Adsense

Jumaat, 23 Disember 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Bersatu dalam konsert

Posted:

Bersatu dalam konsert

Bersatu dalam konsert

SEAGUNG nama yang dikalung kepada kedua-dua figura rock Malaysia, Awie dan Ella untuk membuka gelanggang konsert pada tahun 2012, raja dan ratu rock bukan panggilan sembarangan.

Bergabung membentuk satu konsert fenomena yang mencerminkan identiti kedua-dua ikon rock itu, Konsert Awie & Ella, Raja & Ratu Rock Malaysia bakal menemui peminat mereka pada 12 hingga 15 Januari depan di pentas berprestij, Lambang Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Konsert yang hanya mengisi slot enam persembahan daripada tempoh empat hari yang diberikan dijangka mencetus buah mulut penggemar kedua-dua ikon rock itu.

Selain rekaan pentas unik dan gah yang akan memantulkan imej-imej kedua-dua figura rock itu, konsep cinta dalam penceritaan akan menjalin erat lagu-lagu Awie dan Ella yang pernah masyhur sejak era 1980-an hingga hari ini.

Ella adalah Ella

Sidang akhbar yang dimulakan sedikit lewat pada petang hari Rabu minggu lalu di ruang legar tingkat satu Istana Budaya sedikit sebanyak terubat apabila melihat kemesraan kedua-dua ikon rock itu.

Tambah kelakar, apabila sang rajanya tersasul menyebut nama Ella menjadi Erra sewaktu mukadimah bercakap. Ikhlas memuji hasil kerja dan bakat Ella, Awie atau nama sebenar, Ahmad Azhar bin Othman, 43, mengakui pernah menjadi peminat Ella ketika melihat persembahannya suatu ketika dulu.

"Ella berjaya terlebih dahulu sebelum saya rakam album dan saya merupakan salah seorang peminatnya, maka tidak hairanlah pengaruh dia ke atas aliran muzik saya sangat kuat sehingga kini tiada seorang pun artis rock wanita mampu menyaingi Ella.


AWIE dan Ella masing-masing teruja untuk bergabung bersama dalam sebuah konsert mereka di Istana Budaya, Kuala Lumpur bermula 12 hingga 15 Januari depan.


"Dialah satu-satunya ratu rock Malaysia," begitu ketulusan ucapan Awie buat Ella.

Tambah Awie lagi, Ella adalah Ella dan sejak perkenalan pada tahun 1985, hubungan kedua-duanya saling tak tumpah seperti adik-beradik.

Dalam pada mengusik Ella yang duduk bersebelahan dengannya, Awie katanya sedikit sebanyak terharu dengan gelaran 'raja' yang diberikan kepadanya untuk konsert sulung bersama Ella itu.

"Ini merupakan satu pengiktirafan dan penghormatan kepada saya daripada kawan (Hans) kepada kawan, terlalu besar makna dan tanggungjawab ini sebenarnya.

"Namun, pengiktirafan ini yang telah berikan satu tanggungjawab berat untuk saya buktikan apa maksud raja dan ratu dalam konsert bulan depan," katanya yang bakal mengalunkan muzik lembutnya ketika beraksi kelak.

Janjinya kepada penonton: "Pasti semua akan dibuai-buai oleh satu perasaan indah dari atas pentas."

Pakej lengkap Awie

Bagi Ella pula, memberikan yang terbaik dan cuba untuk tidak menghampakan peminatnya pada konsert bulan Januari itu nanti antara janji-janjinya.


GABUNGAN pertama kali Ella dan Awie dijangka akan mendapat sambutan yang hangat di kalangan peminat mereka.


Kagum Ella

"Tidak senang sebenarnya, kalau dengar gelaran pun sudah berat apatah lagi bagi Ella sendiri. Insya-Allah Ella akan cuba bagi yang terbaik," ujar pelantun lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah itu.

Ella tidak meletakkan sebarang syarat untuk menjayakan konsertnya bersama Awie, malah dia diberi kebebasan untuk menyenaraikan lagu-lagunya yang dirasa mampu mengubat rindu peminat-peminatnya.

pada Awie pula menerusi pakej lengkap vokalis kumpulan Wings itu.

"Ella sangat mengagumi Awie, ada satu pakej tentang Awie yang Ella suka dan dia sempurna dari segi suara, stail nyanyian serta lakonannya sama ada dalam filem mahupun teater.

"Ella memang minat Awie, apabila sudah kenal saya lagi memujanya, dia unik dan tiada bandingan. Senang cakap tiada perkataan mampu menghuraikan seorang Awie," luncur butir-butir kata Norzila Aminuddin, 45.

Kedua-dua ikon rock itu melihat konsert yang diberi sempena nama mereka satu persaingan sihat yang mungkin menjadi bonus buat peminat kesayangan.

Nawaitu untuk menghiburkan pengunjung yang hadir barang kali akan melihat bukan hanya percintaan Awie dan Ella di atas pentas bahkan juga pertarungan dua jiwa hakiki arena rock.

Full content generated by Get Full RSS.

Konsert luar jangka Kak Pah

Posted:

Konsert luar jangka Kak Pah

Konsert luar jangka Kak Pah

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


SHARIFAH AINI diapit Dewi Yull (kiri) dan Grace Simon.


PERCAYALAH, selepas 42 tahun menyanyi saya masih gugup di pentas!," laung biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar ketika melangkah kaki ke pentas konsert amal tiga sahabat di Dewan Taming Sari, Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur malam Sabtu lepas.

Lebih mesra dipanggil Kak Pah, kemunculannya pada konsert yang diadakan untuk mengutip derma kepada Tahfiz Tahsin Al-Quran Batu 13, Kampung Sri Langkas, Jalan Klang Puchong dan Baitul Ehsan di No 49, Jalan Wirawati 6, Taman Maluri, Kuala Lumpur itu bagai kemuncak yang ditunggu-tunggu semua yang hadir.

Atmosfera lebih formal tetapi santai apatah majlis diserikan dengan kehadiran Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Kak Pah membuka tirai persembahan dengan lagu yang suatu masa dulu melonjakkan namanya; Seri Dewi Malam.

Katanya, pengorbanan untuk menjayakan konsert amal kali ini berbaloi apabila ruang dewan Taming Sari terisi sepenuhnya dengan audiens, malah ada penambahan meja pada saat-saat akhir.

Menjangkakan cuma 350 audiens saja pada awalnya, maklum Kak Pah sebanyak 400 keping tiket tambahan dicetak atas permintaan saat akhir.

"Empat bulan saya membuat persediaan untuk konsert amal ini, Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan usaha ini akan diteruskan selepas ini mungkin ke Johor pula," ujarnya yang berjaya mengutip lebih RM80,000 untuk disalurkan ke rumah-rumah anak yatim dan tahfiz al-Quran.

Lagu nostalgia

Konsert amal kali ini yang menelan kos lebih RM100,000 turut dimeriahkan dengan penampilan khas penyanyi legenda Indonesia, Dewi Yull dan Grace Simon.

Masing-masing mendendangkan empat buah lagu pada awal konsert. Bing, Begawan Solo, Kapan Lagi memang tidak dinafikan sudah serasi dengan imej Grace Simon. Pelengkap persembahan pembukaan, lagu yang dipopularkan kembali oleh Michael Buble Sway turut dinyanyikan Grace.

Sementara Dewi Yull menghadiahkan peminatnya lagu-lagu seperti Pinta Hamba, Dealova, Jangan Ada Dusta Di Antara Kita dan Kini Baru Kau Rasa sebagai pengubat rindu.

Trio tiga sahabat itu diteruskan dengan membawakan lagu-lagu yang pernah popular sekitar era 1980-an termasuk Kemayoran, Kau Laksana Bulan, Jatuh Cinta (tribute untuk Broery Marantika) serta Sepanjang Jalan Kenangan.

Terus larut dibuai alunan lagu-lagu biduanita negara itu, acara yang berlangsung selama hampir empat jam itu tidak lengkap tanpa nyanyian solo Kak Pah.


AURA Sharifah Aini ternyata masih kuat dan tiada tolok bandingnya dalam memukau penonton menerusi persembahan hebatnya.


Kembali mengembara menerusi lagu-lagu yang penuh bermakna dalam hidup Kak Pah, tanpa kering celoteh dan jenaka dibikinnya sepanjang majlis.

Selain lagu-lagu popular Kak Pah seperti Sayangku, Putus Kasih, Terbang Helang, Kau Pergi Tanpa Pesan, Malam Persandingan dan Halimun Malam, Kak Pah turut mengalunkan empat buah lagu yang masing-masing pernah dipopularkan kumpulan Flybaits, Charlie Chaplin, Broery Marantika dan Diana Ross iaitu Kenangan Lalu, Smile, Biarlah Bulan Bicara dan When You Tell Me That You Love Me.

Kata Kak Pah mengenai lagu Putus Kasih: "Lagu ini banyak kenangan, ketika itu saya sedang mengandung sembilan bulan pada tahun 1982 dan ini merupakan lagu kegemaran saya ketika seorang Sharifah Aini paling besar berada dalam sebuah studio rakaman."

Pertengahan konsert, lagu-lagu seperti Ingatan Manis Bulan September, Oh Dimana, Surat Dari Seberang dan Jangan Tinggalkan Daku dijadikan medley selama lebih 15 minit.

Bunga Tanjung

Menutup tirai persembahan malam penuh nostalgia itu, Zapin Budi dan Joget Bunga Melati. Bagaikan tidak lengkap tanpa lagu Bunga Tanjung, Kak Pah menurut permintaan peminat untuk menambah sebuah lagu penghujung acara.

Konsert amal yang dijadual sepatutnya memuatkan satu slot tribute untuk Datuk Ahmad Jais bagaimanapun gagal direalisasikan berikutan kesempitan masa.

"Susunan lagu sudah ada dan sedap-sedap semuanya, tapi pada malam ini kita mengejar masa dan slot tribute itu akan mengambil masa selama 15 minit," ujar Kak Pah yang mungkin mengadakan konsert seterusnya pada bulan April atau Mei tahun depan.

Full content generated by Get Full RSS.

Diaz, P. Diddy ditangkap basah!

Posted:

Diaz, P. Diddy ditangkap basah!

Diaz, P. Diddy ditangkap basah!


CAMERON DIAZ dan P. Diddy sedang bercinta atau sekadar kawan?


KEDUA-DUA bintang terkenal Cameron Diaz dan P. Diddy mengaku mereka baik sekadar teman. Bagaimanapun, hubungan mereka nampaknya bukan sekadar teman biasa, tapi boleh dianggap sebagai teman tapi mesra! Ini kerana baru-baru ini, mereka telah 'tertangkap basah' sewaktu bermesra di dalam sebuah parti.

Menurut laporan New York Post, mereka tertangkap sedang bermesra di sebuah kelab malam di New York. Diaz hadir lebih dahulu di situ untuk makan malam bersama beberapa teman di restoran Marble Lane di Hotel Dream Downtown.

Kemudian saat malam beranjak larut, aktres itu dikatakan membuat keputusan untuk menghabiskan sisa malamnya bersama P. Diddy. Diddy kemudian dilihat membuat pesanan.

Beberapa saksi juga menyatakan bahawa bintang Knight & Day itu kelihatan begitu mesra di samping rapper tersebut. Mereka bukan sekadar berdakapan, tetapi dilihat bercium dan bercumbu mesra termasuk sewaktu menari bersama.

Ini bukan kali pertama Diaz dan Diddy digosipkan berpacaran. Sejak Oktober lalu, tidak lama selepas Diaz putus cinta dengan Alex Rodriguez, pasangan ini dikesan makan malam bersama di New York City.

Keesokan harinya, mereka berjalan bersama-sama di Washington Square Park dan mereka juga dikesan makan tengah hari di Beverly Hills.

Full content generated by Get Full RSS.