Adsense

Jumaat, 23 Disember 2011

Celebrity News

Celebrity News


Fazley Yaakob Terima Anugerah DIMP ( Datuk) Daripada Sultan Pahang - Tahniah !!!

Posted: 22 Dec 2011 07:06 PM PST

Dah puas ZoOm cari siapakah orang ke-3 yang menerima gelaran Dato' daripada Sultan Pahang. Akhirnya terjawap pagi ini apabila ZoOm terbaca blog Abang Nara mengenai artis, penceramah dan ahli perniagaan bernama Fazley Yaakob juga turut mendapat gelaran tersebut. 


Bagi pihak ZoOM artis kami ucapkan tahniah dan semoga anugerah yang diterima akan menaikkan semangat beliau dalam misi mencapai impian beliau.



Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Siti puas dapat ‘tembak’ staf

Posted:

Siti puas dapat 'tembak' staf

Siti puas dapat 'tembak' staf

Oleh IFQDAR A. RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar RASHID MAHFOF
Lokasi: Galactic Laser, Mid Valley Megamall


TEMPUR... Pasukan Siti dan Datuk K saling mengacukan pistol sebagai amaran berjaga-jaga sebelum permaianan dimulakan.


PUAS! Itulah ungkapan yang terpacul dari mulut penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Siti Nurhaliza setelah meluangkan masa hampir sejam di pusat permainan Galactic Laser yang terletak di tingkat tiga, pusat membeli-belah Mid Valley Megamall, Petaling Jaya.

Ironinya, apa yang lebih menggembirakan ialah penghibur yang mesra disapa sebagai Siti itu turut ditemani oleh suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K bersama dua anak bujangnya, Muhammad Adib, 21 dan Muhammad Asyraf, 20.

Bahkan bukan mereka berempat sahaja yang seronok bermain permainan ala paintball itu, tetapi keseronokan itu turut dikongsi bersama kakitangan produk kecantikan Simply Siti seramai lebih 30 orang.

Rata-rata di kalangan mereka, ia merupakan kali pertama mencuba bermain permainan tersebut dan semuanya ternyata teruja.

Menurut Siti, syarikat kosmetiknya itu akan sentiasa melakukan aktiviti riadah bersama bagi memastikan tekanan di tempat kerja dapat diseimbangkan.

"Sebelum ini kami pernah bermain boling, futsal dan berkaraoke untuk menghilangkan tekanan kerja di pejabat.

"Ini adalah salah satu inisiatif atau pendekatan yang saya gunakan untuk menghargai kakitangan kami.

"Dengan cara ini, setiap kali selepas berseronok, minda mereka akan berasa lega dan segar untuk memikirkan idea baru dalam tugasan masing-masing," katanya.

Game yang selamat

Mengulas mengenai permainan laser tag, Siti akui pada awalnya dia langsung tidak tahu cara untuk bermainnya.

Namun, setelah diberi taklimat oleh salah seorang petugas di situ yang digelar Marsyal, barulah dia faham serba sedikit pasal peraturan dan teknik permainan tersebut.

Bagaimanapun, di mindanya masih lagi samar selagi dia belum memasuki ruang gelap yang direka khas menyerupai medan pertempuran itu.

"Setelah siap menyarungkan uniform khas yang dilengkapkan dengan pistol laser, perasaan mula berdebar-debar.

"Kemudian, apabila sudah memasuki medan perang, saya terus mencari sudut terbaik untuk melakukan serangan.

"Tidak lama selepas itu, keseronokan terus dirasai dan saya tidak henti-henti berkejaran ke sana sini untuk menembak ataupun mengelak tembakan musuh," cerita Siti yang mengetuai pasukannya di kumpulan D itu.

Menariknya, dalam aksi tembak menembak tersebut, Siti harus berhadapan dengan pasukan Datuk K (kumpulan B).

Gelagat lincah Siti yang terkenal sebagai olahragawati di zaman persekolahannya itu banyak membantunya untuk menjadi penembak yang berjaya mengumpul markah tertinggi dalam kumpulan.

Pernah pada satu ketika, Siti mendahului carta markah yang dipaparkan di luar medan perang dan sesekali saling berganti kedudukan dengan anak tirinya, Adib.

Ternyata, Siti masih lagi aktif dan ligat untuk bersaing dengan kakitangannya dan pertempuran antara kedua-dua pasukan agak sengit.

Bagaimanapun, di akhir pertempuran yang berlangsung selama 10 minit itu, pasukan Datuk K berjaya menumpaskan pasukan Siti.

Meskipun tumpas di tangan suaminya, Siti ternyata puas dan seronok bermain permainan tersebut dan menyifatkan permainan berkenaan sebagai sukan ekstrem yang selamat.

"Permainan ini sesuai dengan semua peringkat usia asalkan masih berupaya untuk berlari.

"Walaupun penat, yang penting saya dan kakitangan Simply Siti dapat mengetepikan seketika masalah di pejabat dan berseronok di sini.

"Mungkin pada masa akan datang, satu aktiviti lain pula akan diadakan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Pilihan terbaik sepanjang tahun

Posted:

Pilihan terbaik sepanjang tahun

Pilihan terbaik sepanjang tahun

TAHUN 2011 akan melabuhkan tirainya hanya seminggu sahaja lagi. Lazimnya setiap kali hujung tahun, pelbagai organisasi sibuk mengimbas pencapaian sepanjang tahun dan menetapkan jangkaan untuk tahun depan.

Bagi industri hiburan, inilah masanya untuk mengeluarkan pelbagai senarai 10 terbaik – sama ada yang berkait dengan bakat seperti muzik dan lakonan atau yang tidak ada kena-mengena dengannya daripada paling jelita, paling hodoh, paling kaya sehinggalah paling banyak skandal.

Baru-baru ini, TNmS iaitu agensi penarafan yang menjalankan soal selidik ke atas 4,000 isi rumah dan 13,800 penonton di Korea telah menyenaraikan 10 program televisyen yang mencatat jumlah penonton tertinggi sepanjang tahun ini. Berdasarkan kaji selidik itu, drama yang menduduki tiga tangga teratas adalah Smile Donghae dengan 36.4 peratus, diikuti Secret Garden (26.5 peratus) dan Ojakgyo Brothers (25.5 peratus).

Namun dalam tempoh seminggu ini, ia mungkin boleh berubah. Ini kerana drama Ojakgyo Brothers yang masih ditayangkan semakin ramai pengikutnya selepas dua watak utamanya iaitu Hwang Tae Hee lakonan Joo Won dan Baek Ja Eun (Uee) yang selama ini sering bercakaran baru memasuki fasa bercinta. Episod terbaru drama itu dilaporkan mencatat rating lebih 30 peratus.

Pada masa sama, drama Deep Rooted Tree lakonan pemenang anugerah tertinggi Baeksang, Jang Hyuk yang begitu menyerlah lakonannya dalam Slave Hunter tahun lalu – juga kini dilaporkan mengekori rapat dengan rating lebih 20 peratus.

Namun rating di Korea bukan ukuran populariti di negara lain termasuk Malaysia. Drama World Within lakonan pasangan yang pernah bercinta Hyun Bin-Song Hye Kyo mencatat jumlah penonton yang rendah di Korea tetapi mendapat sambutan cukup memberangsangkan di luar negara.

Sebagaimana setiap orang menilai kecantikan rupa paras itu berbeza-beza mengikut citarasa masing-masing, rasanya tidak salah kalau penulis pun membuat penilaian mengikut tanda aras sendiri.

Full content generated by Get Full RSS.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Anzalna keletihan

Posted: 22 Dec 2011 02:47 PM PST

Hip

Anzalna

Anzalna

Belum ada masa rehat secukupnya

ANZALNA, adalah antara puluhan bakat baru yang diketengahkan dalam lakonan sepanjang tahun ini.

Dalam drama yang dibintanginya, namanya sering dikaitkan dengan watak penggoda. Mungkin kerana susuk tubuh dan raut wajahnya sesuai dengan watak seperti itu. Diakui sendiri, mungkin matanya yang bundar, penampilannya yang mempengaruhi pengarah atau penerbit menawarkannya karakter yang mencairkan hati lelaki. Namun Nur Anzalna Md Nasir tidak mengeluh mahu pun menolak.

Bagi gadis berusia 23 tahun ini, ia bukan saja memantapkan profilnya tetapi juga satu penerimaan yang positif ke atas dirinya sebagai bakat baru dalam bidang lakonan.

Namun, memang bukan itu saja yang mahu diharapkan. Sama seperti pelakon lain, dia juga mahu mencuba atau dicuba dengan peranan lain, yang tidak pernah terfikir oleh dirinya.

Ini untuk membuktikan dia juga mampu mempelbagaikan kebolehannya. Justeru, Anzalna berasakan dirinya sedia diberikan ujian dengan aksi lasak, mencabar fizikal dan mentalnya ketika berada di lokasi penggambaran.
Bagaimanapun, melihat kepada usianya, dia sedar semua itu tidak boleh digapai dengan terburu-buru. Masih ada masa lagi.
Pelakon dari Pulau Pinang ini bakal muncul dengan drama terbarunya Gemersik Kalbu terbitan Global Station dengan memegang watak perempuan jahat bernama Tasha.

"Pertama kali bekerja dengan produksi ini ialah menerusi drama Suria di Cordoba, dan ini adalah drama kedua bersama mereka. Namun bekerja di bawah arahan pengarah, abang Heykal (Heykal Haniffah), ini adalah yang pertama kali.

"Melihat kepada pembabitan saya dalam dunia lakonan, tahun ini saja saya sudah menjayakan tiga drama termasuk Ramadan Terakhir dan sebuah telefilem. Manakala, dua filem yang saya bintangi akan ditayangkan tahun depan iaitu Taikun dan Sepah The Movie.

"Sebenarnya saya baru saja habis dengan penggambaran filem Sepah The Movie dan kini saya sedang terbabit dengan penggambaran drama Gemersik Kalbu yang akan disiarkan 2 Januari nanti.

"Sememangnya saya sangat penat serta stress dengan aktiviti penggambaran tanpa henti dan satu demi satu tawaran yang saya jayakan tanpa rehat. Saya mengambil keputusan, selepas habis saja komitmen saya bersama Global Station ini, saya mahu berehat sebentar sebelum mula berlakon kembali," katanya yang berkebolehan bertutur bahasa Perancis dengan baik.

Manakala, beralih kepada sisi peribadi, terus terang gadis berambut panjang mengurai ini mengatakan dia sememangnya sudah berpunya. Tidak ramai pelakon baru sepertinya yang mengakui diri mereka sudah berpunya, ada yang ingin menjaga reputasi agar 'saham' tidak jatuh, namun berbeza bagi Anzalna yang tidak berteka-teki dalam hubungan cintanya.

Walaupun dalam keadaan penuh segan silu, Anzalna tidak kedekut untuk mendedahkan serba sedikit mengenai teman istimewanya itu. Akuinya, teman lelakinya itu adalah di kalangan orang biasa dan mereka sudah saling mengenali sejak berumur 17 tahun lagi.

"Kami sudah kenal lama dan saya masih ingat saya kenal dia melalui laman sosial Myspace, dan pada masa itu saya menetap di Australia. Dia seorang yang cukup sempurna bagi saya dan saya selesa bersama dengannya memandangkan berkongsi usia yang sama.

"Walaupun begitu, saya tidak mahu menceritakan terlalu banyak mengenai dirinya, nanti syok sendiri. Dia baru saja habis belajar dan perjalanan kami berdua masih jauh," katanya sambil mengakui kedua-dua pihak sudah mengenali keluarga masing-masing dan sama-sama matang dalam menjayakan hubungan tersebut.

ABPBH2011 bagi kejutan

DI sebalik itu, meluahkan perasaannya apabila ditanya mengenai namanya disenaraikan di antara 20 pendatang baru paling popular di dalam kategori Artis Wanita Baru bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011), Anzalna akui dia sangat terkejut.

Ceritanya, "Secara jujur memang saya terkejut, itu pun selepas membaca sendiri Berita Harian dan melihat nama saya turut tersenarai. Saya langsung tidak sangka nama saya akan dicalonkan di kalangan ramai lagi yang popular.

"Apatah lagi kawan saya, Ramona Zamzam yang sudah berlakon lama dari saya tapi tidak dicalonkan, itu membuatkan saya lagi terkejut. Dia menyertai dunia seni sebelum saya lagi, dan siapa saya untuk dicalonkan.

"Apa pun, saya bersyukur kerana berpeluang dan saya tidak rasa saya akan disenarai pendek sehingga ke top 5 serta saya tidak berharap sangat memandangkan yang lain lebih bagus dari saya.

"Pada pendapat saya, lima yang akan tersenarai nanti adalah seperti Tasha Shilla, Izara Aishah, Neelofa, Fathia dan Ika Farhana," katanya dengan penuh rendah diri.

PROFIL

NAMA PENUH: Nur Anzalna Md Nasir
TARIKH LAHIR: 9 Januari 1988
USIA: 23 Tahun
TEMPAT LAHIR: Pulau Pinang
PENDIDIKAN: Diploma Bahasa Perancis dari Launceston College, Tasmania, Australia
KERJAYA: Model, pelakon
DRAMA: Suria Di Cardoba, Ramadan Terakhir, Gemersik Kalbu
FILEM: Sepah The Movie, Taikun
IKLAN: Trenz (siaran TV Indonesia), Celcom, French Oil, ECPI

Full content generated by Get Full RSS.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Shahz Jaszle Tak Gaduh Dengan Julie Dahlan

Posted: 22 Dec 2011 03:51 PM PST

Shahz Jaszle nafi dakwaan begaduh dengan penerbit drama, Julie Dahlan.

PETALING JAYA: Pelakon, Shahz Jaszle menafikan khabar angin bahawa dia mempunyai masalah dengan Julie Dahlan gara-gara gagal menjayakan sebuah drama terbitan penerbit wanita itu baru-baru ini.

Shahz berkata, dia menarik diri daripada membintangi drama berjudul Pemandu MB itu secara baik kerana mengalami masalah kesihatan sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital selama seminggu.

"Benar saya menarik diri daripada drama itu kerana telah dimasukkan ke hospital dan disyaki dijangkiti penyakit batu karang.

"Bagaimanapun pengunduran saya daripada drama tersebut adalah secara baik dan pihak produksi termasuk Kak Julie menerimanya tanpa ada sebarang percakaran antara kami," ujarnya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.

Dalam pada itu, Shahz berkata, dia ingin terus berlakon di dalam drama tersebut selepas keluar daripada hospital tetapi pihak produksi tidak dapat menunggu kerana penggambaran telah pun dimulakan.

Ujarnya, dia hanya sempat berada di lokasi selama sehari sebelum dimasukkan ke hospital dan mengakui ada menerima bayaran pendahuluan.

"Pihak produksi tidak dapat menunggu saya kerana penggmabaran telah pun dimulakan dan mereka terpaksa menggantikan peranan saya dengan pelakon lain.

"Walaupun sedikit sedih tetapi saya anggap ia bukan rezeki saya," ujarnya.

Diminta mengulas mengenai dakwaan dia masih belum memulangkan duit pendahuluan yang telah diterima daripada pihak penerbit, Shahz mengakui telah menerima bayaran sebanyak 25 peratus sebelum penggambaran dan memberitahu akan memulangkan wang berkenaan dalam masa terdekat.

"Saya telah memberitahu Kak Julie akan memulangkan duit berkenaan dalam masa terdekat kerana sedikit sibuk di lokasi penggambaran drama Atas Nama Cinta," ujarnya.

Terdahulu, Shahz memberitahu dia telah dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada 5 hingga 12 Disember lalu disyaki menghidapi penyakit batu karang.

Shahz berkata, bagaimanapun doktor tidak dapat mengenal pasti penyakit tersebut menyebabkan dia terpaksa ditahan di hospital selama seminggu untuk pemerhatian lanjut.

"Doktor syak saya mempunyai masalah batu karang apabila saya mengalami jangkitan pada air kencing dan sehingga kini saya masih bergantung kepada antibiotik selama tiga minggu untuk memastikan keadaan benar-benar pulih," katanya.

Sementara itu, Julie ketika dihubungi mStar Online menafikan dakwaan dia mempunyai masalah dengan pelakon berusia 23 tahun itu.

"Benar dia menarik diri daripada drama tersebut tetapi tiada sebarang perselisihan faham antara kami.

"Kalau ada sudah tentu saya akan buat sidang akhbar mengenainya," ujarnya.

Julie bagaimanapun mengakui Shah ada menelefonnya memberitahu akan memulangkan duit pendahuluan yang diterima kepadanya dalam masa terdekat.

"Ya dia ada menelefon memberitahu akan memulangkan duit pendahuluan tersebut dalam masa dua ke tiga hari," katanya.

Dalam perkembangan lain, Shahz berkata dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama Bunga April dan sedang sibuk di lokasi drama Atas Nama Cinta terbitan Zeel Production sebelum berangkat ke Australia pada Januari depan untuk menyelesaikan beberapa adegan drama itu.

///mstar ///

Full content generated by Get Full RSS.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Bersatu dalam konsert

Posted:

Bersatu dalam konsert

Bersatu dalam konsert

SEAGUNG nama yang dikalung kepada kedua-dua figura rock Malaysia, Awie dan Ella untuk membuka gelanggang konsert pada tahun 2012, raja dan ratu rock bukan panggilan sembarangan.

Bergabung membentuk satu konsert fenomena yang mencerminkan identiti kedua-dua ikon rock itu, Konsert Awie & Ella, Raja & Ratu Rock Malaysia bakal menemui peminat mereka pada 12 hingga 15 Januari depan di pentas berprestij, Lambang Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Konsert yang hanya mengisi slot enam persembahan daripada tempoh empat hari yang diberikan dijangka mencetus buah mulut penggemar kedua-dua ikon rock itu.

Selain rekaan pentas unik dan gah yang akan memantulkan imej-imej kedua-dua figura rock itu, konsep cinta dalam penceritaan akan menjalin erat lagu-lagu Awie dan Ella yang pernah masyhur sejak era 1980-an hingga hari ini.

Ella adalah Ella

Sidang akhbar yang dimulakan sedikit lewat pada petang hari Rabu minggu lalu di ruang legar tingkat satu Istana Budaya sedikit sebanyak terubat apabila melihat kemesraan kedua-dua ikon rock itu.

Tambah kelakar, apabila sang rajanya tersasul menyebut nama Ella menjadi Erra sewaktu mukadimah bercakap. Ikhlas memuji hasil kerja dan bakat Ella, Awie atau nama sebenar, Ahmad Azhar bin Othman, 43, mengakui pernah menjadi peminat Ella ketika melihat persembahannya suatu ketika dulu.

"Ella berjaya terlebih dahulu sebelum saya rakam album dan saya merupakan salah seorang peminatnya, maka tidak hairanlah pengaruh dia ke atas aliran muzik saya sangat kuat sehingga kini tiada seorang pun artis rock wanita mampu menyaingi Ella.


AWIE dan Ella masing-masing teruja untuk bergabung bersama dalam sebuah konsert mereka di Istana Budaya, Kuala Lumpur bermula 12 hingga 15 Januari depan.


"Dialah satu-satunya ratu rock Malaysia," begitu ketulusan ucapan Awie buat Ella.

Tambah Awie lagi, Ella adalah Ella dan sejak perkenalan pada tahun 1985, hubungan kedua-duanya saling tak tumpah seperti adik-beradik.

Dalam pada mengusik Ella yang duduk bersebelahan dengannya, Awie katanya sedikit sebanyak terharu dengan gelaran 'raja' yang diberikan kepadanya untuk konsert sulung bersama Ella itu.

"Ini merupakan satu pengiktirafan dan penghormatan kepada saya daripada kawan (Hans) kepada kawan, terlalu besar makna dan tanggungjawab ini sebenarnya.

"Namun, pengiktirafan ini yang telah berikan satu tanggungjawab berat untuk saya buktikan apa maksud raja dan ratu dalam konsert bulan depan," katanya yang bakal mengalunkan muzik lembutnya ketika beraksi kelak.

Janjinya kepada penonton: "Pasti semua akan dibuai-buai oleh satu perasaan indah dari atas pentas."

Pakej lengkap Awie

Bagi Ella pula, memberikan yang terbaik dan cuba untuk tidak menghampakan peminatnya pada konsert bulan Januari itu nanti antara janji-janjinya.


GABUNGAN pertama kali Ella dan Awie dijangka akan mendapat sambutan yang hangat di kalangan peminat mereka.


Kagum Ella

"Tidak senang sebenarnya, kalau dengar gelaran pun sudah berat apatah lagi bagi Ella sendiri. Insya-Allah Ella akan cuba bagi yang terbaik," ujar pelantun lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah itu.

Ella tidak meletakkan sebarang syarat untuk menjayakan konsertnya bersama Awie, malah dia diberi kebebasan untuk menyenaraikan lagu-lagunya yang dirasa mampu mengubat rindu peminat-peminatnya.

pada Awie pula menerusi pakej lengkap vokalis kumpulan Wings itu.

"Ella sangat mengagumi Awie, ada satu pakej tentang Awie yang Ella suka dan dia sempurna dari segi suara, stail nyanyian serta lakonannya sama ada dalam filem mahupun teater.

"Ella memang minat Awie, apabila sudah kenal saya lagi memujanya, dia unik dan tiada bandingan. Senang cakap tiada perkataan mampu menghuraikan seorang Awie," luncur butir-butir kata Norzila Aminuddin, 45.

Kedua-dua ikon rock itu melihat konsert yang diberi sempena nama mereka satu persaingan sihat yang mungkin menjadi bonus buat peminat kesayangan.

Nawaitu untuk menghiburkan pengunjung yang hadir barang kali akan melihat bukan hanya percintaan Awie dan Ella di atas pentas bahkan juga pertarungan dua jiwa hakiki arena rock.

Full content generated by Get Full RSS.

Konsert luar jangka Kak Pah

Posted:

Konsert luar jangka Kak Pah

Konsert luar jangka Kak Pah

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


SHARIFAH AINI diapit Dewi Yull (kiri) dan Grace Simon.


PERCAYALAH, selepas 42 tahun menyanyi saya masih gugup di pentas!," laung biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar ketika melangkah kaki ke pentas konsert amal tiga sahabat di Dewan Taming Sari, Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur malam Sabtu lepas.

Lebih mesra dipanggil Kak Pah, kemunculannya pada konsert yang diadakan untuk mengutip derma kepada Tahfiz Tahsin Al-Quran Batu 13, Kampung Sri Langkas, Jalan Klang Puchong dan Baitul Ehsan di No 49, Jalan Wirawati 6, Taman Maluri, Kuala Lumpur itu bagai kemuncak yang ditunggu-tunggu semua yang hadir.

Atmosfera lebih formal tetapi santai apatah majlis diserikan dengan kehadiran Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Kak Pah membuka tirai persembahan dengan lagu yang suatu masa dulu melonjakkan namanya; Seri Dewi Malam.

Katanya, pengorbanan untuk menjayakan konsert amal kali ini berbaloi apabila ruang dewan Taming Sari terisi sepenuhnya dengan audiens, malah ada penambahan meja pada saat-saat akhir.

Menjangkakan cuma 350 audiens saja pada awalnya, maklum Kak Pah sebanyak 400 keping tiket tambahan dicetak atas permintaan saat akhir.

"Empat bulan saya membuat persediaan untuk konsert amal ini, Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan usaha ini akan diteruskan selepas ini mungkin ke Johor pula," ujarnya yang berjaya mengutip lebih RM80,000 untuk disalurkan ke rumah-rumah anak yatim dan tahfiz al-Quran.

Lagu nostalgia

Konsert amal kali ini yang menelan kos lebih RM100,000 turut dimeriahkan dengan penampilan khas penyanyi legenda Indonesia, Dewi Yull dan Grace Simon.

Masing-masing mendendangkan empat buah lagu pada awal konsert. Bing, Begawan Solo, Kapan Lagi memang tidak dinafikan sudah serasi dengan imej Grace Simon. Pelengkap persembahan pembukaan, lagu yang dipopularkan kembali oleh Michael Buble Sway turut dinyanyikan Grace.

Sementara Dewi Yull menghadiahkan peminatnya lagu-lagu seperti Pinta Hamba, Dealova, Jangan Ada Dusta Di Antara Kita dan Kini Baru Kau Rasa sebagai pengubat rindu.

Trio tiga sahabat itu diteruskan dengan membawakan lagu-lagu yang pernah popular sekitar era 1980-an termasuk Kemayoran, Kau Laksana Bulan, Jatuh Cinta (tribute untuk Broery Marantika) serta Sepanjang Jalan Kenangan.

Terus larut dibuai alunan lagu-lagu biduanita negara itu, acara yang berlangsung selama hampir empat jam itu tidak lengkap tanpa nyanyian solo Kak Pah.


AURA Sharifah Aini ternyata masih kuat dan tiada tolok bandingnya dalam memukau penonton menerusi persembahan hebatnya.


Kembali mengembara menerusi lagu-lagu yang penuh bermakna dalam hidup Kak Pah, tanpa kering celoteh dan jenaka dibikinnya sepanjang majlis.

Selain lagu-lagu popular Kak Pah seperti Sayangku, Putus Kasih, Terbang Helang, Kau Pergi Tanpa Pesan, Malam Persandingan dan Halimun Malam, Kak Pah turut mengalunkan empat buah lagu yang masing-masing pernah dipopularkan kumpulan Flybaits, Charlie Chaplin, Broery Marantika dan Diana Ross iaitu Kenangan Lalu, Smile, Biarlah Bulan Bicara dan When You Tell Me That You Love Me.

Kata Kak Pah mengenai lagu Putus Kasih: "Lagu ini banyak kenangan, ketika itu saya sedang mengandung sembilan bulan pada tahun 1982 dan ini merupakan lagu kegemaran saya ketika seorang Sharifah Aini paling besar berada dalam sebuah studio rakaman."

Pertengahan konsert, lagu-lagu seperti Ingatan Manis Bulan September, Oh Dimana, Surat Dari Seberang dan Jangan Tinggalkan Daku dijadikan medley selama lebih 15 minit.

Bunga Tanjung

Menutup tirai persembahan malam penuh nostalgia itu, Zapin Budi dan Joget Bunga Melati. Bagaikan tidak lengkap tanpa lagu Bunga Tanjung, Kak Pah menurut permintaan peminat untuk menambah sebuah lagu penghujung acara.

Konsert amal yang dijadual sepatutnya memuatkan satu slot tribute untuk Datuk Ahmad Jais bagaimanapun gagal direalisasikan berikutan kesempitan masa.

"Susunan lagu sudah ada dan sedap-sedap semuanya, tapi pada malam ini kita mengejar masa dan slot tribute itu akan mengambil masa selama 15 minit," ujar Kak Pah yang mungkin mengadakan konsert seterusnya pada bulan April atau Mei tahun depan.

Full content generated by Get Full RSS.

Diaz, P. Diddy ditangkap basah!

Posted:

Diaz, P. Diddy ditangkap basah!

Diaz, P. Diddy ditangkap basah!


CAMERON DIAZ dan P. Diddy sedang bercinta atau sekadar kawan?


KEDUA-DUA bintang terkenal Cameron Diaz dan P. Diddy mengaku mereka baik sekadar teman. Bagaimanapun, hubungan mereka nampaknya bukan sekadar teman biasa, tapi boleh dianggap sebagai teman tapi mesra! Ini kerana baru-baru ini, mereka telah 'tertangkap basah' sewaktu bermesra di dalam sebuah parti.

Menurut laporan New York Post, mereka tertangkap sedang bermesra di sebuah kelab malam di New York. Diaz hadir lebih dahulu di situ untuk makan malam bersama beberapa teman di restoran Marble Lane di Hotel Dream Downtown.

Kemudian saat malam beranjak larut, aktres itu dikatakan membuat keputusan untuk menghabiskan sisa malamnya bersama P. Diddy. Diddy kemudian dilihat membuat pesanan.

Beberapa saksi juga menyatakan bahawa bintang Knight & Day itu kelihatan begitu mesra di samping rapper tersebut. Mereka bukan sekadar berdakapan, tetapi dilihat bercium dan bercumbu mesra termasuk sewaktu menari bersama.

Ini bukan kali pertama Diaz dan Diddy digosipkan berpacaran. Sejak Oktober lalu, tidak lama selepas Diaz putus cinta dengan Alex Rodriguez, pasangan ini dikesan makan malam bersama di New York City.

Keesokan harinya, mereka berjalan bersama-sama di Washington Square Park dan mereka juga dikesan makan tengah hari di Beverly Hills.

Full content generated by Get Full RSS.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Tinggalkan kerjaya di awan biru

Posted: 22 Dec 2011 04:30 AM PST

BELUM sampai setahun terjun ke dunia seni, pelakon jelita, Cristina Suzanne Stockstill atau Kris Suzanne, 26, berjaya mendapat kepercayaan pengarah popular, Osman Ali sebagai bintang utama drama rantaian terbaru, Bicara Hati.

Mungkin masih terlalu awal untuk menilai bakat seni gadis kacukan Melayu-Jerman ini, apatah lagi pertama kali membawakan watak utama menerusi siri yang bakal disiarkan Astro Prima, setiap Selasa, jam 9 malam bermula 3 Januari ini.

Mengakui dirinya masih mentah dalam dunia lakonan, Kris berkata, dia mendapat tunjuk ajar serta bantuan daripada pengarah serta pelakon yang terbabit produksi itu seperti Shanaaz Ahmad, Marsha Milan Londoh, Abby Nadzri, Balkish dan Lash Mokhtar.

Dalam drama kisah cinta itu, Kris memegang watak sebagai Zahlia.


"Zahlia seorang yang lemah lembut, selain suka melakukan kerja kebajikan. Dia tidak mudah marah, sebaliknya suka memendam perasaan. Memang pada awalnya agak mencabar juga untuk membawa watak yang banyak bermain emosi ini. Mujur saya mendapat dorongan daripada Abang Man (Osman Ali). Malah dia banyak membantu dari segi penghayatan watak.


"Ini pertama kali saya membawakan watak utama, sudah tentu cabarannya cukup kuat. Saya harap penonton juga dapat menerima penampilan saya menerusi drama ini," kata Kris yang bertudung sepanjang membawakan watak Zahlia.

Mengenai gandingan bersama Shanaaz yang membawa watak Tengku Syahran pula, Kris akui dia mendapat banyak tunjuk ajar dan bantuan daripada pelakon kacak kelahiran Pulau Pinang itu. Begitu juga barisan pelakon yang lebih berpengalaman daripadanya seperti Abby Nadzri.

Ternyata pengalamannya yang pernah bekerjasama dengan Osman menerusi drama Sentuhan Isabella, Kasih Najihah selain Cermin Pada Bulan (Erma Fatima) dan filem Kill bersama Redza Minhat, membuatkan Kris semakin serius memilih kerjaya lakonan.

Ternyata pada pandangan Kris, Osman punya idea dan kredibiliti tersendiri dalam berkarya. Walaupun pendiam, dia cukup serius ketika di lokasi penggambaran.

Demi nekad menjadi anak seni, bekas peserta program Pilih Kasih (PK) ini sanggup menamatkan perkhidmatan sebagai peragawati di awan biru bersama Penerbangan Malaysia (MAS) dan Qatar Airways. Dia ingin memberi sepenuh perhatian kepada kerjaya seni yang semakin sibuk.

Bercerita lanjut mengenai pembabitannya dalam dunia lakonan, Kris yang ditemui pada sidang media drama berkenaan di Flora Cafe, Ampwalk, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini berkata, awalnya dia secara kebetulan mendapat peluang membawa watak pembantu dalam drama Cermin Pada Bulan sekitar 2004.

Jauh di sudut hati, dia menyimpan impian menjadi pelakon sejak kanak-kanak lagi. Minat itu bercambah apabila dia turut mendapat dorongan ibu untuk mencuba nasib dalam program realiti TV serta menghadiri beberapa sesi uji bakat.

"Saya mula membabitkan diri secara serius dalam lakonan sejak Mac lalu. Memang saya sekarang meletakkan kerjaya seni sebagai 'periuk nasi'. Jadi buat masa ini saya memang komited terhadap kerja. Saya memang akan menyambar apa saja peluang yang dirasakan menarik," kata Kris yang pernah dikenali dengan nama Kris Cempaka dalam program PK.

Kris yang menyimpan minat membuka perniagaan pencetakan Kemeja-T tidak kisah ditawarkan pelbagai peranan. Namun dia berharap dapat melakukan yang terbaik apabila diberi tanggungjawab membawakan watak pembantu atau watak utama menerusi mana-mana drama.

"Fokus saya kepada kerja terlebih dulu. Bekerja biarlah ikhlas. Bukan soal mengejar populariti atau kemewahan, sebaliknya saya menceburi bidang seni kerana suka berlakon dan mahu belajar daripada ramai pengarah," katanya.

Drama yang diadaptasi daripada novel popular karya Damya Hanna terbitan Alaf 21 itu dianggap sesuatu yang menarik untuk tatapan penonton Astro Prima kerana Osman ketika ini mencipta reputasi yang baik melalui filem Cun! dan Ombak Rindu.

Bagi Osman, drama terbarunya itu mencabar dirinya selepas kali terakhir menghasilkan drama bersiri, Rumah Itu Duniaku pada 2004.

Sekali lagi Osman memikul tanggung jawab yang besar untuk menterjemahkan sebuah naskhah cinta ke dalam bentuk audio dan visual.

"Penghasilan drama ini cukup menarik. Saya mendapat sokongan baik daripada penulis novel ini sendiri yang turut serta memberikan idea dan berbincang mengenai beberapa babak dan watak yang perlu dikembangkan supaya penceritaan menjadi lebih impak. Malah penulis novel ini juga kerap ke lokasi penggambaran kami.

"Tidak dinafikan memang ada penambahan dari segi perkembangan watak dan plot kerana saya mahukan kisah yang lebih dramatik," ujar Osman.

Hadir sama pada majlis itu, Pengarah Urusan Tarantella Pictures Sdn Bhd, merangkap produser 'jutawan baru', Sharad Sharan; Pengurus Saluran Premium Astro, Nizam Sani serta barisan pelakon siri ini.

PROFIL

NAMA PENUH: Cristina Suzanne Stockstill
NAMA KOMERSIAL: Kris Cempaka, Kris Suzanne
TARIKH LAHIR: 22 Januari 1985
TEMPAT LAHIR: Johor
ADIK-BERADIK: Anak kedua daripada tiga beradik
HOBI: Mendaki, berkhemah dan fotografi
KERJAYA: Pramugari (2003 -2009), model dan pelakon
DRAMA: Kasih Najihah (TV9), Dia Bukan Maryam (TV9), Cermin Pada Bulan (TV3), Bicara Hati (Astro Prima)
FILEM INDIE: Kil (2011) dan My Indie Rock Darling (2006)



Full content generated by Get Full RSS.

Naguib nak turun padang

Posted: 22 Dec 2011 04:22 AM PST

MENCARI jalan penyelesaian dalam menangani pelbagai isu membabitkan industri hiburan tempatan bukan perkara yang boleh diambil sambil lewa. Malah jika tanggungjawab itu digalas pada bahu orang penting seperti Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), sudah tentu cabaran yang ditempuh besar.

Pengalaman ini dilalui Mohd Naguib Razak yang memainkan tanggungjawab utama menerajui agensi kerajaan itu di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sejak 1 September lalu.

Mohd Naguib berkata, cabaran berdepan masalah dan isu di kalangan penggiat seni tanah air memerlukan pertimbangan bijak tanpa memihak individu tertentu.

Paling penting, beliau percaya acara 'turun padang' seperti pertemuan bersama penggiat seni menerusi sesi dialog memberikan banyak kelebihan dalam mendapatkan respons dan mendengar masalah yang berlaku disampaikan secara langsung.


"Saya fikir apa yang paling mencabar ketika menjadi KP di Finas adalah desas-desus mengenai lambakan filem seram yang memberikan isu besar pada diri saya.


"Apa yang saya lihat, masyarakat kita perlu menghayati genre berbeza agar tidak menimbulkan pandangan negatif terhadap isu ini. Untuk mendapat jalan penyelesaian terbaik, saya turut merujuk perkara ini pada orang industri," katanya pada Sesi Dialog Bersama Media di Studio Mixstage Finas, Hulu Klang, Selangor, baru-baru ini.

Mohd Naguib mengadakan sidang media berkenaan sempena 100 hari perkhidmatannya bersama Finas. Menilai sepanjang tempoh itu, beliau berpandangan ia bukan jangka masa cukup untuk memperlihat sesuatu pencapaian.

"Apabila mencapai tempoh perkhidmatan selama 100 hari, saya cepat mahu mencari dua atau tiga kejayaan yang cepat tetapi ada beberapa perkara yang mungkin menyenangkan satu pihak dan ia perlu dilakukan dengan adil.

"Dalam mencari penyelesaian, sikap yang lebih matang penting dalam membawa industri ke arah peningkatan. Begitu juga, saya menerima pandangan penggiat seni yang menyatakan industri kita semakin besar dan kita perlu memainkan peranan besar untuk membangunkannya," katanya.

Pada pertemuan itu yang dihadiri Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan, Fatimah Ahmad dan rakan sejawatan, Bahagian Operasi, Mohd Zulkifli Ab Wahab, Mohd Naguib turut menggariskan tiga agenda penting yang ingin difokuskan menjelang perancangan Finas pada 2012.

Pertama, membawa karya tempatan ke peringkat antarabangsa memerlukan komitmen penggiat seni berdaya saing secara berkekalan.

"Kerjasama di peringkat antarabangsa juga penting dalam memberi ruang pada karya kita mendapat dana penerbitan lebih tinggi. Kedua, fokus diberikan pada usaha memperluas ruang pasaran dari aspek ekonomi dan industri kreatif.

"Merujuk pada pencapaian filem box-office sepanjang tahun ini mencatatkan kutipan hampir RM100 juta. Jumlah ini meningkat sekali ganda berbanding tahun lalu.

"Saya percaya jumlah kutipan box-office ini boleh bertambah memandangkan 200 pawagam baru dijangka dibuka pada masa hadapan," katanya.

Dalam pada itu, beliau bercadang mengadakan satu perjumpaan antara penggiat seni dengan agensi Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Pinewood Studios (projek Iskandar Malaysia, Johor).

Katanya, pertemuan ini penting dalam memperjelas polisi kerajaan khusus mengenai pelaksanaan dan usaha memacu kemajuan program transformasi kerajaan (GTP) dan program transformasi ekonomi (ETP). Acara ini dijangka diadakan pada 19 Januari depan.

Agenda ketiga yang turut diberi perhatian, meneruskan modal insan di kalangan penggiat seni. Katanya, perkara ini merujuk pada aspek selain menjana kreativiti di bidang teknikal iaitu memikirkan strategi pemasaran dan pengetahuan perniagaan.

"Sebenarnya, kita mempunyai produk animasi yang rancak berkembang bersama penerbitan dokumentari. Dalam aspek ini, ia cukup penting agar penggiat seni menjalinkan kerjasama dengan produksi antarabangsa," katanya.

Mengulas isu sedia ada, Mohd Naguib menjelaskan, pembaharuan mengenai Skim Wajib Tayang akan diperkenalkan tidak lama lagi. Perubahan ini merujuk pada satu sistem yang lebih cekap untuk kemudahan produser.

"Begitu juga, Finas akan memperhalusi Studio Digital Mixstage agar memberi lebih kemudahan. Mengenai isu persatuan, sesi dialog perlu diadakan tetapi tidak dibuat tergesa-gesa.

"Saya sendiri terbuka dalam menghadapi segala isu dan tidak ambil secara peribadi. Saya juga tidak faham bagaimana isu seperti saya mempunyai pegawai khas menjadi isu kerana jawatan ini memang wujud di peringkat kementerian.

"Isu membabitkan Festival Filem Dokumentari dikatakan membelanjakan RM400,000 tidak betul. Perbelanjaannya tidak sampai RM300,000. Malah bajet RM100,000 sebelum ini dianggap kecil dan melihat pada penganjuran acara ini berdiri sendiri, ia turut menarik perhatian hampir 50 tetamu antarabangsa yang menjadi promosi pada dokumentari terbaik tempatan," katanya.



Full content generated by Get Full RSS.

Khamis, 22 Disember 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Lisa Surihani & Yusry KRU Bakal Umum Tarikh Kahwin

Posted: 22 Dec 2011 05:45 PM PST

Semalam, Budiey ada menerima email jemputan dari KRU Studios yang mana menjemput media untuk menghadiri satu majlis pengumuman istimewa dari pasangan romantis Lisa Surihani & Yusry KRU. Samada ia satu gimik, atau ia adalah satu pengumuman menggembirakan di mana mereka akan mengumumkan tarikh kahwin mereka yang dijangka akan berlangsung pada bulan Mac nanti, itu kena tunggu esok ya.

Lisa Surihani

Selepas sekian lama berteka-teki mengenai tarikh perkahwinan mereka, pasangan artis Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim akan membuat pengumuman istimewa mengenai perkara itu pada Sabtu ini. Jemputan mengenai pengumuman berkenaan telah dihantar oleh pihak KRU Studios kepada pihak media pada petang Khamis.

Majlis berkenaan akan diadakan pada pukul 10.30 pagi di Hotel Marriott, Putrajaya.

Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan KRU Studios, Norman Abdul Halim yang juga abang kepada Yusry ketika dihubungi bagi mengesahkan perkara itu hanya ketawa dan memberitahu akan menjelaskan perkara sebenar kepada pihak media pada hari berkenaan.

"Ia merupakan satu pengumuman istimewa dan pastinya ia akan diberitahu pada majlis nanti. Kalau saya beritahu sekarang tak ada kejutanlah," katanya berseloroh.

Kad Jemputan

yusry & lisa

Pada pengumuman itu nanti, ibu bapa Yusry iaitu Abdul Halim dan Zarina Fenner serta ibu Lisa, Siti Amira Ahmad juga akan turut serta. Difahamkan Yusry dan Lisa akan bernikah pada awal tahun depan yang mana majlis berkenaan akan mendapat liputan secara langsung menerusi saluran Astro.

Pasangan tersebut sudah mula rapat sejak Mac lalu dan sering berhubungan menerusi telefon bimbit masing-masing sejak setahun yang lepas.

Kemudian kedua-dua mereka membuat pengakuan pertama pada bulan Jun bahawa mereka sedang menjalinkan hubungan lebih daripada seorang kawan dan menganggap ia sebuah perhubungan yang matang. via Mstar Online

Lisa Surihani
Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Berita Perkahwinan Yusry & Lisa Surihani Adalah Tak Benar
  • Gambar Lisa Surihani di Karpet Biru ABPBH2010
  • Gambar Lisa Surihani di Pelancaran Mimpi Kita
  • Gambar Lisa Surihani di Media Prima Open House
  • Gambar Lisa Surihani di Prebiu Hikayat Merong Mahawangsa
  • Gambar Lisa Surihani di Malam Gala Filem Ombak Rindu
  • Gambali Lisa Surihani di Majlis Pelancaran MUSTIKA
  • Gambar Lisa Surihani di Majlis Berbuka ASTRO
  • Lisa Surihani, Julia Ziegler Pakai Tudung dalam Tudung Ekspress
  • Gambar Kekasih Baru Farid Kamil
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Hidup Sihat Dengan Hanya Berjalan Kaki

    Posted: 22 Dec 2011 05:22 PM PST

    Salam pagi buat semua pembaca budiey.com…

    Anda semua pasti dah sarapan kan? Sarapan sangat penting ya untuk menjana hari anda dengan lebih bersemangat dan bertenaga. Pakar-pakar kesihatan pun ada cakap, kalau tak ambil sarapan, seumpama kita membunuh diri kita sendiri. Adusss, bahaya sungguh. Seriau je bila dengar.

    Sekarang ni macam-macam penyakit kat negara kita ni kan? Ramai yang meninggal sebab terkena penyakit darah tinggi, kencing manis, obesiti dan tak kurang ada juga yang meninggal kerana stress dan kemurungan. Semua tu akibat daripada kita mengamalkan kehidupan yang tak sihat.

    Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia, pada tahun 2010 penyakit jantung telah menjadi pembunuh nombor satu di dunia, iaitu terdapat 1.7 juta orang meninggal dunia akibat penyakit jantung. Ini bererti, dalam tiga kematian, satu daripadanya adalah disebabkan serangan penyakit jantung. Dalam tahun 2008, jumlah kematian akibat penyakit jantung di-Malaysia telah mencapai 46 ribu orang. Memang agak kronik gak tu.

    Di musim hujan ni pulak, ramai antara kita yang demam, batuk-batuk, selesema dan macam-macam. Jadi, Budiey nasihatkan anda berhati-hati ketika berada di luar rumah. Patut diingatkan ya, jangan lupa minum air suam banyak-banyak setiap hari. Berbotol-botol pun tak apa. Hehe…

    Jika anda sakit ke demam ke atau sebagainya, kalau masih larat nak pergi buat kerja atau buat aktiviti ke, sila buat dengan segera sebab bila badan kita berpeluh, ia akan mengelurkan sisa-sisa toksin yang tak sihat dalam badan itu. Rasa nak demam pasti akan bertukar menjadi lebih sihat dan segar. Tak gitu?

    Apa yang penting yang Budiey sampaikan kat sini, tak kira apa yang korang buat, sibuk mana pun jadual harian korang, jangan lupa untuk aktifkan diri kita setiap hari untuk menikmati kesihatan diri.

    Anda pasti tak nak mati cepat gara-gara badan dah takde bateri kan? Haha, ingat telefon bimbit je ke ada bateri? Badan kita pun ada bateri. Dan untuk hidupkan bateri tu, kita kena aktifkan diri. Nak hidup lama, kita kena selalu memberi ruh atau semangat ke dalam diri kita.

    Budiey berikan contoh-contoh yang korang boleh buat. Tak semestinya kita kena pergi gym untuk sihat sebab nak sihat ni, kita cuma kena selalu bergerak. Aktviti paling senang ialah BERJALAN KAKI.

    MOH Aktif

    Ya, Budiey tahu, korang memang berjalan kaki. Nak ke tandas jalan kaki, nak ke kedai beli suratkhabar pagi-pagi berjalan kaki. Ya, itu dah cukup? Rasanya memang dah cukup tapi kalau boleh maksimakan penggunaan kaki anda untuk bergerak ke sana sini. Seperti, jika korang nak naik ke pejabat yang terletak di tingkat 4, apa kata korang naik dengan menggunakan tangga setiap hari. Pasti berpeluh gak kan? Tapi itu bermakna badan kita sihat. Apa kata kalau pejabat korang kat tingkat 16, fuh, pasti badan korang langsing dan sentiasa segar muda jelita.

    MOH Aktif

    Budiey pun tak pasti juga, kadang-kadang kita selalu nasihatkan orang untuk jaga kesihatan tapi diri sendiri sebenarnya tak terjaga pun. Budiey bukannya doktor tapi Budiey rasa ada tanggungjawab untuk menyampaikan mesej positif ni untuk korang semua pembaca setia budiey.com. Sekurang-kurang, kita sentiasa mengingati antara satu sama lain. Dan bila kita ingatkan orang lain, secara tak langsung kita akan ingatkan diri kita.

    MOH Aktif

    Okay, bila masa yang sesuai untuk mulakan kehidupan yang lebih sihat ni? Ya, apa kata, hari ini juga! Ya, sekarang! Sekarang masa yang sesuai kerana tak perlu la nak tunggu hari esok atau bertangguh untuk jadikan resolusi tahun 2012. Sebab hari esok anda sebenarnya bermula dengan langkah pertama pada hari ini.

    Apa kata, anda buat target atau sasarkan 10,000 langkah sehari dan jangan lupa catatkan kejayaan anda itu. Apa yang penting, anda tingkatkan sedikit bilangan langkah anda setiap hari. Buat secara perlahan-lahan tapi kenalah konsisten. Jangan pula cuba paksa diri anda tu, buatlah mengikut kemampuan. Tahu tak berjalan 10,000 langkah tu sama cepat untuk membakar kalori bagi sepinggan kueteow goreng? Haa, jangan tak tahu, kiranya berjalan 10ribu langkah adalah seperti kita membakar kalori yang ada dalam sepinggan kueteow goreng. Kira banyak jugak tu ya?

    Jika korang tak sihat, jangan lupa ya makan ubat. Makan ubat yang diberi oleh doktor dengan teratur jangan ikut suka hati ye bila time rasa ada mood nak makan, pergi balun sampai 20 biji. Kang KOMA kang. Sapa nak jawab?

    Selain bersenam, kalau boleh setiap hari makan vitamin atau makanan tambahan kesihatan untuk kekalkan kesihatan badan. Tapi Budiey nak ingatkan anda, sebelum mengambil vitamin tu, dapatkan dahulu pandangan atau nasihat daripada pakar kesihatan. Jangan nak ambil sembarangan je. Kena tahu juga samada vitamin tu sesuai ke tidak dengan keadaan tubuh kita.

    Mahu dapatkan tip tip kesihatan yang lain atau nak tahu tentang amalan pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang boleh diamalkan? Apa kata anda tonton rancangan Sihat 1 Malaysia yang dihoskan oleh pelakon terkenal, Fahrin Ahmad.

    Dalam program TV ini, anda berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana cara dan tips menjaga kesihatan dengan lebih berkesan. Selain itu juga, ada beberapa selebriti terkenal yang turut berkongsi cerita tentang amalan kesihatan mereka seperti Siti Saleha, Chef Zaidah, Ifa Raziah dan ramai lagi. Jangan ketinggalan menonton Sihat 1Malaysia ya.

    Sentiasa senyum. Senyum tak perlu kata apa-apa. Senyum. Hahaha.

    Nak sihat lagi? Apa kata dapatkan tips menarik di www.gayahidupsihat.my

    Itu sahaja dari saya buat masa ini. Kalau ada komen pandangan, cadangan sila tinggalkan komen atau di twitter @budiey

    Budiey: Menjaga lebih baik dari merawat.

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Scholl Lancar Koleksei Terbaru BEBAS UNTUK BERGERAK
  • Gambar Kaki Artis Yang Teramat Cantik
  • Erra Fazira Keguguran Sebab Urut Kaki
  • Pertandingan Akhir Evolusi Muzik Sihat Revolusi Cipta Kreativiti
  • Azean Irdawaty Semakin Pulih
  • Program Majalah Di Kaki TV2
  • Gambar Siti Nurhaliza di Premium Seat AirAsia X
  • Gambar Pengacara MyStarz LG Naz Habibur Rahman
  • Amalan Tidak Sihat Ketika Memandu Di Jalan Raya
  • Erra Fazira Hamil Anak Pertama?
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Sensasi

    Sensasi


    Petronas Motorsport Youtube Channel Minggu Kedua

    Posted: 22 Dec 2011 06:15 PM PST

    Hola a todos!!

    Maksudnya,Hi semua!! Dalam bahasa Spanish..

    Episode minggu ini untuk program Motorsports@PETRONAS ,kita akan ke BARCELONA,Spain dan mendekati dan menemubual seorang daripada Yamaha Factory Racing team rider siapa lagi kalau bukan Juara MotoGP tahun 2010 iaitu Jorge Lorenzo

    Jom tengok Video Up-Close dengan Champion ini..Beliau ada menceritakan tentang jadual menjaga pemakanan,seorang yang aktif social networking ,bagaimana beliau menghadapi cabaran dan persaingan..Banyak Info yang sangat menarik tentang Jorge Lorenzo




    Check This out!!



    Jangan lupa untuk subscribe youtube channel PETRONAS Motorsports untuk terus mengikuti Video-video yang bakal dipaparkan dan Like Facebook fan page Petronas Motorsports untuk lebih banyak info menarik

    Jokes: Couple Test

    Posted: 22 Dec 2011 03:05 AM PST



    hahaha..pass the test? padahal....hampehh nyerrrr..
    hopefully my partner taklah mcm nie..hehe

    Video:Syair Yang Membuatkan Imam Ahmad Menangis

    Posted: 22 Dec 2011 02:22 AM PST


    Imam Ahmad Bin Hanbal (rahimahullah) telah ditanya muridnya Abu Hamid al-Khulqani tentang pendapat beliau terhadap syair-syair yg berkaitan syurga dan neraka. lalu beliau bertanya :" Seperti apa? contohnya?". lalu muridnya mendendangkan syair ini, selesai 2 rangkap pertama Imam Ahmad terus menangis teresak-esak dan meluru masuk ke dalam rumahnya. Tangisan beliau begitu kuat sambil mngulang-ulang 2 rangkap pertama itu. Muridnya meriwayatkan: Kami mendengar tangisan Imam seolah-olah beliau akan mati.

    Semoga setiap dari kita mendapat hidayah dari Allah S.W.T...amin..

    "SAYA AKAN BERJUANG HAK LELAKI GAY DI MALAYSIA!!" - ARIFF

    Posted: 22 Dec 2011 02:08 AM PST

    Semoga Allah memberikan hidayah dan petunjuk kepada Ariff...janganlah duk jadi seperti kaum nabi Luth.huhu..kita hidup di dunia bukan semata-mata nak memnuhi kemahuan dan keseronokan dunia...




    Ini kali pertama Ariff Alfian Rosli, bekas pelajar Malaysia di Dublin, Ireland yang tersebar gambar tunjuk dia ' kahwin' dengan sejenis lelaki Mat Saleh bersuara. Itupun bukan kepada wartawan Malaysia tetapi pada akhbar Irish Times.

    Dia enggan ulas isu gambar 'kahwin' itu tetapi mendakwa dia tetap beragama Islam akan terus dengan agama Islam sampai ke akhir hayatnya.

    Dalam pada itu dia menafikan ' tidak dapat dihubungi'. Katanya sekalipun sudah tidak berkomunikasi dengan bapanya tetapi masih berhubung dengan saudara mara lain.

    Isu Ariff, 28, dipercayai 'kahwin' sejenis dengan gambar berpakaian lengkap baju Melayu pada majlis itu telah mencetuskan gempar di Malaysia.

    Bapanya seorang pesara TLDM mendakwa mereka sudah lapan kali ke Dublin tetapi tidak dapat menemui Ariff yang merupakan bekas pelajar perubatan tajaan Petronas.

    Ariff mengaku dia berseliseh faham dengan bapanya pada tahun 2009 dan selepas itu tidak berhubung dengannya lagi.

    Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata siasatan akan dibuat berhubung penyebaran gambar di Internet yang mendakwa seorang lelaki Melayu 'berkahwin' dengan lelaki warga asing di luar negara.


    AC Mizal dan Eizlan Yusof menerima gelaran Datuk hari ini

    Posted: 22 Dec 2011 01:08 AM PST

    Sebelum ini,pernah kecoh bahawa AC Mizal bakal menerima gelaran Datuk,kemudian ada khabar angin yang mengatakan penganugerahan tersebut dibatalkan gara-gara isu gelang Magnet Ac yang dikatakan menipu pengguna dengan harga yang berlipat kali ganda dari harga sebenar.


    Tapi Akhirnya terjawab jugak persoalan gelaran Datuk apabila pada hari Rabu AC dan Eizlan Yusof menghairi sesi latihan penganugerahan tersebut.

    Menurut AC, pengurniaan berkenaan sebenarnya sudah diterimanya sejak sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-79 lagi.

    Bagaimanapun, upacara pengurniaan kepadanya itu tertangguh kerana dia perlu mengikut giliran senarai penerima darjah kebesaran itu sebelum ini sehingga mencetuskan pertikaian di kalangan orang ramai.

    "Pada hari ini (Rabu) saya baru sahaja terlibat dengan sesi latihan untuk upacara penganugerahan Datuk bersempena ulang tahun keputeraan baginda Sultan Pahang yang ke-81.

    "Saya berharap dengan pengurniaan Datuk pada esok (Khamis) akan menjawab segala kekeliruan yang tercetus sebelum ini," katanya.

    AC Mizal ditemui pada sidang media majlis pelancaran laman sosial pertama Malaysia, mface di Hotel Doubletree by Hilton, di sini, malam Rabu.