Adsense

Sabtu, 25 Jun 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Rakaman Konsert Ekspresi Dato’ M. Nasir & Jamal Abdillah

Posted: 25 Jun 2011 09:47 PM PDT

Lebih kurang Sebulan lebih lagi kita akan menjalani ibadah puasa. Cepat betul masa berlalu kan? Seperti biasa, sebelum berpuasa, stesen TV sekarang ini sedang sibuk berebut-rebut menyiapkan program TV sempena hari raya Aidilfitri nanti.

Dan pada malam ini, Budiey mendapat info di mana satu rakaman konsert sempena raya nanti akan diadakan. EKSPRESI DATO' M. NASIR & JAMAL ABDILLAH bakal menghiburkan kita dan mewarnai Aidilfitri anda sekeluarga.

Konsert istimewa yang menampilkan gandingan 'sifu ' Dato' M. Nasir dan Raja Pop Malaysia Jamal Abdillah akan mengimbau kembali nostalgia lagu-lagu 'evergreen´ seperti Gerhana, Seroja dan Keranamu Kekasih. Turut memeriahkan suasana rakaman ini adalah rakan-rakan seperjuangan dari dua era berbeza iaitu Ogy Dato' Ahmad Daud, Francesca Peters, Hujan dan Awi Rafael.

Kepada pembaca budiey.com nak hadir, kenalah berpakaian baju raya supaya rakaman nanti nampak meriah. Hehe

EKSPRESI DATO' M. NASIR & JAMAL ABDILLAH pada:
Tarikh: 26 Jun 2011 (Ahad)
Masa: 8.30 malam
Tempat: Tingkat 5, Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam

Selamat terhibur.

Jamal Abdillah

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Konsert Jamal Abdillah J2011 Lagenda Guna Penata Cahaya PANI
  • Quotes of The Day: Saya Tak Patah Semangat – Jamal Abdillah
  • Gambar Jamal Abdillah dan Nash Ubaidillah di Rumah Terbuka PENGASIH
  • Afgan, Jamal Abdillah, M.Nasir di Mini Karnival dan Konsert Inspirasi TV3
  • Jamal Abdillah Tidak Stabil di Konsert Amal Kasih?
  • Senarai Lagu Tugasan Konsert Akademi Fantasia 7 – Minggu 5
  • Profile Ahmad Nazib Bin Zaidi (NAZIB) Calon Pelajar AF 6
  • Senarai Lagu Tugasan Konsert Pertama Akademi Fantasia 7
  • Jamal Abdillah Lancar Album Kembara Seniman
  • Gambar Jamal Abdillah di Sidang Media Minggu Setiausaha Menara KL
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Siti Saleha & Remy Ishak di Roadshow Enchanteur Paris & Dashing

    Posted: 25 Jun 2011 09:05 PM PDT

    Fenomena luar biasa Nora Elena sikit sebanyak memberi impak dalam industri hiburan. Ramai yang masih menontonnya di Portal Tonton tak kurang ada yang tengok di iPad. Mungkin drama ini akan disambung ke musim kedua atau pun dipanjangkan ke filem atau layar besar. Budiey kira, dengan fenomena yang telah dicipta telah melonjakkan nama pelakon utama Nora Elena iaitu Siti Saleha dan Aaron Aziz.

    Terbukti kedua-dua pelakon yang dulunya tiadalah sepopular mana, tiba-tiba mendapat perhatian ramai. Sekarang, dua-dua nama dah top meletop. Walaupun drama Nora Elena dah pun tamat, namun jadual pelakon utama Nora Elena semakin sibuk dan mungkin mereka tiada masa untuk famili. Tu yang Budiey baca kat twitter Aaron Aziz stress dengan jadualnya yang padat sampai membaling telefon bimbit Nokia miliknya. Rileks bro, jangan stress sangat. Ni masanya nak rebut peluang. Telefon Nokia tu, gantilah dengan iPhone 4 atau Blackberry ya, senang sikit nak bertwitter dengan peminat. Setiap minggu ada sahaja event yang perlu dihadiri. Itu tak termasuk lagi jadual pengambaran.

    Terbaru, Budiey dapat info Siti Saleha bersama dengan duta Dashing iaitu Remy Ishak akan hadir di sesi bertemu peminat di Roadshow dan pelancaran haruman terbaru Dashing dan juga Enchanteur Paris di Alamanda Putrajaya.

    Siti Saleha Remy Ishak

    Kepada pembaca dan peminat Siti Saleha dan Remy Ishak, bolehlah datang ke Alamanda Putrajaya pada hari Sabtu, 2 Julai 2011. Menurut info yang Budiey terima, Siti Saleha akan hadir pada jam 12 tengahari sementara satu majlis pelancaran haruman terbaru Dashing di mana akan disertai oleh Remy Ishak pada jam 2 petang.

    Kepada peminat Nora Elena, mungkin ini masa yang sesuai untuk bertemu dengan Siti Saleha.

    Budiey akan turut berada di sana untuk buat liputan event pelancaran haruman wangian terbaru dari Dashing.

    Siti Saleha Remy Ishak

    Siti Saleha Remy Ishak

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Roadshow Dashing For Men
  • Gambar Remy Ishak di Malam Gala Nur Kasih The Movie
  • Gambar Siti Saleha di Anugerah Bintang Popular 2010
  • Remy Ishak Bergaduh Dengan Ummi Nazeera
  • Remy Ishak Si Koboi Jahat
  • Gambar Remy Ishak di Karnival Inspirasi TV3
  • Remy Ishak Duta Produk Transformasi DASHING
  • Filem Akuarium Cinta Arahan Osman Ali
  • Siti Saleha Pelakon Drama 5 Jingga Kekasih Baru Jehan Miskin?
  • Drama Nur Kasih Lakonan Remy Ishak
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.