berjaya diselongkar oleh pihak media. Baik ketika bersama Ako Mustapha mahupun semasa dia berkasih-kasihan dengan aktor kacak berdarah kacukan, Jehan Miskin.

Namun sekarang semuanya tinggal kenangan. Tidak ada sekelumit sesalan yang tinggal lagi memandangkan dia semakin matang.

Tambahan pula kedua-dua aktor tersebut bukan lagi merupakan insan istimewa dalam hidup aktres yang kini muncul hangat di kaca televisyen menerusi tayangan drama 26 episod Lagenda Budak Setan di samping gandingannya Farid Kamil.

Mengakui sekarang lebih senang hidup sendiri, gadis kelahiran Ampang, Selangor ini memberitahu, dia tidak suka dikaitkan dengan mana-mana lelaki buat masa ini.

Seperti mulut kebanyakan artis, Jue klise memberitahu bahawa fokus utamanya ketika ini hanyalah pada kariernya sebagai pelakon.

"Eh, saya gembira hidup solo sekarang. Ada banyak benda penting lagi yang perlu Jue fikirkan. Ish.. tak payahlah tanya pasal teman lelaki.

"Lagipun soal jodoh itu di tangan tuhan. Sekarang Jue macam dah putus asa pun ada. Sebab itu Jue lebih senang bersendiri buat masa ini dan tumpuan hanya pada dunia lakonan," katanya.

Dia yang ditemui semasa menjalankan pengambaran promosi drama bersiri Lagenda Budak Setan di saluran 105 Astro Prima mengaku hatinya ada kalanya timbul keinginan untuk kembali menghirup nikmat cinta.

Pun begitu, sebagai manusia biasa, Jue akur dengan ketentuan Tuhan selain sedar dirinya tidak perlu terburu-buru mencari cinta meski usianya bakal menginjak 28 tahun.

"Jue lebih suka ambil perkara ini sebagai satu benda yang positif. Kalau sekarang Jue masih belum dipertemukan dengan sesiapa, itu mungkin bermakna tuhan mahu memberi jodoh yang lebih baik buat Jue pada masa akan datang.

"Semua wanita mahu dipertemukan jodoh yang baik, begitu juga Jue. Kalau boleh Jue pun tak mahu lambat-lambat sangat kahwin, tapi perkahwinan juga bukanlah perkara main-main.

"Banyak perkara peru dipertimbangkan dan Jue tidak mahu terburu-buru berkahwin dan di akhirnya timbul penyesalan, tambah-tambah lagi sekarang ini kes cerai galak terpampang di dada akhbar, dah macam trend pun pula Jue tengok," ujarnya.

Malah, bagaikan seorang tukang pencari jodoh (matchmaker), kata Jue, ibunya juga sibuk memadankan dirinya dengan bermacam-macam lelaki yang rata-ratanya terdiri daripada anak kenalan sekali gus menzahirkan kebimbangan seorang ibu terhadap anaknya yang masih belum punya teman.

Bagaimanapun, apa yang diusahakan ibunya itu ibarat mencurah air ke daun keladi. Selagi dia masih belum bersedia, maka dia tidak akan membuat keputusan untuk berkahwin. Demikianlah noktah Jue.

Bukan kaki 'propa'

Sunyi daripada kontroversi ketika ini bukanlah satu jaminan buat Jue untuk terus berada dalam zon selesa.

Pernah dilabelkan sebagai artis gedik, penggoda dan playgirl, Jue kini hadir dihenyak dengan dakwaan segelintir pihak yang melabel dirinya sebagai artis kaki canang cerita atau 'propa'.

Lumrah industri hiburan, perbuatan suka mereka cerita atau 'propa' sebenarnya bukanlah satu perkara yang aneh.

Pun begitu, ketika diaju pertanyaan sama ada benarkah dia seorang kaki 'propa', Jue yang kelihatan terkejut pantas menangkisnya tanpa secalit anggukan.

"Tolonglah, bila masa pula Jue ini kaki 'propa'? Kalau betul, mesti dah banyak cerita pasal Jue keluar, Jue sendiri yang pergi cari wartawan menjaja cerita.

"Ini wartawan yang datang mencari Jue. Sampaikan pernah Jue tanya balik pada mereka, ''Nak cerita pasal apa ya?''. Itu situasi yang berlaku sebab Jue rasa tak ada topik yang hendak dikongsikan.

"Pelik juga ya macam mana boleh timbul isu ini. Kalau hendak tahu, Jue bukanlah orang yang sebagaimana didakwa.

"Hidup Jue sekarang hanya pada lakonan, selesai kerja terus balik rumah. Hendak lepak pun kadang-kadang tak ada masa.

"Jadi bila masa pula Jue hendak propa sana sini? Tak ada sebab untuk Jue buat benda macam tu," ujarnya.

Tidak menolak kemungkinan ada pihak yang kurang senang dengan karakternya yang selamba, Jue bagaimanapun tenang mengendalikan segala tohmahan sambil memohon agar dirinya tidak dinilai dari luaran.

"Jue faham, tak semua orang suka pada kita, tambah-tambah kalau kita ada sedikit kelebihan daripada mereka.

"Mungkin cara Jue ini yang menyebabkan mereka kurang senang sampai tergamak menuduh Jue yang bukan-bukan. Tapi, terus-terang Jue katakan Jue bukan orang yang begitu," katanya.

Tumpu bisnes

Jangan tak tahu, rupa-rupanya dalam diam Jue sekarang sudah bergelar usahawan.

Menjadi tulang belakang kepada pengoperasian gelanggang futsal di Sport Planet Kajang, Selangor, Jue membuktikan di mata umum bahawa dia juga berbakat dalam bidang perniagaan.

Ketika diajak berbicara mengenai karier barunya itu, gadis cantik berambut panjang ini kelihatan cukup seronok.

Kata Jue, baru sebulan dia menyertai perniagaan yang dijalankan oleh rakan kongsinya itu. Bagaimanapun, pusat futsal tersebut sudah pun beroperasi sejak dua tahun lalu.

"Alhamdulillah, Jue seronok buat bisnes ni.

Kalau ikutkan, Jue berminat hendak membuka gelanggang hoki, tetapi bila difikirkan semula, lebih baik tumpu pada sukan futsal.

"Ha... Ini juga adalah sebab kenapa Jue kata tiada masa sangat untuk melepak kosong. Jue sibuk berlakon dan mengendalikan bisnes," ujarnya.

Dalam pada itu, Jue turut mengaku enggan bergantung hanya pada satu sumber pendapatan sementelah memahami dunia hiburan tidak selamanya menjanjikan pendapatan tetap.

Buat masa ini, jelas Jue, pusat futsal yang bertempat di Bandar Teknologi Kajang itu sedang melalui proses penambahbaikan.

Ia dilakukan bagi memastikan pengguna dan pelanggannya berpuas hati dengan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan.

google: jue aziz, jue aziz kontroversi, jue aziz panas, jue aziz teman lelaki, bekas teman lelaki jue aziz, cerita jue aziz, kisah jue aziz, jue aziz perampas, skandal jue aziz, terkini jue aziz, terbaru jue aziz, jue aziz miang, jue aziz gatal, jue aziz mengada ngada, jue aziz gedik, video jue aziz, lakonan jue aziz, drama jue aziz, jue aziz interview, jue aziz temuramah, jue aziz pancaindera

Semua itu fitnah - Edry KRU

Posted: 21 Nov 2010 05:10 PM PST


LAGU Ku Ada Kamu nyanyian Adira yang terpilih pada peringkat separuh akhir kedua pertandingan Muzik Muzik 25 minggu lalu menjadi kecoh apabila ada wartawan yang mempertikaikan keaslian lagu ciptaan tersebut.

Lirik dan lagu ciptaan Edry Abdul Halim itu didakwa kononnya mempunyai sedikit persamaan dengan melodi lagu If We Hold On Together dendangan Diana Ross tidak lama dulu.

Isu itu dicetuskan seorang wartawan akhbar berbahasa Inggeris pada sidang akhbar selepas berakhirnya peringkat separuh akhir kedua Muzik Muzik 25 di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor.

Edry semasa dihubungi berasa kecewa dengan tuduhan itu dan menyifatkan ia bukan sahaja tidak berasas tetapi berniat jahat untuk menjatuhkan reputasinya sebagai komposer.

"Semua itu fitnah! Saya ada bukti mencipta lagu itu sendiri dan tidak ada kena mengena dengan menciplak mana-mana lagu. Malah score music (nota muzik) untuk membuktikan yang lagu ini tiada persamaan dengan lagu yang dimaksudkan.

"Dengan score music itu saya boleh membawanya ke mahkamah sebagai bahan bukti dan segala tuduhannya itu tidak berasas dan saya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang kerana dia telah mencemari kreativiti saya.

"Saya hairan mengapa selepas lebih tujuh bulan lagu itu dicipta dan dipopularkan oleh Adira baru sekarang pihak terbabit mempertikaikannya?" soalnya sewaktu dihubungi kelmarin.

Ku Ada Kamu merupakan lagu nyanyian Adira yang merupakan finalis pertandingan Akademi Fantasia 8 yang terpilih mara ke peringkat seterusnya dalam Muzik Muzik 25 bersama lima lagi lagu lain.

Lima lagi lagu yang terpilih pada peringkat separuh akhir kedua Muzik Muzik 25 itu ialah Drama King (Meet Uncle Hussain), Tolong Ingatkan Aku (Anna Raffali), Jahat (Stacy), Susun Silang Kata (Aizat)dan Sofea Jane (Black).

Menurut anggota KRU itu, pihak yang menuduh mengatakan lagu Ku Ada Kamu sebuah lagu ciplak sepatutnya tampil dengan bukti sebelum membuat sebarang tuduhan.

Katanya, dia berasa kesal kerana tuduhan yang dilemparkan dan disebarkan di kalangan wakil-wakil media massa lain boleh mempengaruhi kredibiliti dan peluang lagu itu untuk mara pada pertandingan tersebut.

"Ini melibatkan maruah saya sebagai komposer. Apatah lagi, selepas 18 tahun terbabit dalam bidang muzik tuduhan seperti ini menyebabkan saya berasa amat kecewa.

"Saya tidak faham mengapa wartawan terbabit menuduh saya begitu. Selama ini beratus ribu orang sudah mendengar lagu Ku Ada Kamu tetapi belum ada pun yang merungut atau mempertikaikannya," ujarnya.

Sama seperti lagu-lagu lain yang terpilih pada peringkat separuh akhir kedua dan pertama Muzik- Muzik 25, Ku Ada Kamu juga mempunyai harapan cerah untuk mara ke peringkat seterusnya iaitu Anugerah Juara Lagu 25.

Sayangnya, kata Edry, dengan tuduhan dan cerita-cerita kurang enak berhubung lagu itu, dia bimbang ia juga akan mempengaruhi penjurian untuk Ku Ada Kamu bagi meneruskan kemaraannya.

"Walau apa pun bukti yang saya akan kemukakan tetapi apabila cerita negatif dan tidak benar tentang keaslian lagu Ku Ada Kamu, ia akan menjejaskan reputasinya untuk terus bersaing.

"Kalau benar lagu itu tidak asli saya minta pihak terbabit tampil bagi mengemukakan bukti. Saya tidak faham mengapa wartawan tersebut membuat tuduhan begitu?

"Dia bukan sahaja membuat tuduhan melulu tetapi turut mempengaruhi wartawan lain dengan kenyataan seperti itu yang memang tidak berasas. Biasalah dalam bidang penciptaan lagu ia sangat subjektif.

"Takkanlah saya mencipta lagu genre pop yang penyanyi lain nyanyikan, maka saya dituduh menciplak. Sedangkan dalam lagu itu melodi dan liriknya saya cipta sendiri. Bagi saya perkara seperti itu tidak adil," jelasnya.

Sehubungan itu, tambah Edry lagi, adalah tidak adil bagi segelintir wakil media yang menjustifikasikan sesebuah lagu dan mengaitkannya dengan lagu-lagu lain daripada segi melodi.

Ini kerana, penggunaan konsep muzik seperti pop dan rock telah dijadikan medium oleh ramai komposer dalam mencipta lagu di mana kelainan melodi lagu dan lirik baru yang ditulis boleh membezakan kelainannya.

"Menciplak lagu bermaksud mengambil sedikit melodi atau mengambil idea daripada lirik lagu-lagu lain. Tetapi saya tidak lakukan perkara seperti itu dalam lagu Ku Ada Kamu.

"Kalau macam itu, adakah kumpulan Bunkface dikatakan meniru lagu kumpulan Green Day kerana mereka membawakan konsep muzik punk rock yang terlebih dahulu diketengahkan oleh Green Day? Ini satu persepsi yang salah," kata Edry.

google: ku ada kamu, lagu ku ada kamu, lirik ku ada kamu, video ku ada kamu, lyrics ku ada kamu. ciptaan ku ada kamu, ku ada kamu skandal, ku ada kamu kontroversi, edry kru ku ada kamu, adira ku ada kamu, edry ciplak lagu, ku ada kamu final muzik muzik, 

Wartawan bukan musuh Scha

Posted: 21 Nov 2010 05:00 PM PST


TIADA angin, tiada ribut, tiba-tiba nama aktres ini terpalit dengan kontroversi terbaru apabila Scha Al-Yahya didakwa telah melabelkan wartawan sebagai monyet.

Barangkali berita itu agak mengejutkan kerana selama tiga tahun dia berkecimpung dalam bidang seni, jarang sekali namanya terheret ke kancah kontroversi yang melibatkan dirinya dan pihak media.

Apakah benar dakwaan yang sudah bertebaran di alam maya itu memang keluar dari mulut Scha sendiri?

Atau mungkinkah ada pihak yang cuba menabur fitnah terhadap dirinya sekali gus mahu menjatuhkan reputasinya sebagai seorang anak seni?

Ketika diminta mengulas tentang perkara itu, Scha hanya mampu menghela nafas panjang seraya menggelengkan kepalanya.

"Ingin saya tegaskan di sini, semua dakwaan itu tidak benar sama sekali. Memang cerita-cerita karut yang tersebar itu semuanya salah faham dan telah disampaikan dengan maksud yang berbeza.

"Mana mungkin saya mahu menggali kubur saya sendiri dengan mengatakan pihak wartawan sebagai monyet. Itu memang kerja gila kalau benar saya yang mengatakannya. Saya juga bukan bodoh untuk berbuat demikian.

"Selama tiga tahun dalam bidang ini, saya langsung tidak ada masalah dengan mana-mana wartawan dan hubungan saya dengan mereka pun semuanya berjalan lancar," kata Scha dalam nada tegas.

Juara Dewi Remaja 2006 ini ditemui ketika penggambaran drama bersiri, Awan Dania musim ketiga di Seoul, Korea, baru-baru ini.

Tambah Scha, dia menyedari perkara itu selepas buah hatinya, Awal Ashaari menelefonnya dan memberitahu akan perkara itu.

Jelas Scha, semuanya berpunca daripada satu kenyataan yang dikeluarkannya menerusi Twitter yang berbunyi, "When a production is run by a bunch of monkeys, you will get peanuts."

"Saya memang mengeluarkan kenyataan itu sebagai membalas keluhan salah seorang saudara saya yang tidak puas hati dengan perjalanan syarikat tempat dia bekerja.

"Entah siapa yang salah faham dengan kenyataan itu telah menyalah tafsir sehingga ia menjadi satu perkara yang besar dan mengatakan saya melabelkan wartawan sebagai monyet pula," katanya dalam nada serius.

Anak kelahiran Sungai Petani, Kedah ini juga memberitahu, seboleh-bolehnya dia tidak mahu lagi dikaitkan dengan cerita yang kurang enak sehingga mampu menjejaskan perjalanan seninya.

Kerana itu, dia cukup sedar kebelakangan ini namanya sedikit suram daripada industri seni dan dia sendiri tidak kisah dengan senario itu.

Adalah lebih baik kata Scha, untuk dia menumpukan fokus dan perhatiannya terhadap kerja tanpa mahu sebarang kontroversi lagi mengiringi kariernya.

Bagi wanita berusia 27 tahun ini, segala kisah panas yang pernah berlaku dalam hidupnya dijadikan sebagai pengajaran dan salah satu proses dalam mematangkan dirinya.

"Apabila saya melihat nama saya semakin reda dengan kisah panas dan kurang menjadi perhatian, saya berasa sedikit lega.

"Tidaklah lagi asyik-asyik dikaitkan dengan kontroversi yang saya sendiri sudah letih untuk melayannya. Cukup-cukuplah apa yang berlaku dan semua itu telah membuka mata agar lebih berhati-hati dalam setiap langkah saya.

"Kini, saya mahu terus melangkah ke depan dengan kerjaya saya. Itu adalah lebih penting untuk saya. Nanti masyarakat dan peminat pun akan bosan dengan saya kerana bukannya cerita karier yang banyak diceritakan tetapi kisah personal," katanya yang tidak pernah menyesal dengan segala yang telah berlaku.

google: scha al yahya, scha al yahya dan wartawan, scha al yahya gaduh dengan wartawan, scha al yahya boikot wartawan, scha al yahya skandal, scha al yahya gosip, cerita scha al yahya, kisah scha al yahya, scha al yahya konflict, scha al yahya konflik, scha al yahya kontroversi, scha al yahya buka mata,, scha al yahya karier, scha al yahya personal, scha al yahya profile, scha al yahya menyesal, scha al yahya gembira

Gambar gambar sekitar shout awards 2010

Posted: 21 Nov 2010 03:27 AM PST


























google: shout awards, shout awards pictures, shout awards image, shout awards foto, gambar shout awards, foto shout awards, photo shout awards, berita shout awards, gambar candid shout awards, gambar malam shout awards 2010, gambar persembahan shout awards 2010, gambar purple carpet shout awards 2010, gambar red carpet shout awards 2010, gambar-gambar shout awards 2010, senarai pemenang shout awards 2010, shout awards 2010, shout awards 2010 winner, winner of shout awards 2010, diana danialle shout awards, liyana jasmay shout awards, jozan shout awards, julianan evans shout awards, mizz nina shout awards, video persembahan shout awards mizz nina, pengacara shout awards, yuna shout awards,