Adsense

Rabu, 30 November 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Saya memang anak emak

Posted:

Saya memang anak emak

Saya memang anak emak

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar FAIRUZ IZYANA AYUB
dan ihsan EXCELLENT PICTURES


POPULARITI yang dikecapi Zizan hari ini tidak datang bergolek dan semuanya berkat doa ibu tercinta.


KALAU dihitung jumlah tahun pembabitan Zizan dalam bidang seni, memang boleh dikatakan masih baru dan hijau.

Tetapi, populariti yang dikecapi dalam tempoh lima tahun yang dilaluinya sebagai anak seni sememangnya cukup membanggakan.

Sehinggakan ada yang berbisik dan mengkhabarkan bahawa Zizan kini merupakan salah seorang pelawak yang semakin tinggi nilainya.

Apa yang membanggakan, Zizan juga sudah mampu berdiri setanding dengan pelawak senior yang lain.

Namun, bagi diri anak kelahiran Dungun, Terengganu itu, dia tidak pernah melihat dirinya dalam kedudukan tertinggi.

Sebaliknya, dengan penuh rendah diri Zizan memberitahu dia sentiasa berpijak di bumi nyata kerana sedar bahawa apa yang dimilikinya hari ini sebenarnya juga sebahagian daripada ujian Allah SWT.

"Biarpun orang melihat saya sebagai seorang yang popular, tetapi jauh di sudut hati saya ini, hakikatnya saya masih Zizan yang sama.

"Saya berpegang teguh kepada prinsip hidup saya untuk tidak menjadi seorang yang bermegah-megah dengan kejayaan hari ini.

"Apa yang saya lalui selama hari ini semuanya tidak pernah datang bergolek. Ia adalah hasil daripada usaha dan kerja keras saya.

"Apa yang penting juga, saya tidak akan sesekali melupakan semua pesanan dan nasihat ibu saya yang merupakan azimat untuk saya meneruskan kehidupan," jelas anak muda berusia 27 tahun itu dalam nada bersungguh.

Naib juara Raja Lawak musim pertama pada tahun 2007 itu berkata demikian sewaktu ditemui di lokasi penggambaran filem terbarunya, Mael Lambong di Pusat Sains Negara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menyambung bicara, Zizan atau nama sebenarnya, Mohd. Razizan Abdul Razak mengakui, cabaran dan dugaan sebagai seorang artis cukup besar terutama untuk seorang pelawak sepertinya.

Katanya lagi, jika tidak dikuatkan iman, tidak mustahil dirinya mampu tersasar jauh dari landasan dan pegangan hidup.

Mendengarkan kata-katanya itu, Hits terus mengajukan soalan kepada Zizan apakah pernah terdetik di hatinya untuk menjadi seorang 'budak nakal' dengan statusnya sebagai artis popular itu.

Semangat ibu

"Saya tahu setiap kali apabila memperkatakan tentang dunia hiburan, konotasi negatif itu memang tidak dapat lari seperti kaki perempuan, kaki botol, kaki disko, dadah dan lain-lain lagi.

"Seperti mana yang saya katakan tadi, kalau iman kita tidak kuat, memang kita mampu menjebakkan diri melakukan perkara-perkara yang tidak elok.

"Saya tidak malu untuk mengaku yang saya ini memang anak emak. Apa saja yang saya lakukan, saya akan memikirkan emak saya kerana dia merupakan tulang belakang kepada kejayaan saya hari ini.

"Di kala saya sedih dan berduka, ibu saya menaikkan semangat saya dengan kata-kata perangsang. Apa saja berita saya keluar di akhbar, dia akan menelefon dan memberi nasihat.

"Ada kala saya dipermainkan oleh teman-teman lain kerana dikatakan mahu menjadi seorang yang cuba hendak tunjuk baik. Tetapi, saya tidak dapat membohong diri saya kerana ini adalah diri saya yang sebenar," jelas Zizan yang dilahirkan pada 15 April 1982 itu panjang lebar.

Dengan penuh terbuka juga, bintang filem KL Gangster dan Hantu Bonceng itu mengaku, dia tidak pernah melibatkan dirinya melakukan perkara yang mampu merosakkan reputasinya seperti bersantai di kelab malam dan berpeleseran tanpa hala tuju.

Pernah juga dia mencuba menghabiskan masa di kelab malam untuk berhibur. Tetapi terus terang dia mengatakan jiwanya bukan ke arah itu.

Kalau ada waktu senggang sekalipun, Zizan lebih selesa berehat di rumah sambil ditemani kucing peliharaannya.

"Saya memang suka menari dan pernah ke kelab malam untuk sekadar melepaskan tekanan. Tetapi, saya tidak boleh lama di situ kerana sesak nafas saya dibuatnya (ketawa).

"Bukan itu sahaja, demi menjaga kesihatan juga, saya sendiri sudah berhenti merokok hampir dua tahun lalu. Seandainya ada yang tidak percaya dengan kisah saya ini, saya tidak boleh berbuat apa-apa," ujar pemilik trofi Artis Komedi Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular 2010 ini tanpa selindung.

Tidak menyesal

Barangkali ramai yang tidak tahu bahawa bukan mudah sebenarnya untuk menjadi seorang anak seni kerana ia memerlukan pengorbanan yang besar. Apatah lagi yang popular dan ternama seperti Zizan.

Dalam pertemuan itu juga, penulis sempat bertanyakan kepadanya, apakah pernah terbit rasa menyesal di hatinya apabila memilih jalan seni sebagai punca pendapatannya?

Diam seketika sebelum memberikan jawapan, Zizan menjelaskan, penyesalan tidak pernah ada dalam dirinya sepanjang lima tahun menjadi seorang anak seni.

"Saya sendiri memilih untuk menjadi seorang artis dan maka itu, saya harus bersiap-sedia menghadapi segala kemungkinan. Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan lancar dan saya juga begitu menjaga kehidupan privasi saya.

"Peminat dan penyokong saya telah meletakkan saya di tahap seperti mana hari ini dan saya mencuba sedaya-upaya untuk memuaskan hati mereka.

"Walaupun ada ketika saya sedang berehat atau makan di luar, mereka akan datang kepada saya untuk bergambar. Tetapi, saya akan meminta secara baik untuk diberi masa sehingga saya menghabiskan apa yang sepatutnya.

"Saya percaya kalau kita berdiplomasi dengan peminat mereka akan faham dan menghormati kita. Artis juga sama seperti orang lain kerana mereka mempunyai kehidupan sendiri," ujar Zizan yang juga selesa digelar Zizan Razak selain Zizan Raja Lawak.

Dalam masa yang sama, Zizan juga menafikan dirinya sudah sah menjadi wajah eksklusif Astro bersama sahabatnya, Johan.

Namun begitu, Zizan tidak menafikan bahawa stesen berbayar itu ada menyuarakan hasrat untuk berbincang soal tersebut tetapi tiada perkembangan lanjut.

"Kalau benarlah perkara ini terjadi, saya mahu melihat prospek kerjaya saya dalam konteks yang lebih luas lagi. Saya tidak mahu terikat hanya sebagai pelakon tetapi juga cabang seni lain," kata Zizan yang juga pengacara Raja Lawak selain berbakat dalam menyanyi atau lebih tepat, rapping.

Full content generated by Get Full RSS.

Kehampaan seorang penghibur

Posted:

Kehampaan seorang penghibur

Kehampaan seorang penghibur

Oleh MUHAMMAD SYAFIQ ROOS ANNUAR
Gambar SAIFUL BAHARI ASHARI


Adibah Noor bersama unit Fab Skuad pada majlis pelancaran program berkenaan di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.


MENEMPA kemasyhuran menerusi lagu Terlalu Istimewa, Adibah Noor mengakui bukan mudah baginya mengumpul kekuatan untuk terus hidup dalam industri seni tanah air.

Malah, menurut Adibah, seseorang penghibur itu harus bijak dalam mempromosikan diri agar tidak terus tenggelam ditelan arus oleh sesetengah pihak yang 'memegang' industri seni.

Walaupun sudah melahirkan album keduanya berjudul Teman pada Mac tahun lalu, namun Adibah tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya apabila lagu-lagu dalam album tersebut kurang mendapat perhatian daripada stesen radio.

Lebih menyedihkan, kehadiran album Teman seperti tidak disedari oleh peminatnya sehinggalah Adibah memberitahu sendiri di akaun Twitter bahawa album tersebut sebenarnya ada dijual di toko muzik seluruh negara.

"Apa yang boleh saya katakan sekarang ialah kita perlu jadi kuat. Dengan kekuatan itu, kita mampu bangkit bersama-sama dengan sokongan peminat," kata Adibah penuh optimis sewaktu ditemui pada majlis pelancaran program baru kendaliannya, Fab Skuad, di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Biarpun perlu menempuh kepayahan itu, namun Adibah bersyukur kerana mempunyai kelompok peminat yang tidak pernah jemu menyokongnya dari awal sehingga ke hari ini.

Meskipun begitu, Adibah yang cukup popular dengan watak Mak Yam dalam filem Sepet, Gubra dan Mukhsin itu tidak mahu menjadikan apa yang berlaku kepadanya sebagai halangan untuk terus merakamkan lagu baru.

Perkhabaran terbaru yang disampaikan, penyanyi kelahiran Kuala Lumpur itu bakal melancarkan single terbaru Ke Sana Denganmu bersama bekas anggota kumpulan Innuendo, Sam.

Adibah dalam nada teruja turut memberitahu, bukan hanya lagunya yang sudah siap dirakamkan tetapi muzik videonya juga sudah selesai menjalani penggambaran dan hanya menunggu masa untuk dilancarkan.

"Saya menyanyi, buat album atau single, semuanya demi peminat. Buat masa ini, saya hanya menunggu masa yang sesuai untuk melancarkan single berkenaan.

"Tidak lain yang saya harapkan melainkan lagu Ke Sana Denganmu ini akan diterima peminat dan dapat menyemarakkan kasih sayang sesama insan," ujarnya yang baru sahaja memenangi Lagu Pop Etnik Terbaik Anugerah Industri Muzik Ke-18 menerusi lagu Joget Tak Senang Hati.

Menyentuh sedikit tentang kehidupan peribadinya tanpa kehadiran seorang lelaki, Adibah berkata dia cukup selesa dengan kehidupan yang dijalaninya ketika ini.

Apatah lagi dengan kucing peliharaannya sebanyak 18 ekor, Adibah lebih gembira untuk menjalani kehidupan hariannya bersama haiwan kesayangannya itu.

"Bagi saya, cukuplah lima kali saya dikecewakan dalam percintaan. Saya sudah serik. Tapi jika jodoh itu datang juga, saya serahkan semuanya kepada Tuhan," jelas Adibah yang pernah diiktiraf dengan trofi Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu Ke-21 (2007) ini lagi.

Malah katanya, ibu dan bapanya juga tidak pernah mendesak mengenai soal perkahwinan dan cukup memahami apa yang pernah dilaluinya.

Ujar Adibah lagi, dalam usianya sekarang, adalah lebih afdal untuk dia menjaga diri sendiri dan keluarga tercinta selain memberi tumpuan penuh kepada kerjaya seninya.

Atas alasan itu jugalah, Adibah tidak pernah henti memanjatkan kesyukuran di atas limpahan rezeki yang diterima walaupun album barunya di pandang sepi oleh stesen radio.

Justeru, apabila diberi peluang untuk muncul dalam Fab Skuad sebanyak 11 episod, Adibah menyifatkan ia adalah platform untuk menonjolkan lagi bakatnya dalam bidang seni.

Mula ditayangkan di TV3 bermula 26 November lalu, Adibah ditampilkan sebagai ketua Fab Skuad iaitu kumpulan yang akan mengunjungi rumah yang memerlukan perkhidmatan pembersihan dengan menggunakan sabun jenama Fab selain memberi tip berguna.

"Fab Skuad ialah sebuah program yang menarik untuk ditonton. Ia bukan hanya satu sajian hiburan tetapi membawa mesej membantu mereka yang memerlukan bantuan untuk mengemas rumah.

"Bagi saya, program ini santai untuk ditonton selain dapat melihat bagaimana pasukan Fab ini menjalankan tugas," kata pemain watak Khatijah dalam pementasan teater muzikal The Secret Life of Nora itu lagi.

Full content generated by Get Full RSS.

Celebrity News

Celebrity News


Linda Jasmine Dan Que Haidar Bakal Menimang Bayi Perempuan

Posted: 30 Nov 2011 07:46 AM PST

Alhamdulillah berkat kesabaran pasangan (Que Haidar dan Linda Jasmine) ini mereka bakal menimang bayi perempuan yang dijangkakan pada Mei 2012. Mungkin ada diantara anda diluar sana yang masih belum mengetahui Que Haidar sudah bersara daripada dunia lakonan, dan ingin menumpukan kepada bidang yang diceburinya.


Semoga pasangan ini akan bahagia dan dengan berita bakal menimang anak hasil perkahwinan akan dimurahkan rezeki.


ZoOM : Apa Kata Anda Mengenai artis ini ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Video Osbon Maharaja Lawak Minggu Ke 4

Posted: 30 Nov 2011 06:49 AM PST

Asal malam je hujan, asal hujan je malam... Perkataan yang terkeluar daripada minda ZoOM selepas menonton video Youtube kumpulan OSBON dalam program Maharaja Lawak pada minggu ke 4. Lakonan yang bersahaja dengan menggunakan topic "Pengantin Baru" sudah pasti mengeletek segenap lapisan masyarakat yang menonton semasa dan selepas rakaman.

Apa yang pasti Otai pelawak ini memang layak digelar serba serbi boleh, bukan hanya semasa didepan kamera  crew atau pun pengarah namun dalam program ini mereka hadir dengan pakej yang pada kelasnya tersendiri.

ZoOM : Apa Kata Anda Mengenai Kumpulan OSBON ?


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Berendam air mata

Posted: 29 Nov 2011 02:50 PM PST

Hip

Pelakon Ombak Rindu mengaku berdebar jayakan babak ranjang

SESUNGGUHNYA, tidak mudah melakukan adegan ranjang. Lebih-lebih lagi apabila pasangan gandingan sudah bergelar suami mahupun isteri orang.

Namun kerana tanggungjawab pada kerja, semua perasaan segan dan gementar dibuang jauh-jauh demi menghidupkan watak diberikan. Itulah yang terpaksa dihadapi Maya Karin apabila perlu beraksi intim dengan jejaka pujaan ramai, Aaron Aziz dalam filem Ombak Rindu, yang mula ditayangkan 1 Disember. Mungkin kerana mereka sangat komited terhadap tanggungjawab yang tergalas di bahu juga, babak aksi ranjang dilakukan sekali saja tanpa perlu diulang. Biarpun perasaan malu menerjah diri, dia dan Aaron sangat serius ketika menjayakan babak berkenaan.

"Sebelum melakukan penggambaran untuk babak itu, saya mengaku ada semacam perasaan pelik terbit dalam hati. Satu jam sebelum penggambaran pula, saya akui berdebar-debar bercampur takut kerana tidak pernah menjayakan adegan sedemikian rupa.

"Ketika penggambaran, saya membuat permintaan hanya mereka yang berkenaan saja dibenarkan masuk. Kami tak ambil masa yang lama pun untuk melakukan babak itu kerana kami masing-masing bersikap profesional dan faham, babak itu hanya untuk tujuan kerja," kata Maya yang berjaya membawakan watak Izza dengan berkesan.

Tambahnya, Ellie Suriaty nyata banyak menolongnya menghayati watak Izza yang perlu bermain dengan perasaan dalaman. Watak Izza dalam filem arahan Osman Ali itu juga sememangnya menjadi idamannya.
Dek penghayatan meyakinkan ditonjolkan dirinya dalam filem yang diangkat daripada novel tulisan Fauziah Ashari itu, Maya dilihat mempunyai peluang besar untuk menggondol anugerah pada tahun depan. Namun dengan rasa rendah diri, wanita ini tidak mengharapkan semua itu.

"Filem ini memecah rekod lakonan saya selama ini kerana banyak membabitkan adegan air mata. Memang tak dinafikan ia sedikit memenatkan kerana saya perlu menangis hampir setiap masa dan perlu mengekalkan mood yang sama. Tapi bantuan Ellie Suriaty sebagai penasihat lakonan banyak membantu saya dari segi teknikal.

"Dia sering mengingatkan saya jangan sesekali terlepas mood, kerana sekali terlepas lakonan saya akan goyang. Tetapi saya seronok kerana saya memang mengidamkan watak Izza.

"Bagi memastikan mood tidak lari, saya sering terbawa-bawa watak Izza sehingga keluar set. Waktu sarapan pagi, atau makan tengahari, karakter Izza terus melekat dalam diri kerana saya ingat pesanan Ellie. Saya juga beruntung kerana Aaron memahami saya. Dia tidak pernah kacau kerana dia tahu saya berada dalam karakter," katanya yang terpaksa mendengar muzik tradisional Terengganu dan berkunjung ke tempat tumpuan ramai wanita Melayu bertudung semata-mata untuk menghayati watak berkenaan.

'Tiada masalah babak ranjang' - Aaron

WATAK Hariz lakonan Aaron Aziz pasti membuai perasaan ramai peminat apabila filem itu mula diputarkan kepada umum. Hariz, lelaki yang sukar diduga dan pada mulanya membenci Izza, tetapi lama-kelamaan mula jatuh cinta pada wanita itu juga berjaya ditangani dengan baik oleh pelakon kelahiran Singapura ini.

Kata Aaron, isterinya cukup memahami kerjayanya sebagai pelakon. Wanita yang amat dicintainya itu juga tahu dia bakal melakukan babak ranjang, tetapi Diana Halik ternyata seorang yang cukup terbuka.

Malah dia turut membaca skrip filem lakonan si suami.

"Saya tidak risau melakonkan babak ranjang kerana saya yakin pengarah tahu batas-batas yang perlu dijaga. Isteri pun tiada masalah, dia tahu saya berkerja malah dia sendiri berada di set penggambaran.

"Sebenarnya watak seperti seperti Hariz bukan kali pertama saya lakonkan. Dalam Badai Semalam, saya memegang watak Karim dan bagi saya watak itu tidak jauh bezanya dengan Hariz. Cuma sebagai Hariz, saya perlu lebih banyak bermain dengan emosi, sehingga saya sendiri tidak sedar yang saya mudah mengalirkan air mata dalam filem ini," kata Aaron.

Tidak kisah walaupun tidak berpeluang bersaing dalam Festival Filem Malaysia untuk merebut gelaran pelakon terbaik, bapa kepada tiga cahaya mata ini sebaliknya lebih mementingkan kepuasan peminat.

Sekiranya peminat berpuas hati dengan lakonannya, ia sudah memadai dan dianggap sebagai anugerah yang tidak ternilai.

"Walaupun tidak layak untuk dicalonkan, ia langsung tidak mematahkan semangat saya untuk memberikan lakonan yang berkesan. Bagi saya kepuasan peminat lebih penting buat diri saya. Jika peminat suka lakonan saya dan memberikan pujian, itu sudah buat saya rasa sangat puas hati," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Jawablah! Bukan kerana populariti jatuh

Posted: 29 Nov 2011 02:23 PM PST

[unable to retrieve full-text content]TIADA angin, tiada ribut, minggu lalu tersiar berita Aznil Nawawi bakal meninggalkan tugasnya sebagai penyampai radio Era selepas hampir tiga tahun berkhidmat di stesen itu. Berdasarkan maklumat disampaikan sumber berita itu, Aznil berbuat demikian kerana mahu menumpukan perhatian terhadap bidang pengacaraan televisyen.

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


Kesan Beronani

Posted: 29 Nov 2011 04:22 PM PST





Berikut adalah beberapa keburukan onani:

1. Secara amnya, onani boleh menyebabkan mati pucuk. Disebabkan urat-urat pada zakar telah diurut menggunakan tangan secara kasar.

2. Onani menyebabkan kemandulan. Pengeluaran air mani yang terlalu kerap menyebabkan penghasilan sperma yang sedikit kelak.

3. Melemahkan mental dan fizikal .

4. Zakar juga boleh mengecut dan mengecil

5. Akhir sekali, onani juga boleh melemahkan zakar si pengamal onani.

Petua Semasa Melakukan Persetubuhan/Seks

Posted: 29 Nov 2011 02:46 PM PST



Cara Yang sesuai Untuk Jimak Isteri

Setiap kali melakukan hubungan badan dengan suami-isteri beberapa adab harus diikuti: (Jangan mengharamkan yang halal dan jangan menghalalkan yang haram)
Pesanan Untuk Kedua-dua Suami Isteri
Sebelum , Sewaktu dan Selepas Jimak

Petua No.1
- Bersopan santun
- Isteri pakailah pakaian nipis, supaya nampak ghairah.
- Pakailah bau-bauan yang lembut.
- Jika ada, musik yang lembut dan halus memang digalakkan.

Petua No. 2
Ada hadith menyatakan bahawa Rasullullah SAW sendiri mandi bersama dengan Siti Aisyah ra. Kenapa tidak anda! Bercumbu-cumbuan sebelum jimak adalah digalakkan.

Petua No.3
Bila sudah kemuncak, masukkan zakar pelahan-lahan kedalam faraj dan layarilah nikmat yang Tuhan anugerahkan kepada kita dengan baik dan sopan.

Jangan sekali-kali gopoh-gapah dalam melakukan hubungan badan, kerana ini akan menyebabkan cepat terpancutnya air mani atau dikenali sebagai pancutan pramasa.

Kalau anda pelahankan sedikit seni tusukan zakar, maka anda dapati, anda dapat bertahan lebih lama dalam melayari hubungan batin dengan isteri anda dengan baik dan sempurna.

Sekiranya anda terlampau cepat keluar air mani atau pancutan pramasa, maka kita ada ubat untuk mengatasinya. Jangan risau, ikhtiarlah segera, jangan menunggu.

Petua No4

Sekiranya air mani sudah terpancut, JANGAN sekali-kali biarkan isteri anda terkapai-kapai dan kecewa kerana kebiasaannya orang perempuan memang payah untuk sampai kemuncak syahwat.

Maka rangsanglah isteri anda sehingga beliau mencapai kepuasan.

Jangan sekali-kali terus tidur selepas jimak. Ini satu cara yang salah!

Petua No.5

Tukarlah posisi berjimak, agar anda merasa kenikmatan yang lebih. Kadang-kadang jika anda melakukan posisi yang sama sahaja, kenikmatan seks anda mungkin akan menurun, dan anda tidak menghayati betul-betul sunnah Rasullullah, dimana beliau menyatakan bahawa 'isteri kamu itu diibaratkan sebagai taman, maka gaulilah ia sebaik mungkin'

Petua No.6

Gaulilah isteri kamu secara sopan, isteri kamu bukanlah pelacur yang harus dibuat bermacam-macam karenah kamu yang kurang sopan. Baikilah tingkah laku kamu secara sopan dan lemah lembut.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Lebih 5 Bulan, Facebook Forteen Cecah 25,000 Peminat

Posted: 29 Nov 2011 12:30 PM PST

Dari kiri: Ariz, Izzue, Ameer dan One. Foto SAUFI NADZRI

PETALING JAYA: Lebih lima bulan bergerak sebagai penyanyi berkumpulan yang digelar Forteen, laman sosial Facebook yang menggunakan nama kumpulan itu telah diikuti oleh lebih 25,000 peminat.

Menurut anggotanya, Ameer dan One, mereka bersyukur dengan penerimaan dan sokongan peminat kepada kumpulan yang bernaung di bawah KRU Studios itu.

"Alhamdulillah, penerimaan peminat sangat mengagumkan dan berharap mereka tidak akan jemu menyokong kami dalam memperjuangkan industri muzik.

"Kami juga tercalon untuk Anugerah Bintang Popular 2011 untuk anugerah Artis Duo/ Berkumpulan dan sedang berusaha melobi peminat untuk mengundi kami," kata mereka.

Sementara itu, mereka turut menafikan bahawa Forteen akan menggantikan Anuar Zain untuk menyanyi lagu Sedetik Lebih di separuh akhir Muzik Muzik 26.

"Penyanyi yang akan menyanyikan lagu Sedetik Lebih untuk menggantikan Anuar Zain nanti bukan artis KRU.

"Setahu kami, pengumuman tentang penyanyi itu akan dibuat dalam masa terdekat ini," kata Ameer.

Selepas kemunculan lagu Berdua Bersatu yang sedang hangat menduduki carta di stesen radio tempatan, Forteen bakal tampil dengan lagu kedua mereka yang lebih rancak.

"Lagu kedua ini akan membuatkan semua orang mahu menari dan yang penting ia berunsurkan Melayu," ujar Ameer lagi.

Para peminat boleh mengikuti Forteen dengan melayari Facebook Forteen atau twitter Forteen KRU.

///mstar///

Full content generated by Get Full RSS.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Watak paling merisaukan

Posted: 29 Nov 2011 02:45 PM PST

DUA 'hero Malaya' ini memulakan langkah lakonan mereka pada usia masih mentah. Jika Shaheizy Sam dikenali dengan telefilem menyayat hati, Pa'e pada 1998 ketika usia 12 tahun, pastinya Mohammad Syafie Naswip pula menerusi filem Mukhsin.

Diketengahkan pengarah tersohor negara, Allahyarham Yasmin Ahmad pada 2007, ketika itu Mohammad Syafie baru berusia 15 tahun. Kini, Shaheizy dan Syafie juga sudah membuktikan bakat lakonan masing-masing menerusi anugerah dimenangi.

Shaheizy menang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-23 (FFM23) tahun lalu dan Pelakon Lelaki Terbaik di FFM24 baru-baru ini. Manakala Syafie pula menang Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (FFM20) serta Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (FFM22).

Bagaimanapun, dari aspek populariti nyata lebih berpihak kepada Shaheizy kerana dinobatkan Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) tahun lalu. Ia sekali gus kejayaan berganda buatnya yang makin menonjol dalam lakonan.


Berpaksikan kecemerlangan yang sudah terbukti itu, Shaheizy dan Syafie kini disatukan sebagai adik beradik dalam filem Songlap arahan Effendee Mazlan dan Fariza Azlina yang diterbitkan secara bersama produksi Primeworks Studios Sdn Bhd dan Red Films Sdn Bhd.


Walaupun pertama kali bergandingan di filem, sama ada Shaheizy atau Syafie, mereka saling 'memberi' dalam tuntutan watak masing-masing. Bahkan, tiada masalah juga buat mereka membentuk keserasian serta mengakui selesa bekerja antara satu sama lain.

Menurut Shaheizy atau mesra dengan panggilan Sam, dia seronok bekerja dengan Syafie biar pun hubungan mereka tidaklah begitu rapat sebagai sahabat baik. Bagaimanapun, katanya Syafie memang seorang pelakon yang berbakat kerana dia mudah membentuk kerjasama.

"Biarpun hubungan kami tidak rapat, tetapi atas dasar urusan kerja, Syafie memberi ruang kepada saya untuk masuk ke dalam dirinya. Ia sekali gus membantu menghidupkan lakonan kami terhadap watak Am yang saya bawa dan dia pula sebagai Ad.

"Jujur saya katakan, tidak semua pelakon boleh melakukan seperti Syafie yang memudahkan gandingannya selesa, serasi dan boleh menghayati watak bersama. Dalam soal ini, apabila mendapat gandingan yang bagus, saya menjadi bertambah yakin.

"Lakonan ditonjolkan juga ikhlas dan tulus mengikut apa yang diinginkan skrip. Bahkan, saya juga berasakan lakonan yang dipaparkan dalam Songlap lebih 'terpelihara'. Sehubungan itu, saya sangat mengharapkan penonton akan berpuas hati," katanya.

Aktor kacak berusia 29 tahun yang begitu laris membintangi pelbagai genre ini, memaklumkan Songlap ialah filem yang jujur. Ia mengangkat kisah benar berkaitan sindiket penjualan bayi yang memang berlaku dalam kehidupan realiti masyarakat.

Songlap yang turut dijayakan Sara Ali, Omar Abdullah, Rozie Rashid, Normah Damanhuri dan Hasnol Rahmat bakal ditayangkan di pawagam pada 15 Disember ini. Filem lakonan Sam yang turut menanti tayangan, 8 Jam, Adnan Sempit 2, Nongkrong dan Aku Ada Kau Ada.

Menyedari usia yang makin meningkat, sejauh mana pula perancangan Sam dalam kehidupan peribadinya? Apakah anak bongsu dramatis Khaty Fauziah ini sudah bersua calon sesuai untuk menjadi teman hidup? Menjawab pertanyaan ini, dia yang kini tampil berjambang berkata, jadualnya terlalu padat.

"Saya terlalu selesa dengan kerja sekarang ini dan tiada masa untuk mencari cinta. Justeru, saya tidak memikirkannya dan biarlah soal jodoh ini ditentukan Tuhan. Sampai masa ditetapkan, saya yakin dan percaya akan bertemu juga dengan jodoh itu.

"Sebagai manusia biasa, saya juga mempunyai impian untuk memiliki keluarga sendiri. Cuma, sekarang sukar untuk saya memaklumkan lebih lanjut kerana tumpuan serta komitmen saya hanya pada karier. Apapun, saya bersyukur keluarga sangat memahami," katanya.

Pernah muncul juga dengan kumpulan MOB yang mengetengahkan irama hip hop, Sam berkata, kerjaya nyanyian padanya kini sudah menjadi kenangan. Ujarnya, biarpun tawaran untuk menyanyi masih diperoleh tetapi dia yang tidak bersedia untuk terima.

Syafie berusaha atasi rasa gugup

Selesa merendah diri, Syafie berkata dia masih terlalu baru dalam industri lakonan tanah air. Katanya, banyak lagi ilmu yang perlu ditimba daripada pelakon berpengalaman seperti Shaheizy Sam. Pengalaman adalah kayu pengukur antara dia dan Shaheizy

Biarpun pernah bergandingan dengan Shaheizy dalam telefilem Alahai Cicit Atuk, tetapi ketika itu babak membabitkan mereka tidak banyak. Justeru, Syafie sendiri tidak berasa terlalu gugup beraksi di sisi Shaheizy yang sangat dihormatinya.

"Namun, situasi itu nyata berbeza dalam Songlap kerana kami berdua adalah teraju utama dan paling merisaukan apabila kami memainkan watak adik-beradik. Shaheizy seorang pelakon yang bagus, jadi siapa yang tidak akan berasa gementar.

"Ditambah pula watak Ad lakonan saya sangat mencabar. Ia banyak bermain dengan emosi dalaman yang memerlukan saya banyak berbincang dengan pengarah dan pelakon yang terbabit dalam filem ini untuk mendapatkan pandangan mereka.

"Tak dinafikan, ketika mendapat tawaran untuk berlakon filem ini hati saya berbelah bahagi sebenarnya. Saya rasa mahu menolaknya kerana takut dengan tuntutan penghayatan watak yang berat. Ini kerana, saya seorang remaja biasa yang gemar duduk di rumah.

"Saya pun tidak pernah terbabit masalah apatah lagi, perihal menjual bayi. Jadi, semestinya sukar untuk saya menjiwai watak Ad itu. Justeru, bagi mendapatkan mood yang sesuai, saya ambil inisiatif menonton filem The Reader serta membuat tinjauan di sekitar Chow Kit," katanya.

Menurut Syafie, selain itu dia juga banyak bertanya pada rakan-rakan dan berkongsi kisah yang mereka tahu mengenai penjualan bayi. Ujarnya, dia memberanikan diri menerima juga tawaran filem Songlap kerana terpikat dengan jalan cerita yang berbeza.

Berusia 18 tahun dan kini melanjutkan pengajiannya dalam tingkatan enam, Syafie berkata sekarang, komitmen utamanya adalah pelajaran untuk jaminan masa depan. Justeru, jika ada tawaran berlakon pun, dia hanya terbabit pada penggambaran hujung minggu.

Katanya dia mahu lebih dulu mengejar cita-cita untuk berjaya dalam pelajaran. Oleh itu, dia lebih selesa jarang menerima tawaran demi pendidikan. Katanya dia mahu berusaha dan melakukan sebaik mungkin dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) nanti.

PROFIL

NAMA: Shaheizy Sam Abdul Samad
PANGGILAN KOMERSIAL: Shaheizy Sam
TARIKH LAHIR: 4 September 1982
USIA: 29 tahun
ASAL: Kuala Lumpur
KARIER: Pelakon
STATUS: Bujang
KELUARGA: Anak bongsu daripada lima beradik
DRAMA/ TELEFILEM: Antaranya Pa'e, The Son, Elly, Noda Semalam, Bisikan Hati, Graduan, KL Menjerit, Ali Din, Seiras Maya, Kasanova XXL, Impak Maksima, Jangan Pandang Belakang
FILEM: Sama Tapi Tak Serupa, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Syurga Cinta, Jangan Pandang Belakang Congkak, Adnan Semp-it, Niyang Rapik, Evolusi KL Drift 2, Ngangkung, Kongsi, Sekali Lagi, Songlap
ANUGERAH: Pelakon Filem Lelaki Popular ABPBH2010, Bintang Paling Popular ABPBH2010, Anugerah Yasmin Ahmad (Anugerah Skrin 2010), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (FFM23), Pelakon Lelaki Terbaik (FFM24)

PROFIL

NAMA: Mohammad Syafie Bin Naswip
PANGGILAN KOMERSIAL: Syafie
ASAL: Selangor Darul Ehsan
TARIKH LAHIR: 2 Ogos 1992
USIA: 18 tahun
STATUS: Bujang
KELUARGA: Anak tunggal
KARIER: Pelakon, Pelajar
DRAMA/TELEFILEM: Antaranya Impian, Ilham Suci, Dosa Semalam, Kasih Tak Terucap, Takbir Suci 2, Soulful Finding, Manja, Alahai Cicit Atok, Ustaz Kecil, Seluhur Nazar, Demi Masa, Dunia Batinku, Biang Lala Di Kaki Langit, A Untuk Abah, Melukut Kasih Di Kaki Santubung, Hero Komik, Jidin, Keliwon
TEATER: P Ramlee The Musical (musim 1) Titik-Titik Perjuangan 1, Titik-Titik Perjuangan 2, Gelanggang Tok Wali
FILEM: Mukhsin, Talentime, Nur Kasih The Movie, Songlap
ANUGERAH: Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Skrin 2007, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (FFM20) Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (FFM22)

Full content generated by Get Full RSS.

INTERAKSI: ‘Tak ada konspirasi’

Posted: 29 Nov 2011 04:47 AM PST

SEJAK melangkah dunia seni melalui album reKRUed yang popular dengan lagu Awas, trio yang menggelarkan diri mereka KRU, Norman Abdul Halim bersama adiknya, Edry dan Yusry, melakar kejayaan besar dalam muzik tanah air hingga terus berkarya sehingga kini.

Selama dua dekad ini, KRU melahirkan ramai penyanyi baru dengan lagu-lagu ciptaan Edry kemudian mengorak langkah ke dunia filem melalui produksi KRU Studios yang tampil dengan genre yang jarang diteroka produser lain seperti filem super hero Cicakman, komedi I Spy, filem seram Karak, filem animasi Magika dan filem epik Hikayat Merong Mahawangsa (HMM).

Akhir-akhir ini, KRU dilihat begitu hebat pengaruhnya dalam dunia seni tanah air. Dalam majlis anugerah yang berlangsung baru-baru ini, Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18), Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) dan juga Anugerah Skrin 2011 (ASK2011), KRU melakar kejayaan besar.

Bermula dengan kejayaan Magika untuk Filem Terbaik di ASK pada 8 November lalu, filem terbitan KRU Studios terus cemerlang apabila HMM dinobatkan Filem Terbaik di FFM24 pada 20 November.


Tidak cukup dengan itu, kejayaan Yuna menggenggam trofi Lagu Terbaik untuk Penakut di AIM18 pada 12 November lalu hanya sedetik cuma apabila penganjur menarik semula kemenangan itu atas alasan kesilapan teknikal dan pemenang sebenar adalah Sedetik Lebih ciptaan Edry.


Kejayaan demi kejayaan KRU ini menimbulkan tanda tanya hingga ada yang menyarankan supaya dikaji apa kaitan KRU dengan majlis anugerah ini. Dari segi jawatan, Norman adalah Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) juga penganjur AIM serta Setiausaha Kehormat Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) yang mempunyai pengaruh besar dalam penganjuran FFM.

Ada juga mengatakan semua kejayaan ini satu percaturan KRU untuk melakar kejayaan besar dalam industri seni kerana semua ini ada kaitannya dengan dana yang diterima KRU dari kerajaan dan semua kejayaan ini penting sebagai catatan profil syarikat .

Benarkah semua yang dikatakan itu? Untuk mendapatkan penjelasan lanjut, wartawan RAP, Murshid Eunos (murshid@hmetro.com.my) mendapatkan penjelasan dari Norman.

RAP: Kemenangan besar KRU dalam tiga majlis anugerah baru-baru ini menimbulkan banyak spekulasi hingga ada mengatakan wujud propaganda dan konspirasi di sebalik semua pengiktirafan itu. Boleh anda jelaskan apa yang sebenarnya berlaku?

NORMAN: Tidak adil untuk mempersoalkan kemenangan KRU dan segala pengiktirafan yang sudah pun dinobatkan hanya kerana melihat saya berada dalam organisasi penganjuran. Kehadiran dan fungsi saya dalam RIM mahupun PFM bukanlah sebesar mana hingga mampu mempengaruhi keputusan.

Kejayaan HMM dan Sedetik Lebih adalah berdasarkan kualiti yang diukur oleh barisan juri profesional. Mereka adalah pemerhati yang mempunyai integriti yang meneliti setiap produk yang dipertanding dan kebetulan karya terbaik milik KRU.

Mengapa ada pihak yang mempersoalkan kemenangan itu kerana seharusnya mereka menghulurkan ucapan tahniah. Hakikat sudah ditentukan dan saya terfikir mengapa pihak yang bising dan gigih menyebar persepsi negatif itu menerima saja dengan fikiran terbuka segala keputusan ini.

Melihat dari perspektif positif dan pembangunan industri, HMM memang layak diangkat menjadi yang terbaik begitu juga dengan Sedetik Lebih kerana itu sudah melalui satu proses penilaian sebanyak dua kali oleh barisan juri profesional.

RAP: Pernah terfikir mengapa mereka mempersoalkan dan meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan kemenangan ini hingga dikaitkan dengan agenda tersembunyi KRU.

NORMAN: Itulah lumrah kehidupan dan sepak terajang dunia hiburan yang saya fahami sejak hampir dua dekad lalu. Mengapa perlu saya hairan atau terkejut kerana sejak awal lagi, saya memang sudah bersedia untuk berdepan dengan situasi begini. Malah jujurnya, tatkala karya terbitan KRU diumumkan ke peringkat akhir, saya mengharapkan agar ia tidak sangkut di mata juri kerana saya sudah penat menjawab segala pertikaian seperti ini.

Sebelum ini pun penat kami bertiga menjawab seribu satu dakwaan yang menyangkal kemenangan Magika di FFM23 tahun lalu. Senario yang sama masih berlaku tahun ini apabila HMM sekali lagi menang di FFM24. Lebih teruk lagi, pertikaian ini dilakukan lengkap dengan dakwaan lain hingga membabitkan cerita mengarut yang ada kalanya membuatkan saya terdiam kerana terkilan.

Puncanya hanya satu iaitu kerana saya berada dalam persatuan dan badan penganjuran. Itu adalah sasaran utama beberapa pihak yang tidak henti mempersoalkannya hingga jawatan saya dalam persatuan disalah erti.

Sistem penjurian bukan di bawah bidang kuasa saya. Malah jika dikaji semula dari minit mesyuarat jawatankuasa RIM, saya hanya terbabit pada peringkat awal perlantikan dulu yang mana fungsi saya untuk mencari penaja kepada AIM dan penyiar rasminya saja. Pernah sesiapa datang bertanya soal itu yang mana sumbangan saya dengan mendapatkan penaja kepada AIM yang kian merosot jumlah tontonan?

Saya langsung tidak ambil peduli soal penjurian dan penganjuran anugerah secara terperinci kerana sudah ada jawatankuasa AIM terdiri daripada Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (AIMM) yang bertanggungjawab memantau aspek penjurian. Saya memang tidak tahu menahu soal juri jika ada yang pertikai kononnya saya seperti merancang kemenangan ini.

RAP: Insiden menarik semula trofi Lagu Terbaik yang dimenangi Yuna menerusi lagu Penakut kemudian diserahkan pula kepada Edry menerusi lagu Sedetik Lebih dilihat kemuncak segala pengaruh KRU. Apa komen anda dalam hal ini?

NORMAN: Apabila nama Yuna diumumkan pemenang Lagu Terbaik, saya sendiri terkejut kerana tanpa sebarang tayangan video calon-calon akhir, tiba-tiba namanya diumumkan menang sedangkan lagu itu tidak langsung tersenarai untuk pemenang genre lain, Pop, Pop Etnik, Rock, Nasyid dan Inggeris Tempatan sedangkan syarat untuk menang Lagu Terbaik haruslah daripada pemenang genre itu. Semua itu sudah diketahui umum sejak dulu lagi.

Namun itulah yang sudah dijelaskan apabila kesilapan yang berlaku datangnya dari pihak syarikat audit bertaraf antarabangsa yang dipertanggungjawab dan mereka sendiri punya kredibiliti global merakamkan maaf atas kesilapan itu. Persoalannya adalah pengaruh saya juga yang membuatkan hingga syarikat sebesar itu memohon maaf atas kesilapan yang berlaku. Implikasinya sangat besar kepada kredibiliti syarikat itu dan secara logik, adakah saya yang mengarahkannya?

RAP: Ada yang mengatakan KRU kemaruk anugerah dan inginkan semua pengiktirafan tertinggi bagi membuktikan segala usaha KRU Studios dalam penerbitan filem.

NORMAN: Kami sudah jauh ke depan dan melihat anugerah antarabangsa sebagai motivasi. Kunci kejayaan dan kiblat kepada masa depan adalah pada perspektif yang luas dan bukannya sibuk menjadi jaguh kampung. Kami sudah puas menerima penghargaan di Malaysia dan kini adalah masa untuk kami melangkah ke depan di peringkat antarabangsa.

Dakwaan kononnya kami inginkan kemenangan atau gila untuk memegang anugerah adalah sangat longgar dan tidak masuk akal. Apatah lagi untuk mempertikaikan soal dana dan bantuan kerajaan kepada kami. Itu langsung tidak masuk akal kerana pada saya, sesiapa yang sibuk mengandaikan perkara buruk atau gigih memikirkan pelbagai sangkaan negatif adalah manusia yang tidak punya motivasi. Itu adalah sentimen individu cemburu, iri hati dan penuh dengan hasrat berdengki yang tidak mahu melihat orang lain berjaya sedangkan ia satu hakikat. Saya tidak kisah dengan apa juga tuduhan kerana semua itu tidak langsung berbekas kudis pada saya.

RAP: Sejauh mana ketelusan pihak penjurian?

NORMAN: Penjurian cukup telus apabila lagu saya dan adik-adik saya sendiri tidak terpilih. Kami tetap hantarkan beberapa lagu nyanyian kami termasuk Ganas namun semuanya tersadai tidak diterima kerana ada lagi lagu lain yang jauh lebih layak.

Jika benar saya punya kuasa dan pengaruh, mengapa tidak saya pilih lagu-lagu kami sebagai pemenang dan sentuhan Yusry dalam kategori Video Muzik Terbaik diangkat.

Begitu juga dengan kemenangan kami di FFM. Itu semua sudah diadili dengan saksama dan adil oleh barisan juri profesional yang berlainan latar bidang. Mengapa harus kemenangan HMM dipersoalkan? Jangan pertikaikan ketelusan barisan juri hanya kerana kepentingan tertentu.

RAP: Perasaan anda apabila berlakunya perkara ini?

NORMAN: Sukar untuk saya jelas dan gambarkan kerana senario yang berlaku seolah-olah membawa diri sendiri ke dalam mahkamah dan menjejaskan kredibiliti sendiri. Bayangkan saya perlu meletak justifikasi kepada integriti saya sendiri selaku pengerusi dan organisasi penganjuran.

Kemenangan KRU tidak langsung mendapat ucapan tahniah dan tidak sempat kami raikan sebaliknya saya sendiri perlu tampil memberi kenyataan berhubung seribu satu dakwaan yang mempersoalkan kedudukan dan keikhlasan saya bekerja. Saya sendiri terduduk memikirkan soal ini kerana sejak dulu lagi satu formula pengukuhan empayar KRU adalah ketelusan, ikhlas dan sentiasa berpegang kepada integriti diri.

Kini saya perlu ke depan dan mempertahankan formula sendiri sedangkan semuanya hanya berpaksi pada ketidakpuasan sesetengah individu. Memang kelakar buat saya.

RAP: Adakah senario dan segala dakwaan ini membuatkan anda berputus asa dalam meneruskan perjuangan?

NORMAN: Itu adalah tindakan paling bodoh jika saya berundur kerana kecewa dengan segala dakwaan yang dilemparkan. Saya berdiri di sini atas pemilihan dan bukannya perlantikan mengisi kekosongan tempat. Saya dipilih dan seharusnya saya perlu kekal berdiri memperjuangkan apa yang patut saya perjuangkan.

Saya masih banyak lagi agenda besar buat industri. Panjang lagi perjalanan saya sebagai anak seni yang harus saya lakukan kepada perkembangan industri tempatan. Biarlah mereka terus menyalak dan meletak pelbagai tomahan kepada saya dan KRU Studios kerana apa yang penting adalah keikhlasan dan kejujuran diri sendiri.

Saya ikhlas memperjuangkan apa yang termampu dan tidak sesaat terlintas untuk menyalahguna kuasa dan tanggungjawab yang diberi. Namun jika itu yang menjadi ukuran kepada pihak yang tidak henti mempertikaikan, terpulanglah.

Full content generated by Get Full RSS.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Fesyen dalam notasi muzik

Posted:

Fesyen dalam notasi muzik

Fesyen dalam notasi muzik

LUNAK suaranya, lembut bertiup menyusup ke rongga telinga. Tenang dan mendamaikan. Dalam pada menyanyi dan menggubah lagu bercirikan indie pop kepulauan (island indie pop), sesekali jiwa gadis kelahiran Sarawak dengan nama pentas Zee Avi ini membentak.

Bukan kerana benci melagukan irama yang dia sendiri sukar tafsirkan, tapi kadangkala timbul pertanyaan dalam diri aliran apa yang harus dibawanya.

"Apabila orang bertanya apa genre saya, susah sebenarnya untuk menjawab soalan itu. Tapi jawapan saya ia adalah muzik yang enak didengar.

"Sehinggalah mereka (di Amerika Syarikat) menamakan genre saya ini island indie pop," katanya kala pertemuan di pejabat Universal Malaysia di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Tidak hairan kebanyakan lagunya memasukkan elemen tiupan angin, desiran air dan ensemble instrumen seperti di kepulauan Hawaii.

Pemilik nama Izyan Alirahman, 26, itu turut menambah, kerjayanya sebagai penyanyi di rantau orang yang nyata sekali asing baginya tidak pernah terduga pada awalnya.


ZEE AVI memukau pencintanya di Malaysia dalam siri konsert sempena mempromosi album terkininya, Ghostbird.


"Saya tidak tahu apa erti sebenarnya menjadi seorang yang terkenal dan saya tidak melihat kemasyhuran sebahagian daripada diri saya, kerana perspektif saya menilai kerjaya saya sebagai satu penghargaan oleh orang sekeliling," bicara si genit yang sering muncul bersama alat muzik ukulele.

Berjalan lancar karier yang dibina sejak pertama kali menginjak bumi New York, Amerika Syarikat sejak berusia 17 tahun, ujar Zee Avi lagi dia terkejut dengan penerimaan lagu-lagu berbahasa Melayu miliknya.

"Cuba bayangkan ada antara penduduk di sana (Amerika Syarikat) tahu lirik dan boleh menyanyikan lagu Kantoi dan Siboh Kitak Nangis, aneh bukan?" selitnya teruja.

Pernahkah Zee Avi berputus asa dan siapa yang menjadi pembakar semangatnya untuk terus berlari di landasan sukses? Jawabnya ringkas - ibu dan keluarga.

"Tipu kalau saya cakap tidak pernah berputus asa, tapi saya sentiasa fikir positif. Saya ada keluarga yang sentiasa di belakang menyokong dan memberi kepercayaan.

"Kata-kata ibu sentiasa berlegar dalam ingatan dan saya mendisiplinkan diri berfikir bahawa saya datang daripada tempat yang secara budaya dan tradisinya menghormati banyak perkara.


WALAU sudah lama menetap di Amerika Syarikat, kasih sayang terhadap bumi Malaysia cukup menebal di hatinya.


"Dalam masa yang sama, saya mohon kepada yang Maha Esa berikan kekuatan dalam setiap kerja yang saya lakukan," getusnya yang melihat diri sebagai model untuk rakan-rakan lain contohi.

Membelek kembali sejarah awal kemunculan Zee Avi dan membandingkan dirinya terkini, katanya, banyak pengalaman yang mendewasakannya.

"Pastinya Zee Avi sekarang miliki rambut yang lebih pendek. Secara jujur, banyak yang boleh berlaku dalam masa satu jam apatah lagi tiga tahun.

"Banyak pengalaman pahit manis yang dipelajari begitu juga ilmu pengetahuan yang berguna," tutur penyanyi yang kini bernaung di bawah syarikat rakaman Jack Johnson's Brushfire Records dan label Ian Montone bersulam tawa kecil.

Burung hantu

Sempena mempromosikan album terbaharunya, Ghostbird, Zee Avi telah menjelajah segenap pelosok bandar dan desa dari timur ke barat Amerika Syarikat sebelum melebarkan kepaknya ke negara Asia.

"Saya berhenti di setiap bandar dari Los Angeles ke San Francisco, dan bersyukur kerana di kebanyakan tempat album saya sudah habis terjual.

"Selepas dua minggu berehat, saya memulakan jelajah Asia dari Tokyo, Jepun ke Seoul, Korea dan juga ke Bali, Indonesia sebelum akhirnya saya berjaya juga pulang ke Malaysia," luah Zee Avi gembira.


SELAIN Malaysia, Zee Avi terlebih dahulu telah singgah di Jepun, Korea dan Indonesia untuk mengisi dahaga peminatnya.


Ghostbird, yang diinterpretasikan oleh Zee Avi 'burung hantu' adalah ironi buat dirinya sendiri dan memuatkan 11 buah lagu antaranya Swell Window, The Book of Morris Johnson, Madness, Concrete Wall dan sebuah lagu berbahasa Sarawak, Siboh Kitak Nangis.

Melihat dunia lebih luas daripada kaca mata seumpama seekor burung, bebas dan boleh bercerita, album itu seolah-olah terapi buatnya berkarya.

"Dalam album ini, trek kegemaran saya adalah Swell Window. Ia merupakan satu terma yang digunakan oleh peluncur air bermaksud ombak paling sempurna.

"Ia adalah satu kesimpulan keseluruhan album sebab lagu itu mencerminkan sisi romantik dalam setiap momen. Sama juga seperti dua kebarangkalian bertemu seseorang yang pernah kita temui sebelum ini," laju meluncur falsafah yang dibina Zee Avi dari bibirnya.

Manakala, lagu Siboh Kitak Nangis (yang bermaksud Jangan Kamu Menangis dalam bahasa Sarawak) muncul dengan sendirinya dan ada sedikit sebanyak berkait realiti kehidupan Zee Avi yang sebenar.

Fesyen dan santai

Sibuk mempromosikan albumnya termasuk mengikuti festival muzik seperti SXSW, Outside Lands, Bonnaroo dan sesi jelajah mega antaranya Lilith Fair, Zee Avi juga seperti insan biasa.


ZEE AVI suka menyuai padan saat mahu memperaga sesuatu fesyen. Dia gemar dengan gaya vintaj.


Katanya ketika tidak terlibat dengan rakaman atau sesi jelajah: "Saya akan berehat di rumah menonton televisyen, kalau ada masa lapang saya akan melukis. Kadangkala saya suka menghasilkan karya seperti kolaj atau lukisan krayon dan tahun ini sudah ada sebahagiannya terjual."

Sementara itu, mengulas fesyen dan stail sehari-harian, jujur Zee Avi katakan dia tidak merujuk sebarang ikon untuk berpakaian.

"Saya lebih selesa memadan dan menyesuaikan pakaian atau aksesori yang sudah saya ada. Gaya saya selesa dan pakai saya apa yang saya ada.

"Bagaimanapun, saya sukakan barangan vintaj dan kalau di sana (Amerika Syarikat) saya gemar ke pusat pakaian murah atau jika di Malaysia kita panggil bundle," jelas bekas penuntut jurusan rekaan fesyen Universiti American InterContinental.

Ditanya tentang status hubungannya yang terkini, jawab Zee Avi penuh misteri: "It's complicated!"

Full content generated by Get Full RSS.

Kembara lasak Henry Golding

Posted:

Kembara lasak Henry Golding

Kembara lasak Henry Golding

Oleh HARYATI KARIM


HENRY GOLDING juga diberi peluang 'terbang' dalam salah satu episod Without Boundries: The Great Outdoors.


SELEPAS mengemudi program pengembaraan Without Boundaries: Islands and Beaches, pengacara Henry Gloding kembali lagi untuk musim kedua dengan program Without Boundaries: The Great Outdoors yang akan mula ditayangkan di 8TV pada pukul 9.30 malam, bermula 7 Disember depan.

Program sebanyak 10 episod itu akan menampilkan pelbagai lokasi menarik untuk melakukan aktiviti lasak di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Jika musim pertamanya tertumpu kepada pulau dan pantai untuk musim kedua pula ia lebih tertumpu kepada gunung, hutan, gua dan haiwan.

Menurut Henry, melalui program itu juga, penonton dapat akan dibawa meninjau Miri dan Betong, Sarawak yang merupakan kampung halamannya. Jejaka berusia 24 tahun yang berdarah Inggeris dan Iban itu, mengakui seronok kerana dapat bertemu dengan datuk neneknya serta saudara-maranya di sana.

"Memang cukup seronok menjadi pengacara program ini, selain saya dapat merasai sendiri pengalaman melakukan pelbagai aktiviti lasak, saya juga dapat mempertemukan penonton dengan keluarga saya di Sarawak," katanya yang boleh berbahasa Iban.

Selain Sarawak, program ini turut menampilkan aktiviti seperti pendakian di Gunung Tahan dan juga Gunung Kinabalu, Sabah, memancing di Tasik Kenyir, Perak, latihan juruterbang di Subang dan paragliding di Bukit Jugra, Selangor, permainan sukan air White Water Rafting di Slim River, Perak, melihat gajah di Kuala Gandah, Pahang, serta aktiviti lasak di Hutan Belum.

"Melalui program ini, diri saya lebih dekat dengan alam semula jadi, saya mahu penonton yang menontonnya akan mendapat idea untuk mencuba aktiviti lasak terutamanya untuk orang yang belum pernah mencuba sebarang aktiviti yang dipertontonkan.

"Walaupun letih kerana melakukan penggambaran tanpa henti tetapi disebabkan saya seorang yang suka mencuba perkara baharu, program ini benar-benar dekat dengan jiwa saya," ujarnya yang cukup sinonim dengan pelbagai program pengembaraan dan pelancongan.

Sempat berkongsi pengalamannya, Henry berkata pengalaman baharu serta paling sukar buatnya adalah ketika mendaki Gunung Tahan bersama krew penggambaran sehingga ke puncak.


HENRY teruja bersama pakar paragliding sewaktu mencuba aktiviti lasak tersebut di Bukit Jugra, Selangor.


"Bagi saya pengalaman pendakian naik hingga ke puncak Gunung Tahan paling seronok dan sukar pernah saya alami sepanjang hidup. Mendaki tanpa henti dalam cuaca sejuk selama lima hari untuk berada di ketinggian 2,185 meter memang mencabar fizikal diri saya.

"Selain itu, lokasi paling diingati adalah Kuala Gandah. Saya tidak pernah naik atas gajah dan melihat sendiri kehidupan mereka. Jadi, pengalaman melihat sendiri bagaimana proses pemuliharaan gajah dilakukan di sana sungguh menyentuh hati kerana pada saya gajah merupakan haiwan yang sungguh menakjubkan," ujarnya yang juga merupakan duta kamera jenama Canon di Malaysia.

Henry yang turut mengacarakan program Welcome To The Rail World dan Now Everybody Can Fly To New Zealand itu mengakui secara peribadi dia seorang yang suka menggembara dan bertuah kerana kerja dia dapat melawati pelbagai lokasi menarik di dunia.

"Memang program pelancongan dan pengembaraan sinonim dengan saya kerana saya seorang yang suka melancong. Apabila dapat berkongsi pengalaman menarik saya bersama orang lain merupakan satu kepuasan buat saya. Disebabkan itu, saya berterusan mengacarakan program pengembaraan dan pelancongan.

"Saya memang ingin dikenali sebagai seorang pengacara program seperti itu bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di luar negara. Kalau boleh saya teringin untuk terlibat dengan program yang menjelajah lokasi menarik di seluruh Asia Tenggara," jelasnya yang suka melawat Tokyo, Jepun.

Tidak sahaja terikat dengan pengacaraan, kata Henry dia juga jatuh cinta dengan dunia lakonan tetapi disebabkan jadualnya terikat dengan penggambaran program televisyen tanpa henti, dunia lakonan diketepikan buat sementara waktu.

"Mungkin tahun depan saya akan aktif berlakon pula kerana saya memang suka berlakon. Meskipun kedua-duanya ditayangkan di televisyen, lakonan dan pengacaraan merupakan dua perkara yang amat berbeza. Tetapi saya akan terus belajar dan mencuba sesuatu yang baharu, saya bersyukur kerana diterima penonton sehingga ke hari ini," katanya yang sudah tiga tahun menjadi pengacara.

Pengarah dan penerbit program Without Boundries: The Great Outdoors, Ahmad Khairi Zulkifli memberitahu kepetahan dan personaliti bersahaja Henry merupakan daya penarik dalam program itu.


AKTIVITI 'bermesra' dengan gajah turut menjadi salah satu aktiviti Henry dalam program Without Boundries The Great Outdoors.


"Walaupun dia baharu berusia 24 tahun, dia bijak menyusun skripnya sendiri kerana kami hanya memberi point-point penting kepadanya, selebihnya terpulang kepadanya untuk mencorakkan skrip program mengikut caranya sendiri," ujar Ahmad Khairi.

Tambah Ahmad Khairi lagi, meskipun bajet untuk program ini terhad tetapi itu tidak menghalangnya dan krew produksi memberi yang terbaik buat penonton.

Full content generated by Get Full RSS.

Far East Movement di Bukit Kiara

Posted:

Far East Movement di Bukit Kiara

Far East Movement di Bukit Kiara

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


FAR EAST MOVEMENT akan menggegarkan ibu kota dengan muzik mereka pada 3 Disember ini.


SINGLE hit Like A G6 dan Rocketeer meledakkan nama grup kuartet hip hop Amerika Asia, Far East Movement. Sesuai dengan jenama yang diberikan, kumpulan yang dianggotai oleh Kev Nish (Kevin Nishimura), Prohgress (James Roh), J-Splif (Jae Choung), and DJ Virman (Virman Coquia) itu bakal menggegarkan arena tertutup Taman Ekuestrian Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 3 Disember ini.

Dipersembahkan oleh Universal Music Malaysia dan Marctensia Concerts bersama TuneTalk Mobile Prepaid serta Levi's, Moovment 2011 akan diserikan lagi dengan penampilan DJ Earthworm.

Tidak perlu diperkenalkan lebih lanjut kerana kumpulan yang berpangkalan di Los Angeles itu sudah cukup mengejutkan dunia menerusi lagu tema filem The Fast and The Furious: Tokyo Drift berjudul Round Round sehingga dijadikan runut bunyi untuk versi permainan video.

Far East Movement pada dasarnya hanyalah sebuah band yang dianggotai oleh tiga orang ahli sebenarnya, Kev Nish, Prohgress, and J-Splif yang bergabung pada tahun 2001 atas dasar antusias dalam aliran muzik sejak di bangku sekolah.

Ketika itu nama Emcees Anonymous digunakan. Sehingga pada tahun 2006, jenama baharu diberikan bersempena dengan judul salah sebuah lagu dalam album pertama mereka, Folk Music iaitu Far East Movement.

Sejajar dengan perkembangan positif itu, kumpulan itu giat mencipta nama di kelompok negara Asia dan Amerika Syarikat.

Sehingga kini, Far East Movement sudah membikin dua buah album selepas Folk Music berjudul Animal pada tahun 2009 dan Free Wired pada tahun lalu.

Manakala, menyusuri perjalanan yang sama pada tahun depan, album keempat Dirty Bass pula akan dilancarkan.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama menghangatkan arena tertutup Taman Ekuestrian Bukit Kiara bermula pukul 8 malam pada 3 Disember ini yang pastinya menjanjikan persembahan bertenaga dan aksi yang penuh memukau.

Tiket berharga RM103 (Rock Zone) dan RM203 (Pit Zone) sudah mula dijual bermula 26 Oktober lalu, hubungi 03-8775 4666 untuk

sebarang pembelian.

Informasi Movement 2011 boleh didapati di www.marctensia.com atau 03-2092 1199 dan www.universalmusic.com.my atau 03-7958 7433.

Full content generated by Get Full RSS.