Adsense

Isnin, 26 September 2011

Celebrity News

Celebrity News


Biodata Najwa Latif | Twitter Najwa | Facebook Najwa | Blog Najwa

Posted: 26 Sep 2011 08:51 AM PDT


Gadis yang berasal daripada Batu Pahat ini kini semakin dikenali dikalangan peminat seni muzik di Malaysia, Pelajar SMK (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat Johor ini sudah mempunyai 41k ++ di Facebook Fans malahan video beliau dalam lagu Cinta Muka Buku sudah mencapai 1.5 Juta user yang menonton walaupun baru dua bulan di upload dilaman sosial Youtube.
Berikut maklumat yang ZoOM jumpa daripada laman sosial di Internet mengenai Najwa Latif
Trivia Najwa Latif
Nama Penuh: Imratul Najwa Binti Abdul Latif
Nama Komersial: Najwa Latif
Tarikh Lahir: 23 Mei 1995
Tempat Lahir: Batu Pahat, Johor
Status: Pelajar Sekolah SMK (P) Temenggong Ibrahim Batu Pahat Johor.
Hobi: Menghasilkan lagu dan bermain peralatan muzik gitar, dram dan piano
Laman sosial: http://www.najwalatifs.blogspot.com/
Facebook Fanpages: najwalatif
Twitter : @njwalatif
Youtube : www.youtube.com/najwa595








Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Kisah Suami Isteri Di Pagi Hari

Posted: 26 Sep 2011 08:27 AM PDT



Perbualan di satu petang di antara suami isteri sambil minum dan makan goreng pisang di dapur ..

Suami: Yang yang .. kalaulah abang terkawin lagi, yang anggaplah ia sebagai satu takdir ye yang !

Isteri: Ye lah bang .. kalaulah satu pagi nanti, abg dapati sebahagian anggota abg terputus, anggaplah dia juga satu takdir ye bang !

Suami
     



ZoOM : Hahahahaha
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Gementar Siti dalam teruja

Posted:

Gementar Siti dalam teruja

Gementar Siti dalam teruja

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar ihsan WHAT'S UP ENTERTAINMENT


SELEPAS 16 tahun bergelar penyanyi, impian Siti Nurhaliza untuk memiliki album Inggerisnya tercapai.


TEMPOH 16 tahun yang dilalui oleh penyanyi pujaan ramai ini bukanlah satu masa yang singkat sehingga dia berjaya menjadi satu entiti dalam dunia hiburan tanah air.

Pelbagai pengalaman pahit dan manis selain kejayaan luar biasa semuanya sudah dilakar oleh figura unggul bernama Datuk Siti Nurhaliza ini.

Barangkali rekod pencapaiannya dalam bidang seni sukar sekali untuk ditandingi sehingga gelaran penyanyi nombor satu negara terus menjadi miliknya.

Selama bergelar penyanyi, Siti Nurhaliza sudah merakamkan 14 buah album solo yang merangkumi genre pop dan tradisional di mana hampir kesemuanya mencatatkan penjualan yang membanggakan.

Justeru, penghibur kesayangan ramai yang mesra disapa Siti ini nampaknya sudah bersedia untuk mencatatkan satu lagi rekod buat dirinya.

Selepas sekian lama memendam rasa untuk muncul dengan sebuah album Inggeris, akhirnya mimpi Siti bertukar realiti apabila album Inggeris pertamanya, All Your Love sudah mula menjengah pasaran sejak 22 September lalu.

Mahu atau tidak, harus diakui, berita tentang kelahiran album Inggeris pertama Siti sememangnya sesuatu yang cukup luar biasa.

Alasannya cukup mudah. Ia adalah kerana ia milik Siti Nurhaliza, nama yang cukup besar pengaruhnya dan sudah pasti apabila Siti lahir dengan album Inggeris, ia pasti mendapat perhatian ramai.

Namun, mengapakah hanya selepas 16 tahun, Siti memberanikan diri dengan merakamkan album Inggeris sedangkan dia boleh melakukannya ketika dia sedang meniti zaman kegemilangan sebagai penyanyi tersohor rantau Nusantara.

Apakah kerana pertuturan bahasa Inggerisnya yang sering dijadikan bahan jenaka menjadi halangan untuk Siti merakamkan album dalam bahasa itu sebelum ini?

Sambil menghela nafas yang panjang dalam nada yang cukup berhemah, Siti tidak pernah melihat kekurangan itu sebagai satu masalah seandainya dia mahu merakamkan album Inggeris.

Sebaliknya kata Siti, tempoh 16 tahun sudah cukup membekalkan semangat yang cukup tinggi untuk lahir dengan album Inggeris perdananya.

Malah, penyanyi yang mula menempa nama menerusi lagi Jerat Percintaan ini juga mengambil sikap optimis apabila dalam usianya 32 tahun itu masih belum terlewat untuknya muncul dengan album Inggeris.

"Kelahiran All Your Love bukanlah untuk menunjukkan dan membuktikan kepada semua pihak bahawa saya sebenarnya mampu menyanyikan lagu-lagu bahasa Inggeris dengan baik.

"Sebaliknya saya mahu mencabar diri saya kerana perjalanan sebagai anak seni selama 16 tahun yang telah banyak mematangkan saya untuk muncul dengan album Inggeris.

"Saya juga percaya peluang ini hadir tepat pada masanya dan apabila kepercayaan itu diberikan kepada saya, mengapa tidak untuk saya meneruskan niat yang sekian lama terpendam ini untuk direalisasikan," kata biduanita muda negara ini ketika dihubungi Mega, baru-baru ini.

Reaksi

Dalam pada penyanyi wanita unggul negara ini teruja dengan kelahiran All Your Love, Siti juga tidak mampu menyembunyikan kegusaran menantikan reaksi daripada masyarakat dan peminat setianya terhadap album tersebut.

Bukan Siti tidak yakin dengan penerbitan album itu tetapi dia cukup bimbang apabila ada pihak yang bagaikan sengaja mahu mencari kesilapannya.

Anak kelahiran Kampung Awah, Temerloh, Pahang ini juga cukup sedar bahawa ada yang meletakkan harapan tinggi melangit selain mahu mencari kesempurnaan dirinya apabila muncul dengan album Inggeris.

Sebagai seorang yang cukup berpengalaman dalam bidang seni, Siti mempunyai pandangannya sendiri berhubung isu tersebut.

Baginya, sebagai seorang anak Melayu dan dibesarkan di dalam persekitaran yang hampir kesemuanya bertutur dalam bahasa Melayu, Siti tidak mampu mengubah dirinya menjadi seperti orang Barat.

"Adakah kerana saya lahir dengan album Inggeris, saya perlu menyanyi dan bertutur dalam slanga seperti orang Barat? Saya selesa menjadi diri saya sendiri dan bagaimana saya menyanyi itu adalah cara saya.

"Kalau diperhatikan kepada penyanyi Barat seperti Shakira dan Celine Dion sewaktu mula-mula mereka muncul dengan album Inggeris, mereka menyanyi dengan penyampaian tersendiri.

"Begitu juga dengan penyanyi dari Jepun, Korea dan Taiwan yang berhadapan dengan situasi serupa tetapi mereka boleh diterima dengan baik dan seadanya.

"Dengan kelahiran All Your Love juga ia adalah satu keberanian buat saya dalam menyahut cabaran yang saya sendiri mahukan. Kalau asyik fikirkan kata-kata orang, memang kita tidak boleh maju dan ke mana-mana," ujar Siti panjang lebar.

Impian

Berbicara lanjut tentang All Your Love yang mendapat hak pengedaran daripada Warner Music International itu, impian itu barangkali tidak akan terlaksana jika anak tirinya, Muhammad Adib atau lebih dikenali sebagai Adib tidak lahir dengan idea tersebut.

Apatah lagi, Adib juga memiliki minat yang cukup mendalam terhadap bidang muzik membuatkan Siti tidak mempunyai masalah untuk meneruskan cita-citanya itu bagi melengkapkan profil seninya sebagai seorang penyanyi.

Menerusi Adib kata Siti, dia telah dipertemukan dengan penerbit dan komposer dari Australia, Brian B dan Christian Alexander yang bertanggungjawab menerbitkan album All Your Love di bawah syarikat, What's Up Entertainment Sdn. Bhd.

Hanya menjalani rakaman album di ibu negara selama dua minggu sahaja sekitar pertengahan tahun ini, Siti yang kini cukup popular dengan lagu Falling In Love itu melahirkan rasa puas hatinya terhadap pembikinan album tersebut.

Apa yang penting baginya adalah untuk memastikan penerbit juga berpuas hati dengan dirinya sendiri terutama aspek vokal.

"Saya sendiri tidak mempunyai masalah untuk merakamkan album Inggeris ini kerana saya sudah membuat persediaan dengan mendengar melodi dan menghayati liriknya terlebih dahulu.

"Daripada situ, barulah penghayatan itu datang dan Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Apa yang penting bagi saya adalah untuk memastikan penerbit sendiri berpuas hati dengan rakaman saya.

"Brian sendiri tidak mempunyai sebarang masalah dengan penyampaian saya untuk setiap lagu dalam album ini. Malah, dia juga tidak lokek untuk mengajar saya dari segi sebutan," ujar pemilik trofi Vokal Wanita Terbaik Anugerah Industri Muzik sebanyak 11 kali ini penuh teruja.

Siti Nurhaliza tidak kisah

Posted:

Siti Nurhaliza tidak kisah

Siti Nurhaliza tidak kisah

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my

APABILA nama Datuk Siti Nurhaliza tidak dicalonkan untuk mana-mana kategori dalam Anugerah Industri Muzik Ke-18 (AIM 18) yang diumumkan baru-baru ini, pelbagai spekulasi mula timbul.

Ada yang mengatakan zaman penyanyi itu sudah berlalu apabila nama-nama baru mula mendominasi anugerah muzik paling berprestij negara itu.

Barangkali rezeki tidak berpihak kepada Siti tahun ini apabila lagu Astana Jiwa tidak berjaya membolosi senarai akhir AIM 18 walaupun lagu tema drama bersiri Suria Di Cordoba itu dicalonkan pada peringkat awal.

Tetapi, bagi empunya diri, dia sedikit pun tidak kisah dengan perihal itu sebaliknya melihatnya dari sudut yang positif.

"Jujurnya saya tidak mempunyai masalah apabila tidak dicalonkan tahun ini kerana saya sendiri tiada produk untuk dicalonkan walaupun difahamkan Astana Jiwa layak ke peringkat awal.

"Janggal atau tidak itu, bagi saya biasa sahaja. Mungkin peminat lebih merasakan perasaan itu kerana saya dicalonkan untuk AIM setiap tahun sejak tahun 1997," ujar Siti tanpa selindung.

Sudah pasti kata Siti, selagi dia aktif dalam dunia nyanyian dan merakamkan album, selagi itu dia akan terus mencalonkan karyanya di AIM.

Kerana bagi Siti, kemenangan dalam anugerah kebanggaan karyawan seni tempatan itu bukanlah untuk dirinya sahaja tetapi juga untuk mereka yang terlibat di belakang tabir dalam pembikinan album dan lagu-lagunya.

"Memang seronok apabila setiap penat lelah kita dibayar dan diiktiraf oleh juri tetapi kegembiraan itu berganda apabila melihat mereka di belakang tabir menerima pengiktirafan.

"Saya tetap mahu melihat karya-karya saya di masa akan datang dicalonkan dan seterusnya memenangi kategori lain yang belum pernah dimenangi sebelum ini seperti Muzik Video, Rakaman Album dan Kulit Album Terbaik," ujarnya dalam nada cukup optimis.

Sesungguhnya bukanlah satu masalah besar apabila Siti tidak dicalonkan dalam AIM tahun ini kerana rekod yang dicipta oleh penyanyi bersuara emas ini dalam sejarah AIM barangkali sukar dipadam oleh sesiapa.

Bukan sekadar omongan kosong, tetapi sepanjang menyertai AIM sejak tahun 1997, Siti dan setiap albumnya yang layak dipertandingkan telah menerima 71 pencalonan.

Daripada jumlah itu, sudah 34 buah trofi menjadi milik Siti dan karyawan yang terlibat dalam menghasilkan album serta lagu-lagu nyanyiannya.

Kalau ada yang tidak tahu, Siti juga sebenarnya pernah tewas di gelanggang AIM apabila gagal membawa pulang sebarang trofi pada tahun 1998 walaupun dicalonkan untuk tiga kategori.

Sudah pasti rekod yang paling membanggakan untuk Siti apabila memenangi kategori Persembahan Vokal Wanita Terbaik sebanyak 11 kali.

Menerusi kategori itu, Siti pernah menjulang trofi itu sebanyak lapan tahun berturut-turut dari tahun 1999 hingga 2006.

Dominasi Siti berjaya dipecahkan oleh Jaclyn Victor pada tahun 2007 namun, Siti kembali merampas gelaran itu pada tahun 2008 sehinggalah 2010.

Bukan itu sahaja, Siti juga menjadi satu-satunya artis tempatan yang memenangi gelaran tertinggi dalam AIM iaitu Album Terbaik sebanyak lima kali.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Semoga bahagia

Posted: 25 Sep 2011 03:48 PM PDT

Hip

Norman sebak, Memey bersyukur

BAGAI pesta malam minggu begitulah meriahnya majlis pernikahan pasangan sensasi, Norman Hakim dan Memey di kampung halaman pengantin perempuan di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor apabila masyarakat kampung dan penduduk sekitar berpusu-pusu menuju ke rumah keluarganya.

Anak muda kampung berduyun-duyun menunggang motosikal, manakala ibu bapa mengendong anak kecil mereka semata-mata mahu menyertai acara joget lambak dan karaoke yang diadakan pada sebelah malam selepas majlis berinai dan potong kek.

Malah pasangan bahagia itu cukup sporting apabila mendendangkan lagu Jangan Pisahkan khusus buat tetamu, malah turut meluangkan masa bergambar dengan peminat. Pasangan merpati dua sejoli ini dirai cukup meriah keluarga Memey yang bertungkus lumus membuat perancangan sejak berbulan-bulan lalu bagi memastikan majlis pernikahan mereka menjadi yang terhebat di Felda itu. Status sebagai selebriti juga menyebabkan majlis ini diadakan penuh meriah.

Kemeriahan majlis perkahwinan mereka mula dapat dirasakan menerusi deretan 'banner' yang tertera gambar pasangan sejoli ini tergantung di sepanjang panjang jalan sejauh 20 kilometer dari rumah Memey.

Sebaik tiba di pekarangan rumah Memey pula, 14 buah khemah sudah menanti menyambut kehadiran tetamu.

Majlis yang mengundang hampir 4,000 tetamu. Bapa Memey, Suhaimi Sarwani, 49, berkata mereka cuma mahu berkongsi kegembiraan menyambut menantu dengan penduduk kampung.
"Tujuan kami tidak lebih untuk meraikan keluarga saja. Saya sudah lali dengan kisah yang berlaku kepada anak saya, apapun saya tahu anak saya tidak bersalah. Saya percayakan Memey, malah saya yakin dia tidak melakukan semua itu. Sebagai bapa, saya gembira dan terharu apabila anak perempuannya sudah berkahwin. Sebelum ini dia berada dalam jagaan saya, sekarang dia menjadi milik Norman.

Kini Norman menerima amanah untuk menggalas tanggungjawab saya pula. Saya doakan semoga mereka bahagia ke akhir hayat," kata Suhaimi yang mengakui kelam kabut menguruskan majlis perkahwinan anak ketiganya itu.

Sementara itu, hanya dengan sekali lafaz, kira-kira jam 5.10 petang, Norman Hakim atau nama sebenarnya Mohd Norhakim Zaidon, 35, dan Suhaiza Suhaimi, 23, sah bergelar pasangan suami isteri.

Air mata tidak dapat Norman bendung sebaik selamat dinikahkan Imam 1 dan Penolong Pendaftar Nikah Daerah Kota Tinggi, Mohamad Zulkipli Tarmizi. Sebaik perkataan sah dilafazkan saksi, hujan yang sebelum ini renyai-renyai, tidak semena-mena menjadi lebat seakan-akan merestui perhubungan suci itu.

Memey yang duduk di pelamin indah ditemani dua anak tirinya Mohamed Danish Hakim, 8, dan Marissa Dania Hakim, 6, turut tidak dapat menahan rasa sebak saat lelaki dicintai membaca lafaz taklik.

Norman menyerahkan mas kahwin RM 22.50, wang hantaran RM24,000, lima dulang hantaran dan dibalas tujuh daripada pengantin perempuan.

"Harapan saya tentulah mahu ikatan ini berkekalan, saya juga berharap dapat membina masjid yang terindah untuk kehidupan akan datang. Saya sebenarnya bimbang untuk menjadi nakhoda semula. Setiap manusia tidak sempurna, apabila saya kaji dan kenang semula ketidaksempurnaan saya, perkara itu membuatkan hati saya jadi sebak.

"Perasaan saya begitu tenang, aman dan damai ketika hendak bernikah. Pernikahan adalah satu ibadah, oleh itu saya akan tunaikan ibadah ini dengan sebaiknya," kata Norman yang merancang ingin menunaikan umrah dan juga ke Paris sebagai destinasi bulan madu mereka.

Bagaimanapun katanya, setakat ini mereka masih belum membuat keputusan bila akan berbulan madu memandangkan masing-masing masih lagi terikat dengan jadual kerja.

Mengimbau pula detik perkenalan mereka, Memey mengakui terpesona dengan sikap penyayang, tanggungjawab serta kelembutan bapa kepada tiga cahaya mata itu melayan karenah manjanya.

"Sikapnya yang bertanggungjawab serta penyayang. Begitu juga dengan ilmu agama yang dimilikinya. Saya mengaku seorang yang manja tetapi suami tahu bagaimana untuk melayan saya, walaupun untuk hal-hal kecil.

"Semakin mengenali suami, saya rasakan diri semakin bertuah. Saya berharap ikatan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat," kata Memey yang merancang mengadakan majlis pernikahan di kampung kerana mahu disaksikan anggota keluarga, sanak saudara dan jiran-jiran.

Katanya, dia sering berada di Kuala Lumpur, justeru dia jarang dapat bersama keluarga di kampung. Biarpun ibunya mengatakan majlis di Kuala Lumpur sudah memadai, Memey tetap ingin hari bersejarahnya diraikan di kampung halamannya sendiri.

"Sejak menjadi pelakon, saya jarang pulang ke kampung menghabiskan masa bersama keluarga. Disebabkan ini hari bahagia saya, saya mahu keluarga, saudara-mara, sahabat- handai dan penduduk kampung meraikannya bersama-sama saya," katanya.

Terharu, terima kasih kepada Abby

BIARPUN Abby Abadi tidak hadir pada majlis bersejarah itu, namun Norman tetap terharu dengan bekas isterinya, Abby Abadi malah berterima kasih kerana mengizinkan dua anak mereka menyaksikan hari sejarahnya.

"Saya ingin berterima kasih kepada bekas isteri kerana mengizinkan anak mengikut saya. Sebenarnya saya sendiri tidak bercadang membawa mereka kerana saya bimbang tidak mampu melayan mereka kerana kesibukan.

Bagaimanapun, sebelum saya bertolak ke sini, dia menghubungi saya meminta ambil anak kerana sudah menyiapkan pakaian mereka.

"Pada Selasa lalu saya ke rumah bekas isteri untuk makan malam bersama anak.
Saya ada beritahu mereka yang saya akan berkahwin, tapi tak sangka bekas isteri begitu baik hati memberikan keizinan pada anak untuk ikut saya.

"Saya dengan Abby memanglah sudah berpisah, tetapi kami tidak terpisah sebagai ibu dan bapa kepada anak kami," kata Norman.

Bekas isteri doakan kebahagiaan

"Alhamdulillah mereka sudah dapat apa yang dimahukan. Saya mendoakan semoga perkahwinan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat," kata Abby ketika dihubungi.

Menurutnya, dia tidak berasa apa-apa melihat bekas suaminya akhirnya berkahwin dengan wanita pilihannya. Lagipun, dia sudah lama melupakan episod hitam yang melanda rumah tangga mereka tiga tahun lalu.

"Saya lepaskan anak mengikut papa mereka kerana memikirkan masa depan mereka. Saya mahu bekas suami sama-sama jaga anak kami. Saya bimbang putus rezeki untuk anak. Jadi saya mahu bekas suami sama-sama menjaga anak.

"Manalah tahu satu hari nanti saya tidak ada duit, bekas suami bolehlah sama-sama membantu menanggung anak," katanya.

Sementara itu, anak sulung Norman, Danish yang turut hadir menyaksikan perkahwinan bapanya, berkata seronok dan sedih melihat bapa dinikahkan dengan Memey. Katanya, dia menangis kerana gembira bapanya berkahwin dengan wanita yang baik.

"Danish nangis sebab semua orang menangis. Danish menangis sebab gembira dapat mak baru. Kalau boleh Danish nak dapat adik kecil cepat sebab sekarang ada dua adik saja," katanya senyum.


Fragmen: Mantapkan perlindungan sedia ada

Posted: 25 Sep 2011 03:44 PM PDT

Hip

PERLINDUNGAN Hak Cipta Karya Muzik Malaysia (MACP) Berhad adalah pertubuhan bukan berorientasi keuntungan sebaliknya berperanan melesenkan penggunaan karya muzik dan seterusnya mengutip royalti yang dibayar kepada penulis lagu, penerbit dan penulis seni kata apabila hasil karya mereka disiarkan atau dipersembahkan kepada umum.

Pengguna hasil karya muzik ini ialah stesen radio, TV, semua premis hiburan, kompleks kerajaan, pusat membeli belah, perkhidmatan kandungan bergerak (mobile) seperti muat turun lagu, online dan banyak lagi.

MACP Berhad diperbadankan sebagai sebuah syarikat sendirian berhad pada September 1989 dan hari ini mempunyai 2,500 ahli yang terdiri daripada penulis lagu, penerbit muzik yang mempunyai hak kawalan dan pemilikan ke atas lebih 50,000 karya muzik tempatan sahaja. MACP juga menjalin perjanjian kerjasama dengan badan perlindungan hak cipta karya muzik peringkat antarabangsa. Dalam hal ini, MACP mewakili lebih dua juta komposer, penulis lirik dan penerbit antarabangsa. Sebab itulah, MACP di Malaysia diberikan hak untuk mengawal lebih 12 juga hasil karya muzik dari seluruh dunia.

Baru-baru ini, kita bertemu dan berbual dengan Pengerusi MACP, Habsah Hassan mengenai perlindungan hak cipta yang sudah lebih 20 tahun beroperasi di Malaysia. Operasinya bermula di sebuah rumah kedai di Hartamas, Kuala Lumpur sebelum berpindah ke Pusat Perniagaan Jalan Kuchai Lama. Pengerusi pertamanya ialah Datuk Freddie Fernandes.

Dalam perbualan dengan Habsah atau mesra dengan panggilan Kak Cha, kita dimaklumkan ada ura-ura mengenai untuk menubuhkan sebuah lagi badan untuk mengutip royalti karyawan muzik. Kononnya, badan pemuzik sekarang tidak cekap, tidak telus dan banyak kelemahan.

Pihak ini dikatakan sedang melobi kerajaan khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk menubuhkan badan royalti baru dan memansuhkan badan royalti sedia ada.
Selain MACP, kita juga ada dua lagi badan royalti iaitu Performers and Artistes Rights Malaysia (PRISM). Peranan PRISM ialah mengutip royalti ke atas mana-mana pemuzik dan artis yang membuat persembahan pada sesuatu acara, majlis atau program TV. Muzik tidak akan wujud kalau tidak ada pemainnya. Si pemain muzik ini seperti pemain gitar, dram, saksofon, piano dan sebagainya yang memainkan sesuatu lagu dalam sesuatu persembahan pada sesuatu acara, berhak untuk menerima sejumlah bayaran. Bayaran itu dikutip dan seterusnya diagihkan oleh PRISM.

Satu lagi badan pengutip royalti ialah PPM atau Public Perfomance Music Malaysia, iaitu badan yang mewakili syarikat pemegang hak cipta karya muzik.
Dalam erti kata lain, secara ringkasnya, MACP melindungi dan mengutip royalti untuk pencipta sesebuah karya muzik. PRISM pula memungut royalti bagi pihak pemuzik dan penyanyi yang menyampaikan sesuatu karya yang dihasilkan oleh pencipta tadi.

Memahami isu royalti memang rumit. Peranan badan royalti, formula pengutipan royalti dan kaedah untuk mengagihkan hasil kutipan royalti, pelesenan karya cipta muzik selain cara penguatkuasaan, memang rumit untuk difahami.

Oleh itu, MACP dan PRISM dari semasa ke semasa memperbaiki kaedah dan formula pengurusan, pengendalian dan pengagihan royalti. Bukan sahaja orang ramai, di kalangan pemuzik atau pengkarya muzik sendiri pun, ada yang kurang memahami peranan MACP dan PRISM sehingga wujud pertelingkahan dan salah faham di kalangan mereka.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri pernah mengadakan sesi pertemuan dengan pengarang hiburan daripada media arus perdana untuk mendapatkan pandangan dan maklumat mengenai perjalanan operasi dan kepentingan setiap badan perlindungan hak cipta karya muzik ini.

Kita masih ingat, nada beliau seolah-olah mempertikaikan ketelusan MACP, PRISM atau PPM mengenai sistem pengagihan royalti ini. Tapi ada ketikanya Ismail sendiri masih keliru dan kurang faham dengan setiap peranan badan pengutip royalti ini. Kita sendiri sudah menjelaskan bahawa setiap badan pengutip royalti mempunyai matlamat yang tersendiri.

Bagaimana mereka mengagihkan hasil kutipan royalti adalah berdasarkan format yang diguna pakai oleh badan pengutip royalti antarabangsa. Pendek kata, memanglah tidak ada satu formula yang standard.

Hasil daripada pertemuan itu, Ismail memberi bayangan kemungkinan untuk menubuhkan satu lagi badan royalti yang kononnya akan dikawal sepenuhnya oleh kerajaan iaitu kementeriannya sendiri.

Perkara itulah yang diceritakan semula oleh Kak Cha dalam pertemuan baru-baru ini. Bagi pihak MACP, Kak Chah berasa kecewa kalau KPDNKK bersetuju dan membenarkan penubuhan sebuah lagi badan pengutip royalti.

Sememangnya, bagi kita sendiri tertanya-tanya apa perlunya kerajaan menubuhkan badan pengutip royalti yang baru. Sekiranya KPDNKK berasakan MACP, PRISM dan PPM ada kelemahan, adalah menjadi tanggungjawab kementerian ini untuk membantu memperbaiki serta memantapkan operasi ketiga-tiga badan pengutip royalti ini.

Memansuhkan badan pengutip royalti muzik yang ada dan menggantikan dengan yang baru, tidak menyelesaikan masalah. Menubuhkan badan royalti yang baru bermakna, segala-galanya kena bermula dari awal sedangkan apa yang sekarang sebenarnya sudah mantap.


Gambarhehe

Gambarhehe


Penyokong BERSIH terbaik jatuh kepada…

Posted: 11 Jul 2011 02:00 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Penyokong perhimpunan BERSIH 2.0 terbaik jatuh kepada.. Orang kuning dari DIGI.. Maxis dan Celcom pasti gembira dengan penangkapan mereka.. haha

Gambar Bersih 2.0: Penipuan Berita Harian

Posted: 10 Jul 2011 06:37 AM PDT


Gambar dari perhimpunan Bersih 2.0 ini dipaparkan di muka depan Berita Minggu.. Caption gambar tersebut pula menyatakan 'seorang perusuh membawa pisau dalam perhimpunan haram'. Betul ke?


Ini gambar yang telah didapati daripada laman web Al-Jazeera.. Orang yang sama didapati sedang memegang bendera Malaysia kecil.. Jika diamati betul-betul kedua-dua gambar ini, jelas bahawa pisau itu sebenarnya batang bendera Malaysia tersebut..


Nampak bukan? MediaHehe bukanlah penyokong kepada Bersih 2.0.. Tapi pada masa yang sama, bukan juga penyokong KOTOR.. Yang betul disokong, yang salah ditegur.. Tidak kira dari pihak mana..

Related Posts with Thumbnails
Share

from your own site.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Memey-Norman Sah Bergelar Suami Isteri

Posted: 25 Sep 2011 05:00 PM PDT


nuffnang_bid = "f1d2da164511835d8b2f4e70dae8ccd1"; // ]]>

Memey dan Norman kini sah bergelar suami isteri.

PETALING JAYA: Pelakon Norman Hakim, 35, telah selamat dinikahkan dengan pasangannya, pelakon Memey Suhaiza, 23, pada Sabtu di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.

Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah mukim Kambau, Kota Tinggi, Zulkifli Tarmizi berwalikan bapa Memey, Suhaimi Sawarni, 49.

Pada majlis tersebut, Memey turut menerima mas kahwin berjumlah RM22.50 dan lima dulang hantaran termasuk wang hantaran RM24,000, sistem pengesanan global (GPS), rantai, cincin berlian, kek buah berbentuk beg tangan Gucci, sirih junjung dan al-Quran.

Sementara Norman menerima tujuh dulang hantaran daripada Memey iaitu iPad 2, cincin, coklat, buah-buahan, sirih junjung, kek lapis Sarawak dan al-Quran.

Keseluruhan hantaran kedua-dua belah pihak dianggarkan berjumlah RM40,000 yang digubah oleh Iezla Bridal merangkap perunding perkahwinan.

Memey dan Norman kelihatan sama cantik sama padan mengenakan baju pengantin berwarna mengikut kulit rekaan Ezuwan Ismail.

Memey menerima hadiah hantaran daripada Norman. – Foto RAHMAN EMBONG

Selain keluarga kedua-dua belah pihak, majlis ini turut dihadiri dan disaksikan oleh 1,000 tetamu.

Menurut Norman, dia akan membawa Memey berbulan madu di Paris dalam masa yang akan ditetapkan kemudian dan seterusnya dijangka ke Mekah untuk mengerjakan umrah pada tahun depan.

Pada malam Sabtu, pasangan ini melangsungkan majlis malam berinai di rumah pihak perempuan di mana Memey mengenakan baju busana berkonsepkan kontemporari berwarna peach manakala Norman dengan baju tradisional berwarna hitam yang disediakan oleh Iezla Bridal.

Majlis resepsi sebelah pengantin perempuan dilangsungkan di rumah pihak perempuan pada Ahad dengan berkonsepkan perkahwinan dalam taman. Pakaian persandingan direka oleh Hatta Dolmat manakala untuk upacara memotong kek direka oleh Rizman Ruzaini.

Pada 28 September depan pula, majlis perkahwinan yang bernilai RM12 juta, akan diadakan di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur, ditaja sepenuhnya oleh jenama barangan kemas, Rafflesia.

Tema majlis perkahwinan itu berkonsepkan Kosmopolitan dan hanya 200 orang tetamu sahaja di undang iaitu pihak media dan selebriti.

Menariknya Memey akan menyarungkan gaun pengantin pereka tersohor dunia, Vera Wang pada majlis perkahwinannya pada 28 September itu.

Menurut perancang perkahwinan mereka, Billbora, gaun yang menjadi pilihan selebriti Hollywood seperti Kim Kardashian, Mariah Carey dan Invanka Trump itu telah dibeli oleh Rafflesia, menerusi sebuah agen di Hong Kong.

Memey akan mengenakan dua gaun pengantin pada majlis tersebut dan salah satunya daripada rekaan Vera Wang yang berkonsepkan Bohemian. Bagaimanapun ia bukanlah ditempah khas sebaliknya dibeli oleh pihak Rafflesia yang inginkan kelainan pada majlis tersebut.

Sepasang lagi gaun yang akan dikenakan pula direka khas oleh tiga pereka tempatan daripada Rafflesia dengan bertatahkan mutiara gred A yang bernilai RM500,000.

Bagi pakaian pengantin lelaki pula, Norman akan mengenakan dua pasang sut tradisional Inggeris rekaan Lord's Taylor bernilai RM10,000 setiap satu.

Menarik lagi, keempat-empat gaun dan sut pengantin tersebut akan dipamerkan untuk satu acara istimewa di Muzium Negara pada 26 November hingga 31 Disember depan.

Selain Rafflesia, Lord's Taylor dan Vera Wang, Profesor Datuk Jimmy Choo juga akan menghasilkan dua pasang kasut khas buat Memey yang bernilai RM300,000.

Ini merupakan perkahwinan pertama buat Memey manakala yang kedua bagi Norman.

Norman pernah berkahwin dengan pelakon Abby Abadi pada 8 Januari 2002 dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim,8, Marissa Dania Hakim,6, dan Maria Danisha Hakim,3. Mereka bercerai pada 18 Disember 2008.

/// mstar ///

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Gambar perkahwinan Norman Hakim dan Memey Suhaiza

Posted: 25 Sep 2011 12:44 PM PDT

majlis perkahwinan norman hakim dan memey suhaizaTahniah buat Norman Hakim dan isteri barunya, Memey Suhaiza yang telah selamat bergelar suami isteri yang sah pada hari sabtu yang lepas setelah dinikahkan hanya dengan sekali lafaz sahaja di rumah pengantin perempuan di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor… Majlis pernikahan mereka yang dihadiri lebih 1000 orang tetamu itu diraikan dengan begitu meriah sekali..

Pada majlis pernikahan tersebut, Memey Suhaiza menerima RM22.50 duit mas kahwin dan RM24,000. sebagai wang hantaran beserta 5 dulang hantaran yang terdiri daripada sistem pengesanan global (GPS), rantai, cincin berlian, kek buah berbentuk beg tangan Gucci, sirih junjung dan al-Quran.

Manakala Norman Hakim pula menerima tujuh dulang hantaran iaitu iPad 2, cincin, coklat, buah-buahan, sirih junjung, kek lapis Sarawak dan al-Quran…

Pada hari Ahad pula, Majlis persandingan bagi meraikan kedua-dua pengantin baru itu diadakan di rumah pengantin perempuan yang berkonsepkan perkahwinan dalam taman..

Pada hari rabu (28 sept) ini pula majlis resepsi Norman Hakim dan Memey Suhaiza yang terbesarkan akan diadakan di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur.. Majlis resepsi yang bernilai hampir RM12 juta itu akan ditaja sepenuhnya oleh Rafflesia…

Buat masa sekarang jom kita layan dulu gambar perkahwinan Norman Hakim dan Memey Suhaiza yang diadakan di rumah pengantin perempuan semalam kat bawah ni…

majlis resepsi memey suhaiza dan norman hakim

majlis resepsi norman hakim dan memey suhaiza

majlis resepsi memey dan norman

majlis resepsi norman dan memey

majlis perkahwinan memey suhaiza dan norman hakim

majlis perkahwinan norman hakim dan memey suhaiza

majlis bersanding memey dan norman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Rentap projek baru Diana

Posted: 25 Sep 2011 06:26 AM PDT

INGATKAN panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Hidup satu perjudian begitu juga dengan perkahwinan. Jika jodoh panjang, kebahagiaan menjadi milik kita hingga ke akhir hayat tetapi jika ditentukan sebaliknya, terima saja dugaan itu dengan hati penuh reda.

Itulah kata-kata yang dipegang penerbit muda dan pelakon, Nordiana Johor Zainal Abidin atau Diana Johor, 28, selepas rumah tangga yang dibina bersama jejaka pilihan hati, Ramelle Ashram Ramli hampir setahun setengah lalu, runtuh.

Diana yang ditemui di majlis rumah terbuka Media Prima, Jumaat lalu, enggan mengulas mengenai apa yang berlaku antaranya dan bekas suami. Baginya, semua sudah ditentukan.

"Tidak dinafikan sudah tentu ada sebab mengapa perceraian itu berlaku, tetapi ia tidak manis untuk dikongsi bersama umum. Apatah lagi ia boleh mengaibkan.

Saya pula baru saja pulang daripada menunaikan umrah. Alhamdulillah, selepas pulang hati saya bertambah tenang.

"Saya juga bersyukur perpisahan berlaku awal. Jika ia berlaku ketika kami memiliki cahaya mata, ia mungkin akan menimbulkan lagi masalah untuk meneruskan hidup.

"Sepanjang berkahwin, kami belum dikurniakan cahaya mata sehinggalah berpisah. Memang sedih, tetapi waktu sama ia mungkin baik untuk kami agar masing-masing boleh meneruskan hidup.

"Saya sudah menerima kenyataan apa yang berlaku dan reda dengan ketentuan Allah. Saya sedar hidup perlu diteruskan dan itulah yang saya lakukan kini," katanya seraya menutup cerita dan enggan lagi mengungkit kisah lalu.

Diana yang dikenali melalui iklan minyak masak Alif, kembali bersemangat berbicara mengenai projek terbaru membabitkan drama yang dihasilkan syarikat produksinya, Unique Twins Sdn Bhd yang ditubuhkan bersama saudara kembarnya, Norlina Johor Zainal Abidin atau Lina juga pelakon dan penulis skrip.

Kata pemegang ijazah ekonomi dan kewangan dari Universiti Curtin, Perth, Australia ini, selepas menerbitkan beberapa telefilem seperti Hani Coklat Strawberi, Puteri Kayangan dan Tanah Keramat, kini sibuk dengan kerja-kerja produksi untuk drama terbaru, Rentap.

Drama itu dihasilkan untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan ini kali pertama produksinya terbitkan drama untuk stesen kerajaan itu menyebabkan Diana lebih berhati-hati untuk memastikan hasilnya benar-benar bagus apatah ia bertemakan epik dan sudah tentu belanjanya agak besar.

"Pada saya, biarlah berbelanja lebih sedikit agar kualitinya bagus. Lagipun saya mahu memastikan apa saja cerita dihasilkan Unique Twins harus berbeza seperti apa yang pernah saya lakukan sewaktu menghasilkan Puteri Kayangan. Ia menampilkan 20 peratus kesan khas.

"Hendak diikutkan, memang saya tidak berpuas hati dengan Puteri Kayangan kerana drama itu dihasilkan dalam waktu yang singkat. Begitupun, saya gembira apabila ia mendapat jumlah tontonan tinggi. Tidak sangka ramai yang suka akan perubahan yang dilakukan Unique Twins dalam drama dihasilkan," katanya.

Mungkin status dirinya sebagai menantu bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Diraja Ramli Ngah Talib banyak membantu perjalanan syarikatnya hingga agak mudah untuknya menjual produk kepada stesen televisyen tetapi Diana menafikan semua itu.

Katanya, perkara itu tidak seharusnya timbul kerana Unique Twins sudah ditubuhkan sebelum dia bergelar isteri Ramelle Ashram. Malah dirinya sudah lama bertapak dalam dunia lakonan seawal usia 14 tahun dan banyak menimba pengalaman dalam bidang itu.

"Saya mula berlakon sejak usia 14 tahun tetapi dunia lakonan saya tinggalkan buat sementara selepas mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Australia.
Selepas kembali, saya berlakon semula dan waktu sama bergabung dengan Lina menubuhkan produksi sendiri.

"Sebelum berkahwin juga, saya sudah menerbitkan beberapa drama yang sudah pun ditayangkan sebelum itu. Jadi dakwaan yang mengatakan saya menggunakan nama keluarga bekas suami hingga memperoleh peluang untuk mendapatkan projek Unique Twins sama sekali tidak benar.

"Tambahan pula bekas suami tidak mempunyai pengetahuan mahupun pengalaman dalam bidang penerbitan drama mahupun filem. Dia tidak pernah mencampuri urusan perniagaan saya dan menguruskan Unique Twins," katanya.

Dalam menghasilkan karya terbaik, Diana banyak bergabung dengan Lina dan paling ketara drama Puteri Kayangan yang pernah disiarkan menerusi slot cerekarama di TV3 dan menjadi bukti bahawa gabungan mereka berdua boleh menghasilkan karya menarik.

"Saya serasi bekerja dengan Lina. Memanglah kata orang bekerja dengan adik beradik agak payah sebab mudah berkecil hati apabila ada beberapa perkara yang tidak memuaskan hati akan diluahkan. Pada saya mahupun Lina, apa yang kami lakukan adalah untuk kebaikan Unique Twins.

"Ada kala memang kami bertelagah membabitkan idea mahupun pelaksanaan sesebuah drama yang mahu dihasilkan. Bagaimanapun, saya tahu pertembungan idea itulah nanti akan memberikan hasil yang bagus," katanya.

PROFIL:

Nama Penuh: Nordiana Johor Zainal Abidin
Panggilan: Diana Johor
Asal: Johor Bahru, Johor
Umur: 28 tahun
Kerjaya: Pengarah Hotel Pelangi, Johor, penerbit, pelakon dan model iklan komersial
Keluarga: Anak kedua daripada tiga beradik

Drama: Antaranya Mas Maria, Sembilu, Astana Idaman, Hana Hani Cokelat Strawberi dan Tanah Keramat

Teater: Muzikal Tun Mahathir
Pendidikan: Ijazah Ekonomi dan Kewangan dari Universiti Curtin, Perth, Australia
Iklan TV: Banyak, antaranya minyak masak Aliff

15 pemenang ke LA

Posted: 25 Sep 2011 06:11 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]TEPAT jam 3.15 petang ini, seramai 25 orang terdiri daripada 15 pemenang Anugerah Skrin 2010 (ASK2010), empat wartawan media cetak dan wakil daripada Media Prima Berhad diketuai Pengurus Perhubungan Awam dan Acara TV3, Muhamad Aziz, akan berangkat ke Los Angeles sempena program ‘Anugerah Skrin Study Trip’.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Awie tolak, Khir terima

Posted:

Awie tolak, Khir terima

Awie tolak, Khir terima

VISI Mamat untuk Rentaz direalisasikan menerusi dua tenaga utama lakonannya, Awie dan Khir.


BUKAN mudah untuk membikin sesebuah filem supaya mesej yang ingin disampaikan benar-benar berkesan serta dapat difahami penonton yang mengunjungi pawagam untuk menontonnya.

Namun, bagi seorang penggarap filem yang namanya telah sinonim dengan filem bergenre komedi seperti Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah, Mamat Khalid, kali ini dia ingin menayangkan sebuah filem yang mungkin menyimpang dari dua filem pecah panggung yang digarapnya sebelum ini.

Rentaz merupakan taruhan terkini Mamat Khalid di bawah terbitan Grand Brilliance Sdn. Bhd. Watak utamanya merupakan Awie yang memegang karakter Bob serta Khir Rahman sebagai Tyson.

Filem bergenre seram ini menampilkan kisah mengenai seorang lelaki bernama Bob yang sedang koma didatangi Tyson, iaitu jelmaan syaitan berwajah manusia yang cuba untuk menyesatkan Bob selaku orang Islam walaupun ketika dirinya sedang berada di ambang maut.

Awie enggan dipertikaikan

Bagi Awie dan Khir, selain bermain dengan emosi dalaman, mereka juga perlu bijak bermain dengan watak yang diberi supaya kelihatan pro dan kontranya apabila dilakon dan dipertontonkan kelak.

Akui Awie atau Ahmad Azhar Othman ini, pada mulanya dia diberi watak Tyson. Namun disebabkan pelantikannya sebagai duta Persekutuan Seruan Islam Perak (PSIP) baru-baru ini, Awie beranggapan adalah tidak manis jika watak jelmaan syaitan itu dilakonkannya.

"Sebenarnya dalam konteks cerita ini Tyson boleh dilihat sebagai penyedar kepada sesiapa yang menonton. Tapi, saya tidak mahu nanti ada pihak yang mempertikaikan watak tersebut berkait dengan status saya sebagai duta PSIP.

"Saya tidak takut orang mengganggu saya namun saya tidak mahu orang mengganggu PSIP kelak mengenai isu watak ini kerana walaupun ia suatu karakter yang terbaik, namun setelah difikirkan semula, akhirnya saya menolak dan mengambil watak Bob," jelas Awie yang mengakui dia sememangnya tertarik dengan jalan cerita Rentaz ini sendiri.

Bicara Awie lagi, ini merupakan kali pertama dia melakonkan watak lelaki yang sedang koma dan tambahnya, setiap babak dalam Rentaz akan membuatkan penonton berasa tegang dan seram.

Ini kerana ia adalah filem yang dirasakan berlainan dari apa yang pernah dilakonkannya serta digarap oleh pengarah lain.

Tambahnya, karakternya sebagai Bob juga perlu agak sedikit low profile dan begitu mencabar diiringi dengan syot-syot yang dibuat. Jelasnya, penumpuan terhadap syot, genre dan arah filem ini juga begitu mencabar dan perlu berhati-hati semasa melakonkannya.

"Dalam erti kata lain, selain menyedarkan serta memberi keinsafan, ini juga merupakan dakwah secara halus dan punya makna tersirat kepada penonton yang memahaminya.

"Dan jika kita bercakap sekali, seribu orang membaca dan jika ada seorang pun yang menerima, sudah besar rahmat yang diperoleh.

"Namun walaupun seperti berdakwah, di dalam filem ini, kita tidak berkhutbah kerana kita mahu umumkan perkara ini dan tidak mahu terlalu berbentuk keIslaman," bicara Awie rancak ketika ditemui di lokasi penggambaran di Perangin Mall, Pulau Pinang baru-baru ini.

Akui vokalis kumpulan Wings ini juga, Bob juga merupakan watak yang memberi tekanan kepadanya kerana setelah meneliti skrip yang diberi dia menjadi agak tegang.

Ini kerana, dalam masa yang sama, walaupun watak yang dipegangnya itu tidak berkhutbah, namun emosi dalamannnya dan pandangan matanya yang harus menyampaikan khutbah kepada penonton tanpa berbicara mengenai isu agama.

"Sejujurnya, bidang nyanyian lebih mudah dari bidang lakonan memandangkan lakonan memerlukan penghayatan skrip dan emosi yang mendalam supaya watak yang dibawa itu berjaya dilaksanakan," akhiri Awie.

Khir minta izin

Saat menerima tawaran menjadi jelmaan syaitan dalam filem Rentaz, bagi seorang pelakon yang bukan sahaja berpengalaman di pentas teater, namun juga berpengalaman sebagai pengarah yang pernah mengarah filem kontroversi, …Dalam Botol, Khir Rahman sudah mengetahui bagaimana dirinya akan membawa watak ini dari persepsi yang difahami dirinya.

"Dari awal-awal lagi, ketika saya ditawarkan watak ini, pengarah mengatakan ini merupakan watak syaitan dan ketika itu juga saya beritahu Mamat yang kebiasaannya untuk watak begini saya akan gunakan pendekatan yang berlainan.

"Untuk watak Tyson, saya akan gunakan kaedah pendekatan naturalisme dan logikal yang mana banyak bermain dengan emosi dalaman dan luaran," jelas pemilik nama sebenar Khairulizam Abdul Rahman ini.

Tambahnya: "Justeru, saya meminta izin pihak Mamat untuk saya lakonkan watak ini secara mekanikal dan teknikal dan lebih kepada kebebasan gaya lakonan saya sebagai jelmaan syaitan. Ini Kerana, jika saya mahu letakkan diri saya secara dalaman sebagai syaitan, ia memerlukan pendekatan yang berbeza kerana ia bercanggah dengan iman kita sebagai manusia."

Menurutnya lagi, mungkin ini yang dikatakan manisnya berkarya apabila seseorang pelakon cuba untuk memegang intipati watak masing-masing.

Kata Khir, sebenarnya, watak seperti Tyson yang membolehkan pembawanya bebas untuk mengekspresikan apa yang diimaginasikan kadangkala membolehkan pelakon lain cemburu akan kebebasan lakonannya.

Sementara itu, Khir memberitahu watak Bob lakonan Awie merupakan watak yang berada di dalam zon kekeliruan, di mana dalam fikirannya masih terdetik dan mencari kebenaran namun ia tidak sebebas Tyson.

Jelasnya lagi, ini memberi maksud dalam filem tersebuti, ia merupakan pandangan dan imaginasi watak Bob itu sendiri tentang bagaimana dia melihat syaitan sebenarnya.

Bagi Khir, watak yang dibawanya kelihatan agak jelas supaya penonton yang menontonnya akan faham apa yang ingin disampaikan sekalipun penonton itu adalah dari kalangan kanak-kanak.

Kemilau Konsert Suara Kami

Posted:

Kemilau Konsert Suara Kami

Kemilau Konsert Suara Kami

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


PERDANA MENTERI, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri bermesra dengan generasi muda di Konsert Suara Kami.


BARISAN artis antarabangsa, pukauan penonton melimpah ruah, pentas tersergam gah dan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di luar jangkaan antara penangan hebat melengkapkan portfolio stesen penyiaran swasta, Astro menganjurkan satu acara yang penuh gemilang.

Pancaran gemerlapan cahaya sepanjang tentatif acara Suara Kami yang berlangsung seharian di lokasi penuh bersejarah, Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, disimpulkan kemas menerusi konsert meganya pada sebelah malam membuka tanda aras baharu biarpun penganjuran pertama acara tersebut.

Umpama kata-kata Najib yang ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengejutkan 6,000 pengunjung yang membanjiri Stadium Merdeka, bara semangatnya turut mengesankan jiwa belia.

"Apa yang penting saya dapat bersama-sama dengan generasi baharu Malaysia dan saya ingin rasa semangat dan tenaga daripada generasi muda kita," bertebar ucapan ringkas bak kata-kata semangat yang diikuti gema sorakan keterujaan penonton.

Membuka panggung, Hujan tampil menghadiahkan buah tangan terbaharu menerusi lagu Rumah Kita. Penuh patriotik! Sesuai dengan objektif Suara Kami yang juga meraikan sambutan Hari Malaysia pada 16 September lalu.

Walaupun pekarangan utama stadium penuh nostalgik itu diiringi renyai hujan, sesekali tidak mematahkan getar hati belia negara untuk terus berdiri membuktikan sokongan padu.

Kemudian, gabungan tarian K-Pop dan Hip Hop oleh Battle Ruffneck dan Soul Krazy mengisi slot menerusi lagu Who Runs The World, Sexy Chick dan Inspector Gadjet.

Penyanyi dari India, Naresh Iyer dan Chenmayi seterusnya tampil bersama rangkaian lagu Tamil Yethi Yethi dan Kilimanjaro.

Kumpulan yang bakal melebarkan sayap ke Amerika Syarikat, Pop Shuvit tampil pula dengan lagu yang melonjakkan nama mereka, Mara Bahaya, penuh energetik dan momentum mereka selayaknya

diletakkan ke taraf antarabangsa.

Tambah menghangatkan bara di pentas, penampilan eksklusif bintang muda berbakat besar yang sedang menimba segedung ilmu dari Amerika Syarikat, Yuna bersama dendangan lagu Gadis Semasa.

Menghargai perjuangan artis-artis rock yang pernah melakar nama di persada antarabangsa antaranya Wings, Lefthanded dan Search, Azlan and the Typewritter muncul bersama buah tangan medley lagu

Pawana, Seruan dan Sejati yang diikuti jurus petikan gitar daripada gitaris malar segar Joe Wings,

Man Kidal, Kid Search dan Hillary Ang.

Hins Cheung, artis yang diterbangkan khas dari Hong Kong bersama lagu My Way dan Deadline melengkapkan variasi artis berkonsepkan 1Malaysia.

Kilauan artis Korea, Rania turut menghiburkan penonton dengan kelincahan beraksi menerusi lagu-lagu Dr Feelgood, Masquerade dan Stand Up For Love.

Klimaks pada persembahan yang berdurasi dua jam itu akhirnya disempurnakan oleh persembahan penuh memukau daripada rapper Amerika Syarikat, Nelly bersama sajian lagu yang melonjakkan nama mereka di pentas dunia, Dilemma, Party People, One & Only dan Just Dream.

Penutup tirai persembahan, Altimet, DJ Fuzz, Point Blanc, Ila Damia dan Rabbit Mac muncul mengalirkan momentum luar biasa melalui lagu Malaysian Boy.

Walau ada desas-desus yang menyangkal pembabitan beberapa artis luar negara sekali gus mengetepikan peluang artis tempatan beraksi, Astro selayaknya diberikan kredit atas usaha mempromosikan keunikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan punyai diversiti dalam semua aspek budaya mahupun kehidupan.

Kim, Kris batalkan pernikahan?

Posted:

Kim, Kris batalkan pernikahan?

Kim, Kris batalkan pernikahan?

SETELAH hampir sebulan mendirikan rumah tangga dengan menganjurkan satu majlis yang cukup mewah, tiba-tiba kedengaran kisah kurang menarik yang membabitkan pasangan Kim Kardasian dan Kris Humphries.