Adsense

Sabtu, 23 Julai 2011

Celebrity News

Celebrity News


Kisah Ayah Mertua Naik Haji

Posted: 23 Jul 2011 10:49 AM PDT


Sorang mertua sudah meluat tgk menantu dia yg xkeje dan tau nak melantak [mkn] aje. Satu ari, mertua ni ajak la menantu dia ni main dam haji.

Lepas 10 minit main,si menantu brjaya "makan" 3 biji dam mertuanya sekaligus sambil trlompat-lompat suka.

menantu : tengok ayah, saya dpt mkn 3 biji sekaligus...!mertua : alah, setakat tau makan aje tp satu keje pun x tau buat, nk buat ape..!
Si menantu td pon diam sambil mata terkebil-kebil sbb kena sindir ngan pak mertua dia. Permainan dam tu pun diteruskan lg. X sampai 10 minit, si mertua plak dpt "naik haji". 

mertua : heh ko tengok skang,ayah dpt naik haji tau..
menantu : alah, kalo setakat naik haji je tp smbahyang x pernah buat, nk buat pe..

Terkedu si mertua sbb dia plak kena sindir ngn menantu dia.


ZoOM : dua x lima = 10 :P 
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Lawak Lucah Apek Dan Ali !!

Posted: 22 Jul 2011 10:15 PM PDT


Ini lawak yang boleh dikategorikan 18sx, kepada anda yang dibawah umur dilarang membaca tanpa bimbingan orang yang lebih dewasa. Sekadar berkongsi dengan anda yang membaca di ZoOMartis dan Facebook. 

Two old friends - a Chinaman and a Malay were having a conversation recently ....

Apek:Lu potong zaka ada bagut ka?

Ali: Manyak bagus. Bila lu potong haa, lu punya barang manyak bersih loo...

Apek: err ... saya kawan ala cakap, potong zaka aaahh.... manyak ploblem..

Ali: Apa problem?

Apek: Manyak buang lui, lagi aah... dia punya performance tadak bagut...  manyak cinang semputloh ...

Ali: Cehh... apek, lu apa cerita... saya suda lama potong. tada apa problem... bini saya manyak puas woo...

Apek: Lu mini puas sama itu potong zaka ka?


Ali: Ya laa. Bila lu potong aahh... lagi sedap main woo.. lu lagi lambat pancut..

Apek: err... lu punya 1.3 atau 1.5??

Ali: woi apek cakap baik2 sikit ha ... saya punya 6 inci laa..

Apek: Tiu nia ma... lu jangan main2 haa... mana ada potong zaka 6 inci..

Ali: Cilaka apek ni....nah tengok (opens his trousers).

Apek: Chee sin punya olang......gua tanya baik2 ... lu tunjuk lupunya lanchiau..

Ali: Abis... lu tada percaya..saya tunjuk la..

Apek: Saya tadak tanya sama lu punya lanchiau... Saya tanya lu pasal itu nasional car... potong zaka.. bolo punya olang..

Ali: Aiya... apek... lain kali lu sebut betul2 la....kasi susa saja.. Bukan potong zaka la..... tapi itu Proton Saga........lah apek.......atoiii....

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

David Archuleta Sampai Ke Malaysia Isnin Ini !!

Posted: 22 Jul 2011 07:54 PM PDT


Bagi anda diluar sana yang meminati David Archuleta yakni juara progam American Idol musim ketujuh, inilah masanya kerana beliau dijangkakan sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.50 tengah hari.

Untuk makluman anda David Archuleta datang ke Malaysia sempena "David Archuleta Live In Malaysia 2011" pada hari selasa di Stadium Negara.

Jika berminat dan anda boleh lah melawat laman web www.ticketcharge.com.my (Ticket Charge) dan www.airasiaredtix.com (AirAsia RedTix).

Dan harga tiket :

1. RM300 (tempat duduk VIP)
2. RM230 dan RM190 (tempat duduk bernombor)
3. serta RM150 dan RM90 (tempat duduk bebas).

ZoOM : Jika anda pergi jangan lupa sharelah gambar tu ye...maklum saja lah ZoOM Busy dan tidak mempunyai masa untuk menonton konsert David ni.




Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Berita Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina Dapat anak perempuan

Posted: 22 Jul 2011 06:19 PM PDT

Berita terbaru yang ZoOM jumpa dekat laman Facebook angkasawan pertama kita yakni Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina mendapat "Baby Girl". Dr Halina selamat bersalin anak perempuan seberat 3.6 kg, walaupun tarkih "Due bersalin" pada 17hb namun anugerah ilahi hanya datang pada 21hb Julai 2011.


Semoga dengan adanya anugerah daripadanya akan merapatkan lagi hubungan keluarga ini seterusnya bahagia sehingga ke akhir hayat.


ZoOM : Apa KAta anda ?
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Malaysia tewas 3 - 5 Dengan Singapura, tugas berat menanti di Stadium Bukit Jalil

Posted: 23 Jul 2011 10:26 AM PDT



Malaysia telah melakukan aksi yang agak baik meskipun telah ketinggalan 4 -1 pada babak awalnya. Itu kesimpulan perlawanan malam ini.

Pada awalnya Malaysia mendahului perlawanan dengan gol pertama saat ke 15 wisel permulaan ditiup yang dijaringkan oleh Safee Sali tetapi Singapura telah bangkit dengan 4 gol kemudiannya sebelum babak pertama perlawanan tamat.

Namun jaringan seterusnya yang dihasilkan oleh Safee Sali pada babak kedua telah menaikkan semangat Malaysia untuk menjadikan kedudukan terikat 5 -3 hingga ke saat akhir perlawanan.
Perlawanan yang diadakan atas rumput palsu di Singapura meskipun agak menyukarkan pihak kita namun semangat juang yang tinggi harus dipuji kepada pasukan Datuk K Rajagopal.
Mereka memang berjuang habis-habisan.

Ternyat gol jaringan Singapura dihasilkan oleh pemain import mereka - sesuatu yang tidak boleh dijadikan kebanggaan untuk mereka sendiri berbanding Malaysia yang mendapat jaringan dari rakyatnya sendiri.


Semoga perlawanan pada 28 Julai 2011 di Kuala Lumpur antara Malaysia dan Singapura akan lebih sengit dengan harapan agar kemenangan bakal menjadi milik Malaysia untuk mencerahkan peluang kita mara ke Piala Dunia 2014 nanti.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Anugerah buat Dian

Posted: 22 Jul 2011 06:56 PM PDT

Hip

Shailendra 'sinari hidup kami'

KEBAHAGIAAN yang dinikmatinya saat ini sulit untuk diungkapkan dengan perkataan. Kurniaan daripada Tuhan menjadi lambang kebanggaan selepas merentas pertarungan yang cukup menguji dan mendebarkan. Itulah nikmat yang sedang menyelubungi laluan hidup aktres jelita, Dian Sastrowardoyo selepas bergelar ibu kepada bayi lelaki, Shailendra Naryama Sastraguna Sutowo.

Dian selamat melahirkan bayi seberat 3.03 kilogram itu secara normal pada jam 3.34 petang di Hospital YPK, Menteng, Jakarta Pusat, Ahad lalu. Kelahiran bayi lelaki itu disifatkan pemilik nama lengkap, Dian Paramitha Sastrowardoyo sebagai rahmat dan amanat Allah yang perlu dijaga rapi. Shailendra juga kata Dian, menjadi pelengkap kepada kebahagiaan yang dibinanya bersama ahli perniagaan, Maulana Indraguna Sutowo sejak 18 Mei 2010.

"Kami sangat bersyukur atas anugerah yang diberikan Allah SWT dan sangat berbahagia atas kelahiran putera pertama ini. Alhamdulillah sepanjang kehamilan, mahu pun ketika proses bersalin semuanya lancar dan tidak diduga kompilaksi yang menyulitkan. Kehadiran anak ini adalah rahmat sekali gus amanat yang harus sentiasa dijaga. Malah saya dan suami sendiri sudah berazam untuk mengutamakan keluarga serta berusaha menjadi orang tua terbaik buat anak kami," kata Dian dalam kenyataan kepada media Indonesia.

Pelakon 3 Cinta 3 Doa ini juga menolak sesi bertemu media sepanjang tempoh berpantang, malah menyifatkan peralihan hidupnya itu sesuatu yang peribadi tanpa perlu dikongsi dengan orang luar.

"Kelahiran bayi ini bukan untuk meraih publisiti. Cukup jika kebahagiaan ini saya kongsi dengan keluarga, apatah lagi saya sendiri masih memerlukan rehat selepas menempuh proses yang melelahkan," katanya.
Namun, demi memenuhi permintaan media, Dian menerusi pengurusnya, Wisnu tidak keberatan menyerahkan foto bersama anaknya yang dikirim menerusi e-mel.

Bercerita mengenai detik kelahiran, Dian bertuah kerana suaminya sentiasa berada di sisi sejak dimasukkan ke hospital, petang Jumaat lalu.

Jangkaan awal Dian dijadualkan bersalin pada Sabtu, namun hanya pada Ahad pelakon Pasir Berbisik itu mula merasai kesakitan untuk melahirkan anak.

"Melihat perkembangan kesihatan Dian, doktor menjangkakan dia akan keluar hospital petang Jumaat ini (semalam). Namun itu tergantung kepada proses pemulihannya," kata Wisnu.

Dian sejak awal lagi menolak untuk mendedahkan tarikh bersalin kerana enggan proses kelahiran anaknya itu mendapat liputan meluas media. Beliau dan keluarganya dikatakan membuat perjanjian dengan pihak hospital supaya tidak mendedahkan maklumat mengenai kelahiran anaknya.

"Dian berbuat begitu kerana tidak mahu berdepan gangguan ketika sedang berjuang untuk melahirkan anaknya. Dia tidak selesa jika media terlalu memberi tumpuan sedangkan Dian memerlukan waktu untuk dirinya sendiri," kata sumber terdekat aktres itu.

Untuk memastikan hanya keluarga terdekat saja dibenarkan memasuki wad yang didiaminya, Dian memilih kemudahan rawatan VIP kerana ingin lari daripada gangguan ramai. Dian dilaporkan menempah kamar eksklusif dan empat bilik lain untuk pembantu serta ahli keluarga terdekat.

"Dian memohon ruang peribadi ketika menunggu detik bersalin dan memohon supaya tiada maklumat dibocorkan kepada pihak media.

Perjanjian empat halaman itu ditandatangi bersama Dian dan pihak hospital," kata sumber itu lagi.

Ditanya mengenai pemberian nama Shailendra, Dian dan Indra berkata, mereka memilih nama itu kerana mempunyai makna tersendiri.

Shailendra diambil daripada bahasa Sanskrit atau Jawa kuno bermaksud pemimpin.

"Saya tidak tahu satu persatu erti namanya, tapi yang jelas Shailendra itu bermaksud pemimpin," kata Wisnu memaklumkan, Dian dan suaminya mengharapkan anak pertama itu akan membesar menjadi seorang pemimpin kelak.

Pasangan itu membuat persiapan kelahiran anak sulung mereka sejak sebulan lalu. Dian memilih dekorasi berwarna biru untuk kamar anaknya di kediaman orang tua Indra di Menteng, Jakarta Pusat.

Mereka sangat teruja menyambut kelahiran Shailendra, bahkan kamar anak kecil itu sudah siap untuk dihuni sebelum dia dilahirkan, tambah Wisnu. Kehadiran Shailendra menambah kebahagiaan pasangan itu serta kedua keluarga besar Dian dan Indra, yang sudah lama menanti kehadiran seorang cucu.

"Kelahiran Shailendra sememangnya kerana dia ialah cucu pertama dalam keluarga Indra dan Dian," katanya.

Menyentuh status barunya itu, Dian menjelaskan, berkata, dia tidak terbeban dengan tanggungjawab sebagai seorang ibu. Dia juga tidak sesekali khuatir jika bakal kehilangan tawaran pekerjaan hanya kerana sibuk menguruskan anak dan keluarga.

"Insya-Allah kelahiran ini tidak akan mempengaruhi karier saya, malah tidak pernah sesekali menjadi beban. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar, sesuai dengan apa yang saya harapkan," katanya yang memilih untuk mengurangkan aktiviti seninya dengan tumpuan pada penggambaran iklan komersial.

INFO

Nama Lengkap : Dian Paramitha Sastrowardoyo
Nama Panggilan : Dian Sastrowardoyo
Tempat dan Tarikh Lahir: Jakarta, 16 Mac 1982
Pendidikan Terakhir : Fakulti Falsafah, Universitas IndonesiaAgama : Islam
Hobi: Membaca,menonton, menyanyi dan memetik gitar-
Sinetron/Drama Televisyen: Dunia Tanpa Koma dan Bukan Kesempatan Yang Terlewatkan
Filem: Bintang Jatuh (2000), Pasir Berbisik (2001), Ada Apa Dengan Cinta? (2002), Banyu Biru (2005), Ungu Violet (2005), Belahan Jiwa (2005), 3 Doa 3 Cinta (2008) dan Drupadi (2009)
Iklan: Lux, Panasonic, Vitacimin, Sunsilk dan Sanex
Penghargaan: Wanita Berinspirasi (2005), Aktres Terbaik, Festival Film Asia Pasifik (2005), Pelakon Wanita Terbaik, Festival Film Indonesia (2004), Aktres Terbaik Festival Film Asia Perancis (2002),Aktres Terbaik Festival Film Internasional Singapura (2002), Aktres Terbaik, Festival Film Bandung (2002) dan Juara Gadis Sampul (1996)


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Mesti Tonton: Rahsia gadis pembunuh

Posted: 22 Jul 2011 06:52 PM PDT

Hip

Filem: Hanna
Genre: Aksi, Thriller, Drama
Pengarah: Joe Wright Pelakon: Saoirse Ronan, Eric Bana, Cate Blanchett, Tom Hollander, Olivia Williams, Jason Flemyng Tayangan: Mulai 21 Julai 2011 PERMULAAN filem ini bagai menjanjikan kisah yang bakal menggegarkan panggung serta dada penonton apabila membaca sinopsisnya dikira cukup menarik. Kisah seorang anak remaja dilatih bapa sendiri sebagai pembunuh sempurna, memang kedengaran amat mengujakan.

Visual seorang remaja perempuan memburu rusa di sebuah kawasan hutan bersalji di Finland, diikuti babak seorang bapa mengajar remaja terbabit selok belok cara mempertahankan, seterusnya menyelamatkan diri daripada cengkaman musuh, terus mencengkam perasaan, apatah lagi persekitaran muram bumi yang diliputi putih salji dikira mempesonakan.

Setengah jam pertama, Hanna, arahan Joe Wright (sutradara The Soloist, Atonement, Pride & Prejudice) memang meyakinkan. Bagaimanapun, keseronokan menonton sedikit merosot apabila remaja itu mula keluar daripada lokasi persembunyiannya.

Memang masih ada elemen mendebarkan dan komedi yang sedikit sebanyak mengubat kebimbangan penonton, andai jalan ceritanya membuatkan mereka terus dilanda kebosanan, namun ia belum cukup untuk meletakkan filem ini setanding judul dalam kategori hampir sama.
Pada mulanya ia dilihat seakan menjurus kepada karya seperti The Bourne Identity ataupun The Bourne Supremacy, filem genre aksi thriller yang dianggap berkesan dan menghiburkan, sayangnya Hanna gagal menyamai, apatah lagi untuk menandingi filem terbabit.

Aksi dipaparkan juga kurang menyengat, seakan dibuat ala kadar. Biarpun tidak masuk akal untuk remaja belasan tahun punya kemahiran begitu tinggi hingga mampu menumpaskan dengan mudah lawan yang nyata lebih gagah dan besar, namun plot filem ini punya rahsia sendiri dan hakikatnya juga ia masih sebuah cereka, di mana segala-galanya mampu menjadi kenyataan.

Begitupun, tahap aksinya masih jauh ketinggalan berbanding babak pergaduhan mahupun pertarungan filem aksi lain yang pernah menemui penonton sebelum ini. Nasib baik elemen kelakarnya berjaya dicetuskan apabila Hanna ditemukan dengan sebuah keluarga yang melancong bersama van kembara. Anak perempuan pasangan pengembara itu mencuri perhatian dengan dialog dan wajah tanpa emosinya.

Begitupun, pendukung watak utama, Saoirse Ronan, tetap memberikan persembahan begitu meyakinkan. Dia pelakon muda yang cukup berpotensi untuk terus menonjolkan bakat hebat di arena lakonan antarabangsa. Andainya pelakon Irish ini terus beraksi di bawah pengarah berkaliber, pasti suatu hari trofi Bafta, Golden Globe, mahupun Oscar berada dalam genggamannya.

Filem ini mengetengahkan watak Hanna, dipaparkan sebagai bukan remaja biasa. Dia memiliki kekuatan, stamina dan kepintaran bak seorang tentera. Semua itu hasil asuhan bapanya, bekas ejen CIA, di kawasan pedalaman Finland. Cara dia dibesarkan semata-mata untuk menjadikannya pembunuh yang tiada kelemahan. Titik tolak alam dewasa Hanna bermula sebaik saja dia menggalas misi yang disusun bapanya. Hanna merentasi Eropah, di samping mengelak daripada ditemui ejen yang dihantar seorang wanita tidak berperikemanusiaan.

Carta Pecah Panggung:

1 - Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2
2 - Transformers: Dark of the Moon
3 - Flat 3A
4 - Mr Popper's Penguins
5 - Deiva Thirumagal
6 - Tolong! Awek Aku Pontianak
7 - Larry Crowne
8 - Venghai
9 - Monte Carlo
10 - Green Lantern


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


‘Harimau Malaya’ Benam ‘Singa’ Malam Ini?

Posted: 23 Jul 2011 01:40 AM PDT

Mungkinkah 'Harimau Malaya' Membenam 'Singa' Malam Ini?





KUALA LUMPUR – Skuad Harimau Malaya kendalian Datuk K Rajagobal bakal turun menentang Singapura pada perlawanan pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia di Stadium Jalan Besar malam ini.
Walaupun berdasarkan statistik dan rekod pertemuan lalu, Singapura di bawah bimbingan Radojko Avramovich menjadi pilihan namun mengikut prestasi semasa anak didik Rajagobal mampu melakar kejutan di 'kandang singa'.
Kemenangan di Kota Singa malam ini, mustahak buat Malaysia sebagai bekalan selesa pada aksi timbal balik di Kuala Lumpur, 28 Julai ini.
Ia juga sekali gus mampu melenyapkan kritikan dan pandangan sinis Avramovich yang memperlekehkan kemampuan Malaysia menjulang trofi Piala AFF Suzuki tahun lalu.
Malaysia layak ke pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia selepas menyingkirkan Chinese Taipei di pusingan pertama

(GAMBAR) Tabiat Rihanna Pegang KEMALUAN Ketika Buat Persembahan

Posted: 22 Jul 2011 12:04 PM PDT





lagi gambar kat bawah


















Gambar Majlis Pelancaran Filem Saya Amat Mencintaimu (SAM)

Posted: 22 Jul 2011 11:56 AM PDT


Syafiq Yusoff.

Aritu Gua dah bawak masuk gambar shooting dorang. Kali ni gua nak masukkan pulak gambar majlis pelancaran filem Saya Amat Mencintaimu (SAM) yang telah diarahkan oleh seorang lagi anak kepada produser besar , Dato Yusoff Haslam iaitu Syafiq Yusoff. Ini merupakan arahan pertama Syafiq Yusoff. Jom kita layan



satu keluarga


antara barisan pelakon dan crew











antara rakan artis yang turut sama menjayakan

Persalinan Memey RM7.2 juta

Posted: 22 Jul 2011 11:42 AM PDT






KUALA LUMPUR 21 Julai - Pelakon Memey Suhaiza akan memakai gaun bertatah mutiara lengkap dengan set barang kemas dan kasut yang kesemuanya bernilai RM7.2 juta pada majlis persandingannya dengan Norman Hakim di Crowne Plaza Mutiara di sini, 28 September ini.
Memey, 23, akan memakai dua persalinan iaitu setiap satu bernilai RM500,000 tajaan Rafflesia untuk majlis persandingan dan acara memotong kek.

Menurut Bill Bora selaku wakil Rafflesia, sebelum ini Datuk Siti Nurhaliza Tarudin pernah mengenakan gaun bertatah mutiara bernilai RM400,000 pada hari persandingannya.

Selain dua persalinan itu yang ditaburi mutiara mengikut gred, Memey juga akan mengenakan dua set barang kemas bernilai RM2.8 juta setiap satu merangkumi anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara untuk dipadankan dengan pakaian tersebut.

"Sejak minggu lepas, borang penyertaan untuk rekaan pakaian perkahwinan Memey sudah dibuka kepada semua pereka fesyen yang berminat.

"Pakaian itu kelak akan dipadankan dengan anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara. Terpulang kepada pereka untuk menghasilkan pakaian itu, namun kedua-duanya perlu dihiasi mutiara.

"Selain itu, Memey juga akan mengenakan dua pasang kasut rekaan khas Prof. Datuk Jimmy Choo," katanya.

Kata Bill, Memey amat beruntung kerana pereka kasut ternama itu sudi menghasilkan kasut khas bertatah mutiara untuk majlis perkahwinannya yang dianggarkan bernilai RM300,000 sepasang.

Memey dan Norman, 35, bakal bernikah pada 24 September ini di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.

"Persandingan mereka boleh dianggap sebagai wedding of the year kerana mendapat sentuhan orang ternama," katanya.

Kata Bill, Memey dan Norman dipilih kerana sebagai pasangan selebriti, kedua-duanya sentiasa menjadi perhatian ramai dan dinanti-nantikan penampilan mereka.

(GAMBAR) Filem Saya Amat Mencintaimu Arahan Syafiq Yusof

Posted: 22 Jul 2011 11:39 AM PDT



Siapa tak kenal dengan Syamsul Yusof sekarang ini kan. Semua satu Malaya dah kecoh dan kenal dengan beliau. Tapi kenalkah pada adiknya Syafiq Yusof yang kini sibuk mengarahkan filem pertamanya yang bertajuk Saya Amat Mencintaimu (SAM) yang di beritakan di bintangi oleh Shahiezy Sam , Lisa Surihani , Syamsul Yusof sendiri. 


Filem yang merupakan sebuah filem cinta ini semamangnya di arahkan oleh adik Syamsul sendiri iaitu Syafiq. Kalau tak percaya jom kita tengok gambar. Lets The Picture Speak





Syafiq Yusof bertopi






(GAMBAR) Wardina ketika kecil

Posted: 22 Jul 2011 11:23 AM PDT




Semua orang dah tahu yang Wardina atau nama sebenarnya Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot merupakan anak kacukan. Ayahnya orang Australia. Wardina terkenal ketika dia berlakon dalam Spanar Jaya di NTV7 beberapa tahun yang lalu dan kini menjadi lebih daripada sekadar berlakon. Tapi pernah kah anda melihat Wardina masa dia kecil? pastinya tidak pernah kan. Jom lihat gambar Wardina ketika kecil yang kemungkinan umur Wardina masa ini dalam 5-6 tahun. (gambar Wardina duduk paling kanan)