Adsense

Ahad, 17 Oktober 2010

Celebrity News

Celebrity News


Gambar Sexy Watie !!!?

Posted: 17 Oct 2010 11:20 AM PDT

Iskk Iskk...malas nak komen...

Apa pun...petang tadi baru je tengok kumpulan dia dulu2 menyanyi..sopan je...!!

APa kata anda ?

Shahz Jaszle & Maria Farida Bercinta??

Posted: 17 Oct 2010 11:13 AM PDT

Inilah gambar mesra antara Shahz Jaszle (hero pelakon Asmara) dan Maria Farida yang mencetuskan gossip yang mereka berdua sedang dilamun cinta. Gambar mesra ini merupakan gambar profil Blackberry Massenger Shahz Jaszle dengan Maria Farida.

Bagaimanapun Shahz Jaszle menafikan yang dia dengan Maria Farida bercinta.

"Saya dengan kak Maria tidak bercinta, saya kagumi dan hormati dia sebagai rakan atis yang banyak pengalaman. Dia banyak beri tunjuk ajar dalam lakonan saya.

"Tentang gambar itu kami sekadar suka-suka ketika di lokasi penggambaran, kami rapat kerana sering berlakon bersama iaitu dalam drama Asmara dan Bola Cinta baru-baru ini,"

"Saya tak sangka ia boleh menjadi isu, saya fikir ini hanya sekadar suka-suka. Tentu dia marah jika dapat tahu berita tidak benar ini. Saya benar-benar tidak ada apa-apa hubungan dengannya selain rakan kerja," katanya.

sumber : mStar


Flyer, Harga, Gambar Proton Inspira

Posted: 17 Oct 2010 10:53 AM PDT

Proton Inspira iaitu model terbaru keluaran proton bagi menggantikan model Waja. Sebelum ini model Proton Inspira lebih dikenali dengan nama Waja Lancer kerana model Proton Inspira di rebadge dari model Mitsubishi Lancer.

Harga Proton Inspira berdasarkan flyer di bawah adalah bermula RM79,xxx. Difahamkan, pelancaran nama Proton Inspira bakal berlangsung pada 15 Oktober 2010 iaitu besok, jumaat. Tempahan untuk model Proton Inspira juga telah dibuka. Sebab itu flyer Proton Inspira sudah mula tersebar.

Harga bermula dari RM79,888 sehingga RM95,000.




Inilah ruangan Interior Proton Inspira. Menarik bukan? Kami pernah menaiki kereta Mitsubishi Lancer EX dan ianya tidak mempunyai LCD monitor seperti dalam gambar di atas. Tentu pemilik mitsubishi tersebut sedikit kecewa. kenyit

sumber gambar dari kelab Proton Inspira -
www.inspiraclub.com

Ariel Peterpan Akan Dibebaskan

Posted: 17 Oct 2010 07:12 AM PDT

JAKARTA 16 Okt. - Bekas penyanyi kumpulan pop Peterpan, Ariel alias Nazriel Irham akan dibebaskan minggu depan selepas 120 hari ditahan di penjara polis.
Jurucakap polis kebangsaan, Marwoto Soeto berkata, penahanan Ariel secara rasminya akan tamat pada 23 Oktober ini.

"Penyiasat tidak lagi mempunyai hak untuk menahannya," kata Marwoto yang dipetik oleh Tempointeraktif.com.
Dia bagaimanapun masih lagi perlu melaporkan diri secara berkala kepada polis sehingga perbicaraan.
Ariel menjadi suspek kes video lucah bersama kekasihnya Luna Maya dan artis Cut Tari.
Skandal itu buat pertama kalinya didedahkan pada Jun lalu. - Agensi


Info : Utusan


Zoom: Semoga beliau akan insaf dan menjadikan kisah silam menjadi pengajaran.

Cerita Lawak : Kisah Cik Tina Dan Anaknya

Posted: 16 Oct 2010 07:08 PM PDT

Pada suatu pagi, Cik Tina ingin menghantar anaknya, Farid ke sekolah dengan menggunaka kereta barunya. Semasa hendak mengundurkan keretanya itu Cik Tina pun berpesan kepada anaknya :

Cik Tina : Farid, tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok beritahu ibu.

Farid: Baiklah , ibu!


Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?

Farid: Belum, belum. Undurlah lagi ibu.

Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?

Farid: Undur lagi, lagi, lagi .

Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat , bang !!

Farid: Okay ibu, dah kena pun pokok !

Cik Tina: Alamak ! Macam mana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku !

Farid: Kata ibu bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah itu !

Cerita Lawak : Kisah 3 Sekawan

Posted: 16 Oct 2010 07:05 PM PDT

3 sekawan iaitu KURA,ULAT dan KATAK.
Pada suatu hari,KURA membuat satu parti secara kecil-kecilan.Dia mengajak ULAT dan KATAK datang ke rumahnya untuk menyambut HARI MERDEKA di rumahnya.Maka,datanglah ULAT dan KATAK berpesta habis-habisan di rumah KURA.Satu jam kemudian,KURA bertanya kepada KATAK.

KURA:Hei,katak!Aku rasa ada sesuatu je yang takde lah.


KATAK:........patutlah,rokok dah habis lah!
KURA:Betul lah,apa kata kau pergi kejap beli rokok kat kedai depan tu.
KATAK:Ala....kaki aku sakit lah,dari tadi asyik melompat je.Kau suruh ulat lah pergi beli.
KURA:Bagus jugak idea kau tu.
ULAT:Aku malas lah nak pergi beli.
KURA:Ala...kau tolong lah pergi beli kejap.Kau pun nak hisap rokok jugak kan.Aku dengan katak dah bersetuju nak suruh kau pergi beli.Boleh lah.....
ULAT:Ok lah,aku pergi beli sekarang.

10 minit...30 minit...1 jam...berlalu,ULAT masih belum pulang lagi dari kedai.KURA dan KATAK berasa bimbang terhadap apa yang terjadi kepada ULAT.KURA dan KATAK kemudian keluar pergi mencari ULAT yang belum pulang lagi.Setibanya di pintu keluar,ULAT sudah pun berada di depan pintu.KURA pun berkata..

KURA:Hah,itu pun kau.Mana kau pergi dari tadi lagi belum balik?
KATAK:Hei,kau tau tak,kau buatkan kita berasa risau je.....Mulut aku dah naik kering ni.
KURA:Rokok yang aku suruh beli tu mana?
ULAT:Hek'eleh....Aku gerak pun belum lagi,tau!
KATAK:Habis,dari tadi sampai 1 jam kau buat apa?
ULAT:Kau nampak ni,dari tadi lagi aku BELUM HABIS lagi PAKAI KASUT !!!