MY ADHA™ | Sumber Maklumat Terkini, Jawatan Kosong |
- Jadual Perlawanan Piala Dunia (Separuh Akhir) 2010
- Jadual Perlawanan Liga Super Malaysia - 06/07/2010 (Selasa)
- Isu Penempatan Guru Lepasan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI)
- ETS mula operasi hujung bulan Julai 2010
- Mat Repek akhirnya tumpas
- Jerman guna taktik petak segi empat
- Terpinggirkah GSTT?
- Sistem Penilaian Holistik
- Petua Dimurahkan Rezeki Dan Dipanjangkan Umur
- Denda RM1j perdagang orang
Jadual Perlawanan Piala Dunia (Separuh Akhir) 2010 Posted: 06 Jul 2010 12:39 AM PDT SEPARUH AKHIR 1 - 06/07/2010 (SELASA - PAGI RABU di Malaysia) 2.30 AM - Uruguay lwn Belanda (Netherlands) (Siaran Langsung di TV1 jam 2.00 AM) SEPARUH AKHIR 2 - 07/07/2010 (RABU - PAGI KHAMIS di Malaysia) 2.30 AM - Jerman (Germany) lwn Sepanyol (Spain) (Siaran Langsung di TV1 jam 2.00 AM) |
Jadual Perlawanan Liga Super Malaysia - 06/07/2010 (Selasa) Posted: 06 Jul 2010 12:38 AM PDT Terengganu lwn Johor FC - Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT / Johor lwn Pahang - Std Tan Sri Hj Hassan Yunos, Larkin / Perlis lwn KL Plus FC - Std Utama Negeri, Kangar / Kedah lwn Kuala Lumpur - Std Darul Aman, Alor Setar / Kelantan lwn Negeri Sembilan - Std Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu / Perak lwn Selangor - Std Perak, Ipoh / Pulau Pinang lwn T-Team - Std Negeri Batu Kawan Pulau Pinang * Perlawanan bermula jam 8.45 malam |
Isu Penempatan Guru Lepasan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Posted: 05 Jul 2010 01:19 PM PDT Berhubung calon-calon yang telah mengikuti dengan jayanya program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) akan diberi penempatan pada suatu tarikh yang akan ditetapkan nanti. Penempatan adalah diberikan berdasarkan kepada kekosongan, opsyen pengajaran dan juga keperluan perkhidmatan di sesebuah kawasan. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM akan membuat penempatan DPLI setelah mengambil kira proses kerja yang akan dilaksanakan oleh bahagian ini dengan Jabatan Pelajaran Negeri. Penempatan guru yang dilaksanakan oleh bahagian lain di KPM adalah mengambil kira kedudukan guru di sekolah-sekolah bawah kawalan bahagian masing-masing. (Sebagai contoh penempatan bagi guru Matematik diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan guru Pendidikan Islam /aliran agama diuruskan oleh Bahagian Pendidikan Islam) Buat masa ini, dukacita dimaklumkan bahawa tarikh bagi penempatan pelajar-pelajar lepasan DPLI masih belum diumumkan. Oleh yang demikian, adalah dinasihatkan kepada calon-calon untuk sabar menunggu surat tawaran yang akan dihantar secara berperingkat. Anda juga disarankan supaya tidak mendengar desas-desus ataupun khabar angin yang tidak diketahui akan kesahihannya. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia akan memaparkan sebarang makluman ataupun informasi terkini yang berkaitan didalam Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia di http://www.moe.gov.my Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Khidmat Pelanggan KPM di talian 03-77237070. SUMBER : KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA |
ETS mula operasi hujung bulan Julai 2010 Posted: 05 Jul 2010 01:10 PM PDT Setelah hampir dua tahun menunggu, orang ramai akhirnya berpeluang menggunakan perkhidmatan tren terpantas negara, Set Tren Elektrik (ETS) yang dijangka mula beroperasi sepenuhnya pada penghujung bulan ini. Menurut Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Dr. Aminuddin Adnan, keputusan itu dicapai setelah lima set ETS dengan enam gerabak setiap satu menggunakan teknologi Jepun sampai ke tanah air pada Februari lalu. Gerabak-gerabak itu dibuat di Korea Selatan. Aminuddin berkata, ETS merupakan tren paling canggih dan terpantas pernah dimiliki KTMB yang mampu bergerak pada kelajuan 160 kilometer sejam (km/j). Sebagai permulaan, katanya, perkhidmatan ETS akan menghubungkan laluan Ipoh-Seremban-Ipoh dan menjimatkan kira-kira sejam waktu perjalanan. Sementara perjalanan sehala menghubungkan Ipoh-Seremban-Ipoh pula dijangkakan kurang dari tiga jam. Ia boleh membawa 350 penumpang pada satu-satu perjalanan. Dengan wujudnya alternatif terbaru itu, KTMB menganggarkan jumlah penumpang dalam tempoh sebulan bagi laluan pergi balik antara Seremban-Kuala Lumpur-Ipoh bakal mencecah kira-kira 80,000 penumpang. "Hasil penelitian KTMB, sektor perjalanan ke Ipoh mempunyai permintaan yang sangat tinggi hingga mengatasi kemampuan KTMB menyediakan koc. "Kita berharap dengan adanya tren ETS, ia dapat menampung kapasiti yang tinggi di samping menarik perhatian pengguna yang naik bas atau teksi untuk beralih ke ETS,'' katanya. Aminuddin berkata demikian dalam pertemuan dengan para pengarang akhbar Kosmo! di sini semalam. Hadir sama ialah Pengurus Kanan Komunikasi Korporat KTMB, Mohd. Fazil Ismai. Ditanya mengenai kelebihan ETS yang akan mencetuskan revolusi dalam industri pengangkutan negara, Aminuddin berkata, prasarana yang disediakan itu berkonsepkan mesra pengguna. - KOSMO! |
Posted: 05 Jul 2010 01:08 PM PDT PASIR MAS - Selepas merosakkan tanaman penduduk serta sebuah rumah di kawasan Rantau Panjang pada Sabtu lalu, 'Mat Repek' akhirnya ditangkap semalam. Gajah liar tersebut rebah selepas ditembak ubat pelali oleh sepasukan anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Kampung Batu Tiga, Repek dekat sini pada pukul 11 pagi. Pengarah Perhilitan Kelantan, Pazil Abdul Fatah berkata, gajah jantan yang berusia hampir 20 tahun dan dianggarkan seberat empat tan itu dipercayai telah terkeluar daripada kumpulannya sebelum tersesat ke kawasan berkenaan. Menurutnya, gajah tersebut yang mempunyai diameter kaki 0.4 meter dipercayai berasal daripada kumpulan gajah Jedok, Tanah Merah yang terletak kira-kira 30 kilometer daripada tempat ia ditangkap. "Kita percaya gajah ini merupakan seekor daripada tiga ekor kumpulan gajah tersebut dan telah tersesat kerana ketika ini musim buah-buahan dan ia tertarik dengan bau wangi buah-buahan. "Kita menerima laporan sebelum ini mengatakan gajah tersebut telah merosakkan tanaman dan sebuah rumah di Kampung Banggol Petai, Rantau Panjang kemudian ke kawasan Lubok Tapah sebelum dikesan berada di kawasan ini," katanya ketika ditemui semalam. - KOSMO! |
Jerman guna taktik petak segi empat Posted: 05 Jul 2010 01:01 PM PDT Gambar menunjukkan Miroslav Klose dari Jerman menerima hantaran bola daripada seorang pemain sebelum dia menjaringkan gol semasa menentang skuad Argentina di Stadium Green Point, Afrika Selatan pada Sabtu lalu. Jurulatih Jerman, Joachim Loew buat pertama kalinya mendedahkan taktik yang menyebabkan pasukan bola sepaknya mengamalkan pendekatan permainan moden sehingga menumbangkan pasukan lawan dengan jaringan gol yang banyak pada Kejohanan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Skuad Jerman itu yang tidak mempunyai ramai bintang bola sepak membuat kejutan apabila melangkat ke separuh akhir dengan mudah berbanding pasukan seperti Brazil, Argentina dan England yang tewas di peringkat awal. Apakah rahsia pasukan Jerman itu yang pernah menjadi juara Piala Dunia pada 1954, 1974 dan 1990. Jurulatih Jerman itu buat pertama kalinya mendedahkan kejayaan pasukan itu kepada sebuah akhbar di Jerman yang menyiarkan kenyataannya semalam. Loew mendedahkan bahawa dia menggunakan taktik petak segi empat sama bagi memenangi perlawanan dan seterusnya Piala Dunia. Jerman sememangnya dikenali sebagai sebuah pasukan yang berjaya tetapi kali ini, mereka turut menonjolkan corak permainan bola sepak yang menakjubkan. Pasukan itu mara ke separuh akhir Piala Dunia setelah menewaskan Australia 4-0, Ghana 1-0, tewas kepada Slovakia 1-0 dan seterusnya menundukkan England 4-1 serta Argentina 4-0. Bagaimana Loew mencapai kejayaan tersebut? "Perancangan tentang corak permainan kami di Piala Dunia 2010 telah lama difikirkan iaitu sejak daripada undian perlawanan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada 4 Disember, tahun lalu," katanya Loew. Menurutnya, pasukan Jerman cuma boleh merangkul Piala Dunia dengan corak serangan agresif sekali gus menyukarkan pihak lawan semasa di padang. "Kaedah yang digunakan Itali bagi memenangi Piala Dunia pada 2006 dengan mengamalkan corak bertahan dan menang cuma menerusi satu gol sudah lapuk. Anda tidak akan ke mana-mana dengan bermain seperti itu sekarang. Kami merancang untuk Piala Dunia sehingga mencapai ke perlawanan akhir," jelasnya. Taktik jurulatih berusia 50 tahun itu akhirnya membuahkan hasil apabila Jerman berjaya menjaring 13 gol setakat ini. Pasukan bola sepak berkenaan juga merupakan yang paling agresif pada Piala Dunia kali ini. Bagaimana taktik Loew berkesan? Dia membahagikan padang bola kepada 18 petak segi empat sama yang sama luas. "Bagaimana kami menyusun dan mengawal permainan di petak-petak berkenaan merupakan faktor paling utama untuk permainan bola sepak yang hebat," kata Loew. "Setiap pemain perlu tahu posisi mereka pada petak-petak itu supaya tiada pemain bergerak ke serata padang dengan sewenang-wenangnya. Sesetengah petak itu perlu sentiasa dikawal," jelasnya. Taktik itu bermakna bola sentiasa bergerak dari satu petak ke petak lain sehingga mereka mendekati gol lawan. Penyerang Jerman, Lukas Podolski dan Thomas Müller sentiasa mengawal bahagian kiri dan kanan padang. Pemain tengah, Mesut Ozil mengawal segi empat sama di antara garisan tengah padang dan kawasan penalti pasukan lawan manakala Bastian Schweinsteiger melindungi kawasan di antara kawasan penalti pasukannya dan garisan tengah. Taktik tersebut menjadikan Schweinsteiger pemain paling penting dalam skuad Jerman. Dia merupakan penggerak pasukan Jerman dengan menggerakkan Ozil dan pemain-pemain sayap selain mengatur barisan pertahanan. "Schweinsteiger mengepalai dan mengatur pasukan itu dengan sempurna," ujar Loew. Jurulatih berkenaan menamakan taktik keduanya sebagai 'sepak dan lari'. "Permainan bukan berakhir apabila kami memiliki bola. Saya mahu melihat pemain-pemain bergerak dalam petak mereka dan meminta bola. Dengan cara ini, corak permainan kami adalah lebih dinamik dan lancar. "Saya tahu beberapa pemain kami amat pandai bermain seperti itu," katanya. Semua sesi latihan tersebut dirakamkan dan corak larian setiap pemain dianalisis. "Anda tidak dapat merancang gerakan sempurna semasa sesi latihan. Namun, terdapat mekanisme dan prosedur yang sentiasa sama. Kami akan memperbaiki dua aspek berkenaan," jelas Loew. Contoh terbaik mekanisme sama itu adalah corak serangan balas pantas oleh Jerman yang membawa kepada kemenangan 4-1 ke atas England. Serangan balas bermula dengan hantaran jauh daripada Miroslav Klose yang diikuti oleh hantaran lintang daripada Ozil seterusnya jaringan gol oleh Muller. "Itulah gerakan yang sempurna," ujar Loew. Pada masa yang sama, dia turut menggunakan taktik psikologi untuk mendapatkan yang terbaik daripada setiap anak buahnya. Sebelum perlawanan menentang Argentina bermula, Loew menunjukkan beberapa gambar demam Piala Dunia yang melanda rakyat Jerman. "Gambar-gambar itu menaikkan semangat juang kami semua," katanya. - Agensi |
Posted: 05 Jul 2010 01:00 PM PDT Terdapat tanggapan yang tidak betul bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia tidak memberikan perhatian khidmat dan sumbangan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT). Tanggapan itu sebenarnya lebih merupakan tanggapan peribadi guru yang terlibat kerana memikirkan akan adanya tawaran secara automatik untuk diserapkan ke jawatan guru. Mereka beranggapan bahawa setelah berkhidmat sebagai GSTT maka peluangnya untuk menjadi guru terlatih lebih mudah atau tidak perlu bersaing secara saksama dengan calon lain yang turut memohon. Seharusnya, seseorang yang diterima bekerja sebagai GSTT perlu sedar dan faham, mereka hanya dibayar elaun dan bukan gaji. Elaunnya berdasarkan jumlah hari bekerja dan tempoh tertentu. Jika tempoh yang dilaluinya itu adalah pendek, iaitu memenuhi kekosongan sementara di sesebuah sekolah kerana pelbagai faktor, secara jelasnya perkhidmatan itu hanya untuk menampung keperluan semasa. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak pernah memberikan jaminan bahawa setelah tamat tempoh bertugas sebagai GSTT, akan terus diterima untuk menjalani latihan perguruan sebelum layak ditawarkan sebagai seorang guru terlatih. Seseorang yang berhasrat menjadi guru perlu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan dan syarat tersebut tidak termasuk pernah bertugas sebagai GSTT. Antara syarat wajib ialah melepasi tahap kelulusan minimum untuk memohon kemasukan ke program Diploma Perguruan ataupun Kursus Perguruan Lepasan Ijazah. Setelah mengemukakan permohonan, pihak KPM membuat tapisan bagi memilih mereka yang terbaik sebelum dipanggil menduduki peperiksaan scholastik. Setelah lulus ujian tersebut, mereka akan dipanggil untuk temuduga dan keputusan temuduga itulah akan menentukan sama ada seseorang terpilih atau tidak ke program latihan perguruan yang ditetapkan. Perlu disedari bahawa seseorang yang memilih kerjayanya sebagai seorang guru mestilah mempunyai nilai dan memenuhi kriteria tertentu. Dalam membuat pilihan itu, KPM yang mempunyai jumlah permohonan yang ramai, maka mereka yang benar-benar memenuhi syarat dan lulus dalam temuduga akan ditawarkan. Tentunya, kalaulah bekas GSTT yang mempunyai kelayakan, melepasi ujian saringan dan lulus temuduga, ia akan turut terpilih, jika ikut membuat permohonan setelah tawaran iklan berkenaan dikeluarkan. KPM membuat ketetapan sedemikian kerana kerjaya perguruan bukanlah satu bentuk kerjaya yang boleh dianggap memadai dan senang. Seseorang guru mestilah mempunyai nilai sahsiah yang baik kerana tanggungjawabnya adalah mendidik para pelajar. Harus disedari bahawa pendidikan secara holistik bukan hanya sekadar menyampaikan pengetahuan berdasarkan kurikulum, tetapi turut melibatkan aspek tingkahlaku, kemahiran bersosial dan keadaban. Tugas guru ialah membina modal insan untuk memenuhi keperluan negara dan bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan berdasarkan sukatan mata pelajaran yang ditetapkan. Kualiti pendidikan tidak hanya diukur berdasarkan keputusan peperiksaan semata-mata. Ia turut mengambil kira cara seseorang itu memimpin para pelajar dan impak bimbingan yang diberikan sehingga mampu melahirkan seorang yang benar-benar memahami makna terpelajar. Bagi memenuhi tanggungjawab tersebut, tidak pula bermakna GSTT tidak mempunyai kualiti yang diharapkan, tetapi pengalaman tersebut bukanlah sesuatu yang boleh dianggap sebagai satu kelebihan dan keistimewaan, ia masih bergantung kepada syarat asas yang ditetapkan. Memangnya KPM memerlukan khidmat GSTT, kerana itu adalah penyelesaian jangka pendek apabila menghadapi masalah kekurangan guru terlatih. Apabila guru terlatih dilantik, ia dengan sendirinya menunjukkan tidak ada kekosongan berlaku, maka KPM berhak untuk menamatkannya. KPM tidak pernah menafi atau meminggirkan khidmat bakti GSTT dan kerana itulah dibayar elaun selayaknya sepanjang perkhidmatannya. Memang ada kes di mana GSTT diberikan peluang untuk dilantik sebagai guru terlatih, iaitu setelah berjaya memenuhi kriteria yang ditetapkan, termasuk mendapat latihan Kursus Dalam Cuti, sama ada di peringkat KPLI ataupun ditawarkan ke kursus Sarjana Muda Perguruan sepenuh masa selama 5 tahun jika belum mempunyai ijazah pertama. Malah yang lebih penting ialah mata pelajaran yang dipilih atau mempunyai kelebihan pada peringkat kelayakan asas. Jika matapelajaran tersebut dalam kumpulan mata pelajaran kritikal, peluangnya mungkin lebih mudah. Sebaliknya, jika mata pelajaran bukan dalam kumpulan kritikal, ia akan menjadi lebih sukar untuk ditawarkan mengikuti kursus perguruan selanjutnya. KPM perlu membuat pilihan yang betul dan terbaik, kerana tanggungjawab membina modal insan bukanlah mudah sebagaimana difikirkan oleh sesetengah orang. Kelulusan yang baik bukanlah melambangkan kita sudah memadai, modal yang insan yang kita perlu hasilkan ialah mampu bersaing, kreatif, mempunyai ketahanan mental dan fizikal, sahsiah yang bertepatan dengan nilai keinsanan manusia serta inovatif. - BULETIN KPM |
Posted: 05 Jul 2010 12:59 PM PDT Sistem pendidikan di negara ini perlu melalui proses penilaian semula dengan memastikan kaedah pentaksiran terhadap pencapaian para pelajar dibuat secara holistik. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, langkah tersebut bagi membolehkan para guru mengenal pasti potensi sebenar setiap pelajar mereka dan seterusnya mengasah sepenuhnya keupayaan golongan tersebut. "Dengan berpandukan kepada falsafah pendidikan kebangsaan, kita mesti menilai semula kurikulum dan cara kita membuat penilaian terhadap perkembangan dan pencapaian para pelajar. "Jika kita gagal mengenal pasti dan mengasah potensi sebenar golongan muda kita, maka negara berhadapan dengan risiko mengalami kegagalan pada masa depan. Kita tidak boleh mengambil risiko itu, jadi kita kena bertindak daripada sekarang," katanya. Beliau berucap pada program siri wacana perdana bertajuk 'Peranan Pendidikan dalam Pembangunan Kepimpinan' di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) di Putrajaya hari ini. Hadir sama Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YKP, Tan Sri Azman Hashim dan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Dr. Sahol Hamid Abu Bakar. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara YKP dan UiTM iaitu penerusan kepada kerjasama yang terjalin antara kedua-dua institusi itu sejak 2005. Pada 23 Jun lalu, Muhyiddin berkata, sistem pentaksiran berasaskan sekolah mungkin digunakan bagi menggantikan sistem peperiksaan awam di negara ini. Menerusi sistem itu, katanya, Lembaga Peperiksaan akan menentukan bentuk soalan yang boleh dinilai oleh guru dan kemudian akan diukur pencapaiannya. Bagaimanapun, kerajaan tidak tergesa-gesa melaksanakan sesuatu dasar seperti cadangan kemungkinan supaya peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan. Cadangan memansuhkan peperiksaan awam tersebut mendapat reaksi pelbagai pihak dan pertubuhan yang berharap kerajaan melakukan kajian terperinci berhubung kedudukan peperiksaan awam itu. Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, pendidikan merupakan satu proses yang holistik bagi membangunkan potensi sebenar setiap individu. Ini, kata beliau, melibatkan proses pembelajaran melalui pengalaman seseorang sehingga menjangkau proses normal penyampaian ilmu dan kemahiran selain pembelajaran di bilik-bilik darjah. "Ini meliputi pembelajaran berasaskan pengalaman dan penjelajahan yang mengayakan pengetahuan pelajar sekali gus membentuk minda yang kreatif dan bukan sekadar apa yang termaktub dalam buku-buku teks," katanya Justeru, kata beliau, pembelajaran yang berasaskan kreativiti dan inovatif perlu menjadi komponen utama dalam sistem pendidikan negara. Katanya, ini bagi mengukuhkan sasaran kerajaan untuk melahirkan tenaga kerja yang mempunyai kedua-dua unsur tersebut dalam usaha mencapai matlamat ekonomi berpendapatan tinggi. "Memandangkan negara perlu segera melahirkan modal insan yang sebenar bagi memacu ekonomi ke satu peringkat yang lebih tinggi, maka kita tidak boleh lagi berpuas hati dengan cara lama. "Kita perlu bergerak ke hadapan dan mengambil langkah berani bagi melaksanakan reformasi pendidikan demi memastikan ia dapat memenuhi matlamat transformasi ekonomi Malaysia kepada ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020," katanya. - UTUSAN |
Petua Dimurahkan Rezeki Dan Dipanjangkan Umur Posted: 05 Jul 2010 12:57 PM PDT Hadith : Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:"Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang)." (Bukhari) Huraian: Silaturrahim berasal daripada bahasa Arab yang bererti menghubungkan ikatan kasih sayang. Silaturrahim merupakan suatu ikatan yang suci yang menuntut kita sebagai umat Islam sentiasa menjaganya malah seseorang itu tidak dikatakan beriman selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri. Masakan manusia boleh hidup keseorangan. tanpa bergantung harap dan menerima kasih sayang daripada orang lain. Oleh itu jalinan silaturrahim adalah amat penting bagi sesebuah ummah itu hidup lebih cemerlang dan berjaya kerana ukhuwwah yang dipupuk di atas rasa cinta dan kasih kerana Allah pasti akan memberikan kekuatan pada jiwa mana-mana individu. Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia |
Posted: 05 Jul 2010 10:13 AM PDT Sesiapa yang mendapat keuntungan daripada kegiatan mengeksploitasi orang yang diperdagangkan akan dikenakan denda tidak kurang daripada RM500,000 sehingga RM1 juta berdasarkan Rang Undang-Undang Antipemerdagangan Orang (Pindaan) 2010 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam. Perkara tersebut terkandung dalam Fasal 10 rang undang-undang itu yang menaikkan denda bagi kesalahan tersebut yang sebelum ini menetapkan denda tidak kurang RM50,000 dan tidak lebih RM500,000 mengikut Akta Antipemerdagangan Orang 2007. Rang undang-undang itu yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop untuk bacaan kali pertama juga menetapkan bahawa segala keuntungan diperoleh daripada kesalahan tersebut oleh pesalah yang disabitkan juga boleh dilucuthakkan. Rang undang-undang yang mempunyai 26 Fasal itu turut memasukkan bahagian baru iaitu Bahagian IIIA ke dalam Akta 670 untuk menangani masalah yang timbul berkenaan dengan penyeludupan migran. Seksyen-seksyen di dalam bahagian itu secara khusus menjadikan eksploitasi migran dan penjanaan keuntungan haram daripada pemerolehan kemasukan atau penetapan migran berkenaan sebagai suatu kesalahan. Turut dipinda ialah Seksyen 63 Akta 670 untuk memperuntukkan penalti terhadap sesebuah pertubuhan perbadanan yang melakukan kesalahan di bawah akta itu. Ia termasuklah penalti lebih berat bagi pesalah berulang dan jika mereka (pesalah) bertindak secara bekerjasama dengan orang lain atau lebih daripada seorang semasa melakukan kesalahan itu. - KOSMO! |
You are subscribed to email updates from MY ADHA™ | Sumber Maklumat Terkini, Jawatan Kosong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |