Adsense

Rabu, 2 Januari 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Azam Aznalna

Posted: 01 Jan 2013 03:50 PM PST

Peroleh hikmah di sebalik kontroversi tahun lalu, mahu buktikan diri bukan pelakon tempelan

Biarpun tidak pernah merelakan diri terpalit dalam kontroversi, pelakon Anzalna Nazir nampak hikmah di sebalik apa yang berlaku.

Tentu ramai masih ingat, pelakon jelita ini yang memiliki darah campuran iaitu Cina daripada sebelah ayah dan ibu berketurunan Punjabi, dihambat isu kontroversi pertengahan tahun lalu.

Ketika itu, kisahnya bertelagah bersama dua aktres muda lain iaitu Neelofa dan Tasha Shila menghiasi dada akhbar. Namun, kesan daripada kontroversi itu, nama Anzalna terus melonjak walaupun bakat lakonannya belum cukup teruji.

Sejak peristiwa itu, tawaran lakonan yang datang kepada Anzalna bagai tak menang tangan.

Lebih beruntung, gadis yang fasih berbahasa Perancis itu turut ditawarkan watak utama dalam filem pertamanya, Sepah The Movie.

"Dari awal lagi saya sudah berjanji dengan diri sendiri, saya menceburi bidang seni ini untuk menjual bakat bukan mencari kontroversi.

"Jika boleh, sedaya upaya saya akan elak daripada mencari masalah. Namun, sebagai manusia biasa saya tidak berjaya mengawalnya," katanya yang tetap bersyukur kerana mempelajari sesuatu yang berharga dalam hidupnya, tahun lalu.
Anzalna tidak menolak hikmah di sebalik apa yang berlaku, namanya menjadi hangat sehingga ramai produser menawarkan dirinya berlakon dalam filem dan drama.

"Memang saya akui kontroversi melonjakkan artis. Namun, saya terjebak dengan isu ini bukan kerana disengajakan atau sengaja mencari kontroversi. Hanya satu yang saya saya pegang iaitu sentiasa percaya kepada Allah. Ini kerana setiap musibah atau fitnah itu akan dibalas dengan nikmatNya," katanya.

Anzalna memberitahu, dia tidak pernah menyalahkan diri sendiri atas apa yang berlaku.

"Dalam kehidupan, tiada perkara yang berlalu dengan senang kerana perlu ada liku yang harus kita tempuhi. Inilah liku yang saya harus lalui.

"Saya juga tidak mahu ingat kembali isu lalu sebaliknya sentiasa berfikiran positif. Masalah jika difikirkan boleh memudaratkan kita, setiap benda yang sudah berlaku biasanya saya akan buang ke tepi dan mula dengan kehidupan baru" kata gadis yang menginjak usia 25 tahun pada 9 Januari ini.

Tolak dakwaan aktres 'kayu'

Pada awal pembabitan dalam dunia penuh glamor ini, Anzalna tidak terlepas dikritik sebagai pelakon 'kayu' kerana tidak menunjukkan jiwa ketika beraksi.

"Memang saya sangat malu apabila lakonan saya ditegur seperti kayu. Pada awal kemunculan saya di televisyen, saya tidak berani menontonnya kerana terlalu malu. Namun perasaan itu saya lawan demi untuk memperbaiki kelemahan saya.

"Sekarang, alhamdulillah sedikit sebanyak saya mampu atasi dengan bantuan pelakon senior seperti Adi Putra, Aaron Aziz dan Bront Palare," katanya.

Anzalna berkata, dia tahu dirinya diperhatikan selepas kontroversi tahun lalu.

"Saya tahu selepas isu itu, masyarakat akan mula melihat gerak-geri kita. Sama ada saya menceburi bidang lakonan ini untuk menjual bakat atau menjaja cerita kontroversi.

"Namun, alhamdulillah, beberapa drama lakonan saya mendapat maklum balas positif malah ia disebut-sebut masyarakat," katanya.

Kak Limah kembali!

Posted: 01 Jan 2013 03:45 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Tidak mahu karya susulan dibayangi filem asal, sutradara, Mohamad Mohd Khalid atau Mamat hanya menampilkan sedikit elemen atau ‘trademark’ daripada filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dalam garapan terbarunya itu.

Selasa, 1 Januari 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Usah pandang serong

Posted: 31 Dec 2012 03:45 PM PST

Jaclyn perjelas dirinya bukan pemarah, tapi lantang bertempat

Penyanyi, Jaclyn Victor tidak kisah jika peminat menafsir dirinya cukup lantang dalam meluahkan isi hati di laman sosial peribadinya.

Bagi penyanyi wanita bervokal mantap itu, dia bukanlah orang yang suka 'naik hantu' atau naik angin tidak tentu pasal.

Sebaliknya, akui Jaclyn atau mesra dipanggil Jac, hanya ruang itu saja yang dapat digunakan untuk meluahkan perasaan yang terbuku. Namun, Jac berharap tidak ada pihak yang memandang serong. Ini kerana baginya, catatan dalam akaun laman sosial itu adalah milik peribadinya.

"Saya bukanlah seorang pemarah yang suka marah-marah tidak tentu fasal. Memang ada ketikanya, saya akui lantang bersuara tetapi itu hanya berlaku jika kesabaran saya benar-benar diuji.

"Bagi saya, tidak salah meluahkan perasaan suka duka di laman berkenaan. Ia hak milik peribadi, jadi saya bebas untuk berkongsi apa saja di laman itu," kata Jac kepada HIP.

Jac mengulas tindakannya meluahkan perasaan dalam laman sosial miliknya baru-baru ini yang pantas mengundang persoalan peminat yang tertanya-tanya apakah penyanyi itu sedang ditimpa masalah.

Sukar tetapkan tarikh perkahwinan
Berbicara mengenai agendanya dalam melangkah tahun baru 2013, juara program realiti Malaysian Idol musim pertama ini nampaknya tidak mempunyai perancangan khusus.

Tatkala disoal mengenai rancangan menamatkan zaman solo, ternyata penyanyi lagu Gemilang yang sudah bertunang dengan jejaka Inggeris bernama Chris Bellamy sejak tujuh tahun lalu, tidak ada jawapan tepat.

"Saya tidak tahu hendak buat macam mana. Mungkin apa yang boleh saya katakan, setakat ini hanyalah bersabar dan tunggu saja (bila hendak berkahwin). Bila tiba saatnya nanti, akan saya beritahu semua.

"Bukan apa, hubungan jarak jauh bukanlah mudah. Saya di Kuala Lumpur sedangkan dia di London, jadi sukar untuk kami memikirkan mengenai perancangan untuk berkahwin," jelas Jac.

Projek besar dengan artis antarabangsa

Tahun 2012 yang melabuhkan tirainya semalam meninggalkan kenangan manis buat penyanyi ini. Sembilan tahun bergelar anak seni, Jaclyn nyata berpuas hati dengan perjalanan kerjaya seninya.

Malah, Jac baru merangkul anugerah Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita) menerusi lagu berjudul Counting Days ciptaan Aubrey Suwito pada Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-19 yang lalu.

Akui wanita ini, dia bersyukur kerana peminat menerima baik kehadirannya dalam industri ini. Jac berkata, nasibnya mungkin sentiasa baik dan dan laluannya dalam industri muzik seperti dipermudahkan.

"Saya beruntung kerana sering mendapat peluang baik. Walaupun pernah tidak ada album selama tiga tahun, tetapi peminat masih ingat dan menerima saya. Sepanjang tempoh itu, saya masih terbabit dengan projek khas seperti menyanyikan lagu runut bunyi untuk filem mahupun muzikal.

"Dari situ, peminat melihat saya sentiasa ada dalam industri ini. Selain itu, hubungan dengan peminat juga sentiasa saya pelihara. Kami hanya bertemu pada waktu tertentu seperti baru-baru ini pada majlis hari lahir saya yang diadakan secara mengejut oleh peminat," katanya yang mendedahkan projek besar yang menyaksikan dia berduet dengan seorang penyanyi antarabangsa tahun ini.

Namun butiran lanjut termasuk identiti penyanyi antarabangsa terbabit akan diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU Studios, Norman Abdul Halim, tidak lama lagi.

Aaron jadi gangster dalam Prince of the City

Posted: 31 Dec 2012 03:42 PM PST

Tertarik dengan penampilan Aaron Aziz dalam filem KL Gangster mendorong penerbit filem dan bintang utama Prince of the City, Julian Cheah mengundang aktor itu membintangi filem itu yang diterbitkan Axis Line Entertainment.

Pada mulanya, dia berhasrat menawarkan watak 'playboy' kepada aktor popular itu. Namun, melihat kejayaan filem KL Gangster yang mengutip RM11 juta, Julian percaya peranan sebagai gangster bernama Iskandar mampu menarik penonton ke pawagam.

Prince of The City menemui penonton di pawagam sejak Khamis lalu selepas hampir dua tahun disiapkan. Selain Aaron, dua lagi pelakon Melayu iaitu Wan Hanafi Su dan Jehan Miskin turut membintangi filem bahasa Inggeris berkenaan.

"Saya senang bekerja bersama Aaron dan Jehan. Mereka pelakon profesional, fleksibel dan sentiasa bersedia di lokasi. Pada masa sama, mereka menghayati watak diberi dengan baik.

"Saya tidak menghadapi kesukaran bekerja dengan mereka. Kami tidak perlu berlatih lama-lama. Berlatih di set saja sudah memadai. Malah saya sangat berpuas hati melihat hasil kerja Aaron dan Jehan selepas menonton produk akhir. Apa yang boleh saya katakan, penampilan mereka jauh lebih baik dari yang saya jangkakan," katanya.

Bakal ditayangkan di Kanada, United Kingdom dan Eropah

Julian juga sanggup berbelanja besar apabila turut mengundang pelakon Hollywood, Michael Madsen serta model dari Amerika Syarikat (AS), Tara Wallace membintangi filem terbitannya.
Julian berkata, dia akan memastikan setiap filem terbitannya menampilkan pelakon antarabangsa. Biarpun mengakui terpaksa berbelanja besar, namun ia adalah strategi untuk menembusi pasaran filem luar negara.

Malah Prince of the City sudah menandatangani kontrak selama tujuh tahun dengan pengedar dari AS, Acort International LLC untuk dipasarkan ke Kanada, United Kingdom (UK), Eropah dan Timur Tengah.

"Bagi saya, apabila filem tempatan menampilkan bintang popular dari Hollywood, masyarakat lebih yakin dengan filem itu. Setidak-tidaknya, mereka melihat kesungguhan kami untuk memajukan filem tempatan," katanya.

Julian berkata, dia yakin penampilan Madsen mampu menarik penonton ke pawagam.

"Lazimnya, apabila sesebuah filem mula ditayangkan, penonton tidak akan bertanya jalan ceritanya. Tetapi mereka ingin tahu siapa yang berlakon dalam filem itu. Jadi saya yakin penampilan Madsen akan menarik penonton ke pawagam," katanya.

Berlakon bersama Madsen sudah lama diimpikan Julian. Dia mengakui meminati aktor itu terutama apabila melihat penampilannya dalam filem Species. Baginya, tiada pelakon yang sesuai membawakan watak aksi selain Madsen. Malah, ketika pengarah filem itu, Roslan Husin mencadangkan dia mengundang Kiefer Sutherland, Julian keberatan kerana lebih menggemari lakonan Madsen.

Prince Of The City mengisahkan Putera Amara (Julian Cheah) yang berketurunan Portugis dibesarkan oleh seorang jutawan Sarawak. Dia diperangkap anak kandung jutawan itu sendiri, Putera Sibuyan (Jehan Miskin) atas tuduhan membunuh ayahnya dan seorang wanita Amerika Syarikat yang jelita bernama Adele (Tara Wallace).

Putera Amara kemudian terpaksa melarikan diri ke luar negara dan bertemu dengan gangster dari New York, Ben Carlton (lakonan Madsen). Ben menawar diri kepada Amara untuk membalas dendam dan merampas kuasa dari Sibuyan.

Isnin, 31 Disember 2012

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Sudah Pulang

Posted: 30 Dec 2012 02:17 PM PST

Selepas hampir 15 hari dirawat di Hospital Southland, Queenstown, suami Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa selamat pulang ke tanah air, kelmarin, diiringi Siti dan anggota keluarga lain.

Kepulangan Khalid disahkan kakaknya yang juga penerbit drama, Datin Zaiton Muhammad Jiwa menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada HIP, semalam.

Salam, kami sudah selamat sampai di Kuala Lumpur, semalam (kelmarin). Alhamdulillah, keadaan Datuk bertambah sihat. Terima kasih atas doa semua.

Maaf, Datuk perlu berehat serta tidak bersedia menerima pelawat kecuali keluarga terdekat, katanya.

Sebelum ini, HIP dimaklumkan, tarikh kepulangan Khalid dan Siti belum dapat ditetapkan. Ini kerana doktor yang merawat suami penyanyi No 1 negara itu dikatakan sedang bercuti sempena Hari Krismas.

Sehubungan itu, niat HIP untuk merakamkan detik kepulangan Khalid di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang untuk tatapan peminat, tak kesampaian.

Usaha mendapatkan komen Siti juga gagal. Menerusi SMS yang dikirimkan kepada pengurusnya, Rozi Abd Razak, dia memaklumkan Siti enggan ditemuramah kerana keadaan tidak mengizinkan.
Maaf sangat, bab ini masih tidak dapat dibantu. Rasanya, Siti belum bersedia untuk diwawancara kerana keadaan masih tidak begitu mengizinkan. Maaf sekali lagi kerana saya hanya menyampaikan pesanan Siti, katanya menerusi SMS.

Sementara itu, menerusi laman twitter anak ketiganya, Mohd Asyraf, bertarikh 15 Disember, dia memberitahu bapanya mungkin memerlukan tempoh dua bulan untuk pulih.

Asyraf yang banyak melaporkan perkembangan terkini bapanya sepanjang berada di New Zealand turut memberitahu Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang prihatin bertanya khabar bapanya. Menurut Asyraf, bapanya berhasrat untuk menjual semua motosikal berkuasa tinggi yang dimiliki.

Anak ketiga daripada empat beradik itu juga sangat berterima kasih kepada Siti serta ibu saudaranya, Zaiton kerana menjaga bapanya dengan baik serta sentiasa berada di sisi bapanya yang memerlukan perhatian.

Awal bulan ini, Khalid yang meminati motosikal berkuasa tinggi berada di New Zealand bersama beberapa rakan sejak 6 Disember lalu atas urusan perniagaan.

Bagaimanapun, pada 13 Disember lalu, ketika keluar bersiar-siar, motosikal yang ditunggangnya terbabas lalu melanggar pagar sehingga mengakibatkan kecederaan pada bahu, kaki serta tangannya.

Ketika kejadian, Siti sedang bersiap untuk menjayakan Konsert Ekspresi Karya Gemilang bersama Shila Amzah, Amy Search, Rossa dan Ungu di Banjarmasin dan Jakarta. Namun, akhirnya Siti terpaksa menarik diri untuk terbang ke New Zealand.

Shila ligat

Posted: 30 Dec 2012 02:12 PM PST

Bila sudah punya nama, pasti diri terikat dengan pelbagai aktiviti seni. Begitulah kehidupan penyanyi muda, Nur Shahila Amir Amzah, 22, atau Shila Amzah yang terkejar ke sana-sini dek komitmennya yang padat.

Ditemui ketika mengejar penerbangan ke Shanghai, China sebaik membuat persembahan pada Malam Gala Amal Pamoga Gaza yang dianjurkan pengasas Vida Beauty, Datuk Dr Vida, malam kelmarin, Shila yang diiringi bapanya, ND Lala, hanya sempat ditemubual selama lima minit..

Baru pulang dari Miami, Amerika Syarikat (AS) pada 26 Disember lalu, Shila yang sepatutnya World Music Award (WMA) terpaksa menukarkan aktivitinya kepada percutian keluarga berikutan penganjur menangguhkan acara berkenaan hingga Mei depan.

Shila yang dicalonkan untuk dua kategori iaitu World's Best Female Artist dan World's Best Entertainer of The Year pada WMA, turut diundang membuat persembahan pada majlis itu.

"WMA ditunda kerana ada masalah dengan visa dan rakyat AS yang sedang bersedih berikutan kes tembakan murid ekolah di Newton, Connecticut. Jika diteruskan, ia bagaikan tidak wajar untuk mereka, jadi mereka tangguhkan WMA hingga Mei depan, katanya.

Shila berkata, dia bagaimanapun berpeluang berbincang dengan orang kuat iaitu pengasas WMA yang nampaknya berminat bekerjasama dengannya.

Kami ada membincangkan soal bersama yang akan diperhalusi kelak, kongsi Shila yang dijangka pulang dari Shanghai pada 2 atau 3 Januari ini.
Jika hendak diikutkan, Shila perlu berada di Shanghai selama sebulan untuk memenuhi beberapa aktiviti seninya di kota itu. Tetapi disebabkan dia bakal beraksi pada malam Anugerah Juara Lagu (AJL) pada 6 Januari ini, Shila akan pulang untuk beberapa hari.

"Selepas AJL, Shila akan kembali ke Shanghai. Shila harap dapat beri persembahan yang terbaik pada malam AJL," katanya yang mendendangkan 17 lagu pada malam gala itu.

Antara lagu yang didendangkan ialah medley lagu Ibu, Yang Teristimewa dan Memori Tercipta serta Sinaran oleh Sheila Majid; Grenade (Bruno Mars); Zheng Fu (Na Ying); Set Fire To The Rain (Adele); Penawar Rindu (Rafeah Buang) dan Nirmala (Datuk Siti Nurhaliza).

Tidak ketinggalan, lagu Forever Love (Wang Lee Hom), Its All Coming Back To Me Now, Because You Love Me, To Love You More (Celine Dion), Sedar dan Patah Seribu.

Ditanya harapannya untuk 2013, Shila berkata, dia mahu meningkatkan prestasi dalam kerjaya seni dan mengurangkan kontroversi.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Gambar Di Majlis Resepsi Perkahwinan Khairul Fahmi Dan Leuniey

Posted: 30 Dec 2012 02:47 PM PST

resepsi kahwin Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey (15)
Tahniah MyGosip ucapkan buat pasangan pengantin baru, Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasha kerana mereka berdua telah selamat diraikan dalam satu majlis resepsi malam tadi.. Majlis resepsi yang berlangsung dengan penuh gemilang itu telah berlangsung di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan..

Majlis resepsi Khairul Fahmi dan Leuniey yang bermula kira-kira jam lapan malam itu menyaksikan Kedua-dua pasangan pengantin baru ini tampil segak dan sepadan dengan busana songket rekaan pereka terkenal Ezuwan Ismail..

Jadi, jika sebelum ini kita sudah melihat gambar di majlis pernikahan mereka.. Kali ni jom kita layan pula gambar di Majlis resepsi Khairul Fahmi dan Leuniey bagi belah perempuan kat bawah ni…


Gambar: thr.fm

Ahad, 30 Disember 2012

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Natasha sensitif bila dapat tawaran

Posted: 29 Dec 2012 03:24 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Natasha Hudson realistik dunia lakonan yang digeluti sejak membintangi filem pertama, Chermin pada 2007 membentangkan ruang besar untuk perdebatan, terutama apabila memilih untuk bertudung sejak Mac lalu.

