borak kosong |
- Budak Telan 20 batang paku dan 5 batang jarum
- CANTIKNYA NABI !
- Doa Intipati Ibadah
- CAHAYA WAJAH NABI SAW
- Dibelasah 3 perempuan
- Mihun Jijik (kilang sebelah kandang babi)
- Akibat keluar dengan kekasih rakan
- Tindakan ala 'Spiderman' bawa padah
- Pasangan Paling Tinggi Di Dunia
- Meninggal Dunia Semasa Menderma Darah
- MADU DURJANA
Budak Telan 20 batang paku dan 5 batang jarum Posted: 05 Jul 2010 09:01 AM PDT Di China seorang budak berusia 18 bulan telah di hantar ke hospital kerana sakit perut dan hasil x-ray yang di lakukan mendapati budak kecil ini telah menelan 20 batang paku dan 5 batang jarum tetapi ibubapanya tidak mempercayainya. Doktor telah menguji budak itu dengan meletakkan dua batang paku diatas meja dan membiarkan budak kecil itu berseorangan didalam bilik.Tingkah laku budak itu disaksikan melalui cctv.Budak kecil itu mengambil paku itu dan cuba memakannya dan doktor serta ibunya mengetahui bahawa budak kecil ini memang gemar memakan paku dan jarum-mail online |
Posted: 05 Jul 2010 08:16 AM PDT Meskipun kejadian Nabi Muhammad SAW sama dengan manusia lain di muka bumi ini,namun bentuk lahiriah dan rohaniahnya tidak sama.Baginda mempunyai keistimewaan yang sama sekali tidak terdapat pada manusia biasa.Nabi Muhammad SAW yang mempunyai bentuk badan yang indah dan segak,namun tidak dapat digambarkan oleh mana -mana pelukis di dunia ini.Allah mengharamkan penggambaran potret Baginda oleh sesiapa pun.Sungguhpun begitu ,sifat-sifat kecantikkan baginda masih boleh diilusikan melalui pertuturan dan riwayat para sahabat dan tabi'in. Para sahabat yang sentiasa bersamanya sentiasa meneliti bentuk tubuh tokoh kesayangan mereka secara terperinci.Diantara kata-kata mereka yang pernah melihat Baginda SAW :
|
Posted: 05 Jul 2010 06:19 AM PDT Nabi Muhammad SAW menjelaskan doa intipati ibadah.Ertinya orang yang hanya mementingkan 'ibadah' tanpa di hiasi dengan doa,maka akan hilang kenikmatan ibadahnya itu,Ibadahnya menjadi tidak indah dan tidak sempurna. Oleh kerana itu Nabi Muhammad SAW telah mengajarkan kita satu waktu yang benar-benar mustajab dalam menyampaikan doa dan permohonan kita kepada Allah. "Posisi seorang hamba yang sangat dekat dengan Allah adalah ketika dia bersujud.Oleh kerana itu perbanyakkanlah doa."Demikianlah sabda baginda SAW seperti yang di riwayatkan oleh Iman Muslim. |
Posted: 05 Jul 2010 05:16 AM PDT Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah r.a bahawa ia telah berkata "Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur(sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku tiba-tiba kebetulan lampu padam, lalu masuklah Rasulullah saw.Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya,lalu aku berkata,"Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu!" Seterusnya aku bertanya,"Siapakah yang tidak akan melihatmu pada kiamat?" Jawab Rasulullah,"Orang yang bakhil." Aku bertanya lagi,"Siapakah orang yang bakhil itu?" Jawab Baginda,"Orang yang ketika disebut namaku didepannya,dia tidak mengucap selawat ke atasku." |
Posted: 05 Jul 2010 01:04 AM PDT Gara-gara berselisih faham,seorang pelajar tingkatan tiga cedera teruk akibat dibelasah sekumpulan remaja perempuan.Khairin Zulaikha Zulkeflee 15 tahun dipukul dan ditendang pada bahagian kepala serta perut sehingga terperosok di dalam semak sebaik berlaku pertengkaran bersama tiga rakan perempuannya. Ibu mangsa terkejut dengan kejadian itu telah pergi bersama abang mangsa menemui rumah salah seorang suspek yang memukul mangsa untuk mengetahui keadaan sebenar tetapi mereka di maki hamun oleh ibubapa suspek.Kejadian itu juga telah dirakamkan oleh seorang pelajar sekolah berkenaan.-harian metro |
Mihun Jijik (kilang sebelah kandang babi) Posted: 05 Jul 2010 12:05 AM PDT Hanya pemidang plastik yang memisahkan tempat memproses mihun dengan kandang babi.Kilang jijik itu terbongkar selaepas penguatkuasa JAKIM melakukan pemeriksaan mengejut mengenai penggunaan halal keatas operasi kilang.Pekrja kilang yang kebanyakkan Melayu ditemui enggan membuka mulut bagaikan merahsiakan sesuatu.Pegawai agama yang terhidu bau busuk menyelak plastik penghadang di tepi premis dan mendapati beratus babi di ternak di ruang bersebelahan kilang makanan terbabit.Pihak kilang telah diminta untuk memindahkan lokasi kilang dan menggunakan sijil halal sah daripada JAKIM-harian metro |
Akibat keluar dengan kekasih rakan Posted: 04 Jul 2010 11:04 PM PDT Cemburu rakan keluar bersama teman wanitanya ,seorang lelaki bertindak samseng apabial dia bersama hampir 10 lelaki merompak dan memukul rakannya itu dirumahnya di Pandan Jaya.Akibatnya mangsa mengalami cedera di leher,tangan dan kepala selepas dipukul dengan topi keledar dan kayu oleh gene terbabit-harian metro |
Tindakan ala 'Spiderman' bawa padah Posted: 04 Jul 2010 09:35 PM PDT Tindakan seorang lelaki yang beraksi ala 'spiderman' dengan melompat dari beranda tingkat empat sebuat pusat membeli belah ke tempat letak kereta bersebelahan membawa padah apabila terjatuh dan maut di tempat kejadian.Kejadian itu disedari oleh pengawal keselamatan selepas terdengar bunyi aneh sebelum melihat mangsa berlumuran darah di tempat letak kenderaan bagunan berkenaan.-harian metro |
Pasangan Paling Tinggi Di Dunia Posted: 04 Jul 2010 08:00 PM PDT Bila tinggi mereka di campurkan,mereka mempunyai ketinggian 13 kaki 5in.Wilco Van Kleef-Bolton mempunyai ketinggian 7 kaki dan pasangannya Keisha 6 kaki 5 in.Mereka telah diiktiraf oleh Guinness World Record sebagai pasangan tertinggi di dunia. Mereka mempunyai dua orang anak iaitu Lucas 3 tahun ketinggiannya 3kaki 11in dan adik perempuannya Eva 2 tahun ketinggiannya 3kaki.Dengan ketinggian anak-anaknya memungkin mereka akan di iktiraf sebagai keluaraga tertinggi di dunia-mail online |
Meninggal Dunia Semasa Menderma Darah Posted: 04 Jul 2010 07:03 PM PDT Setiap kali kempen derma darah Ho Chuan Poh 55 tahun antara orang yang pertama tampil menderma.Tapi hasratnya untuk menderma kali ke -45 semalam tidak kesampaian apabila meninggal dunia akibat berlaku komplikasi secara tiba-tiba semasa proses derma darah sedang dilakukan terhadapnya.Dia disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital-kosmo |
Posted: 04 Jul 2010 05:45 PM PDT Malang bagi seorang suami apabila isteri keduanya menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain setiap kali berada di rumah isteri pertama.Malahan si isteri sanggup menyewa hotel untuk bersama dengan kekasih gelapnya di sebelah siang.Kecurangan itu terbongkar apabila madu durjana itu ditangkap bersama kekasih gelap nya di sebuah rumah tumpangan oleh Jabatan Agama Islam Pahang(JAIP)-harian metro |
You are subscribed to email updates from borak kosong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |