Adsense

Isnin, 23 Januari 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Bujang Telajak Hasil Komedi Tahap Maksima

Posted: 23 Jan 2012 04:49 AM PST

GABUNGAN TERHEBAT TIGA PELAWAK TERSOHOR MALAYSIA MENGHASILKAN TAHAP KOMEDI PALING MAKSIMUM – BUJANG TERLAJAK BELUM TERLANJUR

"Susah untuk menggabungkan mereka bertiga dalam satu filem", itulah kata awalan daripada produser filem komedi pembuka tahun baru ini, 'Bujang Telajak Belum Terlanjur' iaitu A. Latiff Mohaideen. Tiga tunjang utama filem ini bukanlah calang-calang orang dalam industri hiburan ini. Disebabkan itu, mereka ini sentiasa sibuk dengan urusan kerja sehinggakan jadual yang dipegang pengurus masing-masing tidak ada lagi ruang kosong. "Namun kami bertuah kerana berjaya juga mencuri masa mereka untuk digabungkan dalam filem ini dan chemistry mereka bertiga memang sangat mengujakan!" sambungnya lagi.

Tiga penggerak utama filem ini, tidak lain tidak bukan tiga pelawak paling popular di Malaysia iaitu Saiful Apek, Johan Maharaja Lawak dan Nabil Maharaja Lawak. Sebuah filem terbitan bersama Line Clear Motion Pictures (LCMP) dan Wayang Studios International (WSI) ini sudah menemui penonton pada 19 Januari 2012 lalu. Filem yang dikatakan mampu mencipta tahap komedi paling maksimum 2012 ini juga menampilkan pelakon cantik, Nur Fazura sebagai heroin untuk mewarnai lagi keceriaan yang tersulam menerusi filem ini. Sungguh tepat percaturan pelakon-pelakon utama oleh pengarah filem ini, Prof. Madya A. Razak Mohaideen.

bujang telajak

Filem yang menelan belanja sebanyak RM 1.5 juta ini cuma mengambil masa selama 17 hari penggambaran. Mungkin faktor lokasi penggambaran yang hanya dibuat di sekitar Shah Alam seperti Glenmarie, Bukit Jelutong dan Taman Tasik menjadikan proses penggambaran berjalan lancar, malah komitmen yang diberikan oleh kru produksi dan para pelakon juga menjadikan urusan kerja bertambah mudah.

'Bujang Telajak Belum Terlanjur' yang menyingkap kisah 3 sekawan (lakonan Saiful Apek, Johan dan Nabil) yang masih belum bertemu jodoh sehinggalah mereka berkenalan dengan Puteri (lakonan Nur Fazura). Akibat desakan keluarga masing-masing yang mahukan mereka cepat berkahwin, ketiga-tiga mereka terpaksa bersaing sesama sendiri untuk memikat Puteri. Akhirnya mereka menemui satu cara terbaik untuk memenangi hati Puteri iaitu menyamar sebagai orang kurang upaya (buta,pekak dan bisu). Maka berlakulah peristiwa-peristiwa yang menggelikan hati sepanjang proses mengorat sehingga kadang-kadang hampir mengantoikan mereka sendiri. Namun, Puteri bijak menilai mereka dan dia memilih seorang dari mereka untuk dijadikan teman hidup. Jadi, antara Saiful, Johan dan Nabil, siapakah yang paling hebat di mata Puteri? Semuanya akan terjawab di akhir cerita.

Walaupun jalan ceritanya seakan tampak ringkas namun penonton pasti akan terkejut dengan 'pemberian' komedi dari Apek, Johan dan Nabil ini. Gabungan mereka jelas mencetuskan klimaks ketawa yang cukup maksimum untuk menghiburkan hati anda. Seperti kata produsernya, "Apa yang cukup istimewanya filem ini adalah kita memiliki Apek, Johan dan Nabil. Penonton tidak akan dapat menduga aksi lawak apa yang mampu mereka lakukan ketika ketiga-tiganya bergabung. Jika lawak salah seorang dari mereka sudah cukup menggelikan hati penonton apatah lagi jika bertiga? Lawak akan menjadi double? Tidak, ia triple! Malah Fazura sendiri kepenatan ketika di lokasi. Bukan sebab penat berlakon tetapi penat ketawa melayan gelagat Apek, Johan dan Nabil".

Sebuah gubahan lagu yang diadaptasi dari lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, 'Maafkan Kami' oleh Damien Mikhail (bekas ahli VE) yang dinyanyikan oleh 5Forty2 juga menjadi salah satu tarikan dalam filem ini. Penonton dihidangkan dengan persembahan rapping dan tarian istimewa dari ketiga-tiga pelawak unggul ini. Percaya atau tidak, pengarah filem ini sendiri yang menjadi kareografernya dan mereka cuma memerlukan sehari untuk berlatih tarian tersebut.

Keserasian Apek, Johan dan Nabil memang tidak dapat disangkal lagi. Bukan saja di dalam filem malah sepanjang penggambaran berlangsung. Kru-kru produksi hilang segala penat lelah setelah dihiburkan 24 jam oleh ketiga-tiga pelawak ini. Bayangkan sejurus pengarah melaungkan cut saja, mereka menyambung lakonan mereka sendiri sehinggakan kru yang masam mencuka mula ketawa terbahak-bahak. Yang memang tengah gembira pula berguling-guling gelaknya. Fazura juga sudah pandai buat lawak. Meriah sungguh sepanjang penggambaran filem ini dan tidak hairanlah jika hasilnya memang layak dilabelkan sebagai filem paling kelakar 2012.

Turut menambah gelak tawa penonton nanti ialah penampilan Ebby Yus sebagai bapa Nabil, Mustapha Kamal dan Susan Menon sebagai ibubapa Puteri dan pendatang baru, Shaheed Salim sebagai adik angkat Puteri selain dibantu oleh Azlee Khairi, Cico Harahap dan ramai lagi.

Apa yang jelas, kita mahu mencari siapa yang terhebat antara Saiful, Johan dan Nabil dalam usaha memikat Puteri. Itu hanya Fazura boleh tentukan. Siapa pula antara mereka yang paling terhebat dalam memikat hati penonton dengan lawak mereka? Itu hanya anda yang boleh tentukan!

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Nur Fazura di Prebiu Media Filem Bujang Telajak
  • Sinopsis Filem Bujang Terlajak
  • Trivia: Comelnyaaaaa…. Anak Pelakon Mana Ni?
  • Senarai Lagu Tugasan Konsert Akademi Fantasia Minggu Ini
  • Sekitar Amazing Race Bujang Sepah di Golden Palm Tree Resort
  • Iqram Dinzly Pelakon Rempit VS Impak Maksima
  • Impak Maksima The Musical di Istana Budaya Disember Ini?
  • Biodata AISHAH Akademi Fantasia 7
  • Nasir Anak P Ramlee Meninggal Dunia Petang Tadi
  • Bujang Sepah Lalalitamplom
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Senarai Peserta What Men Want NTV7

    Posted: 23 Jan 2012 04:22 AM PST

    WHAT MEN WANT
    SIRI REALITI TERBARU ntv7!

    Rahsia Keinginan dan Kehendak Lelaki Bakal Terbongkar!

    Kata orang, wanita adalah insan yang sungguh merumitkan. Pernahkah anda berfikir bahawa lelaki juga mungkin serumit dan sekompleks kaum wanita? Jika tidak, ini adalah peluang terbaik untuk memahami dengan lebih mendalam apakah reaksi, perasaan dan persepsi kaum Adam apabila dihujani dengan pelbagai situasi. Mungkin ada juga yang mengaitkan lelaki dengan isu seksualiti sahaja, namun andaian itu bakal disangkal dengan kehadiran siri realiti terbaru daripada ntv7 dengan rancangan 'What Men Want'. Bermula 28 Januari 2012, setiap hari Sabtu, jam 10.00 malam, ikuti kisah enam jejaka yang berlainan perspektif dan personaliti yang bakal berkongsi perjalanan hidup mereka bersama anda. Temui pencarian jawapan mereka kepada persoalan – apakah yang sebenarnya lelaki inginkan dalam hidup?

    Behind (L-R) - Mai Fernandez, Content Supervisor, Tan Yin Yin, Producer, Airin Zainul, Group GGM ntv7 & 8TV, Ahmad Izham Omar, COO TV Networks, MPB & CEO Primeworks, Emilya Ab. R

    Daripada penerbit yang telah menghasilkan rancangan realiti yang pernah memenangi anugerah, 'What Women Want', pelaksanaan rancangan kali ini bakal tampil berbeza. Produksi hebat tempatan, phoSumpro membawakan nafas baru dalam program berentak realiti ini. Mereka cuba memberikan ruang kepada kaum Adam untuk lebih jauh mengekspresikan diri mereka sendiri dengan menggugurkan elemen seperti barisan juri, tawaran ganjaran dan bentuk pertandingan berbanding kebiasaan format rancangan realiti yang lain. Yang pasti tiada pemenang mutlak yang bakal ditemui dalam rancangan ini.

    Menurut Puan Airin Zainul, Pengurus besar kumpulan ntv7 & 8TV, What Men Want merupakan sebuah rancangan realiti yang pertama seumpamanya di Malaysia dengan format unik dan berbeza yang pasti membuatkan para penontonnya terhibur.

    (L-R) Fendi, Ken, Kit, Wolfie, Narmi, Gerrit2

    "Kami telah pun mempunyai beberapa rancangan yang memberi tumpuan kepada wanita pada tahun lepas. Tahun ini, kami akan cuba mengimbanginya dengan rancangan yang berorientasikan golongan lelaki dan tiada yang lebih baik selain memulakannya dengan What Men Want, kata Airin ketika berucap di sidang akhbar bertempat di Restoran ecoba.

    Mengetengahkan format yang unik, What Men Want mengikuti jejak enam jejaka daripada dunia yang berbeza dalam siri kehidupan mereka masing-masing. Ia memberikan sebuah pengalaman baru dan segar buat para penonton dalam menjengah ke dalam kisah peribadi mereka. Lain daripada rancangan berbentuk pencarian pasangan atau temujanji, What Men Want juga bagaikan sebuah medan untuk berdebat mengenai isu berkaitan insan misteri ini. Misi rancangan ini adalah untuk menolak sebarang jangkaan umum atau perasaan stereotaip kepada golongan lelaki. Sebaliknya, What Men Want menawarkan sudut perspektif baru di mana kesemua jejaka ini bakal memberanikan diri mereka untuk membenarkan kisah peribadi mereka didedahkan untuk tatapan umum penonton Malaysia. Penonton di rumah juga bakal menyaksikan bagaimana mereka befikir dan bertindak dalam mendepani pelbagai situasi dan melalui realiti kehidupan yang sememangnya penuh cabaran.

    Penerbit merangkap penyelia kandungannya, Mai Fernandez berkata: "Jalinan hubungan hanyalah sekadar permukaan daripada apa yang bakal rancangan ini tawarkan. Tiada barisan juri untuk dikagumkan atau ganjaran hadiah untuk dimenangi. Rancangan ini adalah sebuah pemerhatian sosial dimana enam jejaka yang mengambil bahagian ini akan menjalani rutin harian bersama 2-3 kamera yang bersama mereka. Penggambaran selama tiga bulan ini kemudiannya disusun dan digabungkan menjadi sebuah rancangan menarik sepanjang 13 episod."

    Setelah beberapa bulan mencari dan melalui pemilihan yang teliti, enam jejaka berjaya dipertemukan bersama untuk mewakili variasi lelaki Malaysia. Kepelbagaian personaliti mereka bakal membenarkan masyarakat untuk merasai ada hubungan istimewa antara mereka dengan enam jejaka siri realiti ini. What Men Want mendalami fasa terdalam perasaan seseorang lelaki, cara mereka berfikir, bertindak dan segalanya tentang diri mereka. Sama ada isu di tempat kerja, latar belakang keluarga, niat tersembunyi atau bisikan diari hati mereka bakal dicerobohi. Hadir dengan elemen yang pelbagai, rancangan realiti ini pasti memberi kejutan kepada para penonton nanti. Apa yang lebih menarik adalah apabila mereka diletakkan sebumbung sepanjang tempoh rakaman dan secara tidak langsung menghasilkan sebuah forum sosial sesama mereka dalam mencari jawapan dan buah fikiran kepada setiap persoalan.

    Tan Yin Yin yang juga salah seorang penerbitnya berkata bahawa rancangan ini telah berjaya merakam enam jejaka ini sebagai diri mereka yang sebenar. "Pada mulanya, mereka masih menjaga imej dan mempunyai kawalan kendiri kerana menyedari kehadiran kamera. Namun setelah berhari-hari mereka dirakam, perasaan kekok mula hilang, begitu juga dengan kepura-puraan mereka. Beberapa kamera digunakan di dalam merakam mereka, antaranya pandangan biasa, tersembunyi mahupun secara jauh. Semuanya dilakukan secara bersahaja untuk mengelakkan perasaan tidak selesa. Ini amat penting kerana ia memberikan sedikit ruang sepanjang tiga bulan rakaman dibuat."

    Enam jejaka yang bakal membiarkan Malaysia mencerobohi kisah peribadi mereka adalah Gerrit, Fendi, Narmi, Kit, Ken dan Wolfie yang masing-masing mempunyai latar belakang dan personaliti yang berbeza.

    Gerrit adalah jenis lelaki yang tahu bermain dengan permainannya, dan selalu mendakwa bahawa dia sentiasa mendapat apa yang dia inginkan. Dia juga akan mendominasi apa yang diperkatakannya dan menentukan segala-galanya. Penonton mungkin beranggapan bahawa dia seorang lelaki yang suka memainkan perasaan seseorang dan berhati batu. Tetapi sekali lagi What Men Want cuba lari dari jangkaan umum yang rata-rata stereotaip.

    Gerrit2

    Fendi pula seorang yang misteri dan dipenuhi kemewahan. Adakalanya, dia seorang yang hidung tinggi namun dia juga berhati besar. Mengapakah agaknya lelaki sebegini menyertai rancangan seperti ini? Mungkin juga untuk lari dari kehidupannya yang tipikal.

    Mungkin juga di antara kita yang berpendapat perasaan romantis adalah antara kualiti yang boleh membahagiakan seseorang. Untuk itu, penyanyi dan penulis lagu, Narmi bakal mewakili golongan sebegini. Sentiasa gembira denga perasaan cinta, Narmi akan sentiasa cuba untuk mengabulkan impian pasangannya. Selain pernah mengalami kekecewaan, mungkin juga persepsi tentang cintanya bakal berubah. Kesetiaannya juga mungkin menunjukkan kualitinya tidak lebih sebagai sekadar teman yang baik.

    Kehidupan Kit pula berbeza. Baginya tiada apa yang utama selain ibunya. Anak mak ini bagaikan tidak pernah mengalami masalah dalam hidup. Malah dengan bimbingan keluarga, Kit tetap masih bersama buah hatinya sejak di bangku sekolah lagi. Kit bakal berkongsi kisah hidupnya yang hampir sempurna dengan para penonton.

    Pada pandangan pertama, Ken mungkin pula kelihatan seperti samseng yang anda mungkin cuba untuk tidak cari fasal dengannya. Tapi Ken juga mungkin mempunyai hati selembut sutera kerana lelaki juga punya sifat sensitif seperti kaum wanita. Dalam kamus Ken, tiada perasaan bangga diri. Mungkin kerana itu, sifat semulajadinya yang suka memerhati menjadikan dia seorang yang mempunyai pelbagai cerita untuk dikongsikan. Sifatnya yang suka menghabiskan masa bersama teman wanita juga bakal menjauhkan dirinya dengan anggapan lelaki suka berlagak macho.

    Lain pula dengan Imran atau nama panggilannya Wolfie yang bagaikan seorang badut dan suka berjenaka. Sentiasa ceria dan kadangkala menjengkelkan, Wolfie juga seorang yang bersifat nakal yang menambahkan lagi elemen lucu tatkala bersama Gerrit, Fendi, Narmi, Kit, dan Ken. Mungkin secara ringkasnya, dia seorang yang tidak mempunyai sebarang tujuan hidup kerana mengalami transisi kehidupan yang menyebabkan sukar buatnya membuat keputusan.

    Wolfie2

    Menggalas tugas sebagai pengacara rancangan unik dan menarik ini ialah si jelita Deanna Yusoff. Ternyata pilihan itu tepat kerana Deanna serasi dan berjaya memahami siri realiti ini dengan baik seperti harapan kedua-dua penerbitnya. Menurut Mai dan Yin, Deanna seorang yang matang, mempunyai persepsi tersendiri, tahu mendalami subjeknya serta keanggunan yang semulajadi antara yang menjadikan Deanna pilihan hos yang terbaik serta bertuah buat mereka.

    "Dalam rancangan ini, kita bakal melihat dengan jelas bahawa lelaki juga mempunyai pelbagai keperluan dan banyak keinginan sama seperti jantina yang bertentangan dengan mereka. Segalanya bukanlah kerana kereta mewah, keinginan seksual atau wang semata-mata. Lelaki juga insan kompleks dan rancangan ini berjaya merakam detik-detik ini kerana difilemkan dengan pendekatan yang lebih intim" kata Deanna Yusoff.

    Bersiaran sepanjang 13 episod, rancangan selama sejam ini pastinya akan merungkai apakah yang sebenarnya insan yang bergelar lelaki inginkan dan yang pasti tanggapan stereotaip anda bakal berubah. Selami kisah realiti enam jejaka ini dalam 'What Men Want' bermula 28 Januari 2012, setiap hari Sabtu jam 10.00 malam hanya di ntv7, Saluran Ceria Anda.

    Untuk maklumat lanjut, layari www.ntv7.com.my/whatmenwant atau www.TonTon.com.my. Ikuti juga perkembangan kami melalui Facebook dan Twitter ntv7.

    Ken_WMW

    Ken

    Kit_WMW

    Kit

    Narmi_WMW

    Narmi

    Gerrit_WMW

    Gerrit

    Fendi_WMW

    Fendi

    Fendi

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Hamper Biskut Raya Dari NTV7 Saluran Ceria Anda
  • Ujibakat Program Realiti Terbaru ntv7
  • Gambar Dayang Nurfaizah @ 10th Anniversary NTV7 Feel Good Channel
  • Ujibakat Pencarian Cinta di ntv7
  • Winner The Perfect Gentleman ntv7
  • Isu Zon Bebas Pelabuhan Klang bersama Menteri Pengangkutan
  • Ucapan Nas Adila Sempena Ulangtahun Ke-3 Budiey.com
  • Drama The Glittering Days Kini di NTV7 Mobile TV
  • 2.3 Juta Tonton Perkahwinan DiRaja di ntv7
  • Rakaman Raya Bersama Fara di Studio 2 NTV7
  • Full content generated by Get Full RSS.