Adsense

Isnin, 23 Januari 2012

Sensasi

Sensasi


Cheryl Cole ingin berbaik semula dengan bekas suami

Posted: 23 Jan 2012 08:25 AM PST

Penyanyi "Fight For This Love", Cheryl Cole dilaporkan masih mencintai bekas suaminya yang merupakan pemain bola Chelsea, Ashley Cole, dan ingin berbaik semula.

Dipetik daripada Daily Mail, Cheryl dikatakan bercakap dengan Ashley hampir setiap hari dengan harapan dapat bersatu semula.

Cheryl juga telah meminta Ashley supaya membuktikannya agar dirinya mampu mendapat kepercayaan semula daripada penyanyi berusia 28 tahun itu selepas didapati curang sebanyak empat kali sepanjang tempoh empat tahun perkahwinan mereka.

Menurut sumber, "Cheryl akan menghantar pesanan ringkas kepadanya pada awal pagi dan mereka akan bercakap setiap hari. Mereka bertemu sebelum Krismas dan sudah merancang untuk bercuti di hari minggu pada Februari akan datang."

Dipercayai juga bekas juri program televisyen realiti ini cuba menyembunyikan perkara tersebut daripada pengetahuan ramai untuk mengelak daripada malu sekali lagi.

Tahun lalu penyanyi Girls Aloud ini telah menjemput Ashley, 31, ke majlis hari jadi di Hotel The Sanderson di mana pasangan ini kelihatan mesra bersama.

Walaubagaimanapun dua minggu selepas itu, beberapa wanita tampil dan mengaku bahawa mereka telah tidur bersamanya ketika percubaannya untuk mendapatkan Cheryl semula.

Cheryl sebelum ini pernah digosipkan bersama dengan beberapa lelaki seperti Derek Hough, penyanyi kumpulan Black Eyed Peas Will.I.Am dan penerbit Patrizio Pigliapoco.

"Cherly pernah memberitahu Ashley supaya bersabar selama enam bulan sehingga hari jadinya pada 30 Jun akan datang, tanpa mempunyai sebarang hubungan atau tidur bersama wanita lain jika ingin mendapatkan kepercayaannya semula," kata sumber itu lagi.

Pasangan ini telah berkahwin pada Julai 2006 sebelum berpisah pada Februari 2010.

Farah (bekas Isteri Hattan) membuka mulut memberi kenyataan tentang isu gambar yang mengaibkan dan penceraian mereka

Posted: 23 Jan 2012 08:15 AM PST

Sebelum nie tersebar foto bekas Isteri Hattan bersama seorang lelaki yang dikatakan punca penceraian Hattan dan Isterinya.

Farah yang merupakan ibu kepada dua orang anak mengaku bahwa gambar dengan lelaki itu memang dirinya,namun perkara sebenar harus di dedahkan kerana perkara ini memalukannya dan menjatuhkan maruah serta menjatuhkan reputasi sebagai seorang usahawan.

Farah juga bakal mengambil tindakan mahkamah terhadap blog-blog yang menyiarkan gambar tersebut.




"Pertama sekali saya mahu membetulkan spekulasi yang menyatakan Hattan ceraikan saya kerana gambar saya yang disiarkan di Internet. Itu tidak ada kena mengena. Perpisahan ini lebih kepada tiada jodoh dan persefahaman,"

"Saya rasa keadaan sekarang sangat tough. Saya perlu bersuara. Ya, saya akui gambar yang disebarkan adalah gambar saya. Salah tetap salah tetapi gambar itu adalah gambar lima tahun dahulu. Saya perlu bersuara sebab beberapa blog memainkan isu saya dan saya anggap tidak relevan," ujar Farah yang menganggap tidak adil gambarnya disebarkan sedangkan dia bukanlah seorang selebriti.

"Saya juga ingin membetulkan bahawa saya tidak pernah diceraikan talak tiga seperti yang pernah diuar-uarkan. Saya meletakkan nyawa saya kepada perkahwinan itu dan saya jujur terhadap perkahwinan,"

"Saya ada maruah dan saya ada keluarga. Saya sangat melindungi anak-anak saya. Bila tersebar gambar berkenaan memang saya malu dan reputasi saya jatuh," luahnya yang kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

Lebih penting lagi dalam pertemuan bersama Farah, penekanan diberikan kepada penganiayaan siber yang menimpa dirinya.

Bukan baru berlaku pada tahun ini tetapi penggodam tersebut telah memasuki ruang e-mel Farah dan menambah kandungan dalam e-mel serta kemudian melayangkan kepada setiap data yang berada dalam e-mel tersebut. Malah kandungan tambahan tersebut dimasukkan ke dalam blog milik Farah.

Pertama kali melakukan laporan polis pada 2010, laporan akhbar tentang penganiayaan tersebut turut muncul dalam akhbar Malay Mail pada September 2010.

Selepas mengahwini penyanyi Hattan, kejadian tersebut berulang malah bekas suaminya itu pernah menemaninya membuat laporan polis sekali lagi sebelum mereka berlepas ke London pada Disember lalu.


"Apabila penggodam ini menceroboh e-mel, menyebar gambar saya dan melakukan penganiayaan siber, reputasi saya sebagai usahawan terjejas. Kalau dengan pelanggan luar negara tidak ada masalah tetapi kalau dengan pelanggan dalam negara macam mana? Saya perlu bersihkan nama saya yang tercalar,"

"Saya akan ke Hong Kong untuk urusan perniagaan. Sekembalinya saya nanti, saya mahu membersihkan nama saya. Saya sudah berbincang dengan peguam saya untuk mengambil tindakan terhadap beberapa blog hiburan yang menyiarkan gambar saya," kata Farah tegas.

Serina selamat melahirkan anak kedua-Isabella

Posted: 23 Jan 2012 07:18 AM PST

Tahniah diucapkan kepada Serina serta keluarga dan juga proud granpa iaitu Chef Wan yang telah menulis tentang kelahiran cucu keduanya yang diberi nama Isabella.

Kata Chef Wan cucu perempuan nie berkulit lebih putih daripada Tristan dan berbulu lebih hitam..hehe

Isabella lahir pada Tahun Baru Cina Tahun Naga ,dan menurut org cina tahun Naga memberi tuah.


gambar anak kedua serina chef wan

Rita ke Mahkamah Syariah melantik peguam untuk isu anak

Posted: 23 Jan 2012 06:52 AM PST

Sebelum nie kecoh kedengaran apabila Rita dikatakan menerima surat rahsia daripada Aidil.Dan surat berkenaan dikatakan surat perceraian daripada Aidil.

Tapi menurut kenyataan Rita baru-baru nie surat Aidil adalah surat tentang kebajikan anak dan bukan perceraian.Pelik jugak sensasi manade hal anak memerlukan peguam untuk diselesaikan melainkan isu hak penjagaan anak sekiranya bercerai.

Memang timbul persoalan dengan kenyataan Rita tapi biarlah dia lebih tahu tentang hal rumah tangga mereka.Sensasi harap perkahwinan mereka masih mampu bertahan dan diselamatkan.



Pelakon popular, Rita Rudaini pada Jumaat hadir di Mahkamah Syariah di sini untuk menyempurnakan pelantikan peguam bagi menyelesaikan isu surat yang diterima daripada suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak berhubung dua anak mereka.




Rita, 36, atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar yang memakai jubah dan selendang berwarna hitam hadir di mahkamah pada pukul 3.10 petang diiringi peguam syarienya, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain.

Beliau berkata pelantikan beliau adalah bagi menyelesaikan isu anak-anak yang dibangkitkan oleh Aidil Zafuan, 24, dalam surat bertarikh 11 Jan lepas yang diterima oleh Rita pagi semalam.

"Surat itu meminta diadakan perbincangan mengenai hal anak. Kita akan jawab surat ini selepas perayaan Tahun Baru Cina dan minta pihak sana fikir supaya perkara ini tidak diperbesarkan.

"Ia lebih kepada perbincangan suami dan isteri berhubung kebajikan anak-anak dan tidak timbul langsung isu perceraian," katanya yang enggan mendedahkan lebih terperinci butiran surat berkenaan.

Sementara itu, Rita berkata beliau menerima surat yang dikirimkan oleh peguam yang mewakili Aidil Zafuan daripada pengawal keselamatan di kediamannya di Damansara pada pagi semalam ketika hendak keluar rumah untuk menjalani penggambaran sebuah telefilem.

Pelakon itu berkata beliau bagaimanapun tidak terkejut menerima surat berkenaan.

Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki Airit Rayyan Rizqin, 2, dan Airit Qaqa Arjuna berusia lapan bulan.

Video Kelakar: Undertaker hilang RXZ

Posted: 23 Jan 2012 01:36 AM PST



hahaha kelakar je Video nie.Dengan slang campur kelate sikit-sikit..
Layan..

Blue Ivy Carter, Baby kepada Beyonce dikatakan berwajah hodoh?

Posted: 23 Jan 2012 01:32 AM PST

Ada segelintir pihak mendakwa bayi Beyonce dan Jay-Z berwajah hodoh kerana
Wajah Blue Ivy Carter masih belum didedahkan secara jelas kepada umum.

Yang kelakar ada pihak yang begitu rajin meng-edit wajah Jay-Z dan Beyonce serta gabungan untuk menghasilkan wajah Blue Ivy Carter.

Sebenarnya wajah bayi nie cepat berubah,kadang-kadang waktu lahir mungkin wajah bayi agak sembab sebab berada dalam air ketuban dalam rahim,bila dah makin lama wajah bayi akan mula kelihatan.

Ada bayi yang masa lahir kelihatan seperti ibu,tapi bila makin membesar kelihatan seperti bapanya. Apapun bagi sensasi semua baby comel dan suci.Jom tengok wajah Blue Ivy Carter yang di edit dan wajah sebenarnya.






Bekas anggota Destiny's Child, Michelle Williams tampil membuat kenyataan sekaligus menyangkal spekulasi segelintir pihak yang mengatakan anak sulung Beyonce Knowles dan suaminya Jay-Z, Blue Ivy Carter berwajah hodoh.

Menurut Williams, anak rakan baiknya itu sangat cantik ketika dia melawat mereka baru-baru ini.

"Blue sangat cantik seperti ibunya dan memang tidak masuk akal apabila ada sesetengah pihak mendakwa anak pasangan ini hodoh," ujar Williams kepada Daily Mail.
Nampak comel je kan baby Beyonce nie..berkulit cerah kemerahan

Sementara itu, seorang lagi bekas anggota kumpulan trio wanita popular ini, Kelly Rowland enggan mendedahkan sebarang maklumat terperinci mengenai Blue yang lahir pada 7 Januari lalu kerana merasakan ia adalah hak peribadi pasangan selebriti tersohor itu.

"Biar mereka sendiri yang menunjukkan anak mereka kepada umum apabila sudah bersedia," ujarnya yang turut mengakui Beyonce sememangnya lahir untuk menjadi seorang ibu kerana memiliki sifat keibuan semulajadi ketika menjaga puteri sulungnya itu.

Gambar sebelum Izwan Pilus meninggal akibat Virus Kencing Tikus

Posted: 23 Jan 2012 01:13 AM PST


Gambar terakhir arwah dan Tweet malam sebelum meninggal dunia.

izwan pilus meninggal dunia


Penyanyi tempatan Khairul Izwan Pilus atau dikenali dengan nama pentas Izwan Pilus telah meninggal dunia pada jam 6.15 petang semalam di Hospital Ampang akibat jangkitan kencing tikus dan jangkitan kuman dalam darah atau Sepsis yang serius.

Dimasukkan ke dalam hospital kira-kira jam 12.30 malam sehari sebelum itu akibat demam kuning, Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir di hadapan ahli keluarga serta saudara mara dan beberapa rakan baik.

Dilahirkan pada 24 November 1979, penyanyi yang popular dengan lagu "Kembali Senyum" ini pernah dimasukkan ke Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak penghujung November tahun lepas selepas mengalami masalah demam berpanjangan. Pihak hospital mengesahkan bahawa terdapat jangkitan kuman dalam darah.

Walaubagaimanapun Allahyarham didapati sihat dan dibenarkan keluar sebelum kesihatannya kembali terjejas sejak dua minggu lalu.

Jenazah abang kepada penyanyi "Akademi Fantasia" musim ketujuh, Aril, ini telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pelembang, Gubah, Jasin, Melaka pada jam 10 pagi ini.