Adsense

Sabtu, 30 Oktober 2010

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Darling tak menyesal

Posted:

Darling tak menyesal

Darling tak menyesal

Oleh ARIF NIZAM ABDULLAH
Foto FATAH SULAIMAN
Busana KOLEKSI DARLING NGASRI
Solekan LENNY EMELDA (012-3909774)



HIDUP bergelar anak seni, jika kaki tersalah melangkah, ada harga tinggi yang perlu dibayar. Dan bergelar anak seni, semangat diri mesti kuat kerana akan berdepan pengalaman perit selain cerita suka dan duka yang datang silih berganti.

Dalam dihimpit dugaan besar yang menguji maruah diri dan keluarga, wanita ini masih kekal bertahan.

Darling atau nama sebenarnya Nasreen Ngasri langsung tidak terfikir untuk 'berkurung' atau menamatkan tugasnya dalam dunia seni selepas dikaitkan dalam satu kes penipuan.

Pelakon dan penerbit drama itu berkata, tarikh 30 September lalu bukan hari bencana buat dirinya sebaliknya hari tersebut menyimpan seribu hikmah yang mendatang.

Biarpun didenda RM15,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menggunakan dokumen palsu untuk satu urusan bisnes tiga tahun lalu, Darling tetap kuat dan bersemangat meneruskan karier macam biasa.

Kata isteri kepada Nur Azlin Rahmat, 35, melalui syarikatnya, Nasridz Pictures Sdn. Bhd, dia akan terus menerbitkan drama-drama berkualiti untuk tatapan masyarakat.

"Selepas keputusan mahkamah dijatuhkan, hidup saya semakin tenang dari hari ke hari. Segala-galanya sudah selesai. Saya lebih gembira, langsung tidak tertekan dan semangat sudah pulih.

"Tiada apa yang perlu difikirkan lagi dan saya tidak perlu kesal dengan tindakan yang dilakukan dahulu kerana saya tahu apa yang terbaik untuk diri dan keluarga.

"Apa yang penting, bagaimana menghadapi hari akan datang dan lebih berhati-hati berurusan dengan sesiapa sahaja selepas ini," katanya menjawab soalan kesan yang diterima ekoran hukuman mahkamah itu.

Hakim Jagjit Singh Bant Singh menjatuhkan hukuman tersebut selepas artis berkenaan mengaku bersalah terhadap pertuduhan alternatif yang ditawarkan pihak pendakwaan.

Mengikut pertuduhan tersebut, Nasreen didakwa dengan curangnya menggunakan dokumen cagaran berharga palsu iaitu Director's Circular Resolution Nasridz Pictures Sdn. Bhd. bertarikh 16 Ogos 2007 sebagai tulen.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di RHB Bank Berhad, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada 16 Ogos 2007.

Mengikut fakta kes, pengadu Mohamad Ridzuan Hussin, 34, telah membuat laporan polis pada 18 Mac 2008 berikutan tertuduh membuat satu dokumen resolusi yang mengandungi tandatangannya bagi membuka akaun baru syarikat.

Rezeki anugerah Tuhan

Berceloteh panjang dengan Darling, tiada raut wajah yang gusar yang tergambar. Senyuman manis di bibir tidak pernah luak.

Betul, wanita ini berjiwa besi apabila sudah melupakan episod hitam hari semalam.

Ditanya pandangan serong masyarakat mengenai dirinya yang tidak jujur, kata Darling tiada apa yang perlu dikisahkan dan ia tidak menjadi kudis kepadanya.

Tegas wanita berusia 27 tahun itu, apa yang dilalui adalah ujian Allah S.W.T dan dia perlu reda menerimanya.

"Biarpun terbit pandangan negatif di mata masyarakat, masih ramai lagi yang turut memberi sokongan kepada saya apabila mengucap tahniah kerana kes itu berakhir dengan cepat.

"Rupanya masih ada lagi yang sayang dan mengambil berat tentang diri saya," katanya yang tidak jemu menyebut perkataan syukur apabila kesnya di mahkamah sudah berlalu.

Mengulas tentang denda yang dibayar sebanyak RM15,000, anak keempat daripada enam beradik itu memberitahu jumlah wang itu sudah disediakan terlebih awal.

Biarpun mengakui ia satu jumlah yang besar, Darling percaya kepada rezeki Maha Esa yang lebih pemurah pada masa akan datang.

"Tidak mengapa, hari itu saya terpaksa keluarkan wang sebanyak RM15,000, esok-esok mana tahu Tuhan beri rezeki yang lebih berlipat ganda kepada saya dan keluarga,"luahnya penuh harapan.

Kata Darling, dia kini lebih takut apabila memikirkan hari-hari mendatang jika ditakdirkan Allah S.W.T menjadikan dirinya semakin berjaya kelak.

Sudah pasti banyak lagi cabaran yang akan diuji sekali gus membuatkan dirinya tidak terlepas berdepan pelbagai masalah.

Hamil dua bulan

Selepas setahun lebih melayari alam rumah tangga, Darling bakal bergelar ibu apabila dia kini sedang hamil anak pertama.

Biarpun malu-malu untuk bercerita tentang khabar gembira itu, dia berkata, usia kandungannya itu kini sudah mencecah dua bulan.

Darling menerima berita kehamilan itu sehari sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman pada 30 September lalu.

"Inilah yang dinamakan rezeki. Sudah tentu saya dan suami tidak sabar menantikan orang baru dalam kehidupan kami," katanya dengan wajah ceria.

Menurut Darling, sepanjang mengandung, dia tidak cerewet atau mengidam makanan yang pelik-pelik.

"Cuma kalau perut saya kosong, saya cepat rasa loya dan hendak muntah. Akhirnya, saya asyik nak makan sahaja," katanya dalam deraian ketawa sekali gus menggambarkan dirinya yang seorang peramah.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Nia Ramadhani tukar nama

Posted:

Nia Ramadhani tukar nama

Nia Ramadhani tukar nama

PELAKON drama popular Bawang Putih Bawang Merah dan Cinta Kirana, Nia Ramadhani baru-baru ini dilaporkan mahu menukar namanya.

Isteri Ardiansyah Bakrie itu memberi alasan dia mahu menukar nama sebagai satu penghormatan kepada suami dan keluarga barunya itu.

"Saya mahu menukar nama kepada Ramadania Ardiansyah Bakrie. Biar mudah menguruskan dokumen-dokumen penting, pasport dan bertukar sijil kelahiran. Lagipun, sudah sewajarnya sebagai isteri yang baik harus mengikut suaminya," katanya.

Dalam pada itu, Nia juga dikatakan sudah merancang untuk mengadakan kenduri kesyukuran sekiranya hasrat menukar nama itu diluluskan.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.