- Blog Hanz - |
- (PIC) What Happen With Her Mouth?
- (GAMBAR) Lisa Surihani Tanpa Make Up
- Siapa Kekasih Baru Radhi OAG? Hangat Dilamun Cinta
- Sabrina Sehati Berdansa pasangan ke-6 bercerai
(PIC) What Happen With Her Mouth? Posted: 06 Jul 2010 06:59 AM PDT |
(GAMBAR) Lisa Surihani Tanpa Make Up Posted: 06 Jul 2010 05:18 AM PDT |
Siapa Kekasih Baru Radhi OAG? Hangat Dilamun Cinta Posted: 05 Jul 2010 10:09 PM PDT Radhi OAG yang telah selesai urusan penceraian dengan Shazlin bulan lalu nampaknya sedang dilamun cinta. Siapa kekasih baru Radhi OAG agaknya? Nur Shahira Ayu, itulah nama kekasih baru Radhi OAG dan khabarnya gadis ini baru habis bersekolah. Cepat betul Radhi OAG mencari pengganti bekas isterinya. Radhi OAG dilihat membawa kekasihnya itu ketika menghadiri mesyuarat agung Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) di Hulu Kelang, Selangor. Mungkin Radhi perlu beri peluang keksihnya sambung belajar dan melihat dunia ini dahulu sebelum berkahwin. Usia Shahira pun masih muda lagi. Banyak lagi masa. Dan kami pun nak juga tahu apa rahsia yang Radhi guna pikat gadis muda seperti Nur Shahira. Kongsilah sikit. |
Sabrina Sehati Berdansa pasangan ke-6 bercerai Posted: 05 Jul 2010 09:52 PM PDT Peserta Sehati Berdansa (SB), Sabrina Ali Dad Khan, 30, dan pasangannya Mohamad Shahrin Abdul Halim, 38, menjadi pasangan keenam yang menyertai rancangan ini bercerai. Sebelum ini, peserta SB terbitan Astro yang lain, Asheed Def Gab C dan pasangannya, Sharifah Noor Shima; Atilia - Ariff Johan Abdul Aziz; Dira - Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid; Radhi OAG - Shazlin Sharif dan Anne Ngasri - Abdul Wafi Hassan turut melalui proses penceraian. Sabrina yang juga anak saudara pengarah filem, Datuk Yusof Haslam, mengesahkan yang dia dan Shahrin sudah bercerai bulan lalu. Bagaimanapun, Sabrina enggan mengulas lanjut berita perceraian itu. Katanya, dia belum bersedia untuk mendedahkan tempat, tarikh dan maklumat lain berhubung perceraian mereka bagi menghormati keluarga kedua-dua belah pihak. Sabrina dan Shahrin bernikah pada 21 Mei 2006. Menerusi perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ariyana, 2. "Maaf, saya perlu merahsiakan kisah penceraian kami ini demi menghormati keluarga saya dan Shahrin. Kami mencapai persefahaman untuk bercerai dan hubungan saya dengan Shahrin masih berkawan baik demi anak kami," katanya. -Utusan |
You are subscribed to email updates from - Blog Hanz - To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |