borak kosong |
- Janda paling 'laku' di Mauritania
- Di pecat kerana botakkan kepala untuk majlis amal
- Di kurung dan tubuh dipakukan ke papan
- Budak masukkan kucing kedalam tandas dan mengepamnya
- Berpisah dan bergaduh akhirnya di tepi jalan
- Jangan buat kerja bodoh macam perempuan ni
- Uniknya kenderaan penghantar pizza
- Aksi pengemis cilik
- Kerana skirt pendek jadi jutawan muda
- Penemuan yang memudahkan kita
- Cara paling mudah nak tekan Ctrl,Alt dan Delete
- Lukisan daripada paku
- Ritual campak bayi di India
- Cara baru jual ketam (crabs vending machine)
- Bagaimana kalau mereka ni ambil alih tugas mekanik ?
- Pantang larang bakal pengantin
Janda paling 'laku' di Mauritania Posted: 23 Oct 2010 09:13 PM PDT Definisi cantik di Mauritania mungkin yang paling unik.Perempuan cantik di Mauritania ialah perempuan gemuk dengan tubuh berisi dan dengan pergelangan kaki yang besar. Perempuan kurus dan langsing tidak laku di Mauritania . Begitu seorang anak perempuan yang meningkat remaja,ibunya mula memanjakannya dengan berbagai makanan enak supaya si gadis kecil tumbuh menjadi perempuan yang berbadan subur. Anak-anak perempuan dipaksa untuk banyak minum susu unta. Kalau si anak muntah, si ibu akan segera menyuruh anaknya untuk makan lagi. Untuk cepat gemuk mereka memakan pil-pil terutama pil yang digunakan untuk mengemukkan unta Menurut perempuan Mauritania, mereka akan melakukan apa saja untuk menggemukkan badan mereka, kerana pemuda Mauritania hanya tertarik pada perempuan gemuk . Meski budaya perempuan berbadan subur adalah cantik masih tetap berlaku sampai sekarang, ternyata tidak semua perempuan Mauritania senang dengan ukuran tubuhnya, terutama mereka yang sudah pernah tinggal di luar negera. Namun, ketika mereka kembali ke tanah airnya, sangat susah untuk melakukan diet, kerana makanan Mauritania yang memang kaya minyak dan serba manis. Pemuda Mauritania pula tidak boleh gemuk, kerana pemuda yang kurus sangat di minati kaum wanita di sana.Ada lagi yang unik di Mauritania, ketika seorang perempuan menjadi janda, keluarganya akan mengadakan pesta besar-besaran kerana dengan menjadi janda bererti seorang perempuan itu akan menjadi pilihan dan yang paling diingini oleh pemuda-pemuda di sana.Yang paling 'laku' sekali. |
Di pecat kerana botakkan kepala untuk majlis amal Posted: 23 Oct 2010 08:32 PM PDT Stacey Fearnall, 36 tahun yang kematian bapanya akibat kanser telah mencukur rambutnya untuk satu kerja amal tetapi apabila dia pergi bekerja di restoran Nathaniel's tempat dia bekerja sebagai pelayan,dia telah di pecat.Menurut ibu kepada dua anak,pengurusnya telah menyuruh dia pulang setelah dia memakai rambut palsu. Tuan punya restoran dan juga tukang masak Dan Hilliard mempertahankan tindakannya itu kerana restoran itu mengamalkan standard yang telah ditetapkan.Semua pekerja wanita dilarang memakai anting-anting dan pekerja wanita mesti mengikut potongan dan ukuran rambut yang telah ditetapkan.Dalam majlis amal itu Stacey telah berjaya mengumpul sebanyak $2,700.(link) |
Di kurung dan tubuh dipakukan ke papan Posted: 23 Oct 2010 07:17 PM PDT Seorang perempuan muda dikurung selama bertahun-tahun sebagai budak seks oleh pasangan suami isteri di Missouri. Dia dikunci dalam sangkar dan sebahagain tubuhnya dipakukan ke papan.Hakim Beth Phillips, menyatakan ini kes yang ngeri yang pernah diadilinya di wilayah itu. Perempuan itu dikurung dan di perlakukan begitu sejak berusia 16 tahun oleh Ed Bagley (43) dan istrinya, Marilyn. Dia hidup di rumah yang dibuat daripada trailer supaya boleh dibawa kemana-mana oleh Bagley-Marylin.Kes itu akhirnya terbongkar pada awal 2009 setelah si perempuan muda, kini 23 tahun. Apabila kejadian ini disiasat secara teliti makin banyak kejadian yang tak disangka terjadi diantaranya lain seperti kekerasan seks, bergambar untuk sebuah majalah porno dan pekerjaannya sebagai penari bogel di kelab malam. Ed Bagley, menghadapi 11 tuduhan, termasuk konspirasi perdagangan seks, pencurian dan kekerasan. Ada empat lelaki lain yang juga dituduh bersubahat. Surat dakwaan setebal 21 halaman dilengkapi gambar menunjukkan, alat-alat seksual seperti dari zaman pertengahan digunakan pada perempuan muda itu dalam rumah bergerak Bagley. Marilyn, isteri Bagley, mengaku mengenali perempuan itu kerana dia teman wanita anak lelakinya. Hubungan itu berakhir, tetapi si perempuan ingin hidup dengan keluarga Bagley-Marilyn dengan alasan hubungannya dengan keluarga angkatnya buruk. Marilyn juga mengatakan, perempuan itu bersama dengan keluarganya ketika berusa 17 tahun, bukan 16 tahun, dan tidak pernah berhubungan seks dengan suaminya hingga setelah berusia 18 tahun.(link) |
Budak masukkan kucing kedalam tandas dan mengepamnya Posted: 23 Oct 2010 06:33 PM PDT Seekor anak kucing berusia dua hari di Australia diselamatkan lapan anggota bomba dalam operasi selama empat jam selepas pemiliknya, seorang budak perempuan memasukkan haiwan itu ke dalam tandas dan mengepamnya.Alannah Merleto, 3, gemar mengepam barang-barang ke dalam tandas. Ibunya, Ammie bimbang nasib buruk menimpa anak kucing yang diberi nama Cain itu, selepas menanyakan kepada anaknya di mana haiwan tersebut berada dan Alannah menunjukkan ke dalam tandas.Mereka kemudian mendengar Cain mengiau dari dalam saluran paip tandas di bawah rumah. Ibunya yang dalam keadaan cemas lalu menghubungi bomba.Pasukan bomba terpaksa meleraikan tandas itu dan memecahkan konkrit sebelum sampai ke saluran tandas di mana Cain terperangkap, seterusnya mengeluarkan anak kucing itu.-kosmo online BK-NASIB BAIK ADA IBU YANG PRIHATIN TERHADAP BINATANG KALAU TIDAK MATI SIA-SIA JE KUCING TU....... |
Berpisah dan bergaduh akhirnya di tepi jalan Posted: 23 Oct 2010 05:00 PM PDT |
Jangan buat kerja bodoh macam perempuan ni Posted: 23 Oct 2010 12:00 PM PDT |
Uniknya kenderaan penghantar pizza Posted: 23 Oct 2010 11:01 AM PDT |
Posted: 23 Oct 2010 10:00 AM PDT |
Kerana skirt pendek jadi jutawan muda Posted: 23 Oct 2010 09:35 AM PDT Sebuah universiti di Brazil diperintahkan untuk membayar ganti rugi kepada seorang mahasiswi yang dikeluarkan kerana mengikuti kuliah dengan mengenakan baju yang dianggap terlalu pendek oleh pihak universiti. Namun, Geisy Arruda kemudian dibolehkan belajar kembali di Universiti Bandeirante di Sao Paolo itu setelah masyarakat marah atas keputusan itu. Kes ini menjadai perdebatan di Brazil mengenai kebebasan individu dan moral orang awam. Hakim yang memutuskan kes ini mengatakan wang ganti rugi itu cukup untuk mengganti kerugian yang dideritai Arruda . Universiti Bandeirante tempat Arruda belajar merupakan universit swasta di pinggir kota Sao Paolo. Geisy Arruda, 21 tahun, mendapat cemuhan dan hinaan dari mahasiswa lain bulan Oktober lalu ketika dia mengenakan baju berwarna merah yang sangat pendek ke ruang kuliah. Universiti kemudian mengeluarkannya dengan alasan dianggap mengganggu ketenangan di kelas kerana "tidak menghormati prinsip etika, martabat akademik dan moral". Tetapi pihak universiti kemudian mengubah keputusan itu kerana kes ini menimbulkan kemarahan masyarakat dan tekanan dari kementerian pendidikan, yang menuduh universiti bersikap "sama sekali tidak toleran dan mendiskriminasi". Arruda mengatakan saat itu dia merasa malu kerana dikeluarkan dari sekolah. Kes ini membuat dia menjadi seorang selebriti di Brazil. Dalam persidangan akhbar pihak universiti mengatakan Arruda dengan sengaja menimbulkan kontroversi agar dia menjadi terkenal. |
Posted: 23 Oct 2010 07:00 AM PDT Ada 3 penemuan yang memudahkan kita untuk makan dan membaca suratkhabar... Chopstick berkipas tak payah nak tiup guna mulut.... Pemotong pizza tak payah gunakan pisau... Tempat baca suratkhabar di toilet lebih konsentrasi membaca.. tapi diingatkan jangan lama sangat membaca orang lain pun nak guna toilet jugak!!! |
Cara paling mudah nak tekan Ctrl,Alt dan Delete Posted: 23 Oct 2010 06:16 AM PDT |
Posted: 23 Oct 2010 04:00 AM PDT |
Posted: 23 Oct 2010 03:00 AM PDT |
Cara baru jual ketam (crabs vending machine) Posted: 23 Oct 2010 01:56 AM PDT Jual ketam dengn cara baru.. ala-ala jual minuman dalam tin.. Suhu nya dijaga dan hanya ketam hidup yang dijual....Kalau ada ketam yang mati ditemui... mereka akan digantikan dengan 3 ekor ketam hidup.... |
Bagaimana kalau mereka ni ambil alih tugas mekanik ? Posted: 22 Oct 2010 11:01 PM PDT |
Pantang larang bakal pengantin Posted: 22 Oct 2010 10:45 PM PDT Kepada bakal menjadi pengantin yang tak lama lagi atau baru merancang untuk kahwin ,ini ada beberapa pantang larang yang boleh diikuti. Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang-larang buat bakal mempelai itu. Apa yang ditetapkan harus diikuti untuk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjadi satu kewajipan tetapi sudah menjadi budaya dalam masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yang difikirkan sesuai masih boleh diikuti. 1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri. 2. Jangan tidur dirumah orang takut terkena ilmu hitam. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga. 3. Jangan bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik. 4. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit. 5. Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering. 7. Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir. 8. Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks. 9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis. 10. Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis,lelaki tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama. 11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi. 12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat) 13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir. 14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid. 15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga. 16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga. 17. Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia untuk membuang angin. 18. Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai. 19. Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri. 20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari. 21. Elakkan minum minuman keras dan merokok. 22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan. 23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin. 24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan. 25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah. 26. Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil. 27. Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri). 28. Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat. 29. Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul. 30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama. 31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan untuk menghangatkan lagi kemesraan. 32. Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dari dikhianati orang. 33. Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi. 34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati. 35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar. 36. Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka. 37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis. 38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung. 39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri. 40. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu. 41. Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding. 42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki. 43. Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit. 44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar. Orang-orang tua Melayu dahulu se lalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat.Ini cuma satu nasihat, yang baik boleh diikuti. |
You are subscribed to email updates from borak kosong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |