Harian Metro: Rap |
Posted: 22 Oct 2010 07:14 AM PDT TUKAR IMEJ... Farah tidak mahu kontroversi lagi. PENAMPILANNYA sebelum ini dilabel seksi hingga membuatkan dirinya serba salah dan akhirnya mengubah imej lebih sopan dengan berbaju kurung, berjubah mahupun baju labuh yang menutup bentuk tubuhnya. Sejak awal tahun lalu, penyanyi Farah Asyikin Zulkifli, 31, mengakui selesa dengan penampilan itu dan tidak patah semangat walaupun imej begitu lebih dulu dilabel dengan Ana Rafali. Nyata bukan mudah laluan yang ditempuh janda muda ini untuk merealisasikan niat baiknya itu. Ada saja pihak yang memandang sinis penampilannya. Pernah berlaku dalam satu persembahan di Kuantan, Pahang, dirinya tidak dibenarkan naik pentas dengan penampilan berbaju kurung kerana dikatakan tidak sesuai.
Apabila ditanya perkara itu, Farah mengakui kurang selesa dengan pakaian itu kerana belahan pada dada agak luas. Katanya, pakaian itu memang cantik, tetapi dia kurang selesa kerana mendedahkan dada. Kalau silap gaya, boleh memalukan dirinya dan cuba menutupnya dengan tangan. "Saya mahu memakai kerongsang dan meminta izin dengan perekanya, tetapi mereka keberatan kerana tidak mahu merosakkan rekaan baju ini.
"Walaupun kurang selesa, saya tiada pilihan kerana tidak membawa baju sendiri kerana penganjur sediakan pakaian untuk digayakan sesuai dengan aksesori tajaan Rafflesia. "Saya berharap tiada masalah untuk kemunculan saya di malam kemuncak FFM23 nanti (Ahad) apabila menyampaikan lagu ERT daripada filem Pisau Cukur," katanya. Penyanyi yang popular dengan lagu Hello dan Kembali Di Sisimu berharap keputusannya untuk tampil lebih sopan dihormati kerana tidak mahu lagi dilanda kontroversi membabitkan pakaian sebagaimana sebelum ini. Pintanya, janganlah pandang sinis wanita berbaju kurung.
Bagaimanapun, apabila dilihat di skrin televisyen, tetap seksi seolah-olah mendedahkan pahanya. Begitu juga cerita peribadi bermula dengan perkahwinannya dengan Fariz Yahya pada 12 Mei 2007 kemudian bercerai. Dua cerita ini diakui menjejaskan kerjaya seninya sejak menyertai program realiti Malaysian Idol pada 2005 kemudian One In A Million musim kedua (2006) hingga dia nekad melakukan sesuatu untuk mengubahnya.
"Apabila tengok kembali gambar sendiri dengan keadaan begitu, timbul rasa malu hingga saya berfikir bagaimana untuk mengatasi situasi itu. "Selepas bercerai, saya juga berharap kisah peribadi tidak lagi menjadi bahan berita. Tapi apabila saya bertunang secara senyap, media dapat tahu juga dan terbaru, saya putus tunang juga dapat dihidu media.
Kisah putus tunang
Bagaimanapun, awal Julai, Farah membuat keputusan mengejutkan dengan memutuskan pertunangan dengan jejaka asal Singapura dan menjadi jurutera muzik di Macau itu.
"Mereka terus memberi semangat kepada saya. Apa yang lebih bagi mereka ialah mahu saya gembira," katanya.
"Bagi saya semua ini kerja Tuhan dan serahkan kepada-Nya soal jodoh. Saya juga reda dengan apa yang berlaku dan mungkin ada hikmah di sebaliknya," katanya.
Setahun berbuat demikian, lelaki itu memulakan langkah menghantar pesanan di ruang pesanan. Dari situ, hubungan mereka makin serius sehingga membawa kepada pertemuan. Mereka bertentang mata buat kali pertama di Kuala Lumpur, apabila si jejaka sanggup terbang dari Macau ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengannya sehingga berjaya menambat hatinya. Enggan bercerita lanjut mengenai punca putus tunang kerana disifatkan agak peribadi, Farah mengakui bersyukur berbuat demikian sebelum mereka berkahwin. Baginya, tidak guna meneruskan hubungan itu kerana kelak berhadapan masalah. "Apabila menjalin hubungan dengannya, pelbagai dugaan saya lalui. Bagaimanapun, saya cuba mencari jawapan dari cerita yang saya dengar kerana ingin tahu dan akhirnya saya menemui jawapan untuk segala teka-teki itu. Akhirnya saya membuat keputusan nekad untuk berpisah kerana rasa itu jalan terbaik buat saya," katanya.
Sebelum ini Farah menghasilkan single Ada Kamu dan juga Penjagaku yang diharapkan untuk pasaran Ramadan tetapi tidak diputarkan di radio.
>PROFIL |
Posted: 22 Oct 2010 07:10 AM PDT MEMETIK luahan pengkritik filem berpengalaman, A Wahab Hamzah ketika berdiskusi pada majlis Apresiasi Filem Tempatan - Filem Magika yang diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di Hulu Klang, kelmarin, karya seni tiada yang sempurna dan sebab itulah kita perlu terus mencuba bagi menghasilkan filem terbaik. Bukan saja penggiat seni sukar untuk menemui kepuasan peribadi, malah mereka juga payah untuk memuaskan hati penonton. Ada saja yang tidak kena dan sempurna di mata mereka.
Mustahil untuk menceritakan setiap watak legenda yang divisualkan dalam filem itu satu persatu dengan terperinci.
Tetapi kita juga boleh kaitkan dengan minat membaca di kalangan masyarakat kita yang masih belum berada pada tahap membanggakan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |