Adsense

Sabtu, 16 Oktober 2010

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Lelaki ganas dijinakkan komedi

Posted:

Lelaki ganas dijinakkan komedi

Lelaki ganas dijinakkan komedi

OLEH YUSMAN AWANG
yusman.awang@kosmo.com.my



MARK WAHLBERG selama ini dikenali bukan sebagai pelakon yang boleh membuatkan penonton ketawa dengan lakonannya di layar perak. Daripada Boogie Nights, filem awal yang menyerlahkan bakat lakonannya di layar perak, sehinggalah kepada filem Max Payne, karakter lakonan Mark tidak dikaitkan dengan humor semuanya, kalau tidak serius pun, ia akan lebih menjurus kepada aksi.

Namun menerusi filem terbarunya, The Other Guys, sisi lain Mark Wahlberg diserlahkan. Menjadi filem komedi pertama lakonannya, The Other Guys menggandingkan Mark dengan dua nama yang sering berkolaborasi menerusi siri filem komedi iaitu pengarah Adam McKay dan pelakon komedi terkenal Will Ferrell.

Plotnya berkisar tentang dua orang polis, Detektif Terry Hoitz (Mark Wahlberg) dan Detektif Allen Gamble (Will Ferrell) dengan latar belakang berbeza, digandingkan untuk menyelesaikan kes jenayah berprofil tinggi.


MARK WAHLBERG mengaku mahu mencuba semua jenis karakter termasuk komedi.


Biarpun berunsur komedi, The Other Guys turut menyelitkan elemen aksi dan jenayah. Ikuti temu bual bersama Mark Wahlberg tentang pengalamannya berlakon filem yang turut menampilkan lakonan Samuel L. Jackson, Eva Mendes, Steve Coogan dan Dwayne 'The Rock' Johnson itu.

Bagaimana anda boleh terbabit dengan projek filem ini. Adakah anda peminat filem-filem arahan Adam Mckay dan lakonan Will Ferrell?

Saya sememangnya peminat filem-filem Adam dan Will, dan mereka berdualah yang telah menjemput saya untuk makan malam bersama mereka bagi berbincang mengenai projek filem yang menggandingkan kami bertiga ini.

Pada mulanya saya ingat mereka hanya berjenaka, namun mereka sebenarnya serius mahu menghasilkan skrip filem ini. Sungguh saya tidak mempercayainya.

Anda telah mengabadikan diri dalam dunia filem drama dan aksi, jadi kenapa sekarang mahu berlakon dalam filem komedi pula?

Saya mahu berlakon semua genre filem. Saya mahu mencuba semuanya dan saya mahu melakukannya. Jika saya bijak memilih dalam apa yang saya buat, maka hasilnya baik.

Saya menyatakan persetujuan untuk berlakon filem ini tanpa melihat hasil skripnya. Saya memang tak kisahkan skripnya kerana saya memang bercita-cita untuk berlakon dalam filem komedi. Berlakon filem ini seperti mimpi yang menjadi kenyataan.


ANTARA babak menarik dalam The Other Guys.


Will dan Adam sudah lama berkolaborasi, jadi dari perpektif anda sebagai orang luar, apakah yang boleh anda ceritakan tentang dinamik mereka di set penggambaran The Other Guys.

Oh, ia sangat hebat. Mereka bukanlah jenis yang berkumpul sesama mereka dan membiarkan saya keseorangan, tetapi mereka jenis terbuka. Mereka mengalu-alukan semua orang untuk bersama mereka memberikan idea dan membuatkan kami semua berasa ada kepentingan dalam satu kumpulan yang sama.

Ketika berlakon filem ini, adakah anda melihat banyak ruang untuk meningkatkan tahap lakonan, dan jika ada, adakah ia sesuatu yang anda memanfaatkannya?

Sememangnya. Kami membuat penggambaran mengikut skrip untuk beberapa jam di sebelah pagi dan kami melakukannya dengan pantas. Semua orang bekerja keras dan semua mahu melontarkan idea masing-masing, sememangnya pengalaman ini menyediakan banyak membantu saya bagi meningkatkan lagi pengetahuan dan pengalaman tentang lakonan yang belum saya ketahui.

Adakah babak tertentu dalam filem ini yang anda paling suka dan adakah ia meninggalkan momen yang paling menimbulkan memori ketika di set penggambaran?

Semua babak filem ini meninggalkan memori tersendiri buat saya, kerana kami semua mengalami keseronokan pada setiap hari penggambaran.


KELUARGA bahagia. Biar sibuk dengan dunia lakonan, Mark sering menghabiskan masa bersama keluarganya.


Saya disuruh menjadi lebih gila dan gila. Namun, babak yang paling tidak boleh saya lupakan ialah ketika karakter lakonan saya, Will, Eva dan Steve bersama dalam sebuah kereta. Ini kerana hanya kami berempat berada dalam kereta itu di atas pentas dan 'berlakon' seolah-olah kereta itu bergerak dan dalam masa yang sama pelbagai barangan dibuang ke arah kami.

Adakah anda fikir boleh mengekalkan falsafah diri anda tentang lakonan ketika berhadapan dengan pelakon-pelakon komedi di set penggambaran filem ini?

Saya berasa sangat selesa berada di set penggambaran filem ini. Tidak pernah berada dalam fikiran saya, 'Oh Tuhan, apa yang aku buat di sini?'. Bagaimanapun saya menyukainya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Agnes hos AMA

Posted:

Agnes hos AMA

Agnes hos AMA


AGNES MONICA menjadi artis Indonesia pertama diberi penghormatan menjadi hos karpet merah di American Music Awards pada 21 November ini.


SETELAH beberapa lama mengumumkan rencana memasuki pasaran antarabangsa akhirnya ia seperti menghampiri Agnes Monica. Walaupun tidak melalui muzik, namun jemputan untuk ke negara tersebut sudah cukup memadai.

Lebih-lebih lagi apabila jemputan tersebut adalah jemputan yang mengajak Agnes untuk menjadi salah seorang hos di Anugerah American Music Award (AMA).

Melalui twitternya, Agnes menulis bahawa dia akan menjadi hos bagi acara karpet merah di majlis hebat tersebut.

Luahnya: "Tweez,I am going to be 1 of the int'l hosts of red carpet AMA live(American Music Awards) November 21, 2010. wif @dannygokey too!! (Kepada semua, saya akan menjadi salah seorang hos rasmi di karpet merah pada Anugerah American Music pada 21 November 2010 bersama Danny Gokey).

Danny Gokey yang akan menjadi pasangannya itu nanti merupakan seorang penyanyi country dari Amerika. Dia juga merupakan pemenang tempat ketiga American Idol musik ke-lapan.

Malah Danny sendiri melalui akaun Twitternya menulis dia akan bekerjasama dengan Agnes pada malam tersebut dan dianggap sebagai projek besar mereka berdua.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.