- Blog Hanz - |
- Mizz Nina Berduet Dengan Artis Amerika
- Sepah Juara Maharaja Lawak, Kongsi RM350,000
- TAHNIAH Dr Sheikh Muszaphar bakal jadi bapa
- (GAMBAR) Fesyen pelik orang Jepun
Mizz Nina Berduet Dengan Artis Amerika Posted: 24 Jun 2011 12:56 PM PDT PETALING JAYA: Khabar angin mengenai penyanyi Mizz Nina akan berduet dengan penyanyi Hollywood, Justin Timberlake akhirnya terjawab apabila penyanyi itu sebenarnya berduet dengan penyanyi hip hop antarabangsa, Flo Rida dengan single lagu Take Over, Menurut Nina, khabar angin tersebut adalah tidak benar dan dia tidak pernah berbincang dengan pihak pengurusan Justin bagi sebarang perancangan duet. "Isu mengenai kolaborasi dengan Justin adalah khabar angin semata-mata. Dan ya, saya sudah pun bekerjasama dengan Flo Rida menerusi lagu terbaru Take Over. "Saya berasa amat bertuah kerana dapat berduet dengan Flo Rida untuk single terbaru ini tambah pula dia seorang yang popular di kalangan penyanyi-penyanyi Amerika Syarikat. Harap-harap, Take Over dapat diterima ramai dan kami akan cuba 'menggegarkan' dunia menerusi lagu ini," kata Nina. Tambah tunang kepada vokalis Hujan, Noh Salleh itu, dia berharap lagu genre R&B, hip hop dan dance itu diterima umum seperti lagu single solo pertamanya, What You Waiting For (duet dengan Colby O'Donis). Kini lagu tersebut telah pun berkumandang di semua stesen radio tempatan dan sedang menaiki carta muzik paling popular. Selain itu, Nina dan Flo Rida telah pun mempersembahkan lagu Take Over itu pada konsert Flo Rida di Bangkok dua minggu lalu dan lagu tersebut mendapat perhatian daripada penonton-penonton di sana. "Alhamdulillahlah, walaupun saya sibuk dengan persiapan perkahwinan yang akan berlangsung pada 1 Julai depan, kami sempat mengejar masa untuk menyiapkan lagu ini serta klip videonya sekali dalam masa yang singkat. "Semoga peminat-peminat terhibur dengan klip video kami di mana penggambaran telah pun dirakamkan pada awal bulan ini di Miami selama tiga hari," ujarnya. sumber Mstar |
Sepah Juara Maharaja Lawak, Kongsi RM350,000 Posted: 24 Jun 2011 12:54 PM PDT SHAH ALAM: Selepas 13 minggu bertanding, akhirnya gelaran juara Maharaja Lawak berjaya menjadi milik kumpulan Sepah apabila mereka memperoleh markah tertinggi, dalam pertandingan tersebut yang berlangsung di Stadium Malawati, di sini malam Jumaat Kemenangan Sepah yang terdiri daripada Mamat, Shuib dan Jep melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro. Gelaran naib juara pula dimenangi oleh kumpulan Jozan (Johan dan Zizan)dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi manakala Nabil mendapat tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi. Bagaimanapun, kumpulan Jambu yang dianggotai oleh Yus dan Tauke terpaksa akur dengan kedudukan di tangga keempat. Mereka mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi. Kesemua peserta peringkat akhir dikehendaki membuat dua persembahan bertemakan konsep bebas dan komedi muzikal. Para peserta telah diadili dengan sistem pemarkahan yang masing-masing mewakili 50 peratus undian penonton di rumah dan juga juri yang terdiri daripada Mamat Khalid, Ahmad Idham serta Saiful Apek. Sementara itu mengulas kemenangan mereka Sepah berkata, mereka turut berhadapan dengan masalah mencari idea setiap kali membuat persembahan. Bagaimanapun sikap yang sentiasa mahu berbincang bersama-sama adalah antara formula kejayaan kumpulan itu. "Idea kami tersangkut juga tetapi syukurlah dengan bantuan Dia (Allah), kami dapat mengeluarkan idea yang baik," kata mereka. Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengurus Saluran Astro Warna & Prima, Nizam Sani. Pertandingan Maharaja Lawak bersiaran secara langsung setiap Jumaat, pukul 10 malam menerusi saluran Astro Warna (Saluran 132) sejak 1 April lalu. sunber dari Mstar |
TAHNIAH Dr Sheikh Muszaphar bakal jadi bapa Posted: 24 Jun 2011 12:51 PM PDT |
(GAMBAR) Fesyen pelik orang Jepun Posted: 24 Jun 2011 12:46 PM PDT |
You are subscribed to email updates from - Blog Hanz - To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |