Adsense

Jumaat, 30 Disember 2011

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Zain Saidin Temani Rozita & Anak-Anak Bercuti

Posted: 30 Dec 2011 12:53 AM PST

PETALING JAYA: Pelakon jelita, Rozita Che Wan, 38, mengakui keluar bersama pelakon yang digosipkan mempunyai hubungan cinta dengannya iaitu Zain Saidin di Genting Highlands, Pahang Isnin lalu.
Rozita berkata, percutian sehari itu turut disertai oleh dua orang anaknya iaitu Ammar Effendy,15, dan Aniq Ezzra,12, yang sekarang ini sedang bercuti penggal persekolahan.
"Memang saya pergi ke Genting Highlands bersama Zain tetapi jangan salah anggap pula sebab anak-anak saya pun ikut sama. Kebetulan pula sekarang ini tengah cuti sekolah," katanya  ketika dihubungi di sini, Khamis.


Rozita diminta mengulas mengenai hubungannya dengan Zain selepas pihak kami mendapat panggilan telefon daripada beberapa orang peminat dan juga pekerja di pusat peranginan itu yang melihat mereka.
Tambah pelakon Kiah Pekasam ini, dia tidak mempunyai apa-apa hubungan cinta dengan Zain tetapi disebabkan anak-anaknya begitu rapat dengan pelakon tersebut maka adalah lebih baik dia mengajaknya bersama.
Sebagai bukti mereka rapat kata Rozita, pada malam ini (Khamis) anak-anaknya turut keluar bersama Zain untuk bermain futsal.
Sementara itu Zain yang dihubungi enggan memberi sebarang komen berhubung cerita itu sebaliknya dia mengambil pendekatan untuk menghubungi Rozita terlebih dahulu.
"Saya tengah nak main futsal ni. Saya komen yang sama la (seperti Rozita).
Dalam perkembangan lain, Rozita memberitahu jadual kerjayanya agak padat sehingga Ogos tahun hadapan dengan pelbagai tawaran berlakon telefilem dan drama bersiri.
Zain Saidin.
Rozita berkata, dia juga bakal sibuk dengan perniagaan tudungnya, Padusi yang ingin diusahakan secara lebih serius.
"Alhamdulillahlah rezeki mencurah-curah sehingga jadual kerjaya saya telah pun penuh sehingga Ogos depan selain perniagaan tudung yang bakal saya usahakan secara lebih serius," ujarnya.
Tambahnya, ketika ini dia sedang sibuk di lokasi penggambaran drama Mr. Labuci arahan Murali Abdullah selain sedang giat dengan drama bersiri Mencari Athirah sebanyak 13 episod.

Celebrity News

Celebrity News


Koleksi Terbaru Anak Sheikh Muszaphar Sophea Isabella

Posted: 30 Dec 2011 08:55 AM PST

Alahai comelnya anak Sheikh Muszaphar, Sophea Isabella ni, dah lama kita tidak melihat kelibat angkasawan dan keluarga beliau. Namun apa yang pasti daripada riak wajah dalam gambar ini cukup memberi gambaran bertapa bahagianya keluarga ini.


Dan berikut beberapa gambar yang boleh dikongsi bersama, terutamanya gambar Sophea :
Sophea Bersama Angkasawan Negara
Lagi 13 gambar di bawah untuk tatapan anda : 

 SMILEEEE
COmel.... 
 Sophea bersama ibu dan ayah
 OPs.... :)









ZoOM : Apa Kata Anda ?
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Osbon Juara Maharaja Lawak Mega | Video Maharaja Lawak Mega

Posted: 30 Dec 2011 08:36 AM PST


Hahahahaha Masih belum dapat dipastikan sebab ZoOM tak ambil pakej Astro yang sengaja diwujudkan untuk pelanggan melanggan pakej. Nak buat macam mana kita dengar dan baca je lah apa yang berlaku dekat channel tu.

Anda rasa siapa akan menjadi JUARA !!? adakah OSBON ??? <--- Yeahhh Memang Betulll....Tahniah dan betul tekaan ZOoM :)  


Video OSBON di bawah :




KEPUTUSAN :
Johan - OSBON
Naib Juara = BOBOI
Tempat Ke 3- Saehu




Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Sinopsis Filem Hantu Dalam Botol kicap

Posted: 30 Dec 2011 08:14 AM PST


Sinopsis:

Aminah dan suaminya, Hussin pulang ke kampung bersama tiga orang anak mereka, Azri, Epul dan Rina. Aminah ingin meminta ibunya, Nek Temah menjaga ketiga-tiga anaknya . Nek Temah merupakan seorang dukun dikampungnya. Hari pertama tiga beradik itu di rumah Nek Temah, mereka diberitahu tentang pantang larang di rumah tersebut. Pertama, mereka tidak boleh keluar rumah selepas maghrib dan kedua, mereka tidak boleh masuk bilik misteri yang diikat selempang merah. Ketika Nek Temah keluar mengubat, Epul terpandang bilik yang diikat selempang merah dan kedengaran bunyi botol berlaga dari dalamnya dan hendak cuba membuka pintu tersebut tetapi terhalang kerana Nek Temah berdiri di belakangnya.

Pada suatu hari, Nek Temah menyuruh cucu-cucunya menangkap, mencabut bulu dan menyembelih ayam. Nek Temah ingin mengajar mereka agar bekerjasama dan akhirnya mereka berjaya menyempurnakan tugasan tersebut. Semasa makan, Rina teringin untuk makan nasi bersama kicap. Epul mencadangkan agar mereka membuka pintu misteri tersebut. Ketika pintu terbuka, tangan Rina luka dan Epul menggunakan kain pengikat botol untuk membalut tangan kakaknya.Seekor hantu terlepas dan hampir mencekik Rina tetapi disergah oleh Nek Temah.

Pengarah
Azhari Mohd Zain 

Lakonan:
Angah Raja Lawak
: Hantu Botol Kicap (Pelakon Utama)

Mon Ryanti
: Rina (Pelakon Utama)

Zalif Sidek
: Epul (Pelakon Utama)

Mohd Mikail Andre b Nazrul Andre
: Azri (Pelakon Utama)

Maimon Mutalib
: Nenek Temah (Pelakon Pembantu)

Wawa Zainal
: Puteri (Pelakon Pembantu)

Ruzaidi Abdul Rahman
: Hussin (Pelakon Pembantu)

Zila Bakarin
:Aminah (Pelakon Pembantu)






Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Gambar Anak Lan Typewriter @ MUH dan Normala Hassan , Laurra Lutfea

Posted: 29 Dec 2011 07:17 PM PST

Inilah gambar anak Lan TypeWriter yang sempat ZoOM jumpa di laman forum ni, alhamdulillah isteri kepada Lan yakni Normala Hassan telah menerima zuriat yang selama ini ditunggu-tunggu oleh pasangan ini.


Bayi perempuan yang diberi nama Laura Lutfea sudah tentu akan menjadi penyeri pasangan ini dalam meneruskan kerja dan kehidupan seharian.




Tahniah kami ucapkan daripada warga ZoOMartis.

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Gossip Rozita Che Wan Bercuti Di Genting Highlands Bersama Zain Saidin

Posted: 29 Dec 2011 07:01 PM PST

Siapakah Jejaka Pujaan Hati, Atau Hanya Sekadar Mimpi Indah !!!

Alamak Akak Rozita yang comel bak bulu mata yang berseri-seri, nampaknya ada je yang suka ambil tahu mengenai artis tengah glamour ni. Mana tidaknya sana-sini bercerita mengenai gossip panas percintaan daripada kisah beliau dalam industri hiburan.

Jika sebelum ini (Dulu-dulu) Dengan Zizan, dan yang panas sekali dan terbaru kisah beliau dikatakan bercinta dengan Shahir AF tu. Dan lagi terbaru Rozita Che Wan dikatakan bercuti bersama Zain Saidin di Genting Highlands bersama. Namun ini jawapan beliau ketika ditanya oleh wartawan :

"Memang saya pergi ke Genting Highlands bersama Zain tetapi jangan salah anggap pula sebab anak-anak saya pun ikut sama. Kebetulan pula sekarang ini tengah cuti sekolah," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Khamis.
Ops..kat Mana Ni ??

Dan Jawapan Zain mengenai gossip ini :

"Saya tengah nak main futsal ni. Saya komen yang sama la (seperti Rozita).

Suatu Ketika Dulu...

ZoOM : Apa-apalah kak Rozita Che Wan Yang Mantap dan comel...Asal bahagia selalu..kalau nak makan nasi minyak jangan lupa warga ZoOMartis ye :) 

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Dunia glamor artis

Posted:

Dunia glamor artis

Dunia glamor artis


PEMAIN bola sepak kebangsaan, Mohd. Zaquan Adha Abd. Razak bertemu jodoh dengan pelakon popular, Ayu Raudhah.


ARTIS yang dilihat sentiasa dalam keadaan glamor turut merasai suka duka dalam mengharungi arena hiburan tanah air tahun ini.

Perkahwinan paling mahal tahun ini yang disandang oleh pasangan kontroversi Norman dan Memey telah menjadi topik utama dalam industri hiburan, tidak dilupakan juga beberapa artis yang turut mendirikan rumah tangga seperti Rebecca Nur Islam, Lan dari Kumpulan A to Z, Shaliza Mahmod, Sarah Raisuddin dan pasangannya Shuib Raja Lawak.

Turut melanda dunia hiburan apabila penulis novel Ombak Rindu, Fauziah Ashari mencetuskan kontroversi apabila tidak berpuas hati dengan bayaran royalti RM4,000 yang dibayar oleh penerbit novel itu, Alaf 21 Sdn. Bhd. selepas karyanya diadaptasi ke filem. Filem Ombak Rindu sehingga kini mencatat kutipan tiket sebanyak RM11 juta.

Lebih membanggakan Orkestra RTM telah dimasukkan dalam Malaysia Book of Records pada atas dasar orkestra tempatan paling lama bertahan iaitu selama 50 tahun.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Full content generated by Get Full RSS.

Jennifer nafi guna Botox

Posted:

Jennifer nafi guna Botox

Jennifer nafi guna Botox


JENNIFER ANISTON


LOS ANGELES – Pelakon Hollywood terkenal, Jennifer Aniston didakwa mengambil suntikan botox untuk mengelakkan daripada mengalami kulit yang berkedut.

Namun, pelakon filem 'Marley and Me' itu menafikan dakwaan tersebut.

Bintang siri televisyen popular, 'Friends' yang berumur 42 tahun itu berkata, dia tidak lagi bimbang tentang berat badan yang semakin bertambah tetapi lebih berhati-hati dengan pendedahan kulitnya di bawah cahaya matahari.

"Ramai berfikir saya mengambil suntikan botox tetapi saya tidak melakukannya," katanya kepada majalah InStyle.

Tambahnya, semua barangan kosmetik itu hanya akan mengurangkan kecantikannya. – AGENSI

Full content generated by Get Full RSS.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Pertahankan maruah Dara

Posted: 29 Dec 2011 04:08 PM PST

Hip

Pengorbanan suci kekasih tutup aib pujaan hati

LUPAKAN seketika kontroversi yang menyelubungi pementasan Se-Merah Padi ke rana isi teater yang ditonjolkan di Lambang Sari Istana Budaya hingga Ahad ini (31 Disember) sudah mampu menutup kekalutan yang tercetus di luar gelanggang.

Pujian wajar diberikan kepada seluruh produksi termasuk barisan pelakon dan krew belakang tabir apabila segala rasa yang mahu dikongsi dengan khalayak dipaparkan dengan kemas tanpa adegan meleret-leret.

Dalam tempoh singkat, Rosdeen Suboh selaku pengarahnya membawa penonton ke sebuah perkampungan Melayu yang masyarakatnya kuat dilingkungi adat dan agama hingga berlakunya kejadian serangan puak lanun yang membawa pengakuan mukah atau zina antara Aduka dan Dara. Namun berlainan daripada garapan di layar perak yang menyaksikan lako nan mantap Seniman Agung, Tan Sri P Ramlee, babak akhir dilencongkan kepada penutup yang lebih dramatik - pengakuan zina si ke kasih demi menutup aib gadis yang menjadi mangsa noda.

Biar berdepan hukuman 100 sebatan disebabkan pengakuan itu, Aduka, lakonan Khir Rahman masih menutup mulut semata-mata enggan membiarkan maruah pujaan hatinya yang sudah menjadi tunangan sahabat baik sendiri, Taruna (Fauzi Nawawi) mendapat malu lebih hebat kerana dirogol!

Begitulah pengorbanan suci seorang kekasih walau mengetahui dara impian sudah ditebuk tupai sekali gus bersedia memikul tanggungjawab supaya kekasih dan keluarganya tidak mendapat aib lebih besar jika kejadian pemerkosaan itu diketahui ramai.

Bagi yang pernah menonton filem Semerah Padi, dalam kepala tentu sudah membayangkan satu persatu visual pertembungan cint a tiga segi antara Ta runa, Aduka serta anak penghulu, Dara pasti menyangka paparan di pentas tidak jauh berbeza dengan di layar perak.
Nyata sangkaan awal itu jauh tersasar malah tidak keterlaluan dikatakan segala-galanya tampak sempurna baik dari segi mainan emosi pelakon, pencahayaan, muzik latar, pemilihan lagu hingga sentuhan terhadap perub ahan latar babak yang cukup menarik.

Sentuhan jitu diberikan kepada props gergasi membabitkan perkampungan, rumah besar tok penghulu, kediaman penduduk kampung, kawasan pertanian, gua dan tidak terkecuali tempat persembunyian lanun yang menghidupkan keseluruhan kronologi kisah.

Malah kehadiran tujuh makhluk yang menjadi simbolik kepada nafsu menonjolkan perlambangan kepada setiap insan bahawa walau sebaik mana pun individu, dorongan nafsu sentiasa menanti untuk menerkam tetapi masih mampu dikawal dengan akal dan kembali kepada-Nya.

Tidak perlu panjang le bar, babak pembukaan di sebuah kampung yang mendamaikan ditonjolkan menerusi perpaduan seluruh masyarakat menerusi lagu dan dari situ ju ga sudah diselitkan paparan awal konflik dalam hubungan Aduka dan Dara yang juga lakonan bintang baru, Abby Nadzri.

Babak diteruskan dengan pertunangan antara Ta runa serta Dara. Kelibat Aduka yang sekadar memandang dari jauh sudah menunjukkan betapa hatinya remuk redam melihat bunga idaman dipetik orang.

Kemudian kejadian penangkapan seorang lelaki dari luar, Jejaka (Bohari Ibrahim dengan isteri penduduk kampung, Galak (B aby Erin) yang berzina menyebabkan kedua-duanya dihukum sekali gus menyebabkan adik si mati, Bonek (Opie Zami) nekad membalas dendam.

Sememangnya mengangkat sebuah naskah yang sekian lama dihasilkan di layar perak untuk divisualkan pula di pentas te ater bukanlah kerja mudah walaupun ada segelintir menyifatkan ia sebagai kerja senang berikutan rangka yang sudah sedia ada.

Namun ia tidak semudah disangkakan apatah lagi pastinya peminat Seniman Agung itu sendiri sedikit sebanyak cuba membuat perbandingan atau lebih tepat akan cuba melihat kelemahan dari setiap sudut.

Apa pun, produk si yang turut dibintangi Azizah Mahzan sebagai ibu Dara serta Datuk Baharuddin Haji Omar selaku ketua kampung mampu menyahut cabaran malah kedua-dua pelakon senior ini turut membuktikan mereka sememangnya pelakon versatile.

Jika ada sebilangan penerbitan yang berpaksikan teater muzikal seakan kurang percaya terhadap nyanyian pelakon secara langsung atau sememangnya mengambil kerja mudah dengan merak amkan lagu terlebih dahulu, Se-Merah Padi tidak berbohong kepada penonton.

Bukan hanya bermain emosi, mereka juga menari dan menyanyi secara langsung seperti mana ditonjolkan Aziz ah, Bahaharuddin dan sebahagian besar lagi pelakon pementasan itu malah yang berada di bangku penonton juga merasa lebih puas.

Dari segi lakonan, tiada siapa boleh mempertikaikan kemampuan Azizah mahu pun Baharuddin yang nyata 'memberi' dalam setiap babak begitu juga Opie, Fauzi dan tentu sekali Khir Rahman yang begitu melankolik.

Masing-masing membina karakter hitam dan putih dengan cemerlang.

Walau tidak punya banyak pengalaman, Abby mampu menyerlahkan keupayaannya membawakan emosi cinta tidak kesampaian seorang gadis dengan baik cuma pada pengakhiran Dara lebih banyak merintih.

Biar apa pun tanggapan, teater Se-Merah Padi yang dibawakan Keno Produc tion menjadi penutup tirai persembahan pementasan Istana Budaya yang indah untuk ditonton kerana segala-galanya tampak indah.

Full content generated by Get Full RSS.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Batu ajaib di Batu Sangkar

Posted: 29 Dec 2011 05:00 PM PST

lu 08.1 Batu ajaib di Batu Sangkar
Seorang wanita cuba untuk mengangkat batu ajaib ini di Batu Sangkar, Sumatera Barat.

BATU SANGKAR – Kemunculan batu ajaib di Batu Sangkar, Sumatera Barat menambahkan lagi keunikan daerah ini yang sememangnya terkenal dengan keindahan alamnya.

Batu ajaib yang diberi nama angke-angke itu dikatakan boleh menjadi terlalu berat dan ringan seperti kapas mengikut keyakinan orang yang cuba mengangkatnya.

Batu itu dipercayai mempunyai kuasa sakti dan untuk mampu mengangkatnya, seseorang itu perlu membaca doa tertentu.

Ramai pengunjung yang datang cuba mengangkatnya tetapi tidak berjaya kerana berat batu itu boleh mencapai sehingga beratus-ratus kilogram.

Bagaimanapun penjaga batu ini akan memberikan petua bagaimana untuk mengangkat batu itu jika pengunjung membeli cenderamata yang dijual oleh mereka.

Batu ajaib ini dilaporkan telah mula dikunjungi orang ramai sejak 100 tahun lalu dan sebanyak tujuh generasi telah menjaganya. - AGENSI

Full content generated by Get Full RSS.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Diana mahu terbit filem pertama pada 2012

Posted: 29 Dec 2011 04:56 AM PST

PENGHAYATAN lakonannya memang bersungguh. Biarpun pengarah Murali Abdullah sudah menjerit 'cut!', kelopak mata Diana Johor masih bergenang dengan air mata. Juraian titisan jernih itu enggan berhenti biarpun babak pilu lakonan bersama Zamarul Hisham untuk telemovie Ku Hijrahkan Doa sudah selesai.

Situasi terbabit menimbulkan tanda tanya buat wakil Rap yang mengikuti penggambaran drama menarik itu di Sekinchan, Selangor itu, baru-baru ini.

Terfikir juga adakah Diana begitu sedih kerana terkenangkan kisah silam perkahwinannya dulu yang kembali mengganggu fikiran?

Enggan mengganggu 'mood' lakonannya ketika itu, Diana dibiarkan melayan perasaannya sendiri. Selepas beberapa ketika, penggambaran berakhir barulah Diana atau pemilik nama Nordiana Johor Zainal Abidin, 28, dapat bercakap panjang lebar.


"Jalan cerita ini sendiri sememangnya sedih, sebab itulah saya mudah menangis.

Mata saya pula memang sensitif dan kebetulan pula tergosok bahagian mata, apa lagi mata terasa sangat pedih sehinggakan air mata keluar tak berhenti-henti.
Selepas babak itu habis, saya terpaksa jumpa doktor untuk mendapatkan rawatan!

"Biasanya sebelum babak yang berat, Murali akan bagi panduan terlebih dulu untuk menghayati watak. Dengan cara inilah saya boleh menghayati watak dan menangis. Tapi menangis ni ada banyak jenis kerana ada kalanya kita menangis sebab terlalu gembira, kerana kehilangan sesuatu atau putus cinta.

"Tapi saya menangis bukan sebab terkenangkan kisah lama saya dulu," jelas Diana yang sempat bergambar di tepian sawah padi yang cantik pada hari itu.

Enggan lagi mengimbas kisah lalu membabitkan kehidupan bersama bekas suami, Ramelle Ashram Ramli yang pernah dibina hampir satu setengah tahun dan kini sudah berakhir, Diana ingin mengorak langkah baru memajukan syarikat produksinya, Unique Twins Sdn Bhd.

Syarikat itu ditubuhkan bersama saudara kembarnya, Norlina Johor Zainal Abidin atau Lina Johor pada 2008.

Bebas menentukan jalan hidup sendiri, sudah banyak perancangan dibuat Diana untuk 2012 akan datang. Antaranya, dia mahu lebih aktif menghasilkan karya bermutu termasuk menerbitkan filem cereka pertama.

Kejayaan menghasilkan beberapa drama yang sudah menemui penonton di beberapa stesen TV tempatan menjadi pembakar semangat Diana yang sememangnya berasal daripada keluarga yang gemar meneroka bidang perniagaan.

Daripada segi kelulusan akademik, Diana memang bijak kerana memiliki ijazah dalam jurusan Ekonomi Dan Kewangan dari University Curtin, Perth, Australia.
Jadi kelebihan itu dimanfaatkan dalam tugas seharian.

"Sebelum ini, drama berjudul Hana Hani Coklat Strawberi yang membabitkan kemunculan saya dan Lina sendiri sudah menemui peminat menerusi stesen Astro.
Lina banyak bekerja di belakang tabir dan hanya saya yang banyak berlakon.
Disebabkan ceritanya berkisar mengenai pasangan kembar, kami dilihat layak melakonkan watak kisah itu.

"Drama lain seperti Keras dan Puteri Kayangan juga sudah ditayangkan menerusi slot Cerekarama di TV3. Sekarang kami diberi kepercayaan menghasilkan drama pertama untuk RTM pula. Drama berjudul Melodi Cinta Sarikei ini akan menjalani penggambaran di Sarawak pada Februari nanti dan barisan pelakonnya masih dikenal pasti. Kami akan menggabungkan pelakon dari Kuala Lumpur bersama-sama pelakon tempatan Sarawak nanti.

"Saya juga menghasilkan pelbagai genre drama bergantung kepada skrip. Ada yang ditulis saya sendiri berdasarkan idea yang diberikan rakan dan ada yang diambil daripada beberapa penulis skrip profesional. Contohnya skrip Puteri Kayangan karya saya sendiri. Pada masa sama, ada beberapa penulis skrip yang giat menulis skrip untuk drama saya.

"Kalau tiada aral melintang, perancangan untuk menerbitkan filem pertama juga akan berjalan pada 2012 nanti. Setakat ini perbincangan lanjut dengan beberapa pihak masih berjalan. Namun, barisan tenaga kerja yang terbabit dalam filem ini sudah ada," katanya yang mahu mengangkat kualiti drama tempatan ke tahap yang lebih baik.

Memandangkan itu filem sulungnya, Diana membayangkan dirinya perlu berhati-hati memantau setiap inci perjalanannya terutama daripada aspek kewangan. Harapannya biarlah pasukan yang dipilih betul-betul boleh bekerja.

"Banyak benda perlu diteliti dan diambil kira. Mujurlah saya sudah lama berada dalam industri seni dan ada pengalaman. Sebelum buka produksi sendiri, saya juga ambil pendapat kawan yang sudi mencurahkan ilmu. Selain itu, saya juga belajar mengenai bisnes daripada ibu (Nor Aishah Abas, 54) yang menguruskan Hotel Pelangi di Muar, Johor dan Pelangi Balau Resort di Tanjung Balau Desaru, Johor.

"Kedua-dua ilmu ini saya gabungkan bagi mendapatkan hasil terbaik. Tidak dinafikan tekanan selalu ada. Pening juga menguruskan kerja tapi saya faham bidang perniagaan di mana-mana pun tetap ada cabarannya.

"Begitupun, saya masih akan berlakon dengan keutamaan tentulah kepada syarikat sendiri. Sama ada saya hadkan hanya untuk berlakon telemovie atau drama bersiri, semuanya bergantung kepada skrip dan pengarah. Saya sedar populariti saya tak begitu menyerlah kerana agak lama berhenti berlakon.

"Saya tinggalkan lakonan pada 2004 kerana sambung pelajaran di Australia selama tiga tahun dan kembali berlakon pada 2007. Saya berlakon kerana minat dan tak fikirkan sangat mengenai populariti.

"Dah lama berhenti, saya nak juga rasa pengalaman berlakon dengan syarikat produksi lain kerana sebelum ini saya kerap berlakon drama terbitan Skop Productions," katanya yang mula dikenali menerusi drama bersiri Sembilu.

Berbual dengan Diana, ternampak segala fokusnya kini lebih bertumpu kepada karier dan apabila ditanya mengenai persoalan peribadi, dia pantas memberikan jawapan tidak tergesa-gesa mahu menjalinkan hubungan baru.

"Buat masa ini memang saya tak terfikir mengenai teman hidup. Sebenarnya saya tak pernah serik untuk berkahwin lagi. Saya percaya Tuhan akan tentukan segala-galanya dan saya lebih senang mengikut arus. Saya terlampau sibuk dengan kerja sekarang dan selalu berdoa agar suatu hari dipertemukan dengan jodoh yang sesuai.

"Saya sememangnya sibuk kerana dalam sebulan, hanya beberapa hari saya dapat berehat di rumah," katanya.

PROFIL:

Nama penuh: Nordiana Johor Zainal Abidin
Panggilan: Diana Johor
Asal: Johor Bahru, Johor
Usia: 28 tahun
Kerjaya: Pengarah Hotel Pelangi, Johor, produser, pelakon, model iklan
Keluarga: Anak kedua daripada tiga beradik

Drama: Mas Maria, Sembilu, Astana Idaman, Hana Hani Cokelat Strawberi dan Tanah Keramat, Pelamin Di Pusara, Ku Hijrahkan Doa

Teater: Muzikal Tun Mahathir
Pendidikan: Ijazah Ekonomi Dan Kewangan dari University Curtin, Perth, Australia



Full content generated by Get Full RSS.

Ernie kaji pantang larang

Posted: 29 Dec 2011 04:50 AM PST

SAMBUTAN filem genre seram komedi sering menarik perhatian ramai penonton. Walaupun lambakan filem seram pernah menjadi isu hangat sebelum ini, filem genre itu masih ada ramai peminat dan ia turut menyumbang kepada kutipan 'box-office' bagi sinema tempatan.

Melihat kepada pencapaian filem tempatan sepanjang 2011, ia menyaksikan sebanyak 15 filem genre seram ditayangkan daripada jumlah 42 filem semuanya.

Jika filem Khurafat menjadi filem pembuka tirai tahun ini berjaya mencatat kutipan besar RM8.08 juta, penghujung 2011 ketika ini turut memberi ruang kepada filem seram komedi, Suatu Malam Kubur Berasap (SMKB) untuk meraih sokongan penonton.

Filem arahan Ernie Chen ini ditayangkan sejak 22 Disember lalu serta mempertaruhkan gandingan pelakon komedi yang terdiri daripada Angah, Along, Azrul, Wira dan Faiz yang pernah dicungkil bakat menerusi program realiti TV, Raja Lawak Astro.


Filem yang masih rancak ditayangkan ini turut bersaing dengan Papa I Love U terbitan Metrowealth Pictures yang baru menemui penonton bermula semalam.


Dibantu pelakon Zach X Factor dan Nurul Ain Nordin, filem seram komedi ini memberi cabaran besar pada Ernie kerana ia buah tangan sulungnya bersama produksi Outloud Studios Sdn Bhd.

Melihat pengalaman Ernie yang masih baru, pengarah keturunan Cina ini banyak membuat rujukan terhadap pantang larang masyarakat Melayu termasuk di tanah perkuburan Islam yang diangkat sebagai lokasi penggambaran.

Membelanjakan kos produksi sebanyak RM1.3 juta, Ernie bersikap positif terhadap gandingan lima bekas peserta Raja Lawak yang berbakat besar.

Turut mencuri tumpuan, pelakon komedi veteran Acappan dan Ruminah Sidek manakala kemunculan (Allahyarham) Zami Ismail turut meninggalkan impak.

Plot filem ini tertumpu kepada kejadian aneh dan gangguan hantu yang berlaku di Kampung Angan Tak Sudah. Kisah bermula pada tiga sahabat - Atan, Bun dan Pet yang kemudian berkenalan dengan Mie, seorang lelaki kota.

Atan lakonan Angah berkarakter lurus bendul, tetapi rajin dan bekerja sebagai penggali kubur. Along yang menjiwai watak Bun, seorang 'kutu rayau' dan Mat Motor manakala Pet (Asrul) bekerja memandu lori ayam yang sering pulang kerja lewat malam.

Konflik dan elemen seram cerita ini bermula selepas kedatangan Mie ke kampung itu. Tiga sahabat ini bersama penduduk kampung dikejutkan dengan pelbagai peristiwa pelik dan menakutkan. Selain itu, kehadiran watak Siti juga menimbulkan rasa seram kepada tiga rakan ini.



Full content generated by Get Full RSS.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Tuah Tom Cruise

Posted:

Tuah Tom Cruise

Tuah Tom Cruise

KEJAYAAN yang dimiliki aktor terkenal Hollywood Tom Cruise hari ini bukan datang dengan mudah meskipun aktor kelahiran Syracuse, New York itu memiliki wajah yang tampan. Ibu bapanya bercerai ketika dia berusia 11 tahun dan kehidupan berpindah-randah memaksanya bersekolah di 15 buah sekolah. Sekolah terakhirnya adalah Glen Ridge High School, New Jersey.

Dibuli merupakan perkara biasa ketika zaman persekolahannya, tambahan dia mempunyai masalah disleksia iaitu gangguan dalam pembelajaran iaitu sukar membaca dan menulis. Justeru, Cruise bukanlah pelajar yang cemerlang ketika zaman persekolahannya, dia mengalih tumpuan kepada aktiviti sukan dan kecederaan lutut yang dialaminya ketika bergusti, membuat dia secara tidak sengaja terjun ke dunia lakonan.

Pada usia 18 tahun, dia meninggalkan Glen Ridge dan memburu impian sebagai seorang aktor di New York. Waktu siang dia melakukan pelbagai pekerjaan antaranya sebagai budak penghantar surat sehinggalah sebagai pembersih restoren dan pada waktu malam diperuntukkan untuk kelas lakonan sebagai persediaan buatnya menjalani uji bakat iklan, drama dan filem.

"Bukan mudah untuk saya berdiri seperti hari ini, sebelum berjaya mendapat kontrak filem pertama Endless Love pada tahun 1981, saya telah merasai pengalaman ditolak pengarah dan penerbit. Saya tidak menjadi aktor untuk memiliki kuasa (wang dan populariti) tetapi ia berlaku dengan sendirinya secara tidak langsung menyebabkan saya memperoleh lebih banyak peluang.

"Saya juga sedar yang kuasa itu tidak akan kekal selamanya dalam kerjaya saya sebagai pelakon. Jadi, saya mahu menggunakannya sehabis yang mungkin, terlibat dalam naskhah yang hebat dan apabila masa itu berlalu saya akan tersenyum kerana telah menjalani hidup dengan sepenuhnya," ujarnya.

Meskipun merupakan aktor yang menerima bayaran tertinggi di Hollywood, dia menegaskan dia tidak pernah melakukan kerja kerana wang.

"Jujur, saya tidak pernah lakukan kerja semata-mata kerana wang. Ya, sebagai aktor saya diberi pilihan dan tawaran yang menarik tetapi terpulang kepada diri sendiri sama ada mahu menerimanya atau tidak. Jika pilihan terletak pada wang dan filem tersebut tidak mendapat sambutan, wang itu tidak bererti apa-apa," jawabnya yang masih menerima tawaran berlakon dalam filem indie.

Kini, selepas lebih tiga dekad terlibat dalam industri perfileman, Cruise bukan sekadar seorang pelakon tetapi dia juga seorang penerbit filem dan mungkin juga bakal penyanyi kerana selepas filem Mission Impossible - Ghost Protocol, dia diangkat sebagai penyanyi rock legenda dalam filem muzikal berjudul Rock of Ages akan berada di pawagam pada Jun tahun hadapan.

Menariknya, ramai yang terkejut apabila mendapat tahu Tom benar-benar boleh menyanyi dan suaranya turut mendapat pujian ramai. Malah, salah seorang pelakon dalam filem itu yang juga seorang penyanyi terkenal, Mary J. Blige turut mendedahkan yang dia teringin untuk merakamkan lagu duet bersama Cruise.

"Jika dia tanya saya, saya terus setuju. Dia memang seorang penyanyi yang bagus dan benar-benar mempunyai aura sebagai seorang penyanyi terkenal. Jiwa rock dalam dalam diri seseorang dan Tom memilikinya," kata Mary J. Blige.

Kebolehan menyanyi Cruise itu turut diakui oleh isterinya, Katie Holmes, bagaimanapun memberitahu, suaminya itu mengikuti kelas vokal selama beberapa minggu sebelum penggambaran bermula.


PENGHUJUNG 2011 menyaksikan nama Tom Cruise kini kembali dijulang sebagai bintang filem pecah panggung menerusi ke munculan filem Mission Impossible - Ghost Protocol.


"Ya, saya suka menyanyi tetapi saya tidak rasa saya boleh lakukannya sebaik lakonan. Jika untuk suka-suka ya tetapi untuk serius saya belum terfikir mengenainya lagi," katanya yang membawakan watak Stacee Jaxx dalam filem muzikal itu.

Misi mustahil

Aktor yang telah berlakon 44 buah filem itu termasuk semua filem sekuel Mission Impossible serta terkini Ghost Protocol tidak hanya berlakon sebaliknya turut bertindak sebagai penerbit telah melakukan pelbagai aksi lagak ngeri sebagai ejen perisik bernama Ethan Hunt.

Sebagai penerbit memilih pengarah JJ Abrams untuk mengarah filem buat kali pertama merupakan satu risiko yang besar tetapi Cruise mempunyai alasan yang tersendiri terhadap pilihannya.

"Kisahnya begini, saya dan Steven Spielberg tengah bekerja untuk filem War of the Worlds dan kami berjumpa beberapa orang penulis dan penulis itu termasuk JJ. Tidak mengambil masa yang lama untuk saya menyukai kerjanya dan dia seorang yang berkarisma serta bijak.

"Kami bekerjasama secara tidak sengaja apabila setiausaha JJ memberi saya pita drama aksi Alias musim pertama yang diarah oleh JJ. Selang beberapa hari saya habis menonton satu musim drama Alias dan saya menyukai kerjanya. Saya menghubunginya ketika itu dia berada di Hawaii melakukan penggambaran drama Lost. Sekembalinya dia di Los Angeles kami berjumpa dan saya tanya bila dia mahu mengarah filem," jelas Tom.

Sungguhpun begitu, untuk seorang pengarah yang tidak pernah mengarah filem berbajet besar pasti menimbulkan kebimbangan di hati seorang penerbit.

"Saya rasa seperti ini bukan filem pertamanya. Filem ini paling kompleks dan sekuel Mission Impossible terbesar yang pernah kami hasilkan. Lihat sahaja lokasi penggambarannya, China, Rom, Dubai dan Jerman tetapi kami berjaya melakukan penggambaran mengikut jadual dan di bawah bajet. Hasilnya juga cukup mengagumkan.

Dalam filem ini banyak aksi lagak ngeri dilakonkan Cruise dan paling diingati adalah babak dia keluar daripada bangunan tertinggi di dunia Burj Khalifa di Dubai dan berjalan di atas cermin tingkap bangunan yang mempunyai ketinggian 2,717 kaki bersamaan dengan 163 tingkat. Katanya untuk babak yang dilakukan di tingkat 140 itu sahaja dia telah berlatih selama sebulan.


KEJAYAAN yang dicapai Cruise dalam karier seiring dengan kebahagiaan yang digapainya dalam kehidupan berkeluarga.


"Pengalaman paling tidak boleh saya lupakan berpusing di tepi tingkap bangunan tersebut dengan bergantung nyawa pada tali setebal wayar piano. Menakutkan tetapi untuk menampilkan kelainan, ia harus dilakukan dan seluruh produksi telah mengambil langkah keselamatan terbaik.

"Kami harus mencari lokasi antarabangsa yang mengagumkan dan Burj Khalifa adalah pilihan terbaik. Saya hanya berlatih sehari untuk aksi melompat keluar daripada bangunan itu sebelum memulakan penggambaran," ujarnya yang berada di Dubai selama lima minggu.

Disoal apakah perkara yang paling menakutkannya ketika penggambaran, jawab Cruise: "Terjatuh ke bawah."

Sambung aktor berusia 49 tahun itu lagi: "Apabila kami melakukan penggambaran perkara pertama dalam fikiran bagaimana kami lakukan untuk nampak hebat dan mustahil di layar. Kedua soal keselamatan dan kami sudah berlatih dan merancangnya selama berbulan-bulan. Saya hanya lakukan dan ya, saya selamat dan hidup sampai hari ini. Tiada sebarang kecederaan serius berlaku sepanjang penggambaran."

Sebagai penutup tahun 2011 Mission Impossible - Ghost Protocol yang menelan kos sebanyak RM459,505,000 itu turut dilakonkan oleh Jeremy Renner, Simon Pegg, Paula Patton dan bintang Bollywood Anil Kapoor merupakan sebuah filem yang cemerlang.

Suri di hati Tom

Cruise yang pernah bercinta dengan aktres Penelope Cruz juga pernah berkahwin sebanyak tiga kali, pertama Mimi Rogers, kedua, Nicole Kidman dan terakhir sejak tahun 2005 dan kekal sehingga hari ini bersama Katie Holmes.

Momen tidak boleh dilupakan apabila Cruise secara terbuka mengaku cintakan Katie dalam program bual bicara popular Oprah Winfrey Show pada 23 Mei, 2005. Dalam program itu, Cruise kelihatan tidak senang duduk malah siap melompat di atas sofa apabila berbicara tentang Katie.

Kebahagiaan Cruise bertambah apabila dia dikurniakan anak perempuan bernama Suri yang kini berusia lima tahun dan secara sah berkahwin dengan Katie pada November 2006. Khabarnya, kini Cruise sedang merancang untuk menambah jumlah ahli keluarganya

"Ya, saya berharap dan sedang merancang untuk memperolehi cahaya mata lagi dan beri adik kepada Suri," katanya.

Meskipun sentiasa sibuk, katanya, jika ada kesempatan dan peluang dia pasti akan membawa keluarganya ke lokasi penggambaran atau promosi filem seperti ketika dia mempromosi filem sekuel terbaharu Mission Impossible itu di beberapa buah negara baru-baru ini.

"Setiap hujung minggu jika kelapangan kami pasti akan habiskan masa bersama seperti berkelah atau melepak di taman, menemani Suri ke pusat membeli-belah kerana dia suka sangat memakan aiskrim. Dia anugerah terhebat yang pernah saya perolehi dalam hidup," kata Cruise.

Jelas sekali hidup Cruise kini lebih bermakna. Dia juga sering mengatakan saban hari cintanya pada isteri semakin besar.

"Semakin hari saya semakin cinta Katie, dia seorang yang istimewa dan memahami saya sepenuhnya. Kehadiran Suri melengkapkan hidup saya sebagai seorang lelaki, suami dan bapa. Tetapi nampaknya, Suri lebih banyak mengikut isteri saya terutamanya bab fesyen. Saya yakin apabila dia besar kelak, dia akan menjadi seorang penggila fesyen, lihat sahaja dia hari ini, walaupun baru lima tahun, pakaiannya lebih banyak daripada ibu bapanya," cerita Cruise.

Bercakap mengenai tahun 2012, kata Cruise banyak projek filem menantinya dan tahun hadapan merupakan tahun paling sibuk buatnya.

"Saya ada beberapa buah filem yang menanti penggambaran dan ada yang sedang dalam penggambaran, sebagai pelakon saya mahu beri yang terbaik dan impak kepada penonton serta diri sendiri. Sebagai penerbit saya mahu menerbitkan lebih banyak filem bermutu dan pecah panggung, apa pun terima kasih kepada peminat yang tidak henti menyokong kerjaya saya selama ini," katanya yang turut bercuti panjang sempena Krismas baru-baru ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Asmidar mahu rakam lagu

Posted:

Asmidar mahu rakam lagu

Asmidar mahu rakam lagu

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN
amri.hassan@kosmo.com.my


ASMIDAR mahu memanfaatkan RM50,000 yang dimenangi dengan mengorak langkah sebagai penyanyi.


KONSERT akhir program realiti Vokal Bukan Sekadar Rupa yang telah sempurna menutup tirai pada malam Ahad lalu menyaksikan Norhasmidar Ahmad, 25, menjadi penyandang gelaran juara sulung musim pertama.

Masih sukar mempercayai dirinya mampu menjulang trofi juara apatah lagi bertanding di pusingan akhir, Asmidar sudah merancang skop hidupnya berbekalkan wang kemenangan RM50,000.

"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan gembira, ini pertandingan paling sengit seumur hidup saya. Saya tahu kemampuan Mafa, apa yang dia ada saya tak ada, memang di luar jangka!

"Saya ingin rakam album atau single sendiri supaya kerjaya tidak terhenti di sini, selebihnya belum lagi diputuskan," katanya yang ditemui selepas tamat konsert akhir Vokal Bukan Sekadar Rupa di Plaza Alam Sentral, Shah Alam baru-baru ini.

Asmidar yang meminati muzik tradisional serta pop jazz bagaimanapun mengakui masih mencari identiti diri untuk membawanya hanyut dalam gelombang seni.

Kekuatan

Mafarika Mohd. Akhir, 19, atau Mafa kata Asmidar merupakan pesaing sengit sepanjang 10 minggu rancangan itu ke udara.

Tambah Asmidar, Mafa punyai suara yang lebih nyaring, bijak meletakkan bunga suara pada tempat yang betul serta lebih bertenaga berbandingnya.

Namun bagi Mafa, kekecewaan tidak tertulis dalam diari hidupnya. Malah dia lebih percaya pada rezeki.

"Saya percaya pada rezeki dan reda dengan keputusan, tak semestinya selepas ini saya tidak akan berjaya dan sekarang pun saya sudah buktikan kepada semua, orang yang berbadan besar pun mampu sampai ke tahap ini," ujarnya yang mengaku membuat salah terutama dalam menyanyikan lagu baharu.

Asmidar dan Mafa masing-masing diberikan lagu baharu untuk didendangkan konsert final itu.

Asmidar menyanyikan lagu ciptaan Ajai berjudul Biar Sampai Ke Bintang manakala Mafa memperoleh lagu Tiba yang dicipta komposer Audi Mok dan lirik Omar K dalam pusingan kedua.


DEBARAN.Faizal diapit Mafa (kiri) dan Asmidar sebelum mengumumkan juara Vokal Bukan Sekadar Rupa yang jatuh kepada Asmidar.


Pusingan pertama memperlihatkan kehebatan Mafa membawakan lagu Jangan Tinggal Daku meninggalkan pencabarnya Asmidar yang menyanyikan lagu My Way apabila menjadi pilihan juri tetap Azmeer dan Erra Fazira serta juri jemputan Ziana Zain.

Dalam pusingan ketiga iaitu Battle membuktikan kekuatan lenggok suara Asmidar membawakan lagu Laksamana Raja Di Laut nyanyian asal Datuk M. Daud Kilau dan mendapat tempat di hati Erra dan Ziana.

Makin jauh meninggalkan Mafa menerusi lagu Hurt (Christina Aguilera) yang dipilih Mafa sendiri untuk pusingan yang sama, Asmidar dinobatkan sebagai penyanyi yang punyai pernafasan paling baik oleh Azmeer.

Keputusan akhir hasil undian SMS dan juri diungguli oleh Asmidar dengan 73 peratus dan Mafa, 53 peratus.

Konsert akhir Vokal dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada Adibah Noor dengan lagu Siapa Dia dan aksi-aksi bekas finalis Vokal iaitu Azmarul, Irsa, Fakhrul dan Boby dengan rangkaian lagu Cinta Harus Memiliki, Someone Like You, Gerhana dan Tapi Bukan Aku serta diakhiri menerusi lagu tema Vokal; Aksi Suara.

Musim kedua

Azmeer yang ditemui usai acara itu mengakui sukar untuk membuat keputusan kerana kedua-dua peserta akhir itu miliki kekuatan tersendiri.

"Secara peribadi saya suka ton suara Mafa tapi corak pertandingan ini siapa buat salah dia kalah! Saya yakin Mafa boleh berjaya dengan ton suara dan kreativiti yang dia ada cuma kawalan pernafasan perlu dipertingkatkan.

"Tapi saya tidak menafikan Asmidar ada teknik pernafasan yang hebat dan dia penyanyi yang saya cari selama ini, ton suara dia tebal dan lunak! Dari segi pitching suara Asmidar, 98 peratus hampir sempurna," jelas Azmeer.

Sementara itu, Penerbit Eksekutif Vokal, Muhammad Sufian Che Isa mengakui ada beberapa aspek yang kurang dititikberatkan dalam program musim pertama.

"Kita akan membuat penambahbaikan untuk musim kedua, tapi dari segi pencapaian dan rating penonton pihak produksi amat berpuas hati," katanya yang akan memaklumkan sekiranya program realiti itu bakal diteruskan untuk musim akan datang.

Full content generated by Get Full RSS.

Gerhana wanita tujuh kali

Posted:

Gerhana wanita tujuh kali

Gerhana wanita tujuh kali

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com.my


VANIDA IMRAN membawa watak wanita yang telah menjanda sebanyak tujuh kali dalam drama 7 Gerhana.


MENGANGKAT kisah sebenar seorang wanita yang berkahwin sebanyak tujuh kali, drama 7 Gerhana terbitan syarikat pelakon Hans Isaac, Tall Order Productions, dikatakan sekadar memberi pendedahan dan pengajaran kepada orang ramai bukan bertujuan mengaibkan individu terbabit.

Paparan kisah benar itu dikatakan dialami sendiri seorang rakan kepada pengarah urusan Tall Order Productions yang juga merangkap pelakon, pengarah bersama dan penerbit drama 7 Gerhana iaitu Hans Isaac.

Menurut Hans, dia terlebih dahulu sudah meminta kebenaran rakan wanitanya itu untuk memaparkan kisahnya dalam bentuk drama dan rakan wanitanya itu telah bersetuju.

"7 Gerhana ini adalah kisah sebenar yang terjadi dalam hidup kawan saya yang mana dia berkahwin sebanyak tujuh kali. Dia beri peluang kepada saya untuk buat cerita ini.

"Walaupun dia berkahwin sebanyak tujuh kali namun hampir semua lelaki yang berkahwin dengannya bukan atas pilihan sendiri. Sebaliknya adalah atas desakan keluarga dan penipuan lelaki-lelaki yang meminatinya," ungkap Hans mengenai 7 Gerhana yang dilakonkan oleh pelakon hebat Vanida Imran.

Kenapa memilih Vanida, kata Hans, dia sudah mempunyai keserasian dengan pelakon hebat itu dan merasakan Vanida sangat layak memegang peranan Rozie dalam 7 Gerhana.

"Dalam banyak artis yang saya kenal Vanida memang boleh membawakan watak ini dengan baik," katanya lagi.

Menurut seorang lagi pengarah 7 Gerhana, Amar Delon, watak Rozie yang berkahwin sebanyak tujuh kali ketika remaja dilakonkan oleh Andrea Abdullah sebaliknya watak Rozie ketika dewasa pula dilakonkan oleh Vanida Imran.


HANS ISAAC mengarah dan berlakon dalam 7 Gerhana.


Ujar Amar, belum ada lagi sebuah drama yang menggambarkan wanita berkahwin sebanyak tujuh kali dan itu merupakan kekuatan bagi drama tersebut.

"Memang cerita ini lain daripada yang lain. Penonton akan beranggapan Rozie ini jahat tetapi sebenarnya tidak. Dia terlalu naif namun perkahwinan demi perkahwinan yang ditempuhinya sedikit sebanyak telah mematangkannya," katanya mengenai drama keempat arahannya itu.

Ditanya mengenai cabarannya sepanjang mengarahkan drama tersebut, tutur Amar lagi, disebabkan kenal dengan individu sebenar yang berkahwin sebanyak tujuh kali dia tidak mahu penonton menganggap individu tersebut jahat seterusnya memburukkan nama individu tersebut.

Tambahnya, musim pertama 7 Gerhana menggambarkan tiga suami pertama Rozie dan perjuangan wanita ini bermula dari umur 17 hingga usianya mencecah 30 tahun.

Ia mengungkap kisah tentang kehidupan bersama ketiga-tiga suaminya itu daripada yang memadukannya tanpa pengetahuannya sehinggalah yang meninggalkannya pada malam pertama perkahwinan.

Selain Hans, Vanida dan Andrea 7 Gerhana turut dibintangi oleh Omar Abdullah, Zulkifli Ismail, Kay Maria, Riz Aminm Ery Zuhkairi dan Hafiz Halim.

Drama 7 Gerhana kini ditayangkan di Astro Prima saluran 105 setiap hari Rabu pukul 9 malam.

Full content generated by Get Full RSS.