Zon Artis |
Yusry Dan Lisa Surihani Nikah Februari 2012 Posted: 23 Dec 2011 08:45 PM PST Tepat sekali bahawa jemputan Pengumuman Istimewa Yusry & Lisa seperti yang kami postkan sebelum ini adalah untuk memaklumkan kepada umum tarikh pernikahan mereka. Kini tiada lagi teka-teki bila Yusry dan Lisa akan menjadi suami isteri kerana mereka telahpun memaklumkan sendiri yang mereka akan bernikah pada 23 Februari 2012. Upacara pernikahan akan dibuat di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya. Selain itu, mereka turut memaklumkan tarikh persandingan yang akan dilangsungkan pada 26 Februari 2012 di PICC. Segalanya telah terjawab. Jadi sama-sama lah kita doakan agar perkara baik ini akan berjalan dengan lancar serta dipermudahkan olehNYA. Kepada Yusry dan Lisa, tahniah! Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Zon Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |