Adsense

Rabu, 26 Januari 2011

Celebrity News

Celebrity News


Gambar Ainul Aishah Dan Kekasih Ben Daniel

Posted: 26 Jan 2011 09:06 AM PST

Inilah gambar kekasih Ainul Aishah yang bernama Ben Daniel Hendsome tak ?

Gambar Seksi Nora Danish Pula di Majalan Cosmopolitan

Posted: 26 Jan 2011 08:48 AM PST

ALamak baru je puji minggu lepas, malas nak komen tapi saja nak "Share" dengan anda di ZoOmartis. Dah menjadi lumrah dan kemestian produk atau majalah memerlukan seseorang yang terkenal dan seksi sebagai duta.


ANda sajalah komen !!

Ahmad Dhani Pengetua Akademi Fantasia 9 !?

Posted: 26 Jan 2011 08:29 AM PST


Entahlah betul ke tak cerita dan gossip yang mengatakan Ahmad Dhani artis dari Indonesia akan menjadi Pengetua Akademi Fantasia musim ke 9.

Namun menurut sumber dari seberang, Erwin awal-awal lagi menyangkal perkara itu dengan mengatakan tidak pernah menerima apa-apa tawaran daripada produksi AF9. Malah dia tidak berminat untuk menjayakannya.

Malah ada gossip mengatakan Abang Aznil bakal menjadi pengetua Akademi Fantasia 9 kerana ia akan menjadi penutup kepada program yang sebelum ini menjadi fenomena di Malaysia.


Ahmad Dhani

ZoOm : Tak setuju sangat kalau artis seberang, dah tak ada ke artis atau orang yang berpengalaman menjadi pengetua AF9. Apa pendapat anda mengenai gossip dan cerita ini !!?

Kisah Artis : Zizan Nin Ke Mahkamah Untuk Ambil Kad Nikah

Posted: 26 Jan 2011 08:08 AM PST

Kalau sebelum ini ZoOm pernah "Post" mengenai keluarga Zizan Nin yang dikatakan sedang menghadapi masalah. Namun setelah beberapa lama beliau mendiamkan diri akhirnya Zizan tampil menjawap segala tomahan dan pandangan sesetengah pihak termasuk ZoOm sendiri ( Daripada Info Tau ).

Semoga apa yang beliau katakan pada wartawan Mstar benar belaka, semoga pasangan ini bahagia hingga ke akhir hayat dan tidak seperti yang digembar gemburkan oleh ramai pihak terutamanya di alam maya yang luas dan mudah dicari.

Berikut sedikit "Statement" ketika Zizan ditanya oleh wartawan :

"Saya percaya ustaz lebih arif dalam memberi nasihat dan pandangan perihalsuami isteri selain daripada ibu bapa kami sendiri.
"Kami bukannya bertemu kaunselor bagi memperbaiki masalah rumah tangga seperti yang dilaporkan," katanya.

"Kami baru 10 bulan berkahwin dan baru balik dari bercuti di Bali, Indonesia. Ustaz tersebut juga menyarankan agar mencari kualiti masa bersama namun ia bukan bererti pasangan harus bercuti secara mewah.
"Dan sebagai selebriti saya cuba elakkan dari mencampurkan hal peribadi dan kerjaya" katanya yang enggan kehidupan peribadi diketahui peminat.

ZoOm : Apa kata anda di Zoomartis !?

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Persembahan bergerak Altimet, Monoloque di UK

Posted:

Persembahan bergerak Altimet, Monoloque di UK

Persembahan bergerak Altimet, Monoloque di UK

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my


ALTIMET


UNITED Kingdom (UK) merupakan antara negara yang menjadi tumpuan ramai penyanyi dari seluruh dunia termasuklah Malaysia bagi mengembangkan karier mereka kerana mempunyai pasaran muzik yang besar.

Altimet dan kumpulan Monoloque adalah dua kumpulan tempatan yang akan mengorak langkah itu selepas sekian ramai penyanyi lain yang pernah mencuba nasib dengan mengadakan siri persembahan bergerak di sana.

Menurut Altimet, tawaran yang diterimanya daripada sebuah agensi yang dikenali sebagai Kugiran Negara Ke UK bagi mengadakan persembahan-persembahan bergerak di negara itu sukar untuk dilepaskannya begitu sahaja.

"Ini adalah kali pertama saya dijemput mengadakan persembahan di empat buah bandar di UK iaitu Warwick, Nottingham, Dublin dan London mulai 16 sehingga 28 Februari ini bersama kumpulan Monoloque.

"Saya sukar melepaskan undangan itu kerana ini adalah salah satu cara saya menimba pengalaman selain mengintai peluang dalam bidang nyanyian di negara seperti UK yang terkenal dengan industri muziknya di dunia.

"Saya teruja untuk mengadakan persembahan-persembahan ia merupakan tempat yang paling penting pernah saya adakan setakat ini," katanya kepada Hits sewaktu dihubungi di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jelas penyanyi pop, R&B dan hip hop ini, dia berasa bertuah kerana menjadi antara penyanyi tempatan yang diberi peluang oleh Kugiran Negara Ke UK mengadakan persembahan berbayar di negara tersebut.

Katanya, undangan itu berdasarkan populariti yang sedang diraihnya selain atas permintaan ramai peminat termasuklah para pelajar Malaysia yang kini sedang melanjutkan pengajian mereka di kebanyakan bandar utama di UK.

"Saya difahamkan ini adalah tahun keempat Kugiran Negara Ke UK menganjurkan persembahan bergerak untuk para penyanyi dari Malaysia.

SEMENTARA itu, vokalis dan gitaris Monoloque, Loque turut teruja dengan jemputan daripada Kugiran Negara Ke UK yang disifatkannya sebagai peluang keemasan bagi mereka menorak langkah lebih jauh dalam bidang muzik.

Apatah lagi ujar bekas gitaris kumpulan Butterfingers itu, Monoloque kini sedang dalam proses menerbitkan album sulung mereka berjudul Hikayat Halimunan Abad Ke-21 yang mengandungi tujuh buah lagu.

"Bagi saya, ini adalah peluang kami untuk mempromosikan lagu-lagu dalam album itu di UK nanti. Antara lagu yang akan kami persembahkan di sana nanti bertajuk Badang Kotaraya dan Penghormatan Terakhir.

"Namun, kami juga akan menyanyikan lagu-lagu lama Butterfingers seperti Mati Hidup Kembali. Ini kerana saya yakin ramai yang mengenali Butterfingers berbanding Monoloque yang baru ditubuhkan beberapa tahun lalu," jelasnya.

Hikayat Halimunan Abad Ke-21 yang dirakamkan di Studio Kilang Menjahit Bunyi milik Loque itu yang akan disiapkan selewat-lewatnya pada hujung tahun ini katanya akan disiapkan secara berperingkat-peringkat.

Kesibukan dengan pelbagai aktiviti termasuklah setelah menjayakan Konsert Analoque - Ana Raffali dan Monoloque di Lambang Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Disember tahun lalu menyebabkan rakaman album itu perlahan.

"Sekarang ini tumpuan kami adalah untuk empat persembahan Monoloque di UK nanti bersama-sama Altimet. Kami sudah mula berlatih sejak seminggu lalu selama dua jam tiga atau empat kali seminggu.

"Antara fokus kami adalah lagu-lagu terbaru Monoloque seperti Penghormatan Terakhir dan Kita Semua Perlukan Cinta yang akan dipersembahkan dalam persembahan kami di UK nanti," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Monoloque bertuah

Posted:

Monoloque bertuah

Monoloque bertuah

SEMENTARA itu, vokalis dan gitaris Monoloque, Loque turut teruja dengan jemputan daripada Kugiran Negara Ke UK yang disifatkannya sebagai peluang keemasan bagi mereka menorak langkah lebih jauh dalam bidang muzik.

Apatah lagi ujar bekas gitaris kumpulan Butterfingers itu, Monoloque kini sedang dalam proses menerbitkan album sulung mereka berjudul Hikayat Halimunan Abad Ke-21 yang mengandungi tujuh buah lagu.

"Bagi saya, ini adalah peluang kami untuk mempromosikan lagu-lagu dalam album itu di UK nanti. Antara lagu yang akan kami persembahkan di sana nanti bertajuk Badang Kotaraya dan Penghormatan Terakhir.

"Namun, kami juga akan menyanyikan lagu-lagu lama Butterfingers seperti Mati Hidup Kembali. Ini kerana saya yakin ramai yang mengenali Butterfingers berbanding Monoloque yang baru ditubuhkan beberapa tahun lalu," jelasnya.

Hikayat Halimunan Abad Ke-21 yang dirakamkan di Studio Kilang Menjahit Bunyi milik Loque itu yang akan disiapkan selewat-lewatnya pada hujung tahun ini katanya akan disiapkan secara berperingkat-peringkat.

Kesibukan dengan pelbagai aktiviti termasuklah setelah menjayakan Konsert Analoque - Ana Raffali dan Monoloque di Lambang Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Disember tahun lalu menyebabkan rakaman album itu perlahan.

"Sekarang ini tumpuan kami adalah untuk empat persembahan Monoloque di UK nanti bersama-sama Altimet. Kami sudah mula berlatih sejak seminggu lalu selama dua jam tiga atau empat kali seminggu.

"Antara fokus kami adalah lagu-lagu terbaru Monoloque seperti Penghormatan Terakhir dan Kita Semua Perlukan Cinta yang akan dipersembahkan dalam persembahan kami di UK nanti," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Jodoh Fazura

Posted: 25 Jan 2011 04:14 PM PST

Hip

pix_gal0
Cinta kian mekar, namun wanita ini terus berahsia siapa jejaka bertakhta di hatinya

DARI riak wajah dan bahasa tubuhnya, dapat dihidu bahawa aktres jelita ini sedang hangat dilamun cinta. Sepanjang wawancara bersamanya berlangsung, senyuman manis tidak pernah lekang dari bibir limau seulas miliknya itu. Masih ramah, sedikit nakal dan suka mengusik, Nur Fazura yang mula dikenali menerusi filem Bicara Hati ini seakan menterjemahkan kepada khalayak, dirinya kini dalam fasa mengulit bahagia.

Malah sewaktu ditemui pada majlis Green Cheongsam Showcase yang berlangsung di The Weld, Kuala Lumpur, baru-baru ini, berkali-kali dia menegaskan bahawa tahun 2011 yang sudah hampir sebulan menyingkap tirainya bakal membawa kebahagiaan dan kegembiraan buatnya.

Ditanya apakah keterujaan itu ada kaitan dengan pengumuman tarikh perkahwinan seperti yang diharapkan kebanyakan pihak, Fazura dengan segera menafikannya. "Kebahagiaan yang saya lalui hari ini tiada kaitan dengan soal perkahwinan. Sebaliknya ia kerana perasaan cinta yang semakin hari semakin subur dalam jiwa. Macam mana saya mahu bercakap soal perkahwinan andai saya sendiri tidak tahu siapakah calon jodoh saya?

"Apa yang boleh saya lakukan hanyalah berdoa semoga saya mendapat jodoh yang baik. Jangan risau, andai saya ditakdirkan bertemu jodoh, saya pasti akan berkahwin juga," ujar Fazura sebagai mengulas khabar angin kononnya dia bakal bersara daripada bidang lakonan kerana mahu mendirikan rumah tangga.

Meskipun ramai yang sedia maklum dengan siapa bintang filem Gol dan Gincu ini menjalinkan hubungan, namun untuk berlaku adil pada empunya diri, soalan itu tetap diajukan kepada pelakon cantik berkenaan. Biarlah nama si jejaka keluar daripada daripada mulut aktres kelahiran Pahang Darul Makmur ini sendiri.

Namun seperti biasa, tiada jawapan pasti yang diterima. Sebaliknya, dengan niat berjenaka, dia menyebut nama-nama aktor kacak Hollywood yang disifatkan sebagai kekasihnya.
Begitulah Fazura, begitu kemas menyimpan rahsia dan amat berhati-hati apabila berbicara soal peribadi. Seperti yang pernah disuarakan sebelum ini, dia memang tidak mahu lagi kisah peribadinya menjadi perbualan ramai. Justeru, tegasnya, tahun ini ialah tahun untuk dia mencari duit sebanyak mungkin, dengan cara mengusahakan sebuah projek yang ada kaitan dengan dunia fesyen.

"Bagaimanapun, sebelum sampai ke fasa itu, biarlah saya tumpukan sepenuhnya perhatian saya pada kerjaya lakonan dan juga projek saya sendiri. Insya-Allah, jika segala-galanya berjalan lancar, saya akan muncul dengan sebuah produk yang ada kaitan dengan pakaian," ujar Fazura yang enggan menjelaskan lebih lanjut mengenai projek terbarunya itu.

Bukan kerana mahu bersara tetapi kata Fazura, dia kini sudah berada pada tahap seorang yang amat selektif dalam memilih watak. Dan disebabkan sikap memilihnya itu jugalah, jarang wajahnya kelihatan di layar perak mahupun kaca televisyen.

"Saya masih banyak menerima tawaran, tapi balik-balik saya ditawarkan watak yang sama, yang pernah saya lakukan sebelum ini. Kalau boleh saya mahu watak lain. Contohnya, watak yang nampak baik tapi sebenarnya seorang pembunuh," katanya yang bakal muncul dengan sebuah filem terbitan Red Communication Sdn Bhd.

Bercerita lanjut mengenai karier lakonannya, Fazura berkata, dia juga akan berangkat ke Tanah Suci pada 20 Februari depan kerana mahu menjalani penggambaran drama arahan Erma Fatima, Tahajud Cinta dan Kitab Cinta.

"Memang sudah lama saya berhajat untuk ke Makkah untuk menunaikan umrah. Alhamdulillah, permintaan saya dimakbulkan Tuhan. Kali pertama saya mengerjakan umrah ialah ketika usia saya 12 tahun. Sebelum ini, saya pernah mendapat undangan Datin Paduka Umie Aida untuk sama-sama mengerjakan umrah, tapi pada masa itu keadaan tidak mengizinkan

"Lagipun selain mahu mengerjakan umrah, saya menerima tawaran ini kerana ia memerlukan saya bertudung, iaitu satu watak yang belum pernah saya lakonkan," kata pemenang anugerah Pelakon Harapan Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-17 (FFM17) dan terbaru, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada Anugerah Skrin (ASK) 2010.

Jangan perlekeh artis

MELIHAT kepada penampilannya yang sentiasa bergaya dengan pelbagai jenama antarabangsa, ramai yang membuat andaian Fazura hidup senang lenang kerana mempunyai teman lelaki yang kaya-raya. Namun, tuduhan nakal itu disangkal sekeras-kerasnya. Sambil memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya menghentikan tohmahan, Fazura juga meminta khalayak tidak memandang rendah golongan artis.

"Entah mengapa masyarakat hari ini begitu mudah menilai golongan artis. Jika nampak artis itu bergaya lebih sedikit dan memandu kereta mewah, mereka akan terus melabelkan artis itu ditaja.

"Jangan ingat golongan artis ini 'sengkek' sangat. Kami ada pendapatan sendiri. Sebenarnya, ramai artis kita yang memang mewah hasil pendapatan mereka dalam bidang seni, seperti tawaran berlakon, menyanyi dan mengacara yang tak pernah putus. Tapi biasalah, masyarakat kita memang suka berprasangka," luah Fazura.
Menurut Fazura lagi, disebabkan tanggapan seperti itulah dia mahu terus bekerja walaupun selepas bergelar isteri.

"Mungkin tidak selamanya saya mahu menjadi pelakon. Tapi, ia tidak bermakna saya mahu goyang kaki di rumah. Jika saya mendirikan rumah tangga kelak, saya tetap akan berkerja, dengan membuka perniagaan sendiri. Saya tak mahu berharap seratus peratus kepada suami. Lagipun saya sudah biasa pegang duit sendiri. Saya sudah mula berdikari sejak usia saya 17 tahun lagi," tegasnya.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Peminat tidak lupa orang lama

Posted: 25 Jan 2011 04:10 PM PST

Hip

Anuar Zain, Raja Azura, Linda Onn terus bersaing dengan bakat baru

BIARPUN ramai wajah baru menguasai senarai lima finalis atau Top 5 dalam 16 kategori Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010), orang lama masih mencuri perhatian pengundi apabila ada di kalangan personaliti yang lebih dulu mengungguli majlis pengiktirafan ini tetap bertahan atau dicalonkan kembali.

Hakikatnya, kehadiran bakat baru tidak sesekali menyingkir terus pelakon, penyanyi mahu pun personaliti radio dan televisyen yang terlebih dulu makan garam kerana dalam apa juga situasi, peminat tetap mengiktiraf calon pilihan bersandarkan hasil kerja serta populariti mereka sepanjang tahun lalu.

Raja Azura yang sinonim dengan panggilan Kak Engku bukan saja dicalonkan ke peringkat akhir buat kesekian kalinya, malah dalam ABPBH edisi terbaru, dia muncul personaliti dengan pencalonan terbanyak - tiga kategori! Selain kategori Penyampai Radio Popular dan Pengacara TV Popular, Raja Azura juga disenaraikan ke peringkat akhir dalam kategori Pelakon Komedi Wanita Popular. Selain dirinya, seorang lagi artis yang dicalonkan dalam tiga kategori pada ABPBH 2010 ialah Ana Raffali (Artis Baru Wanita, Artis Duo / Berkumpulan dan Penyanyi Wanita Popular).

Pernah membawa pulang empat trofi ABPBH sejak dicalonkan bermula 1993, pencalonan kali ini, katanya agak mengejutkan apabila turut dipilih bagi kategori penyampai radio yang diakui impak daripada segmen pagi Sinar FM, kendaliannya bersama-sama Salih Yaacob dan Khairil Rashid.

"Ketika mula menyertai keluarga Sinar FM pada 12 Februari 2007, ia hanya stesen radio nombor lima. Namun kini Sinar menduduki tangga pertama, malah paling menggembirakan apabila mengenangkan, daripada lebih 4 juta pendengar yang mengikuti segmen pagi di semua stesen radio, 3.4 juta ialah pengikut setia kami.

"Sesungguhnya saya bersyukur dengan penerimaan peminat yang sentiasa bersama kami dan secara peribadi, pemilihan saya dalam tiga kategori juga adalah hasil sokongan mereka yang selama ini membuatkan saya terus kuat mengharungi dunia seni," katanya.
Bagi Anuar Zain yang dicalonkan semula selepas kali terakhir bersaing dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular pada 2007, pencalonan tahun ini dianggap sebagai bonus kerana album barunya yang menggunakan namanya sendiri sebagai judul bakal diedarkan bulan depan.

Begitupun, calon akhir lain yang terdiri daripada bakat yang digilap program realiti iaitu Faizal Tahir, Shahir, Black dan Aizat tetap dianggap sebagai pesaing hebat kerana masing-masing mempunyai reputasi memberangsangkan, sebaik kaki melangkah ke gelanggang seni suara.

"Aizat pernah memenangi kategori ini manakala Faizal Tahir sudah beberapa kali dicalonkan sebagai finalis. Shahir dan Black juga mempunyai ramai peminat setia. Bagi saya, dicalonkan semula selepas empat tahun sudah tentunya satu penghargaan kerana ia sedikit sebanyak menunjukkan, Anuar Zain masih diingati ramai.

"Inilah juga masanya untuk saya terus dekat dengan penyokong yang selama ini setia menyuntik semangat. Mungkin saya akan 'turun' pada lokasi jelajah ABPBH untuk bertemu mereka," katanya yang merangkul trofi kategori sama pada 2003.

Pendengar ikut ke mana saja

LINDA Onn yang pernah membolot trofi Penyampai Radio Wanita Popular sejak kategori diperkenalkan pada 2001 hingga pada 2006, sebelum kategori itu dimonopoli pula Fara Fauzana hinggalah ABPBH tahun lalu, mengakui sangat berterima kasih kepada pendengar yang setia mengikuti celotehnya.

Bagi wanita tinggi lampai ini, kalah menang berada di tempat kedua kerana paling penting ialah ingatan peminat yang meletakkan semua finalis pada kedudukan sekarang. Bahkan dia melihat pengiktirafan yang dianjurkan Berita Harian umpama hadiah kepada seluruh penggiat seni dan penyiaran.

"Nampaknya pendengar tetap mengikuti celoteh saya walau di mana juga stesen radio yang saya pergi. Kini selepas bersama keluarga Suria FM, kesetiaan mereka juga masih tidak berbelah bagi membuatkan saya semakin bersemangat memberikan hasil kerja terbaik.

"Jika menang saya anggap ia sebagai bonus dan jika kalah, ia bukan perkara yang menyedihkan kerana melihat finalis lain saya pasti cabarannya cukup sengit. Nama seperti Fara Fauzana, Abby Fana, Raja Azura dan Sharifah Aleya memang punya kekuatan tersendiri," akuinya jujur.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


Lebih baik tidak pakai seluar dalam

Posted: 25 Jan 2011 12:33 PM PST



Tips Zakar:Tidak gemar pakai seluar dalam


SAYA tidak suka memakai seluar dalam. Baru-baru ini kawan saya memberitahu, tabiat itu tidak baik untuk buah kerandut. Adakah kenyataan ini benar?

ZUA
Kuala Terengganu,
Terengganu
Jika dilihat secara imbas, anggota sulit lelaki dan perempuan ada pelbagai pelindung daripada segala gejala. Bulu roma yang lebat melindung keseluruhan anggota sulit selain mengawal suhu dan kelembapan kulit dan menjadi penyerap tekanan ketika bersetubuh.

Kerandut lelaki menampung kedua-dua buah kerandut dan mengawal suhu supaya ia dalam keadaan optimum untuk pembiakan sperma. Otot spermatik atau 'spermatic cord' yang mengandungi salur sperma, pembuluh darah dan urat saraf untuk sperma dan lapisan otot daripada perut menampung buah zakar dan sensitif kepada perubahan alam sekitar.


Apabila berlaku sentuhan kepadanya, seperti dalam kemalangan sebagai contohnya, kedua-dua buah kerandut itu tertarik ke atas supaya ia terselindung.

Jadi kenapa mahu pakai pakaian dalam. Mungkin memakai pakaian dalam lebih kepada menjauhi 'pandangan' daripada perlindungan. Asalkan anda pakai sehelai pakaian untuk tujuan mengelak berlaku 'pandangan' mata sudah mencukupi.

Pakaian dalam yang ketat mengubah posisi buah zakar dan mengganggu kestabilan suhu dalam buah kerandut. Sama juga jika pakai seluar denim yang ketat dan pakai seluar dalam longgar. Jadi lebih baik tidak pakai seluar dalam. Nenek moyang kita dulu hanya pakai cawat dan tengok betapa 'subur'nya mereka.

Puntung Rokok Sebagai Bahan Anti Karat

Posted: 25 Jan 2011 12:19 PM PST



Shanghai: CNNGo mewartakan, Cina menjadikan puntung rokok yang dibuang bersepah merata tempat oleh perokok lebih berguna untuk melindungi paip besi di negara itu daripada masalah karat. Sekumpulan pengkaji Cina mengesahkan puntung rokok apabila direndam dalam air dapat membantu mencegah pengaratan

Dalam industri minyak, bahan-bahan seperti yang terdapat dalam puntung rokok telah diterapkan untuk jenis logam besi (N80). Besi terlindung dari karat, mencegah kerosakan dan gangguan dalam produksi minyak. Para pengkaji telah mengenal pasti sembilan bahan kimia dalam ekstrak rokok, termasuk nikotin, yang bermanfaat untuk efek antikarat.
Kini, perokok di seluruh negara Cina telah mengetahui kegunaan puntung rokok dengan mengitar semula sebagai bahan anti karat di tempat mereka masing-masing. Secara tidak langsung kebersihan persekitaran daripada puntung rokok yang bersepah-sepah di merata tempat telah dapat di atasi. 

Blog Sensasi Ohbayu

Blog Sensasi Ohbayu


(Gambar) Ahmad Dhani dipilih sebagai Pengetua AF9

Posted: 25 Jan 2011 11:30 PM PST

Persoalan siapakan yang bakal menjadi Pengetua Akademi Fantasi 9 sudahpun terjawab, yang mana Vokalis dan pengasas kumpulan Dewa, Ahmad Dhani, dari Indonesia telahpun dipilih sebagai pengetua Akademi Fantasia (AF) musim ke-9 yang akan memulakan siarannya April depan.

ahmad dhani

sumber : yanghangat

Baca Yang Ini Pulak:-

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Kereta BMW diperbuat daripada batu

Posted: 25 Jan 2011 12:00 PM PST

du 06.1 Kereta BMW diperbuat daripada batu

BAHAGIAN depan kereta BMW yang diperbuat daripada batu di Shenzheng, wilayah Guangdong, China kelmarin.


BEIJING – Seorang artis, Dai Geng menjual kereta BMW yang diperbuat dengan batu pada harga £80,000 (RM383,652).

Geng mengambil masa lebih setahun mencantum semua blok batu itu sebelum mengukirnya menjadi BMW Z4.

Pintu kereta itu yang boleh dibuka dan ditutup seperti kereta biasa turut diperbuat daripada batu.

Hanya tingkap kereta sahaja tidak dibuat dengan batu. Tayar, roda, paip ekzos dan aksesori lain semuanya dari bongkah batu.

Kereta BMW itu sepanjang lima meter, 2.15 meter lebar dan tinggi 1.6 meter serta seberat 6.5 tan.

Dia berharap dapat menjual kereta itu kepada hartawan di negara itu.

Kereta itu dipamerkan di Shenzheng, wilayah Guangdong, tenggara China kelmarin. – Agensi

/// kosmo ///

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Besok Fasha Sandha akan beri respon beserta bukti

Posted: 25 Jan 2011 07:39 PM PST

fasha sandhaSedang kami tengok-tengok tweet daripada artis-artis popular Malaysia dekat Celebrity Tweets, kami terbaca satu tweet daripada Fasha Sandha yang agak meragukan kami.. Tertanya-tanya kami kepada siapakah tweet itu ditujukan.. Seperti yang kita sedia maklum, semalam kecoh pasal berita perpisahan Fasha Sandha dengan bekas kekasihnya Jejai.. Adakah tweet itu ditujukan khas buat Jejai atau pun orang lain…

Wah, kalau tweet itu ditujukan kepada Jejai, memang kami tidak sabar untuk menunggu hari esok.. Ingin juga kami tahu apakah respon dan bukti yang akan Fasha sandha lampirkan.. Ni mesti kes berat sampai berbukti-bukti bagai.. Sama-sama la kita tunggu apa respon daripada Fasha sandha besok.. Tapi sebelum tu korang baca la dulu screenshot tweet daripada Fasha Sandha kat bawah ni…

Psst: Rasa-rasa korang, apa bukti yang nak dilampirkan ni?..

fasha sandha tweet

fasha sandha tweet cont


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Filem Haq

Posted: 25 Jan 2011 04:52 PM PST

Artis Malaysia filem  | 26 January, 2011

poster filem haqSinopsis Haq:- Kisah ini memaparkan kehidupan tradisional keluarga Melayu di sebuah kampung yang berunsurkan kegelapan kuasa ghaib, kharomah, rahsia and pertentangan antara dua saudara dalam memperjuangankan kebenaran yang hakiki. Kisah ini berkisarkan tentang Haq, seorang pemuda penyayang dan jujur yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T dengan kelebihan kuasa ghaib (Kharomah) dan Badrul (Bad) yang merupakan seorang yang bijak yang juga merupakan adik angkatnya. Haq berupaya untuk mengalihkan objek dengan mengunakan kuasa mindanya.

Satu kemalangan telah berlaku berpunca daripada kedegilan Bad yang menyebabkan kematian ibu kandung Haq di depan mata mereka semasa mereka kecil. Dengan ini, jaringan rahsia, rasa bersalah dan cemburu mula berkembang. Beberapa tahun kemudian, sekembalinya Haq dari belajar diluar negara, beliau disambut dengan penuh kegembiraan kecuali daripada Bad, yang tidak berpelajaran tinggi, lebih suka menghabiskan masanya bercampur dengan samseng kampung daripada mengusahakan perusahaan ladang dan pertanian milik keluarga.

Ini merunsingkan Haq and bapanya, Haji Ibrahim yang bukan sahaja mendidik Bad seperti anaknya malah mengambil kedua orang tua Bad untuk bekerja dengannya. Bad kesal, dia hanya menyalahkan takdir dan keadaan dan mempersoalkan kenapa Haq mempunyai kuasa sedangkan dia hanya seorang anak kepada pembantu rumah. Bapa kandung Bad telah lama menderita sakit meninggal dunia walaupun berkali–kali cuba dirawati oleh Haji Ibrahim.

Haji Ibrahim juga terkenal dalam masyarakat, dianugerahkan Allah untuk merawat penyakit. Bad menjadi lebih marah kerana kegagalan bapa angkatnya itu menyembuhkan penyakit ayahnya dan juga kepada takdir kerana dia tidak mempunyai kuasa untuk mengubah keadaan sekelilingnya. Dengan kemarahan ini jugalah beliau menyalahkan semua orang dan Tuhan, malah telah bersekongkol dengan ilmu hitam dan syirik kepada Allah.

Bad lalu menghilangkan diri. Masa berlalu, Haq telah menceritakan segala–galanya tentang kematian ibunya kepada ayahnya semasa Haji Ibrahim sakit tenat. Kepulangan Bad ke kampung semasa hari pengkebumian Haji Ibrahim mengejutkan semua pihak. Bad, kemudian telah membawa Haq dan pembantunya Aina ke kota lalu mengambil Haq sebagai rakan kongsinya.

Di kota, barulah Haq tahu bahawa Bad mempunyai empayar perniagaan yang besar lagi kukuh. Di situ juga Haq telah berkenalan dengan Zahra yang merupakan pembantu Bad yang mengoda dan materialistik. Bad telah memperkenalkan Haq tentang dunianya yang penuh kekayaan, kekuatan dan kehausan kuasa. Pada masa yang sama, Haq telah tertarik kepada kejelitaan Zahra walaupun dia tahu tentang perhubungan antara Zahra dan Bad.

Haq mula dapat menghidu kehadiran kejahatan yang bersembunyi di dalam diri Bad dan kebenaran tentang kematian Haji Ibrahim juga terserlah. Bad juga telah menunjukkan belangnya. Haq terpaksa mencari kekuatan dan keberanian untuk berhadapan dengan kebenaran dan keputusan itu akan merubah hidup mereka selama- lamanya.

Tajuk Filem:
Haq

Pengarah:
Clhor, Jumaatun Azmi

Penerbit:
Kasehdia Sdn Bhd

Dipawagam:
27 Januari 2011

Pelakon Haq:
Zul Huzaimy
Adyputra
Nanu
Raja Farah
Fatimah Abu Bakar
Zulkifli Ismail
Ammar Adli Bin Mohamed Norin
Amirul Adli Bin Mohamed Norin

Trailer Haq:

Anda sudah menonton filem ini? Sila tinggalkan review di bahagian komen untuk panduan penonton yang lain..


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Duta kanta lekap

Posted:

Duta kanta lekap

Duta kanta lekap



TIDAK sia-sia dia menjadi pengguna kanta lekap lebih sedekad yang lalu. Bukan hanya kerana matanya mempunyai masalah rabun, namun bagi Noorul Huda Abdul Wahab atau dikenali umum sebagai Nurul, 'kegilaan' dirinya menggunakan kanta lengkap pelbagai warna lebih kepada untuk berfungsi sebagai penyerlah dan pelengkap gaya.

"Saya sudah menggunakan kanta lekap sebagai pelengkap dan penyerlah gaya sejak tahun 1995, yang jika dihitung sudah mencecah 15 tahun," bicaranya.

Sudah tentu sepanjang tempoh tersebut, sudah pelbagai jenama kanta lekap sudah digunakannya.

Namun, kanta lekap daripada jenama ColourVue ternyata telah membawa sinar baru buatnya. Ini kerana dia bukan sahaja mampu terus bergaya dengan kanta lekap pelbagai warna, tetapi dia juga telah dilantik menjadi duta kanta lengkap jenama tersebut.

Apa yang membanggakan dirinya ialah dia merupakan duta pertama ColourVue di Malaysia! "Saya sudah seperti jatuh cinta dengan kanta lengkap jenama ini sejak mula-mula diperkenalkan seorang rakan, Nora semasa sesi bergambar bersama majalah In-Trend pada April tahun lalu." ungkapnya.

Disebabkan terlalu menyukai produk jenama ini dan demi menghargainya sebagai satu produk yang sangat bagus, Nurul, 34, nekad bertemu wakil jenama tersebut untuk memberi penghargaan dan pujian terhadap produk yang digunakannya itu.

"Daripada situlah pihak ColourVue menawarkan kepada saya untuk menjadi duta produk tersebut. Jadi, apa salahnya untuk menjadi duta kepada produk yang memang saya gemari," ujar Nurul.


NURUL mengakui mengalami pengalaman yang menyeronokkan sepanjang berlakon filem Tolong Awekku Pontianak di bawah arahan James Lee.


Tambahnya: "Sejak memakai jenama ini, saya memang sukakannya dan memang saya tidak akan bertukar kepada jenama yang lain. Bukan kerana saya menjadi duta, tetapi memang ia produk yang bagus.

"Selain mempunyai variasi pilihan warna yang pelbagai dan menarik, keselesaan juga menjadi penyebab mengapa Nurul gemarkan jenama ini.

Menurut Nurul, kanta lengkap itu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. "Kanta lengkap jenama ini (terasa) sangat halus, kadangkala saya tidak sedar yang saya sedang memakainya. Ia juga mampu tahan lebih lama sehingga 12 jam.

"Walaupun memakai dalam jangka waktu yang lama, mata saya tidak berasa sakit mata," jelasnya ketika ditemui pada sesi fotografi di Neo Studio, Taman Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Siapa sangka, tuah menyebelahi Nurul. Daripada minatnya yang mendalam sebagai pengguna kanta lengkap ColourVue, dia kini menjadi duta produk tersebut dengan mengikat kontrak selama dua tahun.

Nafas baru

Bukan itu sahaja, berita menggembirakan yang dikhabarkan Nurul sempena tahun 2011 ini. Berbicara mengenai karier nyanyiannya, Nurul memberitahu dia kini tampil dengan album solo baru yang sudah berada di pasaran sejak 11 Januari lalu.

Album solo kedua yang diberi judul, Nurul itu memuatkan enam buah lagu, yang mana salah satu daripadanya merupakan minus one lagu yang digemari peminatnya iaitu Kerana Terluka.


ALBUM terbarunya, Nurul, bakal dilancarkan tidak lama lagi.


"Ia sebenarnya merupakan album mini Nurul yang memuatkan enam buah lagu dan satu daripadanya merupakan minus one, lagu Kerana Terluka. Ia turut dimuatkan dalam album tersebut, khusus buat peminat saya yang meminati lagu ini.

"Selain versi minus one, Kerana Terluka versi nyanyian turut dimuatkan dalam album ini yang merupakan versi yang diberi nafas baru," jelasnya.

Menurut Nurul lagi, salah sebuah lagu dalam album tersebut yang berjudul Andaiku Kenaliku, ditulis liriknya oleh isteri kepada penyanyi Yassin iaitu, Sharifah Eena Houzyama Syed Mokhsain.

Menegaskan dirinya masih lagi setia dengan genre pop balada, ujarnya, selaian lagu Kerana Terluka, Andaiku Kenaliku dan Kerana Terluka versi minus one, album itu juga turut menampilkan lagu yang berjudul Tangis Syukur, Matahariku dan Duniaku.

Mengakui dirinya sedang giat mempromosi album tersebut, menyebabkan dirinya agak sibuk berbanding kebiasaannya.

"Saya membuat promosi album sendiri sebab itu saya kini sedikit sibuk. Syukur, pengurus saya, Bad banyak membantu dalam hal ini," ujarnya yang sedang menghitung waktu menantikan hari pelancaran album berkenaan yang dijangka pada penghujung bulan ini.

Menghela panjang nafasnya, Nurul menuturkan semenjak meneruskan kehidupan sebagai seorang ibu tunggal, dia kini sibuk mencari rezeki bagi menyara kehidupannya dan keluarga.

"Saya kini sedang bekerja keras untuk kehidupan sendiri dan anak. Insya-Allah saya akan teruskan karier saya dalam bidang nyanyian selagi terdaya. Walaupun saya berstatus ibu tunggal, namun saya tetap gembira menjalani kehidupannya saya ini," ungkapnya.


NURUL tidak pernah lemah semangat dalam meneruskan kelangasungan hidupnya.


Puntianak terbang

Tidak sekadar menerusi dunia muzik, Nurul tidak melepaskan peluang mencari rezeki yang halal menerusi dunia lakonan. Jujur meluahkan kata, Nurul memberitahu, selain nyanyian, bidang lakonan juga turut menjadi kerjaya seninya.

"Nurul sebenarnya sudah lama terlibat di dalam bidang ini. Mungkin kelibat diri ini jarang dilihat di layar lakonan kerana Nurul akan terima tawaran jika ada masa dan tengok juga jika keadaan mengizinkan," jelasnya yang pernah menjadi pelakon utama dalam filem Sate pada tahun 1997.

Apa yang menarik, Nurul bakal muncul menerusi filem terbaru hasil garapan pengarah yang pernah menunjukkan hasil pengarahan yang memberangsangkan menerusi filem Histeria iaitu James Lee.

Filem genre seram komedi berjudul, Tolong Awekku Pontianak itu menyaksikan Nurul melakonkan watak Nadia, puntianak jahat yang sentiasa mengganggu penduduk di sebuah kampung.

"Walaupun bergenre komedi, dalam filem ini, saya memegang watak sebagai puntianak serius yang jahat," tuturnya yang cukup teruja bercerita tentang lakonannya dalam filem yang turut menampilkan lakonan Sazzy Falak, Zahiril Adzim, Liyana Jasmay dan Jehan Miskin itu.

Beritahu Nurul lagi, dia cukup seronok berlakon dalam filem itu, terutama kerana berpeluang melakukan sendiri aksi puntianak terbang tanpa menggunakan khidmat pelakon lagak ngeri.

"Saya seronok melakonkan watak Nadia kerana sebagai puntianak yang boleh terbang, saya yang lakukan aksi terbang itu tanpa dibantu pelakon lagak ngeri.

"Seronok dapat berlakon bersama barisan pelakon filem ini dan di bawah arahan pengarah James Lee kerana dia banyak memberi tunjuk ajar kepada saya," bicara Nurul dalam senyum, cukup untuk menjelaskan betapa dia telah melalui pengalaman yang mengujakan sepanjang penggambaran filem tersebut.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Fungsi Rumah Aktor Seniman

Posted:

Fungsi Rumah Aktor Seniman

Fungsi Rumah Aktor Seniman

Oleh SAHLIZAH MOHAMED
sahlizah.mohamed@kosmo.com.my


SERAMAI 30 pelajar meraih peluang untuk menimba ilmu di bawah kelolaan Rumah Aktor Seniman.


BAGI melahirkan pelapis-pelapis baru dalam dunia lakonan yang berilmu, berkualiti, mampan dan mantap, Persatuan Seniman Malaysia, telah memperkenalkan Rumah Aktor Seniman yang bertujuan untuk memberi pengkhususan ilmu lakonan yang penuh kehalusan seni dan etika.

Kursus yang menawarkan program latihan peringkat sijil itu akan diadakan dalam jangka masa 13 minggu iaitu lapan jam setiap minggu.

Seramai 30 orang pelajar akan menjalani kursus tersebut yang akan diadakan di Taman Budaya dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) bagi mengikuti pengajaran dan pembelajaran melalui penglibatan secara telus daripada pihak industri dan tenaga pengajar profesional serta jalinan kerjasama dari Aswara.

Para pelajar akan turut dilatih untuk memantapkan penggunaan vokal dan mengenali perasaan serta deria rasa selain memberi latihan langsung melalui monolog untuk membantu pelajar cara menghafal dan memahami maksud dialog dan perwatakan.

Sebanyak empat mata pelajaran akan diikuti oleh semua pelajar iaitu teori, pergerakan, vokal dan persembahan serta asas lakonan.

Bagi menjayakan kursus tersebut, Presiden Seniman, Harun Salim Bachik akan memegang peranan sebagai penasihat, manakala penyandang jawatan pengarah projek ialah Yusof Kelana dan pelakon berpengalaman, Zul Huzaimi pula dilantik sebagai pengetua Rumah Aktor Seniman.

Menurut Harun, pelajar yang sedia ada telah diuji bakat terlebih dahulu dan bukan semua yang hadir terpilih untuk mengikuti kursus itu.

"Kami tidak ambil sebarangan. Semuanya melalui uji bakat dan kami juga tidak mahu ambil dalam bilangan yang ramai kerana bimbang sukar untuk memberi fokus kepada pelajar nanti.

"Sememangnya ramai yang ingin menjadi pelakon terutama golongan remaja dan dalam program ini, kami tidak mahukan pelajar yang hanya inginkan populariti kerana apa yang penting ialah bakat yang terpendam dalam diri mereka.


ZUL HUZAIMI (dua dari kiri) diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengetua Rumah Aktor Seniman.


"Saya tidak mahu mereka semua hanya belajar ala kadar kerana saya mahu mereka menjadi pelakon yang bagus," katanya yang ditemui selepas majlis pelancaran Rumah Aktor Seniman di Finas, baru-baru ini.

Sementara itu, Zul Huzaimi yang memikul tanggungjawab selaku pengetua memberitahu, kebanyakan pelajar yang menyertai kursus itu mempunyai bakat lakonan, namun mereka tidak menyedari akan anugerah itu.

"Bagi saya, apa yang penting ialah matlamat mereka untuk menjadi pelakon. Dalam masa yang sama, saya juga ingin menghasilkan pelakon yang mempunyai pemikiran dan berilmu.

"Saya akui saya memikul satu tanggungjawab yang amat besar untuk melahirkan pelakon yang berilmu dan berkualiti dan saya juga ingin melahirkan rasa bangga kerana masih ada lagi generasi yang mahukan ilmu," jelasnya dengan serius.

Kursus tersebut telah bermula sejak 22 Januari lalu dan selepas tamat, mereka yang ingin meneruskan pengajian perlu menduduki ujian sebelum meneruskan pembelajaran mereka di Aswara.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Jason Mraz sokong gay

Posted:

Jason Mraz sokong gay

Jason Mraz sokong gay


JASON MRAZ


JASON Mraz mengaku telah melamar kekasihnya, Tristan Prettyman untuk berkahwin. Bagaimanapun, mereka yang telah bertunang sebelum Krismas tahun lalu tidak akan berkahwin selagi cinta sejenis golongan gay tidak diberi hak untuk berkahwin seperti pasangan normal.

Hal itu diluahkan penyanyi yang cukup popular dengan lagu I'm Yours kepada Us Weekly.

Katanya: "Saya dan Tristan bersetuju untuk berkahwin dalam majlis yang akan dihadiri oleh kaum keluarga, sahabat dan komuniti kami. Tapi kami tidak akan berkahwin selagi perkahwinan sejenis golongan gay tidak diluluskan.

"Selepas hak mereka (golongan gay) terbela, barulah kami akan berkahwin. Saya rasa membenarkan perkahwinan sejenis adalah satu langkah besar dalam undang-undang dalam memberi hak kepada individu itu."

Bagaimanapun Jason bukanlah satu-satunya artis yang menyokong hubungan sejenis ini. Sebaliknya artis Barat seperti Elton John yang sudah pun berkahwin dengan pasangan sejenisnya. David Furnish.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.