Berita Harian: Hip |
Posted: 22 Jul 2011 06:56 PM PDT Hip Shailendra 'sinari hidup kami'KEBAHAGIAAN yang dinikmatinya saat ini sulit untuk diungkapkan dengan perkataan. Kurniaan daripada Tuhan menjadi lambang kebanggaan selepas merentas pertarungan yang cukup menguji dan mendebarkan. Itulah nikmat yang sedang menyelubungi laluan hidup aktres jelita, Dian Sastrowardoyo selepas bergelar ibu kepada bayi lelaki, Shailendra Naryama Sastraguna Sutowo. Dian selamat melahirkan bayi seberat 3.03 kilogram itu secara normal pada jam 3.34 petang di Hospital YPK, Menteng, Jakarta Pusat, Ahad lalu. Kelahiran bayi lelaki itu disifatkan pemilik nama lengkap, Dian Paramitha Sastrowardoyo sebagai rahmat dan amanat Allah yang perlu dijaga rapi. Shailendra juga kata Dian, menjadi pelengkap kepada kebahagiaan yang dibinanya bersama ahli perniagaan, Maulana Indraguna Sutowo sejak 18 Mei 2010."Kami sangat bersyukur atas anugerah yang diberikan Allah SWT dan sangat berbahagia atas kelahiran putera pertama ini. Alhamdulillah sepanjang kehamilan, mahu pun ketika proses bersalin semuanya lancar dan tidak diduga kompilaksi yang menyulitkan. Kehadiran anak ini adalah rahmat sekali gus amanat yang harus sentiasa dijaga. Malah saya dan suami sendiri sudah berazam untuk mengutamakan keluarga serta berusaha menjadi orang tua terbaik buat anak kami," kata Dian dalam kenyataan kepada media Indonesia. Pelakon 3 Cinta 3 Doa ini juga menolak sesi bertemu media sepanjang tempoh berpantang, malah menyifatkan peralihan hidupnya itu sesuatu yang peribadi tanpa perlu dikongsi dengan orang luar. "Kelahiran bayi ini bukan untuk meraih publisiti. Cukup jika kebahagiaan ini saya kongsi dengan keluarga, apatah lagi saya sendiri masih memerlukan rehat selepas menempuh proses yang melelahkan," katanya.
Bercerita mengenai detik kelahiran, Dian bertuah kerana suaminya sentiasa berada di sisi sejak dimasukkan ke hospital, petang Jumaat lalu. Jangkaan awal Dian dijadualkan bersalin pada Sabtu, namun hanya pada Ahad pelakon Pasir Berbisik itu mula merasai kesakitan untuk melahirkan anak. "Melihat perkembangan kesihatan Dian, doktor menjangkakan dia akan keluar hospital petang Jumaat ini (semalam). Namun itu tergantung kepada proses pemulihannya," kata Wisnu. Dian sejak awal lagi menolak untuk mendedahkan tarikh bersalin kerana enggan proses kelahiran anaknya itu mendapat liputan meluas media. Beliau dan keluarganya dikatakan membuat perjanjian dengan pihak hospital supaya tidak mendedahkan maklumat mengenai kelahiran anaknya. "Dian berbuat begitu kerana tidak mahu berdepan gangguan ketika sedang berjuang untuk melahirkan anaknya. Dia tidak selesa jika media terlalu memberi tumpuan sedangkan Dian memerlukan waktu untuk dirinya sendiri," kata sumber terdekat aktres itu. Untuk memastikan hanya keluarga terdekat saja dibenarkan memasuki wad yang didiaminya, Dian memilih kemudahan rawatan VIP kerana ingin lari daripada gangguan ramai. Dian dilaporkan menempah kamar eksklusif dan empat bilik lain untuk pembantu serta ahli keluarga terdekat. "Dian memohon ruang peribadi ketika menunggu detik bersalin dan memohon supaya tiada maklumat dibocorkan kepada pihak media. Perjanjian empat halaman itu ditandatangi bersama Dian dan pihak hospital," kata sumber itu lagi. Ditanya mengenai pemberian nama Shailendra, Dian dan Indra berkata, mereka memilih nama itu kerana mempunyai makna tersendiri. Shailendra diambil daripada bahasa Sanskrit atau Jawa kuno bermaksud pemimpin. "Saya tidak tahu satu persatu erti namanya, tapi yang jelas Shailendra itu bermaksud pemimpin," kata Wisnu memaklumkan, Dian dan suaminya mengharapkan anak pertama itu akan membesar menjadi seorang pemimpin kelak. Pasangan itu membuat persiapan kelahiran anak sulung mereka sejak sebulan lalu. Dian memilih dekorasi berwarna biru untuk kamar anaknya di kediaman orang tua Indra di Menteng, Jakarta Pusat. Mereka sangat teruja menyambut kelahiran Shailendra, bahkan kamar anak kecil itu sudah siap untuk dihuni sebelum dia dilahirkan, tambah Wisnu. Kehadiran Shailendra menambah kebahagiaan pasangan itu serta kedua keluarga besar Dian dan Indra, yang sudah lama menanti kehadiran seorang cucu. "Kelahiran Shailendra sememangnya kerana dia ialah cucu pertama dalam keluarga Indra dan Dian," katanya. Menyentuh status barunya itu, Dian menjelaskan, berkata, dia tidak terbeban dengan tanggungjawab sebagai seorang ibu. Dia juga tidak sesekali khuatir jika bakal kehilangan tawaran pekerjaan hanya kerana sibuk menguruskan anak dan keluarga. "Insya-Allah kelahiran ini tidak akan mempengaruhi karier saya, malah tidak pernah sesekali menjadi beban. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar, sesuai dengan apa yang saya harapkan," katanya yang memilih untuk mengurangkan aktiviti seninya dengan tumpuan pada penggambaran iklan komersial. INFO Nama Lengkap : Dian Paramitha Sastrowardoyo
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Mesti Tonton: Rahsia gadis pembunuh Posted: 22 Jul 2011 06:52 PM PDT Hip Filem: HannaGenre: Aksi, Thriller, Drama Pengarah: Joe Wright Pelakon: Saoirse Ronan, Eric Bana, Cate Blanchett, Tom Hollander, Olivia Williams, Jason Flemyng Tayangan: Mulai 21 Julai 2011 PERMULAAN filem ini bagai menjanjikan kisah yang bakal menggegarkan panggung serta dada penonton apabila membaca sinopsisnya dikira cukup menarik. Kisah seorang anak remaja dilatih bapa sendiri sebagai pembunuh sempurna, memang kedengaran amat mengujakan. Visual seorang remaja perempuan memburu rusa di sebuah kawasan hutan bersalji di Finland, diikuti babak seorang bapa mengajar remaja terbabit selok belok cara mempertahankan, seterusnya menyelamatkan diri daripada cengkaman musuh, terus mencengkam perasaan, apatah lagi persekitaran muram bumi yang diliputi putih salji dikira mempesonakan. Setengah jam pertama, Hanna, arahan Joe Wright (sutradara The Soloist, Atonement, Pride & Prejudice) memang meyakinkan. Bagaimanapun, keseronokan menonton sedikit merosot apabila remaja itu mula keluar daripada lokasi persembunyiannya. Memang masih ada elemen mendebarkan dan komedi yang sedikit sebanyak mengubat kebimbangan penonton, andai jalan ceritanya membuatkan mereka terus dilanda kebosanan, namun ia belum cukup untuk meletakkan filem ini setanding judul dalam kategori hampir sama.
Aksi dipaparkan juga kurang menyengat, seakan dibuat ala kadar. Biarpun tidak masuk akal untuk remaja belasan tahun punya kemahiran begitu tinggi hingga mampu menumpaskan dengan mudah lawan yang nyata lebih gagah dan besar, namun plot filem ini punya rahsia sendiri dan hakikatnya juga ia masih sebuah cereka, di mana segala-galanya mampu menjadi kenyataan. Begitupun, tahap aksinya masih jauh ketinggalan berbanding babak pergaduhan mahupun pertarungan filem aksi lain yang pernah menemui penonton sebelum ini. Nasib baik elemen kelakarnya berjaya dicetuskan apabila Hanna ditemukan dengan sebuah keluarga yang melancong bersama van kembara. Anak perempuan pasangan pengembara itu mencuri perhatian dengan dialog dan wajah tanpa emosinya. Begitupun, pendukung watak utama, Saoirse Ronan, tetap memberikan persembahan begitu meyakinkan. Dia pelakon muda yang cukup berpotensi untuk terus menonjolkan bakat hebat di arena lakonan antarabangsa. Andainya pelakon Irish ini terus beraksi di bawah pengarah berkaliber, pasti suatu hari trofi Bafta, Golden Globe, mahupun Oscar berada dalam genggamannya. Filem ini mengetengahkan watak Hanna, dipaparkan sebagai bukan remaja biasa. Dia memiliki kekuatan, stamina dan kepintaran bak seorang tentera. Semua itu hasil asuhan bapanya, bekas ejen CIA, di kawasan pedalaman Finland. Cara dia dibesarkan semata-mata untuk menjadikannya pembunuh yang tiada kelemahan. Titik tolak alam dewasa Hanna bermula sebaik saja dia menggalas misi yang disusun bapanya. Hanna merentasi Eropah, di samping mengelak daripada ditemui ejen yang dihantar seorang wanita tidak berperikemanusiaan. Carta Pecah Panggung: 1 - Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |