macam macam hiburan terkini |
- Watie Elite: Saya kecewa
- Malique Di Mata Liyana Jasmay
- Shaheizy Sam Terbawa-bawa Watak Pelat Di Rumah
- Bang Bang Boom! Musim Ke-6 Masuk Kampung, Lebih Terhibur!
- Imam Muda Asyraf Tunai Haji
- Permintaan baru Sari Yanti
Posted: 16 Oct 2010 07:06 PM PDT "Tetapi lepas saya hubungi mereka, saya dimaklumkan bahawa bos mereka tidak berminat untuk mengambil saya disebabkan kontroversi itu," katanya ketika dihubungi Metro Ahad. Menurutnya, dirinya bukan seorang perempuan seperti yang dituduh perampas suami orang kerana sebagai seorang wanita dia tahu bagaimana perasaan jika ada orang lain merampas suami sendiri. "Apa istimewanya saya hingga mampu rampas suami orang, orang tidak tahu diri saya sebenarnya sensitif dan tuduhan yang dilemparkan berkaitan dengan perkara yang tidak saya lakukan sungguh mengecewakan. "Mungkin ramai yang menyamakan diri saya dengan drama lakonan sejak kebelakangan ini, ingin saya jelaskan watak itu hanyalah untuk memenuhi kerjaya sebagai pelakon tetapi hakikatnya perwatakan sebenar saya tidak sama," katanya. Mengenai hubungannya dengan Joey, ibu kepada kepada seorang anak lelaki, Ahmad Afif Danial yang kini berusia enam tahun itu mengakui dia senang berkawan dengan pelakon serta penyanyi berkenaan. Katanya, dia juga masih dalam proses mengenali Joey dan sepanjang perkenalan mereka itu, dia hanya mengetahui bahawa temannya itu bukan milik sesiapa apatah lagi sebagai suami orang. "Selepas kontroversi ini hangat diperkatakan, saya ada berhubung dengan Joey bertanyakan kenapa saya turut menjadi mangsa dalam masalah rumah tangganya dan pernah kata padanya (Joey) kalau saya yang menjadi punca kepada konflik itu adalah lebih baik dia pergi jauh," katanya. Mengulas pula tindakan isteri Joey, Noraini Nasir memfailkan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, dekat sini, kelmarin, Waite berkata dia tidak mahu masuk campur dalam perihal rumah tangga orang lain. "Baguslah kalau masalah mereka itu dapat diselesaikan cara baik, sekali gus ia dapat membersihkan nama saya yang sebelum ini dikaitkan dalam konflik rumah tangga mereka itu," katanya yang sempat merakamkan empat album iaitu Catwalk, Tamparan Wanita, Idola dan Merbahaya ketika bersama Elite. Sebelum ini, kontroversi itu mula diperkatakan apabila Watie bukan saja didakwa sebagai perampas yang menjadi punca utama keruntuhan rumah tangga Joey, malah Watie yang popular menerusi drama rantaian Gelora Di Hati Sara, Iris dan Rahsia Hati turut dikatakan menyembunyikan hubungan intimnya itu sedangkan penyanyi dan pelakon berkenaan masih belum sah bercerai. |
Posted: 16 Oct 2010 07:04 PM PDT PETALING JAYA: Aktres dan penyanyi Liyana Jasmay menyanyikan sebuah lagu rap reggae bersama-sama Aris (Colabr8) dan Malique. Bermula daripada pelawaan aktres Melissa Maureen Rizal, isteri kepada penyanyi rap, komposer dan penulis lirik Malique pada bulan puasa lalu, Liyana mencuba nyanyian lagu genre itu. Kolaborasi dengan Aris dan Malique itu sebenarnya untuk lagu yang dimuatkan dalam album Aris yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Berpeluang bertemu mata dengan Malique, insan yang dianggap kreatif dan berbakat di mata Liyana, pelakon filem Papadom itu akui teruja apabila berpeluang bekerjasama. "Saya tak pernah menyanyi rap ala-ala reggae, dan liriknya pula sangat mendalam maksudnya kerana Malique menulis apa yang dia fikirkan. "Aris kata, lirik yang saya nyanyi memang dibuat khas untuk saya, apa yang saya rasa apabila orang kutuk nyanyian saya. Saya tak pasti tajuk lagu yang diberikan kerana lagu itu merupakan lagu Aris," katanya kepada mStar Online. Malique juga sempat memberikan nasihat kepada Liyana agar tidak mudah putus asa. Yang penting, saya perlu pandai membawa diri dalam industri muzik ini agar tidak ditipu oleh pihak yang tak bertanggungjawab. "Malique seorang yang baik, tak suka dengan gosip dan lebih menumpukan kepada minat muziknya. Saya harap semua orang menghormati caranya dan lagu-lagunya," katanya yang turut mendapat bantuan Zain Ruffedge dalam industri muzik ini. Bercerita tentang perkembangan lain, penyanyi lagu Penyelamat Cinta dan Aku Tak Percaya Cinta ini membawa kenangan manis ketika menghadiri Festival Filem Australia Malaysia di Melbourne, Australia pada 2 hingga 7 Oktober lalu. Selain bertukar-tukar pandangan tentang industri perfileman dua negara ini, dia turut berpeluang menayangkan filem lakonannya berjudul Niyang Rapik di Australian Centre for the Moving Image (ACMI). Kunjungan Liyana turut disertai oleh Afdlin Shauki, Hans Isaac dan Datin Orked Ahmad, adik kepada pengarah filem terkenal Allahyarham Yasmin Ahmad. Selain Niyang Rapik, filem Setem, Rabun, 15Malaysia dan Sell Out! turut ditayangkan di sana. "Paling seronok untuk dikongsikan tentang pembahagian pawagam untuk filem perdana dan filem indie yang terdapat di sana dan tiada di Malaysia," ujarnya lagi. Dalam perkembangan lain, Liyana akan berlakon dalam teater Natrah dan berminat untuk mendalami teater muzikal pada masa akan datang. |
Shaheizy Sam Terbawa-bawa Watak Pelat Di Rumah Posted: 16 Oct 2010 07:03 PM PDT Menurut Sam, gara-gara penghayatan yang diberikan terhadap watak seperti budak-budak itu, Sam terbawa-bawa reaksi aneh iaitu bercakap secara pelat apabila dia berbual selepas tamat penggambaran. "Keadaan saya bercakap secara pelat ini mula dikesan oleh ahli keluarga dan rakan-rakan. Apabila saya berbual dengan mereka, saya akan terbawa-bawa bercakap secara pelat seperti kanak-kanak. "Perubahan ini mula berlaku sejak terlibat dalam filem ini. Saya cuba memberikan tumpuan dan penghayatan sepenuhnya untuk watak lelaki terencat akal itu sehingga tidak sedar ia memberi kesan pula kepada saya di luar lokasi penggambaran. "Bagaimanapun, ia satu pengalaman yang yang paling menarik sepanjang saya bergelar pelakon. Keadaan tersebut bukanlah sesuatu yang serius pun cuma agak pelik juga bila difikirkan," katanya yang ditemui di lokasi penggambaran filem itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Mengulas tentang cabaran dalam menggalas watak Arman, Sam berkata watak tersebut memang mencabar kemampuannya sebagai seorang pelakon. Dia bukan sahaja perlu mengawal gerak-geri dan pertuturannya seperti seorang yang terencat akal dan kebudak-budakan, malah watak itu juga menuntut Sam untuk bermain dengan ekspresi wajah dan emosi dalaman. "Saya akui watak ini memerlukan fokus saya pada segala aspek termasuk emosi, ekspresi wajah dan pergerakan tubuh. Memang bukan mudah sebenarnya sebab saya perlu sentiasa peka dengan cara bertutur dan gerak-geri seperti seorang budak-budak. "Tapi mujurlah saya mempunyai anak saudara di rumah yang berumur sekitar 9 tahun. Jadi saya banyak memerhatikan gerak-geri dan cara pertuturannya. Dari situ, saya tiru dan kembangkan lagi gaya budak-budak itu untuk menjayakan watak Arman," katanya. Diterbitkan oleh Metrowealth Pictures Sdn Bhd, filem arahan Hashim Rejab ini turut menampilkan gabungan muka baru dan lama seperti Lisa Surihani, Mia Sara Nasuha, Kartina Aziz, Bront Palarae dan Bob Lokman. Filem yang menjalani penggambaran di sekitar Lembah Kelang selama 25 hari ini dijangka menjengah pawagam pada tahun 2011. |
Bang Bang Boom! Musim Ke-6 Masuk Kampung, Lebih Terhibur! Posted: 16 Oct 2010 07:02 PM PDT PETALING JAYA: Program Bang Bang Boom! musim keenam (BBB6) memperkenalkan segmen terbaru iaitu Amekaw, temasya sukan kecil yang diadakan di kampung-kampung sekitar Semenanjung Malaysia. BBB6 selama 13 episod yang dihoskan oleh Reezman Esa atau Amat dan Ahmad Azahari Mohd Ali atau Azahari itu disiarkan di TV3 mulai 26 Oktober ini, setiap Selasa, pukul 10 malam. Selain itu, program yang mengetengahkan konsep santai dan lawak jenaka itu turut memuatkan segmen Mwahaha, Terima Kasih dan Bang dengan menjanjikan hiburan berpanjangan sepanjang segmen itu kepada penonton. Amat (kiri) dan Azahari memakai salah satu kostum khas semasa menjayakan segmen Amekaw. Amekaw merupakan pengubahsuaian daripada segmen Ada Berani dan Tak de Pasal Cari Pasal. Berbanding musim yang lepas yang hanya tertumpu di rumah-rumah peminat BBB, kali ini krew bertandang ke beberapa kampung di Bachok, Kelantan, Pahang, Kuala Kurau, Perak dan Pontian, Johor. Selain Amat dan Azhari, penyertaan daripada orang kampung dan beberapa selebriti jemputan seperti Sarah Raisuddin, Wan Sharmila, Yasmin Hani, Gambit dan Asry Azizan (Kapten Kit) turut membantu menjayakan segmen tersebut. "Menariknya, segmen Amekaw turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada orang kampung. Mereka turut sama-sama berarak dan meriuh-rendahkan segmen tersebut. Paling tidak disangka apabila kira-kira 5,000 penduduk di Pontian sanggup turun padang bagi menjayakan segmen ini. "Dengan sambutan yang diberikan, kami telah merancang untuk membuat segmen Amekaw ini dalam satu program khas untuk Amekaw sahaja pada tahun depan dan dihoskan oleh dua pengacara yang sama," kata penerbitnya, Tengku Mohd Ismail Tengku Ibrahim dalam sidang media di Sri Pentas TV3, Khamis. Antara permainan yang terdapat dalam segmen Amekaw. Rakaman untuk musim enam, tujuh dan lapan itu diadakan sejak bulan Mac lalu sehingga sekarang. Selepas lima musim bersiaran dan kini memasuki musim keenam, Ismail akui cabaran yang dihadapi dalam BBB semakin banyak. Setiap segmen menggunakan latar tempat dan masa yang berlainan. Jadi, sedikit-sebanyak ia menyukarkan tenaga produksi seperti mencari lokasi yang bersesuaian. Bagi melakukan kelainan dalam musim terbaru ini, mereka sentiasa menyerap lebih ramai para pelakon tambahan yang baru untuk membantu melancarkan segmen Mwahaha, Terima Kasih dan Bang yang lebih bersifat mengenakan orang. "Mereka yang terdiri daripada latar belakang pelakon teater ini tidak dikenali ramai dan sedikit-sebanyak membantu melancarkan perjalanan program ini. Jadi, secara tak langsung program ini mampu mendekatkan diri dengan penonton baru yang selama ini tidak mengetahui tentang BBB," katanya lagi. Sementara itu, Amat sentiasa seronok sepanjang mengikuti penggambaran dan rakaman program ini terutama di kampung-kampung. Paling digemarinya sewaktu menyediakan set dan alatan sebelum memulakan segmen Amekaw. "Ramai orang kampung yang turun padang dan sama-sama menolong kami menyediakan alatan. Jadi, secara tak langsung segmen itu telah mengeratkan hubungan kami dengan orang kampung itu serta orang kampung yang lain," ujarnya. Bagi Azahari, tenaga produksi banyak membantu dua pengacara itu mengendalikan segmen Amekaw. Selain itu, pengalaman yang ada dalam segmen Spontan dan Ada Berani sebelum ini juga sedikit-sebanyak membantu. |
Posted: 16 Oct 2010 07:01 PM PDT PETALING JAYA: Juara Imam Muda, Asyraf atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, bertolak ke Mekah untuk menunaikan haji pada Ahad, pukul 1.30 pagi di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. Menurut Asyraf, dia menunaikan haji atas tiket hadiah yang dimenanginya dalam program Imam Muda yang berakhir pada Julai lalu. "Saya pergi menunaikan haji seorang diri tanpa ditemani isteri. Saya mohon maaf andai ada kesilapan. Doakan semoga saya mendapat haji mabrur dan sihat di sana. "Saya akan kongsikan dan kemaskini segala info di Facebook Imam Muda Asyraf dan laman web www.imamudasyraf.com. Insya-Allah, saya akan pulang ke Malaysia pada 30 November ini," katanya menerusi kiriman pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online. Selain hadiah pakej menunaikan haji, dia turut mendapat pakej menunaikan umrah serta pakej percutian ke Bandung selama 4 hari 3 malam, perabot jati bernilai RM10,000 dan pakej SPA Maghribi. Imam di Masjid Desa Petaling, Kuala Lumpur itu juga menerima biasiswa pakej 'Berlian' pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi tajaan Yayasan Antarabangsa Al- Madinah berserta sebuah kereta Proton Exora. Bukan itu sahaja, Asyraf juga membawa pulang wang tunai RM20,000 dan sebuah komputer riba jenis Apple Macbook Pro, i Phone 3G, trofi dan sijil penyertaan serta kad pertauliahan daripada Jawi. |
Posted: 16 Oct 2010 06:59 PM PDT DI sebalik bundar matanya, ada kerdipan baru yang enggan pergi jauh. Seraya itu juga, kelopak senyumnya lebar menandakan tiada sekelumit resah yang ditanggung. Dia cukup bahagia, persis segala permintaan tentang hidup sudah dikabulkan Sang Pencipta. Tidak banyak juga impian tentang karier yang mahu dikejarnya. Di depannya sudah ada matlamat jitu yang sedang menanti, untuk dibelai mahupun dirapi. "Hala tuju karier saya, mestilah saya mahu terus (berada) dalam dunia seni dan ingin sampai ke satu tahap yang paling bagus. "Tetapi untuk beria-ria sangat itu, tidak. Dalam situasi ketika ini, fokus saya adalah kepada keluarga. "Keluarga sudah jadi perkara nombor satu dalam hidup," enak bibirnya melantunkan ayat tentang hidup dan masa depan. Sari Yanti, pengacara dan pelakon genit yang saya temui ini bukanlah anak remaja yang bercanda ria dalam siri televisyen Kisah Kaisara . Bukan juga seorang pelakon yang sedang galak mencelah mencari peluang atau merebut pantas setiap tawaran yang datang. Tuturnya penuh berhemah, dia bukan menyepikan diri daripada dunia lakonan. Bukan juga terlalu memilih atau hanya menetapkan banyak syarat untuk terlibat dalam produksi lain selain daripada Chopp!! yang bersiaran menerusi TV9. Barangkali, disebabkan rentetan itulah, ada bisik pernah berdesir, kononnya Sari Yanti sekarang sudah terlalu memilih, harga khidmat yang diletakkan juga tinggi, hingga ada jurang yang besar berbanding detik awal dia menceburi seni lakonan sekitar tahun 2007. "Sebenarnya, banyak juga tawaran yang datang, tapi banyak saya tolak. Sebabnya saya masih sesuaikan diri dengan fasa baru saya ketika ini. Anak saya masih kecil, jadi kalau tak berlakon pun okey," katanya optimis. TIDAK mengejar karier tetapi berhenti daripada dunia lakonan tidak pernah terlintas di benaknya. 'Harga' Penulis sogokkan si cantik 26 tahun itu dengan satu pertanyaan, tentang 'naik harga' yang ada diperkatakan. "Kalau hendak dikatakan menaikkan harga, rasanya saya macam biasa sahaja. Lagipun, macam manalah saya hendak menaikkan harga, sedangkan sudah lebih setahun saya tidak terlibat dengan mana-mana produksi, kecuali Chopp!! dan episod penyudah Kisah Kaisara, itu pun sejak akhir Oktober 2009. "Termasuklah juga telefilem Keabadian Cinta yang baru disiarkan di Astro Prima, ketika penggambaran drama itu, saya belum tahu bahawa kandungan saya sedang berusia dua minggu. Itulah drama terakhir saya," luahnya tanpa secalit kesal. Menyelongkar diari seni wajah jenama Kotex itu juga, Sari hanya boleh menetapkan November ini sebagai tarikh untuknya kembali ke lokasi penggambaran. "Saya tak berani beri nama judulnya, sebab tak pasti sama ada boleh sertai atau tidak. "Terbaru, saya baru tamat penggambaran untuk iklan Kotex. Ia belum disiarkan," katanya yang laris sebagai model iklan sebelum mula bergelar pelakon. Aksinya bersama Bront Palare untuk iklan Hotlink paling berkesan dan menjadi buah mulut sehingga dia disunting untuk berlakon dalam filem Impak Maksima arahan Ahmad Idham. Keibuan Bernikah dengan Mohd. Eddy Casmady Che Hussin pada 17 Januari 2009, Sari kini melengkapi fasa hidupnya sebagai wanita dan isteri dengan kehadiran Barr Al Aliy, yang lahir 10 Julai lalu. Bukan sesuatu yang luar biasa buat kebanyakan ibu di luar sana, tetapi peribadinya kepada Sari, syukur dan bahagia tidak tergambar untuk diluahkan. Daripada seorang yang tidak disangka-sangka akan berkahwin, dia kini sudah menimang cahaya mata sendiri. "Ramai juga yang tak sedar bila masa saya hamil dan bila masa saya bersalin. Mungkin ramai yang tak perasan sebab sepanjang mengacarakan Chopp!!, saya asyik peluk bantal. "Sampai sekarang saya masih peluk bantal dalam Chopp!!" usulnya sambil menceritakan pengalaman pertama bergelar ibu. Hampir-hampir juga dia berputus asa untuk meneruskan penyusuan badan terhadap putera sulungnya, Barr yang kini menjangkau usia tiga bulan. Jika tidak kerana dipaksa jururawat dan doktor yang merawatnya, pasti anak kecil itu sudah membesar dengan susu formula. "Syukurlah, sehingga sekarang bayi saya masih mendapat penyusuan badan sepenuhnya," ujar Sari. KETIKA hamil, beratnya mencecah 64 kilogram namun ia berjaya diturunkan sehingga 46 kilogram. Sari mahu kembali mendapatkan berat badan asalnya, 42 kilogram. Dalam banyak faktor yang harus diambil kira untuk sesuatu tawaran kerja yang diterima, Sari menetapkan lokasi sebagai syarat pertama untuk kembali aktif dengan lakonan. Jika di luar Lembah Klang, mungkin payah untuk sesuatu tawaran berkenan di hati. Agak sulit untuk dia dan anak kecilnya dipisahkan. Mengisi bicara soal wanita dan kewanitaan, ibu dan keibuan, ibu muda itu meletuskan beberapa pertimbangan yang baru melintas tiba di minda. Apa yang nyata, tamatnya tempoh berpantang 45 hari, Sari memulakan langkah dengan banyak visi yang baru. "Kini saya semakin matang. Sekarang ada kemahuan yang baru, tentang masa depan anak dan jika diberi rezeki akan ada anak yang seterusnya. "Jika sebelum bergelar ibu, saya masih boleh keluar dengan teman-teman dan membeli-belah untuk diri sendiri tetapi sekarang semuanya terfikir tentang anak. "Ke mana-mana pun harus bersama anak," riang Sari bila soal anak yang meluncur di bibir. Tidak mahu leka bercanda ria, Sari mohon pulang awal. Ada 'isyarat' sedang berdenyut, menandakan si kecil, Barr sedang menunggu untuk dahaganya reda di pangkuan ibu. |
You are subscribed to email updates from macam macam hiburan terkini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |