Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Pelajar tidak pulang mati
- Jangan pandang belakang lagi
- Cheryl benci tapi rindu
- Lelaki paling berani
- 101 diimbang bebola besi 600 tan
- Mr Keli bertambah masyhur
- Transplan rawatan paling berkesan
- I Tarj robot istimewa
- Kadet UPNM tangkas
- Koleksi ala tentera
- Misteri Bukit Katil
- Malique Di Mata Liyana Jasmay
- Shaheizy Sam Terbawa-bawa Watak Pelat Di Rumah
- Imam Muda Asyraf Tunai Haji
- Hashim Rejab Tertekan Pertama Kali Mengarah Filem
- Bang Bang Boom! Musim Ke-6 Masuk Kampung, Lebih Terhibur!
- Alicia Keys Lahirkan Bayi Lelaki Bernama Egypt
- Angelina Jolie Jadi 'Cleopatra'?
- Anne, Darling kongsi debaran
- FAM tentukan hukuman insiden Kelantan, Selangor
- Tiada bonus untuk penjawat awam
- Perbelanjaan terlalu besar
- Tiga beranak maut kemalangan
- Lima syarat penentu jenayah sihir
- Logo halal pelaris perniagaan
Posted: 16 Oct 2010 09:00 PM PDT TELUK INTAN: Kebimbangan seorang bapa terjawab apabila anak gadisnya yang tidak pulang ke rumah sebaik ke sekolah pagi kelmarin ditemui mati dalam keadaan berbogel di dalam parit di sebuah ladang kelapa sawit, di sini, pagi semalam. SIASAT... mayat mangsa ditemui di ladang. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, pihaknya tidak menemui sebarang senjata tajam di lokasi kejadian dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 302, Kanun Keseksaan.
Saksi kejadian memaklumkan menemui beg dan pakaian mangsa terlebih dalu sebelum menemui mayat mangsa dalam parit.
| ||
Posted: 16 Oct 2010 08:58 PM PDT DI atas kertas, semuanya tampak indah dan menggembirakan kerana kontinjen negara akhirnya melakar kutipan pingat emas terbanyak dalam sejarah temasya Sukan Komanwel dengan 12 pingat emas di New Delhi berakhir Khamis lalu. AMIRUL HAMIZAN IBRAHIM
| ||
Posted: 16 Oct 2010 08:57 PM PDT LONDON: Sambil teresak-esak menahan sedu, juri program televisyen realiti Britain, Cheryl Cole, mengaku masih menyayangi suaminya, Ashley Cole, walaupun bintang bola sepak Chelsea dan England itu terbukti curang. IMEJ BARU...Cheryl muncul dengan rambut merah untuk ditemubual, semalam. COLE...langgan pelacur. Walaupun begitu, Cheryl mengakui dia sentiasa mencintai bekas suaminya dan hingga kini masih gagal menjelaskan mengapa rumah tangga mereka selama tiga setengah tahun boleh berantakan.
Dalam temubual itu, Cheryl berkata, dia masih yakin Cole adalah seorang lelaki baik walaupun pelbagai kelakuan buruknya didedahkan media.
| ||
Posted: 16 Oct 2010 08:55 PM PDT DENGAN semangat berani luar biasa, dia meletakkan dirinya dalam bahaya kerana ingin menyelamat 33 pelombong Chile yang terperangkap di bawah tanah sejak 69 hari lalu. TAHNIAH...Manuel Gonzalez (kanan) berjabat tangan dengan Presiden negara itu, Sebastian Pinera sebelum menuruni lubang sedalam 622 meter. LUAS... imej Satelit menunjukkan lombong San Jose yang dikelilingi Kem Harapan untuk misi menyelamat. MISI TERLAKSANA... Gonzalez melambai depan kamera sebelum menaiki kapsul ke permukaan. TERAKHIR... Luis Urzua, yang bertanggungjawab mengawal makanan dan membantu menaikkan semangat rakan-rakannya, sepanjang tempoh mereka terperangkap. CEKAL... Gonzalez memasuki kapsul sebelum menjadi anggota penyelamat pertama menuruni lombong San Jose yang runtuh, Ogos lalu. LEGA... PINERA menutup lubang penyelamat selepas Gonzalez tiba di permukaan. LUAS... imej Satelit menunjukkan lombong San Jose yang dikelilingi Kem Harapan untuk misi menyelamat. Bekas pemain bola sepak profesional itu diikat dalam kapsul kecil yang diberi nama 'Phoenix' sebelum menuruni lubang sedalam 622 meter, tempat 33 pelombong berkenaan berlindung sepanjang tempoh mereka terperangkap, Rabu lalu.
Dengan tepukan dan pelukan daripada Presiden Sebastian Pinera, lelaki Chile itu semalam menjadi orang pertama menguji kapsul berkenaan dan juga orang pertama menemui pelombong yang sudah terperangkap di bawah tanah itu selama 69 hari.
Selepas 69 hari di bawah tanah, termasuk dua minggu mereka dikhuatiri sudah mati, pelombong itu muncul dengan sorakan rakyat Chile dan disaksikan oleh masyarakat seluruh dunia.
| ||
101 diimbang bebola besi 600 tan Posted: 16 Oct 2010 08:54 PM PDT JIKA anda berpeluang meronda sekitar daerah Da'an, Taipei, di Taiwan, jangan terkejut atau takut sekiranya terserempak seorang wanita lewat usia 50-an sedang menggenggam erat dua bilah pisau pemotong daging kerana dia bukan orang gila yang ingin mengamuk, sebaliknya pakar mengurut menggunakan senjata berkenaan. KENANGAN...penulis bergambar di depan pintu masuk menara Taipei 101. MAHIR...Puan Lu mengurut pelanggan menggunakan pisau pemotong daging. ARTISTIK...patung singa tersergam megah di dataran Muzium Istana Kebangsaan Taiwan. BERSEJARAH...Muzium Istana Kebangsaan Taiwan. SESAK...suasana di pasar malam Shida. PADAT...pemandangan bandaraya Taipei dari tingkat 89 menara Taipei 101. MAHIR...Puan Lu mengurut pelanggan menggunakan pisau pemotong daging. Tanpa mempedulikan titisan demi titisan keringat yang mengalir, wanita itu yang hanya mahu dikenali Puan Lu, begitu fokus dan cekap menarah pisau ke belakang badan pelanggan yang dilindungi sehelai tuala mandi.
Pengalaman menarik menyaksikan urutan pisau pemotong daging itu dikutip dalam kunjungan penulis bersama enam wartawan dan kakitangan syarikat telekomunikasi terkemuka HTC ke Taiwan bagi mengikuti majlis pelancaran produk terbaru syarikat berkenaan, baru-baru ini.
Seperkara yang menarik mengenai Taiwan terutama di ibu negaranya, Taipei, terdapat ribuan premis di merata-rata tempat dengan pelbagai barang dagangan.
| ||
Posted: 16 Oct 2010 08:52 PM PDT MENGELUH ketika diri berdepan ujian perkara yang sering berlaku. Berapa kerat di antara kita yang memandangnya daripada sudut positif iaitu laluan berliku itu sebenarnya lorong menuju kejayaan. POTENSI...Mahadzir dengan produk keluarannya, Mr Keli, yang dipasarkan sejak setahun lalu. JAGA KUALITI...ikan keli diberi makan dan diperiksa. PROMOSI...Mahadzir (dua dari kanan) dan Nadzir (dua dari kiri) bersama kakitangan ketika mengikuti ekspo. GUNA TEKNOLOGI...ternakan keli kanvas yang menghasilkan ikan lebih berkualiti dan bersih di segi pemakanan. JAGA KUALITI...ikan keli diberi makan dan diperiksa.
"Peringkat permulaan Mr Keli dipasarkan di kedai runcit sekitar Temerloh dan Jengka di Pahang, Kedah dan Pulau Pinang. Cabaran ketika mula memasarkan produk ialah ramai orang tidak makan keli kerana beranggapan ikan itu kurang bersih di segi pemakanan. "Tugas saya ialah meyakinkan pengguna bahawa produk kami daripada keli yang diberi makan makanan bersih dan berkualiti. Kualiti ikan bermula dengan penjagaan makanannya. "Keli perlu diberi makan dedak sebelum boleh ditinkan kerana jika diberi makanan lain seperti perut ayam, ikan akan banyak lemak, baunya kurang enak dan isinya hancur menyebabkan ia sukar ditinkan. "Saya perlu yakinkan pembeli, ikan berkenaan diternak dalam keli kanvas dan diberi makanan bersih. Keli yang diternak dalam kanvas juga tidak meletup ketika digoreng kerana kurang lemak," katanya. Mr Keli yang didatangkan dalam tiga perasa iaitu cili, tomato dan kari turut menembusi pasaran pasar raya besar. Ia boleh didapati di Mydin sejak sembilan bulan lalu, manakala Giant, lapan bulan lalu. Ditanya mengenai saingan dengan produk makanan berkaitan terutama yang lebih dikenali, Mahadzir berkata, dia tidak gusar mengenai pasaran kerana produk makanan sentiasa ada permintaan. "Isu penipuan dalam 'contract farming' banyak menjejaskan usaha memperkenalkan produk. Ikan keli juga sering dikaitkan dengan isu kebersihan selain rupanya yang ditakuti sebilangan orang. "Ada kakitangan saya sendiri, pada mulanya tidak makan ikan keli, tetapi apabila selalu mengikuti promosi Mr Keli, dia teringin hendak makan dan kini boleh menerimanya," katanya. Lebih manis, hampir setahun di pasaran, Mr Keli mulai kenali. Produk itu juga kini mempunyai perubahan daripada segi saiz tin dan rasa. Jika dulu ikan yang ditinkan tidak digoreng, tetapi kini digoreng menjadikan rasanya lebih sedap. "Usaha memperkenalkan Mr Keli dilakukan dengan promosi berterusan kerana produk baru mengambil masa untuk dikenali. Apabila ke pasar raya, mereka akan tuju tempat barangan yang hendak dibeli saja. Menerusi promosi dengan memberi pelanggan mencuba produk, Mr Keli dapat diperkenalkan," katanya. Mahadzir turut mengikuti pelbagai pameran di seluruh negara anjuran agensi berkaitan seperti Mara dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama). "Pada pameran Mihas (Pameran Perdagangan Halal Antarabangsa), baru-baru ini, ada pihak luar yang berminat dan meminta kami menghantar sampel keli kering ke Senegal, Afrika. Di sana, penduduknya makan ikan yang dikeringkan. Kami kini dalam proses memenuhi permintaan itu. Kami juga dalam proses membuat filet kerana terdapat permintaan dari Hong Kong dan Amerika Syarikat (AS). Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) banyak membantu mengembangkan pasaran ke luar negara," katanya. Menurutnya, penghujung tahun ini, Nation Lines akan mengeluarkan makanan sejuk beku daripada keli seperti naget, sosej, burger, bebola dan filet selain roti keli dan samosa. "Tidak ramai Bumiputera terbabit dalam pengilangan dan pemasaran produk dalam tin. Hasrat saya ialah menjadi pengusaha Bumiputera yang berjaya dalam industri pengeluaran dan pengilangan produk makanan," katanya. | ||
Transplan rawatan paling berkesan Posted: 16 Oct 2010 08:51 PM PDT "BAPA saudara saya pernah jalani pembedahan penggantian buah pinggang di India pada 1979 atau 1980. Pendermanya, lelaki muda umurnya dalam pertengahan 20-an. Bagaimana dia mendapat penderma, siapa yang menguruskan atau berapa bayarannya; saya tidak tahu. BEDAH... transplan perlu dilakukan oleh doktor dan hospital bertauliah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. SEKSA... pesakit buah pinggang perlu menjalani dialisis. DERMA... penerima buah pinggang perlu pastikan sumber organ yang diterima adalah hasil derma bukan dibeli dari luar negara. BEDAH... transplan perlu dilakukan oleh doktor dan hospital bertauliah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Di seluruh dunia, organ yang sangat dikehendaki ialah buah pinggang dengan jumlah permintaan sebanyak 60,000 setahun diikuti hati (23,000) dan injap (5,000). Malangnya, di kebanyakan negara termasuk Malaysia, jumlah orang yang mahu menjadi penerima jauh melebihi angka yang sanggup menderma. "Tiada jaminan buah pinggang yang dibeli itu selamat. Buah pinggang dari China berkemungkinan mempunyai virus Hepatitis B dan HIV kerana ia datang daripada banduan yang dihukum mati. Buah pinggang dari India dan Pakistan pula diambil daripada buruh kasar. "Siapa yang akan bertanggungjawab jika perkara sebegini berlaku? Doktor di negara yang menjalankan pembedahan transplan haram itu tidak akan buat rawatan susulan untuk anda. Doktor di negara itu tidak pedulikan keselamatan anda. Selepas pembedahan mereka terus lepas tangan," katanya. Jelasnya, oleh kerana ubat anti penolakan yang perlu diambil selepas pembedahan transplan melemahkan daya ketahanan badan, penerima akan lebih mudah terkena jangkitan; dia kemudian membawa ia balik ke negara asalnya dan membahayakan ahli keluarga. Apa yang membimbangkan ialah jangkitan mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap antibiotik dan rawatan lain. Dalam keadaan ini, ia boleh membawa maut. b. Risiko kepada penderma/penjual Cegah perdagangan organ "Perdagangan organ adalah salah walaupun ada persetujuan antara penjual dan pembeli. Ini kerana ia hanya akan memihak pembeli kaya manakala penjual atau pesakit yang miskin akan terus tertindas serta tidak dapat organ yang dinanti. "Apa yang membimbangkan apabila perdagangan organ memasuki peringkat global, maka wujudlah 'ahli perniagaan' baru yang akan menyelinap masuk ke negara lain untuk mencari mangsa. Maka jenayah yang lebih besar akan terjadi. "Untuk mencegahnya, setiap negara perlu ada program dan tabung pendermaan organ sendiri. Cara ini boleh menggalakkan penduduk sesebuah negara berikrar menjadi penderma, bukan mendapatkan organ dari negara lain. Jika organ diperoleh dari negara lain, mesti tahu dari mana sumbernya," kata Dr Delmonico lagi. Katanya, di setiap negara, banyak sumber organ yang tidak dimanfaatkan khususnya daripada mangsa kemalangan jalan raya. Secara purata negara kita mencatatkan 6,000 hingga 7,000 kes kemalangan jalan raya setahun yang kebanyakannya membabitkan golongan muda di mana organ mereka masih dalam keadaan baik. Setiap tahun kira-kira 2,500 kes kegagalan buah pinggang peringkat akhir dilaporkan dan sehingga tahun lalu, jumlah keseluruhan pesakit dianggarkan mencecah 20,000 orang dan 50 peratus daripadanya menunggu untuk pemindahan organ. Malangnya, di negara kita, tempoh menunggu untuk pesakit menerima buah pinggang baru adalah antara 16 hingga 20 tahun. Di kalangan pesakit yang menunggu untuk mendapat jantung, hati dan paru-paru, lebih 50 peratus meninggal dunia dalam penantian. Jika organ daripada mangsa kemalangan itu dimanfaatkan, kita sebenarnya mempunyai bekalan organ yang mencukupi untuk menyelamatkan nyawa pesakit di seluruh negara. Alangkah sayangnya jika organ yang masih 'muda' umurnya itu dibawa 'pergi' begitu saja. Sudah sampai masa kita mengubah konsep hidup. Andai kita bersedia menjadi penerima, kita juga semestinya sanggup berikrar menjadi penderma. Mudah-mudahan ia menjadi bekal amalan apabila kita sudah tiada. | ||
Posted: 16 Oct 2010 08:47 PM PDT KOMPUTER pelbagai guna terutamanya menterjemahkan perkataan rumi ke jawi sebelum ini tidak pernah terlintas difikiran mampu dihasilkan oleh individu kreatif dan berkemahiran tinggi dalam bidang berkenaan terutamanya oleh anak muda yang masih berada dibangku sekolah lagi. FUNGSI...Wan Abdul Hamid (dua dari kiri) diberi penerangan mengenai fungsi I Tarj oleh Kamaruzaman sambil diperhatikan oleh Bahtiar (tengah). .pics { height: 300px; width: 300px; padding: 0pt; margin: 0pt; }.pics img { padding: 3px; border: 1px solid rgb(204, 204, 204); background-color: rgb(238, 238, 238); width: 300px; height: 300px; top: 0pt; left: 0pt; } Kamaruzaman dan Aisyah bersama hadiah kemenangan peringkat kebangsaan. BEGINI...Ahmad Bushra (tengah) menjalankan kerja meningkatkan kemampuan I Tarj ambil diperhatikan ahli pasukan SHAKS. CUBA...rakan-rakan juga tertarik dengan kemampuan I Tarj. BEGINI...Ahmad Bushra (tengah) menjalankan kerja meningkatkan kemampuan I Tarj ambil diperhatikan ahli pasukan SHAKS.
>PROFIL NAMA: Kamaruzaman Mohd Hashim UMUR: 14 tahun ASAL: Kuantan, Pahang PENDIDIKAN: Tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Hajjah Kalsom, Kuantan HOBI: Melukis dan mekanik robot CITA-CITA: Jurutera PENCAPAIN: Anggota pasukan yang menjuarai Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan 2010 > PROFIL NAMA: Nor Athirah Mohd Zaradi UMUR: 14 tahun ASAL: Kuantan, Pahang PENDIDIKAN: Tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Hajjah Kalsom, Kuantan HOBI: membaca dan layar Internet CITA-CITA: Saintis PENCAPAIN: Anggota pasukan yang menjuarai Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan 2010 >PROFIL NAMA: Nuur Aisyah Mata Saman UMUR: 14 tahun ASAL: Kuantan, Pahang PENDIDIKAN: Tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Hajjah Kalsom, Kuantan HOBI: Membaca komik CITA-CITA: Jurutera PENCAPAIN: Anggota pasukan yang menjuarai Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan 2010 | ||
Posted: 16 Oct 2010 08:46 PM PDT ACARA melompat merentasi gelung api dan simulasi letupan menjadi antara persembahan menarik dalam usaha 1,400 pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dalam memecah rekod Tempur Tanpa Senjata (TTS), baru-baru ini. GARANG...aksi sebahagian pegawai kadet UPNM. KUAT...pegawai kadet wanita juga menunjukkan kekuatan dengan memecahkan pelapik simen. BERANI...aksi melompat gelung api mendapat perhatian ramai. LAWAN...antara aksi tempur tanpa senjata yang dipersembahkan. SEKATA...barisan pegawai kadet mempamerkan aksi senamrobik. BERANI...aksi melompat gelung api mendapat perhatian ramai.
| ||
Posted: 16 Oct 2010 08:45 PM PDT PENGUMPUL aksesori ala tentera atau pasukan khas tentunya menghadapi kesukaran untuk mendapatkan barangan kerana kurangnya premis yang menjual cenderahati untuk dijadikan koleksi peribadi. PELBAGAI...lambang bersulam turut diminati untuk koleksi. LENCANA...yang mewakili kemahiran anggota pasukan khas juga sesuai untuk dikumpul. JADI PILIHAN...jam mirip kegunaan anggota pasukan keselamatan. LENGKAP...antara aksesori yang pastinya menarik minat pengumpulnya. KOLEKSI...dompet dengan lambang pasukan khas. LENCANA...yang mewakili kemahiran anggota pasukan khas juga sesuai untuk dikumpul.
| ||
Posted: 16 Oct 2010 08:33 PM PDT KATIL pada bukit? Persoalan itu pasti bermain di benak pengunjung yang melalui Kampung Bukit Katil di Melaka. NAMA ASAL DIPEROLEH...bukit bersebelahan SK Dato' Demang Hussin di mana penduduk terdahulu dikatakan menemui batil emas terletak di atas batu berbentuk seakan katil sekali gus tercipta nama Kampung Bukit Katil. UNTUK PEMBANGUNAN UMMAH...Masjid Jamek Bukit Katil terletak di jalan masuk ke Solok Bukit Bayan dibina demi pembangunan ummah di kawasan terbabit. WARISAN SEJARAH...Masjid Lama Bukit Katil yang terletak di Solok Bukit Bayan adalah masjid pertama bagi penduduk Kampung Bukit Katil dan dibina pada 1918. NAMA ASAL DIPEROLEH...bukit bersebelahan SK Dato' Demang Hussin di mana penduduk terdahulu dikatakan menemui batil emas terletak di atas batu berbentuk seakan katil sekali gus tercipta nama Kampung Bukit Katil.
Bagaimanapun, berdasarkan fakta sejarah, kampung asal Bukit Katil adalah Bukit Sama Tahu (selepas itu dikenali sebagai Solok Pantai) yang terletak di pinggir pertemuan Sungai Gapam dan Sungai Ayer Panas (Sungai Tehel). | ||
Posted: 16 Oct 2010 08:32 PM PDT PETALING JAYA: Aktres dan penyanyi Liyana Jasmay menyanyikan sebuah lagu rap reggae bersama-sama Aris (Colabr8) dan Malique. Bermula daripada pelawaan aktres Melissa Maureen Rizal, isteri kepada penyanyi rap, komposer dan penulis lirik Malique pada bulan puasa lalu, Liyana mencuba nyanyian lagu genre itu. Kolaborasi dengan Aris dan Malique itu sebenarnya untuk lagu yang dimuatkan dalam album Aris yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Berpeluang bertemu mata dengan Malique, insan yang dianggap kreatif dan berbakat di mata Liyana, pelakon filem Papadom itu akui teruja apabila berpeluang bekerjasama. "Saya tak pernah menyanyi rap ala-ala reggae, dan liriknya pula sangat mendalam maksudnya kerana Malique menulis apa yang dia fikirkan. "Aris kata, lirik yang saya nyanyi memang dibuat khas untuk saya, apa yang saya rasa apabila orang kutuk nyanyian saya. Saya tak pasti tajuk lagu yang diberikan kerana lagu itu merupakan lagu Aris," katanya kepada mStar Online. Malique juga sempat memberikan nasihat kepada Liyana agar tidak mudah putus asa. Yang penting, saya perlu pandai membawa diri dalam industri muzik ini agar tidak ditipu oleh pihak yang tak bertanggungjawab. "Malique seorang yang baik, tak suka dengan gosip dan lebih menumpukan kepada minat muziknya. Saya harap semua orang menghormati caranya dan lagu-lagunya," katanya yang turut mendapat bantuan Zain Ruffedge dalam industri muzik ini. Bercerita tentang perkembangan lain, penyanyi lagu Penyelamat Cinta dan Aku Tak Percaya Cinta ini membawa kenangan manis ketika menghadiri Festival Filem Australia Malaysia di Melbourne, Australia pada 2 hingga 7 Oktober lalu. Selain bertukar-tukar pandangan tentang industri perfileman dua negara ini, dia turut berpeluang menayangkan filem lakonannya berjudul Niyang Rapik di Australian Centre for the Moving Image (ACMI). Kunjungan Liyana turut disertai oleh Afdlin Shauki, Hans Isaac dan Datin Orked Ahmad, adik kepada pengarah filem terkenal Allahyarham Yasmin Ahmad. Selain Niyang Rapik, filem Setem, Rabun, 15Malaysia dan Sell Out! turut ditayangkan di sana. "Paling seronok untuk dikongsikan tentang pembahagian pawagam untuk filem perdana dan filem indie yang terdapat di sana dan tiada di Malaysia," ujarnya lagi. Dalam perkembangan lain, Liyana akan berlakon dalam teater Natrah dan berminat untuk mendalami teater muzikal pada masa akan datang. | ||
Shaheizy Sam Terbawa-bawa Watak Pelat Di Rumah Posted: 16 Oct 2010 08:31 PM PDT PELAKON Shaheizy Sam Abdul Samad, 28, atau mesra disapa Sam mengakui tumpuan yang diberikan untuk membawa watak lelaki terencat akal iaitu Arman dalam filem terbaru Sekali Lagi... ternyata memberi kesan kepada dirinya sehingga ke luar lokasi penggambaran. Menurut Sam, gara-gara penghayatan yang diberikan terhadap watak seperti budak-budak itu, Sam terbawa-bawa reaksi aneh iaitu bercakap secara pelat apabila dia berbual selepas tamat penggambaran. "Keadaan saya bercakap secara pelat ini mula dikesan oleh ahli keluarga dan rakan-rakan. Apabila saya berbual dengan mereka, saya akan terbawa-bawa bercakap secara pelat seperti kanak-kanak. "Perubahan ini mula berlaku sejak terlibat dalam filem ini. Saya cuba memberikan tumpuan dan penghayatan sepenuhnya untuk watak lelaki terencat akal itu sehingga tidak sedar ia memberi kesan pula kepada saya di luar lokasi penggambaran. "Bagaimanapun, ia satu pengalaman yang yang paling menarik sepanjang saya bergelar pelakon. Keadaan tersebut bukanlah sesuatu yang serius pun cuma agak pelik juga bila difikirkan," katanya yang ditemui di lokasi penggambaran filem itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Mengulas tentang cabaran dalam menggalas watak Arman, Sam berkata watak tersebut memang mencabar kemampuannya sebagai seorang pelakon. Dia bukan sahaja perlu mengawal gerak-geri dan pertuturannya seperti seorang yang terencat akal dan kebudak-budakan, malah watak itu juga menuntut Sam untuk bermain dengan ekspresi wajah dan emosi dalaman. "Saya akui watak ini memerlukan fokus saya pada segala aspek termasuk emosi, ekspresi wajah dan pergerakan tubuh. Memang bukan mudah sebenarnya sebab saya perlu sentiasa peka dengan cara bertutur dan gerak-geri seperti seorang budak-budak. "Tapi mujurlah saya mempunyai anak saudara di rumah yang berumur sekitar 9 tahun. Jadi saya banyak memerhatikan gerak-geri dan cara pertuturannya. Dari situ, saya tiru dan kembangkan lagi gaya budak-budak itu untuk menjayakan watak Arman," katanya. Diterbitkan oleh Metrowealth Pictures Sdn Bhd, filem arahan Hashim Rejab ini turut menampilkan gabungan muka baru dan lama seperti Lisa Surihani, Mia Sara Nasuha, Kartina Aziz, Bront Palarae dan Bob Lokman. Filem yang menjalani penggambaran di sekitar Lembah Kelang selama 25 hari ini dijangka menjengah pawagam pada tahun 2011. | ||
Posted: 16 Oct 2010 08:29 PM PDT PETALING JAYA: Juara Imam Muda, Asyraf atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, bertolak ke Mekah untuk menunaikan haji pada Ahad, pukul 1.30 pagi di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. Menurut Asyraf, dia menunaikan haji atas tiket hadiah yang dimenanginya dalam program Imam Muda yang berakhir pada Julai lalu. "Saya pergi menunaikan haji seorang diri tanpa ditemani isteri. Saya mohon maaf andai ada kesilapan. Doakan semoga saya mendapat haji mabrur dan sihat di sana. "Saya akan kongsikan dan kemaskini segala info di Facebook Imam Muda Asyraf dan laman web www.imamudasyraf.com. Insya-Allah, saya akan pulang ke Malaysia pada 30 November ini," katanya menerusi kiriman pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online. Selain hadiah pakej menunaikan haji, dia turut mendapat pakej menunaikan umrah serta pakej percutian ke Bandung selama 4 hari 3 malam, perabot jati bernilai RM10,000 dan pakej SPA Maghribi. Imam di Masjid Desa Petaling, Kuala Lumpur itu juga menerima biasiswa pakej 'Berlian' pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi tajaan Yayasan Antarabangsa Al- Madinah berserta sebuah kereta Proton Exora. Bukan itu sahaja, Asyraf juga membawa pulang wang tunai RM20,000 dan sebuah komputer riba jenis Apple Macbook Pro, i Phone 3G, trofi dan sijil penyertaan serta kad pertauliahan daripada Jawi. | ||
Hashim Rejab Tertekan Pertama Kali Mengarah Filem Posted: 16 Oct 2010 08:28 PM PDT PENGARAH baru Hashim Rejab yang pertama kali diberi kepercayaan untuk menerajui filem Sekali Lagi... mengakui tertekan dan bimbang dengan sambutan penonton apabila filem ia ditayangkan kelak. Menurut Hashim, tanggungjawabnya sebagai pengarah drama untuk televisyen sebelum ini tidak adalah berbeza dengan tanggungjawab yang digalasnya kali ini. Jika sebelum ini, dia tidak perlu gusar atau pening kepala selepas menyiapkan sesebuah drama kerana ia sudah pun sedia dibeli oleh stesen tv, namun tanggungjawabnya sebagai pengarah filem adalah besar bagi memastikan filem itu bukan sahaj berkualiti malah berjaya menarik minat penonton untuk ke pawagam. "Tanggungjawab untuk mengarah filem memang berbeza dengan pengalaman mengarah drama tv. Kalau untuk drama tv, saya tidak perlu risau lagi selepas tamat penggambaran kerana produk itu sudah dibeli oleh stesen tv. "Berbeza bagi filem, tanggungjawab terhadap sesebuah filem itu tidak akan berakhir selagi filem itu belum ditayangkan. Memang saya tertekan untuk memastikan filem Sekali Lagi... ini bukan sahaja berkualiti tetapi yang lebih penting dapat memikat penonton untuk ke pawagam kelak," katanya. Bagaimanapun, pengarah yang berasal dari Kedah ini menganggap dirinya begitu bertuah di atas peluang yang diberikan oleh penerbit David Teo, selain dapat bekerjasama dengan pasukan produksi yang saling membantu sepanjang penggambaran berlangsung. "Sebelum ini saya banyak mengarahkan drama televisyen dan pernah menjadi Penolong Pengarah Filem untuk beberapa judul filem di bawah MIG. Walaupun sudah mempunyai 10 tahun pengalaman tapi saya akui pengalaman duduk di kerusi pengarah filem bukanlah satu tugas mudah. "Namun, saya berterima kasih kepada krew dan pelakon yang terlibat kerana kami bekerja sebagai satu pasukan dan sebarang keputusan yang hendak dibuat berkaitan aspek lakonan atau teknikal dicapai menerusi perbincangan bersama," katanya. Hashim merupakan pengarah muda ke-enam di bawah skim 10 Pengarah Muda yang diperkenalkan oleh syarikat produksi MIG selepas Pierre Andre, Norliana Shamsudin, Farid Kamil, Azhari Zain dan Ismail Bob Hasim. Sebelum ini, Hashim pernah mengarahkan drama bersiri popular Adamaya. | ||
Bang Bang Boom! Musim Ke-6 Masuk Kampung, Lebih Terhibur! Posted: 16 Oct 2010 08:27 PM PDT PETALING JAYA: Program Bang Bang Boom! musim keenam (BBB6) memperkenalkan segmen terbaru iaitu Amekaw, temasya sukan kecil yang diadakan di kampung-kampung sekitar Semenanjung Malaysia. BBB6 selama 13 episod yang dihoskan oleh Reezman Esa atau Amat dan Ahmad Azahari Mohd Ali atau Azahari itu disiarkan di TV3 mulai 26 Oktober ini, setiap Selasa, pukul 10 malam. Selain itu, program yang mengetengahkan konsep santai dan lawak jenaka itu turut memuatkan segmen Mwahaha, Terima Kasih dan Bang dengan menjanjikan hiburan berpanjangan sepanjang segmen itu kepada penonton. Amekaw merupakan pengubahsuaian daripada segmen Ada Berani dan Tak de Pasal Cari Pasal. Berbanding musim yang lepas yang hanya tertumpu di rumah-rumah peminat BBB, kali ini krew bertandang ke beberapa kampung di Bachok, Kelantan, Pahang, Kuala Kurau, Perak dan Pontian, Johor. Selain Amat dan Azhari, penyertaan daripada orang kampung dan beberapa selebriti jemputan seperti Sarah Raisuddin, Wan Sharmila, Yasmin Hani, Gambit dan Asry Azizan (Kapten Kit) turut membantu menjayakan segmen tersebut. "Menariknya, segmen Amekaw turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada orang kampung. Mereka turut sama-sama berarak dan meriuh-rendahkan segmen tersebut. Paling tidak disangka apabila kira-kira 5,000 penduduk di Pontian sanggup turun padang bagi menjayakan segmen ini. "Dengan sambutan yang diberikan, kami telah merancang untuk membuat segmen Amekaw ini dalam satu program khas untuk Amekaw sahaja pada tahun depan dan dihoskan oleh dua pengacara yang sama," kata penerbitnya, Tengku Mohd Ismail Tengku Ibrahim dalam sidang media di Sri Pentas TV3, Khamis. Rakaman untuk musim enam, tujuh dan lapan itu diadakan sejak bulan Mac lalu sehingga sekarang. Selepas lima musim bersiaran dan kini memasuki musim keenam, Ismail akui cabaran yang dihadapi dalam BBB semakin banyak. Setiap segmen menggunakan latar tempat dan masa yang berlainan. Jadi, sedikit-sebanyak ia menyukarkan tenaga produksi seperti mencari lokasi yang bersesuaian. Bagi melakukan kelainan dalam musim terbaru ini, mereka sentiasa menyerap lebih ramai para pelakon tambahan yang baru untuk membantu melancarkan segmen Mwahaha, Terima Kasih dan Bang yang lebih bersifat mengenakan orang. "Mereka yang terdiri daripada latar belakang pelakon teater ini tidak dikenali ramai dan sedikit-sebanyak membantu melancarkan perjalanan program ini. Jadi, secara tak langsung program ini mampu mendekatkan diri dengan penonton baru yang selama ini tidak mengetahui tentang BBB," katanya lagi. Sementara itu, Amat sentiasa seronok sepanjang mengikuti penggambaran dan rakaman program ini terutama di kampung-kampung. Paling digemarinya sewaktu menyediakan set dan alatan sebelum memulakan segmen Amekaw. "Ramai orang kampung yang turun padang dan sama-sama menolong kami menyediakan alatan. Jadi, secara tak langsung segmen itu telah mengeratkan hubungan kami dengan orang kampung itu serta orang kampung yang lain," ujarnya. Bagi Azahari, tenaga produksi banyak membantu dua pengacara itu mengendalikan segmen Amekaw. Selain itu, pengalaman yang ada dalam segmen Spontan dan Ada Berani sebelum ini juga sedikit-sebanyak membantu. | ||
Alicia Keys Lahirkan Bayi Lelaki Bernama Egypt Posted: 16 Oct 2010 08:27 PM PDT PENYANYI Alicia Keys dan suaminya, Swizz 'Kaseem Dean' Beatz begitu gembira dengan kelahiran anak lelaki mereka Egypt Daoud Dean yang dilahirkan pada 14 Oktober lalu di New York City, demikian menurut kenyataan daripada wakil pasangan itu. "Bayi itu adalah anak pertama bagi pasangan itu, walaupun Beatz sudah memiliki tiga orang anak daripada perkahwinannya terdahulu," kata wakil tersebut. Pasangan itu dilaporkan berkahwin dalam sebuah majlis tertutup yang bersaksikan hamparan Lautan Mediterranean, Julai lalu. Pada majlis tersebut, pasangan Keys dan Beatz masih belum mengetahui jantina kandungan penyanyi lagu Fallin itu tetapi mengakui sudah bersedia untuk mendirikan sebuah keluarga bersama. | ||
Angelina Jolie Jadi 'Cleopatra'? Posted: 16 Oct 2010 08:25 PM PDT PELAKON Angelina Jolie dilaporkan bakal menggalas watak utama sebagai Cleopatra dalam versi filem terbitan semula itu. Filem tersebut akan diarahkan oleh pengarah James Cameron. Menurut laporan, aktres berusia 35 tahun itu bagaimanapun bimbang untuk membawa watak yang pernah dilakonkan oleh bintang lagenda Elizabeth Taylor dalam filem asal yang diterbitkan pada tahun 1963 itu. Bagaimanapun, laman web Deadline.com melaporkan, Cameron, 56, dan Sony Pictures Entertainment semakin pasti untuk menyunting Jolie dalam filem yang akan dihasilkan dalam format 3D itu. Filem adaptasi daripada novelis Stacy Schiff yang berjudul Cleopatra: A Life itu bakal memaparkan kronologi hidup Cleopatra termasuk percintaannya dengan Julius Caesar, hubungan sulit yang terjalin bersama Mark Antony dan saat-saat kematiannya. Sebagai penulis, Schiff yakin bahawa Jolie adalah pilihan yang sesuai untuk membawa watak Cleopatra berdasarkan kepada kecantikan fizikal yang dimiliki oleh aktres itu. "Saya rasa dia (Jolie) adalah pilihan terbaik untuk watak itu dan berkemungkinan dia bakal menjulang anugerah Oscar pada masa akan datang," katanya yang dipetik daripada laporan di USA Today. Selain Jolie, Schiff juga berharap kekasih aktres itu, Brad Pitt turut terpilih untuk menjayakan watak Mark Antony, sebagaimana yang pernah berlaku sebelum ini, di mana Taylor berlakon di samping kekasihnya pada waktu itu, Richard Burton sebagai pasangan kekasih dalam filem terbitan 1963 itu. | ||
Posted: 16 Oct 2010 08:23 PM PDT Jika si kakak sedang meniti saat bahagia menghitung beberapa bulan yang tinggal, si adik pula berdebar menghitung hari yang tinggal. Begitulah situasi yang dialami Darling Ngasri dan Anne Ngasri kini yang sama-sama sedang berbadan dua. Anne yang kini sedang sarat mengandung hanya menanti hari untuk melahirkan anak ketiga yang dijangka perempuan. Manakala Darling pula yang baru selesai kes di mahkamah disahkan telah mengandung dua bulan. Anne dan Darling yang ditemui baru-baru ini semasa majlis kenduri doa selamat, rumah terbuka dan sambutan hari jadi adik bongsu, Baby di rumah ibu bapa mereka. Mereka juga mengakui saling bertukar cerita dan petua apatah lagi Anne sudah tiga kali melalui proses kehamilan manakala Darling yang pertama. Menurut Anne, Darling banyak bertanya mengenai proses kehamilan kepadanya. Walau bagaimanapun Anne mengakui menghalang Darling menemani semasa proses bersalin nanti. "Darling beria-ia mahu menemani saya semasa bersalin, tetapi bagi saya jika orang itu sedang melalui proses kehamilan pertama kali, seeloknya dia tidak perlu melihat proses kelahiran, bimbang nanti menakutkan dia. "Jadi saya cadangkan Darling melihat saya selepas bersalin saja nanti. Mungkin ibu saya (Habibah Jafar) yang akan menemani saya," ujar Anne membuka bicara tentang dirinya dan Darling yang kini berbadan dua kepada Sinar Harian. Menurut ibu kepada Abdul Warits, 4 tahun dan Abdul Wafri, 2 tahun ini, dia sudah mula berehat dalam sebarang aktiviti lakonan sejak tiga bulan yang lalu. Malah dia dijangka akan bersalin dalam tempoh seminggu saja lagi. "Anne teruja menanti kelahiran anak ketiga ini apatah lagi dua doktor mengesahkan anak dalam kandungan Anne ini perempuan. Anne sendiri memang berharap mendapat anak perempuan memandangkan Anne sudah ada dua hero. "Memandangkan dua anak Anne sebelum ini lelaki jadi persiapan untuk anak ketiga lebih sikit kerana membeli barang baru. Anne akan bersalin di hospital Tawakal dan akan berpantang di rumah sendiri," ujarnya yang akan kembali aktif selepas tempoh bersalin nanti. Umum mengetahui Anne kini sah bercerai Jun lalu ketika usia kehamilannya mencecah dua bulan. Namun Anne kelihatan tabah walaupun akan melahirkan anak tanpa suami di sisi. "Bohonglah kalau Anne kata tidak sedih tapi benda sudah lepas untuk apa dikenang lagi. Anne juga sudah bersedia dari segi mental, mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar dan tenang semasa Anne bersalin nanti. "Wafi juga tidak pernah mengabaikan nafkahnya terhadap anak dan kami juga ada beberapa kali keluar bersama dan selalu berbincang untuk membeli keperluan anak. Anne harap situasi ini akan berkekalan sampai bila-bila," katanya sambil tersenyum. | ||
FAM tentukan hukuman insiden Kelantan, Selangor Posted: 16 Oct 2010 08:23 PM PDT Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan membuat keputusan Selasa ini mengenai kes pergaduhan sewaktu perlawanan suku akhir pertama di antara Selangor dan Kelantan, Selasa lalu. Naib presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata jika insiden 12 Oktober lepas di Stadium Shah Alam berulang, pihaknya mungkin juga mengambil tindakan seperti memotong tiga mata bagi setiap pasukan.. "Kita (FAM) juga boleh mengambil tindakan denda maksimum sehingga RM100,000," katanya. Hamidin berkata, FAM juga akan mengadakan perjumpaan dengan kedua-dua pasukan pada hari berkenaan bagi membincangkan jumlah kos kerugian yang perlu ditanggung oleh kedua-dua pasukan itu berikutan kerosakan Stadium Shah Alam itu. Insiden berlaku selepas Selangor sebagai tuan rumah terikat tanpa jaringan dengan Kelantan. Walau bagaimanapun iaberjaya disuraikan oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU). Hamidin berkata, pada mesyuarat kelmarin yang dipengerusikan oleh Naib Presiden 1 Bola sepak Negeri Pahang, Datuk Dr Omar Othman, jawatankuasa itu bersetuju mengubah jadual perlawanan Liga Malaysia pada musim hadapan. "Kita telah bersetuju Liga Super pada musim hadapan akan diadakan pada setiap hari Isnin dan Jumaat, Liga Perdana akan diadakan pada hari Rabu dan Ahad, manakala perlawanan Piala FA dan Piala Malaysia pula pada Isnin dan Jumaat," katanya. Beliau berkata, Piala FAM pula akan diadakan pada Ahad dan Piala Presiden pada Sabtu. Hamidin berkata, perubahan jadual perlawanan dilakukan atas beberapa faktor termasuk mengambil kira jadual perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), kos kewangan dan lain-lain. "Pasukan dan kelab yang bertanding dalam Liga-M diberi peluang memilih sama ada ingin bermain pada waktu petang atau malam tetapi tidak dibenarkan :menukar jadual perlawanan sewenang-we- nangnya. "Pilihan waktu ialah 4.15 petang untuk Sabah dan Sarawak, 5 petang untuk Semenanjung manakala 8 malam untuk Sabah dan Sarawak dan 8.45 malam untuk Semenanjung," katanya. | ||
Tiada bonus untuk penjawat awam Posted: 16 Oct 2010 08:22 PM PDT KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa kerajaan tidak dapat memberikan sebulan bonus kepada kira-kira 1.2 juta penjawat awam dalam Bajet 2011 kerana ia membabitkan perbelanjaan besar, iaitu RM3.1 bilion. Oleh itu, katanya, pemberian bantuan khas kewangan RM500 setiap seorang adalah wajar. Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, memang banyak pihak yang melobi supaya kerajaan dapat mengisytiharkan bonus sebulan kepada 1.2 juta penjawat awam. "Tapi saya nak kongsi dengan tuan-tuan dan puan. Bonus satu bulan membabitkan belanja RM3.1 bilion pada kerajaan. Kalau ikut hati memang saya nak beri bonus tapi sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab saya tidak boleh belanja lebih daripada pendapatan negara. "Sebab itu yang saya dapat lakukan ialah beri RM500 sebagai bayaran khas kepada penjawat awam," katanya berucap pada majlis Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia bersama Perdana Menteri di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini, semalam. Najib berkata, bantuan khas kewangan itu sekurang-kurangnya dapat meringankan bebanan kewangan ibu bapa untuk persiapan persekolahan anak-anak pada hujung tahun. "Wang RM500 ini sangat-sangat berguna sekali dan kerajaan akan bayar bantuan khas itu pada Disember ini," katanya. Menurutnya, kerajaan bermurah hati turut memanjangkan bantuan ini kepada pesara-pesara kerajaan, walaupun mungkin ada yang tiada lagi perlu menanggung anak-anak bersekolah. Beliau berkata, walaupun tiada pemberian bonus, kerajaan memberikan ganjaran lain yang memberi faedah kepada penjawat awam seperti cuti bersalin tidak melebihi 90 hari. Najib berkata, ini turut memberi faedah kepada guru wanita yang merupakan hampir 70 peratus daripada 400,000 guru di seluruh negara. "Cuti bersalin ini hadiah untuk kaum wanita. Tapi kalau tak nak ambil 90 hari pun boleh juga. Itu terpulang kepada mereka," katanya. Perdana Menteri berkata, kerajaan turut memberi faedah tambahan dari segi pinjaman perumahan di mana had maksimum pinjaman perumahan dinaikkan kepada RM450,000 berbanding RM360,000 pada masa ini, agar penjawat awam lebih mampu membeli rumah lebih berharga. Mengenai pelbagai memorandum yang disampaikan kepada beliau untuk melakukan penambahbaikan skim perkhidmatan perguruan, Najib berkata, beliau perlu sedikit masa menelitinya kerana melibatkan implikasi kewangan dan kumpulan guru yang besar. "Sebab itu saya perlu teliti bersama JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) dan Kementerian Kewangan. Banyak cadangan dikemukakan, sekiranya kerajaan mampu, saya akan bincang dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran), boleh buat pengumuman bila sampai pada masanya," katanya. | ||
Posted: 16 Oct 2010 08:21 PM PDT KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa kerajaan tidak dapat memberikan sebulan bonus kepada kira-kira 1.2 juta penjawat awam dalam Bajet 2011 kerana ia membabitkan perbelanjaan besar iaitu RM3.1 bilion. Oleh itu katanya, pemberian bantuan khas kewangan RM500 setiap seorang adalah wajar. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, memang banyak pihak yang melobi supaya kerajaan dapat mengisytiharkan bonus sebulan kepada 1.2 juta penjawat awam. "Tapi saya nak kongsi dengan tuan-tuan dan puan. Bonus satu bulan telah belanja RM3.1 bilion pada kerajaan... kalau ikut hati memang saya nak beri bonus tapi sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab saya tidak boleh belanja lebih daripada pendapatan negara. "Sebab itu, yang saya dapat lakukan ialah beri RM500 sebagai bayaran khas kepada penjawat awam," kata beliau ketika berucap pada majlis Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia bersama Perdana Menteri di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini semalam. | ||
Posted: 16 Oct 2010 08:20 PM PDT LENGGONG – Tiga beranak maut manakala lima yang lain cedera apabila dua buah kereta bertembung di Kilometer 42.7, Jalan Kuala Kangsar-Lenggong dekat sini semalam. Dalam kejadian pukul 9.40 pagi itu, Mariah Ahmad, 61, dan cucu lelakinya, Mohd. Mukmin Abdul Lajis, 4, mati di tempat kejadian. Bapa Mohd. Mukmin yang juga pemandu kereta, Abdul Lajis Zakaria, 42, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Kangsar dekat sini kira-kira pukul 12.45 tengah hari. Ketua Polis Daerah Gerik, Supritendan Mahad Nor Abdullah berkata, empat lagi penumpang kereta itu, Norashikin Abdul Lajis, 17, Zakaria Yassin, 67, Khatimah Mun, 80, dan seorang lagi yang identitinya belum dikenal pasti cedera parah. | ||
Lima syarat penentu jenayah sihir Posted: 16 Oct 2010 08:19 PM PDT
KUALA LUMPUR – Perbuatan sihir boleh dianggap perlakuan jenayah jika turut dilengkapi lima syarat. Kelima-limanya ialah peralatan yang digunakan, pelaku, perbuatan dan niat seseorang penjenayah sihir berkenaan. Pensyarah Kanan Sekolah Pengajian Islam Kolej Antarabangsa Institut Kemahiran Ikhtisas Pahang (IKIP), Dr. Mahyuddin Ismail (gambar) berkata, elemen-elemen itu sama seperti yang terdapat pada perbuatan jenayah bukan sihir.
Jika kelima-limanya saling melengkapi ia boleh dijadikan rujukan utama dalam menguatkuasakan Akta Sihir, katanya. "Dalam jenayah biasa, peralatan bermaksud alat yang digunakan untuk melaksanakan niat jahat seperti pistol, parang atau objek lain. "Dalam pelaksanaan sihir pula alatnya ialah makhluk halus terdiri daripada jin, syaitan dan iblis yang menjadi 'peluru' yang ditembak ke arah mangsa," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam. | ||
Posted: 16 Oct 2010 08:16 PM PDT SEREMBAN - Golongan usahawan wajar memanfaatkan logo halal yang berpotensi membantu meningkatkan perniagaan hingga ke seluruh dunia berdasarkan kajian oleh Unit Penyelidikan Kualiti Makanan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Penolong Pengarah Unit Pembangunan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Mohd. Fitri Muhamed menjelaskan, industri halal semakin mendapat perhatian dan mempunyai potensi tinggi untuk diterokai. "Berdasarkan kajian UKM tersebut, permintaan terhadap produk dan perkhidmatan halal mampu berkembang dan berpotensi mencatat jualan sebanyak AS$2.1 trilion (RM7.35 trilion) setahun," katanya. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |