Adsense

Selasa, 6 Julai 2010

MelayuKuHebat....|Isu Terkini|Seks|Artis|Gossip|Bisnes|Ebook|

MelayuKuHebat....|Isu Terkini|Seks|Artis|Gossip|Bisnes|Ebook|


Kantoi Aksi Sendiri

Posted: 05 Jul 2010 10:48 PM PDT






Haaa tu lah.. Nak posing pun agak-agak la sikit..
Tapi apa yang kantoi'nya?


Hahahaha!!

Cara mengetahui arah angin

Posted: 05 Jul 2010 10:43 PM PDT





Sepasang suami isteri mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Oleh kerana tempoh pembelajaran memakan masa yang lama maka mereka sepakat untuk menjual harta yang ada termasuk sebuah rumah.
Lalu datang seorang lelaki yang agak berumur untuk melihat keadaan rumah. Setelah puas meninjau dalam dan luar rumah, lelaki itu bersetuju untuk membelinya.
Si suami tadi secara jujur menjelaskan tentang kedudukan rumah tersebut. ?Di sebelah barat terdapat sebuah kilang getah, manakala bahagian selatan ada kilang belacan dan di utara adalah tempat pembuangan sampah,? jelas tuan rumah.
Kalau begitu apa keistimewaannya jika saya membeli rumah ini,? tanya lelaki itu kepada tuan rumah.
Salah satu keistimewaannya ialah, anda boleh mengetahui dari mana arah angin yang bertiup," jawabnya selamba.

Sebab lain Ballack tidak beraksi Piala Dunia 2010

Posted: 05 Jul 2010 10:42 PM PDT







Piala Dunia 2010, kisah kecemerlangan Jerman meng'ayam-ayam'kan Argentina 4 – 0. Tu tanpa pemain Jerman paling terkenal Ballack.
Umum telah mengetahui Ballack tak dapat beraksi kerana tercedera semasa perlawanan persahabatan Piala Dunia. Namun kami
telah membongkarkan sebab lain Ballack tidak beraksi pada Piala Dunia ini

Photobucket
Huahuahua

Denda RM1j perdagang orang

Posted: 05 Jul 2010 10:39 PM PDT

 



Sesiapa yang mendapat keuntungan daripada kegiatan mengeksploitasi orang yang diperdagangkan akan dikenakan denda tidak kurang daripada RM500,000 sehingga RM1 juta berdasarkan Rang Undang-Undang Antipemerdagangan Orang (Pindaan) 2010 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.

Perkara tersebut terkandung dalam Fasal 10 rang undang-undang itu yang menaikkan denda bagi kesalahan tersebut yang sebelum ini menetapkan denda tidak kurang RM50,000 dan tidak lebih RM500,000 mengikut Akta Antipemerdagangan Orang 2007.

Rang undang-undang itu yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop untuk bacaan kali pertama juga menetapkan bahawa segala keuntungan diperoleh daripada kesalahan tersebut oleh pesalah yang disabitkan juga boleh dilucuthakkan.

Rang undang-undang yang mempunyai 26 Fasal itu turut memasukkan bahagian baru iaitu Bahagian IIIA ke dalam Akta 670 untuk menangani masalah yang timbul berkenaan dengan penyeludupan migran.

Seksyen-seksyen di dalam bahagian itu secara khusus menjadikan eksploitasi migran dan penjanaan keuntungan haram daripada pemerolehan kemasukan atau penetapan migran berkenaan sebagai suatu kesalahan.

Turut dipinda ialah Seksyen 63 Akta 670 untuk memperuntukkan penalti terhadap sesebuah pertubuhan perbadanan yang melakukan kesalahan di bawah akta itu.

Ia termasuklah penalti lebih berat bagi pesalah berulang dan jika mereka (pesalah) bertindak secara bekerjasama dengan orang lain atau lebih daripada seorang semasa melakukan kesalahan itu.
KOSMO

Musim Raya : Ainul Aishah, Puteri Lily Diragut Perompak

Posted: 05 Jul 2010 10:37 PM PDT






Kami akui, sedikit terlambat menulis entri baru berkenaan mereka. Biasa'lah, hujung minggu kami dipenuhi dengan jemputan perkahwinan, terlampau kenyang sampai malas nak update.
Puteri Lily, isteri baru yang muda & cantik empunya diri Aziz M Osman ini telah diserang dengan rompakan bersenjata tempoh hari. Pada masa itu, Puteri Lily yang memandu BMW Z4 sedang mengekori suami'nya yang memandu Serena menuju ke pejabat mereka di Kota Damansara.
Ketika berhenti di persimpangan, dua lelaki bermotosikal mendekati kereta'nya dan memecahkan tingkap cermin kereta. Perompak berkenaan mengacukan pistol tepat ke kepala Puteri Lily dan merampas beg tangan'nya. Dikatakan, mereka turut membawa senjata lain seperti pedang samurai.
Puteri Lily kehilangan wang tunai Rm1000 serta beberapa dokumen penting yang lain. Insiden tersebut menyebabkan Puteri Lily mengalami trauma dan acap kali pengsan ketika membuat laporan polis.
Ini kisah Ainul Aishah pula.
Kerana lalai, Ainul Aishah turut dirompak ketika berhenti di persimpangan jalan. Al-kisahnya, Ainul membuka tingkap kereta kerana ingin memaklumkan kepada bapa'nya yang memandu kereta lain agar membuat pusingan U. Sebuah motosikal yang dipercayai mat rempit dengan pantas meragut beg tangan'ny yang berada di kerusi bersebelahan.
Sedikit loser buat si peragut, beg tangan Ainul mengandungi Rm20 serta beberapa dokumen penting.
Kalau diperhatikan, modus operandi kedua-dua kes ini hampir sama, iaitu meragut beg ketika kereta berhenti di persimpangan jalan. Buat anda, sila berhati-hati.
kredit ohbulan

Elly Mazlein Ganti Fazura Dalam Drama Awan Dania

Posted: 05 Jul 2010 10:32 PM PDT





Dalam siri Awan Dania terbaru, sepatut'nya Fazura yang mendapat watak dalam drama tersebut. Kini timbul pula cerita bahawa Elly Mazlein yang bakal mengantikan tempat Fazura. Fazura sepatut'nya bergandingan dengan Scha Al-yahya, dimana Scha akan mencemburui akan kehadiran Fazura yang dikatakan sangat vouge.
Tidak tahu mengapa Fazura digantikan, itu semua terletak pada tangan si pengarah. Mungkin beliau mempunyai alasan tersendiri. Kami, tidak kisah pun Elly Mazlein berlakon dalam drama tersebut. Dia cun apa?

Baru Bercerai, Radhi OAG Dapat Penganti Baru

Posted: 05 Jul 2010 10:30 PM PDT





Kurang daripada sebulan Radhi OAG bercerai. Cerita Penceraian dia pun masih lagi hangat. Tetapi kini Radhi bertemu pula dengan kekasih baru'nya, Nur Shahira Ayu.
Nur Shahira Ayu yang baru berusia belasan tahun lepasan sekolah kini dah dapat pakwe band, mesti merasakan diri'nya semakin panas dan hebat daripada biasa.
Radhi pernah membawa'nya ke beberapa acara termasuk Mesyuarat Agung Karyawan. Tidak mengapa, baru bercerai, mesti rasa sunyi yang teramat. Kalau dulu ada orang memekak setiap kali balik rumah, sekarang hanya dengar jiran sebelah yang memekak.

Petua Dimurahkan Rezeki Dan Dipanjangkan Umur

Posted: 05 Jul 2010 10:28 PM PDT





Hadith :

Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:"Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang)."

(Bukhari)

Huraian:

Silaturrahim berasal daripada bahasa Arab yang bererti menghubungkan ikatan kasih sayang. Silaturrahim merupakan suatu ikatan yang suci yang menuntut kita sebagai umat Islam sentiasa menjaganya malah seseorang itu tidak dikatakan beriman selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri. Masakan manusia boleh hidup keseorangan. tanpa bergantung harap dan menerima kasih sayang daripada orang lain. Oleh itu jalinan silaturrahim adalah amat penting bagi sesebuah ummah itu hidup lebih cemerlang dan berjaya kerana ukhuwwah yang dipupuk di atas rasa cinta dan kasih kerana Allah pasti akan memberikan kekuatan pada jiwa mana-mana individu.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Butik Mawi Ekin ditutup? ME World Collection tiada sambutan?

Posted: 05 Jul 2010 10:25 PM PDT





Gossip bertiup kencang dari arah selatan berkenaan penutupan butik Mawi iaitu ME World Collection di Danga Bay, Johor Bahru. Gossip ini dikirim kepada penulis apabila pengirim email tersebut mengatakan signboard ME World Collection di Danga Bay dikatakan sudah diturunkan dan tiada lagi di lokasi tersebut. Sama ada perniagaan yang dijalankan tidak begitu baik ataupun butik tersebut bertukar kepada lokasi yang baru, hanya Mawi yang akan jelaskan nanti.

Ana Dahlia, artis separuh bogel filem Mantra

Posted: 05 Jul 2010 10:24 PM PDT




Ni dia la.. yg berlakon dalam cerita Arjuna kat TV3 tu..sebagai Cempaka character dia..
Kenapa Ana Dahlia pilih nama ni sebagai nama komersilnya sedangkan nama betulnya ialah Diyana Mastura Jaafar? Lagi gambar-gambar Ana Dahlia di bawah.

Panas: Ashraf Muslim seorang playboy??

Posted: 05 Jul 2010 10:20 PM PDT




 


Peminat Artis: aku dengar ramai yang memuji mamat nih...muka ensem la...baik budi pekerti la...tapi ni aku dapat citer yang tak best la pasai mamat nih....dengar kata sejak dua menjak dah single pas break ngan pelakon sherry tu...dia ni dok ngayat ramai pompuan...dulu ainul aishah tu....pas tu kuar kat media dia bercintan cintun ngan pelakon linda hashim.....pas tu kuar lak gossip kat cari pasai dia dating kat papa rich tu....and the latest, kawan aku citer, dia seopis ngan budak pompuan ni....

si ashraf ni berkapel lak ngan editor sebuah majalah yang agak glamer....no wonder boleh jadi front cover magazine tuh....and pada masa yg sama masih lagi menerai pelakon linda tu....dan kuar dating ngan budak baru pas spm yang dia dating kat papa rich tu....aku heran...muka baik cam ustaz....tapi tetap boyeee -Cari

Penulis: Biarlah dia nak dating ngan saper pun, nak mengorat saper pun atau nak mengayat saper pun... yg penting dia masih single ... bujang trang-tang-tang..... yg tak tahan dengar kalau dah umur separuh abad.. anak dah berderet..tapi ada ati nak try masuk daun...yg tu memang tak bleh blah...

Kumpulan Dynda

Posted: 05 Jul 2010 10:19 PM PDT







Dah lama industri Malaysia tidak dihiburi oleh penyanyi gadis berkumpulan, dan kebanyakkan end up bermasalah, betoi tak? Res2, Elite, Feminin, Eva dan lain-lain kumpulan lagi'lah, kesemuanya ada cerita hot masing-masing dalam blog ini
mahupun di blog hiburan lain.
Tup-tup muncul pulak kumpulan Dynda dari Singapura nie. Jangan main-main you, they all pandai b-dance you. Alamak so outdated, sekarang mana musim b-dance lagi? Cuba la satu dance yang baru, shuffle ke, tecktonik ke. Tapi tak apa, support wei support! Nie anak didikan Cat Farish wei.
Apa pun genjoy gambar dari kumpulan Dynda di bawah. Tak banyak pun, tiga jek.

dari kiri:- Renni, Rella , Elly dan Vega

Sabrina Sehati Berdansa pasangan ke-6 bercerai

Posted: 05 Jul 2010 10:16 PM PDT






Peserta Sehati Berdansa (SB), Sabrina Ali Dad Khan, 30, dan pasangannya Mohamad Shahrin Abdul Halim, 38, menjadi pasangan keenam yang menyertai rancangan ini bercerai. Sebelum ini, peserta SB terbitan Astro yang lain, Asheed Def Gab C dan pasangannya, Sharifah Noor Shima; Atilia - Ariff Johan Abdul Aziz; Dira - Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid; Radhi OAG - Shazlin Sharif dan Anne Ngasri - Abdul Wafi Hassan turut melalui proses penceraian.

Sabrina yang juga anak saudara pengarah filem, Datuk Yusof Haslam, mengesahkan yang dia dan Shahrin sudah bercerai bulan lalu. Bagaimanapun, Sabrina enggan mengulas lanjut berita perceraian itu. Katanya, dia belum bersedia untuk mendedahkan tempat, tarikh dan maklumat lain berhubung perceraian mereka bagi menghormati keluarga kedua-dua belah pihak. Sabrina dan Shahrin bernikah pada 21 Mei 2006. Menerusi perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ariyana, 2.

"Maaf, saya perlu merahsiakan kisah penceraian kami ini demi menghormati keluarga saya dan Shahrin. Kami mencapai persefahaman untuk bercerai dan hubungan saya dengan Shahrin masih berkawan baik demi anak kami," katanya. -Utusan

Zizie Ezette disahkan hamil?

Posted: 05 Jul 2010 10:14 PM PDT





Dengar-dengar ada sebuah perkhabaran berita yang menarik daripada sumber yang boleh dipercayai bahawa Zizie Ezette dah hamil/mengandung. Sungguh tidak disangka-sangka perkhabaran ini, memandangkan Zizie Ezette dan suaminya, Datuk Bung Mokhtar Radin sibuk turun naik mahkamah atas kes mengenai mereka berdua. Mereka berkahwin pada bulan Disember 2009 yang mana tidak diketahui tempat dan masa pernikahan mereka dan tidak dipersetujui oleh isteri pertama Datuk Bung untuk berpoligami. Apa-apa pun tahniah lah diatas berita yang bermakna dan gembira ini. Semoga anak yang dilahirkan itu putih melepak macam Zizie. :)