Utusan Online - Hiburan |
Posted: Persiapan rapi Anuar ZainOleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
PENYANYI Lelaki Ini punya rancangan tersendiri untuk penambah baik dalam arena nyanyian tempatan. Buat peringkat awal, dia berhasrat untuk menghulurkan pertolongan pembangunan potensi di kalangan generasi muda. Bagi Anuar Zain, golongan tersebut banyak mensia-siakan bakat terpendam sedangkan mereka punya banyak keistimewaan yang boleh diketengahkan secara komersial. Tidak kira sama ada dalam bidang muzik atau mana-mana lapangan disiplin lain yang menjadi minat utama. "Sebenarnya, saya ada merencana untuk menyertai program motivasi buat generasi muda terutama anak Melayu kita. Saya nak bagi ceramah tentang apa yang penting dalam kehidupan. Mahu mereka lebih banyak berfikir dan merancang masa depan mereka sendiri. "Perkara ini sudah lama impikan. Perkongsian yang berasaskan kepada pengalaman hidup saya. Saya nak kongsi cerita termasuk dalam soal kerjaya dan kejayaan yang pernah dikecapi sebelum ini. "Insya Allah, hasrat saya ini dapat memberi banyak manfaat kepada semua pihak," kata Anuar Zain baru-baru ini. Pertemuan dilakukan selepas persembahan Up, Close and Personal With Anuar Zain di Menara Kuala Lumpur. Persembahan eksklusif itu merupakan sebahagian daripada acara Festival Kuala Lumpur 2011 yang berlangsung sepanjang bulan Julai lalu. Mengajukan persoalan sama ada wujud perbezaan buat dirinya selepas merangkul anugerah khas Oxford Centre for Leadership (Oxcell) di London pada 6 Jun lalu, lelaki ini dilihat tersenyum. "Sebenarnya, ada banyak benda personal yang berlaku dalam hidup saya. Tapi saya tak nak cerita bab itu. Apa pun, anugerah yang dikurniakan kepada saya itu sememangnya banyak mengundang rezeki kepada saya. "Pendedahan saya dalam bidang ini semakin besar dan tanpa disangka juga, perhatian yang diberikan kepada masyarakat kepada saya juga berubah," dedah lelaki ini tanpa berselindung tentang perasaannya selepas namanya mengharum di peringkat antarabangsa. Ditanya adakah Anuar punya rencana lain bersama pihak Oxcell termasuk membentangkan soal masa depan industri hiburan tanah air di peringkat antarabangsa, lelaki ini mengiyakan. Katanya, semua rancangan yang disenaraikan itu telah dibincangkan bersama. Sudah pasti juga Anuar teruja untuk melaksanakan tanggungjawab barunya sebagai duta kecil negara. Dalam perkembangan berlainan, Anuar menyatakan hasrat untuk membuat konsert andai menemui penaja bersesuaian satu masa nanti. Dedahnya, impian tersebut itu seringkali terbantut disebabkan pelbagai faktor. Apabila masih ada pihak yang menyangka dia sengaja meletakkan kos tinggi sama seperti persembahan eksklusifnya itu. "Perkiraan untuk membuat konsert berskala besar memang sudah lama dalam agenda hidup saya. Cuma saya masih belum menemui yang bersesuaian sebab kerja untuk meyakinkan pihak penaja bukan perkara mudah. "Minta maaf, saya pula bukan jenis yang suka untuk memaklumkan perihal kewangan melibatkan harga pentas saya ini secara terang-terangan. Bagi saya, biarlah dilakukan secara perbincangan empat mata di belakang tabir," katanya jujur. Ditanya adakah Anuar akan menurunkan sedikit pembayaran persembahan pentas semata-mata untuk menghiburkan para peminatnya, lelaki berusia 41 tahun ini menyungging senyuman. "Sebenarnya memang sukar untuk mengulas perkara ini. Kalau saya turunkan 'harga' saya bermakna hati saya tak ikhlas. Sebab terikat dengan macam-macam komitmen dalam persembahan terutama pasukan ahli muzik saya. "Begitu juga dengan soal makanan dan pentas. Saya cukup prihatin. Sebab kalau boleh saya mahukan sesuatu persembahan yang boleh diingati dalam tempoh lima atau enam tahun berikutnya. Kepuasan peminat adalah matlamat saya," dedahnya yang berharap agar penjelasannya itu dapat memuaskan hati semua pihak. Di hujung pertemuan tersebut, Anuar turut berkongsi cerita tentang album terbarunya yang bakal memuatkan lapan lagu tidak lama lagi. Janji Anuar, produk terbaru berkenaan pasti menjanjikan satu halwa baru buat pendengar kerana menghimpunkan pakar muzik cukup berpengalaman dalam mengadunkan 'bayi' terbarunya itu. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | ||
Posted: Dian tempah lima kamarAKTRES terkenal, Dian Sastrowardoyo diberitahu telah menempah lima kamar di Hosiptal YPK, Menteng, Jakarta Pusat sewaktu mahu melahirkan anak sulungnya pada Ahad lalu. Dian menempah bilik supaya keluarga, pengurus dan teman-teman rapatnya ada bersama menyambut kehadiran Shailendra Naryama Sastraguna Sutowo. "Kita tidak menganggu pesakit lain kerana tempahan sudah dibuat beberapa bulan yang lalu. Dian mahu semua mereka yang disayangi ada bersama dengannya sewaktu mahu melahirkan," kata pengurus pelakon Ada Apa Dengan Cinta, Wisnu. Sebaik keluar dari hospital, Dian telah menggunakan pintu belakang supaya tidak dikesan oleh pihak media yang menunggunya. Isteri kepada Maulana Indraguna Sutowo ini tidak mahu memberi sebarang kenyataan kepada pihak media dan hanya menulis sepucuk surat bagi menjelaskan perasaan mereka setelah menjadi ibubapa. "Kehadiran cahaya mata ini memberi semangat kepada kami berdua. Aktiviti berjalan seperti biasa, tetapi sesibuk mana sekali pun, anak perlu diutamakan," kata Dian dalam surat berkenaan. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |