Adsense

Isnin, 5 Julai 2010

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


(GAMBAR) Obama signature

Posted: 05 Jul 2010 06:55 AM PDT

(GAMBAR) Datin Seri Normala Samsudin, Ruhila, Datin Sharifah Shawati

Posted: 05 Jul 2010 02:02 AM PDT


Majalah Nona edisi bulan Julai 2010 telah memaparkan cover depan majalah berkenaan dengan menampilkan pengacara terkenal Normala Samsudin dengan anaknya yang berusia 17 tahun, Ruhila Roslan. Anak Normala ni memang cun melecun, sama dengan maknya juga lah. Anaknya ni pelajar di TKC (Tunku Kurshiah College). Tapi yang paling asyik sekali dalam Nona tue adalah kisah "Datin Sharifah Shawati, Setiap Wanita perlu Jaga Imej", persoalannya sejak bila pula Sharifah ni jadi Datin, adakah dia telah bercerai dengan suaminya yang bernama 'Wan' atau 'Wan' tue telah menjadi Datuk. Sesiapa yang tahu, boleh ler kongsikan kisah ini. :)




Ayu Raudhah akan bertunang tahun ini?

Posted: 05 Jul 2010 01:54 AM PDT


Ayu Raudhah, yang semua sedia maklum sedang berpacaran dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Abd Radzak, 23, di dalam Harian Metro edisi baru-baru ini berkongsi perancangannya untuk bertunang dengan kekasihnya itu dalam masa terdekat - 'Ayu rancang tunang'. Disebabkan kedua-duanya juga sibuk dengan kerjaya masing-masing, belum lagi ditetapkan tarikh pertunangan mereka.




Bagaimanapun, dedah aktres berusia 25 tahun itu, kemungkinan pertunangan mereka akan berlangsung pada tahun ini juga. Tambahnya lagi, mereka perlu mencari waktu yang sesuai untuk membincangkan tentang soal pertunangan mereka. -Gua

Zizie Ezette disahkan hamil?

Posted: 05 Jul 2010 01:50 AM PDT


Dengar-dengar ada sebuah perkhabaran berita yang menarik daripada sumber yang boleh dipercayai bahawa Zizie Ezette dah hamil/mengandung. Sungguh tidak disangka-sangka perkhabaran ini, memandangkan Zizie Ezette dan suaminya, Datuk Bung Mokhtar Radin sibuk turun naik mahkamah atas kes mengenai mereka berdua. Mereka berkahwin pada bulan Disember 2009 yang mana tidak diketahui tempat dan masa pernikahan mereka dan tidak dipersetujui oleh isteri pertama Datuk Bung untuk berpoligami. Apa-apa pun tahniah lah diatas berita yang bermakna dan gembira ini. Semoga anak yang dilahirkan itu putih melepak macam Zizie. :)



(GAMBAR) Bila anak Erra Fazira dan Dynas Mokhtar bersama

Posted: 04 Jul 2010 07:26 AM PDT


Anak Erra Fazira, Engku Aleesya yang dilahirkan pada Mac 2009 kini dah berusia setahun lebih manakala anak Dynas Mokhtar, Khyra yang dilahirkan pada April 2010 masih lagi nampak bayi yang comel. Terbaru mereka digabungkan dan digambarkan dalam edisi majalah tempatan untuk Hari Raya Aidilfitri nanti. Memang gandingan kedua-dua artis ini cukup memberikan suasana meriah pada hari itu. Lebih-lebih lagi Dynas yang menyambut Hari Raya dengan kelahiran cahaya mata pertamanya itu.





Miyabi (Maria Ozawa) mahu berlakon dengan Ariel

Posted: 04 Jul 2010 07:24 AM PDT


JAKARTA – Bintang filem pornografi terkenal dari Jepun, Maria Ozawa menawarkan diri untuk berlakon bersama dengan penyanyi popular Indonesia, Ariel Peterpan kerana tertarik apabila melihat susuk tubuh dan ketampanan wajahnya, lapor akhbarKompas semalam.




Dia yang terkenal dengan panggilan Miyabi dan pernah mencetuskan kontroversi menerusi beberapa buah filem berbaur lucah berkata, Ariel memang diminatinya bukan kerana skandal klip video seks dengan aktres Luna Maya dan Cut Tari.

"Saya tertarik kerana dia memiliki fizikal tubuh impian wanita dan bukan sebab isu penyebaran video panas itu," kata Maria, 23, yang mendakwa kes Ariel, 29, mendapat perhatian di Jepun dan ramai bersimpati dengan nasib lelaki itu.

Model kacukan Jepun-Kanada-Perancis itu berkata, jika berpeluang dia mahu berlakon dengan Ariel dalam filem genre seram, komedi atau romantis kerana dia sudah meninggalkan bidang pornografi tiga tahun lalu. – Agensi  | Kosmo! Online

Parked Car Accident

Posted: 04 Jul 2010 06:57 AM PDT