Adsense

Rabu, 6 Februari 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Enot pendam duka

Posted: 05 Feb 2013 03:33 AM PST

Entah di mana silapnya, sejak beberapa tahun kebelakangan ini rezeki artis komedi, Alliza Abdullah atau Enot, 34, seakan cukup berliku. Dia sendiri keliru apabila tiada seorang pun penerbit menunjukkan minat untuk menawarkannya berlakon.

Kali terakhir dia menerima tawaran pada Julai lalu menerusi drama Sebumbung. Selepas itu, tiada lagi sebarang tawaran diterima.

Enot bagaimanapun menafikan suaminya, Zainul Abidin Mat Noor, 42, menghalang dirinya daripada terbabit dalam dunia seni sejak lelaki itu dikatakan menyertai kumpulan tabligh.

Menjelaskan kedudukan sebenar, kata Enot, suaminya tidak pernah menghalang kerjayanya dan dia juga tidak terbabit dengan mana-mana jemaah tabligh.

Sebaliknya, Zainul ditimpa sakit misteri. Akibat penyakit itu, suaminya tidak boleh keluar mencari rezeki. Justeru, kini Enotlah yang menjadi tunggak keluarga.

Memiliki dua cahaya mata, masing-masing berusia 6 dan 12 tahun, bermakna beban kehidupan wanita juga bertambah. Namun Enat cekal melalui segala ujian dan tidak pernah menjaja keperitan hidupnya kepada umum.

"Saya anggap inilah dugaan daripada Yang Maha Esa. Mungkin ada kesilapan pernah saya lakukan sebelum ini, jadi Tuhan turunkan semua ujian ini untuk menduga saya.
"Jadi, bagi membersihkan segala kesilapan pernah saya lakukan selama ini, saya banyak membantu orang. Namun pertolongan itu bukanlah dari segi wang ringgit kerana saya sendiri tidak berkemampuan.

"Sebagai tunggak dalam keluarga, pelbagai usaha yang saya lakukan untuk menampung kehidupan. Bukan saya tidak berusaha tebalkan muka menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada produser, manalah tahu jika mereka ada watak sesuai untuk saya, tapi semua usaha itu sia-sia belaka," kata Enot.

Bergelar penyampai radio

Wanita kelahiran Negeri Sembilan ini juga keliru, takkanlah hanya kerana dia mengubah penampilannya menyebabkan penerbit langsung tidak berminat untuk bekerjasama dengannya.

Sedangkan luah Enot lagi, dia boleh membawakan apa saja watak, tidak terhad kepada komedi. Malah, dia juga tidak pernah menimbulkan masalah kepada pihak produksi, sebaliknya sentiasa memberikan komitmen penuh. Namun, semua itu bagaikan tidak lagi bererti.

Walaupun tiada tawaran berlakon, Enot tidak duduk diam menadah tangan menanti rezeki turun dari langit. Wanita ini menambah sumber pendapatan dengan membuat kek. Namun cabaran sekali lagi menjelma apabila perniagaan kek juga bagai ada yang tidak kena.

"Saya pun tak tahu mengapa sejak akhir-akhir ini, perusahaan kek saya agak perlahan. Ada yang sudah membuat tempahan tiba-tiba membatalkannya pada saat akhir. Dugaan ini memang amat besar, lebih-lebih saya tiada ibu bapa untuk meluahkan rasa hati.

"Mujur saya masih mempunyai adik-beradik yang prihatin. Saya akan terus bersabar serta percaya satu hari nanti pasti ada rezeki buat kami anak-beranak. Alhamdulillah, sejak dua minggu lalu saya mula bertugas di stesen Bapakku FM, milik bekas penyampai terkenal, Isma Halil Hamzah.

"Biarpun pendapatan tidaklah setinggi mana, tetapi sekurang-kurangnya saya mempunyai pendapatan tetap. Abang Isma juga mengizinkan kami untuk melakukan kerja lain asalkan tidak mengganggu jadual kerja," kata Enot yang ke udara pada malam Khamis, Jumaat dan Ahad.

Ketika yang sama, dia yang berjaya melangkah ke peringkat Top 5 kategori Artis Komedi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012 berharap pencalonannya menjadi isyarat untuk memaklumkan, dirinya masih aktif dalam bidang seni.

Selasa, 5 Februari 2013

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Kaka tumpang populariti Zizan?

Posted: 05 Feb 2013 06:23 PM PST


Kehadiran penyanyi bertubuh genit ini dalam industri seni, pantas menarik perhatian ramai peminat. Apatah lagi, single pertamanya, Bawaku Pergi, yang turut menampilkan Zizan, menjadi siulan ramai.

Biarpun hanya tampil dengan satu lagu, masih ramai yang mengingati dan menanti buah tangan terbaru dari pemilik nama sebenar, Nor Atiqa Noor Azraff ini.

Justeru, bagi mengubati dan menunaikan permintaan peminatnya, Kaka kembali dengan single baru ciptaan Amar dari kumpulan Drama Band.

"Ini lagu pertama saya nyanyikan secara solo. Buat masa ini tajuknya juga belum diberikan.

"Berbeza daripada single pertama, lagu kali ini lebih menguji dan menonjolkan vokal saya. Manakal dari segi genre pula ia mengetengahkan rentak RNB Balada," katanya  baru-baru ini.

Tambahnya, single itu dijangka akan siap sepenuhnya dalam masa yang terdekat dan dijangka akan dilancarkan akhir bulan ini.

Tumpang populariti Zizan?
Sudah menjadi lumrah dan asam garam anak seni, mereka sering dikaitkan pelbagai kontroversi dan Kaka juga tidak terlepas daripada perkara itu.

Sering dilihat bersama Zizan di beberapa majlis tertentu, Kaka kini dikatakan cuba mengambil kesempatan terhadap populariti pelawak dan pengacara itu.

"Apa yang dikatakan khabar angin itu adalah tidak benar sama sekali. Saya sudah menganggap Zizan seperti seorang abang dan saya amat terhutang budi kepadanya kerana dialah orang yang bertanggungjawab membawa Kaka ke dalam industri ini.

"Walaupun sering bersama menghadiri majlis tertentu, itu juga tidak bermakna kami sepasang kekasih. Hubungan saya dengannya hanyalah sekadar hubungan profesional dan tidak lebih daripada itu," katanya.

Bagaimanapun, Kaka akui tidak mampu mengubah pemikiran negatif sesetengah pihak dan sebagai seorang penyanyi, dia tidak mahu terlalu memikirkan soal itu.
- ---

Shah Rezza Mahu Aktif Semula

Posted: 05 Feb 2013 06:01 PM PST

Shah Rezza mahu kembali dalam dunia hiburan tempatan sebagai penerbit. Foto AZHAR MAHFOF.
KUALA LUMPUR: Pelakon era 80-an, Datuk Seri Shah Rezza atau nama sebenarnya Raja Shah Zurin Raja Aman Shah mahu kembali aktif dalam bidang hiburan sebagai penerbit drama dan album.
Shah Rezza, 52, yang juga Pengerusi Festival Fesyen Islam (IFF) berkata, pembabitan semula itu dibuat kerana rindukan dunia seni yang telah memperkenalkannya sebagai seorang pelakon, penyanyi dan model selain mahu menyumbang kepada pembangunan industri kreatif negara.
"Apa juga yang saya lakukan, perasaan rindu terhadap dunia lakonan itu masih menebal dan tahun 2013 adalah paling sesuai untuk kembali aktif.
"Pembabitan ini juga adalah sebagai satu tanda sokongan saya untuk melihat industri ini bertambah maju dengan pelbagai produk yang berkualiti untuk disajikan kepada penonton," jelasnya.
Beliau ditemui pada majlis sambutan ulang tahunnya yang ke 52 di Penang Village di Great Eastern Mall di sini pada Ahad.
Hampir 300 orang tetamu termasuklah rakan seangkatan dengannya hadir memeriahkan majlis seperti Ahmad Fauzee, Mustapha Kamal, Ebby Saiful, Nooren Noor, Salwa Abdul Rahman, Liza Abdullah, Fizo Omar, Norman Hakim, Catriana Ross, Azza (Elite), Linda Rafar, Elaine Daly dan Zul Ariffin.
Shah Rezza berkata beliau menyasarkan 10 buah projek dapat dilaksanakan pada tahun ini dan memberitahu tiga buah tajuk drama sedang dalam peringkat akhir penyusunan sebelum memasuki proses penggambaran.
Antara rakan artis yang hadir memeriahkan majlis sambutan ulang tahun Shah Rezza ke 52 yang diadakan di Little Penang, Great Eastern Mall pada Ahad.
"Buat masa ini tiga projek telah mula berjalan dan harap-harap ia akan berjalan dengan lancar seperti dirancang dan ini hanyalah permulaan daripada kami," katanya.
Dalam pada itu, Shah Rezza berkata, beliau juga akan membuat kemunculan sebagai pelakon dalam salah sebuah drama yang akan diterbitkan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.
Menurutnya beliau sudah lama berhasrat untuk berlakon dalam sebuah produksi berkenaanbdan impian itu akhirnya dapat dilaksanakan.
"Memang sejak dari dulu lagi impian saya ingin berlakon dalam sebuah drama atau filem berbahasa Inggeris dan hasrat itu nampaknya hampir tercapai.
"Bagaimanapun tumpuan akan lebih diberikan kepada tugas saya sebagai penerbit dan lakonan hanya untuk melepaskan rindu dan mengisi masa lapang," ujarnya.
Tambah beliau lagi, pihaknya turut akan menerbitkan dua buah album yang berkonsepkan wayang kulit selain sebuah album ketuhanan dengan menampilkan artis-artis 80-an seperti Ahmad Fauzee dan Nassier Wahab.
Sementara itu, berkongsi harapannya bersempena hari kelahirannya yang ke 52 pada 26 Januari lalu, Shah Rezza berkata, beliau mahu mencapai semua cita-citanya yang belum terlunas sebelum menjengah usia 56 tahun.
"Saya masih ada empat tahun lagi untuk memperkukuhkan perniagaan yang dimiliki kini termasuk aspek lain dalam kehidupan," jelasnya.
Shah Rezza sebelum ini terkenal dengan wataknya menerusi filem seperti Balik Kampung (1986), Ali Setan (1986), Marah-Marah Sayang (1987) dan Hati Bukan Kristal (1990).
- ---

Zach X-Factor Rancang Kahwin Hujung Tahun

Posted: 05 Feb 2013 05:59 PM PST

Zach sudah sedia mendirikan rumah tangga.
PETALING JAYA: Pelakon Zachery Francis atau lebih dikenali sebagai Zach mengakui sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga selepas kecewa kerana berpisah dengan kekasihnya yang dijalinkan selama sembilan tahun.
Zach, 35, yang juga bekas anggota kumpulan X-Factor berkata, dia kini telah menemui cinta baru dan merancang untuk berkahwin selewat-lewatnya pada penghujung tahun ini.
"Syukur akhirnya saya bertemu dengan seorang wanita yang saya sifatkan cukup sempurna di mata saya dan sangat selesa bersamanya," jelasnya.
Zach bagaimanapun enggan mendedahkan identiti kekasihnya itu namun mengakui wanita tersebut hanya orang biasa dan tidak terlibat dalam bidang hiburan.
"Cukup saya katakan sikapnya cukup buat saya senang dan hanya seorang wanita biasa yang cukup merendah diri," katanya.
Bercakap mengenai kerjaya seninya, Zach berkata, dia bersyukur masih diberi kepercayaan untuk memegang watak-watak utama dalam drama biarpun persaingan daripada pelakon yang jauh lebih muda semakin sengit.
Jelas Zach, biarpun popularitinya berada pada tahap sederhana namun dia tidak pernah merungut sebaliknya sentiasa berusaha untuk mengembangkan kerjaya lakonannya.
"Saya masih belum puas dengan pencapaian sekarang dan sentiasa mencari ruang untuk memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik namun saya bersyukur dengan segala peluang diberikan kepada saya," katanya.
Tambah Zach, dia juga merancang untuk membuka sebuah syarikat produksinya sendiri sebagai jaminan masa hadapannya.
Dalam perkembangan lain, Zach baru sahaja selesai menjalani penggambaran dramaAdi Valentino selain beberapa projek lain yang masih dalam penelitiannya.
- ---

Hanya 3 Pelakon Muncul Untuk Jelaskan Kontroversi 'Sahara'

Posted: 05 Feb 2013 05:58 PM PST

Barisan pelakon baru drama Sahara dari kiri Muaz, Arief dan Farid.
KUALA LUMPUR: Lain jadinya! Sidang media yang diatur untuk menjelaskan kontroversi drama Sahara menjadi sebaliknya apabila ia hanya dihadiri oleh tiga orang pelakon baru drama itu sahaja.
Majlis yang sepatutnya di adakan di sebuah restoran di Wangsa Walk di sini pada Selasa dikatakan terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir selepas mendapat arahan daripada pihak-pihak tertentu yang enggan kontroversi drama itu berlanjutan.
Sahara yang disiarkan menerusi saluran Astro Prima dikritik pelbagai pihak kerana dikatakan merendah-rendahkan martabat wanita berpurdah yang tidak menjaga adab kerana berpegangan tangan dengan lelaki bukan muhrim.
Tiga pelakon yang hadir ialah Farid Wari, 26, Muaz Aydyl, 23 dan Arief Farhan, 26.
Farid yang membawa watak Ustaz Zainal dalam drama itu berkata, para pelakon hanya dibenarkan memberi komen berdasarkan sudut peribadi sahaja tanpa melibatkan pihak produksinya iaitu Nusantara Seni Kreatif dan stesen televisyen yang menyiarkan Sahara iaitu Astro Prima.
"Apa yang ingin saya katakan di sini, kontroversi ini benar memberi tempias pada kami (para pelakon). Tak sangka pula, sidang media yang sepatutnya menjelaskan situasi sebenar dibatalkan pula.
"Walaupun tidak dikenali, tetapi kami telah dikecam menerusi laman sosial sehingga ada yang mengatakan yang kononnya kami adalah ejen Yahudi," katanya.
Tambah Farid, kontroversi itu juga membuatkan keluarganya dikecam daripada orang di sekeliling mereka.
Muaz yang membawa watak Badrul pula berkata, dia juga sering dikritik hebat menerusi laman Facebook dan risau sekiranya ia mampu menjejaskan karier lakonannya.
"Sudah lapan tahun saya di bidang lakonan dan ini adalah kali pertama kontroversi berlaku pada diri saya juga pelakon-pelakon lain.
"Risau juga, jika tidak diselesaikan, ia boleh mengganggu perjalanan karier saya," ujarnya.
Bagaimanapun, Arief, memegang watak Mubarak pula berkata, walaupun isu ini mampu menjatuhkan karier seseorang, namun dia memikirkan perkara tersebut daripada segi positif kerana ia secara tidak langsung memperkenalkan nama mereka kepada umum.
"Benar, dari segi positifnya, kami sudah dikenali, walaupun hampir lapan tahun berkecimpung dalam dunia lakonan.
"Namun saya tetap berdukacita kerana dikenali menerusi cara kontroversi yang tidak baik dan memalukan keluarga," ujarnya.
Sebelum ini akhbar melaporkan Pengurus Kumpulan Saluran Hiburan Astro, Azlin Reza Azmi dipetik sebagai berkata apa yang tercetus itu hanyalah salah faham dan tidak sepatutnya dijadikan isu memandangkan banyak mesej positif yang ingin disampaikan dalam drama berkenaan.
Pihak Astro juga tidak berhasrat mengulang siar drama itu selepas mendapat bantahan banyak pihak.
Drama bersiri 15 episod itu mula ditayangkan pada 14 Januari lalu dan berakhir pada 1 Februari lepas.
- ---

Iesya Tidak Terkesan Kerana ‘Bulu Mata Berduri’

Posted: 05 Feb 2013 05:56 PM PST

Iesya
PETALING JAYA: Pengacara Selamat Pagi Malaysia (SPM), Iesya Toh menegaskan aksesori bulu mata palsunya tidak memberi masalah walaupun segelintir pihak mendakwa imej berkenaan tidak bersesuaian dengan peranannya sebagai personaliti televisyen.
Iesya atau nama sebenarnya Nor Iesyatirradiah Sunny Toh, 29, berkata, dia tidak menggunakan bulu mata palsu terlalu kerap khususnya ketika hendak muncul di televisyen tetapi memakainya mengikut kesesuaian.
"Secara dasarnya saya tidak mengenakan bulu mata sepanjang masa dan hanya memakai mengikut kesesuaian sahaja kerana saya sedar SPM lebih kepada membincangkan topik-topik semasa dan saya tahu di mana batasannya untuk bergaya," jelasnya ketika dihubungi pada Selasa.
Pengacara RTM ini diminta mengulas kritikan segelintir pihak yang mempersoalkan langkahnya yang mengenakan "bulu mata berduri"
Iesya mengulas laporan yang menyifatkan imejnya memakai aksesori mata sehingga menjadi seperti 'bulu mata berduri' yang tidak bersesuaian sebagai seorang personaliti televisyen.
Mengulas mengenai perkara itu, Iesya berkata, kelopak matanya kelihatan menyerlah mungkin disebabkan penggunaan pembayang mata dari warna tanah yang menyebabkan bahagian berkenaan lebih terserlah.
"Biasanya saya guna warna ceria supaya wajah kelihatan seimbang dan 'natural'. Bagaimanapun percubaan menggunakan warna tanah telah membuatkan bulu mata itu sangat menyerlah," jelasnya.
Dalam pada itu, Iesya berkata, dia tidak kisah namanya dikenali disebabkan kontroversi 'bulu mata' kerana ia bukan sesuatu yang mengaibkan.
Malah ia mungkin dapat memberikan tambah nilai kepadanya yang juga sedang mencipta nama sebagai penyanyi.
"Dulu Rozita Che Wan dan Eja pun orang kenal kerana bulu mata. Jadi saya tak lihat perkara itu sebagai masalah," katanya.
Sementara itu, Iesya memberitahu, dia kini baru sahaja selesai merakamkan sebuah lagu nyanyian asal Hetty Koes Endang berjudul Kasih sebagai single pertamanya yang akan dilancarkan pada bulan Mac depan.
Selain Malaysia, lagu berkenaan akan dipasarkan di Singapura dan Indonesia diikuti beberapa siri promosi untuk memperkenalkannya sebagai penyanyi.
"Insya-Allah jika semuanya berjalan lancar lagu Kasih akan mula dimainkan di radio pada Mac dan saya sudah pun selesai merakamkan lagu tersebut," jelasnya.
- ---

Penyanyi program realiti direman kes rogol

Posted: 05 Feb 2013 05:55 PM PST


AMPANG - Juara program realiti popular terbitan sebuah stesen televisyen ditahan reman selama enam hari bermula semalam, disyaki merogol kekasihnya, minggu lalu.

Perintah reman ke atas penyanyi itu dikeluarkan oleh Pendaftar Nur Haizan Abdul Rahman di Mahkamah Majistret Ampang di sini.

Artis lelaki berusia lingkungan 25 tahun yang pernah menjuarai sebuah program hiburan realiti popular sekitar 2010 anjuran sebuah stesen televisyen itu direman sehingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. 
Jika sabit kesalahan, penyanyi itu boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mengikut laporan akhbar, mangsa yang merupakan teman wanita suspek dirogol kira-kira jam 12.40 tengah hari, 31 Januari lalu ketika bersama penyanyi itu di rumahnya di Ukay Perdana, dekat sini.

Mangsa mendakwa dia tidak melawan kerana takut  dicederakan.

Suspek ditahan kira-kira jam 12 tengah hari semalam di Taman Melati dekat sini setelah teman wanitanya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang.- ---

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Siti Nurhaliza bakal hibur setiausaha

Posted: 05 Feb 2013 02:31 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 5 Feb. - Penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 34, akan menjayakan persembahan Minggu Setiausaha di ibu negara pada 11 April ini. Persembahan yang diberi nama Memorable Moments...

Kontroversi drama: Para pelakon drama Sahara memohon maaf

Posted: 05 Feb 2013 02:28 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 5 Feb. - Barisan pelakon drama Sahara membuat permohonan maaf secara peribadi ekoran kontroversi babak drama tersebut yang menyentuh sensitiviti agama Islam. Bagaimanapun, pelakon Arief Farhan...

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Siti Saleha putus cinta

Posted: 04 Feb 2013 02:43 PM PST

Sebelum ini peminat dunia hiburan hanya mengetahui Siti Saleha pernah menjalinkan hubungan cinta dengan penjaga gol Sabah yang juga adik pelakon Sharifah Sofea, Syed Adney Syed Hussein. Walaupun tidak terlalu digembar-gemburkan, pelakon yang meledak menerusi drama rantaian Nora Elena ini bersikap sporting kerana tidak menyorokkan perkara itu.

Selepas pengakuan terbabit, kisah cinta Saleha senyap begitu saja. Bagaimanapun, pengakuan eksklusifnya kepada HIP baru-baru ini cukup mengejutkan. Kata pelakon ini, dia baru saja dua bulan putus cinta. Lebih mengejutkan apabila si kekasih bukanlah lelaki yang pernah diuar-uarkan sebelum ini.

"Saya baru saja putus cinta dua bulan lalu. Dia seorang lelaki Inggeris. Hubungan kami terlerai kerana tiada persefahaman. Saya jenis yang tak suka ada masalah. Kalau saya lihat perhubungan itu tak akan ke mana dan lelaki itu seperti tidak serius, lebih baik berpisah," katanya ketika ditemui pada majlis pratonton filem Kerat 14 di Damansara.

Menurut Saleha, walaupun cintanya tidak kesampaian, ia bukan alasan untuknya meratap dan menangisi perpisahan yang berlaku.

"Kami berkenalan pun tak lama, iaitu lebih kurang dalam tempoh sebulan. Jadi, bila terpaksa berpisah, ia taklah terasa sangat," katanya.

Seakan mengerti apa yang bermain dalam fikiran, pantas gadis berusia 22 tahun ini memberitahu, cita rasanya bukanlah tertumpu kepada lelaki kulit putih ataupun berdarah kacukan semata-mata.

"Saya tahu, mesti ramai yang menganggap saya hanya inginkan jejaka mat salih sebagai teman lelaki. Saya tidak pernah meletakkan syarat sebegitu. Sebelum ini pun saya pernah berkawan dengan jejaka Melayu.
"Dalam mencari teman lelaki, saya tidak melihat fizikal atau material. Apa yang penting, dia dapat memberikan saya cinta dan kasih sayang," kata Saleha.

Seperkara yang mengagumkan adik kepada vokalis kumpulan Bunkface ini, dia boleh dianggap artis sifar kontroversi. Sehingga kini, belum terdengar cerita memualkan mengenainya.

"Saya akui saya tiada cerita panas yang boleh diceritakan, sebab itulah saya tidak popular.

Terus terang saya memang senang begini. Saya masuk bidang seni pun kerana minat.

Saya mahu peminat mengenal saya menerusi bakat, bukannya kontroversi," kata finalis kategori Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012 ini.

Malu tonton babak sendiri Julung kali diberikan peluang beraksi di layar lebar, ia sudah cukup membuatkan gadis berdarah kacukan Melayu-Inggeris ini gembira.

Mana tidaknya, selepas beberapa tahun beraksi di layar kaca, baru kini peluang untuknya melangkah ke filem menjelma.

Barangkali tuah lakonannya dalam Nora Elena membuatkan produksi White Merpati Entertainment berminat menawarkan watak Nurzara kepadanya. Seperti dalam drama bersiri itu, filem arahan Arjin Uppal ini sekali lagi menggandingkan Saleha dengan Bintang Paling Popular ABPBH 2011, Aaron Aziz.

Bercerita mengenai pengalaman barunya, Saleha berkata, dia agak malu melihat lakonannya dalam Kerat 14.

"Dalam filem ini, saya perlu melakonkan babak intim. Memang segan dan rasa tak selesa untuk melakonkan babak itu. Tapi sudah namanya kerja, saya lakukan juga. Bila tengok balik, memang saya segan sampai pengurus pun asyik usik saya kerana babak itu," cerita Saleha yang berjaya menghidupkan watak gadis trauma dengan baik.

Isnin, 4 Februari 2013

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Konsert Anuar Zain ditukar ke Stadium Melawati

Posted: 04 Feb 2013 02:34 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 4 Feb. - Konsert mega solo pertama Anuar Zain, Anuar "Zain Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari" akan bertukar ke lokasi baharu iaitu di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor. Sebelum ini...

Akim lancar muzik video baharu

Posted: 04 Feb 2013 01:17 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 4 Feb. - Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim ketujuh, Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad melancarkan muzik video bagi lagu ciptaannya sendiri iaitu Menunggu. Muzik video yang...

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Lofa bukan perampas

Posted: 03 Feb 2013 02:42 PM PST

Bintang Azura minta penyebar fitnah hormati rumah tangga insan lain

Seboleh-bolehnya dia tidak mahu mengulas gosip yang satu ini. Bagi Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih mesra dengan panggilan Lofa, cerita yang mendakwa dirinya menjalinkan hubungan intim dengan suami seorang pengacara terkenal tidak lebih daripada sekadar gosip liar.

Saat diajukan pertanyaan mengenai kesahihan khabar angin itu pada empunya diri, Lofa mengakui dia tahu mengenai gosip yang tersebar itu.

Bintang yang semakin bersinar ini pada mulanya malas untuk mengulas kerana tidak mahu perkara yang tidak sahih itu berpanjangan. Begitupun, apabila cerita itu semakin bertebaran dan dirinya sendiri terus ditembak dengan pertanyaan berkaitan gosip liar terbabit, dia terpaksa juga bersuara.

"Sudah-sudahlah buat fitnah terhadap Lofa. Janganlah lagi dikaitkan Lofa dengan cerita perampas suami orang. Kepada si penyebar fitnah pula, belajarlah menghormati rumah tangga orang lain," tegas Lofa ketika ditemui pada majlis pelancaran Golden World, sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan menjual dan membeli emas fizikal, di Kuala Lumpur, petang Khamis lalu.

Pada acara berkenaan, aktres dan juga pengacara jelita ini bertindak sebagai pengendali majlis.

Kata Lofa lagi, antara dia dan lelaki yang dikaitkan dengannya itu memang tiada sebarang hubungan istimewa memandangkan mereka sudah berkawan lama.

"Lofa kenal dia sejak umur Lofa 17 tahun lagi. Kami hanya berkawan. Jadi, apabila gosip ini timbul, memang Lofa terkejut. Kalau diikutkan, memang Lofa malas nak komen kerana cerita perampas ini memang tak masuk akal," katanya yang bakal meraikan ulang tahun ke-24, 10 Februari ini.

Sudah lama tak jual kasut

Perbualan kami petang itu berlanjutan kepada sebuah lagi cerita sensasi membabitkan pengacara Nona ini. Ada pihak mengadu kononnya Lofa tidak jujur dalam menjalankan perniagaan kasutnya. Menurut cerita yang sampai ke meja HIP, kasut yang dijualnya itu kononnya tidak berkualiti dan ia juga bukan rekaannya yang sebenar.

Sebaliknya menurut si pengadu, Lofa hanya menukar label kasut yang dibeli dari luar negara itu kepada jenamanya. Justeru, kualiti dan reka bentuk kasut tidak seperti yang dicanangkan sebelum ini.

"Itu bukan kerja Lofa. Sebaliknya, ada seorang individu yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama Lofa untuk menjual kasutnya yang tidak berkualiti itu. Individu itu menjalankan perniagaannya menerusi laman Facebook. Sebaik saja mendapat tahu wujudnya kegiatan itu, Lofa terus menghubungi pemilik akaun palsu terbabit dan meminta dia menghentikan perbuatannya.

"Sebenarnya Lofa sudah lama tak aktif berniaga kasut, sudah hampir dua tahun. Insya-Allah, tengoklah nanti, kalau Lofa sudah ada banyak duit, barulah Lofa akan kembali menjalankan perniagaan ini. Lofa tidak mahu berniaga sambil lewa. Buat masa ini tumpuan Lofa adalah pada perniagaan produk minuman kesihatan dan kecantikan milik keluarga, Bella Vita," jelasnya.

Kalau nak melamar, sila datang jumpa keluarga

Mengenai kenyataan jejaka yang sering dikaitkan dengannya, Hans Isaac, yang memberikan tempoh sehingga tahun depan untuk menamatkan zaman bujang seperti yang ditulis kebanyakan media, Lofa berkata, tidak apa yang harus diulas olehnya.

Baginya, sebagai kawan, dia menyokong apa saja yang terbaik buat pelakon, penerbit dan juga pengarah itu.

Diusik pertanyaan apakah kenyataan Hans itu seolah-olah menghantar isyarat buat Lofa supaya bersedia, gadis berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini mempunyai pendirian tersendiri berhubung perkara itu.

"Bagi Lofa, kalau mahu melamar, biarlah dengan cara yang betul... Datanglah berjumpa keluarga dan bukannya melalui media cetak atau elektronik. "Sebenarnya, Lofa ada juga bertanyakan padanya (Hans), bilakah dia mahu mendirikan rumah tangga? Jawab Hans, kalau boleh dia mahu kahwin sebelum umurnya mencecah 45 tahun. Sekarang ini umur dia 41 tahun, jadi dia ada masa empat tahun lagi untuk berbuat demikian," katanya sambil tersenyum.

Finalis tiga kategori ABPBH

Pada penganjuran Anugerah Bintang Popular BH edisi ke-26 (ABPBH26), Lofa mencatat sejarah peribadi apabila berjaya melepasi senarai akhir tiga kategori iaitu Pelakon TV Wanita Popular, Pelakon Filem Wanita Popular dan Pengacara Wanita Popular.

Bagi wanita muda ini, pencalonan itu satu kejutan buatnya, lebih-lebih lagi apabila namanya tersenarai dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular yang disifatkannya sebagai tidak disangka-sangka.

"Lofa hanya menaruh harapan untuk dicalonkan dalam kategori pengacara.
Tak sangka pula nama dicalonkan juga oleh peminat dalam dua kategori lain. Dulu Lofa hanya dicalonkan bersama-sama orang baru, tapi kali ini lain sikit. Lofa berada sebaris dengan nama-nama besar. Itu sudah cukup membuatkan Lofa gembira.

"Rakan pengacara Lofa dalam Nona, Fara Fauzana, awal-awal lagi sudah minta Lofa sediakan ucapan. Katanya, manalah tahu Lofa yang akan menang malam itu. Mungkin dia sekadar mengusik Lofa kerana Lofa tahu, calon untuk kategori itu memang hebat-hebat belaka," kata Lofa mengakhiri perbualan.

Ahad, 3 Februari 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Liyana Jasmay diijab kabul

Posted: 02 Feb 2013 02:08 PM PST

Kontroversi penyebaran gambar intim tak jejas persiapan majlis

Kuala Lumpur: Kontroversi melanda Liyana Jasmay, 25, ekoran penyebaran gambar intim praperkahwinannya dengan Fathuddin Mazlan, 29, di laman maya seminggu sebelum pernikahan, langsung tidak menjejaskan persiapan kahwin pasangan itu, semalam.

Pelakon dan penyanyi itu sah menjadi isteri Fathuddin dengan dua kali lafaz.

Fathuddin dinikahkan sendiri bapa Liyana, Datuk Jasmay Md Shah di Hotel Seri Pacific, di sini jam 10.26 pagi semalam. Majlis turut disaksikan Pendaftar Perkahwinan dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd Sahirman Ahmad. Liyana yang anggun dengan persalinan rekaan Jovian Mandagie dan solekan Tiar Zainal menerima hantaran lima dulang dan membalas tujuh dulang. Pelakon itu menerima mas kahwin berbentuk seutas gelang emas bernilai RM5,500 dan wang hantaran RM28,388, angka yang mewakili simbolik tarikh lahirnya.

Busana Jovian

Majlis persandingan mereka berlangsung di PWTC malam tadi. Liyana dan suami mengenakan busana Jovian untuk majlis resepsi yang dihadiri lebih 1,000 tetamu, manakala untuk acara potong kek, busana Rizman Ruzaini menjadi pilihan. Majlis bertandang pula akan diadakan 9 Februari ini di Dewan Perdana FELDA.

Majlis pernikahan dihoskan teman Liyana sendiri, Farish Aziz dan antara artis yang turut hadir ialah Lisa Surihani, Marsha, Thumb Suhaimi, Betty Rahmad dan Sharifah Sakinah. Pasangan ini yang pernah berjiran di Melawati, mula rapat sejak Januari 2012 sebelum memutuskan melangsungkan pertunangan Mac tahun sama.

Kontroversi tak beri kesan

"Kontroversi itu tak beri kesan kepada kami, akan berlalu dan dilupakan. Malah sebelum ini pun, saya menerangkan kepada Din (Fathuddin) mengenai keadaan sebegini, yang tak terduga akan terjadi. Ia perkara biasa, kami anggap sebagai dugaan kecil dan hadapinya dengan tenang serta sabar," kata penyanyi lagu Cinta Bersatu ini.

Selepas berkahwin, pemenang kategori Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2009 ini akan menetap di Sabah kerana mengikut suami yang bekerja di sana. Liyana pernah menuntut kursus jangka pendek selama enam bulan tahun lalu dalam bidang lakonan dan pengarahan di New York Film Academy.

"Saya akan ke sana lagi bulan ini, kali ini bersama suami di samping krew syarikat penerbitan saya bersama kakak, iaitu Mermaid Studios," katanya.

Norman, Memey timang cahaya mata sulung

Posted: 02 Feb 2013 02:07 PM PST

Kuala Lumpur: Pasangan pelakon, Norman Hakim dan Memey Suhaiza selamat menimang cahaya mata sulung malam kelmarin dengan kelahiran Mohamed Darwisz Hakim.

Bayi berkenaan dilahirkan normal jam 9.55 malam di Dewan Bersalin Muslimah, Sunway Gombak dan perkembangan itu dimaklumkan mereka menerusi laman sosial, Facebook, Twitter dan Instagram masing-masing. Menurut Memey, Darwisz dilahirkan dua minggu awal dari tarikh jangkaan 20 Februari ini.

Bekas isteri Norman, Abby Abadi turut berkongsi gambar anak lelakinya dengan Norman, Mohamed Danish Hakim bersama Darwisz di laman Instagram selepas gambar itu dikirimkan Memey kepadanya yang berada di Sarawak.

Dalam keadaan baik

Memey yang dihubungi BH semalam memberitahu dia dan bayinya dalam keadaan baik.

"Alhamdulillah, rasa teruja Memey sepanjang sembilan bulan mengandungkannya sudah berakhir. Tak sangka anak kami keluar lebih awal daripada tarikh jangkaan. Sejak pagi 1 Februari lalu, Memey mula terasa sakit pinggang lalu mengadu kepada abang (Norman) sekitar jam 6 pagi," kata pelakon itu.

Pasangan berkenaan bernikah 24 September 2011. Darwisz adalah cahaya mata keempat buat Norman selepas memperoleh tiga anak menerusi perkahwinan terdahulunya dengan Abby.