Adsense

Khamis, 14 Oktober 2010

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Kembar Diana Danielle seorang ratu cantik

Posted: 14 Oct 2010 02:42 AM PDT

Memang tak disangka pelakon Diana Danielle mendapat seorang yang dianggap memiliki waja yang seiras. Namun kembarnya ini dikatakan seorang warga asing yang menetap di Indonesia. Namanya Nadine Alexendra Dewi Ames, nama pun mantop gitu. Mungkin Diana tidak tahu akan hal ini kerana ini adalah tanggapan orang yang meminati Diana. Jadi disangkakan peminat berkenaan sahaja. Namun ada juga benarnya 'kajian' yang dilakukannya. ;)





google: diana danielle, kembar diana danielle, gambar kembar diana danielle, diana danielle ada kembar, diana danielle seksi, diana danielle hot, diana danielle bogel, diana danielle bikini

Heliza AF konvokesyen UMS

Posted: 14 Oct 2010 02:30 AM PDT

Tarikh diantara 9-11 Oktober 2010 merupakan tarikh bersejarah buat UMS dan dimaklumkan diantara tarikh ini banyak juga perkara menarik yang berlaku. Tak kecuali hari bermakna buat Heliza Helmi yang merupakan bekas pelajar UMS telah dengan jayanya menerima anugerah konvokesyen di UMS baru-baru ini. Pelakon filem Syurga Cinta itu sememangnya dinanti-nantikan orang di dalam dewan berkenaan, bila sahaja nama Heliza disebut atau gilirannya sampai, tepukan gemuruh pun berkumandang di dewan itu. Nasib lah tak jumpa penulis, boleh juga wat video ucapan sedikit. Penulis pergi hari Ahad, dan mungkin Heliza hari kelmarin Isnin, jadi tak berketemu rasanya. Apa-apa pun tahniah kepada Heliza. ;)




google: heliza af, heliza af konvokesyen, heliza af usm, heliza af tamat belajar, gambar heliza af konvokesyen, heliza af dan album baru, lagu baru heliza af, foto konvokesyen heliza af, gambar terbaru terkini heliza af

Gambar Anne Ngasri hamil 7 bulan

Posted: 14 Oct 2010 02:22 AM PDT


Kini usia kandungan Anne dah mencecah 7 bulan. Kehamilan kali ini adalah untuk anak Anne Ngasri yang ke-3. Anne dijangkakan akan melahirkan anaknya itu kira-kira 2-3 minggu lagi. Memang berdebar hati Anne buat masa ini apatah lagi berstatus janda. Diharap kelahirannya nanti dipermudahkan dan berjalan lancar. Semua dah tahu juga yang Anne telah disahkan bercerai dengan Abdul Wafi Abdul Hassan pada Jun yang lalu. Ketika itu Wafi melafazkan cerai, kandungan Anne telah berusia dua bulan setengah

google: anne ngasri, anne ngasri mengandung, anne ngasri bercerai, anne ngasri hamil, anne ngasri pregnant, anne ngasri facebook, anne ngasri blog, anne ngasri twitter, anne ngasri myspace, anne ngasri dan anak, anne ngasri dan suami, anne ngasri dan bekas isteri, anne ngasri dan keluarga, gambar terbaru terkini anne ngasri, foto anne ngasri, anne ngasri seksi, anne ngasri hot, keluarga anne ngasri

Zulhuzaimy: Luaran saja dingin

Posted: 14 Oct 2010 12:57 AM PDT


Zulhuzaimy memang bijak berkata-kata kalau kena gaya

SUKAR didekati, sombong dan dingin serta bersikap acuh tak acuh. Itulah karektor Zulhuzaimy Marzuki yang menimbulkan rungutan kepada peminat, mahupun orang media yang hendak menemubualnya.
Pengalaman menemuramah aktor berasal dari Perak itu menerusi talian telefon juga bagai mengesahkan betapa susahnya untuk mendekati jejaka ini.


Dari hujung talian, Zul seperti tidak berminat menjawab soalan yang diajukan. Sepuluh patah perkataan yang ditanya, hanya sepatah dua yang dijawab. Ini sedikit sebanyak mempengaruhi pertemuan di majlis pengumuman 12 pasangan finalis Mari Menari serta pengumuman tenaga penasihat yang terdiri daripada Erra Fazira, Lisdawati, Ferhad dan dirinya.

Kesempatan untuk mendekati Zul dan menemuramah lelaki berusia 32 tahun tidak dilepaskan kerana bukan mudah melihat dia muncul di khalayak ramai. Lebih-lebih lagi kalau acara atau majlis itu tidak berkaitan dengannya.

Soalan pertama yang diajukan sebaik saja pelakon itu melabuhkan punggung di kerusi empuk di sebuah kelab di tengah-tengah segi tiga emas Kuala Lumpur tentu sekali mengenai sikapnya yang dikatakan 'kekwat' atau sombong.

Namun Zul bertanya kembali apa maksud perkataan 'kekwat', seraya mengeluarkan falsafah berbahasa Inggeris, katanya, untuk mengenali seseorang itu, kita perlu masuk ke dalam kasutnya.
Tutur itu bagaikan salam perkenalan selepas beberapa ketika berbual dengannya. Ternyata pelakon yang pernah memenangi anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem, Anugerah Skrin 2009 itu bukanlah sukar untuk didekati.

Cuma perlu kena cara dan gayanya. Malah, dia yang lebih banyak bercerita sehingga terleka mendengar celotehnya.

Kehebatannya beraksi di depan kamera dan kelincahan bergerak di pentas teater menyebabkan bapa kepada seorang cahaya mata Awal Haziq yang berusia empat tahun itu mendapat kepercayaan menjadi seorang daripada empat tenaga penasihat program terbaru Mari Menari yang akan mula disiarkan pada 16 Oktober ini.

Segala persiapan berdepan tiga pasangan yang bakal berada di bawah jagaannya kini sedang dipersiapkan. Mendengar dia bercerita, menyerlahkan kesungguhan dan keikhlasan pelakon itu terhadap kerjanya.

Sebaik dilamar untuk memikul tanggungjawab dalam program itu, Zul mula membuat persediaan seperti mencari kembali nota yang pernah dipelajari sewaktu menuntut di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) yang sebelum ini dikenali Akademi Seni Kebangsaan atau ASK.

"Jangan kecewa mendapat saya atau penasihat lain hanya disebabkan kami pelakon. Janganlah meletakkan harapan orang setanding Michael Jackson atau Britney Spears untuk membimbing mereka, kerana kami juga ada pengalaman lain yang boleh dikongsikan bersama.

"Saya mahu melihat peserta di bawah bimbingan saya kelak mempunyai jiwa dan raga ketika membuat persembahan. Salah langkah ketika menari bagi saya tidak mengapa, asalkan penonton dapat merasakan gerak tubuh mereka," kata pelakon itu yang sememangnya berkebolehan menari.

Wawasan Zulhuzaimy untuk program ini cukup besar. Dia mahu menurunkan segala ilmu yang pernah dipelajari ketika menuntut kepada pelajarnya nanti. Sebelum pelajarnya mempelajari lebih lanjut mengenai ilmu tarian, kata Zul, mereka terlebih dulu perlu tahu sejarah dan asal usul tarian. Tidak hanya di dalam negara, tetapi mereka juga perlu tahu sejarah tarian di seluruh dunia.

"Mereka tidak boleh sewenang-wenangnya menari tetapi mereka perlu tahu sejarah. Mereka tak boleh sibuk menghafal langkah tarian tetapi mereka perlu ada jiwa ketika menari.

"Saya akan mengajar mereka bagaimana untuk mengatasi rasa gementar ketika membuat persembahan di hadapan penonton. Juga bagaimana menonjolkan apa yang ada dalam diri mereka. Selain itu mengenai pergerakan, pengurusan pentas dan ruang serta pencahayaan dan juga pergerakan kamera.

"Sejak diundang untuk menjayakan program ini, saya mula buat persiapan rapi. Segala nota yang pernah saya belajar dulu semuanya dikeluarkan balik, saya memang tidak membuang nota yang dipelajari kerana mengikut pesanan pensyarah. Katanya, apa yang kita pelajari jangan dibuang, sebaliknya di simpan kerana kita tak tahu satu hari mungkin kita akan mencarinya kembali," kata Zul.
Memang ketika menyertai Mari Menari, Zul sendiri bertanya kenapa dia? Sedangkan masih ramai lagi insan lebih berbakat.

Bagaimanapun hatinya terpanggil menerima pelawaan itu kerana berasa tanggungjawab untuk berkongsi ilmu yang dimiliki dengan peserta program realiti baru itu.

Ini bermakna, selepas ini saban minggu wajah Zul akan kelihatan muncul di kaca televisyen. Zul memberitahu, selama ini bukan dia tidak suka tampil ke depan tetapi peluang tidak banyak yang datang kepadanya.

"Bukan saya mengelakkan diri atau tidak suka ke depan. Saya juga memerlukan publisiti tetapi peluang tidak datang kepada saya untuk menonjolkan diri," katanya.

Shahz Jaszle Jelaskan Hubungan Cinta Dengan Maria Farida

Posted: 13 Oct 2010 10:32 PM PDT


PETALING JAYA: Pelakon kacak, Shahz Jaszle menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan aktres jelita Maria Farida selepas gambar mereka yang dilihat agak mesra tersebar.

Shahz memberitahu hubungan mereka hanya sekadar rakan artis dan menganggap Maria Farida sebagai artis senior yang dikagumi.

"Saya dengan kak Maria tidak bercinta, saya kagum dan hormati dia sebagai rakan artis yang banyak pengalaman. Dia banyak beri tunjuk ajar dalam lakonan saya.

"Tentang gambar itu kami sekadar mengambilnya untuk suka-suka ketika di lokasi penggambaran, kami rapat kerana sering berlakon bersama iaitu dalam drama Asmara dan Bola Cinta baru-baru ini," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Shahz juga memberitahu gambar tersebut diletakkan pada profil telefon BlackBerry Messenger (BBM) miliknya tanpa sebarang niat atau memberitahu tentang sesuatu hubungan istimewa.

"Saya tak sangka ia boleh menjadi isu, saya fikir ini hanya sekadar suka-suka. Tentu dia marah jika dapat tahu berita tidak benar ini. Saya memang tidak ada apa-apa hubungan dengannya selain rakan kerja," katanya.

Dalam pada itu pelakon drama Asmara ini memberitahu dia gembira dengan sambutan penonton terhadap drama tersebut.

"Banyak maklum balas yang baik saya terima dari drama Asmara itu. Alhamdulillahlah rating juga semakin meningkat. Ramai juga yang panggil saya di luar dengan nama abang Asmara," jelasnya.

Dalam pada itu, Shahz memberitahu terpaksa memotong rambutnya untuk drama terbaru terbitan TV Hijrah. Dia bakal memegang watak seorang budak nakal yang baru pulang dari luar negara yang akhirnya insaf.

"Watak kali ini sedikit berbeza, saya seorang budak yang nakal baru pulang belajar dari luar negara. Memiliki sebuah keluarga yang kaya raya, namun kejadian demi kejadian dia mula insaf sehingga merubah dirinya menjadi seorang ustaz,

"Untuk drama 12 episod ini saya sudah memotong rambut, memang rasa sangat sayang sebab saya sudah biasa tampil dengan rambut panjang, tapi terpaksa kerana kerjaya," katanya yang sedang menjalani penggambaran drama Mistik Alam Hitam.

google: shahz jaszle, shahz jaszle facebook, shahz jaszle blog, shahz jaszle twitter, shahz jaszle wiki, shahz jaszle biodata, shahz jaszle seksi, shahz jaszle hot, shahz jaszle bercinta dengan maria farida, foto terkini shahz jaszle, gambar terbaru shahz jaszle, maria farida, maria farida seksi, maria farida hot, buah dada maria farida, maria farida bogel, maria farida bercerai, maria farida facebook, maria farida blog, maria farida wiki, maria farida twitter, maria farida bercerai, maria farida dan bekas suami, maria farida dan anak anak, maria farida bercinta,  maria farida dan teman lelaki

Ameng Dakwa Kes Dadah Konspirasi Bekas Isteri

Posted: 13 Oct 2010 10:29 PM PDT


KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Spring, Ameng mendakwa kes dadah yang sedang dihadapinya merupakan konspirasi bekas isteri, Zaidah Awang atau A. Aida dan suaminya, Asisten Supritendan Suffian Sulaiman yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Kuala Lumpur.

Sulaiman adalah Ketua Bahagian Perhubungan Awam di IPK tersebut.

"Saya tidak puas hati dan anggap kejadian yang menimpa saya adalah satu konspirasi atau pakatan secara sengaja yang dibuat oleh bekas isteri dan suaminya dengan tujuan untuk melihat saya derita.

"Dan ini sekali gus merosakkan kerjaya saya dan juga burukkan nama baik saya," kata Ameng atau nama sebenarnya, Wan Aminuddin Wan Ismail, 42.

Dia berkata demikian kepada Majistret Zaki Asyraf Zubir semasa menjawab pertanyaan peguamnya, Kamarul Zaman Abdul Rahman di Mahkamah Majistret di sini, Selasa.

Ameng hadir bersama isterinya, Sabariah Zakaria yang turut menjadi saksi dalam perbicaraan hari ini, dan anak mereka, Wan Ahmad Haizal, 3.

Dia diarahkan membela diri atas tuduhan memasukkan dadah ke dalam badan semasa ditahan di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini, pada pukul 3.45 pagi, April lalu.

Pendakwaan terhadapnya dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Alias mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketika memberikan keterangan, Ameng berkata, pada 3 April lalu, Ameng mengakui dia ada menghubungi bekas isteri melalui satu khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk menjemput kedua-dua anak perempuan yang berada di bawah pengawasan A. Aida sempena cuti sekolah.

Bagaimanapun, bekas isterinya itu tidak membenarkannya berbuat demikian dan tidak mengizinkannya untuk berjumpa dengan kedua-dua anak mereka.

Sehari kemudian, Ameng berkata, dia dihubungi Suffian dan mendakwa suami bekas isterinya itu berkata: "Sekiranya saya hubungi isterinya dan ganggu rumah tangga mereka, dia akan memasukkan saya ke dalam penjara."

Pada 6 April lalu, dia telah dihubungi pegawai polis, Inspektor Nor Zahirah dari Balai Polis Setapak memberitahu dia telah menerima satu aduan yang dibuat oleh ASP Suffian dan juga aduan Zaidah.

Aduan tersebut adalah berhubung dengan dakwaan A. Aida bahawa Ameng telah mengugutnya pada 3 April lalu kerana enggan membenarkan penyanyi itu berjumpa dengan dua anak perempuannya yang berusia 14 dan 9 tahun.

Menurut Ameng, dia pergi ke balai polis tersebut untuk memberikan keterangan pada pukul 2.30 petang dan telah disoal siasat oleh Inspektor Nor Zahirah selama kira-kira tiga jam.

Katanya, selepas itu, Nor Zahirah memberitahu dia perlu menjalani ujian saringan air kencing di Balai Polis Sentul.

Ameng berkata dia yakin Suffian yang memberikan arahan bagi dia menjalani ujian saringan kerana dia diberitahu oleh Nor Zahirah dan dia terpaksa mematuhi arahan Suffian yang merupakan orang atasannya.

Dia mendakwa, telah dibawa ke Balai Polis Sentul oleh empat anggota polis dari Balai Polis Setapak untuk ujian tersebut.

Dakwanya lagi, pegawai terbabit yang menjalankan ujian tersebut tetapi dia tidak dapat melihat botol berisi air kencingnya diuji kerana asyik berbual dengan mereka selain dilindungi tubuh badan mereka.

Mahkamah memutuskan kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis pada 25 Oktober ini, 8.30 pagi.

Ameng yang merupakan seorang penyanyi sepenuh masa mendirikan rumah tangga dengan A. Aida pada 1995 dan bercerai pada 2000. Hasil perkongsian hidup mereka dua anak perempuan.

Dia kemudiannya berkahwin dengan isteri kedua, Sabariah Zakaria pada 2004 dan memperoleh seorang anak lelaki, Wan Ahmad Haizal, 3.

Yazid (Search) & Yahya Sulung Dimasukkan Ke Hospital Ampang

Posted: 13 Oct 2010 10:28 PM PDT


KUALA LUMPUR: Pemain drum kumpulan Search, Yazid Ahmat, 48, tidak dapat menyertai persembahan kumpulan itu di Kuantan, Pahang Jumaat ini kerana dimasukkan ke wad sejak Selasa lalu.

Yazid yang menghidapi penyakit buah pinggang dan darah tinggi kini sedang dirawat di Hospital Ampang, dekat sini.

Menurut Yazid, dia sudah mula rasa perubahan pada badannya sejak bulan Ramadan lalu.

"Masa bulan Ramadan saya rasa mual dan loya untuk makan tetapi saya "lawan" juga perasaan itu sebab setahu saya tidak ada penyakit gastrik dan sebagainya," ujarnya ketika ditemui semasa menerima lawatan Persatuan Karyawan di Hospital itu Selasa.

Tambahnya, dia rasa agak kecewa kerana tidak dapat menyertai kumpulan Search membuat persembahan Jumaat ini.

"Namun saya reda dan cuba menerima keadaan saya sekarang. Ikut kan hati memang nak sertai persembahan itu tetapi nak buat macam mana saya tak berupaya," katanya.


Selain Yazid, lawatan Karyawan yang disertai Presidennya, Datuk Freddie Fernandez itu turut menziarahi Datuk Yahya Sulung yang menghidap asma dan sakit jantung. Yahya ditempatkan di hospital yang sama dengan Yazid

Dalam lawatan itu Karyawan telah menyumbang masing-masing RM500 kepada dua artis itu.

Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez berkata sumbangan tersebut sebagai tanda sokongan dan semangat kepada kedua-dua artis tersebut.


Datuk Yahya Sulong juga menerima sumbangan dari Karyawan
"Sumbangan ini adalah untuk meringankan beban mereka selain ia sebagai sokongan dan semangat supaya mereka cepat sembuh.

"Bagaimanapun jika ada peminat yang ingin beri bantuan boleh salurkan kepada Karyawan. Kami juga sedang memikirkan sumbangan berterusan kepada mereka," katanya.

Sementara itu, isteri kepada Yahaya, Datin Alisah Ali,64, berkata, suaminya telah dimasukkan ke hospital itu pada 8 Oktober lalu.

"Penyakit dia sudah beransur baik dan saya minta peminat-peminat doakan kesejahteraan suami saya cepat sembuh," katanya.

Shah (X-Factor) Nikah 30 Oktober Ini

Posted: 13 Oct 2010 10:27 PM PDT


PETALING JAYA: Salah seorang bekas anggota kumpulan X-Factor, Irwan Shah Azhar atau lebih dikenali sebagai Shah bakal mengakhiri zaman bujang dengan gadis pilihan hati pada 30 Oktober ini pada pukul 8 malam.

Lelaki berusia 32 tahun ini sudah mengikat tali pertunangan dengan Sharifah Fairuz Syed Badrul Hisham, 24, pada 29 November tahun lalu selepas mereka pulang dari Australia.

Sambil menyifatkan Sharifah Fairuz atau panggilan manja sebagai Wish seorang yang penyabar, Shah juga mengakui, tahun ini merupakan masa yang tepat baginya untuk mendirikan rumah tangga.

"Kami sudah berkenalan lama sejak tahun 2000 ketika itu saya mengadakan persembahan bersama X-Factor di Johor Baru. Dia bukanlah peminat saya, kami bertembung secara tidak sengaja.

"Semasa kali pertama jumpa kami tidak pernah terfikir untuk mempunyai sebarang hubungan namun selepas lapan tahun kami berjumpa semula barulah kami bertukar nombor telefon," katanya.

Tambah Shah, selepas pertemuan tersebut mereka mula menjalinkan hubungan cinta. Wish melanjutkan pelajaran ke sebuah universiti di Australia, manakala Shah pula dihantar bekerja sebagai chef di salah sebuah restoran di negara itu oleh majikannya.

"Kami berada di sana selama dua tahun setengah. Selepas dia habis belajar dan kontrak saya tamat, kami terus balik ke Malaysia dan ketika itu keluarga merancang untuk mengikat tali pertunangan.

"Pada asalnya kami ingin bernikah di sana tetapi atas permintaan keluarga, kami akur untuk buat majlis di sini," katanya yang merancang untuk berbulan madu di pulau Maldives.


Irwan Shah Azhar
Menurut Shah persiapan perkahwinan sudah hampir siap. Dia sekarang sibuk mengedarkan kad jemputan perkahwinannya kepada saudara mara dan sahabat handai.

"Dari segi persiapan kami buat semuanya secara bersama, sejak dari Julai lalu. Wish yang paling sibuk sebab dia belum bekerja secara tetap lagi jadi dia mempunyai banyak masa untuk uruskan hal-hal perkahwinan kami," ujar Shah yang kini menguruskan peniagaan restoran Mama Flavor milik keluarganya.

Dalam pada itu Shah memberitahu perancangannya selepas berumah tangga adalah untuk membuka perniagaan kosmetik dan makanan.

"Sekarang saya dalam proses untuk mengeluarkan produk penjagaan diri dan kosmetik untuk lelaki dan perempuan.

"Semua bahan-bahan untuk menghasilkan produk itu sudah didapati cuma masih dalam peringkat uji kaji.

"Jenamanya pun masih belum diputuskan lagi. Insya-Allah tahun depan produk itu akan dikeluarkan.

"Saya juga merancang untuk membuka sebuah restoran Melayu di Australia, sekarang masih lagi dalam perbincangan dengan keluarga," katanya.

Majlis resepsi pernikahan di rumah pengantin perempuan akan diadakan pada 31 Oktober di Long Chik, Johor Baru, manakala majlis di rumah lelaki pula pada 21 November akan datang di Keramat, Kuala Lumpur.

google: shah x factor, shah x factor kawin, shah x factor nikah, shah x factor bersanding, shah x factor kahwin, shah x factor dan bakal isteri, gambar shah x factor kahwin, foto perkahwinan shah x factor, pernikahan shah x factor

Lana Nordin Dengan Kerabat Brunei?

Posted: 13 Oct 2010 10:26 PM PDT


PETALING JAYA: Pelakon Lana Nordin menolak tuduhan gambar-gambar mesranya bersama seorang lelaki yang tersebar di internet baru-baru ini merupakan anak kepada pemerintah negara Brunei.

Menurut Lana, gosip tersebut tercetus berikutan wajah lelaki tersebut dikatakan seiras dengan anak sultan Brunei.

"Ya, dia memang anak "seseorang" tetapi bukan anak Sultan Brunai seperti didakwa di internet. Mungkin mereka lihat wajah dia ada mirip kerabat Brunei sehingga timbul gosip berkenaan," katanya yang mengakui sedang dalam proses mengenali lelaki tersebut.

Selain itu, Lana menganggap gambar-gambar dan gosip negatif yang tersebar di laman-laman blog sebagai publisiti murahan kepadanya.

"Saya rasa mereka sudah tidak ada kerja nak buat, ini semua adalah publisiti murahan untuk saya. Secara tidak langsung juga ia akan membuatkan orang akan benci dengan saya.

"Tapi bagi saya, jika pembaca laman web tersebut bijak mereka akan fikir dahulu sama ada munasabah atau menganggapnya sekadar bahan hiburan semata-mata," jelasnya ketika dihubungi mStar Online.

Jelas Lana, apa yang lebih penting ialah keluarga dan rakan-rakan terdekat memahami perkara sebenar dan tidak mudah mempercayai gosip di internet.

"Saya sering menjadi bahan gosip seperti ini, namun yang penting ialah keluarga saya memahami dan tidak mudah menyalahkan saya," katanya.

Dalam pada itu, pelakon drama Kau dan Aku ini baru sahaja dibenarkan keluar dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana demam dan jangkitan pada air kencing.

"Minggu lepas saya ditahan di hospital dan baru sahaja dibenarkan pulang. Pada mulanya demam dan sukar untuk membuang air kecil.

"Selepas ke hospital, doktor tahan saya untuk buat pemeriksaan lanjut. Doktor nasihatkan agar banyakkan minum air dan jaga pemakanan," ujarnya yang sedang berehat daripada sebarang aktiviti seni.

google: lana nordin, kerabat brunei dan lana nordin, lana nordin seksi, lana nordin dan kerabat brunei, gambar lana nordin dan kerabat brunei, foto lana nordin dan kerabat brunei,

Rosyam Belum Buat Keputusan Tukar Tajuk Pilih Kasih

Posted: 13 Oct 2010 10:24 PM PDT


PETALING JAYA: Pelakon dan Penerbit Eksekutif rancangan realiti Pilih Kasih, Rosyam Nor akan berbincang dengan pihak produksi dan RTM berhubung saranan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim agar tajuk rancangan itu diubah.

Rosyam berkata, dia masih tidak dapat membuat apa-apa keputusan mengenai arahan itu kerana apa juga perubahan hendaklah dilakukan dengan persetujuan banyak pihak termasuklah pihak RTM sendiri.

"Saya tidak dapat nak bagi apa-apa komen lagi buat masa ini kerana setiap perubahan sesuatu program itu perlulah mendapat persetujuan pihak-pihak tertentu termasuklah orang atasan di RTM sendiri," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.

Rosyam diminta mengulas saranan Rais seperti yang disiarkan Utusan Malaysia, Rabu yang mahu tajuk rancangan Pilih Kasih diubah kepada tajuk yang boleh mencerminkan matlamat rancangan agar tidak dipertikai banyak pihak.

Pilih Kasih adalah sebuah rancangan realiti yang memaparkan keupayaan peserta untuk menyahut cabaran sebagai seorang pelakon dengan tugasan-tugasan tertentu.

Pada musim pertama yang diperkenalkan pada tahun 2008, Iqbal Mazlan telah dipilih sebagai pemenang.

Program yang diterbitkan syarikat produksi Suhan Movies itu pada mulanya bertujuan mencari hero dan heroin untuk filem Kasih. Menyentuh tentang sambutan uji bakat Pilih Kasih musim kedua yang telah selesai pada 10 Oktober lalu, kata Rosyam, secara keseluruhannya lebih 1,000 orang telah menghadiri uji bakat berkenaan.

"Daripada jumlah keseluruhan peserta itu, hanya 16 orang sahaja yang akan dipilih menyertainya. Tahun lepas kami memilih 20 orang tetapi pada tahun ini dikurangkan kepada 16 orang kerana mahu memberikan lebih tumpuan kepada peserta," katanya.

Seramai enam juri terlibat dalam proses pemilihan peserta termasuklah Rosyam Nor, Aziz M. Osman dan Erma Fatima.

Program ini akan menemui penonton bermula 1 Disember akan datang menerusi segmen Diari Pilih Kasih yang akan bersairan pada hari Isnin hingga Jumaat, pukul 4.30 petang.

Siaran langsung acara itu pula akan bermula pada hari Sabtu, 11 Disember pukul 8.30 malam dari Auditorium Besar RTM Tengku Puan Cik, Senawang, Negeri Sembilan.

Ia akan menemui penonton menerusi RTM2.

google: rosyam nor, rosyam nor pilih kasih, tajuk rosyam nor, rosyam nor rancangan pilih kasih

A.Aida Hilang Sabar, Mahu Saman Ameng

Posted: 13 Oct 2010 10:22 PM PDT


PETALING JAYA: Produser drama Halimah Jongang, Zaidah Awang,39, atau A.Aida berhasrat untuk menyaman bekas suaminya Ameng atau Wan Aminuddin Wan Ismail,42, kerana melakukan fitnah membuat kenyataan kononnya dia telah melakukan konspirasi untuk menjatuhkan Ameng.

A.Aida berkata selama ini dia berdiam diri mengenai segala perbuatan Ameng dan tidak tergamak mengambil tindakan kerana mempunyai perasaan simpati dan belas kasihan terhadap bekas penyanyi Kumpulan Spring itu.

"Saya akan dedahkan segala-galanya di dalam sidang akhbar nanti. Saya sudah tidak boleh sabar lagi dengan sikap Ameng," Katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Rabu.

Akhbar pada Raba melaporkan Ameng mendakwa A.Aida dan suaminya, Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Superintenden Suffian Sulaiman telah melakukan konspirasi untuk memalukannya.

Tuduhan mengenai kes dadah yang dikenakan terhadapnya itu kata Ameng adalah bertujuan untuk memburukkan nama baiknya.


Ameng, bekas vokalis Kumpulan Spring
Ameng berkata demikian ketika memberi keterangan membela diri di hadapan Majistret Zaki Asyraf Zubir atas dakwaan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda tidak lebih RM5,000 jika sabit kesalahan.

Sehubungan kenyataan Ameng itu, A.Aida bersama peguamnya akan mengadakan sidang akhbar tergempar di Restoran Rebung di sini, Khamis kira-kira pukul 3 petang.

Menurut A.Aida dia mempunyai bukti termasuklah kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) berbau ugutan daripada Ameng sehingga memaksanya membuat laporan polis pada April lalu menyebabkan Ameng ditahan.

Ujar Aida, Ameng turut mengabaikan tanggungjawab terhadap dua anak iaitu Wan Aleesya,14, dan Wan Natasha,9, dengan tidak pernah memberi nafkah kepada mereka.

Kedua-dua anak itu berada di bawah penjagaan A.Aida.

"Satu sen pun dia tak bagi nafkah anak... dia nak cakap banyak pula. Saya dah lama bersabar. Kali ini saya tak boleh berdiam diri lagi. Saya akan dedahkan semuanya," katanya.

Ameng dan A.Aida berkahwin pada tahun 1995 dan berpisah tujuh tahun kemudian.

Ameng kemudian berkahwin dengan Sabariah Zakaria,40, pada tahun 2004 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Wan Amar Haikal yang kini berusia tiga tahun.

Mahkamah menetapkan 25 Oktober ini untuk pihak pembelaan dan pendakwaan mengemukakan hujahan bertulis.

google: a.aida dan ameng spring, a.aida dan ameng spring saman, a.aida dan ameng spring kes mahkamah

Faridah kagum, Norzizi terharu

Posted: 13 Oct 2010 10:21 PM PDT


KALAU duduk berbicara dengan dua wanita yang boleh disifatkan sebagai wanita besi dalam bidang teater ini, kesungguhan mereka membicarakan mengenai teater amat menyakinkan

Meskipun mereka lahir dari generasi yang berbeza, baik Datuk Faridah Merican mahupun Norzizi Zulkifli, masing-masing mempunyai misi yang sama iaitu mahu melihat industri teater tempatan terus berkembang maju.

Di sebalik keghairahan segelintir pihak yang teruja mementaskan teater muzikal, Faridah dan Norzizi tetap yakin teater tempatan masih lagi mempunyai pengikutnya yang tersendiri.

Faridah sendiri sudah membuktikan kehebatannya di pentas teater dan sehingga ke hari ini, dia bagaikan seorang guru kepada anak-anak muda yang baru hendak bertatih dan menjinakkan diri dalam bidang teater.

Kalau disebut namanya kepada mana-mana karyawan seni tempatan, pujian melambung pasti akan diberikan kepada Faridah yang sudah termaktub dalam direktori seni tempatan sebagai figura unggul dalam bidangnya.

Norzizi pula boleh dilihat sebagai pelapis yang mewakili generasi baru bagi meneruskan kesinambungan legasi seni teater.

Faridah sendiri dengan jujur memberitahu, dia cukup kagum dengan semangat dan keberanian Norzizi yang tidak pernah lelah mahu memartabatkan industri teater tempatan.

"Saya sentiasa memberinya peluang untuk mengembangkan bakatnya sebagai seorang pengarah dan juga penulis skrip. Sudah tiba masanya, anak-anak muda sepertinya diberikan peluang kerana mereka sebenarnya cukup berbakat.

"Sebagai seorang yang sudah lama dalam bidang ini, saya sentiasa membuka pintu kepada semua pihak.

"Norzizi boleh dijadikan contoh terbaik kepada mereka yang mungkin selama ini tidak tahu untuk mencari saluran yang betul dalam mementaskan karya mereka untuk tontonan masyarakat," jelas Faridah berkongsi pandangannya.

Isteri kepada aktivis teater terkenal, Joe Hafsham itu berkata demikian dalam satu sesi temubual bersama Norzizi di Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur (KLPac), Jalan Sentul, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambahnya, dengan adanya institusi pengajian tinggi yang menawarkan pengkhususan dalam bidang seni persembahan khususnya, dia percaya bahawa bakat anak-anak muda ini bukan sembarangan.

Memberikan contoh Norzizi yang mementaskan Mak Yong Titis Sakti di KLPac tahun lalu, Faridah sendiri tidak pernah menyangka karya anak muda itu diterima baik oleh semua golongan dan mendapat sambutan di luar dugaan sehingga tiket-tiket semuanya laris dijual.

Barangkali ada yang tidak tahu, Mak Yong Titis Sakti merupakan salah sebuah persembahan diletakkan di bawah program The Actors Studio Teater Rakyat yang telah dimulakan sejak tahun 2006.

Jelas Faridah, dia dan suaminya mengasaskan program Teater Rakyat itu sebagai memberi peluang kepada mereka yang berminat untuk mementaskan naskhah mereka dalam apa jua bentuk sekalipun.

Idea itu lahir bagi menyahut seruan kerajaan menerusi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang mahu merakyatkan seni dan tidak mahu adanya kurang antara rakyat dan seni.

"Kami sebenarnya mengalukan-alukan semua pihak untuk berkerjasama dengan kami untuk memperkenalkan program Teater Rakyat ini secara menyeluruh ke seluruh negara.

"Saya harus akui memang saya mahu melihat Teater Rakyat ini berkelana jauh ke serata negara untuk memberi hiburan kepada masyarakat khususnya luar bandar menerusi persembahan teater dan seumpamanya dalam program.

"Bukan itu sahaja, saya juga mahu melihat pihak media memainkan peranan penting untuk menghebahkan tentang Teater Rakyat yang barangkali tidak begitu diketahui ramai.

"Kalau ada mana-mana penerbitan akhbar atau majalah yang mahu berkerjasama, bak kata pepatah, kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan," ujarnya bersungguh dengan penuh harapan.

Sekadar menyingkap sejarah, Teater Rakyat pernah menjelajah lima kampung di Semenanjung Malaysia pada tahun 2006 menerusi teater Anak Bulan Di Kampung Wa' Hassan dan mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.

Namun, selepas daripada itu, tiada aktiviti sedemikian dijalankan ekoran kekangan dari segi kewangan dan juga lokasi.

"Sekiranya ada yang berminat mahu membawa Teater Rakyat ini menjelajah negara, lokasinya tidak semestinya di pentas yang besar. Kalau ia dipentaskan di dewan sekolah, balai raya dan seumpamanya, ia sudah memadai.

"Kami ingin membawa seni kepada masyarakat yang mungkin tidak mampu atau berkesempatan untuk datang ke Kuala Lumpur bagi menyaksikannya," jelas Faridah yang merupakan bekas penyampai radio dan berita Radio Televisyen Malaysia itu lagi.

Antara persembahan dalam program Teater Rakyat yang telah dipentaskan adalah Kisah Gadis - Mangli & Gadis Jalan Burmah, A Night of Cantonese Opera I, II dan III, Rhythmic Roots, Rancangan Hari Jadi Terhebat Adli dan Mamak Mee-Ah! The Musical Spoof.

Seperti mana sambutan hebat terhadap Mak Yong Titis Sakti, begitu juga harapan besar Faridah untuk melihat hasil kerja kedua Norzizi iaitu Medea untuk mengulangi kejayaan yang serupa.

"Saya yakin dengan kemampuan Norzizi dan apabila dia membentangkan idea untuk mementaskan Medea, saya fikir ia adalah naskhah yang hebat serta mampu menarik perhatian penonton kelak.

"Sebuah kisah klasik yang disuntik dengan elemen nusantara menjadikan subjeknya lebih dekat kepada penonton," ujar Faridah sambil melirik senyuman kepada Norzizi.

Zamani, Hattan di UTP

Posted: 13 Oct 2010 10:20 PM PDT


DALAM apa saja majlis yang dianjurkan tidak kira majlis yang berteraskan ekonomi, politik atau sosial, kehadiran selebriti lazimnya mengundang keseronokan.

Bahkan, kelibat para artis pada majlis-majlis berkenaan sering diibaratkan memberi seri kepada majlis berkenaan.

Lalu tidak hairanlah setiap kali majlis konvokesyen diadakan di pelbagai universiti, artis popular akan diundang untuk mengadakan persembahan.

Terbaru, Pesta Konvokesyen ke-10 Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Bandar Seri Iskandar, Tronoh, Perak yang berlangsung selama empat hari mulai hari ini hingga 17 Oktober ini turut menampilkan artis-artis popular.

Pesta konvokesyen tahun ini yang bertemakan With Love mengundang dua artis tersohor tanah air, Zamani (Slam) dan Hattan.

Kedua-dua penyanyi itu akan muncul memeriahkan acara yang diadakan di universiti berkenaan.

Zamani dijangka muncul pada 16 Oktober ini sementara Hattan pula pada 17 Oktober.

Kedua-duanya akan mengadakan persembahan istimewa sebagai meraikan para graduan serta pengunjung konvokesyen universiti itu.

Menurut Penolong Pengurus Pesta Konvokesyen itu, Muhd Izzuddin Hamidan, majlis konvokesyen berkenaan merupakan acara tahunan anjuran Majlis Perwakilan Pelajar UTP dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Sokongan Pelajar.

"Pesta itu menjadikan segala yang mustahil satu kenyataan. Rekaan pelajar akan dipamerkan kepada orang ramai dan ia menjadi kenangan paling manis bukan saja kepada pelajar terbabit malah orang ramai yang datang ke pesta itu.

"Saat paling indah apabila pelajar antarabangsa di UTP juga mengambil bahagian dalam semua acara untuk menunjukkan rasa kasih sayang dan sokongan kepada universiti serta masyarakat setempat.

"Masyarakat UTP percaya ulang tahun ke-10 konvokesyen ini akan mencipta sejarah buat universiti itu. Oleh itu saya berharap warga Perak datang beramai-ramai memberikan sokongan kepada kami

"Bawalah anak-anak ke pesta ini untuk memberi semangat dan inspirasi kepada mereka supaya menjadi pelajar yang berjaya," katanya.

Acara lain yang ditawarkan juga termasuk pameran, diskusi mengenai kerjaya, gerai menjual pelbagai barangan makanan dan cenderahati, aktiviti menunggang kuda dan pelbagai acara lain.

Dan persembahan Zamani dan Hattan yang dijangka bermula pukul 8.30 malam itu pula tentunya akan menarik perhatian peminat-peminat kedua-dua penyanyi berkenaan.

Semua program itu turut disertai pelajar universiti lain di Perak seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar dan Politeknik Ungku Omar. Kerjasama itu untuk membentuk hubungan silaturahim dan bersama berkongsi pengalaman.

Masih adakah peminat AF8?

Posted: 13 Oct 2010 10:18 PM PDT


PROGRAM realiti televisyen (TV), Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) sudah lima bulan melabuhkan tirainya dengan mengangkat Shahir sebagai juara pertandingan nyanyian itu.

Sejak Mei lalu, bukan setakat Shahir, malah 12 lagi peserta program terbitan Astro Ria itu seakan-akan sepi seketika tanpa banyak aktiviti termasuklah konsert khusus untuk mereka.

Bagaimanapun, khabarnya sebagai mengubat kerinduan, stesen televisyen Astro mengambil usaha menganjurkan Konsert Reunion AF8 Ahad lalu selepas bintang-bintang program realiti TV itu seakan-akan dilupakan begitu sahaja.

Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi berkata, konsert itu belum dianggap terlambat, malah ia juga membuktikan para bintang AF8 masih mempunyai peminat masing-masing.

Senario itu katanya, dapat dilihat berdasarkan sambutan para penonton yang terus memenuhi ruang Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur sewaktu konsert itu diadakan baru-baru ini.

"Sambutan lebih 5,000 peminat yang hadir pada konsert malam ini membuktikan para bintang AF8 masih diminati ramai. Sambutannya sama seperti konsert-konsert mingguan AF8.

"Kami jangkakan kalau konsert ini diadakan selepas AF8 berakhir Mei lalu, bilangan penonton yang hadir pada konsert ini tentunya akan lebih ramai berbanding malam ini.

"Tetapi disebabkan ketika itu jadual agak padat, contohnya bulan Ramadan yang semakin hampir dan kejohanan Piala Dunia menyebabkan konsert ini baru sekarang dapat diadakan," katanya.

Azlin ditemui selepas rakaman Konsert Reunion AF8 yang membariskan seramai 12 peserta program nyanyian realiti TV tempatan yang paling popular itu, baru-baru ini.

Malah, beliau juga tidak menjangka apabila konsert yang berlangsung selama 120 minit itu bukan sahaja mendapat sambutan para peminat tetapi juga sokongan artis-artis lain.

"Bukannya mudah untuk mengumpulkan kesemua peserta AF8 dalam satu konsert. Mereka semua sibuk dengan aktiviti seni masing-masing. Tetapi kerana peminat mereka akur juga akhirnya.

"Selain bekas pelajar AF8, finalis AF musim terdahulu seperti Mawi, Aizat dan Stacy turut tampil bagi memeriahkan lagi konsert ini. Sambutan untuk mereka juga hebat.

"Gabungan para peserta AF8 dan artis-artis jemputan lain menambahkan lagi tarikan untuk konsert ini. Ini membuktikan bintang-bintang AF masih mempunyai ramai peminat," ujarnya.

Rakaman Konsert Reunion AF8 yang akan disiarkan menerusi Astro Ria (Saluran 104, Astro) pada 6 November ini pukul 10.30 malam turut menampilkan banyak kejutan.

Antaranya dengan menjemput Pengetua AF8, Norman Abdul Halim, dan tenaga pengajarnya, Linda Jasmine dan Adnan Abu Hassan tampil mengadakan persembahan pada konsert itu.

Norman yang juga anggota KRU menyanyikan lagu popular kumpulannya berjudul Awas bersama Adnan Abu Hassan serta salah seorang bekas pelajar AF8 iaitu Daus.

Selain sambutan para penonton, tambah Azlin Konsert Reunion AF8 itu turut mencetuskan rasa keterujaan bekas pelajar berdasarkan persiapan mereka.

"Bayangkan, pihak penerbitan konsert ini memberikan senarai lagu-lagu yang akan dinyanyikan kepada bekas pelajar AF8 pada hari Isnin lalu dan latihannya pula pada Rabu.

"Dalam masa beberapa hari berlatih, mereka sudah bersedia untuk menjayakan rakaman konsert ini. Malah, kami juga merancang konsert ini hanya dalam masa sebulan," jelasnya.

Yang pertama buat Ramlah

Posted: 13 Oct 2010 10:17 PM PDT


SEPANJANG suku abad di dalam industri seni tanah air, penyanyi yang bersuara lantang ini tidak pernah berpeluang mengadakan konsertnya sendiri.

Hendak dikatakan wanita ini hanyalah sekadar penambah bilangan penyanyi tempatan tidak juga kerana dia boleh dikatakan umpama legenda di dalam dunia nyanyian.

Wanita yang terkenal dengan lagu berhantunya, Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu punya auranya sendiri yang membuatkan lagu nyanyiannya masih menjadi siulan sehingga kini.

Namun walau sekuat mana auranya ketika itu, Ramlah Ram tidak pernah diberi kesempatan untuk beraksi di konsert sendiri walaupun dia seperti mana-mana penyanyi lain mendambakannya.

Akhirnya setelah 25 tahun, impian penyanyi bersuara lantang ini tercapai apabila mengadakan Malam Gala 25 Tahun Ramlah Ram di Hotel Impiana KLCC, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Lebih mengharukan Ramlah, konsert mini yang terbesar dan pertama Ramlah selama 25 tahun bergelar anak seni ini dianjurkan oleh kumpulan peminatnya sendiri, Ramlah Ram Group (RRG).

Dihadiri hampir 300 orang tetamu, Ramlah amat terharu dan berbesar hati dapat menghiburkan peminatnya secara eksklusif.

Konsert mini yang diadakan selama hampir tiga jam itu menampilkan Ramlah menyampaikan hampir 30 buah lagu secara langsung diiringi oleh pemuzik profesional yang diketuai oleh pengarah muzik terkenal, Belle Fatah.

Seleksi pilihan lagu-lagu nostalgia dari pertengahan 80-an hingga kini nyanyiannya ternyata berjaya menonjolkan kekuatan vokalnya dan kepakaran dalam menguasai nyanyian seni muzik pelbagai rentak.

Konsert mininya yang diacarakan oleh Fauziah Ahmad Daud itu turut dihadiri oleh ramai rakan artis seperti Misha Omar, Salamiah Hassan, Sharifah Shahirah dan ramai lagi.

Ramlah yang ditemui selepas konsert mini itu berakhir berkata, dia amat bersyukur dengan rezeki yang diberikan dan juga amat berterima kasih dengan usaha peminatnya itu.

Mengakui ramai yang mempersoal konsert solonya agak lambat memandangkan Juara Bintang RTM 1985 pernah melalui zaman kegemilangannya dulu, Ramlah bagaimanapun bersyukur kerana peluang itu akhirnya datang tanpa dia mengharap.

"Semua ini untuk peminat. Mereka berusaha menjayakan konsert ini demi saya, mencari tajaan, dan mempromosikannya. Saya amat berterima kasih dengan usaha mereka ahli RRG ini.

"Saya akui memang saya ada melalui zaman kegemilangan saya dan ia boleh dikatakan waktu yang sesuai sebenarnya untuk mengadakan konsert tetapi bagi saya semua itu berbalik kepada rezeki.

"Saya percaya ada hikmahnya. Setelah 25 tahun berada di sini, saya seakan tidak percaya diberi peluang sebegini yang menjadi idaman mana-mana penyanyi sekalipun.

"Ini merupakan projek pertama saya dan RRG. Insya-Allah ada lagi yang akan menyusul selepas ini, mungkin konsert yang berskala besar pula.

"Walaupun mereka masih baru dengan semua ini, saya amat berbangga dan berpuas hati kerana bagi saya konsert ini sukses," ujarnya yang mengenakan persalinan rekaan Heyroll Basri pada malam itu.

RAMLAH Ram masih bertenaga walaupun sudah 25 tahun menyanyi.

Gelombang tsunami Maher Zain

Posted: 13 Oct 2010 10:16 PM PDT


APABILA dia duduk dan menyelak kembali lembaran hidupnya, Maher Zain tidak pernah menyangka dia mampu mengecapi nikmat kemewahan seperti hari ini.

Jauh sekali untuk meraih populariti mahupun kemasyhuran, apa yang dimahukan Maher hanyalah untuk masyarakat mendapat mesej yang berguna daripada karyanya.

Baginya, jika pendengar dan masyarakat dapat menikmati alunan lagu-lagunya serta menghayati karyanya dengan penuh jiwa, itu sudah menjadi satu kejayaan yang membanggakan dirinya.

"Saya sendiri tidak pernah menyangka yang satu hari nanti muzik saya diterima dengan baik seperti sekarang.

"Muzik yang saya cipta semuanya lahir dari hati yang tulus serta sarat dengan perasaan cinta yang ingin saya tujukan kepada semua manusia di dunia ini tanpa sebarang rasa prejudis.

"Kerana itu, saya bangga dan gembira kalau pendengar sendiri mempunyai perasaan yang sama. Ia jelas menunjukkan dakwah saya menerusi muzik berjaya membuahkan hasil seperti mana yang saya mahukan," ujar jejaka berusia 28 tahun ini bersungguh.

Kunjungan Maher ke negara ini sememangnya mendapat perhatian yang cukup meluas dan memang tidak keterlaluan dikatakan, dia telah mencetus fenomena baru sehingga mampu menjadi kegilaan ramai.

Bayangkan tiket-tiket untuk menyaksikan persembahannya, Save The Soul pada di Auditorium Majlis Bandaran Shah Alam (MBSA), Shah Alam, Selangor, malam ini dan esok sudah habis dijual.

Semua itu berlaku hanya dalam tempoh seminggu sebaik sahaja tempahan dibuka pertengahan September lalu.

Kerana itu, ramai yang hampa dan kecewa apabila tidak berpeluang untuk menikmati alunan muzik Maher yang sememangnya cukup menyentuh jiwa itu.

Kadang-kala tertanya juga mengapa Maher boleh menjadi kegilaan rakyat tempatan. Kemunculannya juga bagaikan menyemarak kembali pasaran muzik nasyid yang pernah gah satu ketika dulu.

Biarpun nuansa R&B menjadi tunjang muzik Maher, harus diakui muzik yang dibawakannya telah mengubah persepsi masyarakat bahawa irama nasyid boleh dipelbagaikan asalkan ia masih lagi berada di landasan seperti yang telah disyariatkan.

Dunia seni Maher

Sebelum mengorak langkah sebagai seorang penyanyi, Maher terlebih dahulu memulakan karier seninya sebagai penerbit album serta aktif dengan kerja belakang tabir di sebuah studio muzik terkemuka di New York, Amerika Syarikat.

Ketika itu, dia telah berkerjasama dengan nama-nama besar industri hiburan seperti Kat Deluna dan Lady Gaga dalam penerbitan album mereka.

Namun, pertemuannya dengan RedOne telah merobah segala-galanya dan bermula detik itu, Maher semakin yakin dengan langkah seninya.

Tanpa segan-silu, dia menghulurkan pita rakaman nyanyiannya kepada RedOne yang ternyata terpikat dan terus menawarkan peluang kepada Maher untuk bergelar seorang penyanyi.

Biarpun memiliki kelulusan dalam bidang Kejuruteraan Aeronautikal, namun, jiwanya yang sudah diabadikan untuk muzik mengatasi segala-galanya.

Berbicara mengenai album perdananya, Thank You Allah yang mula dipasarkan tahun lalu, Maher tidak henti-henti mengucapkan syukur dengan kejayaan yang dikecapi hanya daripada sebuah album sahaja.

Sebaik sahaja ia dilancarkan, Thank You Allah terus menduduki tangga pertama dalam carta album World Music seperti mana yang dicatatkan oleh Amazon.com.

"Saya memang mencintai muzik dan kerana itu, sebahagian daripada hidup saya dihabiskan dengan muzik dari pelbagai genre. Tetapi, semuanya gagal memikat hati saya sehinggalah saya menemui muzik yang benar-benar menakluk jiwa saya.

"Album pertama saya ini memberi gambaran jelas tentang identiti saya sendiri sebagai seorang Muslim. Biarpun muziknya moden, dalam masa yang sama, saya tidak harus melupakan akar umbi keturunan saya," ceritanya lagi.

Mencipta populariti dalam masa yang singkat, tidakkah Maher gusar seandainya dia bakal menjadi seorang penyanyi yang bermusim?

"Kejayaan yang dimiliki sekarang tidak boleh dijadikan satu jaminan untuk terus berjaya di masa hadapan.

"Saya tidak mahu menghasilkan muzik yang sama dan mahu terus bekerja keras agar saya dapat mampu bertahan lama dalam industri seni.

"Kalau boleh, saya juga mahu melihat karya dan muzik saya diterima dengan baik di seluruh dunia tanpa mengira latar belakang dan kedudukan.

"Setakat ini, saya menerima maklum balas yang cukup positif daripada orang ramai dan apa yang membanggakan apabila ada yang masuk Islam selepas mendengar dan menghayati album saya," ucapnya yang begitu mengagumi kumpulan nasyid Raihan sambil menyatakan keinginannya untuk berkolaborasi dengan mereka.

google: maher zain, maher zain facebook, maher zain blog, maher zain twitter, maher zain mp3 download, maher zain wiki, maher zain lyrics, maher zain album, maher zain single terbaru, maher zain album baru, konsert maher zain in malaysia, foto maher zain, gambar terbaru terkini maher zain