Zon Artis |
(Gossip) Kakak Dato’ Siti Nurhaliza, Saida Akan Bercerai Posted: 17 Oct 2010 08:04 PM PDT
Terkejut kami dibuatnya bila membaca artikel yang ditulis oleh wartawan Berita Harian ruangan BiPop bila rumahtangga Saida, kakak kepada Dato' Siti Nurhaliza dikatakan sudah goyah dan menanti belah. Dalam bahasa mudahnya, Saida dan suami, Mohd Ghazali Yahya Zikri akan bercerai.
Paling mengejutkan bila keretakan rumah tangga Saida dan suami ini dikatakan berpunca dari orang ketiga.
Tidak tahu samada nak percaya atau tidak gosip ni. Tapi kami harap ianya tak betul sebab kasihan kat anak-anak yang masih kecil. Jika betul sekalipun, bincanglah semasak-masaknya sebelum keputusan untuk bercerai itu dibuat sebab tiada masalah yang tiada penyelesaian. Psstt: Ini screenshot kandungan Facebook yang menghina Sultan Johor |
Sinopsis Dan Trailer Filem Cuti-Cuti Cinta Posted: 17 Oct 2010 02:40 AM PDT
Filem Cuti-Cuti Cinta arahan Ahmad Idham bakal menemui penonton di seluruh pawagam pada 20 Oktober ini dengan menampilkan Farid Kamil dan Nora Danish sebagai pelakon utama. Selain itu, pelakon lain yang turut membintangi filem Cuti-Cuti Cinta ini adalah ahli kumpulan The Fabulous Cats (Cat Farish, Adeep, Wangi & Zizie AF7), Zed Zaidi dan juga Zaibo. Filem Cuti-Cuti Cinta ini adalah sebuah filem yang berkonsepkan komedi cinta dimana ianya sarat dengan adegan komedi serta lawak sinikal yang boleh membuatkan anda terhibur. Berikut sinopsis Cuti-Cuti Cinta: Filem ini berkisarkan Eava Ealiana (lakonan Nora Danish) yang merupakan seorang pengarah di sebuah syarikat kepunyaan bapanya, Tan Sri Zaini (lakonan Zaibo). Sebagai anak tunggal kesayangan, Eava dilimpahi dengan penuh kasih sayang dan kemewahan. Apabila dewasa, Eava yang berkelulusan luar negeri bekerja di syarikat ayahnya. Eava merupakan seorang yang terlalu cerewet tentang segala-galanya, sombong dan suka membangga diri. Dia juga sering membebel jika tidak puas hati dan sangat tegas. Pekerja-pekerjanya (lakonan ahli The Fabulous Cats) lebih takutkan Eava berbanding ayahnya. Tan Sri Zaini mempunyai seorang kawan rapat, Datuk Hamzah yang mempunyai seorang anak lelaki, Remy (Zed Zaidi). Remy seorang playboy yang cuma tahu menghabiskan harta ayahnya sahaja. Remy dan Eava disatukan atas tujuan perniagaan dan niat Datuk Hamzah adalah untuk membolot harta Tan Sri Zaini. Nak tahu lebih lanjut, kenalah tonton filem ni. Hee.. Berikut trailer Cuti-Cuti Cinta yang bagi kami, boleh tahan. Senang cakap, rasa nak pergi nengok je filem ni nanti. Ayuh saksikan. Psstt: Jom layan www.zonbebas.com pulak! |
You are subscribed to email updates from Zon Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |