Adsense

Sabtu, 23 Oktober 2010

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Sinopsis Filem Cuti Cuti Cinta

Posted: 23 Oct 2010 10:27 PM PDT

Eava Ealiana merupakan seorang pengarah disebuah syarikat kepunyaan bapanya, Tan Sri Zaini. Sebagai anak tunggal kesayangan, Eava dilimpahi dengan penuh kasih sayang dan kemewahan.

Apabila dewasa, Eava yang berkelulusan luar negeri bekerja di syarikat ayahnya. Eava merupakan seorang yang terlalu cerewet tentang segala-galanya, sombong dan suka membangga diri. Sering membebel jika tidak puas hati dan sangat tegas.

Pekerja-pekerjanya lebih takutkan Eava berbandibng ayahnya. Tan Sri Zaini mempunyai seorang kawan rapat, Datuk Hamzah yang mempunyai seorang anak lelaki, Remy. Remy seorang playboy yang cuma tahu menghabiskan harta ayahnya sahaja. Remy dan Eava disatukan atas tujuan perniagaan dan niat Datuk Hamzah membolot harta Tan Sri Zaini.

Suatu hari Eava terserempak dengan Remy yang sedang bermesra bersama seorang wanita. Eava marah, lalu menumbuk Remy dan terus berlalu. Kecewa dengan tindakan Remy, Eava memandu keretanya tanpa tujuan lain, hanya semata-mata ingin melarikan diri daripada Remy dan masalah yang dihadapinya. Dia terus memandu sehingga sampai di sebuah hotel di tepi pantai.

Setelah membuat tempahan, Eava masuk ke bilik tetapi tidak berpuas hati dengan keadaan bilik hotel itu. Dia memanggil pengurus hotel itu, En. mahmod dan memberi komen terhadap berberapa perkara. En. Mahmood mengarahkan pekerjanya, Fausrina dan Maliqurrahman melakukan perkara-perkara yang di komen oleh Eava.

Walaupun sudah dibetulkan, Eava masih tidak berpuas hati dan terus memberi komen. En. Mahmood yang tidak tahan dengan bebelan Eava turun ke kaunter. Omar Rudy seoarang lagi pekerja yang menawarkan dirinya untuk memuaskan hati Eava. Eava menyuruh Omar Rudy membuat apa sahaja mengikut suaka hatinya dan Omar hanaya membuat tanpa membantah. Akhirnya Eava berpuas hati dengan biliknya itu.

Esoknya, Eavamemandu keretanya mengelilingi kawasan hotel. Eava sampai di sebuah kampung nelayan dan ternampak Omar rudy, Fausrina, Maliq dan Kris Dayana di dalam bot sedang besiap-siap sedang bersiap-siap untuk pergi ke laut.

Eava bertanya apa yang mereka buat dan mereka hanya memberitahu Eava mereka tinggal di kampung dan menjadi nelayan membantu bapanya selain dari bekerja di hotel tersebut. Eava seperti menyindir Omar Rudy dengan mengatakan mereka terpaksa melakikukan dua kerja untuk mencari makan. Eava juga memperkecilkan kerja nelayang kerana menurut Eava, kerja nelayan adalah satu kerja yang mudah kerana tidak perlu berfikir jika dibandingkan dengan kerjanya sebagai pengarah syarikat.

Omar Rudy mencabar Eava mengikutnya pergi ke laut menangkap ikan. Eava bersetuju. Maka mereka pun pergi ke laut untuk menangkap ikan dan Eava mengalami berbagai-bagai kesukaran dan berlaku berbagai-bagai perkara lucu. Sejak hari itu, banyak lagi kejadian yang berlaku akibat pertentangan gaya hidup dan pemikiran dua golongan ini. Eava masih lagi dengan sikap berkeras hati dan sentiasa mencari jalan mengenakan Omar Rudy dan kawan-kawanya.

Suatu hari Eava memberitahu En. Mahmood yang dia perlukan seorang untuk mengiringinya semasa berada di hotel itu. En. Mahmood bersetuju. Eava mahukan Omar Rudy menjadi pengiringnya. Ini menimbulkan kemarahan kawan-kawannya. Fausrina mula sedar yang Omar Rudy seperti sukakan Eava walaupun Omar tidak menyatakannya.

Fausrina dalam diam sukakan Omar Rudy tetapi kerana persahabatan mereka yang akrab dia menyembunyikan perasaannya. Fausrina mula cemburukan Omar Rudy dan Eava. En. Mahmood menyedari perubahan Fausrina itu lalu menyuruh Fausrina memberitahu tentang isi hatinya tetapi dia tidak mahu. Dalam masa yang sama En. Mahmood sukakan Kris Dayana tetapi malu untuk menyatakannya.

Sementara itu di Kuala Lumpur, ibu bapa Eava dan Remy sibuk mencari Eava. Setelah mereka mengetahui dimana Eava berada. Mereka segera pergi ke hotel tersebut. Tiba di hotel tersebut, En. Mahmood memberitah mereka, Eava dan Omar Rudy pergi ke lautdan jika mereka ingin mengetahui lebih lanjut, mereka harus berjumpa ibu bapa Omar Rudy.

Mereka pergi ke kampung nelayan dan berjumpa dengan ibu bapa Omar Rudy . Eava dan Omar Rudy berjalan-jalan mengelilingi pulau-pulau yang ada di sekitar itu dengan menaiki bot. Tiba-tiba di tengah laut, bot mereka rosak.

Oleh kerana cuaca tidak elok dan angin yang kuat, tiba-tiba bot mereka dipukul ombak yang kuat, rosak dan terdampar di sebuah pulau yang tiada orang. Omar Rudy hubungi Kris tetapi Kris memberitahu bantuan hanya akan sampai esok kerana cuaca tidak elok. Jadi mereka hanya menunggu sampai hari esok.remy bertambah geram dan mula menyalahkan semua orang dab Tan Sri Zaini dan Puan Sri malu dengan sikap Remy.

Di pulau itu, mulut Eava hanya membebel menyalahkan Omar Rudy tetapi Omar tetap bersabar. Omar Rudy mula mencari makanan, membuat tempat untuk mereka berteduh tetapi Eava tetap membebel kerana terpaksa makan dan bermalam di situ. Apa yang Eava pelik mengenai sikap Omar Rudy yang tenang. Dapatkah Omar Rudy melembutkan hati Eava Eliana, dan dapatkah Fausrina, Kris Dayana dam Maliqqurahman menerima Eava? Kesudahannya terjawab di dalam Cuti-cuti Cinta…

Prebiu Cuti Cuti Cinta

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Sekitar Prebiu FIlem Cuti Cuti Cinta
  • Kisah Budak KL Masuk Kampung
  • Sinopsis Filem Cinta Yang Satu
  • Kong : Return To The Jungle Dragon Metal Ages Kiddo The Super Truck di RTM
  • Movie Day Out Bersama Pembaca Sensasi Selebriti Filem Syurga Cinta
  • Rancangan Khas Sempena Cuti Sekolah Jaguh Lasak
  • Poster filem Cintaku Forever & Cinta Nan Satu Sama?
  • CD KET CARI DUIT POKET LAKONAN NOOR ZAM ZAM ZAKARIA, DAYANG NAZ
  • Dr. Rozmey Dakwa Skim Wajib Tayang Tak Memajukan Industri Filem?
  • Filem Madagascar Dan Ice Age Meltdown Di TV2
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Pertandingan Akhir Bintang Kecil Kebangsaan 2010

    Posted: 23 Oct 2010 08:43 PM PDT

    SEMBILAN PESERTA REBUT GELARAN JUARA PERTANDINGAN AKHIR BINTANG KECIL KEBANGSAAN 2010

    Sejak mula diperkenalkan pada tahun 1986, Pertandingan Bintang Kecil yang menjadi platform dikalangan kanak-kanak untuk mengasah bakat dalam bidang seni suara sememangnya mendapat sambutan yang menggalakkan.

    Buktinya pertandingan yang mula diadakan diperingkat kebangsaan pada tahun 1998 dan tahun ini adalah tahun ke-13 pertandingan ini diadakan di peringkat tersebut menyaksikan persaingan hebat bakat suara sembilan orang peserta bertanding merebut peluang bergelar juara Pertandingan Akhir Bintang Kecil Kebangsaan 2010 pada 30 Oktober 2010 (Sabtu), jam 3.30 petang yang diadakan bertempat Auditorium P. Ramlee RTM Kuching dan dipancar secara langsung menerusi TV1.

    Namun sesuatu yang harus dibanggakan apabila pertandingan menggilap bakat-bakat nyanyian kanak-kanak berbilang kaum di seluruh negara ini turut menarik penyertaan dari Negara Brunei Darussalam dan tahun ini merupakan tahun ke 5 penyertaan mereka. Apatahlagi jalinan kerjasama yang sedia ada ini diharap akan dapat diperkukuhkan lagi khususnya dalam bidang penyiaran disamping meningkatkan martabat pertandingan ini di Nusantara.

    Pertandingan yang terbuka kepada kanak-kanak warga Negara Malaysia berusaia 7 hingga 11 tahun ini mampu untuk memupuk sikap keyakinan diri kanak-kanak, semangat perpaduan berbilang kaum sejak dari peringkat kanak-kanak, mengekalkan budaya kebangsaan melalui nyanyian dalam Bahasa Kebangsaan selain melahirkan semangat integrasi nasional dan nusantara diperingkat kanak-kanak melalui pertandingan nyanyian.

    Pertandingan Akhir Bintang Kecil Peringkat Kebangsaan 2010 menyenaraikan sembilan orang finalis kesemuanya bertanding merebut gelaran juara. Zon Sarawak diwakili oleh dua peserta, Sharifah Nurhafifa Wan Aziz dan Fatin Nurfatihah Drahman manakala Zon Sabah pula adalah Nuhaa Aneesa Nazri Wong dan Presley Petrus. Zon Timur (Terengganu) disertai oleh Nur Adlina Batrisyia Zuraimi, Zon Tengah (Negeri Sembilan) pula Norazleen Mohamad Puzi, Zon Selatan (Melaka) adalah Nabihah Idrus dan Zon Utara (Perak) diwakili Nurshahira Razali. Satu-satunya peserta dari Brunei Darussalam yang berkongsi pentas akhir dengan peserta lain iaitu Nur Atikah Nabilah Thanie Mohd Farid Shafiq.

    Lagu-lagu yang bakal dipersembahkan peserta perempuan iaitu Sharifah Nurhafifa Wan Aziz (Awan Yang Terpilu), Fatin Nurfatihah Drahman (Gemilang), Nuhaa Aneesa Nazri Wong (Terlalu Istimewa), Nur Adlina Batrisyia Zuraimi (Merawat Luka Yang Terpendam), Norazleen Mohamad Puzi (Seindah Biasa), Nabihah Idrus (Erti Hidup), Nurshahira Razali (Zapin Yang Tinggal) dan Nur Atikah Nabilah Thanie Mohd Farid Shafiq (Persis Mutiara). Sementara itu satu-satunya peserta lelaki, Presley Petrus mempertandingkan lagu Hanya di Mercu.

    Persembahan sembilan peserta berbakat ini bakal dinilai oleh hakim yang masing-masing terdiri daripada seorang dari Angkasapuri, Sabah, P.Pinang, Johor dan Sarawak.

    Menampilkan konsep drama dan lagu pada persembahan pemukaan dan lagu, peserta bebas menampilkan rentak persembahan mengikut gaya kreativiti masing-masing. Malah markah akan diberi untuk persembahan terbaik.

    Penganjuran pertandingan ini dapat menyemarakkan lagi semangat setiap individu dan menjadi pentas pertama kepada pencinta seni dalam kalangan kanak-kanak untuk menyesuaikan diri dalam industri hiburan disamping memupuk sikap keyakinan diri agar terus cemerlang di masa akan datang.

    Secara tidak langsung, pertandingan ini mampu menjadi saluran bagi pembangunan modal insan dalam melahirkan pelapis yang berketerampilan, mempunyai keperibadian tinggi, penampilan yang positif dan kreatif khususnya bagi pembangunan industri hiburan tanah air.

    Terdahulu peserta melepasi peringkat zon yang telah di adakan termasuklah Zon Sabah (7 Ogos 2010), Zon Utara – P.Pinang/Kedah/Perlis/Perak (25 Julai 2010), Zon Sarawak (12 Jun 2010), Zon Selatan – Johor/Melaka (7 Ogos 2010), Zon Tengah – N. Sembilan/Selangor/KL (10 Julai 2010) dan Zon Timur- Pahang/Terengganu/Kelantan (24 Julai 2010) lalu.

    Pemenang peringkat akhir bakal membawa pulang hadiah dimana Johan menerima RM 4,000.00, Naib Johan (RM 3,000.00) dan Tempat Ketiga (RM 2,000.00) yang masing-masing beserta piala dan sijil penyertaan. Manakala Hadiah Sagu hati RM 1,000.00 turut diberikan kepada setiap seorang. Malah Persembahan Terbaik dijanjikan RM 750.00 beserta piala dan sijil penyertaan.

    FATIN NURFATIHAH BINTI DRAHMAN

    NUHAA ANEESA NAZRI WONG

    NORAZLEEN BINTI MOHAMAD PUZI

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Khai dan Rosma di Pertandingan Bintang Kecil 2008
  • Pertandingan Akhir Bintang Kecil RTM 2009
  • PERTANDINGAN AKHIR DIKIR BARAT KEBANGSAAN 2008
  • PERTANDINGAN AKHIR BINTANG IRAMA MALAYSIA 2008
  • Pertandingan Akhir Bintang RTM di Stadium Negara
  • SRI GEDOMBAK vs TITIH PUSAKA di PERTANDINGAN AKHIR DIKIR BARAT 2010
  • Peserta Wanita Kuasai Bintang Ai-Minnal 1Malaysia
  • Malam Kemuncak GAH 1 di Sunway Lagoon 30 Mei Ini
  • Mazuan Juara Pertandingan Akhir Juara Asyik 2009
  • Siapa Juara Bintang Ai-Minnal 1Malaysia
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.