Adsense

Sabtu, 25 Jun 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Tak kenalah Memey

Posted:

Tak kenalah Memey

Tak kenalah Memey



DALAM duduk menunggu kad jemputan kahwin pasangan sejoli Memey Suhaiza dan Norman Hakim yang entah bila nak sampai ke meja Joyah ni, tup tup ada seorang teman Joyah ni menyampaikan cerita mengenai si Memey ni.

Kisahnya baru-baru ni, teman Joyah yang putih gebu ni menghadiri sebuah majlis tertutup yang cuma dihadiri oleh kaum hawa sahaja.

Dalam ramai-ramai tu, ternampaklah kelibat Memey. Yang pastinya dia tak datang berseorangan.

Sebaliknya dia dilihat turut membawa dua anak perempuan Norman ke majlis tersebut.

Maka banyaklah mata yang memandang. Tak tahulah kalau pandang sebab Memey malam itu nampak cantik sangat atau bagaimana. Tapi yang pasti, ramai juga yang tak berkenan tindakan Memey membawa dua kanak-kanak itu.

Bukan apa, majlis tu pun difahamkan tak menggalakkan kehadiran kanak-kanak atau suami.

Tak tahulah kalau Memey ni tak faham atau dia terlupa, tapi kata teman Joyah, rata-rata jemputan yang datang kurang selesa Memey buat begitu.

Iyalah, kot ye pun nak tunjuk diri tu penyayang atau boleh jadi ibu tiri yang baik, tapi tak payah kot nak bawa ke majlis begitu. Macam tak kena tempat pula.

Tak mengapalah, Joyah harap lepas ini Memey akan lebih prihatin dalam bab-bab macam ni. Suka hati Memeylah nak terima atau tidak teguran ini. Tapi jangan sampai hal begini berbunyi lagi okey?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Black bakal akhiri zaman solo?

Posted:

Black bakal akhiri zaman solo?

Black bakal akhiri zaman solo?



ADUH.. dengarnya protege Mas Idayu ni bakal mendirikan rumah tangga? Hah! jangan buat-buat tak tahu pula siapa protege ratu gelek Malaysia tu. Ni mesti tak tengok program Mentor musim ketiga nih, si Black.

Sama ada ini cerita betul atau sekadar khabar angin, Joyah tak pastilah. Tapi kalau cerita yang Joyah dengar ni betul, wah..tumpang seronoklah Joyah.

Dengarnya bakal isteri Black tu cantik dan manis orangnya. Hai...pandai Black sorokkan daripada orang media ya? Bukan apa, sebelum ini Black pun tak pernah menceritakan mengenai soal hati dia kepada umum.

Iyalah, sudah berpunya atau tidak. Setahu Joyah dia masih lagi sedang mencari. Entahlah. Kalau betullah Black bakal menyarungkan baju pengantin tak lama lagi, cuma satu saja pesan Joyah, jangan lupa jemput Joyah datang ke majlis tau!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Celebrity News

Celebrity News


Gambar Seksi Wawa Pelakon Ana Lulu | Biodata Wawa Gadis Sabah

Posted: 25 Jun 2011 10:52 AM PDT

Opss..Seksanyer ..Patut ke !!!?

Siaplah ko dik..kejap lagi ramai la cari ko..

Wawa Atau nama sebenar Nur Hawa Zainal Abidin merupakan artis baru dibawah naungn MIG, watak beliau didalam drama Ana Lulu sedikit sebanyak memberi pengalaman yang berharga kepadanya. Apatah lagi beliau berlakon disamping pelakon yang berpengalaman.

Namun ZoOM terkejut juga sebab pelakon bernama Wawa ni sama sekolah dengan ZoOM, mungkin budak baru kot sebab usia baru 19 tahun, lupa pula ZoOM umur dah Ehem2 ( Biarlah Rahsia )

Berikut info & Gambar mengenai Gadis yang dikenali sebagai Wawa ini :



Wawa Zainal Pelakon Drama Ana Lu'lu

Tambah pelakon yang bergandingan dengan Nora Danish dalam drama Ana Lu'lu itu, kehadiran Wawa dalam industri hiburan bermula selepas dia menghantar profil kepada produksi MIG untuk mencuba nasib sebagai artis di bawah syarikat milik David Teo itu.

Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, impian Wawa untuk menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya mula bersinar apabila percubaan pertamanya berjaya menarik perhatian pihak MIG.

Jelas Wawa lagi, tindakan menghantar profile sekadar mencuba nasib sewaktu bercuti di Kuala Lumpur sekitar hujung tahun lepas.

"Tak sangka pula saya dipanggil untuk sesi uji bakat.

"Alhamdulillah selepas itu, saya ditawarkan kontrak untuk menjadi artis mereka. Sekarang ini saya perlu bekerja keras untuk memantapkan lagi mutu lakonan," ujar Wawa yang baru berusia 19 tahun.

Mengimbau kembali bagaimana dia boleh meminati bidang lakonan, kata Wawa, minat itu timbul sejak dibangku sekolah.

"Nama sekolah saya ialah St. Dominic ( OPSsss... Sekolah ZoOm dulu ) . Waktu tu saya sering mengambil bahagian jika ada pementasan mahu pun pertandingan.

Biodata Profil Wawa Zainal Secara Ringkas

Nama Penuh: Nur Hawa Zainal Abidin

Nama Komersial: Wawa Zainal

Umur: 19 Tahun

Asal: Lahad Datu, Sabah ( Kampung Den... :) )

Adik-Beradik: Anak Ke-8 Daripada 11 Orang.

Artis: MIG Talent, Syarikat David Teo.

Artis Idola: Erra Fazira, Nurkiriah dan Que Haidar

Lakonan: Drama Ana Lu'lu, Hantu Dalam Botol Kicap



Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Gosip Artis | Gambar Artis | Berita Hiburan - MatKepoh.com

Gosip Artis | Gambar Artis | Berita Hiburan - MatKepoh.com


Mizz Nina Berduet Dengan Artis Hollywood Flo Rida

Posted: 25 Jun 2011 12:22 AM PDT

Mizz Nina Duet Flo Rida

Gosip mengenai penyanyi Mizz Nina bakal berduet dengan penyanyi Hollywood, Justin Timberlake akhirnya terjawab apabila penyanyi itu sebenarnya berduet dengan penyanyi hip hop antarabangsa, Flo Rida dengan single lagu Take Over.

Menurut Mizz Nina, gosip untuk berduet dengan Justin Timberlake tersebut adalah tidak benar dan dia tidak pernah berbincang dengan pihak pengurusan Justin bagi sebarang perancangan duet.

"Isu mengenai kolaborasi dengan Justin adalah khabar angin semata-mata. Dan ya, saya sudah pun bekerjasama dengan Flo Rida menerusi lagu terbaru Take Over"

"Saya berasa amat bertuah kerana dapat berduet dengan Flo Rida untuk single terbaru ini tambah pula dia seorang yang popular di kalangan penyanyi-penyanyi Amerika Syarikat. Harap-harap, Take Over dapat diterima ramai dan kami akan cuba 'menggegarkan' dunia menerusi lagu ini," kata Nina.

Tunang kepada vokalis Hujan, Noh Salleh itu turut berkata, dia berharap lagu genre R&B, hip hop dan dance itu diterima umum seperti lagu single solo pertamanya, What You Waiting For ( Mizz Nina berduet dengan Colby O'Donis).

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , , , , , ,

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sepah Juara Maharaja Lawak, Menang RM350,000

Posted: 25 Jun 2011 12:11 AM PDT

Sepah Juara Maharaja Lawak

Kumpulan Sepah akhirnya menjai juara Maharaja Lawak selepas 13 minggu bertanding dalam pertandingan tersebut apabila mereka memperoleh markah tertinggi, dalam pertandingan tersebut yang berlangsung di Stadium Malawati, di sini malam semalam.

Sepah yang terdiri daripada Mamat, Shuib dan Jep mendapat gelaran Maharaja Lawak dan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.

Naib Juara Maharaja Lawak pula dimenangi oleh kumpulan Jozan (Johan dan Zizan)dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi manakala Nabil mendapat tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi.

Kumpulan Jambu yang dianggotai oleh Yus dan Tauke terpaksa akur dengan kedudukan di tangga keempat. Mereka mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.

Pada peringkat akhir ini semua peserta dikehendaki membuat dua persembahan bertemakan konsep bebas dan komedi muzikal.

Para peserta telah diadili dengan sistem pemarkahan yang masing-masing mewakili 50 peratus undian penonton di rumah dan juga juri yang terdiri daripada Mamat Khalid, Ahmad Idham serta Saiful Apek.

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , , , ,

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


Mizz Nina Berduet Dengan Artis Amerika

Posted: 24 Jun 2011 12:56 PM PDT


PETALING JAYA: Khabar angin mengenai penyanyi Mizz Nina akan berduet dengan penyanyi Hollywood, Justin Timberlake akhirnya terjawab apabila penyanyi itu sebenarnya berduet dengan penyanyi hip hop antarabangsa, Flo Rida dengan single lagu Take Over,

Menurut Nina, khabar angin tersebut adalah tidak benar dan dia tidak pernah berbincang dengan pihak pengurusan Justin bagi sebarang perancangan duet.
"Isu mengenai kolaborasi dengan Justin adalah khabar angin semata-mata. Dan ya, saya sudah pun bekerjasama dengan Flo Rida menerusi lagu terbaru Take Over.
"Saya berasa amat bertuah kerana dapat berduet dengan Flo Rida untuk single terbaru ini tambah pula dia seorang yang popular di kalangan penyanyi-penyanyi Amerika Syarikat. Harap-harap, Take Over dapat diterima ramai dan kami akan cuba 'menggegarkan' dunia menerusi lagu ini," kata Nina.
Tambah tunang kepada vokalis Hujan, Noh Salleh itu, dia berharap lagu genre R&B, hip hop dan dance itu diterima umum seperti lagu single solo pertamanya, What You Waiting For (duet dengan Colby O'Donis).
Flo Rida
Kini lagu tersebut telah pun berkumandang di semua stesen radio tempatan dan sedang menaiki carta muzik paling popular.
Selain itu, Nina dan Flo Rida telah pun mempersembahkan lagu Take Over itu pada konsert Flo Rida di Bangkok dua minggu lalu dan lagu tersebut mendapat perhatian daripada penonton-penonton di sana.
"Alhamdulillahlah, walaupun saya sibuk dengan persiapan perkahwinan yang akan berlangsung pada 1 Julai depan, kami sempat mengejar masa untuk menyiapkan lagu ini serta klip videonya sekali dalam masa yang singkat.
"Semoga peminat-peminat terhibur dengan klip video kami di mana penggambaran telah pun dirakamkan pada awal bulan ini di Miami selama tiga hari," ujarnya.







sumber Mstar

Sepah Juara Maharaja Lawak, Kongsi RM350,000

Posted: 24 Jun 2011 12:54 PM PDT

Kumpulan Sepah menjadi juara Maharaja Lawak yang diadakan di Stadium Malawati,Shah Alam, Jumaat.
SHAH ALAM: Selepas 13 minggu bertanding, akhirnya gelaran juara Maharaja Lawak berjaya menjadi milik kumpulan Sepah apabila mereka memperoleh markah tertinggi, dalam pertandingan tersebut yang berlangsung di Stadium Malawati, di sini malam Jumaat

Kemenangan Sepah yang terdiri daripada Mamat, Shuib dan Jep melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.
Gelaran naib juara pula dimenangi oleh kumpulan Jozan (Johan dan Zizan)dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi manakala Nabil mendapat tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi.
Finalis Maharaja Lawak menerima hadiah masing-masing.
Bagaimanapun, kumpulan Jambu yang dianggotai oleh Yus dan Tauke terpaksa akur dengan kedudukan di tangga keempat. Mereka mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.
Kesemua peserta peringkat akhir dikehendaki membuat dua persembahan bertemakan konsep bebas dan komedi muzikal.
Para peserta telah diadili dengan sistem pemarkahan yang masing-masing mewakili 50 peratus undian penonton di rumah dan juga juri yang terdiri daripada Mamat Khalid, Ahmad Idham serta Saiful Apek.
Sementara itu mengulas kemenangan mereka Sepah berkata, mereka turut berhadapan dengan masalah mencari idea setiap kali membuat persembahan.
Bagaimanapun sikap yang sentiasa mahu berbincang bersama-sama adalah antara formula kejayaan kumpulan itu.
"Idea kami tersangkut juga tetapi syukurlah dengan bantuan Dia (Allah), kami dapat mengeluarkan idea yang baik," kata mereka.
Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengurus Saluran Astro Warna & Prima, Nizam Sani.
Pertandingan Maharaja Lawak bersiaran secara langsung setiap Jumaat, pukul 10 malam menerusi saluran Astro Warna (Saluran 132) sejak 1 April lalu.


sunber dari Mstar

TAHNIAH Dr Sheikh Muszaphar bakal jadi bapa

Posted: 24 Jun 2011 12:51 PM PDT






Dikhabarkan yang isteri kepada angkasawan Negara, Dato' Dr. Sheikh Muszaphar, Datin Dr. Halina yang kini mengandung 8 bulan bakal dijadualkan melahirkan anak pada bulan Julai 2011. Berita ini merupakan satu nikmat yang dikurniakan kepada pasangan ini, maknanya kedua-duanya subur. Dr. Muszaphar inginkan anak lelaki dan Dr. Halina pula ingikan anak perempuan. Jadi kita tunggu dan lihat sahaja kelahiran cahaya mata mereka nanti, semoga selamat semuanya.



(GAMBAR) Fesyen pelik orang Jepun

Posted: 24 Jun 2011 12:46 PM PDT


lagi......















Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Mati tanpa muzik

Posted:

Mati tanpa muzik

Mati tanpa muzik



JAUH di corong telefon antara Malaysia dengan Perancis, penyanyi bertaraf antarabangsa, Anggun Cipta Sasmi atau Anggun mesra berbicara. Bicara kami juga dilakukan dalam bahasa Melayu, bukan bahasa Inggeris. Tempoh 13 tahun menetap di Perancis, kata Anggun, itu belum mampu membunuh cintanya terhadap bahasa ibundanya, biar ironi dia kini memegang kerakyatan negara tersebut.

Temu bual yang diatur oleh pihak Sony Music Malaysia itu bersempena dengan kelahiran album terbaharu penyanyi tersebut yang diberi nama Echoes. Mengandungi 12 buah lagu, dibikin dalam versi Inggeris dan Indonesia, Echoes kata Anggun begitu dekat dengan dirinya. Ini kerana album tersebut diproduksi sendiri olehnya di bawah label April Earth, dengan dia pertama kali menulis lirik dalam album tersebut.

"Saya mengambil masa selama dua tahun untuk menyiapkan album ini. Ia adalah satu tempoh yang agak panjang dan nampak seperti bermewah-mewah terhadap pembikinannya (dari segi waktu), namun saya sukakannya kerana saya mahu lebih berhati-hati untuk memilih tema lagu-lagu yang saya bikin, biar ia lebih memberi kesan," ujar Anggun memulakan bicara mengenai Echoes yang bermaksud gema dan dia mendefinisikan album tersebut sebagai gema kehidupannya dan teman-teman.

Antara lagu yang dibikin dengan penuh perhatian dan mempunyai tema yang kuat kata Anggun adalah lagu Year of Snake yang diinspirasi daripada hal-hal negatif dan buruk yang terjadi dalam kehidupannya serta yang terjadi kepada dunia mengikut kalendar masyarakat Cina iaitu tahun ular dan Eternal yang ditujukan khas buat arwah bapanya yang telah meninggal dunia tujuh tahun lalu.

Ditanya mengapa dia perlu mengambil jarak waktu yang lama iaitu tujuh tahun untuk menggarap sebuah lagu khusus buat arwah bapanya, spontan wanita berusia 37 tahun ini menjawab, dia tidak mahu menghasilkan sebuah lagu yang cengeng.

Katanya: "Saya adalah jenis orang tidak boleh terlalu dekat dengan sesuatu peristiwa. Saya melahirkan karya secara jujur dan tidak terburu-buru. Ia harus ada jarak waktu dan saya sendiri tidak mahu melahirkan sebuah lagu yang kedengaran sangat cengeng untuk dia. Sewaktu membikin lagu ini, saya tahu bahawa saat kita mati, yang pergi itu hanya jasad kita, tetapi roh kita masih di sini, sebab itu saya namakan ia sebagai Eternal."

Echoes lanjut Anggun lagi dihasilkan mengikut cita rasanya kini. Menurut penyanyi yang meninggalkan Indonesia untuk ke Perancis pada usia 20 tahun itu lagi, dia tidak pernah menggarap album dengan nuansa muzik yang sama, semuanya berbeza.


ANGGUN masih sarat dengan sifat rendah diri walau telah tersohor di seluruh dunia.


"Album saya yang pertama berkonsepkan world music, yang kedua dan ketiga pop, yang keempat, ia mempunyai unsur hip-hop dan r&b kerana pada waktu itu saya sedang gemar mendengar lagu sebegitu.

"Namun untuk Echoes, ia adalah campuran gema, rock dan orkestra. Ia adalah 100 peratus dibikin tanpa mesin, tetapi dimainkan oleh pemuzik dan kosnya memang cukup mahal. Walau begitu, saya sukakannya kerana sekarang saya memang gemar menikmati muzik sebegini," katanya.

Dia juga malah tidak menulis lagu dalam bahasa Perancis, tetapi memilih menulis dalam bahasa Inggeris dan Indonesia. Akui Anggun, walau dia fasih berbahasa Perancis, itu tidak bermakna dia boleh menulis lirik dengan baik dalam bahasa tersebut. Ironi, katanya dia tidak boleh menghasilkan karya dalam bahasa tersebut kerana ia barangkali akan kedengaran tidak terlalu menyentuh hati.

Echoes yang telah dilancarkan di Indonesia berbanding Perancis yang hanya akan dilancarkan pada bulan Oktober nanti, ia adalah simbolik cintanya kepada republik tersebut.

"Alasannya kerana ini adalah album pertama yang saya bikin sendiri dan saya mahu ia dipersembahkan di negara saya sendiri berbanding negara orang. Saya juga mahu membuat promosi album ini di negara-negara Asia dahulu kerana di negara-negara Eropah, saya boleh melakukannya pada bila-bila masa," katanya.

Ia sekali gus menunjukkan bahawa cinta Anggun yang kini bukan lagi warganegara Indonesia masih kejap di republik tersebut. Sementelah dia sendiri begitu mengagungkan bahasa ibundanya dan mengajar anaknya bercakap dalam bahasa Indonesia sebagai bahasa sehari-harian mereka di rumah.

Patriotisme

Sewaktu disogok tentang pertimbangan patriotisme antara bukan lagi warganegara Indonesia tetapi cukup menyanjungi bahasa ibundanya, Anggun memberi penjelasan panjang lebar.

Dia memberi metafora tersendiri dengan mengatakan jika warna pastel itu berubah, yang berubah hanya warnanya, tetapi tidak bermakna pada jati diri. Ia sama seperti dirinya yang masih sangat lapar kalau tidak memakan nasi. Begitulah jati dirinya terhadap negara tercinta biar memang bukan lagi memegang pasport berwarna hijau.


ECHOES menjadi begitu bermakna buat Anggun kerana dia terbabit secara total dalam album tersebut.


"Banyak orang bertanya tentang nasionalisme atau patriotisme saya hanya kerana saya menukar warga negara saya. Adalah tidak adil untuk menilai seseorang itu daripada pandangan mata kasar hanya kerana hal sedemikian.

"Saya juga pernah dikritik tidak patriotisme hanya kerana tidak memakai baju batik. Adakah orang yang masih menjadi warganegara Indonesia, tetapi melakukan korupsi dan tidak hormat kepada negara sendiri itu sudah cukup patriotisme atau lebih tinggi nasionalisme mereka daripada saya?

"Jangan kita menghakimi atau melabel seseorang itu hanya kerana ia sudah menukar warga negara. Jangan melihat luaran, tapi lihatlah ia lebih jauh ke dalam," katanya serius.

Justeru kerana cintanya terhadap Indonesia, dia sangat menyayangi bahasa ibundanya itu. Dia berpendapat bahasa itu lambang bangsa, bukan sekadar terletak pada pasport hijau yang dipegang rakyat republik tersebut.

Anggun kemudian menyambung: "Bahasa itu kultur. Saya tidak mahu anak saya tidak mengenal bahasa sendiri dan saya akui, saya sedih kerana pada masa kini, banyak anak Indonesia yang sudah tidak berbahasa ibunda dan senang berbahasa Inggeris. Ini sangat rugi kerana bahasa akan mati jika kita mengagungkan bahasa orang lain."

Saat ditanya adakah dia berfikir untuk berhenti bermuzik, pantas Anggun memberitahu dia akan mati tanpa muzik. Muzik adalah identitinya, sama penting seperti keluarganya sendiri.

Katanya: "Famili sangat penting buat saya. Begitu juga muzik. Muzik adalah saya. Bila saya berhenti bermuzik, pada waktu itu saya mati kerana muzik adalah identiti saya."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Habuan Karnival Amal Silaturrahim

Posted:

Habuan Karnival Amal Silaturrahim

Habuan Karnival Amal Silaturrahim

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my


BARISAN artis (dari kiri) Azrul Raja Lawak, Roslan Shah, Jamal Abdillah, DJ Dave dan Azad Jazmin bakal memeriahkan Karnival Amal Silaturrahim pada 2 dan 3 Julai ini.


DUA penyanyi popular tanah air, Jamal Abdillah dan Datuk DJ Dave akan memeriahkan Karnival Amal Silaturrahim yang dianjurkan oleh Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (Usahanita) selama dua hari pada 2 dan 3 Julai ini.

Presiden Usahanita, Faridah A. Jabbar berkata, tujuan karnival tersebut diadakan untuk mengumpul dana dari pihak korporat dan perseorangan untuk diserahkan kepada rumah anak yatim dan juga golongan kurang upaya.

"Sebenarnya karnival sebegini adalah antara acara tahunan yang dilakukan oleh Usahinta, namun kami lebih banyak melakukan aktiviti yang berbentuk kekeluargaan.

"Namun untuk tahun ini, kami telah mengambil keputusan untuk menganjurkan dua aktiviti utama iaitu pertandingan memancing dan majlis makan malam," ujarnya pada satu sidang akhbar baru-baru ini.

Tambahnya lagi, bagi menarik lebih ramai penyertaan untuk kedua-dua aktiviti berkenaan, beberapa artis popular turut diundang untuk memeriahkan lagi aktiviti.

Ujarnya, pada hari pertama akan berlangsung acara santai iaitu Karnival Memancing 1Malaysia 1Hati bertempat di Taman Tasik Titiwangsa yang akan dimeriahkan oleh beberapa artis seperti Roslan Shah, Fazli Zainal dan Azrul Raja Lawak.

"Kemudian pada hari kedua pula dua penyanyi popular iaitu Jamal Abdillah dan Datuk DJ Dave akan membuat persembahan pada majlis Makan Malam Amal di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

"Selain mereka berdua yang akan menghiburkan orang ramai menerusi lagu-lagu popular mereka, ia turut dimeriahkan lagi oleh beberapa artis seperti Ogy Ahmad Daud, Azad Jazmin dan Eira Syazira," katanya yang memberitahu meja berharga di antara RM250 sehingga RM5,000 sudah mula dijual.

Ujarnya, 100 peratus hasil kutipan pada karnival berkenaan akan diagihkan kepada empat buah rumah kebajikan yang dipilih oleh pihak Usahanita.

Antaranya, Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur, Rawang; Pertubuhan Kebajikan Anak-Anakku Sayang, Seremban; Rumah Anak Yatim Kesayanganku, Bukit Beruntung dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak Istimewa, Hulu Klang.

Sementara itu, DJ Dave ketika ditemui berkata, dia sangat teruja untuk sama-sama terlibat dan menyokong usaha yang dilakukan oleh Usahanita dengan membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Ujarnya, dia sendiri tidak keberatan dan sangat menyokong usaha yang dilakukan oleh pihak Usahanita itu kerana dia juga sering menganjurkan aktiviti amal setiap tahun.

"Saya yakin yang para peminat tentunya sangat menantikan kemunculan saya dan Jamal di atas pentas yang sama dan sudah tentu kami akan menampilkan satu persembahan yang yang cukup menarik serta berharap tetamu yang hadir akan terhibur," katanya.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kedua-dua aktiviti tersebut boleh menghubungi pejabat Usahanita di talian 03-55192534.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harapan Wani

Posted:

Harapan Wani

Harapan Wani


WANI


WALAUPUN baru mencecah usia 11 tahun, vokal Syazwani Sapari atau lebih dikenali sebagai Wani sangat mengagumkan dan tidak dinafikan Wani mampu mencapai not tinggi yang kebiasaan dinyanyikan oleh golongan yang lebih berusia darpadanya.

Buktinya, Wani beberapa kali memenangi tempat tiga teratas apabila beradu suara dengan peserta dewasa ketika sering memasuki pertandingan karaoke dan nyanyian kategori terbuka.

Minat yang mendalam terhadap bidang nyanyian mendorong Wani memasuki rancangan realiti televisyen terbitan Astro Ceria, Kamilah Bintang dan telah pun bergelar juara musim pertama.

"Saya yang mahu masuk ke program itu kerana saya memang meminati bidang nyanyian. Ibu juga selalu menyokong dan berkata tidak salah jika saya mahu mencuba. Keluarga banyak beri sokongan kepada saya," bicara Wani yang mula menyanyi sejak berumur tujuh tahun.

Gelaran juara yang dimenangi memberikan Wani peluang muncul dengan album sulung yang diberi judul Wani terbitan Measat Broadcast Network System (MBNS).

"Kelahiran album Wani ini bukan sekadar mewarnai persada seni hiburan tempatan sebaliknya ia membuktikan artis kelahiran Kamilah Bintang mampu menjadi pelopor generasi pelapis industri muzik tanahair," jelas pengurus saluran Ceria, Evon Koh.

Album mini yang memuatkan lima buah lagu iaitu Cintamu Bermakna, Sabar, Mengejar Bintang, Tra La La dan Teman Setia ini mendapat hasil sentuhan tiga komposer yang tidak kurang hebatnya iaitu Kunci Demak, Sham Kamikaze dan Shazee Ishak.

Menurut Evon lagi, konsep album mini Wani ini diberi sentuhan genre balada dan pop mengikut kesesuaian umur dan perwatakannya yang ceria.

Bukan itu sahaja, Wani juga cuba mengasah bakat di dalam bidang lakonan apabila terbabit dalam filem pertama lakonannya, Jidin Sengal. Wani yang memegang watak Piah sewaktu kecil tampil dalam lima babak sahaja dan dijangka menemui penonton pada Ogos ini. – NOOR ASHREEN ISMAIL

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Dapat kepercayaan Spielberg

Posted: 24 Jun 2011 09:03 AM PDT

MERAIH peluang pertama kali berlakon filem sudah pasti menimbulkan perasaan yang begitu teruja.

Lebih membanggakan lagi apabila tawaran itu adalah watak utama untuk filem 'blockbuster' yang menampilkan gandingan pengarah dan bintang terkenal.

Pengalaman cukup berharga ini dilalui aktres baru, Rosie Huntington-Whiteley yang dilamar pengarah handalan Michael Bay membintangi filem sekuel terbaru, Transformers: Dark Of the Moon.

Filem sains fiksyen adaptasi komik dan program kartun TV yang cukup popular ini sudah bersedia untuk kembali menemui peminat di seluruh dunia pada 29 Jun ini.


Ia dikatakan akan mencipta satu lagi fenomena luar biasa terhadap sambutan penonton di panggung.


Filem paling ditunggu-tunggu ini akan mula ditayangkan di Malaysia serentak dengan pembukaan di Amerika Syarikat pada tarikh berkenaan.

Ia turut diterbitkan dalam versi tiga dimensi (3D) yang memberi pengalaman berbeza dari aspek paparan visual yang lebih realistik serta mengagumkan.

Di sebalik aksi dua kumpulan, Autobots dan Decepticons kembali bertempur dalam dunia manusia, gandingan Rosie bersama aktor asal, Shia LaBeouf sebagai pelakon utama pasti akan mencuri tumpuan.

Nyata, kemunculan dan pemilihan Rosie awalnya menimbul persoalan ramai di kalangan peminat dan penonton. Apakah Rosie sudah 'caras' (menewaskan) aktres Megan Fox yang sebelum ini menjual seksinya dalam filem itu?

Kehadiran pelakon berusia 24 tahun yang lebih dikenali menerusi bidang peragaan ini memang mencetuskan kontroversi apabila wataknya menggantikan Megan yang sebelum ini digugurkan.

Megan sebelum ini beraksi untuk Transformers (2007) dan Transformers: Revenge Of the Fallen (2009), disingkir Bay sendiri selepas dia bersikap celupar ketika memberi komen mengenai kerja hasil pengarahan Bay.

Menurut laporan media antarabangsa, Megan menyamakan Bay seperti pemimpin tentera Nazi, Adolf Hitler ketika berada di set penggambaran dan berlakon bersamanya umpama mimpi ngeri.

Dalam lantang bersuara, Megan masih tetap memberi komen mengatakan dia sukakan personaliti pengarah popular itu kerana menganggap Bay seorang yang begitu pelik.

Menjawab komen Megan itu, Bay sebaliknya menyatakan dia tidak terguris mahupun terkejut.

Katanya, dia lebih mengenali Megan yang suka memberikan kenyataan walaupun dengan cara yang salah.

Dalam satu kenyataan lain, Bay dikatakan memecat Megan selepas dibandingkan dengan Hitler. Tindakannya itu dipersetujui Produser Eksekutif, Steven Spielberg sendiri.

Bagi Rosie, pengalaman membintangi filem ini menjadi transisi perubahan kehidupannya dari bidang peragaan kepada lakonan.

Menariknya, dia berpeluang menghabiskan masa selama tujuh bulan bersama anggota tentera laut ketika penggambaran dijalankan pada pertengahan tahun lalu di sekitar Los Angeles, Chicago, Detroit dan Florida.

"Saya seorang yang senang berperasaan gemuruh. Awalnya saya sendiri tidak pasti sama ada saya mampu menggalas tanggungjawab besar seperti ini. Namun saya percaya berlakon filem ini adalah peluang terhebat seumur hidup.

"Bagi saya, LaBeouf seorang pelakon yang hebat. Dia memberitahu saya, bekerja selama 17 jam boleh mengubah kehidupan manusia sepertinya.

"Dia menjelaskan pengalaman yang ditimba bukan hanya semata menjadi bintang popular. Jadual penggambaran begitu padat dan pelakon terdedah dengan suasana panas, kotor dan berbau sama seperti berada di kawasan perkhemahan," katanya.

Sangka dapat watak kecil

MENGENAI kontroversi membabitkan Megan, Rosie menyebelahi pendirian Bay dan menolak tanggapan berasa kurang selesa ketika menjalani penggambaran.

"Kami seronok ketika menjalani penggambaran ini bersama. Kalau saya berasa tidak selesa, saya lebih senang memberitahunya dan dia selalu menghormati pandangan terbuka seperti itu," katanya membawa watak Carly Miller, kekasih Sam Witwicky lakonan LaBeouf.

Menjadi tumpuan ramai peminat selepas bergelar pelakon, Rosie tidak mahu kontroversi Megan menjejas perjalanan karier seninya yang baru bermula.

Berkongsi pengalaman ketika hadir uji bakat filem ini, Rosie menyatakan dia menyangka hanya diberi watak kecil sebaliknya terus ditawarkan watak utama menggantikan Megan!

"Membandingkan saya dengan Megan hanya mewujudkan kebimbangan kecil pada diri sendiri. Apapun, tanggapan ini tetap akan berlaku, tetapi ia tidak mengganggu saya sebenarnya.

"Saya tahu lakonan sendiri masih belum memuaskan. Malah, saya tidak menyangka dapat watak utama ini dan tidak tahu apa yang dilakukan.

"Sebelum ini, saya tidak pernah berlakon mahupun hadir sebarang uji bakat kerana berasa tidak selesa dengan situasi itu," katanya.

Rosie berkata, dia menerima panggilan telefon dua hari selepas hadir uji bakat menyatakan dia ditawarkan watak utama di samping LaBeouf.

Seminggu selepas itu Bay menghubungi Rosie hadir untuk berlakon. Mahu memberi fokus pada kerjaya, Rosie tidak mahu bercerita mengenai kehidupan peribadi.

Terbabit menjadi model pakaian dalam dan produk kecantikan sejak 2006, Rosie juga menjaga penampilan diri dalam filem sulungnya ini.

Katanya, dia gemar menggelapkan kulit sebelum mula berlakon dalam filem ini.

Sepanjang berlakon Transformers: Dark Of the Moon, Rosie akui dia berdepan situasi rindu pulang berjumpa keluarga.

"Saya tidak berpeluang berjumpa mereka selama setahun. Perkara pertama selepas habis penggambaran filem ini, saya terus balik ke rumah," katanya.

Bagi Bay, dia mengakui bukanlah peminat Transformers ketika membesar, tetapi berusaha menggalas tanggungjawab diberikan Spielberg agar menjadikan filem ini sebagai karya menarik untuk ditonton.

"Ketika menghasilkan sekuel kedua, saya bersama penulis skrip melakukan perbincangan selama empat bulan," katanya.

Bay, 45, berpengalaman mengarah pelbagai filem besar seperti Bad Boys (1995) dan Armageddon (1998). Dia melihat kritikan terhadap sekuel kedua lalu memberi cabaran padanya untuk mengarahkan sekuel ketiga bagi Transformers.

Filem kali ini turut menampilkan aktor Hugo Weaving yang pernah popular watak Ejen Smith menerusi The Matrix. Dia diberi kepercayaan menyumbang suara watak Megatron. Anda sudah bersedia untuk melihat perang robot seterusnya? Kita tunggu Transformers: Dark of the Moon mulai 29 Jun ini.

>PROFIL
NAMA PENUH: Rosie Huntington-Whiteley
TARIKH LAHIR: 18 April 1987
USIA: 24 tahun
ASAL: Plymouth, Devon, England
KERJAYA: Model, pelakon
STATUS: Bujang
FILEM: Transformers: Dark Of the Moon

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Karnival amal bantu OKU

Posted: 24 Jun 2011 08:44 AM PDT

PEKA dan prihatin terhadap golongan orang kelainan upaya (OKU), Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (Usahanita) tampil mengambil inisiatif menganjurkan Karnival Amal Silaturrahim 1Malaysia 1Hati pada Julai ini.

Karnival dua hari berturut-turut itu dimulakan dengan Karnival Memancing 1Malaysia 1Hati pada 2 Julai di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur dari jam 7.30 pagi hingga 11.30 malam. Pelbagai acara serta aktiviti menarik dan persembahan artis diadakan.


Antara artis popular tanah air yang akan muncul di karnival ini nanti ialah Eira Syazira, Azad Jazmin, Fazli Zainal, Azrul Raja Lawak dan Roslan Shah. Malah, beberapa acara disediakan seperti senamrobik, poco-poco, pertandingan mewarna kanak-kanak dan karaoke.

Turut dibuka gerai jualan kepada orang ramai. Bahkan, hadiah lumayan menanti kaki pancing yang menang iaitu RM7,000, hamper serta piala untuk tempat pertama, RM5,000, hamper (tempat kedua), RM3,000, hamper (tempat ketiga) dan 30 hadiah sagu hati.


Pengarah Projek, Che Ruhani Che Hassan, berkata pertandingan memancing itu akan diadili pengadil dilantik khas dan bagi orang ramai yang berminat menyertai, yuran RM60 dikenakan. Katanya, bagi pertandingan karaoke untuk peserta berumur 17 tahun ke atas, yuran penyertaan RM35.


"Hadiah menarik untuk juara karaoke ialah RM1,000, sijil serta piala. Manakala, tempat kedua menerima RM500, sijil, piala, ketiga pula RM300, sijil, piala dan tempat keempat hingga ke-10 mendapat sagu hati. Tidak terkecuali untuk hiburan, persembahan badut.

"Bagi Majlis Makan Malam Amal 1Malaysia 1Hati pula akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 3 Julai, jam 8.30 malam yang menampilkan artis seperti Datuk DJ Dave, Jamal Abdillah, Eira Syazira, Azad Jazmin, Roslan Shah, Asha Fayed, Online dan Syazwan," katanya pada sidang media baru-baru ini.


Che Ruhani berkata majlis makan malam amal itu turut menggandingkan Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) dan Faizal Ismail (FBI) sebagai pengacara. Ujarnya, sebanyak 87 meja disasarkan untuk tempahan dengan harga antara RM20,000 dan RM2,500. Selain itu, bagi yang ingin menempah kerusi saja harga antara RM500 hingga RM250.

Ditanya mengenai objektif penganjuran Karnival Amal Silaturrahim 1Malaysia 1Hati itu, Che Ruhani menjelaskan Usahanita sekadar berusaha mengumpul dana daripada syarikat korporat dan individu perseorangan untuk diserahkan ke rumah anak yatim dan OKU.


"Jujur, saya maklumkan 100 peratus hasil kutipan dana yang dikumpulkan itu akan disalurkan sepenuhnya ke rumah kebajikan seperti Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur di Rawang (Selangor), Pertubuhan Kebajikan Anak-Anakku Sayang (Seremban), Rumah Anak Yatim Bukit Beruntung (Selangor) dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak Istimewa Hulu Langat (Selangor)," katanya.


Berbicara mengenai Usahanita, Che Ruhani berkata ia sudah ditubuhkan sejak 27 tahun lalu dan hingga kini memperoleh ahli seramai 22,000 ahli. Namun, sukar untuk mengharapkan bantuan ahli kerana rata-rata mereka adalah peniaga industri kecil dan sederhana (IKS).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.