Adsense

Isnin, 31 Disember 2012

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Sudah Pulang

Posted: 30 Dec 2012 02:17 PM PST

Selepas hampir 15 hari dirawat di Hospital Southland, Queenstown, suami Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa selamat pulang ke tanah air, kelmarin, diiringi Siti dan anggota keluarga lain.

Kepulangan Khalid disahkan kakaknya yang juga penerbit drama, Datin Zaiton Muhammad Jiwa menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada HIP, semalam.

Salam, kami sudah selamat sampai di Kuala Lumpur, semalam (kelmarin). Alhamdulillah, keadaan Datuk bertambah sihat. Terima kasih atas doa semua.

Maaf, Datuk perlu berehat serta tidak bersedia menerima pelawat kecuali keluarga terdekat, katanya.

Sebelum ini, HIP dimaklumkan, tarikh kepulangan Khalid dan Siti belum dapat ditetapkan. Ini kerana doktor yang merawat suami penyanyi No 1 negara itu dikatakan sedang bercuti sempena Hari Krismas.

Sehubungan itu, niat HIP untuk merakamkan detik kepulangan Khalid di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang untuk tatapan peminat, tak kesampaian.

Usaha mendapatkan komen Siti juga gagal. Menerusi SMS yang dikirimkan kepada pengurusnya, Rozi Abd Razak, dia memaklumkan Siti enggan ditemuramah kerana keadaan tidak mengizinkan.
Maaf sangat, bab ini masih tidak dapat dibantu. Rasanya, Siti belum bersedia untuk diwawancara kerana keadaan masih tidak begitu mengizinkan. Maaf sekali lagi kerana saya hanya menyampaikan pesanan Siti, katanya menerusi SMS.

Sementara itu, menerusi laman twitter anak ketiganya, Mohd Asyraf, bertarikh 15 Disember, dia memberitahu bapanya mungkin memerlukan tempoh dua bulan untuk pulih.

Asyraf yang banyak melaporkan perkembangan terkini bapanya sepanjang berada di New Zealand turut memberitahu Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang prihatin bertanya khabar bapanya. Menurut Asyraf, bapanya berhasrat untuk menjual semua motosikal berkuasa tinggi yang dimiliki.

Anak ketiga daripada empat beradik itu juga sangat berterima kasih kepada Siti serta ibu saudaranya, Zaiton kerana menjaga bapanya dengan baik serta sentiasa berada di sisi bapanya yang memerlukan perhatian.

Awal bulan ini, Khalid yang meminati motosikal berkuasa tinggi berada di New Zealand bersama beberapa rakan sejak 6 Disember lalu atas urusan perniagaan.

Bagaimanapun, pada 13 Disember lalu, ketika keluar bersiar-siar, motosikal yang ditunggangnya terbabas lalu melanggar pagar sehingga mengakibatkan kecederaan pada bahu, kaki serta tangannya.

Ketika kejadian, Siti sedang bersiap untuk menjayakan Konsert Ekspresi Karya Gemilang bersama Shila Amzah, Amy Search, Rossa dan Ungu di Banjarmasin dan Jakarta. Namun, akhirnya Siti terpaksa menarik diri untuk terbang ke New Zealand.

Shila ligat

Posted: 30 Dec 2012 02:12 PM PST

Bila sudah punya nama, pasti diri terikat dengan pelbagai aktiviti seni. Begitulah kehidupan penyanyi muda, Nur Shahila Amir Amzah, 22, atau Shila Amzah yang terkejar ke sana-sini dek komitmennya yang padat.

Ditemui ketika mengejar penerbangan ke Shanghai, China sebaik membuat persembahan pada Malam Gala Amal Pamoga Gaza yang dianjurkan pengasas Vida Beauty, Datuk Dr Vida, malam kelmarin, Shila yang diiringi bapanya, ND Lala, hanya sempat ditemubual selama lima minit..

Baru pulang dari Miami, Amerika Syarikat (AS) pada 26 Disember lalu, Shila yang sepatutnya World Music Award (WMA) terpaksa menukarkan aktivitinya kepada percutian keluarga berikutan penganjur menangguhkan acara berkenaan hingga Mei depan.

Shila yang dicalonkan untuk dua kategori iaitu World's Best Female Artist dan World's Best Entertainer of The Year pada WMA, turut diundang membuat persembahan pada majlis itu.

"WMA ditunda kerana ada masalah dengan visa dan rakyat AS yang sedang bersedih berikutan kes tembakan murid ekolah di Newton, Connecticut. Jika diteruskan, ia bagaikan tidak wajar untuk mereka, jadi mereka tangguhkan WMA hingga Mei depan, katanya.

Shila berkata, dia bagaimanapun berpeluang berbincang dengan orang kuat iaitu pengasas WMA yang nampaknya berminat bekerjasama dengannya.

Kami ada membincangkan soal bersama yang akan diperhalusi kelak, kongsi Shila yang dijangka pulang dari Shanghai pada 2 atau 3 Januari ini.
Jika hendak diikutkan, Shila perlu berada di Shanghai selama sebulan untuk memenuhi beberapa aktiviti seninya di kota itu. Tetapi disebabkan dia bakal beraksi pada malam Anugerah Juara Lagu (AJL) pada 6 Januari ini, Shila akan pulang untuk beberapa hari.

"Selepas AJL, Shila akan kembali ke Shanghai. Shila harap dapat beri persembahan yang terbaik pada malam AJL," katanya yang mendendangkan 17 lagu pada malam gala itu.

Antara lagu yang didendangkan ialah medley lagu Ibu, Yang Teristimewa dan Memori Tercipta serta Sinaran oleh Sheila Majid; Grenade (Bruno Mars); Zheng Fu (Na Ying); Set Fire To The Rain (Adele); Penawar Rindu (Rafeah Buang) dan Nirmala (Datuk Siti Nurhaliza).

Tidak ketinggalan, lagu Forever Love (Wang Lee Hom), Its All Coming Back To Me Now, Because You Love Me, To Love You More (Celine Dion), Sedar dan Patah Seribu.

Ditanya harapannya untuk 2013, Shila berkata, dia mahu meningkatkan prestasi dalam kerjaya seni dan mengurangkan kontroversi.