Harian Metro: Rap |
Posted: 29 Oct 2010 08:04 AM PDT KECANTIKAN dan wanita tak boleh dipisahkan. Justeru, tidak hairan terdapat segelintir wanita yang sanggup berbelanja lumayan untuk kelihatan menawan. Kalau boleh hujung rambut hingga hujung kaki dijaga sebaik mungkin demi penampilan menarik. Namun, menyedari peningkatan usia sentiasa 'memakan kecantikan diri', wanita zaman moden kini lebih cenderung membina tembok perlindungan melalui pembedahan plastik. Sama ada wanita Barat dan Asia, pembedahan plastik atau kosmetik jadi pilihan.
Apapun, kariernya sebagai model juga antara faktor mengapa wanita kelahiran Los Angeles, California, Amerika Syarikat ini harus sentiasa menjaga penampilan diri. Tidak pernah melatah apatah lagi melenting, Hye Seul membiarkan saja suara-suara sumbang menikamnya dari belakang.
Katanya, biasalah, mana ada manusia yang sempurna dan tidak pernah melakukan kesalahan. "Jadi, bagi saya yang masih waras ini, tidak perlulah melayan kata-kata orang. Jika segala tohmahan itu mampu membuatkan mereka puas dan gembira, terpulanglah. "Apa yang utama bagi saya, sudah tentu perjalanan karier dalam lakonan dan peragaan.
Dalam kajian itu, seramai 812 orang daripada 2,453 pengundi memilih Hye Seul. Berada di tangga pertama carta undian di Internet tahun lalu, tidak pernah dijangkakan oleh Hye Seul. Baginya, mungkin itu tanggapan masyarakat kepadanya dan dia menerimanya dengan positif. Tiada guna hendak marah kerana pandangan manusia berbeza.
Namun, kematian abangnya ketika mencari loket milik Kang Jin di sungai memisahkan mereka.
Bagi peminat drama Korea di negara ini, cakera video digital (DVD) Will It Snow For Christmas sudah berada di pasaran terbitan PMP Entertainment Sdn Bhd dengan harga RM99. Pastinya, kisah percintaan menyentuh perasaan ini sangat menghiburkan.
>PROFIL |
Magika dan Syamsul tak layak menang! Posted: 29 Oct 2010 07:59 AM PDT FESTIVAL Filem Malaysia ke-23 (FFM23) yang baru saja berakhir minggu lalu bertemakan Filem Malaysia Ke Persada Dunia. Kedengarannya sangat megah dan besar. Namun jika mengikut pengertian sebenarnya, filem yang sepatutnya menepati tema itu adalah filem berwajah dan beridentitikan masyarakat negara ini bukannya mengambil idea luar dan dijadikan filem kita. Filem seperti itulah sepatutnya diangkat dan diperkenalkan kepada penonton antarabangsa. Penonton di barat misalnya ingin melihat pokok kelapa dan pokok pisang, bukannya pokok Krismas yang memang ada di negara mereka. Mereka ingin melihat orang makan dengan tangan dan bukannya menggunakan sudu garfu. Mereka ingin melihat budaya dan cara hidup masyarakat kita yang tiada dalam budaya mereka. Jadi apa ertinya perkara yang sudah menjadi amalan harian mereka dipaparkan semula kepada mereka. Sudah semestinya apa yang mereka ada lebih hebat lagi. Apa yang kita buat sekarang, ambil rangka luar dan isi dengan cerita kita kemudian dibawa ke persada dunia. Apa yang sepatutnya dilakukan, tonjolkan apa yang kita ada iaitu budaya bangsa yang sangat kita banggakan untuk dipersembahkan ke peringkat dunia. Kalau kita lihat filem luar yang dibawa ke persada dunia seperti filem seram Thailand, Nang Nak arahan Nonzee Nimibut, ia mengambil cerita legenda rakyat Thai dan hasilnya bukan saja popular di Thailand, tetapi juga di luar negara, sekali gus menaikkan industri filem Thai yang begitu merosot dengan filem yang kurang berkualiti.
Keputusan itu bukan saja membuatkan Mamat kecewa sebagaimana disiarkan dalam ruangan Interaksi pada Rabu lalu, malah menjadi bualan penggiat seni tanah ais sepanjang minggu ini. Pengarah yang sering mencatat kejayaan box-office, Ahmad Idham Nazri yang turut bertanding untuk Pengarah Terbaik turut mempersoalkan keputusan dan kewajaran juri yang dilantik menghakimi semua filem yang dicalonkan dalam FFM23. Katanya, juri sendiri keliru dengan tema festival hingga tidak tahu hendak dibawa ke mana filem itu.
"Namun sebaliknya Magika hanya menang kategori kecil. Kalau tanya pada saya, dua filem saja yang layak dijadikan Filem Terbaik iaitu Estet dan Wuhoo. Ia adalah filem orang kita yang asli. Ia adalah filem Melayu dan filem seperti inilah sepatutnya dipertontonkan ke persada dunia. "Bukannya ciplak filem mereka kerana mereka sudah ada terlalu banyak cerita macam itu.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |