Adsense

Khamis, 14 Oktober 2010

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Persembahan hiburan berbaur seks

Posted: 13 Oct 2010 08:42 PM PDT

lu 05.1 Persembahan hiburan berbaur seks

Kumpulan pop remaja Korea mengadakan persembahan yang menjadi isu kontroversi di negara itu. – Agensi


SEOUL 30 Sept. – Parlimen Korea Selatan akan melancarkan penyiasatan berhubung dakwaan bahawa persembahan oleh kumpulan-kumpulan pop gadis remaja terlalu berbaur seks yang tidak senonoh, kata seorang ahli Parlimen, hari ini.

Jawatankuasa budaya telah menghubungi ketua-ketua tiga agensi hiburan utama di negara ini yang menggunakan khidmat kumpulan-kumpulan terbabit.

"Jawatankuasa ini akan bertanya mereka sama ada remaja-remaja perempuan itu dipaksa berpakaian terdedah dan menyanyikan lagu-lagu dengan aksi-aksi serta lirik-lirik yang tidak senonoh," kata pembantu kepada ahli Parlimen Ahn Hyoung-Hwan daripada parti pemerintah Parti Utama Kebangsaan (GNP) kepada AFP.

"Beberapa orang anggota kumpulan remaja popular ini, baru berada di gred enam dan tujuh (berusia 13-14 tahun)… jadi kita perlukan beberapa peruntukan undang-undang bagi melindungi mereka daripada diperalatkan."

GP Basic, sebuah kumpulan remaja yang dianggotai enam orang yang membuat kemunculan pada bulan lalu, rata-rata terdiri daripada remaja berusia 15 tahun.

Pemerhati Suruhanjaya Komunikasi Korea pada Jun lalu memberi amaran kepada tiga badan penyiaran utama negara ini berhubung persembahan tidak senonoh oleh bintang-bintang di bawah umur.

JoongAng Daily melaporkan badan-badan penyiaran tersebut telah menaikkan had umur bagi artis-artis dari 12 tahun kepada 15 tahun. – AFP

///kosmo///

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.