Adsense

Selasa, 24 Januari 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Dato Siti tidak lupa doa dapat anak

Posted: 24 Jan 2012 06:14 PM PST



BARU sahaja balik daripada bercuti menyambut hari jadi di Morocco, Marakesh dan Dubai bersama suami tersayang, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K pada 13 Januari lalu, Siti Nurhaliza Tarudin dikejutkan dengan berita daripada sebuah agensi berita mengenai tawaran berlakon untuknya dalam sebuah produksi filem Indonesia yang berjudul Kekuatan Cinta. Agensi berita tersebut melaporkan sebuah syarikat penerbitan filem Indonesia berminat untuk mengambil Siti berlakon di dalam naskhah terbaharu mereka.
Malah, syarikat berkenaan sangat senang untuk menggandingkan Siti bersama pelakon Nicholas Saputra, Christine Hakim dan Dian Sastrowardoyo di dalam filem itu.
Begitupun, Siti sendiri tidak tahu mengenai tawaran tersebut dan tidak menerima sebarang tawaran rasmi melalui syarikat terbabit. Apatah lagi, menyatakan persetujuan untuk berlakon di dalam filem itu.
"Siti tahu tawaran syarikat itu pun daripada laporan secara atas talian. Siti tidak anggap berita tersebut sebagai tawaran. Mungkin syarikat produksi itu baru berhasrat untuk melamar Siti berlakon dalam filemnya," kata Siti yang anggun dalam busana Marakesh ketika ditemui selepas sidang media majlis sambutan Maulidur Rasul 1433 Hijrah Muhammad Al-Amin Siti Nurhaliza bersama Rabbani di Cyberview Lodge & Spa, Cyberjaya.


Memang sukar untuk Siti menentukan jawapan selagi tawaran rasmi tidak dibuat oleh pihak syarikat terbabit. Tegas Siti, walau bagaimanapun dia tetap memperhalusi tawaran yang diterimanya sebelum memberi persetujuan berlakon di dalam filem itu.
"Kalau dilihat dari barisan pelakonnya memang cerita itu kelihatan menarik. Siti ada gambaran bahawa filem itu besar kerana ia menggabungkan pelakon Indonesia dan Malaysia. Tetapi, selagi tidak ada sebarang tawaran rasmi daripada syarikat itu Siti tidak berani nak cakap terima atau tidak," ujarnya kelihatan gembira menyambut ulang tahun di negara yang diminati sekali gus percutian tersebut merupakan bulan madu kedua Siti selepas berkahwin.

KEMBARA di bumi Marakesh membawa Siti singgah ke Gunung Atlas.


Mengorek cerita di sebalik percutiannya, Siti mengaku begitu seronok dan teruja melawat ke negara yang belum pernah dikunjunginya. Malah, paling mempesonakan bagi Siti merupakan negara Marakesh.
"Marakesh memang cantik. Walaupun warna bangunan yang digunakan kebanyakannya hijau dan batu-bata sahaja tetapi ukiran dalamnya memang menakjubkan. Siti juga sangat teruja dapat menikmati makan malam di puncak Burj Khalifa pada tanggal 11 Januari," luahnya yang memberitahu, Datuk K turut memberi hadiah lain sempena hari jadinya tetapi enggan mendedahkannya kepada media.
Anak
Siti turut ditanya mengenai cahaya mata memandangkan penyanyi tersohor itu sudah berkahwin selama enam tahun.
"Siti memang merancang untuk memiliki anak sejak awal perkahwinan lagi tetapi sehingga sekarang masih belum ada rezeki menimang cahaya mata. Kita cuma merancang tetapi perancangan Allah itu lagi hebat. Rezeki di tangan Dia. Mungkin satu hari nanti Siti dikurniakan zuriat.
"Mungkin juga ada hikmah Allah melambatkan Siti untuk mendapat anak. Mungkin Dia mahu Siti sesuaikan dulu kehidupan bersama suami dan anak-anak suami atau mungkin Allah mahu Siti melaksanakan kerja-kerja Siti yang masih tertangguh. Jika sudah ada anak nanti perhatian akan beralih kepadanya pula," katanya yang sentiasa berdoa kepada Allah memohon zuriat sendiri selain mengaku turut berusaha untuk memperoleh zuriat.

SITI amat mengagumi seni reka bangunan di Marakesh.


Tanpa berselindung Siti juga mengaku, biarpun tanpa kehadiran cahaya mata, Datuk K menatangnya bagai minyak yang penuh. Tuturnya, sejak di awal perkahwinan sehingga usia perkahwinannya mencecah enam tahun layanan Datuk K terhadapnya tidak pernah berubah. Siti sentiasa dimanja dan dibelai suami. Selain belaian suami dan kesibukannya dalam menguruskan kerjaya nyanyian mahupun syarikat Siti Nurhaliza Production (SNP) miliknya tidak timbul rasa sunyi dalam hidup Siti.
Dalam perkembangan lain, Siti turut berkongsi mengenai produk terbaharu Simply Siti keluaran syarikatnya.
Selain kosmetik kini Simply Siti juga mengeluarkan produk penjagaan kulit. Produk yang menggunakan pelan endorfin dan mengandungi stem sel serta advance hidrohalogen itu dikeluarkan menerusi lima produk iaitu pelembab, krim mata, serum, skrub dan topeng muka.
"Produk ini sudah dilakukan ujian ke atas beberapa wanita dan ia memang memberi kesan beberapa minggu selepas memakainya. Ia dapat mengurangkan kedutan, mencerahkan kulit dan memberi seri pada wajah," ujarnya yang turut bakal mengeluarkan tiga pewangi jenama Siti Nurhaliza selepas kelima-lima produk penjagaan kulit itu dipasarkan pada bulan Februari ini.

Gambar - Chef Wan Dapat Cucu Lagi

Posted: 24 Jan 2012 04:36 AM PST


Anak perempuan chef popular ini baru saja melahirkan anak kedua beliau yang diberi nama Isabella Safiyya. Tahniah chef wan bergelar datok untuk kali ke 3.... hehehe

Pelakon, Serina Redzuawan selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Isabella kira-kira pukul tiga petang pada Isnin.
Menurut bapanya, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan dalam satu entri menerusi Facebook miliknya memberitahu cucu keduanya itu dilahirkan secara normal dengan berat 3.3 kilogram.
"Alhamdulillah Serina telah selamat melahirkan Isabella dan kami sekeluarga sangat gembira dengan kehadirannya.


"Walaupun sedikit kecewa tidak dapat bersama mereka tetapi ibu dan anak diberitahu dalam keadaan sihat," ujarnya.
Chef Wan yang kini sedang berada di Bangkok, Thailand atas urusan kerja sempat meninggalkan status dia teruja untuk membeli belah pakaian dan barang keperluan lain untuk cucu keduanya itu.
Terdahulu, Serina telah mempunyai seorang anak lelaki iaitu Tristan, setahun lima bulan hasil perkahwinannya dengan Gavin Edward O'Luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar.




Celebrity News

Celebrity News


Gambar Seksi Neelofa Lagi

Posted: 24 Jan 2012 01:28 AM PST

Alahai Neelofa...engkau cantik,comel,ayu dan romantik tetapi kisah panas dan gambar panas mengenai anda semakin dicari dan diperkatakan. Tidak terkecuali dilaman blog zoomartis ni, setiap minggu asyik gambar dan cerita gadis ini je menjadi Top 1..bukan Top 2 tau...

Mungkinkah populariti gadis ini semakin naik kerana gambar seksi dan cerita panas beliau ?

Apa kata anda ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Gambar Lama : Sazzy Falak Seksi Berbasikal

Posted: 24 Jan 2012 01:21 AM PST


Entah gambar bila tetapi Sazzy nampak comel kan...sorry ye...saje nak berkongsi dengan pembaca di ZoOMartis, terutamanya gambar-gambar lama artis di Malaysia khasnya.

:)

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Artis Hollywood Heidi Dan Seal Ingin Berpisah

Posted: 23 Jan 2012 11:59 PM PST

Cinta Hitam Putih telah pudar kerana tidak ada persefahaman diantara mereka, inilah yang terjadi kepada pasangan Hollywood (Seal dan Heidi). Walaupun pasangan ini bukan rakyat Malaysia namun ia sudah cukup menggambarkan bertapa profesionalnya pasangan ini kerana ingin berpisah secara baik demi anak-anak.

Tak macam beberapa selebriti kat Malaysia ni, kecoh satu Malaysia..kalau boleh nak bagi tau satu dunia yang keluarga dia tengah "Berantakan"...Bak kata peminat Twitter...Perang Twitter la Bang...Layan Je..

Apa-apa pun berikut cerita mengenai pasangan Hollywood ni :

"Cinta kami sangat dalam dan kami saling hormat menghormati...saya tidak percaya seseorang itu secara tiba-tiba bolehmenghapuskan rasa sayang mereka dengan begitu sahaja," katanya.

Seal ditemui ketika ditemubual dalam program Tavis Smiley, yang bertanya mengenai berita perceraian mereka selepas membicarakan tentang pelancaran album Seal yang terbaru.

Tambah Seal; "Apa yang perlu dilakukan oleh mereka yang berada dalam situasi sepertinya ini ialah untuk terus kekal waras dan mengekalkan kehormatan diri kerana bukan saya seorang sahaja yang berhadapandengan masalah ini dalam dunia ini.

"Cuma malangnya ini telah tertulisuntuk menjadi sebahagian daripada kisah hidup anda..."

Pelbagai laporan media telah menyiarkan berita pada hujung minggu lalu mengenai keputusan Klum untuk memfailkan perceraian dengan Seal di Mahkamah Daerah Los Angeles .

Pasangan popular ini telah berkahwin pada 2005 dan dikurniakan tiga orang anak. Mereka terkenal sebagai pasangan yang kelihatan ideal dan sentiasa melafazkan rasa cinta secara terbuka.

Pasangan ini juga memelihara anak perempuan Klum hasil hubungannya dengan peneraju sirkit Formula Satu, Flavio Briatore.

Kedua-dua belah pihak mengakui sementara mereka masih saling cinta mencintai tetapi pada masa yang sama mereka semakin terpisah jauh akibat perbezaan yang tidak dapat dielakkan.

Bagaimanapun kata Seal, masa depan anak-anak mereka adalah lebih penting dan mereka akan mencari jalan untuk berpisah secara baik danmengelakkan pergaduhan.

Ketika ditanya apa akan berlaku jika perceraian mereka berakhir dalam keadaan yang tegang, Seal menjawab; "Kami bukannya pasangan yang tergolong dalam kategori tersebut, malah kami tidak pernah benar-benarbertekak atau bergaduh.

Kata Seal, walaupun ini adalah keadaan yang sangat sukar dalam hidupnya tetapi dia sentiasa berfikiran positif dan percaya jikasesuatu pasangan itu masih saling sayang menyayangi mereka akan cuba mengelakkan pergaduhan atau menyakiti hati masing-masing.

"Malah ini akan memudahkan proses perpisahan kami," ujarnya.

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Gambar Anak Perempuan Serina Redzuawan

Posted: 23 Jan 2012 11:40 PM PST

Ini berita  yang baru ZoOM baca mengenai artis Serina Redzuawan yang selamat melahirkan anak perempuan, bernama Isabella Safiyya ( Menurut Infolah..)

Bayi perempuan yang dilahirkan sudah tentu comel kan..kalau sebelum ini anak lelaki beliau tristan dah comel..apa-apa pun tahniah daripada kami di ZOomartis untuk Serina dan keluarga.

Dan berikut beberapa gambar yang ZoOm jumpa kat internet untuk tatapan anda semua :




Dan berikut komen datuk Chef Wan di akaun Facebook beliau :




Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Lirik Lagu Chammak Challo | Video Chammak Challo

Posted: 24 Jan 2012 01:06 AM PST

Bagi anda yang suka mendengar lagu filem Ra One yang turut menggunakan suara penyanyi Hollywood yakni Akon.


Selamat Mendengar :




Video :

Akon With Indian Selebriti :




Lirik Lagu :

Hey, hey, hey, hey

Girl,
you're my chammak challo,
Where you go girl I'm gonna follow
What you want girl just let me know
Oh oh ohh
You can be my chammak challo
Ooh ohh

[Verse:]
Shawty I'm gonna get ya
You know I'm gonna get ya
You know I'll even let you
Let you be my chammak challo

[Chorus:]
Kaisa sharmana aaja nach ke dikha de
Aa meri holey aaja parda gira de
Aa meri akhiyon se akhiya mila le
Aa tu na nakhre dikhaa...
Wanna be my chammak challo
Ooh ooh ooh ooh
Wanna be my chammak challo
Ooh ooh ooh ooh
Wanna be my chammak challo
Ooh ooh ooh ooh
Wanna be my chammak challo
Ooh ooh ooh

Hey hey hey hey

Tu meri chammak challo
Teri picture ka main hero
Give it to me girl mujhko de do
Ho hoo hooo
You can be my chammak challo oh

[Verse:]
Shawty I'm gonna get ya
You know I'm gonna get ya
Baby I'll even let you
Be my chammak chammak challo

[Chorus:]
Kaisa sharmana aaja nach ke dikha de
Aa meri hole aaja parda gira de
Aa meri akiyon se akiyan mila le
Aa tu na nakhre dikhaa
Wanna be my chammak challo
Ooh ooh ooh
Wanna be my chammak challo
Ooh ooh ooh
Wanna be my chammak challo
Ooh ooh ooh
Wanna be my chammak challo
http://www.elyricsworld.com/chamak_challo_lyrics_akon.html
Ooh ooh ooh

Ooh ho ooh ooh hoo

[Hamsika (Tamil):]
Unnai thottal En Ullathai
Norukka maattiyo
Ennai pola pennai parthu
Mayanga maattiyo
Kannil kannai pootti vittaal sirikka maattiyo
Ennai unnil sooti vittaal
Ottikka maattiyo

[Chorus:]
Kaisa sharmana tujhe nach ke dikha doon
Mera ho jay jo mein parda gira doon
Aa tujhe akhiyon mein apne basaa loon
Aa tu na nakhre dikhaa
Wanna be my chammak challo
Ooh ooh ooh ooh
Wanna be my chammak challo
Ooh ooh ooh ooh
Wanna be my chammak challo
Ooh ooh ooh ooh
Wanna be my chammak challo
Ooh ooh ooh ooh

Wanna be my chammak challo... oh oh oh [x4]

Oho oh hey
Oho oh hey
Oho oh hey
Oho oh [x4]
(Hey) [x4]


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Gosip Artis | Gambar Artis | Berita Hiburan - MatKepoh.com

Gosip Artis | Gambar Artis | Berita Hiburan - MatKepoh.com


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Jelajah seks Britney

Posted: 23 Jan 2012 06:12 PM PST

 Jelajah seks Britney
Britney Spears

LOS ANGELES: Britney Spears berdepan dengan dakwaan panas sebuah buku yang menjanjikan pendedahan sensasi mengenai kehidupan seks liar penyanyi terbabit.

Bekas pengawal Britney, Fernando Flores, berkata dia sedia menceritakan aksi seks liar penyanyi berkenaan ketika konsert jelajah Toxic dua tahun lalu.

Mendakwa menerima kontrak berjuta-juta ringgit dengan sebuah penerbit buku, Flores, 31, berkata buku berkenaan akan dilancarkan sempena perkahwinan Britney dengan Jason Trawick, 40.

Ia adalah perkahwinan ketiga Britney setakat ini.

Menurut bekas polis itu, Britney memiliki selera seksual besar dan tanpa batas.

"Saya pernah mendengar cerita mengenai aksi seksnya bersama dua yang lain secara serentak serta pelbagai pengalaman yang boleh menyebabkan bulu roma anda terpacak.

"Dia memiliki ramai penari muda dan kelihatan menarik sepanjang siri konsertnya dan keadaan boleh menjadi tidak terkawal.
"Di sana mereka mengadakan pesta arak, dadah dan sesi berahi serta pelbagai aktiviti lain," katanya.

Flores menceritakan kepada kawannya bagaimana Britney berfoya-foya dengan sekumpulan wanita.

"Saya ada dalam bilik mandi Britney ketika ternampak gambarnya bersama beberapa wanita dalam keadaan berahi.

"Kata Britney, gambar itu dirakam ketika dia mengadakan siri konsert dan keadaan menjadi tidak terkawal," katanya.

Flores bekerja untuk Britney, 30, pada 2010 dan kini menyaman penyanyi terbabit atas tuduhan serangan seksual.

Kata Flores, Britney secara berulang kali berbogel di depannya dan cuba mengajaknya ke ranjang.

Flores memulakan saman itu pada 2010 dan dijadual didengar di mahkamah tahun ini. – TS

///bharian///

Full content generated by Get Full RSS.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Filem Sumpahan Kum-Kum

Posted: 23 Jan 2012 09:19 AM PST

gambar lawak cerita lawak

Posted My Gosip: 24 January 2012 at 1:19 am under filem  

Sumpahan Kum-KumSinopsis Sumpahan Kum-Kum:- Cerita bermula apabila Mila yang memiliki wajah berjerawat, malu dengan keadaan rupanya lalu berjumpa dengan seorang dukun bagi mendapatkan rawatan susuk. Pantang laranganya adalah Mila tidak boleh melihat cermin selama 44 hari. Di tempat kerjanya, Mila yang dahulunya langsung tidak dipandang oleh lelaki, mula menjadi siulan ramai. Mila tidak sabar untuk melihat wajah barunya dan dia melihat cermin. Wajah Mila bertukar menjadi hodoh dan Mila pergi berjumpa dukun yang sama untuk memulihkan wajahnya.

Setelah dipujuk dan dirayu, akhirnya dukun iaitu Mak Tom, memberitahu Mila bahawa satu-satunya cara untuk memulihkan wajahnya adalah dengan meminum darah 9 gadis sunti. Mila mengekori Shima ke tandas dan membunuhnya serta meminum darahnya. Shima adalah anak kepada Mak Tom. Mak Tom bertekad untuk membalas dendam terhadap kematian anaknya dan memanggil Mila dengan mengatakan kononnya ada cara lain untuk mencantikkan kembali wajahnya. Mak Tom melibas Mila dengan cangkul dan memasukkan tubuh Mila yang nyawa-nyawa ikan ke dalam lubang yang telah digalinya. Sebelum ditimbus, Mila sempat menyumpah yang dia akan membunuh anak-anak sunti keturunan Mak Tom. Mak Tom mempunyai seorang cucu, Tini dan Mak Tom bimbang Tini akan menjadi mangsa dendam Mila maka Mak Tom sentiasa bersikap dingin terhadap Tini. Hantu Mila(hantu kum-kum) sering merayau dan menggangu orang kampung.

Pada suatu hari, Mak Tom meninggal dan wajahnya berulat dan dipenuhi lipas dan serangga. Rahsia Mak Tom terbongkar apabila Adi, anak lelaki Mak Tom pergi berjumpa Mak Leh, ibu saudaranya, untuk mendapatkan penjelasan tentang hantu Mak Tom dan hantu Shima yang menganggunya. Adi menyuruh isterinya, Nurul, membawa anak mereka pulang ke KL. Di KL, hantu Mila mengekori Tini dan Nurul sehingga dirumah. Nurul mendapat panggilan dari Adi menyuruhnya mengunci semua pintu dan tingkap. Malangnya, Mila sudah berada didalam rumah dan sedang bermain dengan Tini. Nurul mengunci dirinya dan Tini di dalam bilik.

Di kampung, orang kampung sedang mengadakan upacara pengebumian mayat Mila. Adi bergegas pulang ke rumahnya di KL dan ketika tiba, Adi mendapati Tini berada di dalam bilik bersama hantu Mila dan sedang menjerit ketakutan. Adi berjaya membuka pintu dan mendapati hantu Mila sedang mengendong anaknya yang pengsan. Sebelum sempat hantu Mila menggigit leher Tini, hantu Mila menggelupur kerana pada ketika itu, di kampung, orang ramai sudah selesai mengebumikan mayat Mila dan sedang membaca Yassin. Di kubur Mila, kelihatan sorang wanita berjubah dan berhijab sedang berdiri tunduk melihat batu nisan.

Tajuk Filem:
Sumpahan Kum-Kum

Pengarah: Ismail bob Hashim

Penerbit: Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.

Dipawagam: 26 Januari 2012

Pelakon Sumpahan Kum-Kum:
Feroz
Putri Mardiana
Lydiawati
Echa
Maimon Mutalib
Kazaar Saisi
Abdul Razak Ahmad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full content generated by Get Full RSS.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Album Melayu sentuhan Ajai

Posted: 22 Jan 2012 08:29 AM PST

MENGIKUT khabar angin yang tersebar, lembaran 2012 dianggap petanda berakhirnya kehidupan manusia di muka bumi. Namun, lain pula perkiraan mengikut kalendar Cina apabila tahun ini dikatakan membawa banyak kebaikan dan keuntungan kerana di bawah pengaruh naga.

Umum mengetahui, naga bagaikan simbolik agung kepada masyarakat Cina yang melihatnya sebagai haiwan hebat dan mempunyai banyak pengaruh positif. Jadi, kedatangannya amat ditunggu, apatah lagi, sesiapa yang lahir pada tahun naga dikatakan bertuah.

Justeru, bagaimana pula harapan bekas ratu cantik Malaysia 2008, Soo Wincci dan aktor kacak, Steve Yap yang semakin menempa nama dan mengorak langkah lebih luas dalam bidang seni tanah air? Pastinya, mereka juga memiliki impian.

Bertemu kedua-duanya, baru-baru ini pada sesi fotografi khas sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina (TBC), Wincci dan Steve yang pernah beraksi bersama dalam drama Cina tempatan berjaya menonjolkan keserasian. Mereka saling memberi antara satu sama lain.


Apapun, perkembangan terbaru Wincci , 27, kini sudah tentu untuk menyiapkan rakaman album mini bahasa Melayu pertamanya yang mendapat bimbingan dan sentuhan daripada komposer terkenal, Ajai.


Menurut Wincci, sebanyak empat lagu akan dimuatkan dalam album ini.

"Namun, saya baru merakamkan satu lagu, Jangan Risau yang sepenuhnya hasil ciptaan Ajai, Rabu lalu. Menjalin kerjasama dengan Ajai sangat membuatkan saya selesa kerana dia (Ajai) seorang yang cukup teliti. Bahkan, Ajai juga mementingkan perasaan.

"Dalam menyiapkan proses rakaman lagu, Ajai juga tidak terburu-buru. Dia memberi ruang kepada saya untuk ambil masa menjiwai lirik lagu itu. Baginya, apabila ada perasaan dalam lagu, ia akan menjadi lebih sedap dan puas didengar.

"Saya sangat menghormati Ajai dan kami banyak berbincang dalam mendapatkan sesuatu keputusan. Apapun, keinginan muncul dengan album ini disebabkan saya memang minat dan suka menyanyi lagu Melayu. Bahkan, idola yang menjadi inspirasi kepada saya sudah tentu Datuk Siti Nurhaliza.

"Tak dinafikan, menyanyikan lagu Melayu satu cabaran buat saya. Ini kerana, sudah pasti lenggok lagu Melayu itu saya

tiada kerana bukan orang Melayu. Apapun, saya berusaha melakukan yang terbaik dengan merakamkannya secara kontemporari," kata Wincci.

Menurut Wincci lagi, harapannya pada album itu sangat besar dan semoga semuanya sempurna dan mencapai tahap piawaian terbaik. Kata jurucakap produk kecantikan Avon ini, ia disebabkan perasaan dan vokal dimuatkan seiring menjadikan hasilnya cukup ikhlas.

Berbicara mengenai tahun naga, Wincci berkata, dia menjangkakan albumnya dapat disiapkan sepenuhnya selepas TBC kerana dia juga akan muncul pada konsert mini yang berlangsung pada 31 Mac nanti di Actors Studio di Lot 10.

Katanya, sempena tahun naga ini, dia mengharapkan karier seni yang diceburi berjaya membawanya mengorak langkah hingga ke pasaran antarabangsa seperti Hong Kong dan Taiwan.

"Saya seorang yang sangat suka mencuba perkara baru dan cabaran. Jadi, tujuan saya mengembangkan karier di luar negara untuk menimba pengalaman. Semoga saya mampu bertapak di arena antarabangsa," katanya.

Pernah merakamkan dua album Cina sebelum ini dan aktif dalam peragaan serta lakonan, Wincci tetap mengutamakan pelajaran demi jaminan masa depan. Untuk itu, dia kini melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah dalam bidang perniagaan di Universiti Terbuka Kuala Lumpur.

Menyentuh soal kemeriahan sambutan TBC, Wincci berkata, selain keseronokan dapat mengeratkan silaturahim keluarga dan hubungan persahabatan, dia juga ada perkara yang ditakutkan.

Ujarnya, dia sukar menjaga diet pemakanan hingga menyebabkan berat badannya naik selepas perayaan TBC.

Jiwa antagonis Steve

Bagi Steve, 40, pula, perayaan TBC kali ini nyata amat menggembirakannya kerana bukan saja meraikan tahun naga tetapi disambut dengan keluarga tersayang.
Katanya, ini tahun kedua dia dan isteri, Yap Sook Han, 41, merayakan TBC bersama anak sulung mereka, Yap Xin yang berusia setahun.

Ujarnya, tahun lalu, TBC dirai tidak begitu meriah kerana pasangan isteri yang mendapat anak disarankan supaya lebih berdiam diri mengikut amalan masyarakat Cina. Jadi, kini selepas anak semakin membesar, pastinya persiapan lebih menjurus untuk si kecil.

"Sempena tahun naga ini, saya cuma mengharapkan kehidupan lebih gembira. Malah, karier pun semakin bertambah baik dengan mendapat tawaran skrip yang bagus. Selepas 10 tahun terbabit dalam bidang lakonan, Ombak Rindu adalah filem Melayu pertama saya.

"Biarpun hanya watak sebagai bapa ayam, ia pengalaman baru buat saya. Bahkan, paling

membanggakan filem itu mendapat sambutan penonton. Sebenarnya, tidak mudah untuk pelakon Cina seperti saya memasuki pasaran industri perfileman Melayu.

"Saya pun sepanjang sedekad dalam lakonan, hanya berpeluang berlakon dalam beberapa drama Melayu. Selain itu, dari dulu hingga sekarang, saya lebih cenderung melakonkan watak antagonis. Barangkali muka saya ini memang sesuai dengan watak jahat saja.

"Cuma, saya sangat terharu apabila penerbitan drama Descendant yang akan disiarkan di ntv7 bermula 7 Februari ini memberi peluang melakonkan watak baik. Amat jarang sekali saya menerimanya, tetapi jujur dikatakan berlakon watak baik sangat memberi cabaran besar," katanya.

Menurut Steve atau nama sebenarnya Yap Leong Chai, lebih mencabar dirinya apabila dia melakonkan watak guru bahasa Mandarin. Ujar lelaki berbangsa Hokkien ini, dia pernah belajar bahasa Mandarin hingga darjah enam saja. Jadi, sedikit kesukaran dihadapinya.

Apapun, sebagai pelakon perkara seperti itu tidak harus dianggap penghalang. Katanya, dia berusaha menjiwai wataknya sebaik mungkin dan begitu juga dengan penguasaan bahasa Mandarin. Jelas Steve, dia gembira semuanya mampu diatasi.

Berbicara mengenai impiannya, Steve yang turut aktif dalam bidang peragaan memaklumkan, dia mengharapkan supaya suatu hari nanti akan ada filem Malaysia berjaya di peringkat antarabangsa.

Katanya, negara ini sangat unik kerana dihuni pelbagai kaum yang berlainan agama dan budaya.

Jadi, katanya, jika elemen budaya tiga kaum ini digabungkan dalam satu filem, ia bukan saja menyumbang pada pengukuhan perpaduan tetapi jelas menunjukkan inilah keaslian Malaysia. Tiada negara di dunia ini sehebat Malaysia yang mempunyai berbilang kaum.



Full content generated by Get Full RSS.

Izwan rahsia penderitaan

Posted: 22 Jan 2012 08:13 AM PST

BERTEMAN linangan air mata saat mengatur kata kisah ini. Ia juga satu-satunya coretan paling sukar sepanjang tempoh 12 tahun penulis berkhidmat di Harian Metro.

Kehilangan seorang sahabat dan menjadi saksi saat-saat beliau berdepan dengan ajal dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir, Jumaat lalu tepat jam 6.15 petang di Hospital Ampang, Pandan Mewah.

Syukur ke hadrat Ilahi, apabila penulis bersama seorang lagi teman, Huzairi Hassan, 37, diberi seketika kesempatan oleh Khairil Izwan Pilus, 33 atau lebih mesra dengan panggilan Izwan untuk menjaganya.

Biar cuma seminggu sempat membantu dan sebulan buat Hairi, ia adalah detik paling bermakna dan terindah.


Kali pertama penulis mengenali Izwan yang popular dengan lagu Indah Lelapku dan Kembali Senyum pada 2004. Dia menyertai Pertandingan Bintang RTM ketika itu. Kami kembali bertemu pada Siri Jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2005 (ABPBH2005), Johor Bahru, sekitar Februari 2006.


Izwan tercalon sebagai finalis kategori Artis Lelaki Baru Popular bersama artis lain seperti Fazli Zainal, Faizal AF4 dan Akbar. Bertitik tolak daripada ABPBH2005, kami bersahabat baik.

Perginya beliau pada usia muda, tambahan pula hari Jumaat, penghulu segala hari menjelaskan betapa Allah SWT menyayanginya.

Insan seni berbakat, pelajar pintar di sekolah, anak yang taat, adik, abang dan 'pak ngah' yang penyayang, pemilik hati mulia itu juga seorang pendengar masalah yang baik.

Sekadar mengimbas, sekitar pertengahan November 2011 Izwan dimasukkan ke Hospital Pusrawi Jalan Tun Razak selama seminggu selepas mengalami demam berulang dan doktor mengesahkan terdapat jangkitan kuman dalam darahnya.

Beliau bagaimanapun didapati sihat selepas dibenarkan keluar hospital sebelum keadaan kesihatannya kembali terjejas sejak dua minggu lalu angkara virus kencing tikus dan sepsis (serangan bakteria dalam darah) hingga membawa kepada kematian. Kes sepsis sangat kecil dan jarang berlaku namun ia adalah satu penyakit yang merbahaya kerana boleh maut.

Menyedari bahaya penyakitnya itu, arwah yang dilahirkan pada tanggal 24 November 1979, mengambil keputusan merahsiakan hal berkenaan daripada rakan-rakan serta peminat.

Bahkan, arwah mengambil masa untuk memaklumkan kepada keluarganya sendiri kerana tidak mahu mereka susah hati. Justeru, Hairi adalah tempat arwah mencurah rasa sepanjang beliau tidak sihat selain penulis.

Empat hari sebelum pemergian beliau Izwan akur untuk memaklumkan kepada adiknya, Khairil Azam Pilus (Aril), 27, apabila tidak mampu lagi berselindung memandangkan keadaan beliau semakin lemah. Memang mereka tinggal serumah.

Khamis yang lalu adalah hari paling mencemaskan apabila Izwan dengan tidak semena-mena diserang demam kuning dan sesak nafas lalu kami membawanya ke Hospital Ampang lebih kurang jam 12.30 tengah malam.

Selepas doktor melakukan imbasan, organ dalamannya seperti buah pinggang, hati dan paru-paru sudah dijangkiti kuman. Kemudian kira-kira jam 4.20 pagi dia dipindahkan pula ke Unit Kecemasan sekitar 12.30 tengahari.

Dalam tempoh melawan serangan penyakit di hospital arwah yang mempunyai personaliti disenangi ramai tidak pernah putus berzikir. Menjelang jam 5.30 petang, keadaan beliau bertambah kritikal sehingga terpaksa diberi ubat pelali untuk dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Ketika itu arwah mula menggunakan bantuan alat pernafasan.

Bagaimanapun sebelum sempat pertukaran wad dilakukan usaha menyelamatkan Izwan gagal apabila jantungnya tidak lagi berfungsi sekali gus disahkan meninggal dunia tepat jam 6.15 petang di sisi ibu bapanya, Normah Abdullah (ibu), Pilus Mohd Jani (ayah), Aril, Khirul Aida (kakak), Nurul Nabilah (adik bongsu) serta beberapa rakan karib.

Saat tersebar berita pemergiannya, ramai kenalan artis terus datang menziarahi jenazah beliau di bilik forensik. Antara mereka, Amy Search, Farawahida, Farhan AF, Azza Elite, Fizo, Amar Anak Wayang, Akim, Hafiz, Nurul, Kencana Dewi, Roslan Shah, Azizul Khamis, Wani, Cikgu Siti Hajar dan Reza Mohamad.

Jenazah beliau kemudian dibawa pulang ke Taman Nyalas Permai, Asahan, Jasin, kira-kira jam 9.30 malam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pelembang, Gubah, Jasin Melaka, jam 10.30 pagi, Sabtu lalu.

Kata ibu Izwan: "Kali terakhir dia menghubungi mak cik adalah Ahad lalu untuk bertanya khabar anak-anak buahnya. Dari segi fizikal dia nampak biasa tidak banyak perubahan tapi dari segi perbuatan dia berubah menjadi pendiam. Ketika seminggu di rumahnya, naluri seorang ibu dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

"Judul buku yang dibelinya, Bila Allah Menduga Kita cukup untuk menjelaskan ada sesuatu yang sedang dialaminya. Dia juga selalu mengelak setiap kali mak cik tenung wajahnya dan bila kita bertanya 'kenapa Wan? Dia jawab tak ada apa-apa mak," kata Normah.

Normah menambah, ketika menunaikan haji bermula penghujung September lalu, wajah Izwan paling yang kerap muncul sewaktu dia bermunajat.

Izwan dulu mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Simpang Bekoh sebelum melanjutkan pengajian peringkat ijazah dalam jurusan Pelancongan di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Cita-cita asalnya ingin menjadi seorang doktor atau arkitek. Selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dia pernah ditawarkan melanjutkan pengajian ke Australia untuk jurusan Seni Bina tetapi tidak kesampaian.

Sangat rapat dengan kakaknya, segala aktiviti masa kecil dilakukan bersama Aida.

"Dia anak harapan kami kerana yang pertama melanjutkan pengajian ke universiti dan diharapkan menjadi contoh kepada adik-adik lain. Dia tak pandai nak marah dan tak pernah kasar dengan adik-adiknya. Saat paling mengharukan mak cik adalah pada Mei 2008 kerana selama dua minggu dia menjaga mak cik yang baru menjalani pembedahan kanser payudara.

"Sebenarnya mak cik tidak terkilan dengan pemergian arwah kerana impian mak cik untuk membawanya menunaikan umrah tercapai pada Mac 2010. Arwah gembira dapat bermunajat dari malam hingga ke Subuh di Raudah selain dapat mencium Hajarul Aswad," katanya.



Full content generated by Get Full RSS.

Isnin, 23 Januari 2012

Sensasi

Sensasi


Cheryl Cole ingin berbaik semula dengan bekas suami

Posted: 23 Jan 2012 08:25 AM PST

Penyanyi "Fight For This Love", Cheryl Cole dilaporkan masih mencintai bekas suaminya yang merupakan pemain bola Chelsea, Ashley Cole, dan ingin berbaik semula.

Dipetik daripada Daily Mail, Cheryl dikatakan bercakap dengan Ashley hampir setiap hari dengan harapan dapat bersatu semula.

Cheryl juga telah meminta Ashley supaya membuktikannya agar dirinya mampu mendapat kepercayaan semula daripada penyanyi berusia 28 tahun itu selepas didapati curang sebanyak empat kali sepanjang tempoh empat tahun perkahwinan mereka.

Menurut sumber, "Cheryl akan menghantar pesanan ringkas kepadanya pada awal pagi dan mereka akan bercakap setiap hari. Mereka bertemu sebelum Krismas dan sudah merancang untuk bercuti di hari minggu pada Februari akan datang."

Dipercayai juga bekas juri program televisyen realiti ini cuba menyembunyikan perkara tersebut daripada pengetahuan ramai untuk mengelak daripada malu sekali lagi.

Tahun lalu penyanyi Girls Aloud ini telah menjemput Ashley, 31, ke majlis hari jadi di Hotel The Sanderson di mana pasangan ini kelihatan mesra bersama.

Walaubagaimanapun dua minggu selepas itu, beberapa wanita tampil dan mengaku bahawa mereka telah tidur bersamanya ketika percubaannya untuk mendapatkan Cheryl semula.

Cheryl sebelum ini pernah digosipkan bersama dengan beberapa lelaki seperti Derek Hough, penyanyi kumpulan Black Eyed Peas Will.I.Am dan penerbit Patrizio Pigliapoco.

"Cherly pernah memberitahu Ashley supaya bersabar selama enam bulan sehingga hari jadinya pada 30 Jun akan datang, tanpa mempunyai sebarang hubungan atau tidur bersama wanita lain jika ingin mendapatkan kepercayaannya semula," kata sumber itu lagi.

Pasangan ini telah berkahwin pada Julai 2006 sebelum berpisah pada Februari 2010.

Farah (bekas Isteri Hattan) membuka mulut memberi kenyataan tentang isu gambar yang mengaibkan dan penceraian mereka

Posted: 23 Jan 2012 08:15 AM PST

Sebelum nie tersebar foto bekas Isteri Hattan bersama seorang lelaki yang dikatakan punca penceraian Hattan dan Isterinya.

Farah yang merupakan ibu kepada dua orang anak mengaku bahwa gambar dengan lelaki itu memang dirinya,namun perkara sebenar harus di dedahkan kerana perkara ini memalukannya dan menjatuhkan maruah serta menjatuhkan reputasi sebagai seorang usahawan.

Farah juga bakal mengambil tindakan mahkamah terhadap blog-blog yang menyiarkan gambar tersebut.




"Pertama sekali saya mahu membetulkan spekulasi yang menyatakan Hattan ceraikan saya kerana gambar saya yang disiarkan di Internet. Itu tidak ada kena mengena. Perpisahan ini lebih kepada tiada jodoh dan persefahaman,"

"Saya rasa keadaan sekarang sangat tough. Saya perlu bersuara. Ya, saya akui gambar yang disebarkan adalah gambar saya. Salah tetap salah tetapi gambar itu adalah gambar lima tahun dahulu. Saya perlu bersuara sebab beberapa blog memainkan isu saya dan saya anggap tidak relevan," ujar Farah yang menganggap tidak adil gambarnya disebarkan sedangkan dia bukanlah seorang selebriti.

"Saya juga ingin membetulkan bahawa saya tidak pernah diceraikan talak tiga seperti yang pernah diuar-uarkan. Saya meletakkan nyawa saya kepada perkahwinan itu dan saya jujur terhadap perkahwinan,"

"Saya ada maruah dan saya ada keluarga. Saya sangat melindungi anak-anak saya. Bila tersebar gambar berkenaan memang saya malu dan reputasi saya jatuh," luahnya yang kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

Lebih penting lagi dalam pertemuan bersama Farah, penekanan diberikan kepada penganiayaan siber yang menimpa dirinya.

Bukan baru berlaku pada tahun ini tetapi penggodam tersebut telah memasuki ruang e-mel Farah dan menambah kandungan dalam e-mel serta kemudian melayangkan kepada setiap data yang berada dalam e-mel tersebut. Malah kandungan tambahan tersebut dimasukkan ke dalam blog milik Farah.

Pertama kali melakukan laporan polis pada 2010, laporan akhbar tentang penganiayaan tersebut turut muncul dalam akhbar Malay Mail pada September 2010.

Selepas mengahwini penyanyi Hattan, kejadian tersebut berulang malah bekas suaminya itu pernah menemaninya membuat laporan polis sekali lagi sebelum mereka berlepas ke London pada Disember lalu.


"Apabila penggodam ini menceroboh e-mel, menyebar gambar saya dan melakukan penganiayaan siber, reputasi saya sebagai usahawan terjejas. Kalau dengan pelanggan luar negara tidak ada masalah tetapi kalau dengan pelanggan dalam negara macam mana? Saya perlu bersihkan nama saya yang tercalar,"

"Saya akan ke Hong Kong untuk urusan perniagaan. Sekembalinya saya nanti, saya mahu membersihkan nama saya. Saya sudah berbincang dengan peguam saya untuk mengambil tindakan terhadap beberapa blog hiburan yang menyiarkan gambar saya," kata Farah tegas.

Serina selamat melahirkan anak kedua-Isabella

Posted: 23 Jan 2012 07:18 AM PST

Tahniah diucapkan kepada Serina serta keluarga dan juga proud granpa iaitu Chef Wan yang telah menulis tentang kelahiran cucu keduanya yang diberi nama Isabella.

Kata Chef Wan cucu perempuan nie berkulit lebih putih daripada Tristan dan berbulu lebih hitam..hehe

Isabella lahir pada Tahun Baru Cina Tahun Naga ,dan menurut org cina tahun Naga memberi tuah.


gambar anak kedua serina chef wan

Rita ke Mahkamah Syariah melantik peguam untuk isu anak

Posted: 23 Jan 2012 06:52 AM PST

Sebelum nie kecoh kedengaran apabila Rita dikatakan menerima surat rahsia daripada Aidil.Dan surat berkenaan dikatakan surat perceraian daripada Aidil.

Tapi menurut kenyataan Rita baru-baru nie surat Aidil adalah surat tentang kebajikan anak dan bukan perceraian.Pelik jugak sensasi manade hal anak memerlukan peguam untuk diselesaikan melainkan isu hak penjagaan anak sekiranya bercerai.

Memang timbul persoalan dengan kenyataan Rita tapi biarlah dia lebih tahu tentang hal rumah tangga mereka.Sensasi harap perkahwinan mereka masih mampu bertahan dan diselamatkan.



Pelakon popular, Rita Rudaini pada Jumaat hadir di Mahkamah Syariah di sini untuk menyempurnakan pelantikan peguam bagi menyelesaikan isu surat yang diterima daripada suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak berhubung dua anak mereka.




Rita, 36, atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar yang memakai jubah dan selendang berwarna hitam hadir di mahkamah pada pukul 3.10 petang diiringi peguam syarienya, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain.

Beliau berkata pelantikan beliau adalah bagi menyelesaikan isu anak-anak yang dibangkitkan oleh Aidil Zafuan, 24, dalam surat bertarikh 11 Jan lepas yang diterima oleh Rita pagi semalam.

"Surat itu meminta diadakan perbincangan mengenai hal anak. Kita akan jawab surat ini selepas perayaan Tahun Baru Cina dan minta pihak sana fikir supaya perkara ini tidak diperbesarkan.

"Ia lebih kepada perbincangan suami dan isteri berhubung kebajikan anak-anak dan tidak timbul langsung isu perceraian," katanya yang enggan mendedahkan lebih terperinci butiran surat berkenaan.

Sementara itu, Rita berkata beliau menerima surat yang dikirimkan oleh peguam yang mewakili Aidil Zafuan daripada pengawal keselamatan di kediamannya di Damansara pada pagi semalam ketika hendak keluar rumah untuk menjalani penggambaran sebuah telefilem.

Pelakon itu berkata beliau bagaimanapun tidak terkejut menerima surat berkenaan.

Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki Airit Rayyan Rizqin, 2, dan Airit Qaqa Arjuna berusia lapan bulan.

Video Kelakar: Undertaker hilang RXZ

Posted: 23 Jan 2012 01:36 AM PST



hahaha kelakar je Video nie.Dengan slang campur kelate sikit-sikit..
Layan..

Blue Ivy Carter, Baby kepada Beyonce dikatakan berwajah hodoh?

Posted: 23 Jan 2012 01:32 AM PST

Ada segelintir pihak mendakwa bayi Beyonce dan Jay-Z berwajah hodoh kerana
Wajah Blue Ivy Carter masih belum didedahkan secara jelas kepada umum.

Yang kelakar ada pihak yang begitu rajin meng-edit wajah Jay-Z dan Beyonce serta gabungan untuk menghasilkan wajah Blue Ivy Carter.

Sebenarnya wajah bayi nie cepat berubah,kadang-kadang waktu lahir mungkin wajah bayi agak sembab sebab berada dalam air ketuban dalam rahim,bila dah makin lama wajah bayi akan mula kelihatan.

Ada bayi yang masa lahir kelihatan seperti ibu,tapi bila makin membesar kelihatan seperti bapanya. Apapun bagi sensasi semua baby comel dan suci.Jom tengok wajah Blue Ivy Carter yang di edit dan wajah sebenarnya.






Bekas anggota Destiny's Child, Michelle Williams tampil membuat kenyataan sekaligus menyangkal spekulasi segelintir pihak yang mengatakan anak sulung Beyonce Knowles dan suaminya Jay-Z, Blue Ivy Carter berwajah hodoh.

Menurut Williams, anak rakan baiknya itu sangat cantik ketika dia melawat mereka baru-baru ini.

"Blue sangat cantik seperti ibunya dan memang tidak masuk akal apabila ada sesetengah pihak mendakwa anak pasangan ini hodoh," ujar Williams kepada Daily Mail.
Nampak comel je kan baby Beyonce nie..berkulit cerah kemerahan

Sementara itu, seorang lagi bekas anggota kumpulan trio wanita popular ini, Kelly Rowland enggan mendedahkan sebarang maklumat terperinci mengenai Blue yang lahir pada 7 Januari lalu kerana merasakan ia adalah hak peribadi pasangan selebriti tersohor itu.

"Biar mereka sendiri yang menunjukkan anak mereka kepada umum apabila sudah bersedia," ujarnya yang turut mengakui Beyonce sememangnya lahir untuk menjadi seorang ibu kerana memiliki sifat keibuan semulajadi ketika menjaga puteri sulungnya itu.

Gambar sebelum Izwan Pilus meninggal akibat Virus Kencing Tikus

Posted: 23 Jan 2012 01:13 AM PST


Gambar terakhir arwah dan Tweet malam sebelum meninggal dunia.

izwan pilus meninggal dunia


Penyanyi tempatan Khairul Izwan Pilus atau dikenali dengan nama pentas Izwan Pilus telah meninggal dunia pada jam 6.15 petang semalam di Hospital Ampang akibat jangkitan kencing tikus dan jangkitan kuman dalam darah atau Sepsis yang serius.

Dimasukkan ke dalam hospital kira-kira jam 12.30 malam sehari sebelum itu akibat demam kuning, Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir di hadapan ahli keluarga serta saudara mara dan beberapa rakan baik.

Dilahirkan pada 24 November 1979, penyanyi yang popular dengan lagu "Kembali Senyum" ini pernah dimasukkan ke Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak penghujung November tahun lepas selepas mengalami masalah demam berpanjangan. Pihak hospital mengesahkan bahawa terdapat jangkitan kuman dalam darah.

Walaubagaimanapun Allahyarham didapati sihat dan dibenarkan keluar sebelum kesihatannya kembali terjejas sejak dua minggu lalu.

Jenazah abang kepada penyanyi "Akademi Fantasia" musim ketujuh, Aril, ini telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pelembang, Gubah, Jasin, Melaka pada jam 10 pagi ini.