Semangat baru Heela

Posted: 29 Dec 2012 02:58 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Enggan menoleh ke belakang, penyanyi dan pelakon baru, Heela Monica, 19, sudah melupakan apa yang berlaku. Kontroversinya bersama seorang komposer terkenal hampir menguburkan kerjayanya yang baru bermula ketika itu.

Sabtu, 29 Disember 2012

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Emosi Syahrini

Posted: 28 Dec 2012 02:30 PM PST

Rentetan kontroversi melonjakkannya sebagai artis Indonesia paling dicari di internet

Sarat meniti laluan kontroversi, setiap satu cubaan yang datang menerpa sepanjang 2012 menguji keutuhan Syahrini menangani emosi.

Meskipun kehadiran isu sensasi membayangi usahanya untuk dikenali kerana bakat, 2012 masih membekas sebagai tahun bermakna buat penyanyi sensasi ini.
Saya akan cuba imbangi antara peribadi dan karier, mudah-mudahan dipertemukan Allah jodoh," Syahrini, Penyanyi

Ketika media lebih menyorot hal peribadi, terutama ketika percintaannya dengan jejaka dari Malaysia putus di pertengahan jalan Oktober lalu, keyakinan peminat terhadap Syahrini tidak pudar.

Sering dalam setiap tindakan yang menimbulkan perbahasan antara pro dan kontra, anak kelahiran Sukabumi, Jawa Barat berusia 32 tahun ini bersyukur kerana perjalanan hidupnya diberkati Yang Maha Esa.

Selebriti paling dicari di jejaring Yahoo Indonesia untuk 2012 itu akur, tidak semua pihak senang dengan caranya menangani dugaan.

"Cacian daripada mereka yang membenci tidak membuat saya lemah. Mereka memberikan saya motivasi untuk berkarya dengan lebih baik.
"Kritikan pedas itu membuat saya bangkit memacu kreativiti. Ramai yang senang, ramai juga yang membenci justeru, saya didik diri jangan pantas selesa.

"Pujian itu menyenangkan tetapi pada masa sama, membawa kemudaratan. Ia umpama perangkap yang membuat seseorang cepat larut dan malas berusaha.

"Saya lebih selesa dikritik kerana ia menyedarkan diri daripada kelekaan yang akan menarik saya kembali ke bawah," katanya.

Sedia mengenepikan segala ego atau menganggap dirinya yang terbaik, penyanyi Sesuatu ini sering mencari kelemahan diri kerana ingin bertahan dalam industri hiburan.

"Saya mahu menjadi anak seni yang matang, bukan hanya ketika di pentas tetapi juga setiap kali berkarya. Sama halnya dengan personaliti.

"Disebabkan itu, saya sering melihat ke dalam diri untuk mencari apa lagi kelemahan. Saya sentiasa berusaha memperbaiki diri, karya, mutu persembahan kerana ingin matang, seiring perjalanan usia," katanya.

Ternyata dalam setiap isu sensasi yang dicetuskan, penyanyi yang baru melancarkan album keempat, Semua Karena Cinta tidak mengenepikan prestasi.

Buktinya, populariti Syahrini melayakkannya meraih penghargaan Album Solo Wanita Popular pada SCTV Music Awards 2012 menewaskan nama besar seperti Agnes Monica, Rossa dan Vicky Shu.

"Kritikan membantu saya segera menjadi dewasa. Itu bererti penghargaan peminat terhadap saya begitu tinggi kerana mereka memerhati setiap inci pergerakan dari atas hingga bawah.

"Saya berterima kasih kepada mereka yang mengejek setiap kekurangan diri. Mereka membantu membuka ruang supaya saya lebih berani melakukan inovasi dan tidak mendatar dalam mencorakkan perjalanan karier," kata bekas teman duet Anang Hermansyah ini.

Resolusi Syahrini

Masih berbaki dua hari sebelum 2012 menutup diarinya, seperti kebanyakan penyanyi lain, Syahrini turut dilimpahi tawaran lumayan meraikan kedatangan 2013.

Bagaimanapun, Syahrini mempunyai perancangan lain apabila memilih untuk bercuti bersama keluarga meraikan tahun baru.
Baginya, bercuti akan memberinya inspirasi baru selepas diburu kesibukan sepanjang Disember.

"Saya bimbang keadaan fizikal dan mental lemah kerana terlalu sibuk sepanjang Disember. Setiap hari ada saja persembahan sama ada di Jakarta atau di luar kota.

"Jika terlalu mendesak, risau nanti kesihatan saya merosot. Alhamdulillah, tawaran ada tetapi lebih kepada rakaman dan akan disiarkan malam menjelang tahun baru.

"Rakaman program itu dibuat di Bali, kemeriahannya sama seperti menyambut tahun baru. Syukur kerana rezeki tetap ada," katanya.

Berbicara mengenai resolusi tahun baru, Syahrini berkata, kesihatan menjadi keutamaan memikirkan usianya bakal menganjak 33 tahun pada 2013 nanti.

"Saya mahu lebih sihat, matang dan dewasa dari segi pemikiran juga tindak tanduk. Saya akan cuba imbangi antara peribadi dan karier, mudah-mudahan dipertemukan Allah jodoh.

"Lebih senang jika dipertemukan dengan lelaki senegara. Ketika ini, saya langsung tidak mempunyai cerita peribadi untuk dikongsi.

"Sesekali saya bertanya diri, sampai bila mahu sendiri? Saya juga harus memikirkan soal pasangan hidup. bukan memfokus kepada karier semata-mata," katanya.

Turut menyimpan keinginan untuk melancarkan album kelima yang dipenuhi lagu baru, Syahrini juga berharap 2013 akan menyempurnakan azamnya menjayakan mini konsert.

"Itu antara keinginan besar saya kerana ia menterjemahkan perjalanan karier selama tujuh tahun. Semua itu proses kematangan, cuma saya perlu lihat bagaimana perjalanan karier untuk tahun depan.

"Mudah-mudahan lebih stabil dan cemerlang, lantas memudahkan laluan untuk merealisasikan segala yang dicita-citakan," katanya.

Kental elemen drama

Posted: 28 Dec 2012 02:14 PM PST

Filem: The Guillotines
Pelakon: Huang Xiaoming, Ethan Juan, Li Yuchun, Shawn Yue, Boran Jing, Jimmy Wang Yu, King Shih-Chieh
Pengarah: Andrew Lau
Genre: Aksi Durasi: 112 minit Tarikh Tayangan: Mulai 27 Disember 2012

Berlatarkan zaman pemerintahan Dinasti Qing, sutradara filem trilogi Infernal Affairs, Andrew Lau sekali lagi tampil dengan filem aksi, The Guillotines.
Sudah dipasarkan di beberapa negara Eropah, United Kingdom, Amerika Utara dan Australia, filem terbitan Hong Kong ini menggunakan barisan pelakon muda berbakat yang mampu menjadi tarikan utama.

Filem epik ini padat dengan aksi pertarungan, memaparkan kekuatan benteng pertahanan empayar Dinasti Qing yang memerintah ketika itu.
Kekuatan filem ini terletak pada elemen drama dan plot yang disampaikan. Justeru dapat disimpulkan, elemen aksi, drama serta propaganda yang diketengahkan berjaya membangkitkan emosi penonton.

Secara ringkasnya, The Guillotines berkisarkan mengenai pengembaraan sebuah kumpulan pemuda yang dilatih oleh Maharaja Yong Zheng menjadi pembunuh dan kumpulan itu dinamakan sebagai The Guillotines.

The Guillotines dilatih untuk membunuh sesiapa saja yang memberontak dan menentang Maharaja pada masa itu.

Maharaja turut menggunakan mereka untuk menawan kaum Cina Han yang banyak memberontak. Dalam misi membunuh salah seorang pemberontak, Wolf, kumpulan yang diketuai oleh pahlawan Leng itu mengharungi pelbagai dugaan sehingga mengorbankan nyawa mereka sendiri.

Selain Leng, The Guillotines terdiri daripada Mu, San, Tai, Hutu dan Buka. Berkhidmat tanpa membantah, kelima-lima pahlawan ini tidak pernah tewas dalam 348 misi yang pernah ditempuhi mereka.

Disebabkan kejayaan itu juga membuatkan mereka bongkak dengan kekuatan yang dimiliki. Tanpa disedari, Leng, Mu, San, Tai, Hutu dan Buka sebenarnya terjerat. Bagaimanapun mereka perlu menewaskan kedua-dua belah pihak lawan untuk menyelamatkan diri masing-masing.

Di sebalik keganasan yang ditampilkan dalam setiap aksi perlawanannya, filem terbitan Hong Kong ini turut memaparkan kekuatan dan kesetiaan dalam persahabatan yang diharungi oleh Leng, Mu, San, Tai, Hutu dan Buka.

Berbekalkan kemahiran yang ada, keenam-enam pahlawan ini bermati-matian mempertahankan diri masing-masing, meskipun terpaksa membayar nyawa sebagai dalang gantinya.

Dari segi teknikal pula, teknologi tiga dimensi (3D) dan gimik yang dipaparkan dalam adegan pertarungannya kurang memuaskan.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Gambar Dulang Hantaran Pernikahan Khairul Fahmi Dan Launiey Natasha

Posted: 28 Dec 2012 11:36 PM PST

Hantaran pernikahan Khairul Fahmi dan Leuniey (2)
Jika semalam kita sudah melihat gambar disekitar majlis pernikahan Khairul Fahmi Che Mat dengan Leuniey Natasha, Hari ini kita layan pula gambar dulang hantaran yang telah diberikan oleh kedua-dua pihak.. Untuk pengetahuan anda, Leuniey Natasha telah menerima RM19,000 sebagai wang hantaran dan juga mas kahwin, Dan kedua-dua pihak telah memberikan 7 dulang hantaran berbalas 7..

Antara dulang hantaran yang diberikan oleh pihak Khairul Fahmi kepada Leuniey Natasha ialah seperti sepasang kain, minyak wangi, alat solekan serta jam tangan, beg tangan, kasut, cincin serta sirih junjung

Manakala pihak pengantin perempuan pula membalas dengan 7 dulang hantaran kepada Khairul Fahmi yang terdiri seperti sepasang kain, jam tangan, kasut, minyak wangi, cincin dan sirih junjung, dompet serta tali pinggan dan kemeja.

Jumaat, 28 Disember 2012

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Rahsia Erra Fazira

Posted: 27 Dec 2012 02:41 PM PST

Pelakon jelita ikut pesan ibu jaga penampilan diri demi status selebriti

Azimat ibu, Azizah Zaik supaya dia sentiasa menjaga penampilan diri walau hanya secalit gincu di bibir, cukup diingati primadona filem Melayu moden, Erra Fazira.

Biarpun mengakui lebih gemar gaya ringkas tatkala bersantai, pelakon yang mula melonjak namanya selepas membintangi filem Sembilu pada awal 1990-an sentiasa memastikan dirinya tampil rapi.
Saya akan sentiasa ingat pesan emak supaya sentiasa menjaga penampilan walaupun di luar waktu kerja. Emak beritahu sebagai selebriti, ke mana saya pergi pasti ada mata yang memandang. Oleh itu saya perlu sentiasa tampil rapi agar tidak menjejaskan periuk nasi," Erra Fazira, Pelakon

"Saya hanya bergaya bila perlu seperti menghadiri majlis tertentu. Tetapi jika keluar bersantai, saya lebih suka bergaya kasual dan ringkas.

"Bagaimanapun, saya akan sentiasa ingat pesan emak supaya sentiasa menjaga penampilan walaupun di luar waktu kerja. Emak beritahu sebagai selebriti, ke mana saya pergi pasti ada mata yang memandang. Oleh itu saya perlu sentiasa tampil rapi agar tidak menjejaskan periuk nasi.

"Mungkin sudah kerap bersolek membuatkan saya malas mengenakan mekap ketika keluar bersantai. Apabila perasaan malas menerjah, pesanan ibu akan membuatkan saya tersedar. Jadi saya akan segera menggoles gincu ke bibir," kata Erra ketika ditemui pada majlis penyampaian hadiah Anugerah Pereka Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2011 di Kuala Lumpur, semalam.

Pada majlis itu, gaun dipakai Erra ciptaan pereka, Hatta Dolmat dipilih peminat sebagai busana permaidani merah tercantik pada ABPBH 2011, April lalu. Erra dan Hatta masing-masing menerima hadiah trofi dan barang kemas Rafflesia The Pearl Centre bernilai RM10,000 daripada Pengarah Urusan Rafflesia The Pearl Centre, Winnie Sin.
Erra juga sangat meminati dunia fesyen. Tidak hairanlah, timbunan pakaian peribadi termasuk baju yang dipakai dalam filem Sembilu pada 1994 masih lagi disimpan rapi dalam kotak.

Menurut Erra, dia memiliki koleksi baju yang banyak hingga kadang kala sukar memilih yang mana satu hendak digayakan.

Bagi koleksi pakaian lama, kata Erra, dia lebih gemar menyimpan atau memberikannya kepada teman rapat berbanding menjualnya. Akui Erra, pakaian lama yang masih berkeadaan baik boleh dipakai semula ketika membintangi filem atau drama.

Walaupun memiliki nama yang disegani dalam persada seni tanah air, Erra bukanlah seseorang yang mementingkan jenama. Apa saja yang cantik di matanya, ibu kepada Engku Aleesya Engku Emran, 4 tahun, ini tidak kisah membelinya.

Namun, dia tidak menafikan memiliki rangkaian pakaian serta tas tangan berjenama. Tetapi Erra mengakui membelinya sebagai hadiah selepas berhempas pulas bekerja mencari rezeki.

Rakam lagu duet bersama Umie Aida

Dunia lakonan sudah sebati dalam diri wanita kelahiran Sungai Choh, Rawang ini. Malah, pendapatan dari sumber lakonan dan nyanyian selama inilah yang menyara hidup Erra, ibu dan adiknya.

Lantaran tidak mempunyai minat lain, Erra tidak akan sesekali meninggalkan dunia seni. Bagi memastikan kehadirannya di arena seni terus relevan, wanita ini berazam untuk memajukan prestasinya dari pelbagai sudut. Sama ada dalam kerjaya seni mahupun hubungannya dengan Allah.

"Bila bercakap soal azam, saya hanya terfikir mahu memantapkan prestasi saya dari semua sudut. Terutama sekali bidang lakonan kerana ia periuk nasi saya. Bagaimanapun, niat saya hendak memperbaiki mutu lakonan bukanlah disebabkan ingin mengejar anugerah. Sebaliknya, saya mahu peminat melihat peningkatan lakonan saya.

"Manakala untuk bidang nyanyian pula, setakat ini tiada lagi sebarang perancangan untuk menghasilkan album penuh. Lagipun, single saya Cinta Diam Diam tidak begitu menjadi. Bagi saya buat lagu juga bergantung pada nasib, kalau kena lagu yang sesuai dan tepat pada masanya, memang boleh popular.

"Pada masa sama, stesen radio juga memainkan peranan penting. Jika mereka tidak mahu memutarkan lagu kita, bagaimana peminat hendak terima lagu seseorang penyanyi. Kekerapan lagu itu diulang-ulang lambat-laun akan mempengaruhi selera pendengar juga," katanya yang bakal muncul dengan sebuah lagu single yang dinyanyikan secara duet bersama teman baiknya Umie Aida.

Kopratasa dendang lagu baru pada malam puisi esok

Posted: 27 Dec 2012 02:39 PM PST

Kumpulan Kopratasa akan memperdengarkan lagu dari album terbaru, Keroncong Puisi pada Malam Puisi Riong BH-Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)-Majlis Belia Negeri Sembilan (MBNS)-Majlis Belia Daerah Jempol (MBDJ) di Kompleks Belia dan Sukan Jempol, Negeri Sembilan, malam esok.

Anggota Kopratasa, Sani Sudin berharap kemunculan mereka dalam acara itu membolehkan peminat menikmati buah tangan terbaru mereka yang belum dipasarkan.

"Saya dan seorang lagi anggota Kopratasa, Usop akan menyampaikan lagu, E-gauan hasil sentuhan komposer Ahmad Ramli, manakala liriknya oleh saya sendiri. Lagu berkenaan diberi judul itu kerana kami cuba menghasilkan lagu yang menepati cita rasa peminat semasa," katanya ketika dihubungi.
Saya dan seorang lagi anggota Kopratasa, Usop akan menyampaikan lagu, E-gauan hasil sentuhan komposer Ahmad Ramli, manakala liriknya oleh saya sendiri. Lagu berkenaan diberi judul itu kerna kami cuba menghasilkan lagu yang menepati cita rasa peminat semasa," Sani Sudin, Anggota Kopratasa

Sani berkata, walaupun Keroncong Puisi masih belum memasuki pasaran, album 10 lagu yang dihasilkan oleh beliau dan Ahmad Ramli itu boleh dibeli pada Malam Puisi Riong BH-DBP-MBNS-MBDJ pada harga istimewa.

Kopratasa juga bakal mendendangkan dua lagu malar segar iaitu Permata Untuk Isteri dan Masihkah Kau Ingat, pada acara itu.

Azian Mazwan ubati rindu peminat

Penyanyi era 1990-an, Azian Mazwan Sapuan yang turut membuat persembahan pada acara itu pula berharap, peminat akan terhibur dengan dua lagu popularnya iaitu Rumah Kecil Tiang Seribu dan Bukan Belas Bukan Simpati.
"Mungkin penonton pada malam esok adalah peminat lagu puisi. Namun, saya berharap mereka juga akan dapat menghayati lagu itu kerana ia mempunyai makna tersendiri," katanya yang belum merancang menghasilkan album baru sebaliknya mahu memberi perhatian kepada kerjaya dan keluarga.

Penyanyi indie berbakat besar, Mohd Arriff Fardillah Mohd Rosli, pula akan mengiringi bapanya, Datuk Dr Rosli Saluddin menyampaikan puisi selain mendendangkan lagu.

"Saya akan bermain gitar ketika berganding dengan bapa untuk mendeklamasi puisinya. Saya juga akan membuat persembahan sendiri," katanya.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Gambar Di Majlis Pernikahan Siti Fazurina Dan Hykal

Posted: 28 Dec 2012 12:22 AM PST

gambar Pernikahan Siti Fazurina (4)
Pasangan pegantin baru Siti Fazurina dan Hykal Zulkifli ini telah selamat dinikahkan dengan mas kahwin sebanyak RM2,012 di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang kira-kira pukul 3.40 petang pada hari Khamis minggu lalu.. Pada Majlis pernikahan itu, Siti Fazurina telah menerima wang hantaran sebanyak RM30,000 dan kedua-dua pengantin baru ini akan diraikan dalam satu majlis resepsi yang bakal berlansung di Sungai Petani Kedah dalam bulan Februari nanti..

Sementara menunggu majlis resepsi mereka berdua diraikan, jom kita layan dulu 5 keping gambar disekitar majlis pernikahan Siti Fazurina Dan Hykal yang dihambat kontroversi baru-baru ini…

Gambar Di Majlis Pernikahan Khairul Fahmi dan Leuniey Natasha

Posted: 27 Dec 2012 10:34 PM PST

Khairul Fahmi dan Leuniey Natasha nikah (13)
Tahniah MyGosip ucapkan buat penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat, kerana dengan hanya sekali lafaz sahaja beliau telah sah dinikahkan dengan Leuniey Natasha kira-kira jam 10.30 pagi tadi.. Pasangan ini telah dinikahkan oleh Imam Tua Mukim Pasir Pekan, Ustaz Ab Ghani Ab Talib di kediaman keluarga Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan.. Hampir 300 orang tetamu yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis pernikahan Khairul Fahmi dan Leuniey Natasha ni…

Di Majlis pernikahan ini juga, Leuniey Natasha telah menerima wang hantaran sebanyak RM19,000 dimana angka 19 merupakan simbolik nombor bertuah Apex… Selain itu Leuniey Natasha menerima tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada sepasang persalinan, minyak wangi, alat solekan, jam tangan, beg tangan, kasut, cincin serta sirih junjung.

Manakala sebagai balasan, Khairul Fahmi pula menerima tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada Sepasang kain, jam tangan, kasut, minyak wangi, cincin dan sirih junjung, dompet serta tali pinggan dan kemeja.

Kedua-dua pengantin baru ini telah mengayakan busana sedondon berona putih. Khairul Fahmi segak berbaju Melayu sementara Leuniey Natasha pula anggun mengenakan baju kurung moden tradisional sentuhan pereka terkenal Ezuawan Ismail.

Selepas majlis pernikahan ini, kedua-dua pengantin akan diraikan dalam majlis resepsi belah pengantin perempuan di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan pada 30 Disember ini dan diikuti dengan majlis resepsi belah pengantin lelaki di kediaman keluarga Apek di Kampung Chenang, Kota Bharu, Kelantan pada 5 Januari 2013.

Sementara menunggu Majlis resepsi mereka berdua, Jom kita layan dulu gambar disekitar majlis pernikahan Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasha kat bawah ni…

Khamis, 27 Disember 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Leuniey Terkilan Isu Bapa Kandung

Posted: 26 Dec 2012 07:46 PM PST

Apek dan Leuniey bakal mendirikan rumah tangga pada Jumaat ini.
PETALING JAYA: Bakal isteri penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) iaitu Leuniey berasa kecewa apabila tuduhan dia mengabaikan bapa kandungnya menjadi bualan panas sebelum menjelang perkahwinannya pada Jumaat ini.
Leuniey atau nama sebenarnya Nur Eilunie Natasha, 21, berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia merupakan hal dalaman keluarga.
Malah dia juga terkejut apabila bapanya, Jaafar Mohamad, mendakwa tidak dijemput menghadiri majlis pernikahan itu.
"Saya terkilan dengan kontroversi yang tidak sepatutnya menjadi tatapan ramai.
"Tetapi saya cuma anggap hal itu berlaku kerana ayah mungkin terlalu beremosi pada ketika itu. Mungkin juga dia inginkan perhatian daripada saya sebagai seorang anak, entah saya tidak pasti.
"Apa-apa pun, perkara ini benar-benar buatkan saya kecewa kerana banyak lagi urusan perkahwinan yang perlu diselesaikan," katanya yang dihubungi dekat sini, petang Rabu.
Pada Selasa lalu, , Jaafar telah meluahkan rasa terkilan tidak dijemput menghadiri majlis pernikahan anak sulungnya itu dengan Apek, 23.
Dia juga mengatakan rasa sedih tidak dapat menyaksikan majlis akad nikah pasangan berkenaan yang akan berlangsung di kediaman Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan itu.
Leuniey merupakan anak sulung Jaafar hasil perkahwinannya dengan Nor Laila Abu Bakar, 40, sebelum bercerai 10 tahun lalu.
Lelaki itu kini tinggal bersama isteri baru dan dua anak lelakinya di mana seorang daripadanya merupakan adik Leuniey berusia 19 tahun.
Sementara itu, tambah Leuniey, pada Selasa lalu, dia telah bertemu dengan Jaafar, namun kedua-dua mereka tidak membangkitkan isu tersebut bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku.
"Kami ada berjumpa, tetapi masing-masing tidak buka cerita pun tentang kenyataan ayah itu. Biarlah.
"Saya tidak mahu perkara itu menjadi bebanan dalam keluarga. Saya anggap ia sebagai dugaan kami sekeluarga," ujarnya.
Pasangan itu akan bernikah pada Jumaat ini, pukul 9.00 pagi manakala majlis resepsi pengantin perempuan akan diadakan di Hotel Renaissance, Kota Baharu dua hari selepas itu.
Persandingan di sebelah pengantin lelaki pula akan berlangsung di rumah keluarga Apek di Kampung Chenang, Kota Bharu pada 5 Januari 2013.
Dalam pada itu, pasangan itu turut mengadakan satu lagi majlis resepsi di Hotel Royale Bintang, Damansara pada 13 Januari tahun depan, pukul 8 malam.
Apek dan Leuniey mula menjalin hubungan selepas terlibat dalam pembikinan iklan minyak wangi SimplySiti Eau De Parfum milik penyanyi Siti Nurhaliza awal tahun ini.
- ---

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Suka wanita berusia?

Posted: 26 Dec 2012 02:28 PM PST

Pelakon, Zulkifli Ariffin nafi hubungan dengan 'orang kuat' Tayangan Unggul, Gayatri Su-Lin Pillai sekadar cinta lokasi

Dilontar pertanyaan mengenai gosip percintaan, jejaka berbadan tegap, pelakon, Zulkifli Ariffin akhirnya mengaku dia sedang menjalin hubungan istimewa dengan Penerbit Eksekutif Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB), Gayatri Su-Lin Pillai.

Biarpun pada mulanya, Zulkifli atau mesra disapa Zul, tampak kurang selesa dengan persoalan itu, Zul tidak segan silu mengakui mereka makin rapat sejak tujuh bulan lalu.
Saya tahu ramai yang bertanya hal ini. Tapi sebenarnya, tidak benar saya meminati wanita lebih tua. Saya suka dengan Gaya disebabkan personaliti yang dimilikinya, bukannya melihat kepada umurnya," Zulkifli Ariffin, Pelakon

Akuinya, perhubungan mereka terjalin selepas selesainya penggambaran filem Penanggal yang menemukan mereka.

Namun, jejaka berusia 26 tahun ini menolak ia tidak lebih daripada cinta lokasi. Ini kerana katanya, dia dan Gaya mula berkenalan serta menjadi semakin rapat selepas selesai penggambaran filem arahan Elly Suriati itu.

Zul menolak anggapan bahawa dia lebih meminati wanita berusia. Ini disebabkan teman wanitanya sebelum ini, Abby Abadi juga berbeza usia dengannya.

"Saya tahu ramai yang bertanya hal ini. Tapi sebenarnya, tidak benar saya meminati wanita lebih tua. Saya suka dengan Gaya disebabkan personaliti yang dimilikinya, bukannya melihat kepada umurnya.
"Melihat pada kredibiliti Gaya, penggiat seni semua kenal siapa dia. Saya suka dia bukan melalui reputasi yang dimilikinya, sebaliknya pada personaliti dirinya," katanya kepada HIP.

Bercerita lanjut mengenai hubungannya dengan Gaya, Zul berkata:
"Filem Penanggal dijalankan pada Disember tahun lalu. Selepas habis penggambaran filem itu, kami selalu keluar bersama.

"Boleh dikatakan kami sedang mengenal hati budi masing-masing. Kami baru menjalin hubungan. Mana tidaknya, baru tujuh bulan. Banyak lagi yang perlu kami lalui dan semua ini mengambil masa," katanya yang menetapkan mahu berumah tangga sebelum dirinya mencapai usia 30 tahun.

Zul ditemui pada majlis pelancaran filem Bikers Kental, keluaran TUSB yang diarahkan Helmi Yusof. Majlis itu berlangsung di perkarangan tempat letak kereta berhadapan Kuala Lumpur City Centre (KLCC), baru-baru ini.

Teliti pilih watak

Teruja memegang salah satu watak dalam filem Bikers Kental, Zul sebelum ini tidak pernah menunggang motosikal berkuasa tinggi. Namun, disebabkan watak Arbi, Zul mula jatuh cinta dengan dunia permotoran.

Akuinya, filem itu mengajar dirinya menunggang motosikal berkuasa tinggi. Lantas Zul menyimpan impian untuk membeli sebuah motosikal berkuasa tinggi. Mana tidaknya, dalam filem itu, Zul perlu menunggang motosikal dari Kuala Lumpur hinggalah ke Thailand.

Disebabkan komitmen dengan filem itu, Zul tidak mengambil tawaran berlakon drama. Justeru, wajahnya dilihat kurang menghiasi televisyen sejak kebelakangan ini. Ini diakui sendiri Zul di mana selepas berakhirnya penggambaran Bikers Kental, dia berehat empat bulan.

"Sekarang, saya sedang dalam penggambaran drama bertajuk Debunga Lalang yang akan disiarkan pada 31 Disember ini. Sejak komitmen dengan Bikers Kental, memang saya tak berlakon drama. Drama terakhir saya adalah bersama RTM pada Mei lalu.

"Saya pun sudah berehat agak lama, empat bulan saya tidak berbuat apa-apa. Jadi, sekarang saya mahu aktif berlakon drama. Saya sebenarnya bukan memilih filem atau drama, sebaliknya melihat kepada watak yang ditawarkan," tambahnya lagi yang mengharapkan tahun baru 2013 membuka lebih banyak pintu rezeki buatnya.

KPKK pantau elak dana disalah guna

Posted: 26 Dec 2012 02:25 PM PST

Pemberian Insentif Dana Industri Kreatif Negara kepada 93 syarikat produksi berjumlah RM5 juta oleh kerajaan bukan bersifat peribadi, sebaliknya sebagai galakan untuk pemain industri menghasilkan lebih banyak karya bermutu.

Tidak mahu melihat pemberian itu disalah guna untuk kepentingan peribadi, kerajaan melalui Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) akan memantau aliran keluar insentif berkenaan untuk tujuan pembangunan industri kreatif.

Walaupun agihan insentif dibuat mengikut karya yang dihasilkan dan tidak terlalu besar, Ketua Setiausaha KPKK, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata, pemberian buat julung kali itu bertujuan meningkatkan peralatan penggambaran dan tenaga kerja produksi.

"Tujuan pemberian ini adalah untuk meletakkan semula kualiti drama dan filem dalam industri. Drama yang bagus datang daripada peralatan yang baik, pelakon yang bermutu dan tenaga kerja cekap. Jadi kita mengharapkan pemberian ini akan memulangkan semula hasil yang berkualiti kepada industri kreatif.

"Kementerian akan memantau sejauh mana insentif ini digunakan mengikut kualiti yang kita kehendaki," katanya yang mengharapkan pengagihan insentif itu ditambah tahun depan.

Bukan saja untuk pasaran tempatan, pemberian insentif itu juga bertujuan memberi galakan kepada pemain industri untuk menghasilkan karya yang bermutu tinggi untuk pasaran luar negara.

93 produksi layak terima insentif
Sepanjang tahun ini saja, lebih kurang dua juta produk industri kreatif dipasarkan ke luar negara dengan nilai RM400 juta. Kadar dijangka meningkat kepada RM3 bilion menjelang 2015.

"Kita tidak mahu produk yang dihasilkan hanya untuk simpanan dan pasaran tempatan saja, sebaliknya menjadi permintaan dari luar negara.

"Setiap syarikat menerima jumlah insentif berbeza mengikut kualiti, produk, skrip, kesan khas dan rating penonton. Usaha kerajaan ini dapat meningkatkan lagi kualiti filem dan drama pada masa depan," katanya.

Ada lebih 400 hingga 500 pembekal yang menerbitkan drama dan telefilem kepada RTM, namun hanya 93 syarikat yang layak menerima insentif berdasarkan kriteria yang ditetapkan RTM.

Antara penerima insentif adalah Excellent Pictures Sdn Bhd; Rumah Karya Citra Sdn Bhd; Saujana Media Sdn Bhd; Suhan Movie Trading Sdn Bhd; Cinematic Pictures Sdn Bhd dan Global Network Sdn Bhd.

Kadar insentif diselaraskan oleh semua stesen televisyen (TV) tempatan mengikut karya yang dihasilkan mereka iaitu bagi drama bersiri bernilai RM45,000 setiap episod, telefilem (RM100,000P) dan program berbentuk majalah atau dokumentari bernilai RM25,000.